POKOK LENGKUAS
INFO
Lengkuas atau nama saintifiknya Alpinia galanga merupakan sejenis rizom dengan
kegunaan masakan dan perubatan, dan banyak digunakan di Asia Tenggara. Rupanya
hampir sama dengan halia. Lengkuas merupakan tanaman tempatan di Asia Tenggara.
Rizomnya yang tebal tumbuh secara menjalar dan berumpun. Pokok lengkuas boleh
ditanam dengan mudah iaitu dengan menanam keratan rizomnya (ubi). Lengkuas
menghasilkan rizom berwarna merah jambu air dan kuning pucat serta mempunyai rasa
pedas.
Rizom yang semakin tua akan menjadi berserat dan keras serta mengeluarkan bau
harum yang kuat. Rizomnya itu sering digunakan sebagai bahan utama penyedap rasa
dalam beberapa masakan daging dan ayam seperti rendang, serunding dan lain-lain
masakan. Dalam bidang perubatan, lengkuas digunakan untuk melegakan sakit
perut, selsema dan agen antibakteria.
Lengkuas merupakan sumber serat,besi,sodium,vitamin-vitamin A dan C serta
mengandungi fitonutrien dan flavonoid seperti beta-sitosterol,Galangin,Emodin dan
Quercetin.
KHASIAT
1. Masalah pencernaan.
Perubatan Cina dikatakan menggunakan lengkuas dalam formula untuk merawat
masalah-masalah pencernaan dan kesihatan sistem penghadaman.
2. Menghilangkan bau busuk pada badan.
Di India pula, lengkuas dikatakan digunakan sebagai pewangi tubuh, ketiak dan
juga untuk menghilangkan masalah mulut berbau busuk atau halitosis.
3. Menjaga kesihatan perut.
Air rebusan lengkuas dikatakan mampu dijadikan sebagai ramuan ubatan bagi
melegakan masalah-masalah seperti kembung, dispepsia (pencernaan yang
terganggu), muntah-muntah, dan perut yang mengembung.
4. Merawat arthritis, ulser dan radang perut.
Lengkuas juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat arthritis, ulser dan
keradangan perut, memperbaiki pengedaran darah pada tangan dan kaki,
merawat cirit-birit dan melindungi tubuh daripada risiko-risiko kanser tertentu.
5. Anti oksida.
Lengkuas memiliki banyak agen-agen antioksidan yang berkuasa dan berpotensi
melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh toksin dan radikal-
radikal bebas.
6. Mencantikkan kulit dan anti penuaan.
Lengkuas banyak digunakan dalam penjagaan kulit. Jus lengkuas dikatakan
boleh disapu pada kulit untuk merawat masalah kulit. Ia mengandungi 40 jenis
antioksidan yang boleh membantu dalam melindungi kulit terhadap penuaan
kulit.
7. Membuang toksin dan membaiki aliran darah.
Herba ini dikatakan mampu membuang toksin daripada tubuh dan memperbaiki
aliran darah. Ia melepaskan zat tambahan pada tisu kulit.
8. Menyembuhkan kulit terbakar.
Apabila jus lengkuas ini disapu pada kulit terbakar, ini mampu melegakan rasa
sakit serta menyembuhkan kulit terbakar.
9. Mengurangkan parut.
Anda juga boleh menggosokkan hirisan lengkuas segar pada kulit lebih kurang 2
hingga 3 kali setiap hari bagi mengurangkan parut.
10. Membersihkan kulit.
Lengkuas juga merupakan antiseptik dan pencuci hebat yang boleh membantu
memastikan kulit bersih dan halus tanpa sebarang noda.
11. Menghilangkan jeragat.
Lengkuas juga boleh digunakan sebagai penentang semula jadi terhadap
jeragat. Apabila ia disapu pada jeragat, ia akan mengurangkan jeragat cara
membersihkan bakteria daripada kulit.
12. Melebatkan rambut.
Perubatan Ayurveda telah menggunakan lengkuas dalam rawatan rambut dan
kulit kepala. Jika minyak ekstrak lengkuas disapu pada kulit kepala, ia dikatakan
mampu meningkatkan peredaran darah dan merangsang pertumbuhan rambut.
Jika anda mengalami masalah rambut rapuh dan kering, gunakan minyak
lengkuas untuk kerana mengandungi zink, vitamin dan fosforus yang diperlukan
bagi memastikan rambut sihat bersinar.
13. Merawat herpes.
Rizom lengkuas yang diketuk dan dicampur dengan sedikit bawang putih dan
cuka dapat digunakan sebagai rawatan herpes iaitu penyakit yang disebabkan
oleh sejenis virus.
CARA PENGGUNAAN
1. Meningkatkan kesihatan kulit.
Lengkuas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi dan bagus untuk
meremajakan sel-sel kulit selain melambatkan proses penuaan kulit. Ia juga
berperanan merawat masalah kulit seperti panau, luka dan alahan.
Caranya, sapukan isi lengkuas di pada bahagian kulit yang terjejas sebanyak 2
atau 3 kali sehari. Boleh juga diracik halus dan diminum bersama air setiap hari
bagi mengatasi masalah kulit akibat alahan kepada makanan seperti udang dan
sotong.
2. Melegakan batuk dan sakit tekak.
Lengkuas mampu bertindak sebagai bahan semulajadi untuk mengeluarkan
kahak sekaligus melancarkan pernafasan. Anda cuma perlu memotong lengkuas
kecil-kecil dan dimasukkan ke dalam air minuman dan dibiarkan semalaman.
Minum selama 3 hari berturut-turut sehingga batuk reda.
3. Mengurangkan masalah cirit-birit.
Dengan mengunyah beberapa hiris lengkuas segar juga dikatakan dapat
mengurangkan masalah cirit-birit.
GAMBAR
Pokok Lengkuas Daun Lengkuas
Bunga Pokok Lengkuas Rizom Lengkuas
Rizom Lengkuas Yang Telah Dituai
RUJUKAN
1. Duke, James A.; Bogenschutz-Godwin, Mary Jo; duCellier, Judi; Peggy-Ann K.
Duke (2002). Handbook of Medicinal Herbs (ed. 2nd). Boca Raton, Florida: CRC
Press. m/s. 350. ISBN 978-0-8493-1284-7. Dicapai pada 1 March 2011.
2. "*laŋkuas — a plant: Alpinia galanga". Blust's Austronesian Comparative
Dictionary. Dicapai pada 9 Februari 2022.