The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MAUREEN MHAU, 2020-05-15 17:27:39

FRASA KERJA EBOOK

FRASA KERJA EBOOK

BML 3063
SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Frasa Kerja

JESSICA ANAK SERANG (D201810876), BM
MAUREEN ANAK SAIT (D20181082486), BM
DEBBIE GRACE ANAK FREDERICK MATT (D20181082496), BM
AUGUSTIN ANAK KUMBANG (D20181082501), BM

KUMPULAN C
SEM 2, SESI 2019/2020

PENSYARAH
ENCIK MOHD RA’IN BIN SHAARI
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

ISI KANDUNGAN Muka Surat
1
Bil. Perkara 1
1.0 Pengenalan 2
3
1.1 Definisi Frasa 4
1.2 Definisi Frasa Kerja 4
1.3 Jenis Frasa Kerja 7
2.0 Frasa Kerja Aktif 10
2.1 Frasa Kerja Aktif dengan 1 Objek 10
2.2 Frasa Kerja Aktif dengan 2 Objek 14
3.0 Frasa Kerja Aktif Transitif 20
3.1 Frasa Kerja Transitif Berpenerang 27
3.2 Frasa Kerja Transitif Berpelengkap
3.3. Frasa Kerja Transitif tanpa Pelengkap
4.0 Rumusan
Rujukan

1

1.0 PENGENALAN

Menurut Abdullah Hassan 2016, sintaksis merupakan bidang yang mengkaji binaan ayat, iaitu
bagaimana kata disusun menjadi ayat. Kajian di dalam bidang sintaksis merangkumi
hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi
membentuk struktur ayat yang gramatis. Binaan sintaksis ini dikaji daripada dua aspek.
Contohnya, ayat yang dikaji melalui proses bagaimana unsur-unsur sintaksis bergabung
menjadi frasa dan ayat. Seterusnya, ayat dikaji dengan melihat struktur-struktur ayat yang
dibina serta fungsinya.

Selain itu, Tatabahasa Dewan (2015) mendefinsikan sintaksis sebagai satu bidang
ilmu yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Kajian sintaksis
berkaitan dengan hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu
bahasa.

Secara ringkasnya, sintaksis merupakan ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat
dari segi bentuk, struktur dan binaan ayat. Unsur bahasa yang dikaji dalam sintaksis ialah
frasa, klausa dan ayat. Sintaksis juga merupakan cabang ilmu yang mengkaji peraturan,
susunan kata dalam sesuatu binaan ayat.

1.1 Definisi Frasa

Menurut Kamus Dewan (2016), frasa merupakan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu
klausa atau merupakan unsur yang terkecil. Frasa terbentuk daripada inti dan penerang tetapi
unsur penerang tersebut boleh digugurkan. Contohnya, kereta baru, kereta merupakan inti
dan baru merupakan penerang. Frasa ini boleh wujud tanpa sebagai kereta sahaja tanpa
kehadiran penerang iaitu baru. Frasa ini dikenali sebagai kata nama sebagai inti.

Menurut Tatabahasa Dewan (2015), frasa dapat didefinisikan sebagai unit yang boleh
terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan,
ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
Frasa berbeza dengan klausa kerana binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek atau
hanya predikat, dan dalam suatu susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada
klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri.

Abdullah Hassan (2016) pula dalam karyanya Linguistik Am menyatakan bahawa
frasa dapat didefinisikan sebagai unsur yang terkecil dalam bidang sintaksis dan juga
digunakan bagi membina ayat. Dalam tata tingkat unsur bahasa, frasa adalah unsur yang

2

terkecil dan terletak di bawah unsur yang dipanggil klausa. Binaan frasa dapat dibentuk
daripada satu kata atau lebih. Menurut Asmah Haji Omar 2008, dalam fahaman linguistik pada
amnya, frasa merupakan rangkaian dua kata atau lebih. Dalam aliran transformasi generatif,
frasa boleh terdiri daripada satu kata penuh.

Secara ringkasnya, frasa dapat diklasifikasikan sebagai satu unit yang terdiri daripada
dua atau lebih perkataan yang dapat diperluaskan maknanya. Contohnya, perkataan kipas
merupakan frasa kerana mempunyai potensi untuk diperluas. Contohnya:

Kipas
Kipas rosak
Kipas meja rosak
Sebuah kipas baharu abang saya

1.2 Definisi Frasa Kerja

Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood
dalam karyanya Tatabahasa Dewan mengatakan frasa kerja boleh terdiri daripada satu
perkataan atau lebih dan kata intinya terdiri daripada kata kerja. Kata kerja terdiri daripada
kata kerja tak transitif atau kata kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir
bersendirian atau diikuti oleh objek.

Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), dalam buku Sintaksis menyatakan bahawa
frasa kerja merupakan frasa yang mempunyai kata kerja sebagai inti frasa. Terdapat enam
jenis frasa kerja iaitu frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap, frasa kerja tak transitif
berpelengkap, frasa kerja transitif satu objek, frasa kerja transitif dua objek, frasa kerja dengan
kata bantu, dan frasa kerja dengan keterangan.

Selain itu, Tatabahasa Dewan (2015) pula menyatakan bahawa kata kerja merupakan
perkataan yang menjadi inti kepada sesuatu binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja
terdiri daripada kata kerja yang boleh diikuti beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek,
pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Kata kerja dapat dikategorikan kepada dua
kategori iaitu kata kerja aktif dan kata kerja pasif.

Asmah Haji Omar (1993) juga dalam karyanya, Nahu Melayu Mutakhir mengatakan
bahawa kata kerja dapat didefinisikan sebagai kata yang berfungsi pada predikat dalam suatu
konstituen ayat iaitu subjek-predikat.

3

Secara ringkasnya, frasa kerja merupakan binaan yang boleh mengandungi satu
perkataan atau lebih yang kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja tersebut merupakan kata
yang mengambarkan perbuatan atau keadaan yang melakukan sesuatu.

1.3 Jenis Frasa Kerja

FRASA KERJA

Aktif Pasif

Transitif

o 1 Objek
o 2 Objek

Tak Transitif

o Berpenerang
o Berpelengkap
o Tanpa pelengkap

4

2.0 FRASA KERJA AKTIF TRASITIF
• Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif sebagai

intinya dan diikuti oleh frasa nama sebagai objek (Ahmad Khair Mohd Nor et. al, 2014).
• Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah frasa yang dibentuk oleh

kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata kerja itu sebagai
objek atau penyambutnya (Nik Safiah Karim et. al, 2015).
• Ayat yang mengandungi frasa nama sebagai objek boleh dipasifkan.
• DEFINISI UMUM: Frasa kerja yang mengandungi kata kerja transitif sebagai inti dan diikuti
kata nama atau frasa nama sebagai objek.

Kata kunci: Kata kerja transitif sebagai inti, disertai objek, boleh dipasifkan

• Frasa kerja transitif terdiri daripada dua jenis, iaitu:
a) Frasa kerja dengan satu objek
b) Frasa kerja dengan dua objek

2.1 Frasa Kerja Transitif dengan Satu Objek
2.1.1 Definisi

o Frasa kerja dengan satu objek mengandungi kata kerja transitif dan diikuti oleh frasa
nama sebagai objek (Ahmad Khair Mohd Nor et. al, 2014).

o Frasa kerja dengan satu objek ialah frasa kerja yang mengandungi kata kerja transitif
sebagai inti ayat dan diikuti oleh kata nama sebagai objeknya.

Kata kunci: Kata kerja transitif sebagai inti, kata nama sebagai objek

2.1.2 Formula
Subjek [FN] + (kata bantu) + KKT + Objek [KN/FN] + (keterangan)

Frasa predikat (Frasa kerja transitif)

Nota: Kata bantu dan unsur keterangan dalam binaan frasa kerja transitif
dengan satu objek boleh ditiadakan.

5

2.1.3 Contoh

o Dalam binaan frasa kerja transitif, antara kata kerja transitif dengan frasa nama yang
menjadi objeknya tidak boleh disisipkan kata atau frasa kerana KKT terikat pada
objeknya. Perhatikan petikan teks di bawah.

KUALA LUMPUR: Persiapan membendung penularan gelombang ketiga COVID-19
sedang dilakukan, negara ketika ini.

Perkara itu dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) di dalam Twitternya,
@KKMPutrajaya yang turut memuatnaik beberapa gambar persediaan yang sedang
dilakukan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

"Menteri Kesihatan telah melawat MAEPS pagi tadi. MAEPS dalam persiapan akhir
sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah. Ia menempatkan
600 katil iaitu 400 untuk pesakit lelaki dan 200 wanita.

"Pusat ini sebagai persediaan sekiranya berlaku gelombang ketiga. MAEPS akan
menempatkan pesakit yang menunjukkan gejala ringan. Manakala pesakit berisiko
tinggi terutama mereka yang mempunyai sejarah penyakit kronik ditempatkan di
hospital," kata beliau dalam kenyataan medianya sebentar tadi.

Dipetik dan diubahsuai dari https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/670475/persiapan-
gelombang-ketiga-covid-19-giat-di-maeps

o Ayat yang digariskan dalam petikan di atas merupakan frasa kerja transitif dengan
satu objek. Kesemua KKT dalam frasa berkenaan diikuti oleh KN yang menjadi objek.
Contohnya:

1. Menteri Kesihatan telah melawat MAEPS pagi tadi.

Kata nama subjek pelaku : Menteri Kesihatan
Kata bantu : telah
Kata kerja transitif : melawat
Kata nama objek : MAEPS
Keterangan : pagi tadi

2. MAEPS akan menempatkan pesakit yang menunjukkan gejala ringan sahaja.

Kata nama subjek pelaku : MAEPS
Kata bantu : akan
Kata kerja transitif : menempatkan
Kata nama objek : pesakit
Keterangan : yang menunjukkan gejalan ringan sahaja

6

2.1.4 Aktiviti
o Guru membacakan satu petikan ringkas atau satu cerita pendek di hadapan kelas.
Kemudian, guru boleh membuat sedikit aktiviti seperti menyuruh pelajar mengenal
pasti kata kerja transitif serta objek dalam petikan yang telah dibacakan. Pelajar yang
berjaya mengenal pasti KKT dan objek akan diberikan ganjaran.

2.1.5 Latihan
1. Huraikan definisi frasa kerja transitif dengan satu objek bersertakan contoh yang
relevan.

2. Tandakan [✓] bagi ayat yang mengandungi frasa kerja transitif dengan satu objek.
Tandakan [] bagi sebaliknya.

a. Zulkefli telah mencuci pakaiannya. [ ]
b. Kejadian itu sangat menyedihkan kita. [ ]
c. Siti membaca banyak buku. [ ]
d. Abu mencarikan isterinya durian. [ ]

3. Nyatakan fungsi frasa yang digariskan dalam ayat yang berikut:

Frasa yang digariskan Fungsi

a. Hilmi membeli ikan masin.

b. Nenek selesai menebas semak-samun di
belakang rumah.

c. Mesin itu mengepam air.

d. Ali menyepak bola itu dengan sepenuh tenaga.

4. Kenal pasti frasa kerja transitif dan objeknya dalam petikan di bawah. Senaraikan
dalam bentuk jadual mengikut fungsi-fungsinya.

Sekilat diingatinya bagaimana dia membaca surat daripada datuknya. Dia
menerima surat itu selepas keputusan peperiksaannya keluar. Dalam surat
berkenaan, datuknya ingin bertemu dengannya. Rindu, katanya. Tetapi,
permintaan itu tidak sempat ditunaikan. Datuknya telah pergi menghadap Ilahi
dua hari yang lepas.

7

5. Bina ayat yang mengandungi frasa kerja transitif dengan satu objek menggunakan
kata yang berikut:
a) menggali
b) menendang
c) mengambil
d) mengacau-bilaukan

2.2 Frasa Kerja Transitif dengan Dua Objek
2.2.1 Definisi

o Ada masanya dua objek dapat mengikuti kata kerja transitif untuk membentuk frasa
kerja transitif yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat (Ahmad Khair Mohd Nor
et.al, 2014).

o Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya boleh mengandungi
dua frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja itu.

Kata kunci: Kata kerja transitif sebagai inti, boleh disertai dua objek

o Objek-objek dalam binaan FKT2O mempunyai fungsi yang berbeza dan boleh disebut
sebagai objek tepat dan objek sipi.

o OBJEK TEPAT: Objek penyambut secara langsung
o OBJEK SIPI: Objek yang tidak menjadi penyambut secara langsung.

2.2.2 Formula

Subjek [FN] + (kata bantu) + KKT + Objek tepat [FN] + Objek sipi [FN]+ (keterangan)

Frasa predikat (Frasa kerja transitif)

Nota: Kata bantu dan unsur keterangan dalam binaan frasa kerja transitif dengan dua
objek boleh ditiadakan.

8

2.2.3 Contoh
o Objek-objek yang terkandung dalam binaan frasa kerja transitif dengan dua objek
mempunyai fungsi yang berbeza. Perhatikan petikan teks di bawah:

2.2.4 Aktiviti
o Pelajar diberikan satu petikan atau cerita pendek. Kemudian, pelajar dikehendaki
memerhati dan menyenaraikan frasa kerja transitif dengan dua objek yang terkandung
dalam petikan berkenaan. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan
(mengikut kehendak guru yang mengajar).

2.2.5 Latihan

1. Huraikan definisi atau konsep frasa kerja transitif dengan dua objek bersertakan
contoh yang relevan.

2. Tandakan [✓] pada frasa kerja transitif yang mempunyai dua objek. Tandakan []
pada yang sebaliknya.

a. Tuhan mengurniai bapa saya kesihatan. []
b. Ibu memasakkan tetamu makanan. []

9

c. Mereka menamai tempat itu Tanjung Malim. [ ]
]
d. Kesihatan bapa Ali beransur baik. [

3. Kenal pasti objek tepat dan objek sipi dalam frasa kerja transitif berikut:
a) Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.
Objek tepat: ………………………………….
Objek sipi :…………………………………...

b) Ayah memberi adik wang saku.
Objek tepat: ………………………………….
Objek sipi : …………………………………..

c) Kamal membelikan ayahnya jam.
Objek tepat: ………………………………….
Objek sipi : …………………………………..

d) Budin mencarikan isterinya buah nangka.
Objek tepat: ……………………………….....
Objek sipi : …………………………………..

4. Kenal pasti frasa kerja transitif dengan dua objek dalam petikan di bawah.
Kemudian, nyatakan objek tepat dan sipi yang terkandung dalam frasa berkenaan.

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan salah satu
langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi membendung
penularan wabak Covid-19. Namun begitu, masih ramai dalam kalangan rakyat
Malaysia keras kepala dan mengingkari perintah berkenaan. Malah, ada yang
memberi berbagai alasan jika disoal oleh polis. Tindakan berkenaan bukan
sahaja mengundang masalah kesihatan, malah ia juga melanggar undang-
undang yang telah ditetapkan.

10

5. Bina ayat yang mengandungi frasa kerja transitif dengan dua objek menggunakan
kata berikut:
a) membelikan
b) mengurnai
c) meminjami
d) memasakkan

3.0 FRASA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF
3.1 Frasa Kerja Tak Transitif Berpenerang
3.1.1 Definisi

o Frasa kerja tak transitif berpenerang merupakan kata kerja yang boleh diikuti oleh kata
nama.

o Kebanyakan frasa kerja tak transitif berpenerang menggunakan awalan imbuhan beR-
. Kata kerja yang mengikuti kata kerja tak transitif itu bukanlah pelengkap kerana ayat
yang mempunyai penerang tersebut boleh digugurkan.

o Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif ini juga tidak boleh dipasifkan.

3.1.2 Formula

Subjek [FN] + KKTT + (penerang)

Frasa Predikat
Nota:

• Kata nama yang mengikuti kata kerja tak transitif (KKTT) itu bukanlah
pelengkap kerana ayat yang mempunyai unsur penerang tersebut boleh
ditiadakan.

• Ayat juga tidak boleh dipasifkan.

11

3.1.3 Contoh
WASHINGTON: Bintang tenis Jepun, Naomi Osaka mengakui kecewa tidak dapat
beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun ini tetapi menyokong keputusan
temasya itu ditangguhkan ke 2021.

Pemain berusia 22 tahun itu yang juga bekas pemain nombor satu dunia, berkata
tindakan menangguhkan temasya berkenaan selama setahun adalah sesuatu yang
tepat susulan penularan COVID-19.

“Sukan akan sekali lagi menyatukan kita semua dan sentiasalah bersama kami
namun masanya bukan sekarang,” kata Osaka menerusi ciapan di Twitter miliknya.
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC)
bersetuju untuk menunda Olimpik Tokyo 2020 selepas atlet seluruh dunia
menyuarakan kebimbangan terhadap usaha untuk meneruskan temasya berkenaan
biarpun berdepan risiko tinggi.

“Semua orang tahu betapa besarnya makna Olimpik kepada saya dan betapa
bangganya saya dapat beraksi di negara sendiri. Sudah pasti saya kecewa kerana
ia tidak akan berlangsung tahun ini. Namun, kami semua akan bersedia sepenuhnya
untuk tampil lebih kuat pada 2021. Saya menyokong 100 peratus keputusan berani
yang dibuat Perdana Menteri, Abe dan OIC,” kata Osaka.

Osaka yang juga juara Terbuka Amerika Syarikat 2018 dan Terbuka Australia 2019
meminta seluruh rakyat Jepun utnuk terus tabah dalam mengharungi situasi ini. “Ini
adalah masa untuk semua orang diseluruh dunia tidak kira latar belakang dan kaum
untuk bersatu bagi menyelamatkan sebanyak mana nyawa yang boleh.

Dipetik dan diubahsuai dari https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2020/03/670522/osaka-sokong-
olimpik-tokyo-2020-ditunda

• Ayat yang digariskan dalam petikan di atas mengandungi frasa kerja tak transitif
berpenerang. Kebanyakan kata kerja jenis ini berawalan beR-. Contohnya:
1) Naomi Osaka mengakui kecewa tidak dapat beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020
tahun ini tetapi menyokong keputusan temasya itu ditangguhkan ke 2021.
2) Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) bersetuju untuk menunda Olimpik Tokyo
2020.
3) Kami semua akan bersedia sepenuhnya untuk tampil lebih kuat pada 2021

12

Subjek Kata kerja Frasa Kerja
beraksi Penerang
1. Naomi Osaka
bersetuju pada Sukan Olimpik Tokyo
2. Jawatankuasa Olimpik bersedia 2020 tahun ini tetapi
Antarabangsa (OIC)
menyokong keputusan temasya
3. Kami semua akan itu ditangguhkan ke 2021.

untuk menunda Olimpik Tokyo
2020.

sepenuhnya untuk tampil lebih
kuat pada 2021.

3.1.4 Aktiviti

Guru akan menyediakan petikan ringkas, karangan, atau cerita pendek kepada semua
pelajar di dalam kelas. Kemudian, guru tersebut akan mengarahkan pelajar untuk
mencari dan mengenalpasti frasa kerja tak transitif berpenerang di dalam petikan.
Selesai sahaja aktiviti tersebut, guru akan memilih beberapa orang pelajar untuk
menjelaskan jawapan atau hasil yang telah mereka temukan di dalam petikan tersebut
secara berkumpulan. Pelajar yang berjaya mengenal pasti frasa kerja tak transitif
berpenerang akan diberikan ganjaran.

3.1.5 Latihan

1) Berdasarkan pengetahuan anda, huraikan definisi frasa kerja tak transitif berpenerang
secara ringkas.

2) Tandakan [✓] bagi ayat yang mengandungi frasa kerja tak transitif berpenerang dan
tandakan [] bagi ayat yang bukan frasa kerja tak transitif berpenerang.

o Lelaki itu berseluar. []
o Peladang itu berkebun kelapa. []

13

o Abang berbaju hitam. [ ]
o Adik sedang bermain-main di dalam bilik. [ ]
o Adi pandai berniaga. [ ]
o Kamal belajar bahasa Korea. [ ]

3) Tandakan [✓] kepada ayat yang mengandungi penggunaan frasa kerja tak transitif
berpenerang yang betul. Tandakan [] bagi sebaliknya.

1. Amir berbaju kelabu. [ ]
2. Abang berkereta. [ ]
3. Budak itu tersenyum. [ ]
4. Kakak itu memasak kari. [ ]
5. Ayah sedang bercakap dengan ibu. [ ]
6. Kuda itu berlari dengan laju. [ ]
7. Aiman sedang menyanyi lagu berentak dangdut. [ ]
8. Emak berjalan kaki ke kedai itu. [ ]
9. Kak Long sedang bermain bola keranjang di padang. [ ]
10. Datuk terdiam seketika. [ ]

4) Senaraikan frasa kerja tak transitif berpenerang dalam petikan tersebut.

Ismail berbaju biru manakala adiknya berbaju kuning. Mereka berdua hendak
bermain bola sepak di padang sekolah. Semasa mereka berdua sedang bermain
bola sepak, tiba-tiba bola hari bertukar menjadi mendung. Ismail mengajak adiknya
berhenti seketika. Mereka berehat di pondok yang berdekatan. Seterusnya, hujan
turun dengan lebat sekali. Ismail mengambil keputusan untuk pulang ke rumah
berjalan kaki setelah hujan reda. Adik Ismail tersenyum seorang diri melihat karenah
abangnya yang gelisah itu kerana takut dimarahi oleh ibu. Setelah hujan reda,
mereka berdua berjalan kaki pulang ke rumah. Tiba-tiba, dua beradik itu
terserempak dengan seorang lelaki yang berkereta Proton Waja berwarna kuning.
Lelaki tersebut merupakan pengetua sekolah mereka semasa di SMK Cempaka
Indah, Selangor dahulu. Dalam perjalanan pulang, Ismail singgah sementara di
warung yang berjaja kuih-muih.

14

5) Bina ayat yang mengandungi frasa kerja tak transitif berpenerang dengan
menggunakan perkataan di bawah.
• Berbaju
• Berkereta
• Berjalan
• Berseluar
• Bersawah
• Berkebun
• Bergunting
• Tersenyum
• Berniaga
• Belajar

3.2 Frasa Kerja Tak Transitif Berpelengkap

3.2.1 Definisi
o Frasa kerja ini memerlukan unsur pelengkap bagi melengkapkan makna sesuatu ayat.
o Ayat yang mengandungi unsur pelengkap tidak boleh dipasifkan kerana unsur
pelengkap tersebut bukan objek.
o Unsur pelengkap tersebut terdiri daripada kata adjektif atau frasa adjektif, kata nama
atau frasa nama dan frasa sendi nama.

3.2.2 Formula

FKTTB = Subjek (Frasa Nama) + Predikat (Unsur Pelengkap)

a. FKTTB = Subjek (FN) + Predikat (KKTT+ KA/FA)
b. FKTTB = Subjek (FN) + Predikat (KKTT+KN/FN)
c. FKTTB = Subjek (FN) + Predikat (KKTT+FSN)

Petunjuk:
FKTTB = Frasa kerja tak transitif berpelengkap
KA/FA = Kata Adjektif / Frasa Adjektif
KN/FN = Kata Nama / Frasa Nama
FSN = Frasa Sendi Nama

15

3.2.3 Contoh
i. Kata adjektif atau frasa adjektif sebagai pelengkap :
“Bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), kami menzahirkan rasa sedih atas kejadian itu
kerana mangsa untuk ke HGM menjalankan tugas,” katanya.
(Ahad, 29 Mac 2020, Berita Harian Online)

ii. Kata nama atau frasa nama sebagai pelengkap:
Asalkan barangan kemas dan jam tangan ini tidak terdedah dengan percikan air liur daripada
pesakit Covid-19.
(Ahad, 29 Mac 2020, MyMetro)

iii. Frasa sendi nama sebagai pelengkap :

Berkenaan bekalan makanan pula, beliau berkata, setiap hari ada petugas JKM dan agensi lain
menghantar ke setiap rumah dan setakat ini hampir semua rumah sudah menerima bahan
makanan kering.

(Sabtu, 28 Mac 2020, Berita Harian Online)

3.2.4 Aktiviti
Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk membina ayat yang terdiri daripada
kata kerja tak transitif berpelengkap. Pada masa yang sama, guru akan membimbing
setiap ahli kumpulan dalam menghasilkan ayat tersebut. Kemudian setiap kumpulan
akan menghantar seorang wakil untuk membaca contoh ayat yang telah dihasilkan
bersama ahli kumpulan masing-masing.

3.2.5 Latihan
1. Nyatakan jenis frasa kerja tak transitif dalam bahasa Melayu.

16

2. Berikan definisi bagi frasa kerja tak transitif berpelengkap.

3. Nyatakan unsur-unsur pelengkap dalam frasa kerja tak transitif berpelengkap.

4. Gariskan dan nyatakan jenis unsur pelengkap kepada frasa kerja tak transitif
berpelengkap dalam ayat dibawah.

a. Demam adik beransur pulih. ( )

b. Abu dan keluarganya menetap di Tanjung Malim. ( )
)
c. Datuk menyiram pokok bunga. ( )

d. Keputusan peperiksaan adik bertambah baik. (

e. Dia berbantalkan lengan. ( )

5. Bina frasa kerja tak transitif berpelengkap.
a.
b.
c.

Pelengkap bagi
FKTTB juga

terdiri daripada
kata bantu.

17

3.2.6 Frasa Kerja Tak Transitif Berpelengkap (Kata Bantu)
Unsur pelengkap dalam binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap juga terdiri daripada
unsur kata bantu.

3.2.6.i Definisi
o Frasa kerja boleh mengandungi atau disertai oleh kata bantu. Kata bantu hadir di
depan frasa dan menambahkan makna bagi frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi
nama dari segi aspek dan ragam.

Kata bantu aspek merujuk kepada waktu:

Sudah Dilakukan Sedang Dilakukan Belum Dilakukan
Sudah Sedang Belum
Telah Masih Akan
Pernah Tengah
Baru Mula

Kata bantu ragam merujuk kepada perasaan sesuatu perbuatan:

Menunjukkan Menunjukkan Menunjukkan Menunjukkan Menunjukkan
kehendak keupayaan kemungkinan keengganan kemestian
Hendak Boleh Mungkin Enggan Perlu
Mahu Dapat Barangkali Mesti
Ingin Wajib
Harus
Pasti
Patut
Tentu

3.2.6.ii Formula

Subjek (KN/FN) + KBA/KBR + FN

Petunjuk:
KN = Kata Nama
FN = Frasa Nama
KBA = Kata Bantu Aspek
KBR = Kata Bantu Ragam

18

3.2.6.iii Contoh
i. Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan :

Terdapat doktor, jururawat dan saintis di barisan hadapan yang sedang bekerja keras
menghadapi COVID-19.

(Isnin, 30 Mac 2020, Berita Harian Online)

ii. Kata bantu ragam menerangkan perasaan pada perbuatan yang dilakukan :
Terdahulu, tertuduh meminta hukuman ringan dikenakan atas alasan perlu menanggung enam
ahli keluarganya termasuk ibu dan bapa manakala pendapatannya sebagai juruteknik hanya
RM2,200 sebulan.
(Isnin, 30 Mac 2020, Berita Harian Online)

o Dalam bahasa Melayu, kata bantu aspek atau kata bantu ragam boleh hadir secara
berderetan seperti contoh di bawah:
a. Adik masih belum menyiapkan kerja sekolahnya. (masih+belum)
b. Latihan yang diberikan oleh Cikgu Ali harus dapat dihantar pada petang ini.
(harus+dapat)

3.2.6.iv. Aktiviti
o Guru akan mengedarkan cerpen kepada semua pelajar dalam kelas. Kemudian pelajar

diarahkan untuk menggariskan frasa kerja dengan kata bantu. Pelajar yang dapat
mengenalpasti frasa kerja dengan kata bantu dalam cerpen tersebut akan diberi ganjaran
dan pujian oleh guru.

3.2.6.v. Latihan
1. Berikan konsep bagi kata bantu.

2. Nyatakan maksud kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

19

3. Kenalpasti jenis kata bantu dalam jadual di bawah :

Kata Jenis Kata Bantu

Barangkali

Pernah

Baru

Wajib

Mungkin

4. Kata bantu boleh hadir secara berderetan. Berikan contoh kata bantu yang hadir
secara berderetan.
a.
b.
c.
d.
e.

5. Bina frasa kata kerja transitif berpelengkap yang mengandungi kata bantu.
a.
b.
c.

20

3.3 Frasa Kerja Transitif Tanpa Pelengkap
3.3.1 Definisi

• Frasa kerja tak transitif mengandungi kata kerja tak transitif sebagai intinya. Frasa
kerja tak transitif tidak memerlukan frasa nama sebagai objek. (Ahmad Khair Mohd
Nor et. Al, 2014)

• Frasa kerja ini bertugas sebagai predikat dalam ayat.
• Frasa kerja ini juga mampu berdiri sendiri tanpa memerlukan objek atau penyambut

bagi menyempurnakan maksud ayat.
• Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap juga dapat diperluaskan dengan

menambahkan frasa sendi nama, frasa nama atau frasa adjektif namun, frasa lain ini
beperanan sebagai keterangan.

● Kesimpulannya, frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap ini mempunyai makna yang
lengkap.

Kata kunci: kata kerja tak transitif sebagai intinya, mampu
berdiri sendiri, tidak memerlukan objek atau penyambut.

3.3.2 Formula

I. S [FN] + (KB) + P [FKTT – PLKP]
II. S [FN] + (KB) + P [FKTT- PLKP] + (K

PETUNJUK: S= subjek P=predikat FN= frasa nama KB= kata bantu

FKTT-PLKP = kata kerja tak transitif tanpa pelengkap KET= keterangan
Nota: kata bantu dan unsur keterangan dalam binaan frasa kerja tak transitif boleh ditiadakan.

21

3.3.3 Contoh

Petikan 1:

JOHOR BAHRU: Kes jenayah komersial yang dilaporkan termasuk penipuan
membabitkan penjualan topeng muka di Johor semakin meningkat ketika penularan
wabak COVID-19.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Asisten Komisioner Mohd Salleh
Abdullah, berkata kes yang menunjukkan peningkatan pada Mac adalah
membabitkan kes penipuan topeng muka, Macau scam dan pinjaman tidak wujud.
Katanya, hasil perbandingan yang dibuat bagi Februari dan Mac mendapati, Macau
scam mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 57 kes dicatatkan bagi Mac
berbanding 28 kes pada bulan lalu iaitu peningkatan sebanyak 29 kes atau 103.6
peratus.
“Ia diikuti dengan penipuan ‘face mask’ iaitu sebanyak 45 kes dicatatkan bagi Mac
berbanding 33 kes pada bulan lalu sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 12
kes bersamaan 36.4 peratus.
Sumber dipetik dan diubahsuai daripada
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/03/670410/kes-tipu-topeng-muka-
meningkat

(Berita Harian Sabtu, 28 Mac 2020)

Petikan 1: contoh frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap tanpa objek

● Ayat yang digariskan dalam petikan diatas mengandungi kata kerja tak transitif tanpa
pelengkap iaitu kata kerja yang tidak memerlukan objek untuk menyempurnakan ayat.
Contohnya,
[penjualan topeng muka di Johor semakin meningkat]

Subjek : penjualan topeng muka di Johor

Kata bantu : semakin

Predikat : meningkat

22

Petikan 2:

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata pada jam
8.15 malam tadi pihaknya menerima maklumat kes kemalangan maut dipercayai
hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 23 Jalan Kota Tinggi-Mersing.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati kenderaan jenis Proton Persona ditemui
orang awam di lereng bukit dalam jarak lebih kurang 20 meter dari Jalan Besar di
lokasi terbabit bersama satu mayat yang tersepit di bawah kenderaan.

“Kejadian juga dipercayai berlaku beberapa hari berikutan keadaan mayat mangsa
yang berbau serta mereput.

“Mayat yang mula mereput itu ditemui dengan kecederaan parah di badan dan
kepala. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Mersing untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Sumber dipetik dan diubahsuai daripada
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/03/664511/hilang-lima-hari-ditemui-

maut-nahas.

Petikan 2: contoh frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diperluaskan dengan
menambah frasa lain sebagai keterangan
● Ayat yang digariskan dalam petikan diatas adalah merupakan kata kerja tak transitif

tanpa pelengkap yang diperluaskan dengan menambahkan frasa lain iaitu frasa sendi
nama sebagai keterangan. Contohnya,
[Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian]

Subjek mangsa

Predikat meninggal dunia

Keterangan di tempat kejadian

* perkataan DI TEMPAT KEJADIAN di dalam ayat boleh digugurkan tanpa mengubah
maksud asal ayat. *

23

3.3.4 Aktiviti

o Guru menayangkan satu video pendek di youtube selepas PdPc. Murid dikehendaki

menonton dan mengenal pasti kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang

terkandung dalam video berkenaan. Guru boleh membawa pelajar menonton dongeng

“bawang merah bawang putih” melalui pautan tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=dpal5OuLyTA&feature=youtu.be

3.3.5 Latihan

1. Sila tandakan [/] pada frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap dan tandakan [X] pada frasa
kerja yang bukan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap.

BIL FRASA KERJA JAWAPAN

1 bayi itu menangis

2 lori itu melanggar anjing

3 bendera-bendera berkibaran

4 pokok itu tumbang

5 mereka tidak berbuat jahat

6 bunga mawar itu berbau sangat harum

7 petani membajai tanaman

8 adik minum air masak itu

9 majalah itu akan terbit pada setiap bulan

10 semua penonton bangun

11 adik bermain bola

12 kesihatan bapanya beransur baik

13 mereka semua pulang

14 suhu badan adik semakin menaik

15 lelaki itu berniaga kain

16 dia berbantalkan lengan

24

17 dia tercengang
18 padi itu semakin menguning di sawah
19 ibu menggoreng ikan
20 pelajar-pelajar menyiapkan latihan

2. Bina frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap menggunakan perkataan yang diberikan
dibawah:

DUDUK MEMBURU MENANGIS BEKERJA TIDUR

BERMAIN PULANG BERGOTONG-ROYONG MERAUNG

MENINGKAT MENURUN TERBAKAR BERTERBANGAN

BERBAU BERJALAN

3. Sila lukiskan perbuatan yang dinyatakan dalam jadual di bawah.
A.

AYAH SEDANG TIDUR

25
B.

BUNGA ITU MENGEMBANG
D.

DAUN BERTERBANGAN

4. Isi tempat kosong menggunakan kata yang sesuai.

Terjatuh balik bocor berkokok mandi

i. Atap rumah Pak Abu _______________________________

ii. Hanif ____________________ dalam longkang semasa dalam perjalanan hendak ke
pekan.

26

iii. Ayam itu sedang _______________________________.
iv. Irfan sedang _______________________________.
v. Ibu baru ____________________dari rumah Mak Cik Kiah.

5. Berdasarkan gambar suasana di dalam perpustakaan di atas, senaraikan 5 perbuatan yang
terdapat dalam gambar di atas.
1.________________________________________________________________________
2.________________________________________________________________________
3.________________________________________________________________________
4.________________________________________________________________________
5.________________________________________________________________________

27

4.0 RUMUSAN

Frasa kerja ialah frasa yang intinya terdiri daripada kata kerja. Binaan frasa kerja boleh
mengandungi satu kata atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja. Frasa kerja terbahagi
kepada kepada tiga kategori iaitu frasa kerja transitif, frasa kerja tak transitif dan frasa kerja
dengan kata bantu. Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja
transitif sebagai intinya dan diikuti oleh frasa nama sebagai objek. Frasa kerja transitif ini
terbahagi kepada dua iaitu frasa kerja transitif dengan satu objek dan frasa kerja transitif
dengan dua objek. Selain itu, frasa kerja tak transitif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu,
frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap, berpelengkap dan bepenerang.

Frasa kerja aktif tak transitif ini juga sama seperti kata kerja transitif yang memerlukan
kata kerja tak transitif sebagai initinya namun terdapat frasa kerja tak transitif ini tidak
memerlukan objek sebahgai penyambut misalnya frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap.
Walaubagai manapun, frasa kerja tak transitif bepelengkap memerlukan unsur pelengkap
untuk melengkapkan ayat. Frasa kerja tak transitif bepenerang juga memerlukan kata nama
sebagai penerangnya namun dapat digugurkan kata nama tersebut kerana ayat frasa kerja
tak transitif bepenerang telahpun mempunyai makna yang lengkap. Seterusnya ialah frasa
kerja dengan kata bantu juga merupakan bahagian dalam frasa kerja. Frasa kerja ini boleh
mengandungi atau disertai kata bantu dan ia nya hadir di hadapan frasa bagi menambahkan
makna frasa kerja. Kata bantu ini terbahagi kepada dua iaitu kata bantu aspek dan kata bantu
ragam.

Kesimpulannya, frasa kerja merupakan binaan yang boleh mengandungi satu
perkataan atau lebih yang kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja tersebut merupakan kata
yang mengambarkan perbuatan atau keadaan yang melakukan sesuatu.

RUJUKAN
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Zulkifli Osman, Razali Ayob 2006, Sintaksis,

Kuala Lumpur: PTS Professional.
Abdullah Hassan (2016), Linguistik Am, Selangor: PTS Publications.
Asmah Haji Omar 1993, Nahu Melayu Mutakhir, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan, (2016), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood, 2015,

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/670709/barang-penuh-tak-perlu-panik-
pm?utm_source=bh&utm_campaign=recsys&utm_medium=recsys
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/03/670655/doktor-bayi-maut-nahas
https://www.hmetro.com.my/sihat/2020/03/559747/larangan-untuk-petugas-kesihatan
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/03/670985/didenda-rm1000-ingkari-pkp
https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/03/670962/covid-19-dari-sofa-dan-dapur-
bintang-muzik-adakan-konsert-amal
https://www.youtube.com/watch?v=dpal5OuLyTA&feature=youtu.be
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/03/670410/kes-tipu-topeng-muka-meningkat
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/03/664511/hilang-lima-hari-ditemui-maut-
nahas.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2020/03/670522/osaka-sokong-olimpik-tokyo-
2020-ditunda
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/670475/persiapan-gelombang-ketiga-
covid-19-giat-di-maeps


Click to View FlipBook Version