The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chiaweeyi3321, 2021-07-21 14:43:30

FLIPBOOK BUKU LOG KADET POLIS

FLIPBOOK BUKU LOG KADET POLIS

FLIPBOOK BUKU LOG
KADET POLIS

NAMA: CHIA WEE YI
KELAS: 4 AL-BIRUNI

BARISAN GURU PENASIHAT

1. Siti 'Aisyah binti Ismail
2. Norzaimah binti Ismail
3. Mahizun binti Omar
4. M. Rizal bin Kasmon
5. Mohammad Azri bin Abdullah
6. Mohd Nor Akmal bin Salleh
7. Noorazila binti Mat Isa
8. Farhana Nabila binti Samsuddin

LOGO KADET POLIS

MAKSUD LOGO KADET POLIS

Bulan dan Bintang Keris dan Parang

-Melambangkan Islam sebagai agama -Melambangkan Semenanjung Malaysia &
rasmi negara senjata yang digunakan oleh pahlawan-
pahlawan

Allah dan Muhammad Kepala Harimau

-Melambangkan keimanan dalam -Melambangkan kegagahan, keberanian dan
pasukan PDRM yang sanggup semangat juang pasukan PDRM dalam
berjuang menghadapi segala ancaman musuh

Mahkota Bunga Padi

-Melambangkan pasukan Polis Diraja -Melambangkan makanan asasi rakyat
Malaysia sentiasa menjunjung tinggi Malaysia serta kemakmuran negara
kesucian Islam dan kebesaran Allah &
sanjungan Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong diatas pengurniaan
gelaran “Diraja” kepada pasukan

SEJARAH PENUBUHAN KADET POLIS

Berdasarkan seksyen 68 Akta Polis 1967 , Ketua Polis Negara dengan
persetujuan Menteri Dalam Negeri boleh menubuhkan Pasukan Kadet
Polis di seluruh Negara. Sehubungan itu , setakat ini lebih 600 platun
Kadet Polis telah ditubuhkan yang terdiri daripada hampir 21,000 orang
ahli Kadet Polis dan 600 orang pegawai kanan Pasukan Kadet Polis di
seluruh Negara. Tujuan penubuhan Kadet Polis adalah untuk member
pendedahan kepada sebilangan pelajar dalam aspek peranan dan
fungsi kepolisan dalam menangani masalah jenayah , dadah , moral dan
gengsterisme di kalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin pada
masa hadapan.

LATARBELAKANG SEJARAH PENUBUHAN

Atas arahan MAGERAN , Akta Polis 1967 telah dipinda bagi membolehkan penubuhan
Pasukan Kadet Polis ( PKP ) di bawah Seksyen 68. Akta tersebut. Berikutan itu sebanyak
56 platun Kadet Polis telah ditubuhkan pada 2 Mac 1970.

Penubuhan PKP merupakan salah satu kegiatan kokurikulum sekolah menengah
sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2 (
Kuasa-Kuasa Perlu ) Darurat 1969,P.K.(A)487 bertarikh 20 November 1969 yang
diselaraskan oleh PDRM.

Memandangkan keberkesanannya , maka PKP telah diperbesarkan kepada 204 platun
pada tahun 1992 , 579 platun pada tahun 1996 dan melebihi 600 platun pada tahun 2010
hingga kini di seluruh Negara. Ini bertepatan dengan keperluan Kementerian Pelajaran
yang berkehendakkan semua pelajar sekolah menjadi ahli badan beruniform.

OBJEKTIF KADET POLIS

• Meningkatkan disiplin diri dengan • Melahirkan insan yang mantap dalam
mematuhi peraturan dan undang- aspek jasmani , emosi , rohani dan
undang. intelek.

• Melahirkan insan yang • Membentuk masyarakat yang
bertanggungjawab kepada agama , mempunyai hubungan erat antara
bangsa dan negara dalam hal-hal PDRM dengan orang ramai yang saling
keselamatan dan ketenteraman awam. memerlukan.

MATLAMAT KADET POLIS

Matlamat utama penubuhan Pasukan Kadet Polis ( PKP ) atau kini lebih dikenali sebagai
Kor Kadet Polis ( KKP ) adalah untuk :
• Membentuk masyarakat khususnya remaja semangat Patriotik terhadap negaranya.
• Meningkatkan disiplin diri dan menjadi model kepada pelajar lain.
• Menanamkan semangat kerjasama secara berpasukan.
• Menjalinkan hubungan yang erat dari berbagai bangsa , agama dengan semangat 1

Malaysia.
• Menjadi telinga dan mata kepada pihak sekolah dan PDRM dalam membendung

salahlaku jenayah dikalangan remaja sekolah.
• Memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai tugas-tugas kepolisan dan

penguatkuasaan undang-undangnya adalah untuk kepentingan masyarakat.

LAGU KADET POLIS

Polis sedia berkhidmat Tanda lekat di lengan
Kerna negeri dan rakyat Polis dengan pereman
Hidup berbahagia, aman sentosa Tangan bersalaman
Polis sedia berkhidmat Alamat persahabatan

Polis sedia berkhidmat Polis sedia berkhidmat
Pada negeri dan rakyat Pada negeri dan rakyat
Hidup berbahagia, aman sentosa Hidup berbahagia, aman sentosa
Polis sedia berkhidmat Polis sedia berkhidmat

IKRAR KADET POLIS

BAHAWA KAMI
SEBAGAI AHLI
PASUKAN KADET POLIS
POLIS DIRAJA MALAYSIA

BERIKRAR
TAAT DAN SETIA
KEPADA RAJA DAN NEGARA
PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG

KOD ETIKA
SERTA PUCUK PIMPINAN
POLIS DIRAJA MALAYSIA

CONTOH AKTIVITI KADET POLIS

• 1. PERTANDINGAN KAWAD KAKI
• 2. PERTANDINGAN MARA LASAK
• 3. PERTANDINGAN PANDU ARAH
• 4. PERTANDINGAN IKHTIAR HIDUP
• 5. PERTANDINGAN PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN
• 6. PERTANDINGAN SUKANEKA
• 7. CERAMAH-CERAMAH MOTIVASI
• 8. LAWATAN SAMBIL BELAJAR


Click to View FlipBook Version