Bendahara nyata juara Syahbandar di tempat kedua Laksamana ketiga dgn mata Temenggung sentiasa juara Di hati saya.. Gendang dipalu pengantin baru Duduk bersanding tersipu malu Letih longlai semua guru Sukan tahunan baru berlalu.. Letih longlai semua guru Sukan tahunan baru berlalu Suka dan duka usah terharu Adat bertanding memang begitu.. Suka dan duka usah terharu Adat bertanding memang begitu Yang kuat yang lemah kita bersatu Pasti bahagia hati yang satu.. Yang kuat yang lemah kita bersatu Pasti bahagia hati yang satu Buang yang keruh berlagu merdu Ukhwah terjalin setia berpadu.. Bendahara nombor satu Hadiah untuk Kak Zu Rumah lain pon setuju Emm...jadi pencen dak kalau gitu Terima kasih buat semua . Hadiah kemenangan sangat berharga .. Sebelum hujung tahun bersara.. Sekali juara selamanya Bendahara... Suka duka sukan berakhir hari ni, Keputusan dibuat ramai tak puashati, Kemenangan Bendahara telah lama dinanti, Tahun depan Syahbandar rampas kembali.. Berakhir sudah kejohanan sukan Penatnya masih terasa lagi Syahbandar jangan rasa tertekan Tahun depan kita lawan lagiiii.. Ikatan ukhuwah sama dijaga Jangan pula bermasam muka Minggu depan harmoni semula Nak kena buat soalan periksa pula... Bendahara kasih nan membiru Diketuai oleh pesilat yg padu Guru-gurunya juga boleh tahan tu Lama dah depa dok tunggu Sbb tu taun ni nombor satu Hadiah untuk Kak Zu.. Tahun hijrah esok menjelma Lupakan saja kisah yg lama Jom kita mula merencana Hal akademik anak2 kita.. Jom kita mula merencana Hal akademik anak2 kita Pameran merdeka akan dilaksana Terus ambil masuk ke dalam kereta.. Cili padi cabai melaka Hidup subur penuh laman Cikgu trj baguih belaka Dalam hati ada taman.. Time sukan dah pulun sakan Dua hari ni rehat cukup dah Jom pakat-pakat buat soalan Pep pertengahan tahun nk mai dah.. Paih ni takmau sembang warna Pakat dok target gred elok belaka Kelas tambahan semua kena Tak mau bagi result teroka.. Sukan olahraga selesai sudah, Bermacam ragam, berbagai rupa, Jalankan PBD, jangan buat lelah, Penjaminan kualiti jgn dilupa.. Jalankan PBD, jangan buat lelah, Penjaminan kualiti jangan dilupa, Esok hari Ahad dah nak mula sekolah dah, Yang bertugas mingguan jangan dok buat lupa..
“Sederap Menuju Kecemerlangan.. Tegas, Rasional, Jujur ”
Md Zahir bin Hassan Zarina binti Abd Ghani Yusli bin Yunus Rasul Bee binti Hajamydin Naleni A/P Muthiah Zubaidah binti Mohamed Yunus Fadzilah bin Fadzil
Che Puteh binti Saaid Rokhiah binti Hashim Neoh Eng Joo