MINGGU
PENGURUSAN
PELAJAR
BAHARU
KOLEJ
MATRIKULASI
LABUAN
2022 / 2023
ISI
KANDUNGAN
MS Perkara
3
Kata Kata Aluan Pengarah
4 BMKPM
5 Kata Kata Aluan Pengarah KML
6-9
Visi , Misi, Moto KML
10
11-12 Lagu KML - Perkasa , Negaraku
13 Wilayah Persekutuan &
14-15 Sekolahku Sejahtera
Persekitaran KML
Panduan Pendaftaran Pelajar
Jadual Ceramah & Taklimat
AJK Induk MPPB
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
BAHAGIAN
MATRIKULASI
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat
bersama-sama menjayakan Pendaftaran dan Minggu Pengurusan Pelajar BaharuTahun 2022/2023
Kolej Matrikulasi Labuan. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah ditawarkan dan
memilih untuk mendaftar di Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sesungguhnya kehadiran saudara di Program Matrikulasi merupakan langkah yang tepat bagi
melengkapkan dan mempersiapkan diri sebagai seorang cendiakawan berketrampilan,
berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan mempunyai sifat kepimpinan terpuji. Program
Matrikulasi merupakan program persediaan prauniversiti yang berteraskan Outcome Based
Education (OBE). Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) bermaksud dengan jelas memberi tumpuan
dan mengatur segala sesuatu dalam sistem pendidikan di sekitar apa yang penting bagi semua
pelajar untuk dapat berjaya dengan jayanya pada akhir pengalaman pembelajaran mereka. Ini
bermaksud memulakan dengan gambaran yang jelas tentang apa yang penting untuk pelajar dapat
lakukan, kemudian mengatur kurikulum, arahan, dan penilaian untuk memastikan pembelajaran ini
akhirnya berlaku (Spady, 1994).Pelajar matrikulasi seharusnya mampu untuk mencipta
kecemerlangan yang lebih bermakna di Program Matrikulasi dan seterusnya di Institut Pengajian
Tinggi (IPT) nanti. Sehubungan dengan itu, Bahagian Matrikulasi merencanakan pelbagai usaha agar
pelajar berdaya saing di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Bagi membentuk modal
insan cemerlang, saya menyeru semua pelajar baharu untuk mengikuti kaedah pembelajaran yang
diterapkan sebaik mungkin, bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum yang dirancang serta
mempertingkatkan kemahiran insaniah yang diperlukan oleh seseorang pelajar sebelum
melangkah ke alam universiti. Seluruh warga matrikulasi sentiasa bersedia memberi didikan,
dorongan dan bimbingan kepada semua pelajar bagi memastikan Program Matrikulasi terus
unggul dengan menjana pelajar berkualiti bagi mengikuti kursus-kursus kritikal di IPT. Program
Matrikulasi KPM adalah pembekal utama pelajar ke IPT dalam bidang Science, Technology,
Engineering, Mathematics (STEM) dan Perakaunan untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah
pertama. Mulai 1 Januari 2017 semua lulusan Program Matrikulasi KPM akan dianugerahkan Sijil
Matrikulasi KPM dan layak memohon ke jawatan gred 29 dalam perkhidmatan awam sepertimana
pemegang diploma atau STPM. Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua
pelajar baharu Program Matrikulasi KPM. Tetapkan tekad dan gandakan usaha, semoga impian
saudara untuk berjaya ke menara gading, dan memperoleh segulung Ijazah akan tercapai sebaik
menamatkan pengajian di Program Matrikulasi. Selamat Datang ke Program Matrikulasi KPM.
Wasalam. 2
DR. HAJAH ROSNARIZAH BINTI ABDUL HALIM
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
KOLEJ
MATRIKULASI
LABUAN
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kita dapat melaksanakan dan menjayakan Minggu
Pengurusan Pelajar Baharu bagi sesi 2022/2023 Kolej Matrikulasi Labuan.Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada
para pelajar yang telah ditawarkan dan berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Program Matrikulasi bagi sesi ini.
Seperti sedia maklum ,Program Matrikulasi merupakan program persediaan prauniversiti sebelum pelajar memasukki
Institusi Pengajian Tinggi. Kejayaan para pelajar melangkah ke sini merupakan titik permulaan dalam meneruskan
pengajian ke peringkat universiti. Oleh itu, para pelajar perlu mengambil kesempatan berada di KML ini untuk
mencipta kecemerlangan bukan sahaja dari aspek akademik tetapi juga dari aspek kokurikulum.
Dalam merentasi dunia yang penuh dengan cabaran ini, para pelajar perlu bersedia dengan pelbagai ilmu pengetahuan
agar dapat sama-sama berdaya saing, mampu membina perkembangan diri dan meneruskan kegemilangan kemajuan
negara. Oleh itu, saya menyeru kepada semua pelajar baharu agar bersedia mengharungi segala cabaran dalam
meneruskan pembelajaran, bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti yang bakal dianjurkan oleh pihak kolej agar matlamat
untuk melahirkan generasi ilmu berketrampilan, berkemahiran tinggi serta mempunyai sifat kepimpinan terpuji dapat
dihasilkan .
Dalam kesempatan ini juga saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana
Minggu Pengurusan Pelajar Baharu yang telah berganding bahu, berpadu tenaga dalam memastikan MPPB ini berjalan
dengan lancar . Sesungguhnya, semangat permuafakatan ini sangat diperlukan dalam menjayakan semua perancangan
dan program yang telah dirancang oleh pihak kolej.
Akhir kata, saya berharap, orientasi dan pengalaman baharu di sini menjadi bekalan bermakna kepada para pelajar,
selamat maju jaya ,semoga impian dan cita –cita tercapai demi kehidupan yang lebih cemerlang pada suatu hari nanti.
Insya-Allah.
Wasalam,
Mohd Mahyuddin bin Mohd Noordin
3
VISI , MISI,
MOTO KML
VISI KOLEJ MATRIKULASI
MISI LABUAN SEBAGAI PENERAJU
MOTO KECEMERLANGAN PELAJAR
PRA-UNIVERSITI
MENGHASILKAN PELAJAR
CEMERLANG AKADEMIK &
SAHSIAH KE INSTITUT
PENDIDIKAN TINGGI
KARISMA - KEKUATAN /
SEMANGAT UNTUK
MENJADIKAN SUATU INSPIRASI
MENJADI KENYATAAN
MADANI - MASYARAKAT YANG
SEIMBANG DARI SEGI
PERSEDIAAN DUNIAWI DAN
AKHIRAT
LUHUR - SUCI & BERSIH 4
LIRIK LAGU
KML
PERKASA
LAGU : ABDULAZIZ Kolej Matrikulasi Labuan
AHMAD Berteknologi Berkemajuan
Di sini lahirnya para Ilmuan
LIRIK : PAK MUS & Demi Agama, Negara dan
MISHARD Watan
Beretika Berakhlak Mulia
Berusaha Bersama-sama
Bergermelapan Teras Budaya
Bersemi Subur Ilmu Bermakna
C/O
Kolej Matrikulasi Labuan
Memperkasa Kecemerlangan
Menjadi Kebanggaan Watan
Putra Putri Mencapai Wawasan
Kami Genggam Iktiar Setia 5
Takkan Undur Setapak Jua
Kolej Matrikulasi Labuan
Semerbak Harum Seluruh
Negara
Gagah Seantero Dunia...
LAGU KML
PERKASA
IMBAS KOD QR
ATAU LAYARI LINK
UNTUK MENDENGAR
LAGU KML PERKASA
https://www.youtu
be.com/watch?
v=l7wyEdbrk0c
6
LAGU
NEGARAKU
IMBAS KOD QR
ATAU LAYARI LINK
UNTUK MENDENGAR
LAGU NEGARAKU
https://www.youtube.com/watch?v=0ENs7ZJ6Opc
7
LAGU
WILAYAH
PERSEKUTUAN
IMBAS KOD QR
ATAU LAYARI LINK
UNTUK MENDENGAR
LAGU WILAYAH
PERSEKUTUAN
https://www.youtube.com/watch?v=Shhy8UJ2F0M
8
LAGU
SEKOLAHKU
SEJAHTERA
IMBAS KOD QR
ATAU LAYARI LINK
UNTUK MENDENGAR
LAGU SEKOLAHKU
SEJAHTERA
https://www.youtube.com/watch?v=tKUA60e01Zk
9
PERSEKITARAN
KML
IMBAS KOD QR
ATAU LAYARI LINK
UNTUK MENGENALI
KML DENGAN LEBIH
LANJUT
https://youtu.be/YkXP7gLeTfk
10
PANDUAN
PENDAFTARAN
PELAJAR
11
PANDUAN
PENDAFTARAN
PELAJAR
12
JADUAL
CERAMAH &
TAKLIMAT
13
AJK INDUK
MPPB
14
AJK INDUK
MPPB
15
SEKALUNG
PENGHARGAAN
Setinggi - tinggi penghargaan diucapkan
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan Minggu Pengurusan Pelajar
Baharu (MPPB)sesi 2022 /2023 ini
16
KOLEJ
MATRIKULASI
LABUAN
Kolej Matrikulasi Labuan
Jalan OKK Daud, Merinding,
Peti Surat 81735,
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel : 087-465 311
Faks : 087-466500
http://www.kml.matrik.edu.my/
17