POKOK KUNYIT
INFO
Pokok kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa merupakan tumbuhan hijau
daripada family Zingiberaceae. Spesies tumbuhan ini merupakan tanaman rempah
yang berasal dari India. Spesies tumbuhan ini kemudian diperkenalkan ke negara Asia
yang lain seperti Asia Tenggara dan Asia Selatan. Kunyit banyak digunakan dalam
hidangan masakan dan juga digunakan untuk tujuan perubatan terutama bagi wanita
Kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya
sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun
serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai
ulam.
Dalam perubatan, kunyit digunakan sebagai antioksida, antibakteria, antiradang dan
antikanser. Kunyit juga berfungsi bagi menyembuhkan luka di dalam badan,
mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin, membersihkan dan
menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah, membantu proses
pencernaan dan menghilangkan selsema. Selain itu, kunyit juga dapat menyembuhkan
luka, seliuh anggota dan kudis.
KHASIAT
1. Agen antibakteria.
Dalam amalan Ayurvedic, kunyit memiliki khasiat ubatan yang banyak. Di Asia
Selatan, kunyit digunakan sebagai antiseptik sedia untuk luka, luka terbakar dan
luka lebam. Ia juga digunakan sebagai agen antibakteria.
Di beberapa negara Asia, kunyit diambil sebagai suplemen makanan, yang
dipercayai membantu dengan masalah perut dan penyakit lain. Ia sangat popular
sebagai teh di Okinawa, Jepun. Di Pakistan juga menggunakannya sebagai agen
anti-inflamasi, dan ubat untuk ketidakselesaan pencernaan berkaitan dengan
sindrom kerengsaan usus dan gangguan pencernaan lainnya. Di India, selain
perubatan Ayurveda, penggunaan kunyit dipelbagaikan dalam bahan kosmetik
seperti krim kulit dan dieksport ke negara jiran.
2. Mengurangkan darah beku.
Kunyit juga dikatakan telah terbukti berupaya mengurangkan platelet (suatu
bahan kandungan darah yang terlibat dalam pembekuan darah), lalu
memperbaiki peredaran darah dan membantu melindungi daripada
arteriosklerosis.
Dalam perubatan Cina, akar atau ubi kunyit digunakan untuk merangsang
pengaliran dan menguraikan pembekuan darah dan lebam.
3. Kecutkan rahim selepas bersalin.
Bagi masyarakat Melayu, kunyit diumumkan sebagai bahan ramuan jamu
terutamanya kepada ibu-ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan
rahim dan mencuci darah.
Bunga kunyit dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu
yang berpantang (selepas bersalin) untuk mempercepatkan penyembuhan luka
dalaman dan juga untuk kesihatan rahim serta mengembalikan bentuk tubuh
yang asal.
4. Awet muda.
Bunga kunyit juga sesuai diamalkan sebagai bahan untuk awet muda serta
kecantikan semulajadi luar dan dalam.
5. Mencegah Kanser.
Kunyit boleh membantu anda mencegah daripada menghidap kanser,
berhentikan perkembagan kanser prostat bahkan membunuh sel kanser.
Sudah banyak kajian menjumpai bahan aktif yang terdapat didalam kunyit ini
yang boleh melawan kanser sel dan pada masa yang sama melindung badan
daripada mendapatnya.
6. Mengawal Berat Badan.
Serbuk kunyit boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan
mengawalnya. Satu komponen yang terdapat di dalam kunyit boleh membantu
fungsi hempedu, satu organ yang memainkan peranan untuk memecahkan
lemak di dalam badan.
7. Menyembuhkan luka.
Kunyit merupakan satu antiseptik dan ajen anti-bakteria semulajadi dan boleh
dijadikan satu disinfectant yang berkesan. Sekiranya anda mengalami luka, anda
boleh menaburkan sedikit serbuk kunyit ke atas tempat yang terkesan untuk
mencepatkan proses penyembuhan.
8. Mengurangkan Tahap Kolestrol Dalam Badan.
Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan kunyit dalam diet pemakanan
boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Masalah kolestrol berlebihan
dalam badan boleh menyababkan masalah kesihatan yang lain. Antaranya
adalah masalah jantung dan darah tinggi.
9. Mengawal Kencing Manis.
Kunyit boleh digunakan dalam rawatan kencing manis dengan sedikit bantuan
daripada insulin. Kunyit boleh meningkatkan kawalan glukosa dalam badan dan
meningkatkan kesan ubat-ubatan untuk merawat masalah kesihatan ini.
CARA PENGGUNAAN
1. Mengurangkan rasa gatal-gatal pada mata.
Titiskan air rebusan kunyit pada mata yang bermasalah.
2. Melegakan penyakit kulit pada bayi.
Kunyit dicampurkan dengan sedikit kapur makan dan disapukan pada bahagian
yang bermasalah.
3. Melegakan sakit bengkak dan artritis atau radang sendi.
Gunakan minyak pati kunyit dan sapukan pada bahagian yang bermasalah.
4. Gastrik.
Ambil kunyit tua yang telah diparut. Air perahannya dicampur dengan kuning
telur ayam kampung dan dikacau hingga sebati kemudian diminum sebelum
tidur. Ulang beberapa kali jika tidak lega pada kali pertama.
5. Menghentikan pengaliran haid yang berterusan.
Ambil air perahan kunyit dalam kadar setengah gelas dan minum bersama air
suam.
6. Mengecutkan rahim bagi wanita lepas bersalin.
Ambil kunyit sebesar ibu jari orang dewasa dan layurkan di atas api terlebih
dahulu kira-kira tiga minit sebelum diparut dan diminum airnya. Bagi yang tahan
dengan rasanya boleh juga dimakan begitu saja.
GAMBAR
Pokok Kunyit Bunga Pokok Kunyit
Daun Kunyit Rizom Kunyit
Serbuk Kunyit
RUJUKAN
1. Itokawa H, Shi Q, Akiyama T, Morris-Natschke SL, Lee K. 2008. Recent
advances in the investigation of curcuminoids. Chinese Med 3:11.
2. Omosa, L.K., Midiwo, J.O., Kuete V. Curcuma longa Chapter 19 ” . In. Victor
Kuete, ed. Medicinal Spices and Vegetables from Africa: Therapeutic Potential
Against Metabolic, Inflammatory, Infectious and Systemic Diseases. 2017;425-
35. Academic Press. https://doi.org/10.1016/B978-0-12-809286-6.00031-5 2.
3. Kumar, A., Dora, J., Singh, A. A review on spice of life Curcuma longa (Turmic).
International Journal of Applied Biology and Pharmaceutical Technology.
2011:2(4);371-9. 3.
4. Vasavi, R.A., Suresh, J.Y., Hemant, K.S., Singh, A. A review on Curcuma longa
research. Journal of Pharmacy and Technology. 2012;5(2):158-65. 4.