The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pusatsumberzabasmkdas, 2022-08-08 02:34:24

POKOK SIRIH

Info Pokok Sirih

POKOK SIRIH

INFO
Sirih atau nama saintifiknya Piper betle adalah sejenis pokok menjalar dalam
keluarga Piperaceae bertaburan asal di kawasan tropika Asia Tenggara dan Asia
Selatan. Daun-daunnya dimanfaatkan dalam kalangan masyarakat taburan asal
tumbuhan ini yang mengunyahnya bersama bahan sampingan lain seperti buah
pinang dalam beraneka tujuan dan keadaan termasuk menyambut tetamu serta
sebagai hantaran dalam adat perkahwinan. Ia juga penting dalam perubatan Melayu
tradisional.
Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai hantaran dalam istiadat perkahwinan orang
Melayu yang disediakan dalam suatu kelengkapan khas disebutkan sebagai tepak sirih.
Selain daripada itu, daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk
mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung, daun sirih
digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan
pengaliran darah dari dalam hidung.
Daun sirih dikatakan berasal dari Malaysia tetapi telah melalui proses kacukan lantas
menghasilkan pelbagai jenis spesis. Daun sirih digunakan secara meluas di seluruh
dunia hatta pada zaman moden ini kerana daun sirih mempunyai nilai perubatan
didalamnya. Daun sirih turut digunakan dalam aspek kehidupan manusia yang lain
seperti sosial, budaya dan agama.

Daun sirih adalah tumbuhan yang tidak lapuk dek zaman kerana daun sirih masih
digunakan sebagai bahan dalam perubatan tradisional dalam merawat pelbagai
penyakit. Tambahan pula, daun sirih merupakan tumbuhan yang serbaguna kerana
daunnya, akarnya, rantingnya, pucuknya dan buahnya boleh digunakan.

KHASIAT

1. Mengurangkan Paras Kolesterol.

Pengambilan daun sirih berpotensi dalam mengurangkan paras kolesterol dalam
darah. Ini kerana daun sirih mengandungi eugenol yang membantu dalam
mengurangkan jumlah kolesterol yang dihasilkan oleh organ hati. Terdapat dua
sumber kolesterol iaitu kolesterol yang dihasilkan oleh hati dan kolesterol
daripada pemakanan.

Apabila kolesterol yang dihasilkan oleh organ hati berkurang, ini akan
mengurangkan lemak yang diserap ke dalam usus daripada saluran darah. Ini
akan mengelakkan tragedi dimana saluran darah menjadi sempit kerana
kolesterol menempel pada dinding saluran darah.

2. Kesan Anti Kanser.

Walaupun terdapat kajian menyatakan bahawa risiko pengambilan biji sirih sama
seperti pengambilan bahan tembakau yang lain namun demikian, daun sirih
mempunyai sebatian anti kanser didalamnya. Daun sirih mengandungi sebatian
fenolik yang menghasilkan kesan anti bakteria, anti mutagen, antioksidan dan
anti percambahan.

Daun sirih mempunyai paras fitokimia yang tinggi yang berupaya dalam melawan
kanser mulut dan kanser usus. Daun sirih membantu dalam melawan tekanan
oksidatif dan memusnahkan radikal bebas. Sebatian fenolik dan fitokimia adalah
dua bahan penting dalam menghalang penyakit kanser.

3. Kesan Anti Mikroorganisma.

Minyak penting dalam daun sirih menghasilkan kesan anti bakteria. Minyak
penting membantu dalam melawan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria.
Tambahan pula, daun sirih mengandungi sebatian fenolik dan fitokimia yang
membantu dalam melawan bakteria jenis gram positif dan bakteria jenis gram
negatif.

4. Membantu Dalam Merawat Luka.

Ekstrak daun sirih menghasilkan kesan yang efektif dalam merawat luka
terutamanya luka yang disebabkan oleh terbakar. Ini kerana daun sirih
mengandungi antioksidan, dimana antioksidan ini membantu dalam
mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan. Tekanan oksidatif yang tinggi
akan melambatkan proses penyembuhan luka. Oleh itu, daun sirih membantu
dalam proses penyembuhan luka dengan mengurangkan tekanan oksidatif
dalam badan.

5. Mengelakkan Berlaku Serangan Asma.

Ramai telah mengetahui bahawa penyakit asma adalah penyakit yang berkaitan
dengan masalah pernafasan. Namun demikian, tidak semua orang tahu bahawa
penyakit asma juga berlaku disebabkan oleh keradangan. Daun sirih
mengandungi kesan anti keradangan yang dapat membantu pesakit asma.

Serangan asma selalunya tercetus disebabkan oleh histamin yang menyebabkan
pengecutan pada bronkus. Daun sirih menghasilkan kesan anti histamin yang
membantu dalam menghalang dan mengawal serangan asma. Minyak daripada
daun sirih turut membantu dalam mengelakkan berlakunya serangan asma.

6. Mengelakkan Penyakit Kemurungan.

Penyakit kemurungan merupakan penyakit yang serius dan tidak boleh
dipandang enteng. Walapun pada zaman kini terdapat pelbagai ubat anti
kemurungan, orang ramai masih lebih memilih perubatan herba kerana
kesannya lebih mujaran dalam merawat dan mengawal penyakit ini.

Salah satu contoh perubatan herba adalah mengunyah daun sirih. Ini kerana
daun sirih akan merangsang aktiviti dalam sistem saraf pusat dan menghasilkan
perasaan gembira dan tenang. Daun sirih mengandungi sebatian fenolik
aromatik yang berperanan dalam merangsang katekolamin dan mengurangkan
kemurungan.

7. Meningkatkan Kesihatan Mulut.

Daun sirih digunakan sebagai bahan dalam produk penyegar mulut di India
kerana keupayaannya dalam meningkatkan kesihatan mulut.

Daun sirih membantu dalam mengurangkan pertumbuhan dan pembiakan
bakteria dalam mulut. Ini akan menghalang berlakunya jangkitan mulut dan

penyakit mulut. Daun sirih turut melindungi kaviti daripada karies dengan
mengurangkan jumlah asid yang menghasilkan bakteria dalam air liur.

8. Melindungi Sistem Pencernaan.

Daun sirih mengandungi fitokimia yang bertindak sebagai antioksidan dan anti
ulser. Ulser perut akan menyebabkan kerosakan pada dinding usus,
mengurangkan penghasilkan mukus dalam usus dan menghasilkan tekanan
oksidatif yang tinggi.
Pengambilan daun sirih akan mengecutkan ulser, meningkatkan jumlah
penghasilan mukus dalam usus dan mengurangkan tekanan oksidatif. Daun sirih
bukan hanya membantu dalam merawat sistem pencernaan dengan
mengecutkan ulser tetapi melindungi daripada penyakit yang disebabkan oleh
ulser.

9. Kesan Anti Parasit.

Terpenes adalah sebatian dalam daun sirih yang menghasilkan kesan anti
malaria yang kuat. Malaria adalah penyakit disebabkan oleh parasite
plasmodium.
Penyakit ini merebak melalui gigitan nyamuk Anopheles yang telah dijangkiti
parasit yang dipanggil sebagai sporozoites. Selain daripada terpenes, flavonoid
dalam daun sirih turut menghasilkan kesan anti parasit dan membantu dalam
melawan parasite yang berkait dengan malaria.
Daun sirih digunakan dalam melawan penyakit malaria sejak zaman dulu lagi
dan perubatan ini diperkenalkan pertama kalinya di Malaysia. Oleh itu, daun sirih
berupaya dalam melindungi diri daripada penyakit malaria.

CARA PENGGUNAAN

1. Merawat Penyakit Asma.

Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan
campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan
pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.

Tujuh helai sirih, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu

jari kaki. Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum
setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah
2. Menyembuhkan Batuk.
Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna sebagai
minuman kepada pesakit.

3. Bau Badan.
Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas ke
atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan
air bersih.

4. Merawat Selsema Bayi.
Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya,
kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema

5. Gegata.
Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi
gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.

6. Hidung Berdarah.
Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian
hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan ke hidung yang berdarah.
Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.

7. Keputihan.
Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk
membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan
daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.

GAMBAR

Daun Sirih Pokok Sirih

RUJUKAN

1. Guha, P. (2006). Betel Leaf: The Neglected Green Gold of
India. Journal of Human Ecology, 19(2), 87-93.

2. Health Benefits of betel Lead and Its Side Effects. (2020). Lybrate.

3. Madhumita, M., Guha, P., Nag, A. (2019). Bio-actives of betel lead
(Piper betle L.): A Comprehensive Review on Extraction, Isolation,
Characterization, and Biological Activity. Phytotherapy Research, 1-19.
Doi: 10.2002/ptr.6715

4. Santhakumari, P., Prakasan, A., Pugalendi, K.V. (2006).
Antihyperglycemic Activity of piper Betel Leaf on Streptozotocin-Induced
Diabetic Rats. Journal of Medicinal Food, 9(1), 108-112.


Click to View FlipBook Version