The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berikut merupakan modul sejarah STPM bagi Semester 3 yang disediakan oleh Mahasiswa Jabatan Sejarah Universiti Malaya sesi 2020/2021.✨ Modul ini mengandungi soalan-soalan berserta skema jawapan yang berhubungkait dengan silibus-silibus subjek sejarah STPM.✨ Modul ini sesuai dijadikan rujukan untuk membantu pelajar mengingati isi-isi penting tentang Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000).✨ Diharapkan usaha kami ini dapat memberi sepenuhnya manfaat kepada semua pelajar STPM dalam proses menimba ilmu pengetahuan.✨

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rookies Histoire, 2021-06-07 00:50:30

MODUL SEM 3

Berikut merupakan modul sejarah STPM bagi Semester 3 yang disediakan oleh Mahasiswa Jabatan Sejarah Universiti Malaya sesi 2020/2021.✨ Modul ini mengandungi soalan-soalan berserta skema jawapan yang berhubungkait dengan silibus-silibus subjek sejarah STPM.✨ Modul ini sesuai dijadikan rujukan untuk membantu pelajar mengingati isi-isi penting tentang Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000).✨ Diharapkan usaha kami ini dapat memberi sepenuhnya manfaat kepada semua pelajar STPM dalam proses menimba ilmu pengetahuan.✨

5. Badan Eksekutif

Pelaksana pentadbiran kerajaan mengikut perlembagaan dan undang-undang.
Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu persekutuan, negeri dan tempatan.
Pentadbiran peringkat persekutuan dijalankan oleh kabinet atau Jemaah Menteri
yang diketuai oleh Perdana Menteri yang dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri
dan menteri-menteri lain.
Beberapa buah kementerian, jabatan dan badan berkanun diwujudkan.
Pentadbiran kerajaan negeri: Kuasa eksekutif berada di tangan Sultan atau Raja atau
Yang Dipertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri.
Kuasa tersebut dijalankan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Badan ini diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri yang dilantik oleh raja
atau Sultan atau Yang Dipertua Negeri.
Di Sarawak, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dipanggil Majlis Tertinggi manakala di
Sabah majlis ini dipanggil Jemaah Menteri (Kabinet).
Pentadbiran kerajaan tempatan terdiri daripada Majlis Perbandaran dan Majlis
Daerah yang diketuai oleh seorang Yang Dipertua.
Di Sabah, pentadbirannya dibahagikan kepada daerah dan kampung.
Setiap daerah ditadbirkan oleh pegawai Daerah yang dibantu oleh ketua anak negeri
dan Ketua Kampung.
Di Sarawak, pentadbirannya dibahagikan kepada Bahagian, Daerah Kecil dan
kampung.
Bahagian ditadbirkan oleh Rasiden, Daerah ditadbir oleh Pegawai Daerah dan
Pegawai-pegawai Perkhidmatan Tadbir Sarawak.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, Malaysia mengamalkan
sistem demokrasi berparlimen sejak tahun 1957.
Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk kerajaan
yang boleh didirikan dan kuasa yang digunakan
ditentukan oleh perlembagaan.
Jelaslah doktrin pengagihan kuasa tiga badan
yang telah ditentukan mesti dipatuhi supaya tidak
berlaku penyalahgunaan kuasa.

45

SOALAN 5: Bincangkan penubuhan Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan sumbangan

Malaysia terhadap pertubuhan tersebut.

Sumbangan Malaysia Penubuhan NAM

1.Mewujudkan Pusat bagi Gender Negara-negara berkecuali merujuk
(Memperkasa Wanita dalam Menghadapi kepada negara-negara yang tidak
Cabaran Globalisasi) melalui Deklarasi memihak kepada mana-mana blok
Putrajaya. kuasa dunia, sama ada blok Barat
atau blok Timur.
2.Mengemukakan deklarasi Kuala Lumpur Cadangan awal penubuhan NAM
sebagai usaha menghidupkan NAM dan mula dibangkitkan pada tahun 1955
pernyataan bersama tentang kedudukan dalam Persidangan Kemuncak
Palestin dan serangan Amerika Syarikat Negara Berkecuali di Bandung,
terhadap Iraq. Indonesia.
Persidangan itu dihadiri oleh 25
3.Memainkan peranan dalam meningkatkan buah negara dari Asia dan Afrika
kerjasama dalam kalangan negara sedang yang mengamalkan dasar
membangun dan negara miskin melalui berkecuali.
projek yang dikenali sebagai Kerjasama NAM telah ditubuhkan secara rasmi
Selatan-Selatan, dalam Sidang Kemuncak pada tahun 1961 semasa
Ketujuh di New Delhi 1987. berlangsungnya Persidangan
Kemuncak Negara Berkecuali di
4.Malaysia pernah menjadi tuan rumah Belgrade, Yugoslavia.
kepada sidang kemuncak NAM yang ke -13
pada tahun 2003.

46

5. Terlibat dalam perjuangan isu
Antartika hak manusia sejagat yang
perlu dipelihara secara bersama.
Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di
Harare (Zimbabwe) 1988 Malaysia
mengemukakan cadangan
penghapusan dasar Apartheid di
Afrika Selatan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Malaysia telah
memainkan peranan yang
berkesan dalam NAM sejak
menyertai pergerakan ini pada
tahun 1970.
Kejayaan negara yang paling
bermakna ialah apabila
cadangan Malaysia untuk
menubuhkan Suruhanjaya
Bebas Selatan-Selatan telah
diterima dan dilaksanakan.

47

SOALAN 6:
Sumbangan Tunku Abdul Rahman dalam aspek politik,

ekonomi dan sosial.

S
O
A
L
A
N
1
5

➢ Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dilahirkan pada 8 Februari
1903 di Alor Setar, Kedah.

➢ Beliau merupakan putera ketujuh Sultan Abdul Hamid Halim
Shah, Sultan Kedah ke-24.

➢ Beliau telah memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dalam
bidang Sejarah di Universiti Cambridge.

Disediakan oleh Nurhayati binti Mat Saidi

48

1. Merintis perjuangan untuk membebaskan negara.
➢ Tunku Abdul Rahman merintis perjuangan untuk

membebaskan negara daripada belenggu penjajahan
secara aman melalui proses rundingan tanpa melibatkan
pertumpahan darah.
➢ Pada tahun 1956, beliau mengetuai rombongan ke London
untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan
kerajaan Britain.
➢ Hasil rundingan tersebut, perjanjian kemerdekaan
ditandatangani di London pada 8 Februari 1956 yang
merintis jalan kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada
31 Ogos 1957.
➢ Selepas merdeka, beliau dilantik menjadi Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
➢ Pada bulan Mei 1961, Tunku mencadangkan gagasan
Malaysia yang meliputi Tanah Melayu, Singapura,
Sarawak, Borneo Utara dan Brunei.
➢ Kesemua wilayah ini, kecuali Brunei bersetuju untuk
bergabung dan membentuk Malaysia pada 16 September
1963.
➢ Tunku menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Disediakan oleh Nurhayati binti Mat Saidi
49

2. Menubuhkan Persatuan Asia Tenggara (ASA).
➢ Beliau menubuhkan Persatuan Asia Tenggara (ASA) pada

tahun 1961 peringkat antarabangsa.
➢ Negara yang dianggotai ialah Tanah Melayu, Thailand dan

Filipina.
➢ ASA ditubuhkan untuk menjalinkan hubungan dengan

negara-negara jiran.
➢ Walaupun kejayaan ASA amat terbatas, namun usaha itu

merintis jalan kepada penubuhan Persatuan Negara-
negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967 yang kini
dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara.

3. Menggubal pelbagai dasar dan rancangan pembangunan.
➢ Beliau memulakan pembinaan beberapa prasarana yang

menjadi kebanggaan negara sehingga kini seperti Masjid
Negara, Stadium Negara, Stadium Merdeka, Bangunan
Parlimen, Muzium Negara dan Tugu Negara.
➢ Selain itu, Tunku juga memperkenalkan pertandingan
Bola Sepak Piala Merdeka yang dimulakan sejak tahun
1957 dan terbuka kepada semua negara, kecuali Israel.
➢ Tunku juga mengasaskan penubuhan Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan dalam usaha memelihara
warisan negara.

Disediakan oleh Nurhayati binti Mat Saidi

50

4. Penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB).
➢ Tunku terlibat dalam penubuhan Bank Pembangunan Islam

(IDB) sebagai sebuah institusi kewangan dalam kalangan
negara Islam.
➢ Tunku pernah menjadi Yang Dipertuan Penubuhan
Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) serta presiden Majlis
Dakwah Islamiah Rantau Asia Tenggara dan Pasifik
(RISEAP) dari tahun 1982 hingga tahun 1988.

5. Mengilhamkan pertandingan membaca al-Quran.
➢ Tunku mengilhamkan pertandingan membaca al-Quran

peringkat kebangsaan pada tahun 1957 dan antarabangsa
pada tahun 1961.
➢ Pertandingan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan
antara negara Islam di samping meningkatkan syiar Islam.
➢ Pertandingan ini kemudiannya dikenali sebagai Tilawah al-
Quran yang menjadi satu acara tahunan sehingga kini.

Disediakan oleh Nurhayati binti Mat Saidi

51

6. Menentang keras Dasar Aparteid.
➢ Tunku menentang keras dasar diskriminasi kaum

yang diamalkan Afrika Selatan sehingga negara itu
disingkirkan daripada pertubuhan Komanwel
dalam persidangan yang diadakan di London.

➢ Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah meninggal dunia pada
6 Disember 1990 di Hospital Besar, Kuala Lumpur ketika
berusia 87 tahun.

➢ Sumbangan besar Tunku sebagai ‘Bapa kemerdekaan’ dan
‘Bapa Malaysia’ sentiasa dikenang setiap kali negara
menyambut Hari Kebangsaan.

Disediakan oleh Nurhayati binti Mat Saidi

52

53

Soalan

Tema 1
1.Bagaimanakah ciri-ciri ekonomi tradisional Indonesia sebelum
kemasukan kuasa luar.
2.Bandingkan sistem pembesar dalam institusi pemerintahan di
Vietnam dan Thailand pada abad ke-20
3.Bincangkan struktur sosial masyarakat di Vietnam sebelum
campur tangan kuasa Barat.
4.Jelaskan persamaan dan perbezaan antara susun lapis
msyarakat Vietnam dan Indonesia pada abad ke-19.

Tema 2
1.Jelaskan peringkat-peringkat perluasan kuasa British di Myanmar
pada abad ke-19
2.Bincangkan peristiwa yang membawa kepada tercetusnya Perang
Inggeris-Myanmar 1 pada tahun 1824.
3.Bincangkan peranan Diponegoro menentang penjajahan Belanda di
Indonesia dalam Perang Jawa pada tahun 1825-1830.

54

Soalan

Tema 3
1.Sejauhmanakah faktor agama membawa kepada kemunculan
nasionalisme di Indonesia pada abad ke- 19.
2.Jelaskan faktor-faktor dalaman dalam membangkitkan semangat
nasionalisme di Myanmar pada abad ke -19.
3.Jelaskan sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap
kuasa asing di Indonesia.
4.Jelaskan Peranan Parti Nasional Indonesia ( PNI ) dalam
perkembangan nasionalisme di Indonesia

Tema 4
1.Jelaskan sumbangan Phibun Songkram terhadap perkembangan
Nasionalisme di Thailand.
2.Bincangkan peranan yang dimainkan oleh Persatuan Belia
Buddha di Myanmar pada abad ke-20.
3.Huraikan bentuk pemerintahan sistem Republik di Filipina pada
abad ke-20.
4.Jelaskan tahap-tahap perkembangan ekonomi Thailand dari tahun
1958-1997.

55

56

57

BAHAGIAN B: ASIA TENGGARA S
O
TEMA 1 A
L
1. Bincangkan ciri-ciri ekonomi tradisional A
Indonesia sebelum kemasukan kuasa luar. N
1
Pendahuluan

o Masyarakat peribumi di Asia Tenggara pada abad ke-19
mengamalkan sistem ekonomi sara diri.

o Sistem ekonomi tradisional yang diamalkan di Indonesia
bersifat kecil-kecilan dan hanya untuk menampung
keperluan keluarga sahaja.

1. Bersifat sara diri 2. Penggunaan peralatan yang mudah
dan tradisional
o Kegiatan ekonomi sara diri yang o Petani yang mengamalkan

dijalankan ialah pertanian, ekonomi bercorak sara diri
menggunakan peralatan tradisi
perikanan, memungut hasil hutan, seperti cangkul, bajak dan
tenggala yang ditarik oleh kerbau
berburu, perlombongan dan atau lembu untuk membajak
tanah.
perdagangan secara kecil-kecilan. o Hal ini menyebabkan hasil yang
diperoleh amat sedikit dan hanya
o Kegiatan pertanian merupakan mampu untuk menampung
keperluan keluarga sahaja.
kegiatan ekonomi tradisional yang o Penanaman padi merupakan
kegiatan ekonomi tradisional di
utama di Indonesia. Indonesia terutama di Pulau Jawa,
Bali, Madura dan Sulawesi.
o Aktiviti ini melibatkan kegiatan

untuk mengeluarkan bekalan

makanan bagi memenuhi keperluan

diri dan keluarga.

o Hanya lebihan hasil pertanian akan

ditukar dengan penduduk dari

kawasan lain bagi memperoleh

barangan keperluan asas.

Disediakan oleh Nurhayati binti Mat Saidi

58

3. Hasil hanya mencukupi untuk keperluan sendiri
o Tumpuan hanya kepada penanaman padi bukit dan padi

sawah secara kecil-kecilan.
o Kawasan pertanian yang kecil tidak memberi pulangan yang

banyak.
o Penggunaan alat yang mudah dan ringkas seperti tajak,

cangkul dan tenggala tidak menggalakkan kegiatan ekonomi
secara besar-besaran.
o Buruh terdiri daripada kalangan ahli keluarga sahaja.

Kesimpulan

o Kesimpulannya, ekonomi sara diri di
Indonesia hanya bersifat kecil-kecilan
dan tidak menggalakkan aktiviti secara
besar-besaran.

o Sistem ekonomi di Indonesia adalah
bersifat terbatas dan terhad.

Disediakan oleh Nurhayati binti Mat Saidi

59

2. Bandingkan sistem pembesar dalam institusi
pemerintahan di Vietnam dan Thailand pada
abad ke-20

Pendahuluan S
O
▪ Pembesar merupakan sekumpulan pegawai yang dilantik oleh raja A
atau maharaja bagi membantu baginda melaksanakan pemerintahan L
sesebuah kerajaan. A
N
▪ Pembesar menduduki lapisan kedua dalam struktur sosial 2
masyarakat di Vietnam dan Thailand selepas Maharaja.

▪ Vietnam: terdapat 3 peringkat pembesar iaitu pembesar pusat,
daerah dan kampung serta diketua oleh golongan mandarin.

▪ Thailand: terbahagi kpd 2 peringkat iaitu di peringkat pusat dan
daerah. Mereka terdiri daripada kerabat diraja digelar chou dan
bangsawan digelar khunnang.

Peringkat pusat Krom/ Jabatan kerajaan

Peringkat daerah Peringkat pusat

Peringkat kampong/komun Peringkat wilayah

Vietnam Thailand

Disediakan oleh Nurhayati binti Mat Saidi

60

Vietnam

1. Pentadbiran Peringkat Pusat.
▪ Maharaja Gia long membentuk enam buah kementerian di

peringkat pusat. Golongan Mandarin telah dilantik bagi
mengetuai kementerian ini.
▪ Antaranya adalah Kementerian Hal Ehwal Awam, Kerjaraya,
Upacara, Kehakiman, Kewangan dan peperangan. Hal ehwal
awam menduduki kementerian yang tertinggi.

2. Pentadbiran Peringkat Daerah.
▪ menjalankan tanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran.
▪ memastikan keselamatan dan ketenteraman.
▪ mengutip cukai, menjalankan upacara agama, melatih tentera,

dan menyelesaikan mengenai kehakiman.

3. Pentadbiran Peringkat Kampung / Komun.

▪ Merupakan pembesar paling rendah. Terdiri daripada Majlis Orang

Tua yang bijak dan berpengalaman.

▪ Bertanggungjawab dlm urusan pentadbiran kg dan dalam bidang

kehakiman sbg ketua hakim dan pentafsir undang undang.

▪ Menjalankan perintah istana, mendamaikan perselisihan dan

memungut cukai.

Disediakan oleh Nurhayati binti Mat Saidi

61

Thailand

1. Krom atau Jabatan Kerajaan.
▪ Pembesar Thai dikuasi oleh Chao dan Khunnang yang

mengetuai beberapa Krom.
▪ Jabatan kerajaan yang paling penting dan berpengaruh adalah

dimana ia diketuai oleh Khunnang adalah Krom Mahatta (Hal
ehwal Pentadbiran Awam), Krom Kalahon (Jabatan
Pertahanan) dan Krom Khlang(Jabatan Kewangan dan
Hubungan Luar)
▪ Samuha Nayok merupakan ketua krom Kalahon yang
berfungsi mengawal wilayah sebelah utara Thailand.
▪ Ketua Krom Kalahon memegang gelaran Samuha Phra yang
berperanan mentadbir kawasan selatan Thailand dan Jabatan
Pertahanan.
▪ Ketua Khrom Khlang pula memakai gelaran Chao Phraya
Khlang yang berfungsi mengawal persisiran pantai Teluk
Siam.

Disediakan oleh Nurhayati binti Mat Saidi

62

2. Peringkat Pusat.
▪ Terdapat empat krom yang berpangkat lebih rendah dalam

kabinet kerajaan Thai dikenali sebagai Jatu Sadom dan
diletakkan di bawah kawalan Krom Mahattai dan Jabatan
Krom Kalahon.
▪ Krom tersebut sebagai Krom Muang yang berfungsi
mentadbir ibu kota. Krom Na menguruskan pentadbiran
tanah, Krom Wang menguruskan hal ehwal istana dan
Khrom Klang menguruskan soal kewangan.

3. Pentadbiran Peringkat Wilayah.
▪ Pembesar peringkat wilayah dilantik oleh raja dan biasanya

terdiri daripada golongan bangsawan atau Khunnang.
▪ Jawatan pembesar ini diwarisi dan biasanya diberikan

kepada pembesar yang bergelar Pharaya atau Chao
Pharaya.
▪ Tugasnya adalah melicinkan pentadbiran kerajaan dan
menguasai sumber tenaga manusia.

Disediakan oleh Nurhayati binti Mat Saidi

63

3. Bincangkan struktur sosial masyarakat di
Vietnam sebelum campur tangan kuasa Barat.

S
O
A
L
A
N
3

Maharaja

Golongan Cendekiawan
(Mandarin/Quan)

Rakyat

Disediakan oleh Nurhayati binti Mat Saidi

64

1. Maharaja.
❑ Maharaja berada pada kedudukan yang paling atas

dalam susun lapis masyarakat Vietnam dan
berkuasa mutlak. Maharaja mewarisi takhta secara
warisan mengikut keluarga atau dinasti seperti
Nguyen dan Tuc.
❑ Maharaja diwajibkan mendapat pendidikan confucius
yang baik. Maharaja dianggap suci dan sering
dikaitkan dengan ajaran Buddha serta perlu ditaati.
Maharaja dianggap ‘Anak Syurga’ yang mendapat
mandat untuk memerintah daripada Tuhan.
❑ Kebijaksanaan maharaja akan menentukan
kesejahteraan rakyat. Oleh itu, sekiranya seseorang
maharaja mengabaikan tanggungjawabnya terhadap
rakyat, maka tindakan itu akan memberi kesan
kepada negara.

Disediakan oleh Nurhayati binti Mat Saidi

65

2. Golongan Cendekiawan (Mandarin/Quan).
❑ Golongan Mandarin mempunyai kedudukan paling tinggi

dan berpengaruh dalam masyarakat Vietnam kerana
merupakan pemerintah sebenar yang bertanggungjawab
menjalankan tugas-tugas maharaja.
❑ Golongan Quan atau Mandarin mendapat pendidikan
tinggi berdasarkan keupayaan mereka menguasai ajaran
Confucius.
❑ Golongan Mandarin merupakan perantara maharaja
dengan rakyat seperti menyampaikan maklumat atau
perintah maharaja kepada golongan bawahan.
❑ Mereka juga bertanggungjawab mengutip cukai,
menjaga kebajikan rakyat dan keamanan negara serta
mengetuai upacara keagamaan Buddha di Pagoda.
❑ Quan ditugaskan mengetuai kementerian seperti
kementerian kewangan dan kementerian kehakiman.

Disediakan oleh Nurhayati binti Mat Saidi

66

3. Rakyat.
❑ Dalam struktur susun lapis masyarakat Vietnam,

golongan bawahan terdiri daripada rakyat biasa dan
petani. Meskipun golongan ini mewakili kumpulan
terbesar dalam susun lapis masyarakat Vietnam
namun mereka tidak mempunyai kuasa dalam
pemerintahan.
❑ Rakyat biasa yang pandai dan berpengetahuan dalam
ajaran Confucius dengan mendalam berpeluang
menjadi pegawai tinggi awam atau kerajaan. Ini
membuktikan mobiliti sosial wujud dalam sistem
sosial di Vietnam. Rakyat biasa juga melakukan aktiviti
seperti menenun kain atau menghasilkan tembikar.
❑ Golongan petani menduduki hierarki sosial yang
paling bawah tetapi dipandang tinggi dalam
masyarakat kerana peranannya membekalkan
makanan kepada penduduk. Petani menjalankan
kegiatan ekonomi sara diri, iaitu mananam padi sawah.

Disediakan oleh Nurhayati binti Mat Saidi

67

SOALAN 4 :

JELASKAN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA SUSUN LAPIS
MASYARAKAT VIETNAM DAN INDONESIA PADA ABAD KE-19.

PENGENALAN

• Masyarakat Vietnam dan Indonesia mengamalkan sistem sosial yang berasaskan
sistem feudal yang berbentuk piramid dan bersusun lapis.

• Susun lapis masyarakatnya terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan
yang diperintah.

• Vietnam – Susun lapis mereka banyak dipengaruhi dariada sistem feudal di China
dan ajaran Confucius.

• Indonesia – Berdasarkan kerajaan yang memerintah.
• Susun lapis ini semakin jelas selepas kemunculan kerajaan Islam di Sumatera dan

Pulau Jawa.

PERSAMAAN

BANGSAWAN

❑ Jawatan penting dalam kerajaan

RAJA dikuasai oleh golongan ini.

❑ Mereka bertanggungjawab

❑ Raja kedua-dua masyarakat ini berada mengutip cukai, menjaga kebajikan

pada kedudukan yang paling atas dalam masyarakat, mengetuai upacara

susun lapis masyarakat dan berkuasa agama dan menjalankan tugas raja.

mutlak. ❑ Vietnam – Golongan ini dikenali

❑ Raja mewarisi takhta secara warisan. sebagai Quan atau Mandarin yang

❑ Raja dianggap suci dan perlu ditaati. terdiri daripada golongan

❑ Vietnam – Seorang raja wajib mendapat cendiakawan yang lulus

pendidikan Confucius dan peperiksaan awam.

bertanggungjawab kepada rakyat. ❑ Acheh – Golongan ini dikenali

❑ Acheh – Raja merupakan ketua Agama sebagai Uleebalang yang sangat

Islam dan menjadi pelindung kepada dihormati oleh masyarakat kerana

rakyat. ketinggian ilmunya dan menjadi

tempat rujukan masyarakat

setempat selain daripada ulama’.

RAKYAT

❑ Rakyat merupakan golongan paling bawah.

❑ Mereka terdiri daripada petani yang mengusahakan tanah golongan
bangsawan.

❑ Mereka menjalankan kegiatan pertanian secara sara diri khususnya
penanaman padi dan aktiviti laut.

68 Disediakan oleh Nurul Wani Mohd Rosli.

PERBEZAAN

VIETNAM INDONESIA

⮚ Susun lapis masyarakat terikat ⮚ Susun lapis masyarakat dipengaruhi
oleh ajaran Islam.
dengan ajaran Confucius dan
Buddha. ⮚ Tidak berlakunya mobiliti sosial
dalam kalangan rakyat.
⮚ Berlakunya mobiliti masyarakat
biasa sekiranya mereka lulus ⮚ Sultan atau raja (Acheh dan Jawa)
peperiksaan awam China dan merupakan khalifah Allah dalam
berpeluang menjadi pegawai tinggi memerintah sesebuah kerajaan
kerajaan. Islam. Di Pulau Jawa sultan
dianggap istimewa dan bersifat luar
⮚ Maharaja dianggap sebagai anak biasa, dianggap berdaulat dan tidak
syurga atau wakil Tuhan yang boleh diderhakai.
mendapat mandat dari syurga untuk
memerintah di muka bumi. ⮚ Priyayi di Pulau Jawa mewarisi
daripada keturunan keluarga diraja
⮚ Golongan mandarin atau atau kerabat diraja.

bangsawan merupakan

cendiakawan yang lulus peperiksaan

awam di China dan mampu

menguasai ajaran Confucius dengan

baik.

KESIMPULAN

✔Susun lapis kedua-dua masyarakat jelas
menunjukkan pembahagian antara golongan
memerintah dan diperintah.

✔Susun lapis ini mengalami perubahan apabila
penjajah Barat memperkenalkan sistem pentadbiran
atau dasar mereka dikedua-dua negara.

69 Disediakan oleh Nurul Wani Mohd Rosli.

70

SOALAN 1 : JELASKAN PERINGKAT-PERINGKAT
PERLUASAN KUASA BRITISH DI MYANMAR PADA
ABAD KE-19

PENGENALAN

• Peluasan kuasa British di Myanmar pada abad ke-19 bermula dengan Perang
Inggeris-Myanmar I (1824-1826) apabila British berjaya menakluki Arakan dan
Tenasserim.

• Perang Inggeris-Myanmar II (1852-1853) membolehkan British menduduki Pegu.
• Perang Inggeris-Myanmar III (1885) menyebabkan Myanmar Hulu jatuh ke tangan

British.
• Raja Thibaw dibuang negeri ke India dan berakhirlah institusi raja dan Dinasti

Konbaung.

1 PERANG INGGERIS-MYANMAR I

❖ Dasar peluasan kuasa Myanmar di bawah Raja Bodawpaya.
❖ Masalah pelarian Arakan di Chittagong.
❖ Kepentingan perdagangan British di Myanmar.
❖ Dasar perluasan kuasa raja Bagyidaw dan Jeneral Maha Bandula.
❖ Perang Inggeris-Myanmar meletus pada tahun 1824 dan tamatkan dengan

Perjanjian Yandabo.
❖ Myanmar kehilangan Arakan dan Tanasserim.

2 PERANG INGGERIS-BURMA II

❖ Putusnya hubungan diplomatik antara Myanmar dengan British.
❖ Raja Tharrawaddy engan mengiktiraf syarat-syarat perjanjian Yandabo.
❖ Tuduhan keatas Kapten Sheppard dan Lewis melakukan pembunuhan dan

penipuan.
❖ Pergolakan politik mengancam kepentingan perdagangan British di Myanmar.

❖ Gabenor Pego, Maung menganiayai rakyat di Rangoon.

71 Disediakan oleh Nurul Wani Mohd Rosli.

3

PERANG INGGERIS-BURMA II

❖ Dasar luar Raja Mindon Min berhubung dengan Perancis
dan Itali. British bimbang perdagangan mereka tergugat.

❖ Masalah hubungan diplomatik. Raja Mandon Min rasa
terhina kerana tidak boleh berhubung terus dengan
London. Beliau hanya boleh mengadakan hubungan
diplomatik dengan Wizurai India sahaja.

❖ Kerajaan British menggalakkan imperialisme ke atas
Myanmar.

KESIMPULAN

• Keinginan untuk mendapat konsesi perdagangan
dan sumber Kayu Jati selain mencari jalan ke
Bhamo untuk perdagangan China telah mendorong
kepada perluasan kuasa British.

• Istana Myanmar bersikap konservatif dan sangat
berpegang kepada adat tradisi iaitu menanggalkan
kasut apabila menghadap raja. British tidak senang
dengan adat tersebut.

• Myanmar mengalami perubahan politik, sosial dan
ekonomi akibat perluasan kuasa British.

72 Disediakan oleh Nurul Wani Mohd Rosli.

SOALAN 2 :
BINCANGKAN PERISTIWA (FAKTOR) YANG MEMBAWA KEPADA

TERCETUSNYA PERANG INGGERIS-MYANMAR 1
PADA TAHUN 1824.

PENGENALAN 1

◊ Perang Inggeris-Myanmar pada tahun 1824 Dasar meluaskan
merupakan peristiwa penting dalam sejarah
moden Myanmar. Ia bukan sahaja merupakan wilayah.
peperangan yang pertama dengan kuasa asing
(Barat) malah disifatkan sebagai titik peralihan • Pertengahan kurun ke-18,
bagi negara Myanmar. Kekalahan Myanmar Alaungpaya telah menakluki
dalam peperangan itu memberi satu pengajaran Pegu, lalu mendirikan Dinasti
bahawa tidak boleh merasa bongkak dan merasa Konbaung pada tahun 1752.
negara mereka lebih kuat dari negara lain.
• Pada tahun 1784, Raja
◊ Negera Myanmar harus sedar bahawa negara- Bodawpaya (1782-1819) iaitu
negara Barat mempunyai kelebihan dalam anak Alaungpaya yang terakhir
peperangan moden. Selain itu, negara Myanmar memerintah, berjaya menakluki
terpaksa menamatkan dasar ‘tutup pintu’ (isolasi) Arakan sebuah kerajaan yang
yang telah dijalankan begitu lama. bebas.

◊ Terdapat pelbagai peristiwa penting yang telah • Raja Arakan bernama
mencetuskan peperangan antara dua negara ini. Thamada terpaksa melarikan
diri tetapi telah ditangkap pada
Februari 1785 lalu dibawa ke
Myanmar.

2 • Selepas menakluki Arakan,
tentera Myanmar melancarkan

serangan ke atas Siam tetapi

Masalah orang pelarian gagal. Tentera Myanmar hanya
Arakan berjaya menawan Chiengmai
dan itu pun dapat diusir oleh

✔ Pada tahun 1874, Raja Bodawpaya Siam.

bertindak menjalankan dasar perluasan 3
kuasa dengan cara menyerang dan

menakluki Arakan yang bersempadan Pemberontakan oleh

dengan wilayah Chittagong yang Chin Byan
berada di bawah penguasaan British di

India. ❑ Pelarian Arakan di bawah pimpinan Ngo

✔ Ini menyebabkan sempadan Arakan- Than Deed dan Chin Byan telah melakukan

Chittagong menjadi tidak stabil kerana pemberontakan di Arakan dan Tanesserim

orang-orang pelarian Arakan telah pada tahun 1794 dan 1811 bagi menentang

bertindak memasuki wilayah pemerintahan Bodawpaya yang zalim.

Chittagong dan menjadikannya pusat ❑ Tindakan Chin Byan mendirikan sebuah

pergerakan tentera mereka untuk pangkalan tentera di Chittagong telah

menentang pemerintahan Raja dibantah oleh Raja Bodawpaya dan

Bodawpaya menuduh British memberi bantuan kepada

✔ Pelarian Arakan bertindak melancarkan Vhin Byan untuk menyerang Myanmar.

pemberontakan tetapi Berjaya Usaha British untuk meyakinkan Myanmar

dihapuskan oleh Bodawpaya. bahawa British tidak memberi bantuan telah

Akibatnya pelarian Arakan melarikan gagal.
diri ke Chittagong

73 Disediakan oleh Nurul Wani Mohd Rosli.

4

Keengganan Myanmar mengadakan
hubungan diplomatik.

▪ Antara tahun 1795-1811, pihak British telah menghantar beberapa utusan ke Myanmar
seperti Michael Symes dan John Canning untuk menyelesaikan masalah sempadan
Arakan, Chittagong, perluasan kuasa Perancis dan perdagangan.

▪ Kesemua utusan ini gagal disebabkan oleh keangkuhan tentera Myanmar dan syak
wasangka kedua-dua pihak.

▪ Residen-Residen British yang dihantar ke Rangoon iaitu Sir Hiram Cox dan John Canning
terpaksa pulang ke India akibat layanan buruk yang diberikan istana Myanmar.

▪ Myanmar juga enggan menjalinkan hubungan langsung dengan Gabenor Jeneral British
di India yang dianggap tidak setaraf dengan Raja Myanmar. Akibatnya hubungan
diplomatik antara Myanmar dan British terputus.

5

Campur tangan Myanmar di Assam

• Pada tahun 1819 Raja Bagyidaw iaitu cucu Bodawpaya telah menaiki takhta. Baginda
bertindak menjalankan dasar perluasan kuasa ke atas negara India akibat pengaruh
Jeneralnya iaitu Jeneral Maha Bandula. Pada tahun 1820, beliau menyerang wilayah
Assam manakala pada 1821 telah menyerang Chachar.

• Raja Manipur telah melarikan diri dan mendapat perlindungan di wiayah Chachar. Raja
Chacahr meminta bantuan daripada British.

• British telah bertindak mengisytiharkan Cahchar sebagai wilayah naungannya. Ini
menimbulkan kemarahan Raja Bagyidaw dan beliau telah menyerang dan menakluki
Pulau Shapuri pada tahun 1823. Pada tahun 1824 Raja Bagyidaw telah menyerang
dan menakluki Chachar dan bersedia menyerang Chittagong

• Gabenor Jeneral British di India iaitu Lord Amherst bertindak mengisytiharkan perang
ke atas Myanmar pada 5 Mac 1824. Perang tamat pada 27 Feb 1826 dengan
termeterainya Perjanjian Yandabo antara kedua pihak

KESIMPULAN

• Keengganan Myanmar untuk menjalinkan hubungan dengan Inggeris telah
membawa kepada meletusnya Perang Inggeris-Myanmar pada tahun 1824.

• Perjanjian Yandabo yang ditandatangi pada 24 Februari 1826 bagi
menamatkan perang ternyata memihak kepada Inggeris. Perjanjian ini dianggap
menjatuhkan maruah orang Myanmar kerana terpaksa menerima konsep
persamaan taraf.

• Melalui perjanjian ini juga, Inggeris telah berjaya mengambil alih wilayah
Myanmar Hilir yang kaya dengan hasil beras iaitu Tenassenim dan Arakan.
Perjanjian ini telah mencetuskan sentimen anti-Inggeris dalam kalangan
masyarakat Myanmar malah telah melahirkan kesedaran nasionalisme di
negara itu.

74 Disediakan oleh Nurul Wani Mohd Rosli.

SOALAN 3 :
BINCANGKAN PERANAN DIPONEGORO MENENTANG
PENJAJAHAN BELANDA DI INDONESIA DALAM
PERANG JAWA PADA TAHUN 1825-1830.

PENGENALAN

• Diponegoro merupakan putera sulung Hamengkubuwono III, raja Mataram di Jogjakarta.
• Beliau lahir pada 11 November 1785 di Jogjakarta.
• Nama sebenarnya ialah Bendoro Raden Mas Ontowiryo diketepikan daripada takhta

kerajaan Jogjakarta apabila Hamengkubuwono III mangkat pada tahun 1814.
• Raffles melantik Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta dengan gelaran

Hemengkubuwono IV.
• Raffles berjanji akan melantik Diponegoro sebagai pemerintah Jogjakarta selepas

kemangkatan Djarot.
• Raffles tidak berada di Jogjakarta apabila Djarot mangkat pada tahun 1822. Belanda

melantik putera Djarot yang baru berumur dua tahun sebagai pengganti dengan gelaran
Hamengkubuwono V.
• Diponegoro hanya dilantik sebagai penasihat. Pada tahun 1825, beliau memimpin
Perang Jawa untuk menentang kekejaman dan penindasan Belanda di Pulau Jawa.

⮚ Pembela Nasib

Penduduk Tempatan. ⮚ Mempertahankan

• Diponegoro berjuang untuk Kesucian Agama Islam.

membebaskan penduduk tempatan

daripada penindasan Belanda. • Tindakan Belanda membina jalan
• Masyarakat peribumi Jawa tidak
raya melalui tanah perkuburan nenek
berpuas hati dengan tindakan Van der
Capellan yang membatalkan kontrak moyang Diponegoro dianggap
penyewaan tanah pada tahun 1823.
• Pembesar tempatan dan golongan melanggar nilai masyarakat
bangsawan berasa tertekan kerana
terpaksa memulangkan balik wang tempatan.
sewaan dan wang pendahuluan kepada
pengusaha asing yang terlibat dalam • Diponegoro mengisytiharkan perang
kontrak tersebut.
• Demi menyelesaikan wang pendahuluan jihad untuk memulihkan
tersebut, pembesar tempatan dan tuan
tanah memaksa petani bekerja lebih pemerintahan Islam di Jawa.
kuat.
• Orang cina memberi pinjaman wang • Penduduk tempatan mempercayai
kepada orang jawa dengan kadar
faedah yang tinggi. bahawa Diponegoro ialah Ratu Adil
• Mereka memaksa penduduk tempatan
menjual garam dengan harga murah atau Wali Allah yang dapat
dan selepas itu mereka akan
menjualnya dengan harga yang tinggi di membebaskan mereka daripada
kawasan Bandar.
cengkapan orang kafir.

• Belanda enggan mengiktiraf

Diponegoro sebagai Ketua Islam.

Tindakan ini menunjukkan Belanda

tidak menghormati agama Islam.

• Diponegoro dan masyarakat jawa

menganggap usaha Belanda ini

mencabuli adat resam tempatan

serta tatasusila dan nilai-nilai Islam.

75 Disediakan oleh Nurul Wani Mohd Rosli.

⮚ Pembela Maruah Negara
Dan Bangsa.

• Pada tahun 1825, beliau memimpin Perang jawa untuk menentang
kekejaman dan penindasan Belanda di Pulau Jawa.

• Diponegoro berjuang menegakkan maruah negara dan bangsa. Beliau
dan pengikutnya menentang Belanda yang meluaskan kuasanya ke
Pulau Jawa.

⮚ Putera Pembebas.

• Diponegoro seorang yang alim dan dianggap sebagai pemimpin agama
oleh masyarakat tempatan. Beliau juga menganggap dirinya membawa
wahyu Allah untuk berjihad menentang penjajah iaitu menghalau orang
kafir dari tanah airnya. Tujuannya adalah untuk memulihkan
pemerintahan Islam di Pulau Jawa yang dianggap telah tercemar
dengan kedatangan Belanda dan agama Kristian.

• Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar ‘Ratu Adil’ yang
bermaksud ‘Putera Pembebas’ yang akan menyelamatkan umat Islam
daripada penindasan dan kekejaman penjajah Belanda.

• Justeru, Diponegoro telah memimpin kumpulan penentang yang terdiri
daripada masyarakat tempatan dalam melancarkan perang jihad ke
atas Belanda

⮚ Pembatalan Kontrak Sewa Tanah.

• Kontrak Sewa Tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di
Pulau Jawa pada tahun 1811 – 1816. Kontrak ini membenarkan
orang-orang Cina dan Eropah mengikat kontrak dengan golongan
bangsawan tempatan untuk menyewa tanah milik mereka di
Pulau Jawa.

• Sistem ini memperlihatkan keadaan petani yang mengusahakan
tanah-tanah ini menjadi buruh paksa bagi orang Eropah dan Cina.
Belanda melihat sistem ini sebagai satu penindasan terhadap
golongan petani lalu membatalkannya atas arahan Van der
Capellan.

• Golongan bangsawan gagal memulangkan wang pendahuluan
tersebut kerana telah habis dibelanjakan.

• Keadaan ini juga menyebabkan petani tidak berpuas hati dengan
dasar baharu Belanda ini.

76 Disediakan oleh Nurul Wani Mohd Rosli.

⮚ Pembinaan Jalan ⮚ Pemimpin Perang Jawa
Merentasi Makam Diraja.
• Mendapat sokongan kaum tani, para
• Pada tahun 1825, Belanda
ulama, golongan bangsawan dan

merancang untuk membina para bupati.

sebatang jalan dari Jogjakarta ke • Pengikut beliau ialah Kyai Mojo, Kyai

Mangelang melalui tanah Hasan Besari, Sentot dan Mangka

Diponegoro dan juga makam raja- Bumi.
raja Jogjakarta, iaitu makam nenek • Mereka melancarkan perang gerila

moyangnya yang dianggap terhadap orang Belanda.
keramat.
• Pada mulanya, Diponegoro berjaya

• Beliau berasa terhina malah dalam pertumpuran berhampiran
berpendapat tindakan Belanda
sebagai penghinaan terhadap Lengkong dan Delanggu. Beliau

keluarganya dan juga mencabuli diangkat menjadi sultan dengan
gelaran “Sultan Abdulhamid Cokro

kesucian Islam. Amirulmukminin Sayidin Panotogomo

Khalifatullah Tanah Jowo”.
• Diponegoro telah mengambil • Tentera Diponegoro mengalami

tindakan mencabut papan tanda kemerosotan apabila ramai mati

pembinaan jalan tersebut dan kebuluran dan diserang penyakit.

digantikan dengan mata tombak Sentot dan Mangka Bumi berpaling

serta merosakkan peralatan untuk tadah memihak kepada Belanda.

pembinaan jalan tersebut. Keadaan tersebut melemahkan

• Tindakan Diponegoro ini perjuangan Diponegoro dan akhirnya
beliau bersetuju berdamai dengan
merupakan sebab semerta yang Belanda. Namun, Belanda enggan
mengiktiraf Diponegoro sebagai
membawa kepada meletusnya Sultan Surakarta dan Ratu adil.

Perang Jawa pada bulan Julai

1825.

KESIMPULAN

• Peranan penting Diponegoro dalam perang Jawa tidak boleh
dinafikan. Beliau Berjaya memimpin satu penentangan yang agak
berkesan bertujuan untuk memulihkan pemerintahan Islam di
Jawa dan membebaskan penduduk tempatan daripada
penindasan orang kafir.

• Perjuangan Diponegoro menyedarkan pentadbiran Belanda
bahawa penduduk tempatan tidak boleh dipermainkan.

• Perjuangan Diponegoro dalam perang Jawa memberi inspirasi
kepada para nasionalis kemudiannya untuk menggerakkan satu
perjuangan yang lebih berorganisasi menentang Belanda.

Disediakan oleh Nurul Wani Mohd Rosli.

78

BAHAGIAN B (SEJARAH ASIA TENGGARA)

TEMA 3

SOALAN 1: JELASKAN FAKTOR-FAKTOR DALAMAN DALAM MEMBANGKITKAN
SEMANGAT NASIONALISME DI MYANMAR PADA ABAD KE -19.

PENGENALAN

• Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan negara.
• Ianya tindak balas masyarakat menentang susunan politik,

ekonomi dan sosisal hasil pengaruh Barat.

Pengaruh Peranan Bahasa
Agama & Kesusasteraan

⮚ Gerakan nasionalisme di ⮚ Masyarakat Myanmar adalah
Myanmar pada peringkat awal gabungan tujuh kumpulan
lebih bersifat keagamaan. etnik terbesar.

⮚ Agama Buddha menjadi ⮚ Kumpulan ini mempunyai
mekanisme untuk meraih bahasa dan kesusasteraan
sokongan rakyat. yang tersendiri seperti
Myanmar, Mon, Arakan dan
⮚ Kemunculan nasionalisme Shan.
peringkat awal diketuai sami
Budhha. ⮚ Bahasa Myanmar menjadi alat
dalam menyatukan ideologi
⮚ Pengaruhnya terancam ekoran politik dan nasionalisme.
penajajahan British.
⮚ Menggunakan sajak, cerpen,
⮚ Pertubuhan terawal ialah dan novel
sasanadara (1897) dan diikuti
Persatuan Agama Maktab ⮚ Berjaya mengkritik penjajahan
Rangoon (1904). British.

79 DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD AMIR BIN
NASHARUDIN

Pengaruh Golongan Peranan
Kewartawanan
Intelektual
⮚ Menggunakan surat khabar
⮚ Golongan Intelektual untuk penyebaran dan
Myanmar menjadi kesedaran masyarakat
penggerak kepada gerakan Myanmar.
nasionalisme.
⮚ Menggunakan bahasa
⮚ Terdiri dari golingan bahasa Inggeris dan
berpendidikan seperti Dr. Myanmar – dapat
Ba Maw, U Pu, U Thein menyebarkan dengan
Maung dan U Ba Pe. pantas.

⮚ Golongan ini menubuhkan ⮚ Kritikan dilakukan seperti –
Persatuan Belia Buddha kelemahan pentadbiran
dan mengabungkan antara British di Myanmar –
pemimpin pelajar di kedudukan agama Buddha –
Universiti Ranggon untuk penindasan masyarakat
menentang British. peribumi.

⮚ Penyebaran idea
nasionalisme mendapat
sokongan dari rakyat.

Dr. Ba Maw KESIMPULAN

Kemunculan nasionalisme dapat
membangkitkan semangat
masyarakat untuk
mempertahankan tanah air dari
sebarang penjajahan

80 DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD AMIR BIN
NASHARUDIN

SOALAN 2: JELASKAN SEBAB-SEBAB PENENTANGAN MASYARAKAT
TEMPATAN TERHADAP KUASA ASING DI INDONESIA.

• Kedatangan Belanda yang menjajah Indonesia memberi masalah

kepada negara terbabit.
• Masyarakat Indonesia telah menentang kedatangan Belanda

khususnya masyarakat Jawa.
• Penentangan ini didorong dengan beberapa faktor yang menanamkan

semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.

POLITIK

EKONOMI

⮚ Penjajah telah merampas hak ekonomi ⮚ Campur tangan kuasa Barat dalam
masyarakat Jawa di Indonesia. pemerintahan dan pentadbiran
membawa kepada penentangan.
⮚ Penjajahan Belanda telah memperkenalkan
Sistem Tanaman Paksa. ⮚ Penjajahan Belanda mengubah
sistem pentadbiran tradisional
⮚ Pelbagai jenis cukai dikenakan yang wajib masyarakat di kepulauan
dibayar oleh masyarakat. Indonesia.

⮚ Kuasa mengutip cukai telah diserahkan ⮚ Gabenor Jeneral Belanda adalah
kepada orang Cina tempatan. pemegang tertinggi dalam
pentadbiran.
⮚ Cukai yang tinggi dikenakan oleh orang
Cina. ⮚ Dibantu oleh 4 orang konsul yang
menjadi penasihati dan menjadi
⮚ Kadar faedah yang tinggi dikenakan ke atas bahan perundangan kerajaan.
peminjam wang.

⮚ Berlaku pembatalan kontrak sewa tanah
yang diperkenalkan oleh Gabenor Van der
Capellan yang membebankan penduduk
sehingga membawa kepada Perang Jawa.

81 DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD AMIR BIN
NASHARUDIN

SOSIAL &

BUDAYA

⮚ Berlaku pencabulan agama dan
budaya setempat.

⮚ Keinginan masyarakat Indonesia
untuk menegakkan agama Islam.

⮚ Beberapa persatuan ditubuhkan
untuk menyatukan orang Islam-
Sarekat Islam.

⮚ Masyarakat Indonesia juga tidak
berpuas hati - tindakan Belanda
yang membina jalan raya
merentasi tanah perkuburan
diraja yang menempatkan kubur
ibu bapa Diponegoro.

⮚ Tindakan Belanda dianggap
melampaui batas

KESIMPULAN

❖ Tindakan Belanda telah mengubah
sistem pemerintahan dan pentadbiran
yang tidak adil.

❖ Telah menimbulkan rasa tidak puas hati
rakyat Indonesia sehingga berlaku
penentangan terhadap Belanda

DIPONEGORO

DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD AMIR

82 BIN NASHARUDIN

SOALAN 3: JELASKAN PERANANPARTI NASIONAL
INDONESIA (PNI) DALAM PERKEMBANGAN
NASIONALISME DI INDONESIA.

PENGENALAN

• Parti Nasionalis Indonesia (PNI) ditubuhkan oleh Sukarno
dan rakan-rakannya iaitu Dr Tjipto Mangkunkusomo, Dr
R.M Sartono, Dr Budiarto, Dr Anwari.

• Ditubuhkan pada 4 Julai 1927.
• PNI adalah sebuah parti politik bercorak radikal.
• Matlamat PNI ialah untuk memperjuangkan

kemerdekaan -mengamalkan dasar tidak bekerjasama
dengan Belanda.

PENYATUAN ⮚ PNI memainkan peranan penting
RAKYAT untuk menyatukan Indonesia.
INDONESIA
⮚ Bertujuan menuntut kemerdekaan
penuh dari Belanda yang merupakan
matlamat utama rakyat Indonesia
yang beragama islam serta beragama
Kristian.

⮚ PNI menolak konsep Pan-Islamisme
sebagai dasar perjuangannya.

⮚ PNI melaungkan slogan perpaduan
nasional dan berdikari dalam
kalangan rakyat Indonesia.

⮚ PNI mengamalkan dasar tidak
bekerjasama dengan Belanda dan
mahu menjadikan Indonesia sebagai
bahasa rasmi.

⮚ Usaha PNI juga disebarkan melalui
penerbitan akhbar iaitu akhbar
Persatuan Indonesia.

⮚ Hasilnya, konsep ini diterima oleh
rakyat Indonesia yang memberi
pengaruh besar sehingga melepasi
pulau-pulau Jawa.

DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD AZMIE BIN

SADZALEE 83

PERANAN DALAM
KESATUAN, SYARIKAT
DAN PENDIDIKAN

⮚ PNI berperanan dalam
memperkukuhkan kesatuan
sekerja dan memajukan
syarikat-syarikat kerjasama
bagi perkukuhkan ekonomi
rakyat Indonesia.

⮚ PNI membantu pendidikan
nasional Indonesia
terutama Sekolah Taman
Siswa.

⮚ Bertujuan membangkitkan
semangat nasionalisme
dalam kalangan pelajar.

⮚ Tindakan ini membantu PNI
meluaskan pengaruh dalam
kalangan semua anggota
sekerja, syarikat kerjasama
dan sekolah-sekolah Taman
Siswa.

DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD AZMIE BIN
SADZALEE

KESIMPULAN

DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD AZMIE BIN

85 SADZALEE

tekan link berikut video grafik
soalan 4:

https://drive.google.com/f
olderview?id=1_R1LFp8p
cPCpKHRyUAyMU1OWK

JXEU7RM
Atau scan qr code

86

87

Sejarah Asia

SOALAN 1 Tenggara

Jelaskan sumbangan Phibun Songkram terhadap perkembangan
Nasionalisme di Thailand.

Pendahuluan:

- PNhaimbuansSeboenngakrrabmelidaiulahiairlakhanPldaieBk.angkok pada 14 Julai 1897.
-

- Mendapat pendidikan awal di kuil Buddha sebelum memasuki Akademi Tentera Diraja

(1909-1914) dengan tempat pertama dalam kor Meriam.

- Pada 1924, beliau dihantar ke Perancis untuk melanjutkan pengajian dalam bidang

ketenteraan dan tahun 1927, Phibun berkhidmat di Jabatan Arah Operasi.

- Pada 1932, Phibun adalah seorang penganjur Revolusi yang berjaya menamatkan

sistem beraja berkuasa mutlak ddieTnhgaainlaPnhdr.aya Phahon untuk menggulingkan kerajaan
- Pada 1933, beliau bergabung

awam.

- Pada 1948, Phibun dilantik menjadi Perdana Menteri sebelum beliau meninggal pada

tahun 1964.

SUMBANGAN DARI SUMBANGAN DARI SUMBANGAN DARI
ASPEK SOSIAL ASPEK EKONOMI ASPEK POLITIK

-Melaksanakan langkah -Melancarkan rancangan -Membawa Thailand
memperkukuh semangat ekonomi yang nasionalistik menyertai Seato
cinta akan negara.
-Bertujuan menghapuskan -Menentang kegiatan
-Agama Buddha dijadikan penguasaan Eropah dan komunis semasa Perang
sebagai syarat kenaikan China dalam kegiatan Korea
pangkat. ekonomi.
-Menghidupkan semula
-Penganut agama Budhha -Memberi sumbangan politik dalam negeri setelah
disamakan dengan kepada kaum Tani. beliau melawat Amerika
semangat patriotik. Syarikat dan Britain.
-Memperkenalkan Kanun
-Kesannya, ramai Hasil Negara pada Mac -Seorang tokoh yang
masyarakat yang 1939. membawa gerakan
menganut agama Buddha. nasionalisme ke peringkat
-Mengurangkan kadar yang lebih radikal.
-Nama Siam ditukarkan ke cukai ke atas petani.
Thailand (Tanah Bebas) -Berjaya mengekalkan
-Cukai tinggi dikenakan ke kemerdekaan Thailand dan
-Mengamalkan dasar anti- atas syarikat dan pelabur mengamalkan dasar Pro-
China dan menutup akhbar asing. Jepun.
serta sekolah China.
-Subsidi diberikan kepada -Mewujudkan pakatan
-Penggunaan bahasa Cina syarikat swasta Thailand. Thai-Jepun.
sebagai bahasa pengantar
dibatalkan. -Menyediakan kawasan -Memberi laluan kepada
pembalakan kepada orang Jepun untuk mara ke
KESIMPULAN Siam sahaja. Tanah Melayu.
-Sumbangan Phibum Songkhram sangat
penting dalam pembinaan negara -Pembinaan kilang di -Dasar Pro-Jepun
Thailand. bawah kawalan dan tajaan menjadikan Thailand satu-
-Beliau mementingkan kesejahteraan kerajaan. satunya negara yang tidak
rakyat dan negaranya. pernah dijajah
-Pelbagai sumbangan yang diberikan -Mengambil alih
dalam semua aspek iaitu politik, ekonomi perindustrian tembakau
dan sosial. rokok melalui penubuhan
Syarikat Monopoli
Tembakau Negara.

88 DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD
AZMIE BIN SADZALEE

SOALAN 2: Bincangkan peranan yang dimainkan oleh
Persatuan Belia Buddha di Myanmmar pada abad ke-20

PENDAHULUAN

- Persatuan
Pemuda-pemuda
Buddha (YMBA)
ditubuhkan pada
1906.
- Ditubuhkan oleh peguam muda
dari Universiti Rangoon.
Antaranya:
*U Ba Pee, U Ba Dun dan U Saw
-YMBA tertumpu kepada agama, pelajaran,
pembaharuan sosial dan peningkatan
kesusasteraan dan kebudayaan.

PERANAN 1: MENINGKATKAN

MARTABAT AGAMA DAN KEBUDAYAAN

-Pemimpin YMBA menggunakan slogan
untuk tujuan perjuangan.
-Pada 1917, YMBA mula berada dalam
bidang politik – kerana jatuh ke tangan
pemimpin radikal seperti U Thien Maung,
U Chit Hiang dan U Ba Pe.
-Isu kasut dikembalikan – menjadi
agenda utama dalam persidangan
YMBA.

DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD AZMIE BIN

89 SADZALEE

PERANAN 2: MENINGKATKAN TARAF
PENDIIDKAN RAKYAT MYANMAR

• British memperkenalkan sekolah aliran Inggeris
– Anglo Vernacular School (1873).

• Berjaya menyumbang kesedaran nasionalisme
– melahirkan tokoh nasionalis seperti:

• *U Ba Pe, Maung Gyee, U Kin dan U May Ong.

• Mereka dikenali golongan agama
berpendidikan – menubuhkan Persatuan Belia
Buddha.

• Mereka menuntut universiti sebagai sebuah
institusi yang bebas dan menentang peraturan
universiti yang merugikan orang Myanmar serta
pindaan Akta Universiti 1920.

PERANAN 3: -Wujud golongan
MEMPERJUANGKAN Thakin - menjalankan
KEMERDEKAAN MYANMAR kegiatan intelektual.

-Telah menubuhkan 2
parti politik – YMBA
dan Dobama
Asiayone.

-Parti ini menyokong
slogan Myanmar:

“Myanmar untuk
orang Myanmar” &
“Buddha Penyelamat
Kita dan Raja”

DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD AZMIE BIN

90 SADZALEE

PERANAN 4: TUNTUTAN BERKERAJAAN SENDIRI

• -YMBA membentuk majlis Am Persatuan
Persatuan Myanmar (GCBA).

• -GCBA menjalankan politik agresif dan anti
British – menentang Montagu Chelmsford.

• -Gabenor Sir Charles Craddock menyokong
bahawa Myanmar tiada kemahiran
mentadbir seperti dalam laporan Montagu.

• -Membangkitkan kemarahan nasionalis yang
mahukan pembaharuan di Myanmar.

KESIMPULAN:
-YMBA adalah pertubuhan bersifat
sederhana yang dipimpin golongan
nasionalis – menyebabkan
tuntutannya tidak dilayan.
-Muncul parti politik yang baharu –
Poor Man’s Partty di bawah Dr. Ba
Maw.

DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD AZMIE BIN

91 SADZALEE

SOALAN 3: HURAIKAN BENTUK PEMERINTAHAN SISTEM
REPUBLIK DI FILIPINA PADA ABAD KE-20.

PENDAHULUAN

-Filipina mengamalkan sistem
pemerintahan republik yang
mengamalkan prinsip-prinsip
demokrasi.

-Sistem pemerintahan republik Filipina terbahagi

kepada Badan Eksekutif

Badan Perundangan

Badan Kehakiman

-Semua kuasa diserahkan kepada presiden.

BADAN EKSEKUTIF

1. Diketuai 6. Presiden dan
oleh seorang timbalan
presiden. presiden dipilih
melalui pilihan
2. Presiden raya yang
dipilih dalam berasingan dan
pilihan raya mungkin
berasal
daripada politik
yang berbeza

3. Republik Filipina 5. Presiden dan
berbentuk sebuah
kesatuan dengan sistem 4. Timbalan timbalan presiden
pemerintahan
berpresiden presiden dipilih akan berkhidmat

melalui pilihan dalam jangka masa

raya tidak lebih dari dua

fasa atau selama

empat tahun

berturut-turut

DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD AZMIE BIN

92 SADZALEE

BADAN PERUNDANGAN

-Filipina mempunyai dua buah dewan (Senat dan
Perwakilan)
-Anggota kedua-duanya dipilih oleh rakyat iaitu seramai
24 orang senator dalam dewan Senat dan 250 orang
senator untuk dewan perwakilan.
-Senator terhad selama 2 penggal berturut-turut.
-Dewan Perwakilan mengandungi 260 orang anggota
dengan masa berkhidmat selama 4 tahun sepenggal.
-Sebanyak 208 orang wakil dipilih secara langsung dan
52 orang lagi dipilih secara tidak langsung daripada
daftar penamaan kelompok majoriti masyarakat adat.
-Anggota Dewan Perwakilan dibatasi masa khidmatnya
untuk tiga kali berturut-turut.
-Sebanyak 2/3 suara kongres diperlukan untuk menolak
hak veto undang-undang yang dicadangkan oleh
presiden.

DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD AZMIE BIN

93 SADZALEE

BADAN KEHAKIMAN -Pemerintah diketuai oleh
Mahkamah Agung yang diketuai
oleh seorang Ketua Mahkamah
Agung.
-Terdapat ketua hakim dan 14
orang Hakim – dipilih oleh presiden
-Usia bersara – hakim mahkamah
Agung ialah 70 tahun
-Badan kehakiman yang lain ialah:
* Mahkamah Rayuan, Mahkamah
Tingkat Pertama dan Mahkamah
Bandar

PEMERINTAHAN TEMPATAN

1. Pentadbiran tempatan terdiri
daripada pentadbiran wilayah,
perbandaran dan bandar raya

2. Terdapat 56 wilayah di Filipina.

3. Diketuai oleh gabenor

6. Di Filipina terdapat 39 5. Pegawai terdiri 4. Gabenor, naib gabenor dan
buah bandar berpiagam – dari Datuk Bandar, ahli Lembaga dipilih melalui
Naib Datuk Bandar pilihan raya
untuk mengutip cukai - dan Ahli Majlis

membuat ordinan

KESIMPULAN

-Bentuk pemerintahan republik Filipina adalah berasaskan sistem yang diamalkan
oleh Amerika Syarikat.
-Amalan demokrasi berparlimen dibentuk mengikut perlembagaan yang memberi
kuasa kepada badan perundangan, eksekutif dan kehakiman serta tempatan.

DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD AZMIE BIN

94 SADZALEE


Click to View FlipBook Version