POKOK KEMUNTING CINA
INFO
Kemunting cina atau juga dikenali sebagai kembang sari cina, tapak dara, rumput
jalang atau ros pantai (nama saintifik : Catharanthus roseus) adalah sejenis spesies
tumbuhan dalam keluarga Apocynaceae.
Pokok Bunga Kemunting Cina sering menjadi pilihan untuk ditanam sebagai hiasan
kerana warnanya yang menarik selain tahan lama bagi menyerikan halaman rumah
supaya sentiasa kelihatan cantik.
Pokok kemunting cina adalah pokok yang di anggap beracun dengan bahan aktif
seperti vincristine, vinblastine, reserpine, ajmalicine dan serpentine. Kandungan lain
kemunting cina adalah Catharanthine, leurosine, norharman, lochnerine,
tetrahydroalstonine, vindoline, vindolinine, akuammine, vincamine, vinleurosin dan
vinrosidin. Ia hanya boleh diambil dalam sukatan yang telah ditentukan dan dibenarkan
sahaja. Jangan ambil terlalu banyak pada satu-satu masa.
Wanita hamil dan sedang menyusukan bayi tidak digalakkan untuk mengamalkan
persediaan herba ini. Mereka mengalami masalah buah pinggang dan tekanan darah
rendah juga perlu menghindarkan menggunakan kemunting cina.
Walaupun terdapat spesies yang dibezakan oleh warna bunganya namun untuk
kegunaan perubatan hanya spesies yang berbunga ungu dan putih (spesies liar)
dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Kesan keracunan pokok kemunting cina menunjukkan tanda-tanda seperti demam, loya
dan muntah-muntah dalam tempoh 24 jam. Tanda-tanda yang lain adalah neuropati,
kehilangan refleks tendon, berhalusinasi, koma, sawan dan kematian.
KHASIAT
1. Merawat penyakit kencing manis.
2. Merawat lelah dan semput.
3. Merawat cirit-birit.
4. Menyembuhkan sakit tekak.
5. Menyembuhkan sakit gigi.
6. Menyembuhkan batuk.
CARA PENGGUNAAN
1. Merendahkan tekanan darah tinggi.
Pokok kemunting cina khasiatnya bagus mengawal darah tinggi. Petik 2 helai
daun tersebut kemudian rendam dengan air panas dalam cawan dan tutup
cawan tersebut. Apabila sudah suam airnya barulah di minum. Darah akan jadi
normal jika selalu kita amalkannya.
2. Mengurangkan sakit haid.
Rebus beberapa helai daun kemunting cina dengan air. Sejukkan dan boleh
diminum.
3. Merawat penyakit asma.
Rebus beberapa helai daun kemunting cina dengan air. Sejukkan dan boleh
diminum.
4. Merawat penyakit kencing manis.
Rebus 10 helai daun dan 10 kuntum bunga kemunting cina dengan air. Sejukkan
dan boleh diminum.
Kemunting cina harus dielak oleh wanita hamil, mereka yang mempunyai masalah buah
pinggang, hati atau paru-paru, tekanan darah rendah dan sembelit. Dikatakan herba ini
juga boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan terutama Warfarin (Coumadin).
Walaubagaimanapun, manfaat kemunting cina boleh mengurangkan banyak masalah
kesihatan jika diambil dengan cara yang betul.
GAMBAR
Bunga Kemunting Cina Ungu Bunga Kemunting Cina Putih
Pokok Kemunting Cina Ungu Pokok Kemunting Cina Putih