The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pusatsumberzabasmkdas, 2022-08-15 01:00:15

POKOK LIDAH BUAYA

Info Pokok Lidah Buaya

POKOK LIDAH BUAYA

INFO
Lidah buaya (nama saintifiknya Aloe vera) ialah spesies tumbuhan dalam genus Aloe.
Tahukah anda bahawa perkataan ‘Aloe vera’ berasal daripada perkataan Arab iaitu
‘Alloeh” yang bermaksud bahan yang bersinar manakala ‘vera’ pula bermaksud tulen
dalam bahasa Latin.
Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam,
demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Selain itu, pokok herba ini juga sangat
terkenal dalam industri kosmetik dan produk kesihatan.
Pokok lidah buaya ialah sejenis tumbuh-tumbuhan yang tinggi dan banyak kandungan
air, nutrient dan vitamin yang mempunyai pelbagai manfaat kepada kulit, rambut dan
badan. Bahan-bahan Aloe Vera seperti cecair lut sinar dan getah berwarna kuning
digunakan dalam pelbagai produk kecantikan atau makanan disebabkan khasiatnya.
Banyak syarikat kosmetik memasukkan sap dan bahan-bahan terbitan Lidah Buaya
yang lain ke dalam produk-produk mereka seperti alat solek, pelembap
kulit, sabun, pelindung cahaya matahari, syampu, dan losen. Gel Lidah Buaya

dikatakan berguna untuk keadaan-keadaan kulit yang kering, khususnya ekzema di
sekeliling mata serta kulit muka yang peka. Selain itu, gel Lidah Buaya telah digunakan
untuk merawat jangkitan-jangkitan kulat, seperti kurap.

Lidah buaya telah digunakan untuk tujuan perubatan sejak zaman dahulu di negara
Mesir, India, Mexico, Jepun dan China. Menariknya pada zaman dahulu, puteri-puteri di
Mesir telah menggunakan lidah buaya sebagai produk kecantikan sehingga lidah buaya
dipanggil sebagai tumbuhan yang kekal abadi.

Terdapat banyak kompaun bioaktif yang ada di dalam daun pokok ini termasuk vitamin,
mineral, asid amino dan antioksida dan antibakteria.

KHASIAT

1. Mengandungi Antioksida Dan Antibakteria.

Antioksida memainkan peranan yang penting kepada kesihatan. Gel pokok lidah
buaya mengandungi kadar antioksida yang kuat, yang tergolong dalam
keluarga polyphenol.

Polyphenol ini, serta komponen yang lain di dalam pokok lidah buaya, boleh
menghalang pertumbuhan beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan
jangkitan kepada badan.

2. Mempercepatkan Penyembuhan Kesan Terbakar.

Pokok lidah buaya sangat biasa digunakan dalam kaedah rawatan sapu
berbanding dengan rawatan makan.

Khasiat pokok lidah buaya ini sudah lama digunakan dalam rawatan kepada
kudis, kesan kulit terbakar dan mengelakkan kesan cahaya matahari.

3. Merawat Ulser Mulut (Pecah Bibir).

Sudah banyak kajian yang mencadangkan bahawa pokok lidah buaya ini boleh
dijadikan sebagai satu kaedah rawatan berkesan kepada ulser mulut.

Walaupun tidak setanding dengan ubat farmasi seperti Bonjela atau produk yang
mengandungi cortocosteroids yang lain, tetapi tidak dinafikan bahawa ia boleh
dijadikan sebagai satu alternatif yang berkesan.

Dalam kajian yang lain, mendapati bahawa gel dari pokok lidah buaya ini bukan
sahaja boleh merawat ulser, malah mengurangkan rasa sakit.

4. Merawat Sembelit.

Pokok lidah buaya boleh digunakan untuk merawat sembelit. Kali ini bukan pada
gelnya, tetapi pada latexnya iaitu sejenis lebihan berwarna kuning yang melekat,
dijumpai dibawah kulit daun aloe vera ini.

Salah satu komponen yang bertanggungjawab kepada kesan ini adalah
dipanggil aloin atau barbaloin yang boleh bertindak sebagai laxative.

5. Untuk Wajah dan Kulit.

Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa pokok lidah buaya boleh
melambatkan proses penuaan.

6. Mengurangkan Kadar Gula Dalam.

Pokok lidah buaya turut digunakan sebagai satu rawatan tradisional untuk
pesakit kencing manis (Diabetes). Ia dikatakan boleh meningkatkan sensitiviti
insulin dan membantu pengawalan gula dalam darah.

CARA PENGGUNAAN

1. Selulit.

Campurkan minyak kelapa bersama aloe vera gel dan sapu pada bahagian
selulit setiap hari selepas mandi. Kulit akan menjadi lebih rata dan berseri.

2. Rambut Gugur dan Kelemumur.

Vitamin A, C dan E yang terkandung dalam daun lidah buaya sangat berkesan
untuk mengawal masalah rambut dan kulit kepala.

Ambil sedikit yogurt, aloe vera gel, sebiji pisang dan cecair vitamin E, kisar
kesemua bahan sehingga halus dan sapukan terus kebahagian akar sehingga ke
hujung rambut. Biarkan seketika dan cuci serta keringkan seperti biasa. Alur
rambut yang sebelum ini nampak rongganya, kini semakin lebat.

Urutkan lendir lidah buaya ke kawasan kulit kepala sebelum tidur, ianya
dipercayai berfungsi bagi melegakan rasa gatal kulit kepala serta berkesan untuk
menangani masalah kelemumur. Cara ini juga sesuai dilakukan untuk
menguruskan rambut dengan kesan lebih natural.

3. Penyembuhan Luka dan Kesan Kulit Terbakar.

Pokok lidah buaya boleh merawat kesan kulit terbakar 9 kali lebih cepat
berbanding ubat biasa yang terdapat dipasaran. Hanya ambil bahagian isi lendir
(gel) pada pokok lidah buaya dan dicampurkan bersama madu.

Kemudian kisar sehingga halus dan masukkan ke dalam bekas ubat yang kecil
yang sudah tidak digunakan dan bekukan didalam peti sejuk. Sapu pada luka
kerana aloe vera dan madu dapat meningkatkan penyembuhan luka. Aloe vera
juga dapat merangsang pertumbuhan semula sel kulit baru dan mempunyai
kesan antibakteria.

4. Kulit Yang Bermasalah.

Lidah buaya mengandungi asid salisilik yang bertindak sebagai ejen untuk
menghalang penghasilan minyak yang berlebihan.

Sebagai bedak asas yang terbaik, anda cuma perlu campurkan bedak asas
bersama dengan aloe vera gel, ini akan mengurangkan kesan minyak pada
muka.

Campurkan aloe vera gel, gula, minyak kelapa, serbuk teh hijau dan kacau sebati
untuk dijadikan sebagai scrub yang akan dapat menyingkirkan sel kulit mati.

Sapukan terus lendir pada kulit. Boleh disapu terus pada bahagian muka untuk
mengurangkan kulit berminyak, boleh juga disapu pada bahagian kulit yang
terdapat regangan dan bahagian bawah lengan selepas bercukur. Kulit akan
menjadi lembab dan dapat menyembuhkan sel kulit yang rosak.

5. Kening Yang Tidak teratur dan Lebatkan bulu Mata.

Gunakan sedikit gel aloe vera, sedikit serbuk pembayang mata yang berwarna
coklat gelap, kacau sehingga sebati dan aliskan pada kening. Kening akan
menjadi lebih teratur dan cantik terurus.

Gunakan lendir alo vera yang dicampur dengan minyak zaitun. Sapukan pada
bulu mata dengan menggunakan berus kecil. Jangan terkejut bila bulu mata
anda lebih panjang dan lebat.

6. Liang Pori Terbuka.

Sedikit gel aloe vera, air mawar, gula dan lemon. Kacau sehingga gula hancur,
sapukan terus pada kulit wajah dengan menggunakan kapas muka yang dicelup
di dalam campuran tadi. Liang pori anda akan mula pudar.

7. Garis Halus Dan Kedutan Pada Wajah.

Ambil lendiran pada daun lidah buaya dan kisarkan bersama yogurt dan madu
serta spirulina. Sapukan pada keseluruhan wajah dengan menggunakan kapas
muka dan biarkan sehingga kering. Cuci bersih dan lihat hasilnya. Lakukan
seminggu 1-2 kali, ianya dapat mengurangkan garis halus dan kedutan pada
muka. Dengan melakukan ini secara konsisten juga dapat meremajakan kulit
wajah .

8. Bibir kering.

Letakkan aloe vera gel pada kapas muka dan biarkan kapas dibibir selama 5
minit, bibir akan menjadi lebih lembab. Campur aloe vera gel bersama pewarna
makanan (merah) dan jadikan sebagai gloss bibir semuala jadi.

GAMBAR

Pokok Lidah Buaya Keratan batang Pokok Lidah Buaya

Bunga Pokok Lidah Buaya Gel Lidah Buaya

RUJUKAN

1. Aloe vera (L.) Burm. f. Tropicos.org

2. "Aloe vera (L.)". The Plant List. 26 Mac 2012. Dicapai pada 1 Julai 2021.

3. "Aloe vera (true aloe)". CABI. 13 February 2019. Dicapai pada 15 Oktober 2019.

4. "Aloe". Drugs.com. 30 Disember 2020. Dicapai pada 1 Julai 2021.

5. "Lidah Buaya". Taman Herba Malaysia.

6. Perkins, Cyndi. "Is Aloe a tropical plant?". SFGate. Dicapai pada 13
Februari 2016.

7. "Herba > Lidah Buaya". Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. 2016.
Dicapai pada 2 April 2022.

8. Aloe Vera: Health Benefits and Medical Uses

9. Lim, A.H. dan A.R. Mohd Zafrul. Aloe Vera di tanah bekas lombong. Agromedia
bil. 30 (3/2009). Penerbitan MARDI.

10. Habeeb, F., Shakir, E., Bradbury, F., Cameron, P., Taravati, M.R., Drummond,
A.J., Gray, A.I., & Ferro, V.A. (2007). Screening methods used to determine the
anti-microbial properties of Aloe Vera inner gel. Methods.; 42 (4): 315-20.

11. Boudreau, M.D., & Beland, F.A (2006). An evaluation of the biological and
toxicological properties of Aloe barbadensis (miller) Aloe vera. J Environ Sci
Health C Environ Carcinog Ecotoxicol Rev.; 24 (1): 103-54.

12. Hayes, S.M., & Lichen, P (1999). Report of Successful Treatment with Aloe
vera. Gen Dent ; 47 (3): 268-72.

13. Reynolds, T., & Dweck, A.C. (1999). Aloe Vera leaf gel: a review update. J.
Ethnopharmacol ; 68 (1-3): 3-37.


Click to View FlipBook Version