The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pusatsumberzabasmkdas, 2022-08-15 00:42:04

POKOK BELALI GAJAH

Info Pokok Belalai Gajah

POKOK BELALAI GAJAH

INFO
Pokok Belalai Gajah (Sabah Snake Grass) atau nama saintifiknya Clinacanthus
nutans ialah sejenis herba popular dalam perubatan tradisional Thailand dan China. Ia
merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang kecil dan panjang. Pokok ini
memerlukan sokongan kerana batangnya yang kecil dan lembut itu mudah rebah
apabila ditiup angin.
Tumbuhan ini datang dari keluarga Acanthaceae, boleh membiak melalui keratan
batang. Tumbuhan herba ini dipercayai boleh merawat pelbagai penyakit kanser seperti
kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru, kanser uterus, darah tinggi, asid
urik tinggi, kencing manis, pesakit dialisis, buah pinggang dan banyak lagi.

KHASIAT

1. Antioksida yang baik.
Menurut kajian, daun belalai gajah terbukti sebagai agen antioksdia yang baik.
Fungsi antioksida ialah mengurangkan kesan radikal bebas dalam badan.

2. Melambatkan pertumbuhan sel kanser.
Menurut kajian, daun belalai gajah bukan saja agen antioksida, bahkan mampu
melambatkan pertumbuhan sel kanser.

3. Menurunkan kolestrol dan mengekalkan tahap tekanan darah dalam badan.
Daun belalai gajah adalah selamat digunakan untuk merawat penyakit darah
tinggi. Ia selamat dan berkesan sebagai tambahan ubat dalam mengawal
tekanan darah tinggi.

4. Meningkatkan kesihatan jantung.
Akar pokok belalai gajah mengandungi reserpine semula jadi. Reserpine
membantu menurunkan tekanan darah dengan menurunkan output jantung,
ketahanan vaskular arteri perifer.

CARA PENGGUNAAN

1. Mencegah kanser dan ketumbuhan.
Daun muda dijadikan ulaman. Secekak daun muda dikisar bersama epal hijau
dan diminum.

2. Darah tinggi.
Air rebusan daun diminum dua kali sehari. 40 helai daun dan 650 ml air direbus
sehingga sukatan menjadi separuh dan diminum.

3. Buah pinggang.
Daun dimakan bersama lobak putih dan akar geli.

4. Mengawal aras gula dalam darah.
Daun dijadikan ulaman.

5. Penjagaan selepas bersalin.
Antara ramuan 19 jenis daun yang dijadikan mandian untuk wanita selepas
bersalin.

GAMBAR

Pokok Belalai Gajah Daun Belalai Gajah

RUJUKAN

1. Azimah et al. (2018), Spesies Tumbuhan Herba & Rempah Ratus Taman Botani
Perdana. Serdang: MARDI


Click to View FlipBook Version