POKOK PANDAN
INFO
Pandan wangi (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis tumbuhan tropika
dalam genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia
Tenggara, bahkan genus tersebut turut dinamakan sempena tumbuhan ini.
Spesies pandan jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas untuk
dibuat perisa dalam masakan.
Pandan wangi mengeluarkan aroma yang unik dan daunnya sering digunakan sebagai
pewarna dan pewangi semulajadi dalam masakan harian. Tambahan pula, pandan
wangi juga mempunyai pelbagai manfaat lain kepada manusia seperti untuk kegunaan
kesihatan.
KHASIAT
1. Membantu mengawal paras gula dalam darah.
Bagi pesakit Kencing Manis atau Diebetes Mellistus, mereka perlu sentiasa
berhati-hati dengan pengambilan makanan harian bagi mengelakkan kenaikan
gula dalam darah iaitu hiperglisemia.
Daun pandan telah terbukti membantu menstabilkan paras gula dalam darah
kerana mengandungi kandungan bioaktif sepeti tannin, flavonoid yang dapat
menghalang dari terjadinya pengoksidaan pada sel ‘beta’ di pankreas.
2. Melegakan kadar stress dan tekanan.
Satu kajian telah dijalankan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di Acheh
Indonesia yang akan berjanji temu dengan pakar pergigian.
Oleh kerana janji temu dengan doktor gigi sering dikaitkan dengan ketakutan dan
kegelisahan dalam kalangan kanak-kanak, satu inisiatif telah dicadangkan oleh
pengkaji untuk mengurangkan tekanan tersebut. Oleh itu, aromaterapi
menggunakan daun pandan telah dipasang sepanjang rawatan tersebut.
Hasil kajian menunjukkan tekanan darah peserta kajian menurun dan degupan
jantung kekal stabil sepanjang rawatan.
3. Penawar sakit sendi.
Sakit sendi atau osteo-artritis sering dialami oleh golongan tua. Di
Indonesia, satu kajian telah dijalankan dalam kalangan warga emas berumur 60
tahun ke atas yang menghidap osteo-arthritis atau sakit sendi. Mereka diberi
ubat sapu yang mengandungi campuran minyak kelapa dara dan ekstrak daun
pandan.
Menariknya, berdasarkan dapatan kajian berikut, majoriti daripada peserta
kajian melaporkan kekurangan yang signifikan dalam sakit sendi mereka. Ini
adalah demikian kerana campuran daun pandan dan minyak kelapa dara yang
mampu meresap ke dalam lapisan kulit lalu bertindak sebagai anti-keradangan.
4. Merawat keradangan dalam mulut.
Bagi seseorang yang mengalami keradangan dalam mulut atau bahasa
mudahnya, ulser mulut, pastinya tidak selesa dan menyukarkan untuk
melakukan aktiviti harian dengan sempurna.
Daun pandan dipercayai mempunyai sebatian unik dikenali sebagai ‘euganol’
yang mampu merawat keradangan pada mulut.
Selain itu, ekstrak daun pandan juga mampu menghalang penghasilan serotonin,
histamin dan prostaglandin, di mana mediator-mediator ini berfunngsi membawa
kepada keradangan dalam badan manusia.
5. Melindungi dari jangkitan mikroorganisma berbahaya.
Pandan turut terbukti mampu bertindak sebagai ubat antiseptic tradisional yang
baik untuk merawat pelbagai jenis bakteria jahat yang menyerang tubuh badan.
Selain itu, daun pandan juga mengandungi ‘lectin’ sejenis protein pengikat yang
mampu mencegah dari jangkitan virus, dalam kata lain, bertindak sebagai anti-
viral.
6. Bertindak sebagai komponen anti-kanser.
Daun pandan dipercayai mampu menghalang dari badan manusia diserang oleh
sel-sel kanser. Ini adalah demikian kerana ekstrak etanol daripada daun pandan
mempunyai keupayaan untuk melawan serangan radikal bebas hampir sama
seperti keupayaan ekstrak askorbik acid atau vitamin C dalam menghalang
penularan sel kanser dalam badan.
7. Daun pandan sebagai penawar sembelit.
Dalam teknologi produk makanan, daun pandan diinovasikan sebagai serbuk
daun pandan. Serbuk daun pandan ini merupakan hasil daun pandan yang
dikeringkan dalam suhu setinggi 40-50 darjah Celcius. Setelah dilakukan kajian
kandungan nutrisi, serbuk ini mempunyai kandungan fiber setinggi 23%.
Kandungan fiber yang tinggi ini mampu membantu untuk melawaskan sistem
pencernaan manusia.
CARA PENGGUNAAN
1. Menurunkan tekanan darah tinggi.
Rebus beberapa helai daun pandan dengan 2 gelas air sehingga menjadi
setengah gelas saja. Sejukkan dan boleh diminum.
2. Mematikan kuman dalam darah.
Rebus beberapa helai daun pandan dengan segelas air. Minum setiap hari.
3. Mengatasi sakit kepala.
Rendam 1 uncang teh ke dalam segelas air panas. Masukkan beberapa potong
daun pandan dan biarkan seketika.
4. Membantu menurunkan kadar gula.
Selain penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis juga adalah penyakit yang
popular terutamanya dalam kalangan orang yang berusia. Anda boleh cuba
amalkan petua menggunakan daun pandan in untuk membantu mengawal dan
menurunkan kadar gula dalam darah. Caranya, ambil akar daun pandan yang
terjuntai beberapa batang selepas anda cabut dari tanah. Kemudian, cuci
bersih.Rebus akar daun pandan tersebut dan minum. Amalkan setiap pagi atau
petang.
5. Merawat Kelemumur.
Kisar 10 helai daun pandan dan campurkan dengan 100 ml air. Kemudian,
sapukan di kulit kepala sambil urut perlahan-lahan. Balut kepala dengan kain.
Biarkan selama 30 minit. Jangan lupa basuh bersih-bersih dan mulakan
bersyampu.
6. Menyihatkan kulit wajah.
Kulit wajah yang licin, halus dan sihat adalah idaman semua orang. Anda boleh
cuba amalkan daun pandan untuk mendapatkan kulit wajah yang diidamkan.
Mudah sahaja caranya.
Kisarkan daun pandan bersama perahan buah limau. Kemudian, sapu dengan
muka. Bila dah kering, bolehlah bilas bersih-bersih. Anda juga boleh campurkan
kisaran daun pandan tadi bersama bedak sejuk.
GAMBAR
Pokok Pandan Daun Pandan
RUJUKAN
1. Christenhusz, Maarten J. M.; Fay, Michael F.; Chase, Mark W. (2017). Plants of
the World: An Illustrated Encyclopedia of Vascular Plants (dalam bahasa
Inggeris). University of Chicago Press. m/s. 140. ISBN 978-0-226-52292-0.
2. "Pandanus amaryllifolius Roxb". Flora Fauna Web. Lembaga Taman Negara
Singapura. 2019. Dicapai pada 5 November 2021.
3. Li J. dan Ho S.H. Pandan leaves (Pandanus amaryllifolius Roxb.) As A Natural
Cockroach Repellent Diarkibkan 2017-01-10 di Wayback Machine. Proceedings
of the 9th National Undergraduate Research Opportunites Programme (2003-09-
13).
4. Ahmad, FBH; Mackeen, MM; Ali, AM; Mashirun, SR; Yaacob, MM (1995).
"Repellency of essential oils against the domiciliary cockroach, Periplaneta
americana L.". Insect Sci Appl. 16 (3–4): 391–
393. doi:10.1017/s174275840001746x. S2CID 85986166.
5. S. Wongpornchai, T. Sriseadka, S. Choonvisase (2003). "Identification and
quantitation of the rice aroma compound, 2-acetyl-1-pyrroline, in bread flowers
(Vallaris glabra Ktze)". J. Agric. Food. Chem. 51 (2): 457–
462. doi:10.1021/jf025856x. PMID 12517110. line feed character in |title= at
position 60 (bantuan)