The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pusatsumberzabasmkdas, 2022-08-04 03:22:43

POKOK ULAM RAJA

Pokok Herba

POKOK ULAM RAJA

INFO
Cosmos caudatus atau lebih dikenali sebagai ulam raja merupakan sejenis sayur yang
berasal dari Amerika Latin tetapi lebih popular di Asia Tenggara, khususnya Malaysia,
Indonesia dan Brunei sebagai hidangan tambahan dalam menu bersama sambal. Ulam
raja diklasifikasikan dalam genus kumpulan Cosmos berdasarkan ciri-ciri tumbuhan ini
yang renek, sederhana tinggi dan mempunyai daun berbentuk bintang.
Pokok ini dipercayai diperkenalkan para penakluk Sepanyol ke kepulauan Filipina yang
kemudiannya tersebar meliar serata Asia Tenggara. Tumbuhan ini menjadi
dimanfaatkan dalam kalangan masyarakat rantau ini terutamanya sebagai
sejenis sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah
dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.
Pokok ini mampu tumbuh cecah setinggi 2 meter. Batangnya berwarna hijau
keunguan bercabang banyak di bahagian atas. Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi
tiga dengan anak daun yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua, suatu bau unik
akan terkeluar apabila daun-daun ini diramas. Daun-daun ini akan menguncup apabila
malam tiba. Bunganya bertangkai panjang dan berwarna kuning keunguan, bunga ini
boleh tumbuh secara tunggal mahupun sedikit menjambak.

KHASIAT

1. Mengawal paras glukosa dalam darah.

Kajian terhadap pesakit kencing manis (diabetes) yang mengambil 15 gram ulam
raja setiap hari selama lapan minggu menunjukkan paras bacaan glukosa dalam
darah yang lebih baik dan terkawal berbanding pesakit yang tidak mengambil
ulam raja.

Penurunan paras glukosa ini disebabkan oleh ciri-ciri ulam raja yang mampu
meningkatkan paras sensitiviti insulin, hormon yang bertanggungjawab
mengawal paras glukosa dalam darah. Kebanyakan pesakit diabetes jenis 2
mengalami masalah kerintangan insulin, kesan daripada pengumpulan lemak
yang tinggi dan reseptor yang tidak sensitif.

2. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Selain daripada rendah kalori, ulam raja kaya dengan sumber bioaktif kompaun
seperti asid askorbik, asid klorogenik, quercetin, dan proathocyanidin yang boleh
membantu mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah
tinggi dan kardiovaskular. Kompaun ini berperanan mengurangkan kadar
penghasilan hormon prostaglandin, hormon yang berfungsi menyebabkan
keradangan dalam badan khususnya di bahagian otot jantung.

3. Tinggi sumber antioksida.

Jika dibandingkan dengan 10 herba tradisional yang lain, kandungan antioksida
di dalam ulam raja merupakan tiga yang tertinggi, mengandungi asid askorbik,
thiamine dan riboflavin sebagai antioksida utama. Antioksida memainkan
peranan penting untuk melawan radikal bebas, hasil daripada proses
pencernaan makanan yang bersifat karsinogenik atau terdedah kepada
persekitaran yang tercemar. Pengambilan makanan yang tinggi antioksida
secara seimbang dapat mengurangkan pengumpulan radikal bebas dan risiko
penyakit kronik seperti kanser.

4. Mengurangkan tekanan darah tinggi.

Ekstrak ulam raja dapat digunakan sebagai salah satu alternatif bagi
mengurangkan dan mengawal bacaan tekanan darah tinggi khususnya kepada
golongan pre-hipertensi yang tidak bergantung kepada sebarang ubat. Hal ini
kerana, ekstrak ulam raja memberikan tindak balas anti-diuretik, sama seperti
tindak balas yang dihasilkan oleh ubat darah tinggi.

5. Perlindungan terhadap tulang.

Ekstrak ulam raja dan antioksida mampu memberikan perlindungan terhadap
tulang daripada mengalami penyakit tulang rapuh atau osteoporosis dengan cara
membaiki struktur asas tulang dan meningkatkan ketumpatan tulang. Justeru,
struktur tulang menjadi lebih kuat dan stabil.

6. Meningkatkan fungsi Hati
Ulam raja bukanlah agen detox yang akan mengurangkan lemak di dalam badan
tetapi berfungsi untuk menguatkan sistem hati dan menyokong fungsi
pembuangan bahan kumuh yang terkumpul. Kajian yang dijalankan terhadap
haiwan membuktikan pengambilan ekstrak ulam raja selama 21 hari dapat
mengurangkan lactate dehydrogenase, enzim yang menandakan tahap
keterukan fungsi hati.

7. Bertindak sebagai anti-kulat dan anti-mikrob.
Phenylpropane yang diekstrak daripada akar ulam raja juga telah terbukti
mempunyai kriteria anti-kulat terhadap kulat seperti Cladosporium cucumerinum,
Candida albicans dan anti-mikrob terhadap lima jenis bakteria seperti Bacillus
subtilis, Staphylococcus aureus, Escherichia coli, Pseudomonas
aeruginosa dan Candida albicans.

CARA PENGGUNAAN
1. Keseluruhan pokok ulam raja dibasuh dan dibersihkan, kemudian dijadikan

sebagai ulam dan boleh diamalkan selalu.

GAMBAR

Pokok Ulam Raja Daun Ulam Raja

Bunga Pokok Ulam Raja Pucuk Ulam Raja

RUJUKAN

1. Bertagnolli, M. M., Zauber, A. G., & Solomon, S. (2009). Prostaglandin
inhibition and cardiovascular risk: maybe timing really is everything.
Cancer Prevention Research, 2(3), 195-196.

2. Chan, E. W. C., Wong, S. K., & Chan, H. T. (2016). Ulam Herbs of
Oenanthe javanica and Cosmos caudatus: An overview on their
medicinal properties. Journal of Natural Remedies, 16(4), 137-147.

3. Cheng, S. H., Ismail, A., Anthony, J., Ng, O. C., Hamid, A. A., &
Barakatun-Nisak, M. Y. (2015). Eight weeks of Cosmos caudatus (Ulam
Raja) supplementation improves glycemic status in patients with type 2
diabetes: a randomized controlled trial. Evidence-Based
Complementary and Alternative Medicine, 2015.


Click to View FlipBook Version