The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pusatsumberzabasmkdas, 2022-08-09 21:14:44

POKOK MULBERI

Info Pokok Mulberi

POKOK MULBERI

INFO
Mulberi (nama saintifiknya Morus sp.) adalah termasuk genus tumbuhan dari
keluarga Moraceae. Genus ini terdiri dari 10–16 spesies pohon bertaburan asal dari
kawasan beriklim panas dan subtropika di benua-benua Asia, Afrika dan Amerika Latin;
namun spesies ini banyak berasal dari benua Asia.
Sebenarnya mulberi merupakan keluarga Moracae dan terdiri daripada banyak jenis.
Contohnya mulberi hitam (M.nigra), mulberi merah (M.rubra) atau mulberi
putih (M.alba). Secara tradisionalnya pokok ini ditanam kerana daunnya menjadi
makanan bagi ulat sutera. Selain di Malaysia, pokok mulberi banyak ditanam di negara
seperti China, Afrika, Asia, malah Eropah dan Amerika.
Buah mulberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun mulberi pula
mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji mulberi
mengandungi ureas. Manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin,
minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
Menurut ahli kimia, daun mulberi mengandung beberapa ekstrak kimia untuk badan
seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin,

scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamda hexenol,
benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin,
adenine, copper, zinc, vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik,
fumarat, folat, dan asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.

KHASIAT

1. Menurunkan kadar kolestrol.

Buah mulberi segar sesuai dimakan sebagai snek kerana ia mengandungi
kandungan air, karbohidrat ringkas dan nilai kalori yang rendah.

Sebuah kajian yang dilaporkan oleh Journal of Agricultural and Food
Chemistry mendapati ia berpotensi menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Ia
juga memiliki kandungan protein yang agak tinggi berbanding buah beri lain.

2. Kaya dengan pelbagai vitamin.

Seperti kebanyakan buah-buahan lain, buah mulberi juga mengandungi pelbagai
jenis vitamin dan mineral.

Secara spesifiknya, buah mulberi mempunyai kadar vitamin C dan zat besi yang
tinggi, serta kandungan potassium serta vitamin E dan K yang tak kurang
banyaknya.

3. Baik untuk kesihatan jantung.

Menurut HealthLine.com, buah mulberi kaya dengan anthocyanins, iaitu sejenis
kompaun yang memberi warna merah / gelap pada mulberi.

Kompaun ini terdiri daripada keluarga antioksidan yang membantu memberi
kesan baik kepada jantung kerana ia mampu mengelakkan proses pengoksidaan
LDL (kolesterol jahat).

4. Membantu melawan kanser.

Kandungan antioksidan yang terkandung dalam buah mulberi juga
menjadikannya salah satu makanan yang boleh membantu melawan radikal
bebas yang menyebabkan kanser.

Beberapa kajian di Jepun dan Korea mendapati buah mulberi mampu
mengurangkan kemusnahan oksidatif oleh radikal bebas serta memperlahankan
pertumbuhan sel tumor.

5. Anti-obesiti.

Oleh kerana ianya rendah kalori dan kaya dengan pelbagai nutrien terutamanya
serat, vitamin C, vitamin K, serta zat besi, buah mulberi sesuai dijadikan snek
sihat.

Terdapat kajian yang mendapati ia mungkin mempunyai kesan anti-obesiti di
mana kandungan seratnya membantu mengurangkan sembelit serta
melancarkan pencernaan, sekaligus membantu menurunkan berat badan.

6. Mengurangkan keradangan.

Secara tradisionalnya, teh daun mulberi digunakan untuk merawat kesakitan.
Secara saintifiknya, ia mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan
kolin.

Dalam sebuah jurnal, saintis telah mengkaji keberkesanan daun mulberi dan
mendapati bahawa ia mempunyai kesan anti-keradangan, anti-obesiti serta
banyak lagi masalah kesihatan sekaligus memperjelaskan kegunaannya sebagai
salah satu unsur rawatan pada zaman dahulu.

CARA PENGGUNAAN

1. Kulit kering dan sensitif.

Bagi merawat kulit kering dan sensitif, anda juga boleh menggunakan losen yang
diperbuat dari buah mulberi ini.

Campurkan buah mulberi dengan minyak kelapa atau minyak zaitun selama
beberapa hari, kemudian oleskan pada kulit wajah dan ianya akan melembabkan
kulit dan juga menyembuhkan iritasi seperti gatal-gatal atau kepedihan.

Ianya juga boleh dijadikan bahan campuran masker wajah bagi mendapatkan
manfaat istimewanya kepada kulit dan tubuh badan.

2. Mengatasi masalah kulit.

Jangan dibiarkan begitu sahaja daun pokok mulberi kerana air rebusannya dapat
menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti flu, demam dan lain-lain lagi.
Bahkan, rebusan daun pohon mulberi juga dapat menyembuhkan berbagai
masalah pada kulit.

3. Merawat asma, batuk dan kahak.

Selain itu, kulit pokok Mulberi boleh direbus dan dibuat minuman bagi merawat
sistem pernafasan, asma, batuk, bronkitis, menyingkirkan kahak dan hingus.

GAMBAR

Pokok Mulberi Buah Mulberi

Bunga Pokok Mulberi Daun Mulberi

RUJUKAN

1. "Morus L". Germplasm Resources Information Network. United States
Department of Agriculture. 2009-01-16. Dicapai pada 2009-03-11.

2. Berdasarkan perbandingan takrifan sumber di bawah:
 "kertau". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka
Malaysia. 2017.
 "kertau". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan
dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik
Indonesia. 2016.

3. "Morus macroura". Tree Functional Attributes and Ecological Database.

4. "Morus nigra (black mulberry)". CABI. 20 November 2019. Dicapai pada 8
Mac 2020.

5. "Mulberry". California Rare Fruit Growers. 1997. Dicapai pada 8 March 2020.

6. Ombrello, T. "The mulberry tree and its silkworm connection". Plant of the Week.
Cranford, NJ: Union County College. Diarkibkan daripada yang asal pada 19
Oktober 2012. Dicapai pada 20 Oktober 2012.

7. "Mulberry silk". Central Silk Board, Ministry of Textiles - Govt of India. Dicapai
pada 20 Oktober 2012.

8. James A. Duke (1983). "Morus alba L., Moraceae: White mulberry, Russian
mulberry, Silkworm mulberry, Moral blanco". Handbook of Energy Crops.
Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2012. Dicapai pada 8 Mac 2020.


Click to View FlipBook Version