The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU A4_ISI_MESYUARAT AGONG MASJID AL-MUHSININ 2025_low

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syarazighazali, 2025-03-12 19:55:37

BUKU A4_ISI_MESYUARAT AGONG MASJID AL-MUHSININ 2025_low

BUKU A4_ISI_MESYUARAT AGONG MASJID AL-MUHSININ 2025_low

ISI KANDUNGAN NOTIS MESYUARAT AGUNG 2025 AGENDA MESYUARAT AGUNG 2025 MINIT MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH 2024 LAPORAN AKTIVITI LAPORAN KEWANGAN USUL DAN CADANGAN 1 2 3 20 43 47 1 2 3 4 5 6 MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025


BATU 1, JALAN KUALA KETIL, 08000 SG. PETANI E-mel : [email protected] / Tel No : 04 – 4230397 Ruj Kami : Dlm. Mkgaja/22-25/bil (1) Tarikh : 28/02/2025 Notis Mesyuarat Agung Anak Kariah Masjid Al Muhsinin, Kariah Kg. Raja, Sg. Petani Tahun 2025 Assalammualaikum, Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Al Muhsinin, Kariah Kg. Raja akan diadakan seperti berikut : Tarikh : 14 Mac 2025 Masa : Selepas Solat Jumaat Tempat : Ruang Solat Masjid Al Muhsinin, Kg. Raja. Oleh itu semua anak Kariah Kg. Raja yang berdaftar dijemput hadir. 2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : 1. Ucapan Aluan Pengerusi 2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahun 2024 3. Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan 2024/2025 4. Membentang dan menerima Penyata Kewangan Berakhir 31/12/2024 5. Membahas Usul (jika ada) 6. Ucapan Penangguhan 3. Anak kariah yang ingin mengemukakan usul dalam Mesyuarat Agung ini hendaklah mengemukakannya kepada Pengerusi atau Setiausaha sebelum atau pada 07/03/2025. Usul boleh dikemukakan secara bertulis atau melalui e-mel kepada [email protected] Sekian, wassalam. Yang Menjalankan Amanah, USTAZ ALIAS BIN CHE NUS Imam/ Pengerusi Masjid Al Muhsinin, Kariah Kg. Raja, Sg. Petani. SK : Pegawai Agama Daerah Kuala Muda. NOTIS MESYUARAT AGUNG MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 1


ATURCARA DAN AGENDA MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH 2025 1. Pelantikan Pengerusi Mesyuarat 2. Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat 3. Perutusan Pengerusi Masjid Al Muhsinin, Kariah Kg. Raja 4. Mesyuarat Agung Bermula : 4.1) Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2024 4.2) Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahun 2024 / 2025 4.3) Membentang dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir 31 Disember 2024 4.4) Membentang dan membahaskan usul (jika ada) 4.5) Ucapan Penangguhan 4.6) Penutup Dan Doa Selamat Selamat Bermesyuarat MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 2


MINIT MESYUARAT AGUNG 2024


MINIT MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH MASJID AL MUHSININ KARIAH KG. RAJA SG PETANI TAHUN 2024 • Tarikh : 08 Mac 2024 • Hari : Jumaat • Masa : 2.30 P.M – 4.50 P.M • Tempat : Ruang Solat Masjid Al Muhsinin, Kariah Kg Raja • Pengerusi : Sdr Abdul Rahman Bin Bakar • Kehadiran : 62 Orang • Senarai Kehadiran 1. Hj Abd Rahman Bin Bakar 2. Hj. Abdul Raof Bin Mohd Zain 3. Abdullah Bin Kamis 4. Abdullah Bin Omar 5. Abdullah Bin Sahudin 6. Abdullah Halim Bin Usahak 7. Abu Mansor Bin Mohamad 8. Ahmad Shukri 9. Ahmad Zaim Bin Md Akhir 10. Aishah Bt Samsudin 11. Hj. Alias Bin Che Nus 12. Aminah Bt Salleh 13. Asmadi Jani 14. Awang Hamzah 15. Hj. Azizan Bin Abu Bakar 16. Azman Bin Sidek 17. Azmi Bin Ahmad 18. Azwan Bin Ahmad 19. Bahador Bin Md Rejab 20. Baheran Daud 21. Che Basah Bt Abu 22. Che Zulkifli Bin Che Ismail 23. Habib Dzulkarnain Bin Hj Ahmad 24. Ishak Bin Saud 25. Hj. Ishak Bin Ahmad 26. Hj. Ismail Bin Saad 27. Hj. Judin Bin Ahmad 28. Mat Jusoh Bin Mamat 29. Md Jonet Bin Othman 30. Md Yusof Bin Hashim 31. Md Zawawi Bin Hassan 32. Mohamad Alif Yusri Bin Mohamad Yusof 33. Hj. Mohd Azman Bin Mohd Arifi 34. Mohd Azmi Bin Yaakob 35. Mohd Fadzil Bin Ahmad 36. Mohd Fadzli Bin Ismail 37. Mohd Hafizz Bin Yusofi 38. Mohd Noor Bin Abd Hamid 39. Mohd Rajab Bin Ahmad 40. Mohd Razif Miah 41. Hj. Mohd Zaki Bin Abdullah 42. Mokhtar Bin Abd Hamid 43. Muhammad Rafiq Bin Abdul Rashid 44. Hj. Muhammad Shofe Bin Abdullah 45. Musa Bin Abdul Hamid 46. Razali Bin Mat Desa 47. Rohana Bt Abu Bakar 48. Roslan Bin Ismail 49. Roziah Bt Husin 50. Saad Bin Ahmad 51. Hj. Saad Bin Osman 52. Sabri Bin Mohd Daud 53. Shari Bin Mahmud 54. Tengku Abd Aziz Bin Tengku Bakar 55. Yusof Bin Omar 56. Zahari Bin Nd Yaakub 57. Zainal Abidin Bin Md Ramli 58. Zainurin Bin Shamsudin 59. Zakaria Bin Hj Ahmad 60. Zakaria Bin Saad 61. Zamri Bin Husin 62. Zoroni Bt Ahmad MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 5


Agenda 1 : Pelantikan Pengerusi Mesyuarat 1.0 Mesyuarat dimulakan dengan pelantikan pengerusi mesyuarat. Pencalonan untuk pengerusi mesyuarat yang diterima adalah seperti berikut : Calon 1 : Sdr. Abd. Rahman bin Bakar Pencadang : Sdr. Azmi bin Yaakob Penyokong : Tn. Hj. Saad bin Man 1.1 Tiada pencalonan seterusnya untuk jawatan pengerusi mesyuarat. Sdr. Bahador bin Md Rejab mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong oleh Sdr. Md Zawawi bin Hasaan dan tiada bantahan diterima daripada ahli mesyuarat. 1.3 Sdr. Abd Rahman bin Bakar secara sebulat suara telah dipilih sebagai pengerusi mesyuarat pada kali ini. Agenda 2 : Kata-kata Aluan Pengerusi Mesyuarat 2.1 Sdr. Abd Rahman bin Bakar menzahirkan ucapan terima kasih diatas kepercayaan ahli mesyuarat yang sebulat suara memilih beliau untuk mempengerusikan mesyuarat kali ini. 2.2 Pemilihan beliau pada kali ini adalah kali kedua dan beliau akan berusaha agar masyuarat kali ini akan berjalan dengan baik dan lancar. 2.3 Sebagai pengerusi bagi mesyuarat kali ini, beliau mengucapkan selamat datang kepada ahli-ahli kariah ke mesyuarat pada kali ini dan mengharapkan agar semua ahli mesyuarat akan mendapat manfaat daripada keputusan mesyuarat kali ini. 2.4 Akhir sekali, beliau juga berharap semua hadirin dapat memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar. Agenda 3 : Perutusan Pengerusi Masjid Al Muhsinin, Kariah Kg. Raja - Ustaz Alias bin Che Nus 3.1 Ustaz Alias bin Che Nus selaku Imam dan Pengerusi Masjid Al Muhsinin , Kariah Kg Raja mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli kariah yang dapat meluangkan masa bagi menghadiri Mesyuarat Agung pada kali ini. 3.2 Beliau mengambil kesempatan kali ini untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pegawai masjid dan ahli jawatankuasa serta pembantu dan petugas masjid yang telah menjalankan amanah dan tanggung jawab dengan baik sepanjang tahun 2023 sehingga hari ini. 3.3 Beliau mengingatkan kepada semua ahli kariah yang hadir bahawa fungsi mesyuarat amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memberi peluang kepada semua pihak untuk menilai semula semua aktiviti yang dijalankan di samping dapat mencadangkan usaha - usaha penambahbaikan untuk kebaikan semua pihak. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 6


3.4 Tuan Imam selaku pengerusi masjid juga memaklumkan bahawa Lujnah Belia amat memerlukan sumbangan dan penglibatan golongan muda untuk menjayakan setiap aktiviti masjid. Penghijrahan golongan belia lepasan sekolah ke kawasan lain telah meninggalkan kekosongan dalam setiap perancangan yang dilakukan oleh pihak masjid. 3.5 Begitu juga dalam kalangan ahli Jawatankuasa Masjid dan pegawai masjid yang majoritinya terdiri daripada golongan yang sudah berumur dan usaha perlu dilakukan untuk mencari pelapis bagi menggantikan mereka yang telah lanjut usia. Agenda 4 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2023 4.1 Tn. Hj. Muhamad Shofe bin Hj. Abdullah selaku Setiausaha Masjid Al Muhsinin membentangkan Minit Mesyuarat Agung Anak Kariah Tahun 2023 yang bermula dari muka surat 4 hingga muka surat 10 untuk pengesahan ahli mesyuarat. 4.2 Sdr. Musa bin Abdul Hamid memaklumkan terdapat ralat pada Bahagian 3.3 (muka surat 7) iaitu jumlah kehadiran pada Mesyuarat Agung yang lalu adalah 52 orang dan bukannya seperti yang tercatat pada bahagian tersebut. 4.3 Minit Mesyuarat Agung Anak Kariah Masjid Al Muhsinin tahun 2023 disahkan melalui Cadangan : Sdr. Md Jonet bin Othman Sokongan : En. Zamri bin Husin Agenda 5 : Perkara-perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat Lalu 5.1 Tn. Hj. Mohd Azman bin Mohd Arifi memohon penjelasan terhadap Agenda 7 (Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2022) sub agenda 7.3 Bahagian III-e berkaitan Perbelanjaan Korban yang berjumlah RM70,569.00. Perkara ini telah dijelaskan oleh Tn. Hj. Muhammad Shofe bin Hj Abdullah yang memaklumkan bahawa jumlah program korban yang tinggi ini adalah termasuk dengan kos pembelian lembu-lembu korban yang melebihi RM60,000.00, manakala yang selebihnya ialah kos operasi untuk program tersebut. Agenda 6 : Membentang dan menerima Laporan Aktiviti 2023 6.1 Tn. Hj. Muhamad Shofe bin Hj. Abdullah selaku Setiausaha Masjid Al Muhsinin sekali lagi membentangkan Laporan aktiviti tahun 2023 bermula dari muka surat 11 hingga 27. 6.2 Terdapat juga laporan yang diterima dari pihak surau yang terdapat dalam kariah Kg. Raja iaitu Surau As Solihin Taman Berlian, Surau Al Muflihin Taman Kenari dan Surau Al Faizin Taman Mutiara. Laporan Aktiviti Masjid Al Muhsinin bagi tahun 2023 telah disahkan melalui : Cadangan : Sdr. Zawawi bin Zakaria Sokongan : Sdr Zakaria bin Saad. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 7


Agenda 7 : Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 7.1 Tn. Hj. Azizan bin Abu Bakar selaku Bendahari Masjid Al Muhsinin telah membentangkan Penyata Kewangan Bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 untuk diterima oleh ahli mesyuarat. 7.2 Sdr. Md Zawawi bin Hassan memohon perincian berkaitan : i. Item no. 16 ( Penerimaan) – Sewa Rumah Masjid = RM 7800.00 Tn. Hj. Azizan bin Abu Bakar selaku Bendahari Masjid menjelaskan bahawa, jumlah tersebut merupakan jumlah sewa bulanan sepanjang tahun 2023 dengan kadar RM650.00 sebulan. Beliau juga menambah, mulai tahun 2024, pihak masjid telah menyewakan rumah tersebut kepada pihak PASTI Taman Berlian dengan kadar sewa RM200.00 sebulan. i. Item no. 11 ( Penerimaan ) - Ansuran Bil Air (kedai) = RM2398.10 Tn. Hj. Azizan bin Abu Bakar menjelaskan bahawa jumlah ini adalah jumlah yang terkumpul bagi bayaran bil air yang dibayar oleh pengusaha kedai makan masjid. Bayaran yang dibuat adalah berjumlah RM20.00 sebulan. Bayaran ini dilakukan bagi menampung kadar penggunaan air ketika meter air bagi kedai tersebut belum diasingkan dengan meter air masjid. Pada masa sekarang , meter air kedai makan masjid telah diasingkan . 7.3 Sdr. Razali bin Md Desa memohon perincian berkaitan : i. Item no. 15 ( Penerimaan) – Sewa Bendang Wakaf = RM 1000.00 Tn. Hj. Azizan bin Abu Bakar menjelaskan bahawa pihak masjid mempunyai sebidang tanah wakaf yang dijadikan kawasan penanaman padi di Kg. Bukit Meriam, Kota Kuala Muda. Penyewa telah membayar sewa kepada pihak masjid dengan kadar RM500.00 bagi semusim penanaman padi. ii. Item no. 23 ( Penerimaan ) - Kenduri kuliah Subuh = RM300.00 Bagi pertanyaan ini, Tn. Hj. Azizan bin Abu Bakar menjelaskan bahawa terdapat individu yang telah menyerahkan wang dengan jumlah tersebut bagi menaja sarapan pagi selepas kuliah subuh setiap minggu. Lebihan kos penajaan ini ditanggung oleh pihak masjid. 7.4 Tn. Hj Azman juga inginkan penjelasan berkaitan perkara berikut : i. Item no. 9 (Penerimaan) - Tabung Dakwah Sarawak = RM9820.00 ii. Item no 20 (Pembayaran ) - Tabung Dakwah Sarawak RM5000.00 Beliau memohon pencerahan berkaitan perkara tersebut daripada pihak pengurusan masjid. Ustaz Alias bin Che Nus menjelaskan bahawa kutipan terkumpul sehingga 31 Disember 2023 bagi tabung tersebut berjumlah RM9820.00. Namun begitu pihak masjid hanya mengeluarkan sumbangan sebanyak RM5000.00 bagi tahun 2023. Baki kutipan bagi tabung tersebut akan diserahkan kepada pihak yang menjalankan aktiviti dakwah di Sarawak pada tahun ini secara berkala mengikut masa-masa tertentu. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 8


7.7 Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 telah disahkan melalui Cadangan : Sdr. Zakaria bin Ahmad Sokongan : En. Md Zawawi bin Hassan Agenda 8 : Pembentangan dan Pembahasan Usul 8.1 Ustaz Alias bin Che Nus telah membentangkan usul berikut : Penambahbaikan pengurusan khairat kematian Masjid Al Muhsinin, Kg Raja dengan membuat pindaan : I. Mengurangkan tempoh matang daripada 5 tahun kepada 3 tahun sahaja. II. Pampasan kekal dengan setiap kematian ahli menerima RM1 500.00 III. Memohon pihak masjid menyumbang sebanyak RM500.00 setiap kematian peserta. ( RM1000.00 - khairat + RM500.00 - sumbangan masjid = RM1500.00) - Usul ini diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat. 8.2 Pn. Hjh. Roziah Bt Husin membentang usul berikut : Mengusulkan agar pihak pengurusan masjid dengan sokongan seluruh ahli kariah berusaha bagi memainkan peranan bersungguh - sungguh mencari jalan dalam pelbagai inisiatif untuk membeli sebidang tanah di atas Lot 215-No Geran :74882 ( Tapak Stesen Minyak Petronas ) tepi jalan utama hadapan masjid . Lokasi : Bandar Sg. Petani Mukim : Kuala Muda . Demi kemudahan dan perancangan komersil di masa depan serta fokus dalam usaha untuk menyelamatkan tanah milik orang Islam yang sekarang ini hanya tinggal 2 lot sahaja di persekitaran masjid ini. Tanah ini jika dapat dimiliki amat berpotensi bagi : - mewujudkan lot parkir kenderaan - tapak perniagaan seperti medan selera dan bazar terbuka - membina sebuah kompleks bangunan bertingkat - merancang projek kegiatan ekonomi untuk pembangunan masjid - menyelamatkan tanah orang melayu daripada dimiliki bangsa asing. 8.2.1 Pn. Hjh Roziah juga memaklumkan nilai pasaran semasa bagi tanah tersebut adalah RM2.4 juta dengan harga RM120.00 / kaki persegi. 8.2.2 Cadangan penerimaan usul ini disuarakan oleh Sdr Tg Abd Aziz bin Tengku Bakar dan disokong oleh Sdr Md Jonet bin Othman. Pihak masjid perlu mendapatkan maklumat tambahan berkaitan hartanah yang dimaksudkan. Agenda 9 :Cadangan dan Ucapan Penangguhan 9.1 Sdr. Md Jonet bin Othman mencadangkan agar pihak masjid menyediakan peruntukan khas untuk menyumbang kepada semua surau yang terdapat dalam kariah Kg. Raja. 9.2 Sdr. Razali bin Mad Desa mencadangkan supaya semua surau yang terdapat dalam kariah Kg Raja didaffarkan dengan Pejabat Agama Kuala Muda. 9.3 Tn. Hj. Ismail bin Saad inginkan maklum balas daripada pihak masjid berkaitan cadangan mengadakan Hari Keluarga Masjid di Teluk Senangin, Perak. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 9


Tn. Imam Ustaz Alias Che Nus memberikan respons dengan menyatakan bahawa perancangan untuk menjalankan hari keluarga di Teluk Senangin telah dimulakan , namun cadangan tersebut ditangguhkan kerana kurang mendapat penyertaan daripada ahli Jawatankuasa dan anak kariah. 9.4 Tn. Hj. Ismail bin Saad juga ingin mendapatkan penjelasan perkembangan berkaitan status permohonan tanah Lot 580 Mukim Sungai Petani untuk dijadikan kawasan perkuburan Kariah Masjid Al Muhsinin Kg. Raja. Tn. Hj. Muhammad Shofe bin Hj Abdullah menjelaskan bahawa permohonan untuk tujuan tersebut telah dikemukakan kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) melalui surat yang bertarikh 05/01/2016. Surat pindah milik tanah kepada MAIK telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Kuala Muda bertarikh 27/01/2017. Pada masa ini pihak MAIK sedang menunggu kelulusan tersebut yang akan dibuat melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. 9.4 Tn. Hj. Azman memohon pihak pengurusan masjid untuk membaiki kerosakan Jam Solat yang terdapat dalam ruang solat masjid . Beliau juga mencadangkan agar pihak masjid mendapatkan perkhidmatan kawalan serangga seperti anai-anai bagi mengelakkan kerosakan bahagian - bahagian tertentu di dalam masjid. Tambahan lagi , beliau mencadangkan agar pemisah bahagian solat muslimat diganti dengan pemisah yang lebih sesuai. 9.5 Ustaz Alias di dalam ucapan penangguhan mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat kali ini. Mengulas cadangan Sdr Md Jonet bin Othman ( sumbangan kepada surau) pihak pengurusan akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat AJK masjid untuk dibincangkan secara lebih mendalam. Beliau juga berharap agar semua anak kariah akan terus terlibat dalam semua aktiviti yang telah disusun atur oleh pihak masjid. Disediakan oleh : ........................................... (Hj. Muhammad Shofe bin Hj. Abdullah) Setiausaha Masjid Al Muhsinin, Kg. Raja Sungai Petani, Kedah Darul Aman Disediakan oleh : ........................................... ( Hj. Alias bin Che Nus) Pengerusi Masjid Al Muhsinin, Kg. Raja Sungai Petani, Kedah Darul Aman MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 10


laporan aktiviti tahunan 2024-2025


Sukacita dinyatakan bahawa Pihak Jawatankuasa Masjid Al Muhsinin, Kg. Raja dengan rendah diri mengemukakan Laporan Aktiviti Masjid Tahun 2024 di bawah Pengerusi Lajnah yang bertanggungjawab bagi makluman dan pengetahuan seluruh ahli kariah untuk dibahas dan diterima. 1. Pengenalan Sejajar dengan perkembangan situasi semasa yang dihadapi oleh masyarakat Islam secara global, institusi masjid tidak boleh terpinggir dalam menyampaikan dakwah serta memainkan peranan utama dalam membangunkan masyarakat Islam agar berada di tempat yang teratas. Masjid sepatutnya terus berkembang seiring dengan arus perkembangan zaman dalam mendokong peranan kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi yang mampu membina kemajuan ummah dari pelbagai segi. Masjid wajar direalisasikan sebagai pusat dakwah, pusat ilmu, pusat pertemuan dan perpaduan bagi mencerminkan kekuatan dan ketinggian Islam dan umatnya. Malah masjid juga wajar bergerak menjadi pusat kebajikan anak kariah dan perlu dinaik taraf dari segi pembangunan dan pendidikan ilmu hingga bertaraf global. 2. Latar Belakang Masjid Masjid Jamek Kg. Raja telah dibina tahun 1957 dengan menggunakan bahan binaan daripada kayu dan papan sahaja. Pertambahan penduduk dan jemaah menyebabkan masjid ini perlu dinaik taraf dan diperkemaskan dengan menggunakan struktur binaan dari bahan konkrit. Pada 13 November 1964 (bersamaan : 9 Zulhijjah 1384 H) YTM Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj, Pendana Menteri Malaysia yang pertama telah meletakkan batu asas. Kemudian setelah siap dinaik taraf, Kebawah DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah perkenan merasmikan pembukaannya pada 5 April 1965 (bersamaan 4 Jamadil Awwal 1384). Setelah itu berbagai-bagai pengubahsuaian dan penambahan dilakukan sehinggalah seperti yang ada sekarang ini. Ke Bawah DYMM Tuanku juga telah perkenan menjenamakan semula Masjid Jamek, Kg. Raja kepada Masjid Al Muhsinin, Kg. Raja, Sungai Petani, diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan melalui rujukan surat PSU(K)778-1380 Jilid 2 (56) bertarikh 31 Julai 2000 (bersamaan 29 Rabiul Akhir 1421H) 3. Alamat Masjid Masjid Al Muhsinin Kg. Raja Batu 1, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sg. Petani, Kedah Darul Aman. Alamat E-mel : [email protected] Laman Web : www.mkgraja.com MAKLUMAT MASJID MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 13


Jawatankuasa Induk Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa Ahli Jawatankuasa (Tambahan) Senarai Pegawai Masjid Imam / Nikah & Cerai / Rujuk Pembantu Imam 1 Pembantu Imam 2 Siak 1 Siak 2 Ahli Jawatankuasa Perhubungan Zakaria bin Ahmad Md Jonet bin Othman Mohd Ghouse bin Ibrahim Mat Jusoh bin Mamat Hj Abd Rahman bin Bakar Yusofi bin Omar Bahador bin Md Rejab Hj Ishak bin Ahmad Azmi bin Ahmad (menggantikan Abdul Salim) Azwan bin Hj Ahmad Mohd Sobri bin Daud Zainurin bin Shamsudin Mohd Hafizz bin Yusofi Mat Jusoh bin Mamat Ustaz Hj Alias bin Che Nus Hj Abdul Raof bin Mohd Zain Hj Muhamad Shofe bin Hj Abdullah Musa bin Abd. Hamid Hj Azizan bin Hj Abu Bakar Bahador bin Md Rejab Hj Mohd Zaki bin Hj Abdullah Shahbani bin Mahmud Mohd Azmi bin Yaakub Hj Judin bin Ahmad Mohd Anas bin Shahul Hameed Hajah Roziah binti Husin Hajah Siti Meriam binti Sharifi Salbiah binti Ishak Ustaz Hj Alias bin Che Nus Mohd Noor bin Abd Hamid Mohamad Alifi Yusri b. Mohamed Yusofi Md Yusofi bin Hashim Hj Baheran bin Daud Surau As solihin, Tmn. Berlian / Indah Surau Al Muflihin, Tmn. Kenari, Jaya, Indah Surau Al Faizin, Tmn. Mutiara / Indah Kg. Bukit Belah Kg. Raja Belakang Masjid Kg. Kebun Beng Kee Kg. Wat Siam / Kg. Tebu Taman Semangat Azmi bin Ahmad Taman Berangan Taman Bertam Caterer Masjid Pekerja Tanah Perkuburan Pekerja Tanah Perkuburan Pekerja Tanah Perkuburan SENARAI AHLI JAWATANKUASA MASJID AL MUHSININ, KG. RAJA – PENGGAL 2022 / 2025 MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 14


Senarai Pengerusi Lajnah Ustaz Hj Alias bin Che Nus Tanah Mohd Noor bin Abd Hamid Hj Muhamad Shofe bin Hj Abdullah Shahbani bin Mahmud Bahador bin Md Rejab Ust Mohd Alif Yusri bin Mohd Yusof Hj Mohd Zaki bin Abdullah Hajah Roziah binti Husin Hajah Siti Meriam binti Sharifi Mohd Azmi bin Yaakub Hj Judin bin Ahmad Kaum Mohd Anas bin Shahul Hameed Salbiah binti Ishak Hj Abdul Raof bin Mohd Zain Lajnah Pengurusan Jenazah & Tanah Perkuburan / Nikah Lajnah Dakwah & Tarbiyah Lajnah Pembangunan & Keceriaan Lajnah Ekonomi Lajnah Kebajikan Lajnah ICT & Dokumentasi Lajnah Pendidikan Lajnah KAFA & Muslimat Lajnah TASKA & Pendidikan Islam Lajnah Keselamatan & Kesejahteraan Komuniti Masjid Lajnah Seranta / Sosial & Komuniti Kaum Lajnah Belia Lajnah Beliawanis Lajnah Penyelenggaraan Kecil & Aseta SENARAI AHLI JAWATANKUASA MASJID AL MUHSININ, KG. RAJA – PENGGAL 2022 / 2025 MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 15


PEGAWAI MASJID AL-MUHSININ KG RAJA MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 UST. HJ ALIAS BIN CHE NUS Imam/Pengerusi UST MOHD NOOR BIN ABD. HAMID Pembantu Imam 1 UST MOHAMAD ALIF YUSRI BIN MOHAMED YUSOF Pembantu Imam 2 YUSOF BIN HASHIM Siak 1 HJ BAHERAN BIN DAUD Siak 2 16


MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 JAWATANKUASA MASJID AL MUHSININ, KG. RAJA – PENGGAL 2022 / 2025 HJ MUHAMAD SHOFE BIN HJ ABDULLAH Setiausaha & Pengerusi Lajnah Pembangunan & Keceriaan HJ ABD RAOF BIN HJ MOHD ZAIN Timbalan Pengerusi & Pengerusi Lajnah Peny. Kecil & Aset/ Ketua Kaw. Tmn. Kg. Raja HJ AZIZAN BIN ABU BAKAR Bendahari MUSA BIN ABD. HAMID Penolong Setiausaha UST. HJ ALIAS BIN CHE NUS Imam/Pengerusi Pengerusi Pengurusan Jenazah & Tanah Perkuburan 17


JAWATANKUASA MASJID AL MUHSININ, KG. RAJA – PENGGAL 2022 / 2025 MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 BAHADOR BIN MD REJAB AJK Induk Pengerusi Lajnah Kebajikan / Wakil Kaw. Kg. Tebu & Kg. Watt Siam HJ MOHD ZAKI BIN ABDULLAH AJK Induk Pengerusi Lajnah Pendidikan SHAHBANI BIN MAHMUD AJK Induk Pengerusi Lajnah Ekonomi AZMI BIN MOHD YAAKOB AJK Induk Pengerusi Lajnah Keselamatan & komuniti RIDZUAN BIN MURAT Juru Audit 1 ZAKARIA BIN SAAD Juru Audit 2 18


AJK PERHUBUNGAN & KETUA KAWASAN SESI 2022 - 2025 MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 ZAKARIA BIN AHMAD AJK Perhubungan Wakil Surau As Solihin, Tmn . Berlian MD JONET BIN OTHMAN AJK Perhubungan Wakil Surau Al Muflihin, Tmn . Kenari MOHD GHOUSE BIN IBRAHIM AJK Perhubungan Wakil Surau Al Faizin, Tmn . Mutiara MAT JUSOH BIN MAMAT AJK Perhubungan Wakil Kaw. Kg. Bkt Belah / Tmn. Kenari Merdu ABD RAHMAN BIN BAKAR AJK Perhubungan Wakil Kaw. Kg. Raja Blkg. Masjid YUSOFF BIN OMAR AJK Perhubungan Wakil Kaw. Kg. Bengkee & Kg.Songkir HJ ISHAK BIN AHMAD AJK Perhubungan Wakil Kaw. Tmn. Semangat AZMI BIN AHMAD AJK Perhubungan Wakil Kaw. Tmn Berangan / Tmn. Beringin AZWAN BIN AHMAD AJK Perhubungan Wakil Kaw. Tmn. Bertam 19


PENGERUSI LAJNAH SESI 2022 - 2025 MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 UST MOHD NOOR BIN ABD. HAMID Pengerusi Lajnah Dakwah SABRI BIN MOHD DAUD Caterer Masjid HJ JUDIN BIN AHMAD Pengerusi Lajnah Sosial & Seranta MOHD ANAS BIN SHAHUL HAMEED Pengerusi Lajnah Belia UST MOHAMAD ALIF YUSRI BIN MOHAMED YUSOF Pengerusi Lajnah Dokumentasi & ICT HJH ROZIAH BT HUSIN Pengerusi Lajnah Muslimat & KAFA SALBIAH BT ISHAK Pengerusi Lajnah Beliawanis HJH SITI MERIAM BT SHARIFF Pengerusi TASKA Islam Masjid MAT JUSOH BIN MAMAT Petugas Tanah Perkuburan ZAINURIN BIN SHAMSUDIN Petugas Tanah Perkuburan MOHD HAFIZZ BIN YUSOFF Petugas Tanah Perkuburan 20


LAPORAN AM : a) Pihak Jawatankuasa Masjid telah mengadakan Mesyuarat AJK Dan Pegawai sebanyak 4 kali dan Mesyuarat Khas sebanyak 14 kali sepanjang tahun 2024 bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan pengurusan dan pelaksanaan program yang dirancang. b) Status Anak Kariah Jumlah keseluruhan ahli kariah Kg. Raja - 4,240 orang Jumlah ketua keluarga - 974 orang c) Bilangan Ketua Keluarga Pecahan Mengikut Surau Dan Kawasan. 1) Surau As Solihin, Tmn. Berlian / Berlian Indah - 125 orang 2) Surau Al Faizin, Tmn. Mutiara/ Mutiara Indah - 81 orang 3) Surau Al Muflihin, Tmn Kenari - 248 orang 4) Kg. Bukit Belah / Kebun Beng Kee - 98 orang 5) Kg. Raja Wat Siam - 41 orang 6) Kg. Raja Belakang Masjid - 28 orang 7) Tmn. Berangan / Bertam / Angsana - 142 orang 8) Tmn. Kg. Raja - 27 orang 9) Lain-Lain (Tmn. Semangat / Kg. Tebu / Pekan Lama / Kuarters Penjara / dll - 122 orang d) Status Umum 1) Lelaki yang Wajib Jumaat (15 tahun ke atas) - 1599 orang 2) Ketua Keluarga - 770 orang 3) Anak - Anak - 829 orang 4) Anak yatim - 6 orang 5) Janda / Balu - 90 orang 6) Warga Emas - 489 orang 7) Layak Mengundi - 2901 orang 8) Meninggal Dunia (bermula 2009) - 162 orang # sumber data : laman web masjid (mkgraja.com) MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 21


LAPORAN AKTIVITI MASJID AL MUHSININ SEPANJANG TAHUN 2024 Pengenalan Secara umumnya sepanjang tahun 2024, pihak pengurusan Masjid Al Muhsinin Kariah Kg. Raja telah menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancang dan diputuskan secara kolektif dalam mesyuarat Jawatankuasa dan Pegawai Masjid. Setiap aktiviti yang telah dijalankan adalah mengikut idea bersama yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah yang dilantik. Berikut adalah senarai aktiviti - aktiviti yang dijalankan oleh pihak masjid melalui lajnah-lajnah yang berkaitan : 1) LAJNAH DAKWAH & TARBIYAH • Penasihat : Ust Hj Alias bin Che Nus • Pengerusi : Mohd Noor bin Abd. Hamid • AJK : Ust Mohamad Alifi Yusri bin Mohamed Yusof • AJK : Hj Baheran bin Daud • AJK : Md Yusof bin Hashim • AJK : Hj Azizan bin Abu Bakar Lajnah Dakwah & Tarbiyah kekal meneruskan aktiviti harian, mingguan dan bulanan dengan majlis –majlis ilmu melalui kuliah Maghrib, Subuh, Tazkiran Jumaat dan ceramah sempena sambutan hari kebesaran Islam. Penceramah yang dijemput mempunyai pelbagai latar belakang ilmu agama yang luas. Program yang disusun atur ini diharapkan dapat meningkatkan ilmu para jemaah kariah ini. Pihak Lajnah & Tarbiyah juga menganjurkan program forum dan ceramah pada hari kebesaran Islam sepanjang tahun 2024 yang menjadi agenda khas program yang telah dilaksanakan. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 22


Ustaz-Ustaz Pengkuliah Subuh 2024 1. Tn Guru Siddiq Noor 2. Ustaz Ikmal Najmi 3. Ustaz Wan Muhammad Amier 4. Ustaz Syuwari Ishak 5. Ustaz Khader Talib Mustafa 6. Ustaz Abu Bakar 7. Ustaz Tanazi Rahman 8. Ustaz Mohd Noor Zakaria 9. Ustaz Dr Shukri Hanafi 10. Ustaz Idrus Ahmad 11. Ustaz Halim Nasir 11. Ustaz Hidayat Hamzah 12. Tn Syeikh Mohd Noor Ismardi Ustaz - Ustaz Pengkuliah Maghrib 2024. 1. Ustaz Alias Che Nus 2. Ustaz Zulkifli Ahmad 3. Ustaz Nawawi Harun 4. Ustaz Mat Isa Abd Rahman 5. Ustaz Zikri Abd Kadir 6. Ustaz Zikri Abdul Kadir 7. Ustaz Abu Hurairah Saad 8. Ustaz Fadli Md Zin 9. Ustaz Othman Che Mee 10. Ustaz Ibrahim Jaafar 11. Ustaz Syakir Rosdi 12. Ustaz Salehuddin Ab Razak 13. Ustaz Ahmad Fadzli Hashim 14. Ustaz Anwar Majdi Ahsan 15. Ustaz Atikullah Rifaee 16. Ustaz Fakrul Razi Yaakub 17. Ustaz Aswad Nasron 18. Ustaz Firdaus Ismail 19. Ustaz Halizal Alias Program Muslimat Ustazah Masturah Binti Harisin - Setiap hari Jumaat 3.00 petang. Program Khas Tahunan 2024 / 2025 1. 12/1/2024 Kempen bulan solat Rejab 1445 Hijrah Menghasilkan banner hadis solat dan solat jemaah. Dilancarkan oleh Ustaz Khader Talib Mustafa semasa kuliah maghrib. 2. 27/1/2024 Kempen solat Subuh seperti jumaat. Kempen melalui group wasap Mkgraja dan pengumuman semasa solat Jumaat 26/1/2024 (Kehadiran ~200 orang) Muslimin 150 orang Muslimat 20 Kanak-kanak 30 Kuliah subuh Dr Shukri Hanafi menyentuh tentang solat jemaah di masjid 3. Kempen solat subuh jemaah di masjid sewaktu hari cuti bagi negeri Kedah (Jumaat dan Sabtu.) Jumaat 2/2/2024 Kuliah subuh ustaz Siddiq Noor (Kehadiran 80 orang) Muslimin 60 orang Muslimat 15 orang Kanak-kanak 5 orang Jamuan Sarapan pagi disediakan. Sabtu 3/2/2024 Kuliah subuh ustaz Halim Nasir (Kehadiran 85 orang) Muslimin 60 orang Muslimat 15 orang Kanak-kanak 10 orang MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 23


4. Sambutan Israk Mikraj pada 07/02/2024 Kuliah maghrib khas Ustaz Dr Syakir Bin Rosdi Tajuk: Solat Mikraj Orang Beriman Kehadiran: 40 orang 5. Nisfu Syaaban pada 24/02/2024 Bacaan Yassin dan doa 6. Program Ihya Ramadan bermula 12/03/2024 Iffar Jamaie, Solat terawih setiap malam dan tazkirah serta tadarus Al Quran 7. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 11/4/2024 - Takbir raya - Solat sunat 9.30 pagi - Tahlil dan doa. 8. Sambutan Hari Raya Aidil Adha pada17/6/ 2024 - Solat 9.00 pagi - Raya kedua korban peringkat masjid 10 ekor lembu 9. Sambutan Awal Muharram 1446 H pada 06/07/2024 - Solat maghrib, doa awal tahun dan tazkirah ‘Hijrah Tiada Berakhir’ oleh Ustaz Alias Che Nus. Jamuan nasi disediakan. 10. Sambutan Hari Asyura pada 06/07/2024 bersamaan 10 Muharram - Hari Asyura kempen puasa iffar di masjid. 11. Ceramah Perdana oleh Tuan Sheikh Nazif bin Zakaria pada 16/11/2024 bersamaan 14 Rabiul Akhir 1446 sempena Sambutan Jubli Intan 60 tahun Masjid Al Muhsinin 2) LAJNAH PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN • Penasihat : Ust Hj Alias bin Che Nus • Pengerusi : Hj Muhamad Shofe bin Hj Abdullah • AJK : Hj Abdul Raof bin Mohd Zain • AJK : Hj Azizan bin Abu Bakar a) Aktiviti pembangunan yang telah dilaksanakan - 2024 Pihak Masjid Al Muhsinin, Kg. Raja amat berbesar hati atas keperihatinan YB Ahli Parlimen Sg. Petani kerana meluluskan permohonan peruntukan bagi penyelenggaraan masjid. Sebanyak RM 35,000.00 telah diluluskan bagi perlaksanaan segera tiga (3) skop kerja sebut harga seperti yang dipohon. Pihak Pejabat YB Parlimen telah melantik kontraktor Anis Empayar Global Enterprise bagi menyiapkan kerja-kerja dengan pemantauan oleh pihak masjid sehingga keseluruhan kerja-kerja siap dibina. Pihak masjid hanya perlu melaporkan kemajuan kerja ditapak dan boleh membuat bayaran kepada kontraktor setelah berpuashati dengan semua spesifikasi kerja yang dijalankan. Penyerahan cek peruntukan akan disampaikan sendiri oleh YB Dr Mohamad Taufiq bin Johari (Ahli Parlimen Sg. Petani) kepada pihak masjid dalam majlis ringkas. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 24


Antara kerja-kerja yang telah dijalankan di bawah peruntukkan ini adalah : 1. Membina pagar dinding bata termasuk melepa dan mengecat sepanjang 102 kaki x 5 kaki tinggi serta pintu pagar ‘sliding’ di tepi laluan kaki lima hadapan luar masjid sebagai dinding pengadang dengan kawasan tanah perkuburan. 2. Membekal dan memasang atap (awning) di hadapan pagar dan pintu masuk utama masjid sepanjang 75 kaki selari dengan kedudukan pagar sedia ada. Pemasangan ini bagi mengelak daripada tempias air ke atas lantai halaman masjid apabila hujan lebat. 3. Menggantikan kapet lama yang telah lusuh dengan kemasan lantai baru jenis `vynill` yang lebih ceria di Bilik Mesyuarat Masjid seluas lebih kurang 1000 kaki persegi. b) Perancangan 2025 1. Merancang untuk menaik taraf dengan menambah tiga (3) Bilik Darjah KAFA di tingkat atas bersebelahan dengan TADIKA Islam sedia ada. 2. Mengubahsuai `Ruang Mehrab Imam` agar lebih luas dan selesa dengan hiasan berkonsepkan `Islamic decorative` agar lebih ceria dan menarik termasuk mengalih kedudukan Mimbar ke tepi sebelah kanan ruang mehrab setelah diperlebar nanti. c) Aktiviti keceriaan : Tahun 2024 1. Pihak masjid telah besetuju melantik petugas khas bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan semak samun secara rutin sebulan sekali (ikut keperluan) bagi keseluruhan tanah perkuburan baru dan lama. 2. Membekal dan memasang `digital notice board ` di ruang Dewan Masjid yang disumbangkan oleh individu anak kariah. 3. Membekal dan memasang `Jam Digital Waktu Solat` di ruang solat utama juga disumbangkan oleh individu anak kariah. 3) LAJNAH KESELAMATAN DAN DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI MASJID • Pengerusi : Mohd Azmi bin Yaakub • AJK : Md Yusofi bin Hashim • AJK : Hj Azizan bin Abu Bakar Lajnah keselamatan bertanggungjawab mengawal vandalisme keselamatan lalu lintas dan kenderaan para jemaah daripada vendalism semasa menghadiri program-program yang dianjurkan oleh pihak masjid pada hari-hari kebesaran Islam. Mengambil tindakan menggunakan khidmat anggota Rela bagi membantu keselamatan dan lalu lintas. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 25


a) Antara program yang dianjurkan 2024 : 1. Kawalan keselamatan/lalulintas sepanjang bulan Ramadan 2024 bermula dari tarikh 11/3/2024 sehingga 09/4/2024 – dengan khidmat 3 anggota RELA 2. Kawalan keselamatan/lalulintas Hari Raya sambutan Aidil Fitri pada 09/4/2024 dengan 3 anggota RELA 3. Kawalan keselamatan / lalulintas Hari Raya sambutan Aidil Adha dan program korban pada 16/6/2024 dengan 2 anggota RELA 4. Kawalan keselamatan Program Sambutan 60 Tahun Jubli Intan yang dirasmikan oleh YAB Dato Seri Muhamad Sanusi bin Mohd Noor – Menteri Besar Kedah Darul Aman pada 15/11/2024 (2 anggota) & 16/11/2024 dengan 8 anggota RELA. Sambutan program ini melibatkan tambahan penyediaan lot parkir kenderaan diperlukan seperti di Tapak lot tanah Stesyen Minyak Petronas (lama) , Kedai Tile berbumbung yang diberikan kebenaran khas penggunaannya dan kawasan sekitar masjid. 6. Kawalan keselamatan Program Tazkirah Dhuha dan Soal jawab Agama bersama Tuan Guru Ustaz Azhar bin Idrus pada 18/2/2025 dengan 4 anggata RELA. b) Perancangan 2025 Mencari sukarelawan seramai mungkin dalam kalangan anak kariah yang sanggup berkhidmat bagi rondaan / seliaan secara berkala dalam kariah serta membantu / melapor kepada pihak PDRM / PADKM atas kes-kes salah guna premis dengan aktiviti maksiat tidak bermoral. 4) LAJNAH KEBAJIKAN • Penasihat : Ustaz Alias bin Che Nus • Pengerusi : Bahador bin Md Rejab • AJK : Hj Muhamad Shofe bin Hj Abdullah • AJK : Hj Azizan bin Abu Bakar • AJK : Mohd Noor bin Abd. Hamid a) Aktiviti 2024 Peranan pihak masjid dalam memastikan kebajikan anak kariah sentiasa diberi keutamaan . Pelbagai program bantuan telah dilakukan termasuk kerjasama dengan organisasi luar. 1. Bantuan Persekolahan sesi 2024 Majlis penyampaian Bantuan Persekolahan bagi sesi 2024 untuk anak kariah yang belajar di sekolah aliran agama dan anak kariah dari kategori asnaf telah dijalankan pada hari Khamis bersamaan 8/03/2024 selepas solat Asar . Seramai 23 orang anak kariah yang akan mengikuti sesi persekolahan aliran Agama telah dipilih untuk menerima sumbangan berjumlah RM 4,300.00. Bagi kategori asnaf pula, seramai 16 orang juga telah terpilih untuk menerima bantuan yang berjumlah RM1,740.00. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 26


2. Bantuan ` Food Bank` Pihak masjid dengan sokongan LZNK telah menyalurkan bantuan berbentuk barangan keperluan dapur secara berkala sebulan sekali kepada anak-anak kariah yang dikategorikan sebagai asnaf (fakir miskin) berdaffar dalam sistem e-kariah masjid. 3. Mengemaskini maklumat anak kariah yang memerlukan bantuan Pihak lajnah juga sentiasa mengemaskini maklumat anak kariah yang memerlukan bantuan daripada pihak masjid . Proses ini berlangsung sepanjang masa untuk memastikan tidak berlaku keciciran penyampaian bantuan kepada mereka yang memerlukan. 4. Menyelaraskan kerja - kerja menggali kubur dan kebersihan kawasan perkuburan. Lajnah Kebajikan juga terlibat dengan kerja-kerja pembersihan kawasan perkuburan masjid. Pihak lajnah akan memastikan kerja - kerja pemotongan rumput dan perkara-perkara lain yang berkaitan kebersihan dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Di samping itu, lajnah kebajikan juga sentiasa memantau kerja-kerja menggali kubur yang dilakukan dengan menggunakan jentera pengorek. 5. Bantuan sempena Hari Deepavali kepada komuniti India. Pihak lajnah kebajikan juga menyelaraskan program bantuan kepada 20 orang komuniti India yang tinggal di dalam kariah Kg. Raja .Setiap penerima mendapat RM40.00 6. Sumbangan Bantuan Kepada Fakir Miskin Sumbangan bantuan berbentuk barangan dan wang tunai juga diberikan kepada asnaf dalam kariah melalui penderma dalam kalangan individu-individu yang sangat bermurah hati bagi meringankan beban saraan keluarga. 7. Bantuan Derma Kepada Pembangunan Dan Pelajar Agama Pihak Lajnah juga membantu menguruskan bantuan kutipan dana bagi tujuan Pembinaan Masjid, Surau, Maahad Tahfiz dari luar kariah yang dipohon melalui masjid ini. Selain turut menyumbang kepada pelajar-pelajar dalam dan luar kariah yang memerlukan perbelanjaan bagi meneruskan pengajian ke peringkat ijazah di dalam dan di luar negeri. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 27


5) LAJNAH PENYELENGGARAAN KECIL & ASET • Pengerusi : Hj Abdul Raof bin Mohd Zain • AJK : Hj Muhamad Shofe bin Hj Abdullah • AJK : Hj Azizan bin Abu Bakar a) Aktiviti 2024 Lajnah ini bertanggungjawab menyelenggara dan memperbaiki kerosakan kecil termasuk kerja-kerja kecemasan yang memerlukan tindakan segera sama ada dilaksanakan secara sendiri atau tukang yang dilantik mengikut keperluan. 1. Memasang baru sinki `stanless steel` 3 bowl di ruang memasak bagi kemudahan mencuci pinggan mangkuk terutamanya di bulan Ramadan dan program jamuan kenduri. 2. Memasang awning di ruang memasak bagi mengelak tempias air apabila hujan lebat. 3. Membaiki sistem paip air , tandas , menggantikan lampu, plug, kunci yang rosak dan lain-lain penyelenggaraan kecil. 4. Membaiki lampu Menara Azan Masjid yang rosak serta kebocoran lantai menara. 5. Mengubahsuai dengan membesarkan bangsal Pusat Sembelihan Masjid Al Muhsinin, Kg. Raja di penjuru Padang Awam hadapan Surau As Solehin, Taman Berlian. Penambahan ini memberikan sedikit keselesaan bagi Program Korban/Aqiqah yang diadakan setiap tahun. Kerja-kerja yang terlibat adalah membina lantai konkrit dan bumbung. 6. Membina Tabung Besi, khas untuk memberikan kemudahan para waris menyumbang ketika menziarahi tanah perkuburan masjid. 7. Membaiki semula lantai tile 2 kaki x 2 kaki yang mengalami kerosakan dari semasa ke semasa. 8. Penambahan bumbung dan atap kiosk Kedai Masjid termasuk menggantikan besi yang reput serta mengecat semula keseluruhan dinding dan gril besi 9. Mengganti baru kipas siling lama yang lusuh sebanyak 6 bilangan di ruang legar solat bagi menambah keceriaan sebelum Sambutan Program 60 Tahun Jubli Intan Kos penyelenggaraan keseluruhan kerja-kerja di atas sebanyak lebih kurang RM 15,000.00. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 28


B) Senarai Aset Milik Masjid - 2024 Bil Jenis Aset Jumlah Lokasi A) AIRCOND UNIT : 1 Split Unit - 5 hp 3 unit Ruang Solat 2 Split Unit - 2 hp 4 unit Ruang Solat (3) / Kafa (1) 3 Split Unit - 1 hp 6 unit Ruang Solat (3) / Pejabat (2) / Homestay (1) 4 Ceiling cassette - 3 hp 5 unit Ruang Solat (3) / Bilik Mesyuarat (2) 5 Split Unit - 1.5 hp 2 unit TASKA 6 Split Unit - 3 hp 2 unit Ruang Solat B) KIPAS 1 Kipas Siling 31 unit Dalam Masjid (25) / Dewan (6) 2 Kipas Dinding 35 unit Dalam Masjid / TASKA / Homestay / Ruang Masak C) LAIN-LAIN 1 Coway Water Filter 1 set Dalam masjid 2 Water Cooler 1 set Dalam Masjid 3 Mini refrigerator 1 unit Homestay 4 PA System & Kelengkapan 1 set Bilik PA Masjid 5 Vacuum cleaner 3 set 6 Alat Pemadam Api (carbon dioksida) 2 bil Dalam Masjid (1) / Pejabat (1) Alat Pemadam Api (ABC) 3 bil Dalam Masjid 7 Peti Besi Keselamatan 5 bil Dalam Masjid / Pejabat 8 Mesin Photostat 1 bil Pejabat 9 Kabinet Besi / Rak Fail 5 bil Pejabat 10 Computer (2) / Printer (1) 2 Set Pejabat 11 Unifi 1 set Dalam Masjid / Pejabat 12 CCTV System (camera - 9) 1 set Pejabat / Dalam Masjid / Dewan Masjid 13 Sofa (3+2) / Meja 1 set Pejabat 14 Kerusi Meja 4 set Pejabat / Dalam Masjid (meja pengkuliah) 15 Bill Counter (mesin wang) 1 bil Pejabat D) Rumah Wakaf 1 unit 171 / 172 Tmn Mutiara Rumah Wakaf 1 unit 227J, Taman Baru, Kg. Raja MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 29


6) LAJNAH EKONOMI • Penasihat : Ustaz Alias bin Che Nus • Pengerusi : Shahbani bin Mahamud • AJK : Hj Muhamad Shofe bin Hj Abdullah • AJK : Hj Azizan bin Abu Bakar Lajnah Ekonomi meneruskan usaha bagi penambahan pendapatan kewangan masjid dalam perancangan pada masa akan datang dengan sebaik mungkin. a) Aktiviti 2024 : 1. Menyewa Bilik Homestay Masjid terus berjalan dan tempahan adalah Bendahari. 2. Rumah Kedai Masjid telah disewakan dengan kadar RM 450.00 / bulan dan menjadi sumber tetap kewangan masjid. 3. Kempen kemudahan menyumbang melalui QR Code - BIMB telah dilancarkan termasuk dicetak melalui kalendar masjid dan dipamerkan bagi kemudahan anak kariah menyumbang ke akaun masjid.. 4. Rumah wakaf masjid di Taman Mutiara berjalan lancar dengan kadar sewaan RM 650.00 sebulan. Menguruskan jualan/sumbangan takwim waktu solat 1446H cetakan masjid dan kalendar 2025 cetakan masjid . b) Perancangan 2025 : 1. Berusaha menjadikan rumah wakaf masjid yang hampir siap pembinaannya di no 227J, Taman Baru, Kg. Raja sebagai homestay yang akan dilengkapi dengan kelengkapan perabut . Sasaran sewaan RM 300.00 ke atas bagi satu malam dan InshaAllah sedang dirancang akan dilengkapi dengan kolam mandi keluarga tertutup di ruang tanah kosong belakang rumah. 2. Pihak pengurusan PASTI juga telah menaiktaraf ruang tepi rumah wakaf di Taman Mutiara dengan Bilik Kelas Pembelajaran anak-anak PASTI yang dilengkapi dengan Bilik Air, Ruang Dapur, Bilik Guru dan kemudahan dalaman untuk anak-anak pelajar termasuk sistem Pendingin Hawa. Pihak masjid akan mengenakan sewaan dengan kadar RM 200.00 sebulan setelah selesai bayaran kos pembinaan naiktaraf yang didahulukan oleh pihak PASTI. 7) Laporan Nikah PASANGAN PEREMPUAN YANG DIAKADNIKAH DALAM KARIAH Tiada data cerai dan rujuk kepada imam kariah sebab semuanya diuruskan oleh Pejabat Agama Daerah Kuala Muda. BIL 2023 2024 1 14 21 MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 30


8) LAPORAN UNIT PENGURUSAN JENAZAH & TANAH PERKUBURAN Ahli Jawatankuasa & Pekerja Pengerusi : Ustaz Haji Alias bin Che Nus Penolong Pengerusi : Mohd Noor bin Abd Hamid Pembantu : Haji Azizan bin Abu Bakar : Sdr Bahador bin Rejab Penggali Kubur: 1. Sdr Zainurin bin Shamsudin 2. Sdr Mat Jusoh bin Mamat 3. Sdr Mohd Hafizz bin Yusofi Pemotong rumput sukarela : Sdr Mohd Shahrin bin Mahamood : Sdr Zainol bin Md Noor Jumlah kematian tahun 2024 seramai 17 orang Aktiviti Secara keseluruhannya unit ini bertanggungjawab menguruskan Tanah Perkuburan Islam Kg. Raja. 1. Menguruskan kematian dari awal hingga selesai dikebumikan . Setakat ini pihak masjid menggunakan khidmat mandi jenazah dari orang luar kariah. Kenderaan juga disewa daripada pihak luar seperti Masjid Taman Keladi dan Khidmat Van Swasta Tuan Haji Arifin (Pak Pin) dari Kariah Batu 2. 2. Menyediakan lubang kubur yang mencukupi dengan menggunakan jentera pengorek dengan kadar satu lubang RM40.00 selubang. Sebanyak 24 lubang dikorek pada tahun 2023. 3. Memastikan kubur sentiasa bersih dan rumput ditebas mengikut jadual menggunakan khidmat pemotong rumput sukarela termasuk beberapa orang lain seperti Pak Non Taman Berangan dan lain-lain. 4. Pihak masjid juga membekalkan minyak mesin, tali dan racun jika diperlukan. Pihak masjid juga memiliki dua buah mesin potong rumput yang digunakan. 5. Memperbaiki sistem perpaipan air di tanah perkuburan untuk digunakan oleh orang ramai. 6. Membuat bayaran kepada anak kariah yang menyertai Khairat Kematian anjuran Masjid MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 31


9) LAPORAN AKTIVITI KELAS FARDU ‘AIN DAN AL-QURAN (KAFA ) SWASTA MASJID AL-MUHSININ KAMPUNG RAJA 2023/2024 Senarai Jawatankuasa : • Penasihat : Ustaz Hj. Alias b. Che Nus • Pengerusi : Hjh. Roziah bt Husin • Setiausaha : Pn Latifah binti Mustapa • Bendahari : Mohd Zaki bin Abdullah AJK : Tn Hj. Judin bin Ahmad : Pn. Hjh. Siti Mariam bt. Sharif : Pn. Hjh. Aziah bt. Ismail : Pn Sharidah binti Shahabudin : Tn. Hj. Abd Rahman bin Bakar : En. Mohd Nizan bin Hj Sudin PENGENALAN Kelas KAFA Al-Muhsinin telah ditubuhkan pada 15 April 2018 dan telah didaffarkan mengikut peruntukan di bawah seksyen 13 enakmen Pengawalan sekolah-sekolah Islam 1988 dengan mengguna nombor pendaffaran 19/2020 yang berkuatkuasa pada pada 29 Julai 2020.KAFA ini diiktiraf oleh JAKIM dan memakai kod KYT3043 . Semua pelajaran yang diajar menggunakan sillibus JAKIM dan para pelajar layak menduduki peperiksaan UPKK. Mulai tahun ini, pelajar- pelajar Tahun 2 Hingga 5 sahaja yang diambil.Pihak KAFA tidak dapat mengambil pelajar-pelajar Tahun 1 kerana tidak mampu untuk membayar elaun guru pada tahun tersebut kerana kekangan kewangan. Objektif KAFA i) Mewujudkan satu kelas pengajian Al-Quran dan fardu ‘Ain yang kemas, seragam dan bersepadu di seluruh negara. ii) Untuk memastikan semua kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 12 tahun dapat membaca Al-Quran dengan betul dan dapat mempelajari serta mengamalkan perkara-perkara asas yang menjadi fardu kepada seseorang Islam saperti Fiqh, Tauhid, Sirah, Akhlak, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab. iii) Untuk memperkukuhkan asas pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah kebangsaan bagi memastikan murid-murid di sekolah tersebut mencapai tahap yang tinggi dalam pendidikan dan pengetahuan agama Islam khususnya kemahiran dalam pembacaan Al-Quran dan beramal dengan perkara-perkara yang fardu. TENAGA PENGAJAR 1. Roziah binti Husin 2. Latifah binti Mustafa 3 Mawardi bin Ibrahim 4 Muhammad Nabil bin Musa KEDUDUKAN MURID TERKINI Jumlah murid : 52 Lelaki : 20 Perempuan : 32 BILANGAN KELAS : 4 SESI : petang. ( 2.30 – 5.30 petang ) MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 32


AKTIVITI KAFA 2024 1. Bacaan Yaasiin dan berdoa untuk keselamatan para pelajar warga KAFA, masjid dan sentiasa dalam lindungan Allah daripada gejala yang boleh mengganggu ketenteraman para pelajar mengikuti pelajaran. 2. Menjalani peroses Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP) secara berterusan mengikut takwim persekolahan 3. Jamuan Hari Raya. 4. Pertandingan mewarna dan menulis Jawi ke Rumi dan Rumi ke Jawi. Sempena Hari Kemerdekaan. 5. Melibatkan diri dalam aktiviti masjid dalam pertandingan mewarna sempena Mauludurrasul. 6. Mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajar UPKK yang bermula dari bulan Mei hingga Januari 2025. 7. Menghadiri Bengkel UPKK 8. Mengadakan Lawatan Ke Perak Darul Ridwan. 9. Mengadakan Majlis Khatam Al- Quran dan program Ihtifal tahunan. AKTIVITI MUSLIMAT 2024 Mengadakan kelas tadarus Al-Quran. Ia terbuka kepada muslimat sahaja. Seramai 23 orang pelajar muslimat telah menyertai program ini. Ia diadakan pada hari Rabu setiap minggu pada jam 3.00 hingga ‘Asar yang bertempat di Masjid Al-Muhsinin Kampung Raja. Oleh kerana semua pelajar telah menunjukkan prestasi yang agak memberansangkan, maka pendekatan pembelajaran memfokuskan kepada penghafalan ayat-ayat lazim. Penghafalan dibuat sedikit-sedikit dengan kaedah pengulangan. Jika masih terdapat masa yang berbaki pembelajaran beralih pula kepada mentadabur sedikit –sedikit surah pendek, Di samping itu, Lajnah muslimat juga telah mengadakan jamuan hari raya. 10) LAJNAH PENDIDIKAN • Pengerusi - Hj Mohd Zaki bin Abdullah • AJK - Zakaria bin Saad - Tn. Hj. Abd Rahman bin Bakar 1. Majlis bacaan surah Yasin untuk pelajar pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPKK, SPM, STPM dan STAM pada 28 November 2024 selepas solat maghrib. Jamuan makan disediakan 2. Seminar Peperiksaan SPM untuk pelajar pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM 2024/25 pada 25/12/2025 mulai 8.15 pagi hingga 4.30 petang. Penceramah terdiri daripada kaunselor dan guru guru yang berpengalaman. Minum pagi dan makan tengah hari disediakan. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 33


DOKUMENTASI Aktiviti Lajnah ini lebih kepada mempromosikan dan mengiklan program-program yang dijalankan oleh lajnah-lajnah tertentu. Fokus anak kariah dan orang ramai dengan laporan bergambar ke facebook masjid. Bertujuan bagi menarik sambutan mengimarahkan program anjuran pihak masjid serta memberi pengetahuan tentang peranan yang dijalankan oleh pihak pengurusan masjid. Antara usaha mendokumentasikan laporan bergambar yang telah disiarkan adalah seperti berikut : • Program Bantuan Persekolahan • Program bantuan kaum komuniti India • Program Gotong Royong • Program Tetap Tahunan Ramadhan • Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri & Aidil Adha • Program Ibadah Korban dan aqiqah • Sambutan Maulidur Rasul • Sambutan Jubli Intan 60 Tahun Masjid Al Muhsinin ICT Menyelia dan memantau secara berkala kesempurnaan sistem IT yang diaplikasikan di masjid agar befflungsi dengan baik. Antaranya : • CCTV • Aplikasi dan imformasi TV Litar • Jam Digital (Waktu Azan) yang telah dikemaskini mulai 6/1/2024 oleh kontraktor • Mempamerkan carta organisasi • Komputer pejabat dan PA Sistem. 12) LAJNAH BELIA • Penasihat - Ust Hj Alias bin Che Nus • Pengerusi - Mohd Anas bin Shahul Hameed • AJK - Sdr. Muhammad bin Hj Karim - Ust Muhamad Alif Yusri bin Mohamed Yusofi - Mohamad Fadzli bin Ismail Lujnah Belia Masjid Al Muhsinin telah banyak menjalankan aktiviti yang melibatkan golongan belia dalam kariah ini. Usaha untuk menarik lebih banyak golongan belia terbabit dengan aktiviti masjid giat dijalankan sama ada melalui aktiviti khusus dan juga melalui pendekatan lain. Antara aktiviti utama lujnah belia ialah : a) Aktiviti 2024 1. Merancang bersama program sambutan 60 Tahun Jubli Intan Masjid Al Muhsinin Kg Raja Pertandingan Bowling Tertutup Anak Kariah melibatkan belia dan beliawanis. Tarikh program : 10 November 2024. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 34


2. Merancang bersama program sambutan 60 tahun Jubli Intan Masjid Al Muhsinin Kg Raja Sukaneka Anak Kariah yang melibatkan kanak-kanak. Tarikh program : 16 November 2024 3. Sambutan 60 Tahun Jubli Intan Masjid Al Muhsinin Kg Raja. Lajnah belia menjadi pengurus acara bersama jawatankuasa induk sambutan 60 Tahun Jubli Intan Masjid Al Muhsinin Kg Raja yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah. Tarikh Program : 16 November 2024 4. Turut sama menguruskan bahagian penghantaran daging korban dari tempat penyembelihan ke masjid semasa ibadah korban anjuran Masjid Al Muhsinin Kg Raja pada 18 Jun 2024. b) Perancangan 2025 Lujnah Belia akan meneruskan beberapa aktiviti utama yang berjaya menarik minat golongan belia mendekati masjid sebagai solusi secara menyeluruh dalam cabaran terkini berkaitan ”TERJEMAHAN DAN KECERDASAN BUATAN (AI- ARTIFICIAL INTERLIGENT)” Di samping itu, Lujnah Belia akan memperkenalkan beberapa aktiviti dan pendekatan terbaru bagi mendekati golongan sasar ini untuk turut menjadi generasi yang tetap berpaksikan Iman dan Akidah, seterusnya menjadi pemimpin akan datang terhadap insitusi masjid dan islam. 13) LAJNAH SERANTA, SOSIAL DAN KOMUNITI - Penasihat : Ustaz Alias bin Che Nus - Ketua Lajnah : Hj Judin biin Ahmad - AJK : Sdr Mohd Razif bin Miah : Sdr, Ismail bin Ahmad : Sdr. Mohd Jamil bin Che Mat a) Objektif Lujnah 1. Membimbing masyarakat dan memberi kefahaman yang sebenar tentang Islam sebagai addin dan menentang perkara- perkara batil serta bercanggah dengan kehendak nilai-nilai Islam. 2. Menyelaras rancangan dan pelaksanaan dakwah Islamiah bersama - sama badan badan dakwah (NGO) serta bekerjasama dengan bahagian-bahagian lain JHEIK • Merapatkan , menggerak dan menyelaras aktiviti dakwah dengan NGO negeri Kedah bagi memastikan keberkesanan dakwah dengan agensi agama. • Merancang dan melaksanakan program keagamaan kepada saudara baharu dan mereka yang belum memeluk Islam. • Meningkatkan kesedaran berdakwah kepada semua lapisan masyarakat dengan mengadakan pameran aktiviti-aktiviti dakwah dan menyampaikan penerangan hal ehwal agama dari semasa ke semasa. • Menerbit dan mengedarkan bahan cetak berbentuk risalah Islamiah kepada semua lapisan masyarakat melalui media cetak dan media elektronik. • Mengeluarkan dan mengedar risalah-risalah keagamaan , khutbah, poster dan lain-lain. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 35


b) Aktiviti Lajnah • Memberi maklumat kepada umum melalui SMS semua rancangan TV atau kuliah dan ceramah agama kepada rakan-rakan Islam dari kaum India , Cina dan kaum-kaum lain. • Fotostat risalah dan petikan Al Quran berkaitan kebaikan Islam ( ayat yang penting) serta terjemahan c) Perancangan 2025 • Mendapat maklumat terperinci berkaitan masyarakat orang asli di Kg. Sg. Tiang, Tasik Banding untuk menjalankan aktiviti dakwah di sana. • Menghubungi beberapa individu untuk mendapat maklumat berkaitan masyarakat di sana. • Menjalankan aktiviti dakwah di sana atas nama Program Kunjungan Kasih Al Muhsinin- Sg Tiang yang dijadualkan pada 24/08/2025-24/08/2025. Pihak Pengurusan Masjid merakam penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi & JK Kuasa yang telah menyediakan laporan aktiviti surau. Terdapat 3 buah surau di dalam kariah yang aktif menjalankan peranan surau masing-masing. Kerjasama khusus daripada pihak surau diharapkan akan berterusan dalam menyokong program yang anjuran pihak masjid dan sentiasa berinteraksi menjayakan agenda peranan masjid. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 36


1) LAPORAN AKTIVITI SURAU AS SOLIHIN, TAMAN BERLIAN a) Senarai Jawatankuasa Pengurusan Surau As Solihin Pengerusi - Razali bin Mat Desa Timbalan Pengerusi - Zakaria bin Ahmad Setiausaha - Zakaria bin Saad Bendahari - Hj Azizan bin Ahmad AJK - Hj Abu Mansor bin Mohamed Ali Shaik Omar Hj Zahari bin Yaakub Hj Ahmad bin Ismail Ruslan bin Hj Ibrahim Pn Hjh Rusiah bte Nasruddin Hj Ismail bin Ahmad Penyimpan Kira-Kira 1 - Ahmad Roslan bin Jaafar Penyimpan Kira-Kira 2 - Hjh Rusnani bte Kasim b) Ketua-Ketua Lorong Taman Berlian / Taman Berlian Indah. • Ketua Lorong 1 & 2 - Ali bin Shaik Omar • Ketua Lorong 3/3A - Hj ishak bin Saud • Ketua Lorong 4 - Hj Zahari bin Yaakub • Ketua Lorong 5 - Hj. Abd Rahin bin Rejab • Ketua Lorong 6/6A - Hj Ismail bin Ahmad • Ketua Lorong 8 - Hj Zulkipli bin Ahmad Zainuddin • Ketua Jln T/Berlian A - Razali bin Desa • Ketua Jln T/Berlian B - Hj Abu Mansor bin Mohamed • Ketua Tmn. Berlian Indah A - Ahmad Roslan bin Jaafar • Ketua Tmn. Berlian Indah B - Zakaria bin Saad • Ketua Muslimat - Hjh Rusiah bt Nasruddin c) Aktiviti Sepanjang Tahun 2024 Sepanjang tahun 2024 Surau As Solehin Taman Berlian telah merangka dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat Taman Berlian dan Taman Berlian Indah. Antara tujuan utama aktiviti-aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan mengimarahkan surau. Secara tidak langsung para jemaah akan berkumpul, berinteraksi dan lebih saling mengenali antara satu sama lain. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 37


Keadaan ini mencetuskan semangat ukhuwah sesama ahli jemaah. Diharapkan keadaan ini akan berterusan saban tahun. Juga diharapkan dari semasa ke semasa program- program yang dijalankan akan bertambah baik dari segi pelaksanaannya. Antara aktiviti tahunan yang dijalankan di Surau As Solehin Taman Berlian sepanjang tahun 2024 adalah seperti keterangan di bawah: 1.1 Kuliah Maghrib dijalankan pada setiap minggu pertama hari Ahad setiap bulan - Ustaz Abu Hurairah bin Saad (Kitab Al Yawaqit Wal Jawahir) 1.2 Kuliah Maghrib dijalankan pada setiap minggu keempat hari Rabu setiap bulan - Tuan Imam Ustaz Alias bin Che Nus (Kitab Mastika Hadis Jilid 2) 1.3 Kuliah Maghrib dijalankan pada setiap minggu terakhir setiap setiap bulan- Ustaz Abu Imron al-hafiz bin Hj Ahmad (Kitab Bidayatul Hidayah) 1.4 Kuliah selepas Asar setiap hari Jumaat dijalankan untuk muslimat-Ustaz Abu Imron al- Hafiz bin Hj Ahmad 1.5 Tahlil pada setiap hari Jumaat selepas solat Subuh 1.6 Tadarus oleh muslimat setiap hari selepas Solat Subuh dengan sasaran khatam Al- Quran setiap bulan. 1.7 Tadarus pada setiap hari pada bulan Ramadan pada waktu pagi dan juga selepas solat Tarawih dengan sasaran 2 kali hatam al-Quran oleh jemaah muslimin. 1.8 Solat sunat Tarawih yang melibatkan imam-imam jemputan dan imam tempatan berserta tazkirah sepanjang Ramadan. 1.9 Majlis iffar Ramadan dan tahlil hasil sumbangan lorong-lorong Taman Berlian dan Taman Berlian Indah dan juga sumbangan daripada individu-individu. 1.10 Aktiviti gotong-royong yang melibatkan masyarakat setempat dengan fokus kepada sambutan Ramadan dan juga hari raya. 1.11 Program korban dijalankan sewaktu Hari Raya Aidil Adha pada hari raya ke-3 (5 ekor lembu sembelihan yang melibatkan 35 orang peserta) 1.12 Kursus Pengurusan Jenazah yang dikendalikan oleh Ustaz Hidayat bin Hamzah(UHH Travel & Tours yang melibatkan masyarakat setempat. 1.13 Program memasak bubur asyura sempena sambutan awal Muharam. 1.14 Pembinaan bagi menaik taraf Surau As Solehin yang melibatkan pembinaan dewan makan dan juga bahagian dapur surau. 1.15 Permohonan untuk menaik taraf surau pada bahagian tandas muslimin dan muslimat juga telah mendapat kelulusan daripada Unit Penyelarasan Pembangunan (ICU JPM). Projek ini dijangka dilaksanakan pada awal tahun 2025. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 38


2) LAPORAN AKTIVITI SURAU AL-MUFLIHIN, TAMAN KENARI Syukur Alhamdulillah kehadrat ilahi kerana diberi peluang untuk menyatakan program-program yang telah dijalankan dan dilaksanakan di Surau Al-Muflihin Taman Kenari. Bagi mengimarahkan surau, pihak jawatankuasa pengurusan surau telah menjalankan pelbagai aktiviti dan program dengan tujuan dan harapan untuk mengeratkan jalinan ukhwah silatulrahim kalangan penduduk Taman kenari. Di bawah ini di senaraikan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan: a) Jawatankuasa Pengurusan Surau Al – Muflihin, Taman Kenari : Pengerusi : Md Jonet bin Othman Timbalan Pengerusi : Zamri bin Husin Setiausaha : Mohd Sufi bin Hasan Bendahari : Mohd Imran bin Hj Md Noor AJK : Zulkifli bin Saad : Md Isa bin Omar : Zainurin bin Shamsudin : Mohd Salim bin Abdullah : Abd Rashid bin Malek : Azli bin Hj Karim : Mohd Fazli bin Bakar : Mohd Yusof bin Bux : Hajah Jamilah binti Hj Ismail : Hajah Aishah binti Ibrahim : Olah bt. Din Penjaga Stor : Abd Razak bin Yusof Alhamdulillah…. Setinggi-tinggi kesyukurun dipanjatkan kepada ALLAH SWT dan Salawat serta salam kepada baginda yang Mulia Nabi Muhammad. Dengan kerjasama dan komitmen semua AJK Pengurusan Surau Al-Muflihin dan sokongan yang diberikan oleh seluruh anak kariah Surau Al-Muflihin berbagai-bagai aktiviti telah dapat dilaksanakan sepanjang tahun 2024. Sesungguhnya penyatuan ummah akan mewujudkan kesepakatan yang erat dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti demi untuk memakmurkan masyarakat dan mengimarahkan surau. Dengan kesepakatan ini, Surau Al-Muflihin telah melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2024. Jawatankuasa Pengurusan Surau Al-Muflihan amat mengharapkan agar keterlibatan dan kerjasama yang diberikan oleh seluruh warga Taman Kenari dapat dipertingkatkan, agar berbagai-bagai program lagi dapat dilaksanakan pada masa hadapan. Pada kesempatan ini, Jawatankuasa Pengurusan Surau Al-Muflihin ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk Taman Kenari kerana memberikan Kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 39


Di bawah ini di senaraikan antara program-program yang dilaksanakan sepanjang tahun 2024: 1. Jawatankuasa Pengurusan Surau telah mengadakan 4 kali mesyuarat AJK dan 8 kali mesyuarat Khas. Mesyuarat khas AJK biasanya diadakan bagi tujuan membincangkan isu-isu yang berbangkit serta untuk membincangkan program-program yang akan dilaksanakan di Surau Al-Muflihin. 2. Menguruskan serta mengadakan majlis iffar (berbuka puasa) sepanjang bulan Ramadan. 3. Majlis tadarus sepanjang bulan Ramadhan. 4. Sumbangan saguhati kepada semua peserta tadarus. 5. Sumbangan duit raya kepada kanak-kanak pada malam sambutan hari raya. 6. Sumbangan bungkusan / bakul makanan kepada asnaf sempena hari raya. 7. Membaiki dan menukar kanvas khemah. 8. Menganjurkan jamuan hari raya dan ceramah khas Ustaz Amran Bin Yusof. 9. Pendawaian elektrik garaj dan khemah mudah alih. 10. Memasang bumbung di kandang lembu. 11. Membantu Sambutan Hari Raya Masjid Kg. Raja. 12. Menganjurkan dan menguruskan Program Ibadah Korban sewaktu Hari Raya Aidil Adha. 13. Pendawaian elektrik di kendang lembu serta memasang lampu dan kipas angin. 14. Mengaadakan jamuan pada hari ibadah korban. 15. Menguruskan Program Ibadah korban ( 5 ekor lembu) 16. Menyediakan khemah, kerusi dan meja ketika majlis kenduri serta jika berlaku kematian. 17. Mengadakan program kacau bubur asyura. 18. Menukar bumbung setor. 19. Membina setor belakang tandas. 20. Menganjurkan ceramah Maulidul Rasul – Penceramah Ustaz Mohd Noor Zakaria. 21. Program Bersama komuniti DUN SIDAM – Surau jadi tuan rumah. 22. Baiki bumbung pejabat surau (bocor). 23. Bersama-sama Masjid Kg Raja di dalam Program Sambutan Jubli Intan. 24. Pemasangan bidai di dataran al-muflihin. 25. Membaiki palung mandi jenazah. 26. Membaiki dinding tempat mandi jenazah. 27. Menggantikan besi kandang yang bengkok. 28. Sentiasa memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi kepada program-program yang dianjurkan oleh Masjid Al-Muhsinin Kg. raja. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 40


SENARAI MAJLIS ILMU DAN KULIAH YANG DIJALANKAN DI SURAU AL-MUFLIHIN TAMAN KENARI: 3) LAPORAN AKTIVITI SURAU AL FAIZIN TAMAN MUTIARA / MUTIARA INDAH 2024/2025 a) Senarai Jawatankuasa Pengurusan Surau Al Faizin. • Penasihat - Ustaz Hj Alias bin Che Nus • Pengerusi - Mohd Ghouse bin Ibrahim • Timbalan Pengerusi - Abdullah bin Sahudin • Setia usaha - Hj Mohd Zaki bin Abdullah • Bendahari - Hj Che Pi bin Awang • AJK - Hj Abdullah Halim bin Isahak - Muhammad Yazid bin Surikan - Tuan Hj Syed Mohd bin Syed Ali - Roslan bin Ismail - Hj Baheran bin Daud - Hjh Salmah binti Ahmad b) Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan • Kuliah bulanan oleh Ustaz Hj Alias bin Che Nus - Imam Masjid Al Muhsinin, Kg. Raja • Pengajian kitab Tanbihul Ghofilin setiap minggu oleh Tn Hj Abdullah Halim bin Isahak • Kelas Tadarus Al Quran oleh muslimat setiap pagi Selasa, Rabu dan Khamis • Kelas Tajwid Al Quran setiap minggu untuk muslimat oleh Guru Quran ustazah Habsah daripada Sik • Penganjuran gotong royong membersih kawasan Surau Al Faizin • Solat Terawih berjemaah sempena Ramadan Al Mubarak • Mengadakan mesyuarat AJK mengikut keperluan dan juga mesyuarat agung . • Membantu pihak masjid mengagih daging korban kepada penduduk Taman Mutiara/Mutiara Indah semasa Program Korban Masjid Kampong Raja 2024. BIL NAMA USTAZ NAMA KITAB 1 Ustaz Haji Alias bin Che Nus Kitab Mustikahadis dan Nasihat Agama Wasiat Iman 2 Uataz Mohd Noor bin Abd Hamid Kitab Taklimul Aulad 3 Ustaz Fauzi bin Shahidan Kitab Penawar Bagi Hati 4 Ustaz Tarmizi bin Abd Rahman Kitab Hidayatul Sibyan 5 Ustaz Mohd Hidayat bin Hamzah Kitab Syamail Muhammadiyah 6 Ustaz Abu Hurairah bin Saad Kitab Al -Yawaqit & Matla’ul Badrain 7 Uataz Nor Siddiq bin Mohamad Kitab Fiqh Al -Sirah 8 Ustaz Saiful Anuar bin Rosli Kitab PelitaPenuntut 9 Ustaz Khairuddin bin Saad Kitab Hidayatul Soliqin 10 Ustaz Syuwairi bin Ishak Kitab Al -Qaulu Tamm MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 41


PENUTUP : Pihak Pengurusan Masjid Al Muhsinin, Kg. Raja sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai program di dalam usaha merealisasikan peranan masjid kepada seluruh anak kariah dan komuniti setempat. Aktiviti harian dan berjadual yang melibatkan keseluruhan semua lajnah akan sentiasa dirancang bagi memenuhi keperluan ahli kariah. Pihak masjid amat berharap agar program-program yang dianjurkan ini mendapat sokongan dengan penglibatan yang menyeluruh daripada semua ahli kariah di samping menjadikan masjid sebagai medium pusat penyebaran dakwah, peningkatan ilmu, mendekatkan ukhwah silaturahim serta menggalakkan sumbangan idea dan pandangan ke arah menjadikan pengurusan dan pentadbiran masjid ini lebih berkesan. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 4242


laporan kewangan yang berakhir 31 disember 2023


LAPORAN PEMERIKSA KIRA-KIRA BERAKHIR 2024 Bahawasanya kami telah memeriksa Penyata Kewangan Masjid Al Muhsinin, Kariah Kg.Raja, Sg. Petani bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 dan telah memperolehi segala butiran penerangan, bukti dan penjelasan yang kami perlukan. Bahasanya kami dengan ini bersetuju Penyata Kewangan beserta nota-nota yang tercatat menunjukkan keadaan sebenarnya serta saksama berkaitan dengan segala urusan pentadbiran kewangan Masjid Al Muhsinin, Kg. Raja sepanjang tahun 2024. Kami dengan ini mengesahkan Penyata Kewangan Masjid Al Muhsinin, Kg. Raja yang berakhir 31 Disember 2024 adalah betul dan tepat. ............................................................ Sdr. Ridzwan bin Hj Murad Pemeriksa Kira-Kira 1 Masjid Al Muhsinin, Kg. Raja Sg. Petani. ............................................................ Sdr. Zakaria bin Saad Pemeriksa Kira-Kira 2 Masjid Al Muhsinin, Kg. Raja Sg. Petani. MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 45


MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 46


47


membentang dan membahas usul


USUL YANG DITERIMA UNTUK DIBAHASKAN : 1. Usul daripada Sdr. Zakaria bin Saad : “Usul supaya Khairat Kematian Anak Kariah membuat bayaran khairat kematian kepada waris sebelum urusan pengkebumian jenazah.” MESYUARAT AGUNG AHLI KARIAH KALI KE 37 - 2025 49


Click to View FlipBook Version