ALI SUKA BERANGAN-ANGAN ALI SUKA BERANGAN-ANGAN Nureen Razi
Pada ketika dahulu di sebuah kampung yang amat terpencil, tinggalah seorang budak lelaki yang merupakan anak yatim piatu. Namanya merupakan Ali, yang kuat berangan-angan. Ali hidup sebatang kara.
Ali sering berangan-angan. Di suatu ketika, gerubuk tempatnya bertuduh telah bergegar akibat dipukul angin yang kencang. Ali masih berangan-angan sambil menarik selimut.
“jika gerubuk aku roboh, mestilah jiran-jiran yang akan membantu aku untuk membina rumah baruku. ” Kata Ali sambil senyum kucing.
Pada suatu hari , Ali mendapat akal untuk memanjat pokok kelapa. Menurutnya kerjanya itu teduh berbanding membanting tulang di sawah padi. Ketika memanjat pokok yang kedua belas, dia mula berangan-angan. Katanya upah memetik buah kelapa ini akan aku beli tiga puluh biji telur itik.
Ali mula berasa penat. Dia duduk di bawah pokok kelapa sambil berangan. “Telur yang kubeli itu akan kueram kesemuanya lalu akan kubela itik-itikku dengan baik. Setelah itik-itikku besar akan aku jual. Hasil jualan itik itu akan kubeli kambing”. Kata Ali
Ali menyambung angan-angannya. “Aku juga akan menjual kesemua hasil ternakan aku dan membeli seekor kuda putih. Aku akan menamakan kuda itu sebagai Putih kerana bulu kuda itu berwarna putih”. i
Pada setiap petang, Ali akan menunggang Putih untuk bersiar-siar. Dia akan menjemput tuan puteri yang jelita rupawan untuk menunggang Putih bersama-samanya. Dalam masa yang sama, dia merasakan kakinya teramatlah gatal dan sakit.
Ketika itulah, Ali mula tersedar dan mendapati bahawa kakinya digigit semut yang amat banyak. Ali mula terkejut melihat kakinya menjadi bengkak. Ketika itulah, Ali mula tersedar dan mendapati bahawa kakinya digigit semut yang amat banyak. Ali mula terkejut melihat kakinya menjadi bengkak.
Orang-orang kampung yang telah menyaksikan kejadian itu telah memtertawakanannya. Ali hanya mampu tersenyum kerana malu dan kesakitan di kaki. Orang kampung mula menyindir akan perwatakan Ali yang amat suka berangan- angan. Orang-orang kampung yang telah menyaksikan kejadian itu telah memtertawakanannya. Ali hanya mampu tersenyum kerana malu dan kesakitan di kaki. Orang kampung mula menyindir akan perwatakan Ali yang amat suka berangan- angan.
Akibat kejadian yang menimpanya, Ali terus pulang. Dia mula mengimbas kembali kejadian tersebut. Dia merasakan dirinya terlalu berangan-angan untuk berjaya. Namun, dia tidak berusaha untuk memperoleh kejayaan tersebut. Akibat kejadian yang menimpanya, Ali terus pulang. Dia mula mengimbas kembali kejadian tersebut. Dia merasakan dirinya terlalu berangan-angan untuk berjaya. Namun, dia tidak berusaha untuk memperoleh kejayaan tersebut.
Oleh itu, Ali mula berusaha bersungguhsungguh dalam pekerjaan mengutip kelapa. Dengan sifat tekunnya itu, Ali telah menempah nama sebagai pengutip kelapa yang tekun. Oleh itu, Ali mula berusaha bersungguhsungguh dalam pekerjaan mengutip kelapa. Dengan sifat tekunnya itu, Ali telah menempah nama sebagai pengutip kelapa yang tekun.
Dia telah menerima banyak tempahan untuk mengutip kelapa. Wang gajinya telah dikumpul. Ali sentiasa menambah simpanannya dan telah membuka sebuah perusahaan mengutip kelapa dan menamakannya sebagai Ali Kelapa. ALI KELAPA
Kehebatan perusahaannya Ali telah didengari oleh raja negeri. Raja itu telah menjemput Ali untuk mengadapnya. Pada hari kejadian tersebut, Ali mengadap raja dengan perasaan yang amat takut. Dia mula melangkah masuk dari pintu gerbang yang amat besar itu. Kehebatan perusahaannya Ali telah didengari oleh raja negeri. Raja itu telah menjemput Ali untuk mengadapnya. Pada hari kejadian tersebut, Ali mengadap raja dengan perasaan yang amat takut. Dia mula melangkah masuk dari pintu gerbang yang amat besar itu.
Raja memberi mandat untuk mengahwinkannya dengan puteri kesayangan kerana puterinya amat tertarik dengan sikap tekun Ali. Ali terus bersetuju dengan perintah raja dan terus mengahwini puteri raja tersebut. Raja memberi mandat untuk mengahwinkannya dengan puteri kesayangan kerana puterinya amat tertarik dengan sikap tekun Ali. Ali terus bersetuju dengan perintah raja dan terus mengahwini puteri raja tersebut.
Ali hidup bahagia bersama buah hatinya, isteri tercinta dan dikurniakan dua cahaya mata yang amat rupawan. Demikianlah diceritakan kisah Ali yang kuat berangan menjadi jejaka yang amat berjaya. Ali hidup bahagia bersama buah hatinya, isteri tercinta dan dikurniakan dua cahaya mata yang amat rupawan. Demikianlah diceritakan kisah Ali yang kuat berangan menjadi jejaka yang amat berjaya.
Janganlah kita kuat berangan-angan. Jika kita inginkan sesuatu kita mestilah berusaha dengan gigih. Usaha yang gigih dapat membawa kejayaan. Janganlah kita kuat berangan-angan. Jika kita inginkan sesuatu kita mestilah berusaha dengan gigih. Usaha yang gigih dapat membawa kejayaan. TAMAT PENGAJARAN