The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pusatsumberzabasmkdas, 2022-08-08 02:31:27

POKOK CEKUR

POKOK CEKUR

POKOK CEKUR

INFO
Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn dari keluarga
"Zingiberaceae",[1] ialah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia.
Nama lain Cekur adalah seperti Cekur Hijau, Cengkur, Kencur dan beberapa lagi.
Dalam bahasa Inggeris namanya adalah Aromatic Ginger, Sand Ginger, Cutchery,
Resurection Lily dimana bahagian yang dimakan adalah daun dan rizomnya.

KHASIAT
1. Sebagai ‘ubat tahan sakit’.

Manfaat cekur atau kencur ini sudah terkenal sejak dahulu dan ia digunakan
secara turun-temurun sebagai ‘ubat tahan sakit’.
Ia dikatakan boleh melegakan sakit kepala, sakit gigi, dan radang sendi. Ini
kerana cekur mengandung sifat anti-bakteria dan anti-radang.

2. Mempercepatkan kesembuhan luka dan nanah.
Rizom pokok cekur yang dicampur dengan minyak digunakan secara luaran
untuk menyembuh luka dan disapu pada bahagian yang mengalami keradangan
reumatik.
Rizomnya yang dihiris dan diikat sebagai tuam dapat mempercepatkan bisul
mengeluarkan nanah.

3. Menghapuskan kelemumur.
Mungkin ramai tak tahu cekur juga boleh dijadikan losyen yang digunakan untuk
menghapuskan kelemumur dari kepala.

4. Mengurangkan stres.

Seperti halia yang sering digunakan dalam minyak pati (essential oil), cekur turut
memberikan efek menenangkan fikiran dan meredakan rasa cemas serta stres.

Selain menggunakannya sebagai essential oil, ia juga boleh dicampurkan ke
dalam masakan ataupun dalam jamu dan suplemen tradisional.

5. Melegakan sakit perut / ‘angin’.

Kalau rasa asyik nak sendawa atau asyik nak kentut tapi tak lepas tu boleh boleh
juga ambil air rebusan kencur ini untuk membantu mengurangkan rasa kembung
atau ‘angin’ dalam badan.

Hal ini terjadi kerana ia mengandungi sejenis kompaun carminative (yang
bertindak mengeluarkan ‘angin’) dan sekaligus melancarkan pencernaan. Selain
menggunakannya sebagai essential oil, ia juga boleh dicampurkan ke dalam
masakan ataupun dalam jamu dan suplemen tradisional.

CARA PENGGUNAAN

1. Mengembalikan tenaga.

Terutamanya bagi wanita-wanita selepas bersalin dan mereka yang merasa
kurang bermaya serta awet muda. Rebus pokok dan akarnya. Minum air rebusan
itu untuk mengembalikan tenaga.

2. Menghilangkan gatal tekak.
Ambil ubinya dan kunyah bersama garam sehingga sakit tekak sembuh.

3. Merawat masalah buah pinggang.
Daun dimakan bersama lobak putih dan akar geli.

4. Mengawal aras gula dalam darah.
Daun dijadikan ulaman.

5. Penjagaan selepas bersalin.
Antara ramuan 19 jenis daun yang dijadikan mandian untuk wanita selepas
bersalin.

6. Mengurangkan batuk.
Basuh akar, kupas dan parut. Perah jusnya. Masukkan jus limau nipis dan madu
secukup rasa dan minum pati ini tiga kali sehari sehingga batuk reda.

Selain itu, rebusan atau serbuk cekur boleh dimanfaatkan untuk selesema atau
hidung tersumbat.

7. Meningkatkan tenaga.
Rebus seulas cekur yang berukuran kira-kira 2 cm panjang dengan segelas air.
Minum air rebusan kencur ini di malam hari sebelum tidur untuk rasa lebih
bertenaga pada keesokannya.

GAMBAR

Pokok Cekur Rizom Pokok Cekur

Bunga Pokok Cekur Daun Cekur

RUJUKAN

1. Roskov Y.; Kunze T.; Orrell T.; Abucay L.; Paglinawan L.; Culham A.; Bailly N.;
Kirk P.; Bourgoin T.; Baillargeon G.; Decock W.; De Wever A.; Didžiulis V.
(2019). "Species 2000 & ITIS Catalogue of Life: 2019 Annual Checklist". Species
2000: Naturalis, Leiden, the Netherlands. ISSN 2405-884X. Diarkibkan
daripada yang asal pada 2019-12-18. Dicapai pada 11 November 2019.


Click to View FlipBook Version