The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pusatsumberzabasmkdas, 2022-08-08 02:28:50

POKOK MISAI KUCING

Pokok Misai Kucing

POKOK MISAI KUCING

INFO
Misai kucing (nama saintifik : Orthosiphon aristatus) ialah pokok herba renek tropika
daripada keluarga Lamiaceae. Ia didapati dalam kawasan rangkuman dari selatan
China, ke serata sub benua India, Asia Tenggara malah ke kawasan tropika
Queensland di benua Australia.
Sesuai juga dengan namanya, tumbuhan ini memiliki bentuk yang sangat unik lagi
menarik di mana daunnya itu mirip dengan misai kucing. Selain digunakan sebagai
tanaman hiasan di halaman rumah, ia juga biasa digunakan oleh masyarakat dahulu
sebagai ubat atau herba bagi merawat keadaan kesihatan tertentu.

KHASIAT

1. Mengawal paras gula.

Kajian membuktikan ekstrak tumbuhan misai kucing akan menggalakkan
rembesan hormon insulin daripada pankreas. Ini seterusnya dapat
mengurangkan kepekatan gula (glukosa) dalam darah. Insulin yang cukup dan
efektif secara tidak langsung dapat mengawal paras gula dengan baik.

Disamping itu, kajian dalam kalangan pesakit kencing manis juga mendapati,
herba ini mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah, seterusnya
mengelakkan komplikasi kencing manis iaitu penyakit jantung (kardiovaskular).

2. Mengawal darah tinggi.

Herba misai kucing mempunyai bahan yang akan merangsang pembuangan air
dan garam daripada saluran darah. Hal ini dapat mengurangkan tekanan pada
saluran darah dan jantung. Seterusnya, tekanan darah tinggi dapat dikawal.

Kajian klinikal melibatkan campuran herba misai kucing membuktikan herba ini
membantu menurunkan bacaan tekanan darah tinggi dalam kalangan pesakit
darah tinggi selepas 8 minggu rawatan.

3. Mencegah penyakit jantung.

Herba misai kucing mengandungi flavonoid iaitu antioksidan. Ia mencegah
penghasilan enzim yang akan menghasilkan “LDL cholesterol” iaitu kolesterol
jahat. Kolesterol ini akan melekat pada dinding saluran darah dan membentuk
plag seterusnya menghalang peredaran darah secara normal.

Saluran darah yang tersumbat secara berterusan akan menyebabkan penyakit
jantung. Ini kerana oksigen tidak dapat disalurkan dengan baik dalam sistem
peredaran darah.

4. Mencegah dan mengawal pertumbuhan sel kanser.
Reactive oxygen species (ROS) dan radikal bebas akan menyebabkan
kerosakkan tisu dalam organisma hidup termasuk manusia. Keadaan ini

memerlukan antioksidan untuk melawan ROS dan radikal bebas daripada
membuat kerosakkan.

Herba misai kucing mengandungi flavonoid dan diterpenes iaitu sejenis
antioksidan serta anti-angiogenic yang akan mencegah dan mengawal
pertumbuhan sel kanser. Angiogenic ialah proses penghasilan saluran darah
baru yang terbentuk daripada saluran yang sudah ada. Bahan yang terdapat
dalam daun herba ini menghalang proses angiogenic seterusnya sel kanser
sukar untuk merebak.

5. Melawan jangkitan mikroorganisma.

Misai kucing mempunyai kompound fenolik yang bertindak melawan serangan

bakteria. Kajian membuktikan herba ini mampu melawan pelbagai jenis bakteria

yang menyebabkan keracunan makanan seperti Bacillus subtilis, Bacillus

cereus, Staphylococcus aureus, Listeria monocytogenes, Escherichia

coli dan Salmonella enteritidis.

Dengan ini, ia dapat menguatkan sistem imunisasi badan daripada sebarang
jangkitan.

6. Mengurangkan masalah gout dan edema.

Kajian membuktikan herba misai kucing mengandungi agen anti-radang
iaitu eupatorin, sinensetin and ursolic acid. Agen ini bertindak mengurangkan
masalah edema dengan membantu merehatkan otot dinding saluran darah,
seterusnya melancarkan dan meningkatkan pengeluaran urin.

Edema adalah bengkak disebabkan lebihan cecair yang terperangkap dalam tisu
badan. Ia boleh terjadi pada mana-mana bahagian badan termasuk tangan,
lengan, kaki dan pergelangan kaki.

Herba ini juga membantu mengeluarkan asid urik daripada badan melalui
saluran kencing. Ini akan mengurangkan masalah gout dan sakit sendi yang

berpunca daripada lebihan ais urik yang berkumpul pada sendi-sendi dalam
badan.

7. Merawat masalah gastrik.
Kajian mendapati, penggunaan herba ini dapat mengurangkan ulser gastrik,
mengurangkan kerosakkan lapisan mukosa, dan meningkatkan rembesan lendir
(mucus) dalam perut. Oleh itu, ia dapat melindungi dinding perut daripada
hakisan disebabkan rembesan asid gastrik.

CARA PENGGUNAAN

1. Melawas kencing, merawat darah tinggi dan melegakan kekejangan
pinggang.
Segenggam daun misai kucing direbus bersama dua gelas air sehingga menjadi
segelas air. Tapis dan minum sebelum tidur.

2. Merawat keputihan wanita.
Rebus daun misai kucing dengan sedikit daun beluntas. Selepas menggelegak,
masukkan satu sudu the jintan hitam dan 10 biji lada hitam. Tapis dan minum
setiap hari sehingga masalah keputihan hilang.

3. Menghilangkan penyakit diabetes.
Rebus 16 helai daun misai kucing bersama dua gelas air sehingga menjadi
segelas air. Tapis dan minum setiap hari.

GAMBAR

Pokok Misai Kucing Bunga Pokok Misai Kucing

Daun Misai Kucing Bunga Misai Kucing

RUJUKAN

1. Ashraf, K., Sultan, S., & Adam, A. (2018). Orthosiphon stamineus Benth. is an
Outstanding Food Medicine: Review of Phytochemical and Pharmacological
Activities. Journal of pharmacy & bioallied sciences, 10(3), 109–118.

2. Chai, Tsun-Thai & Wong, Fai-Chu & Abd Manan, Fazilah & Keng fei, Ooh &
Mohd Ismail, Nor Ismaliza. (2014). Orthosiphon aristatus: A review of traditional
uses, phytochemical profile, and pharmacological properties.

3. Perubatan Alternatif & Komplementari Untuk Diabetes Mellitus

4. Benefits of Misai Kuching(Orthosiphon stamineus)


Click to View FlipBook Version