POKOK PUDINA
INFO
Pokok Pudina (Mentha x piperita) merupakan satu lagi jenis tumbuhan kategori herba
dari keluarga Lamiaceae yag sangat sinonim dengan kegunaannya sebagai penyedap
makanan atau pun sebagai ulam. Tanaman Pudina adalah tanaman dari kumpulan
'Mentha' atau 'Mints' yang mana ia akan menghasilkan aroma khusus seperti
bau mints yang anda selalu rasa.
Tanaman ini dipercayai natif daripada kawasan Asia Tengah atau Eropah dalam cuaca
beriklim sederhana (Temperate) tetapi kini setelah melalui banyak proses
pembiakbakaan dimana kini ianya boleh di jumpai di tanam di Asia, Asia Tenggara,
Afrika, Amerika Utara dan Eropah. Sebanyak 10 varieti pudina hibrid yang banyak
ditanam diantaranya adalah seperti Mentha x piperita (Peppermint), Mentha garcilis
(Gingermint), Mentha rotundifolia (False apple mints), Mentha smithara (Red rariphila
Minta) dan Mentha villosa (Hairy mints).
KHASIAT
1. Merawat selsema.
Semasa selsema, pasti kita berasa tidak selesa dek kerana saluran pernafasan
kita yang terhalang oleh kewujudan cecair mukus di rongga hidung. Kandungan
menthol di dalam daun pudina mampu meningkatkan pengaliran udara kerana
ianya memberi kesan ke atas saraf di dalam rongga hidung. Oleh itu, saluran
pernafasan akan terbuka dengan lebih luas dan lebih banyak udara yang mampu
melalui rongga hidung dan seterusnya mengurangkan simptom selsema.
2. Melegakan sakit kepala.
Pada kebiasaanya, kita pasti akan menggunakan minyak angin untuk merawat
sakit kepala. Tahukah anda penggunaan minyak pati pudina yang disapu pada
kulit di sekitar kawasan dahi dillihat mampu untuk mengurangkan tekanan dan
simptom sakit kepala. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan minyak
pati pudina mampu mengurangkan kepekaan terhadap kesakitan sebanyak
40.3%.
3. Merawat proses penyembuhan luka.
Menurut kajian, penggunaan minyak pati pudina di dalam kuantiti yang sesuai
dilihat mampu membantu dalam proses penyembuhan luka. Hal ini kerana ianya
mempunyai kebaikan terapeutik yang tersendiri iaitu bersifat anti bakteria yang
dilihat berkesan untuk membasmi bakteria. Ianya juga menggalakkan
pembentukan sel baru dalam proses penyembuhan luka. Namun begitu, untuk
tujuan ini, pesakit haruslah mendapatkan nasihat dan rawatan daripada pihak
yang pakar seperti doktor dan pekerja kesihatan yang sepatutnya.
4. Merawat simptom alergi.
Kandungan asid rosmarinik di dalam daun pudina mampu merawat simptom
alergi di mana ianya berfungsi untuk mengurangkan penghasilan histamin.
Histamin adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia yang
berfungsi untuk melindungi tubuh dari jangkitan. Penghasilan histamin mampu
menyebabkan simptom alergi dan keradangan terhadap seseorang. Rosmarinik
asid menghalang pembebasan histamin lalu mengurangkan simptom alergi
seperti hidung berair, kegatalan kulit, dan radang mata.
5. Melegakan loya, mual dan muntah.
Di dalam kajian percubaan klinikal yang dijalankan terhadap pesakit kanser yang
sedang atau akan menjalani rawatan kemoterapi, didapati bahawa penggunaan
minyak pati pudina mampu mengurangkan kekerapan kejadian emetik (muntah)
di dalam tempoh 24 jam dan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan
minyak ini tidak memberikan sebarang kesan sampingan terhadap pesakit.
6. Melegakan ketidakhadaman dan ketidakselesaan.
Pernahkan anda mengalami kitadakhadaman selepas makan? Komponen
menthol di dalam daun pudina mampu untuk melegakan ketidakhadaman
dengan meningkatkan pengaliran jus hempedu dari pundi hempedu. Jus
hempedu mempunyai enzim yang digunakan untuk pencernaan lemak dalam
makanan. Dengan peningkatan pengaliran jus hempedu, lemak dalam makanan
yang dimakan mampu dicerna dengan lebih baik.
7. Melegakan sindrom rengsa usus.
Sindrom rengsa usus adalah simptom di mana pesakit mengalami perubahan
fungsi usus yang akan menyebabkan cirit-birit, sembelit, kembung perut,
ketidakselesaan, kesakitan dan lain-lain. Minyak pati pudina yang diambil dalam
bentuk kapsul mampu menghalang aktiviti saluran kalsium dan mengurangkan
simptom sindrom rengsa usus. Ianya juga mampu mengurangkan kesakitan di
bahagian abdomen badan akibat sindrom ini.
8. Memberi kesegaran nafas.
Umum mengetahui bahawa daun pudina sering digunakan dalam produk
penjagaan oral. Tahukah anda mengapakah daun pudina sering digunakan? Di
samping mempunyai bau yang nyaman dan menyegarkan, daun pudina
mempunyai sifat anti bakteria yang mampu mencegah pembiakan bakteria yang
menjadi punca kepada masalah oral seperti nafas berbau. Oleh sebab itu, daun
ini digunakan secara meluas di dalam produk penjagaan oral.
9. Meningkatkan dan memperbaiki emosi.
Pernahkah anda mendengar istilah aromaterapi? Aromaterapi adalah satu
kaedah yang diamalkan sama ada minyak pati disapu, diurut atupun dihidu oleh
pengamalnya. Kandungan minyak pati di dalam daun pudina kebiasaanya
digunakan di dalam amalan aromaterapi di mana bau yang terhasil mampu
menaikkan semangat dan emosi pengamalnya kerana ianya meransang sistem
limbik di dalam tubuh badan kita yang bertanggungjawab ke atas emosi
seseorang.
CARA PENGGUNAAN
1. Mengatasi masalah kulit.
Jika digigit serangga, mengalami gatal-gatal akibat panau dan kurap atau
terbakar ringan, hancurkan sedikit daun pudina dn ditampalkan di tempat
tersebut.
2. Menguruskan badan.
Ambil beberapa helai daun pudina dan sedikit daun ketumbar. Kisarkan kedua-
duanya dengan secawan air suam. Campurkan air tersebut dengan setengah
cawan jus lemon. Amalkan minuman ini segelas setiap hari.
3. Menyegarkan pernafasan.
Campurkan 4 sudu besar daun pudina yang telah dikisar dengan secawan air
suam. Boleh digunakan sebagai pembersih mulut dengan cara berkumur-kumur.
4. Menghilangkan masalah gatal-gatal di badan.
Kisar 2 cawan daun pudina dan dicampurkan dengan air di dalam baldi. Setelah
memakai sabun, bilas menggunakan air campuran pudina tadi. Badan bukan
saja terasa segar, malahan berbau wangi.
5. Menghilangkan sakit tekak dan mengurangkan kahak.
Masukkan beberapa helai daun pudina ke dalam secawan teh panas. Minum
selepas teh menjadi suam.
6. Melegakan demam, selsema dan gastrik.
Kisar beberapa helai daun pudina dengan secawan air suam. Tambahkan sedikit
madu lebah asli. Amalkan setiap hari sehinggan sakit berkurangan.
GAMBAR
Pokok Pudina Daun Pudina
Bunga Pokok Pudina Batang dan Daun Pokok Pudina
RUJUKAN
1. Asl, H., Masoumi, S., Poorolajal, J., Panah, M., & Oliaei, S. (2016). Evaluation of
mint efficacy regarding dysmenorrhea in comparison with mefenamic acid: A
double blinded randomized crossover study. Iranian Journal of Nursing and
Midwifery Research, 21(4), 363. doi:10.4103/1735-9066.185574
2. Brazier, Y. (2017, June 27). Peppermint: Health benefits and precautions.
Retrieved from Healthline
3. FoodData Central. (n.d.). Retrieved December 31, 2020, from FDC
4. Ford, A. C., Talley, N. J., Spiegel, B. M. R., Foxx-Orenstein, A. E., Schiller, L.,
Quigley, E. M. M., & Moayyedi, P. (2008). Effect of fibre, antispasmodics, and
peppermint oil in the treatment of irritable bowel syndrome: Systematic review
and meta-analysis. In BMJ (Vol. 337, Issue 7683, pp. 1388–1392). British
Medical Journal Publishing Group. https://doi.org/10.1136/bmj.a2313
5. Frothingham, S. (2019, August 20). Essential Oils for Energy: Boost Your Mood,
Motivation, and Focus. Retrieved from Healthline
6. Groves, M. (2018, October 12). 12 Science-Backed Benefits of Peppermint Tea
and Extracts. Retrieved from Healthline
7. Health Benefits of Peppermint. (n.d.). Retrieved from Webmd
8. Jaines, K. (n.d.). Do Mints Help an Upset Stomach? Retrieved December 31,
2020, from Livestrong
9. Lin, Y., Shi, R., Wang, X., & Shen, H. (2008). Luteolin, a Flavonoid with Potential
for Cancer Prevention and Therapy. Current Cancer Drug Targets, 8(7), 634-646.
doi:10.2174/156800908786241050
10. Loolaie M, Moasefi N, Rasouli H, Adibi H (2017) Peppermint and Its
Functionality: A Review. Arch Clin Microbiol. Vol. 8 No. 4:54
11. Mckay, D. L., & Blumberg, J. B. (2006). A review of the bioactivity and potential
health benefits of peppermint tea (Mentha piperita L.). Phytotherapy
Research, 20(8), 619-633. doi:10.1002/ptr.1936
12. National Center for Biotechnology Information (2020). PubChem Compound
Summary for CID 16666, l-Menthol. Retrieved December 31, 2020
from Pubchem
13. National Center for Biotechnology Information (2020). PubChem Compound
Summary for CID 26447, Menthone. Retrieved December 31, 2020 from
Pubchem
14. Norliza. (2015, October 14). Antihistamin. Retrieved from Portal Myhealth
15. Pearson, K. (2017, December 13). 8 Health Benefits of Mint. Retrieved from
Healthline
16. Stansbury, J. (2014). Rosmarinic Acid as a Novel Agent in the Treatment of
Allergies and Asthma. Journal of Restorative Medicine, 3(1), 121-126.
doi:10.14200/jrm.2014.3.0109
17. Tayarani-Najaran Z, Talasaz-Firoozi E, Nasiri R, Jalali N, Hassanzadeh M.
Antiemetic activity of volatile oil from Mentha spicata and Mentha × piperita in
chemotherapy-induced nausea and vomiting. Ecancermedicalscience.
2013;7:290. doi: 10.3332/ecancer.2013.290. Epub 2013 Jan 31. PMID:
23390455; PMCID: PMC3562057.
18. Unalan, I., Slavik, B., Buettner, A., Goldmann, W. H., Frank, G., & Boccaccini, A.
R. (2019). Physical and Antibacterial Properties of Peppermint Essential Oil
Loaded Poly (ε-caprolactone) (PCL) Electrospun Fiber Mats for Wound
Healing. Frontiers in Bioengineering and Biotechnology, 7, 346.
https://doi.org/10.3389/fbioe.2019.00346
19. Ware, M. (2019). Mint: Benefits, nutrition, and dietary tips. Retrieved from
Medical News Today