POKOK KADUK
INFO
Pokok kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum merupakan tumbuhan yang
banyak terdapat di ASEAN. Daunnya menyerupai pokok sirih tetapi berbeza dengan
pokok sirih, ia bukannya pokok memanjat, tetapi tumbuh di atas tanah.
Pokok kaduk berasal dari keluarga Piperaceae merupakan sejenis sayuran tempatan
yang mudah ditemui.
Daun kaduk diguna dalam ubat-ubatan tradisional di Asia. Analisa kimia menunjukkan
daun kaduk mengandungi anti-oksida naringenin. Amides dari buah pokok kaduk
didapati mempunyai aktiviti anti-tuberculosis dan anti-plasmodial.
Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab
untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya. Air rebusan ini juga
berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-
sengal tulang.
KHASIAT
1. Mengurangkan Keputihan.
Pucuk kaduk selain dibuat ulam yang menyelerakan samada di makan mentah
atau di celur, daun yang tua boleh direbus, sejukkan dan di buat air basuhan
selepas membuang air kecil atau selepas habis haid.Khasiatnya ialah dapat
menjadikan awet muda, mengurangkn keputihan, menghilangkan gatal dan
kerengsaan pada bahagian sulit.
2. Merawat sembelit.
3. Merawat sakit gigi.
4. Merawat demam malaria.
5. Merawat lemah dan sakit tulang.
6. Membantu melawaskan kencing.
7. Melegakan selesema dan batuk.
CARA PENGGUNAAN
1. Merendahkan kolesterol.
Rebus 7 helai daun kaduk dengan 500 ml air masak dan ditambah dengan
sedikit gula batu (untuk rasa manis).
2. Merawat batuk dan asma.
Sekeping pinang dikunyah bersama akar pokok kaduk.
3. Merawat sakit gigi dan gusi.
Kunyah daun kaduk bersama halia.
4. Merawat masalah penghadaman.
Rebus beberapa helai daun kaduk.
5. Merawat masalah kulat di kaki.
Rendam kaki di dalam air rebusan akar dan daun kaduk.
6. Melawaskan kencing.
Rebus daun kaduk bersama akarnya dan diminum.
7. Merawat demam Malaria.
Rebus daun kaduk dan diminum air rebusannya.
8. Melegakan selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal tulang, sembelit.
Minum air rebusan daun kaduk dan akarnya.
9. Melegakan batuk.
Sapu bahagian leher dengan daun yang dikisar halus bersama sedikit air.
GAMBAR
Pokok Kaduk Daun Kaduk