POKOK BAYAM BRAZIL
INFO
Bayam Brazil atau nama saintifiknya Althernanthera sissoo adalah spesies tanaman
sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong
dalam famili Amaranthaceae. Selain itu, spesies tumbuhan ini mudah hidup dan
pembiakannya melalui keratan batang (Hort, 2013). Bayam Brazil adalah tanaman
sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia.
Daun Bayam Brazil tidak berlendir dan juga rangup. Oleh itu, sayuran ini sesuai
dijadikan ulaman. Selain itu, Bayam Brazil juga sesuai utnuk dijadikan bahan masakan
seperti salad, masakan tumis, sup atau sayuran di dalam masakan barat. Masyarakat di
Brazil mengamalkan makan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan cuka.
Bayam brazil adalah sayur yang rendah kalori dan lemak. Ia rendah dengan karbohidrat
tetapi kaya dengan serat tidak larut yang baik untuk kesihatan sistem penghadaman.
Selain itu, bayam brazil juga kaya dengan vitamin dan mineral seperti magnesium, zat
besi, folat, kalsium, kalium, vitamin B dan vitamin E.
Selain vitamin dan mineral, bayam brazil juga mempunyai beberapa komponen penting
seperti:
Lutein dan Zeaxanthin : Meningkatan kesihatan mata
Kempferol : Mengurangkan risiko kanser
Nitrates : Penting untuk mengawal tekanan darah dan kesihatan jantung
Quercetin : Sebagai antioksidan yang mengurangkan jangkitan dan keradangan.
Walaupun bayam mempunyai kandungan nutrien yang tinggi, bayam juga mengandungi
asid oxalik yang tinggi. Asid ini mengganggu penyerapan beberapa nutrien penting
seperti zat besi dan kalsium. Kajian menunjukkan memasak bayam mampu
menurunkan kandungan asid oxalik sebanyak 30 – 85%. Gunakan kaedah memasak
yang cepat seperti menumis atau mencelur untuk mendapat penyerapan nutrien yang
lebih tinggi pada masa yang sama mengurangkan kehilangan nutrien yang lain akibat
proses memasak yang lebih lama.
KHASIAT
1. Mencegah kanser.
Bayam mengandungi sulfoquinovosyl diacylglycerol (SQDG) and monogalactosyl
diacylglycerol (MGDG) iaitu komponen yang mencegah pertumbuhan kanser.
Selain itu, bayam juga mengandungi antioksidan seperti kempferol yang mampu
mencegah risiko kanser. Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan
bayam ini mengurangkan risiko kanser prostat dan payu dara.
2. Melawan radikal bebas.
Radikal bebas terhasil daripada proses metabolisma. Ia akan menyebabkan
tekanan oksidatif dan seterusnya mempercepat proses penuaan dan
meningkatkan risiko kanser dan kencing manis.
Bayam memgandungi antioksidan yang mampu melawan radikal bebas serta
mengurangkan risiko penyakit tersebut.
3. Meningkatkan kesihatan mata.
Bayam diperkaya dengan zeaxanthin dan lutein, iaitu komponen karotenoid yang
memberi warna dalam sayur-sayuran.
Zeaxanthin dan lutein mengurangkan risiko Degenerasi Makula dan katarak yang
merupakan penyebab utama kebutaan. Kedua-dua komponen ini dapat menapis
sinaran biru yang menyebabkan kerosakan retina.
Tambahan pula, kandungan vitamin A dalam bayam juga penting bagi kesihatan
mata kerana ia merupakan komponen bagi rhodopsin, iaitu sejenis protein dalam
mata yang membolehkan anda melihat dalam keadaan cahaya yang rendah.
4. Menurukan berat badan.
Seperti sayuran hijau yang lain, bayam juga mengandungi kandungan serat
yang tinggi. Ia membantu kita untuk mengawal porsi makanan dan berasa
kenyang lebih lama.
5. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
Selain berfugsi untuk kesihatan mata, vitamin A dalam bayam juga berperanan
untuk meningkatkan penghasilan sel darah putih.
Sel darah putih memainkan peranan penting dalam melawan penyakit atau
jangkitan yang menyerang badan.
6. Mengelakkan sembelit.
Seperti yang telah disebutkan di atas, bayam mempunyai kandungan serat yang
tinggi. Selain mengurangkan berat badan, serat juga dapat mengelakkan
daripada sembelit.
Bayam merupakan serat tidak larut yang bersifat tidak larut dalam air. Ia dapat
melembutkan najis serta melancarkan proses pembuangan air besar.
7. Mengawal tekanan darah tinggi.
Darah tinggi adalah penyakit yang membawa kepada banyak komplikasi dan
juga kematian jika tidak dicegah.
Nitrate memainkan peranan dalam mengawal tekanan darah tinggi serta
mengurangkan risiko penyakit jantung. Bayam merupakan salah satu sumber
makanan yang mengandungi kandungan nitrate yang tinggi.
Selain itu, kandungan asid folik dalam bayam juga membantu untuk melebarkan
saluran darah serta melancarkan aliran darah dalam badan.
8. Sumber vitamin K.
Bayam mengandungi kandungan vitamin K yang tinggi, iaitu 483 µg untuk 100
grams bayam mentah.
Vitamin K membantu dalam proses pembekuan darah dan secara tidak langsung
menggelakan pendarahan yang berlebihan. Di samping itu, vitamin K juga
penting bagi kesihatan tulang, jantung dan mencegah kanser.
CARA PENGGUNAAN
1. Khasiat Bayam Brazil Agen Awet Muda.
Bukan hanya kulit yang terdedah kepada jerawat, kulit wajah yang berkerut
kerana penuaan pramatang, dapat mempengaruhi kecantikan penampilan
seseorang wanita.
Kandungan vitamin C pada daun bayam brazil, dapat digunakan untuk
mengatasi masalah kedutan wajah yang disebabkan oleh penuaan pramatang
yang kebiasaanya menjadi igauan ngeri wanita.
Dengan minum secawan bayam sehari, masalah penuaan pramatang yang
dialami dapat diatasi.
2. Bayam Brazil boleh dimasak dengan pelbagai cara dan dimakan untuk
khasiatnya.
GAMBAR
Pokok Bayam Brazil Daun Bayam Brazil
Daun Bayam Brazil Hasil Tuaian Bayam Brazil
RUJUKAN
1. Hort, M.L. (2013). Edible Plants: An Inspirational Guide to Choosing and Growing
Unusual Edible Plants. Plant for A Future.
2. Leonardo, G.M., & Rafael, S.S. (2014). Medicinal Plants and Herbal Medicines
usage in the Socioeconomic Reality of Northeast Brazilian Cocoa
Region. Brazilian Journal of Medicine and Human Health, 2(3): 123-130.
3. Chen, A. Y., & Chen, Y. C. (2013). A review of the dietary flavonoid, kaempferol
on human health and cancer chemoprevention. Food Chemistry, 138(4), 2099-
2107. doi:10.1016/j.foodchem.2012.11.139
4. Folic Acid May Fight High Blood Pressure. (2005, January 18). Retrieved
September 16, 2020, from Webmd
5. FoodData Central Search Results. (n.d.). Retrieved September 16, 2020, from
https://ndb.nal.usda.gov/fdc-app.html
6. Gunnars, K. (2019, May 14). Spinach 101: Nutrition Facts and Health Benefits.
Retrieved September 16, 2020, from
https://www.healthline.com/nutrition/foods/spinach
7. Jovanovski, E., Bosco, L., Khan, K., Au-Yeung, F., Ho, H., Zurbau, A., . . .
Vuksan, V. (2015). Effect of Spinach, a High Dietary Nitrate Source, on Arterial
Stiffness and Related Hemodynamic Measures: A Randomized, Controlled Trial
in Healthy Adults. Clinical Nutrition Research, 4(3), 160.
doi:10.7762/cnr.2015.4.3.160
8. Kirsh, V. A., Peters, U., Mayne, S. T., Subar, A. F., Chatterjee, N., Johnson, C.
C., & Hayes, R. B. (2007). Prospective Study of Fruit and Vegetable Intake and
Risk of Prostate Cancer. JNCI Journal of the National Cancer Institute, 99(15),
1200-1209. doi:10.1093/jnci/djm065
9. Maeda, N., Yoshida, H., & Mizushina, Y. (2010). Spinach and Health. Bioactive
Foods in Promoting Health, 393-405. doi:10.1016/b978-0-12-374628-3.00026-8
10. Massey, L. K., Roman-Smith, H., & Sutton, R. A. (1993). Effect of dietary oxalate
and calcium on urinary oxalate and risk of formation of calcium oxalate kidney
stones. Journal of the American Dietetic Association, 93(8), 901-906.
doi:10.1016/0002-8223(93)91530-