PENGAJIAN PERNIAGAAN 3 BAB 2 LEEHWATAN
Disediakan oleh
Tan Lee Hwa
Pengajian Perniagaan
PENGAJIAN PERNIAGAAN 3 BAB 2 LEEHWATAN
11. 0 RANCANGAN PERNIAGAAN
a) Mentakrif rancangan perniagaan dan kepentingan
Takrif Rancangan Perniagaan (RP):
• Dokumen bertulis yang menggambarkan keseluruhan operasi perniagaan atau usaha teroka yang
merangkumi penetapan visi, misi, objektif, rancangan pengeluaran, strategic pemasaran,
rancangan kewangan kewangan, dll,
b) Menjelaskan kegunaan rancangan perniagaan kepada usahawan dan pihak berkepentingan
Kepentingan Rancangan Perniagaan
1. Rp merupakan hala tuju perniagaan . RP memberikan gambaran menyeluruh berkenaan operasi
perniagaan secara komprehensif yang menjadi garispanduan dalam melaksanakan sesuatu usaha
teroka. RP akan dapat meningkatkan keyakinan dan keupayaan usahawan untuk menjalankan
operasi perniagaan.
2. Rp yang merupakan pendokumentasian idea-idea perniagaan di samping mengenalpasti masalah-
masalah yang berpotensi serta mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut. Oleh itu
usahawan dapat mengurangkan risiko kegagalan apabila melakukan perancangan di peringkat
awal.
3. Rp dapat digunakan untuk menilai potensi, keunikan perniagaan, nilai komersial teknologi, pasaran
dan persaingan.
4. Rp berperanan dalam mengagihkan sumber-sumber seperti kewangan, tenaga kerja, mesin, bahan
dan lain lain dalam menjalankan operasi perniagaan.
c) Menjelaskan kegunaan rp kepada usahawan dan pihak berkepentingan
Kegunaan RP Kepada Usahawan
1. Garis panduan untuk menguruskan perniagaan
• Sebagai garis panduan kepada usahawan/pengurusan syarikat untuk melaksanakan aktiviti
perniagaan yang dirancang dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
• Ia merupakan perancangan yang jeals tentang misi, matlamat, objektif, belanjawan,
ramalan kewangan, target pasaran dan sebagainya.
2. Mengurangkan kesilapan
• RP menjadi garispanduan kepada setiap pekerja yang terdiri daripada pegawai atasan
hinggalah pekerja bawahan mengenai sasaran yang dikongsi bersama serta perlu dicapai
dalam usaha untuk mencapai matlamat yang sama.
• RP turut memberi gambaran yang jelas tentang tugas
• mereka dalam melaksanakan misi organisasi.
• Ini akan dapat mengurangkan kesilapan semasa menjalankan tugas.
3. Menggunakan sumber-sumber organisasi dan meningkatkan produktiviti
• Sumber-sumber pengeluaran dapat digunkan dengan optimum melalui perancangan yang
terkandungan dalam RP.
• Penggunaan sumber yang optimum akan dapat mengelakkan pembaziran.
4. Memudahkan kawalan
• Kawalan bertujuan untuk memastikan pelaksanaan berdasarkan perancangan di dalam RP
• Usahawan akan dapat mengukur serta menilai sejauh mana perancangan itu mencapai
matlamatnya.
• Sekiranya matlamat tidak dicapai, penambahbaikan perlu dilakukan.
5. Meyakinkan pihak-pihak berkepentingan
• Pihak-pihak berkepentingan terdiri daripada pelabur, pembekal pihak bank dan lain-lain.
• Meraka menyumbangkan modal serta memberi kredit kepada organisasi perniagaan. RP
dapat menyediakan maklumat yang diperlukan oleh pihak tersebut.
• Pihak-pihak ini juga akan turut menilai perancangan yang dibuat serta menjangkakan
prestasi dan pertumbuhan syarikat.
• Pemberian kredit dan modal untuk meluaskan operasi perniagaan akan diberikan
PENGAJIAN PERNIAGAAN 3 BAB 2 LEEHWATAN
sekiranya pelabur yakin tentang masa depan syarikat.
6. Menilai prestasi dan kemajuan syarikat
• RP memberi peluang kepada usahawan untuk menilai prestasi pengurusan operasi
kemajuan syarikat.
• Penilaian dapat dilakukan dengan memastikan apa yang dirancang adalah sama dengan
apa yang dilaksanakan.
7. Menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap
• Sumber-sumber pengeluaran dapat digunakan dengan optimum melalui perancangan yang
teliti bermula dari awal lagi.
• Penggunaan sumber yang optimum akan dapat menbgelakakan pembaziran dan
membantu mencapai kapasiti penuh.
Kegunaan RP Kepada Pihak-pihak Berkepentingan.
Pihak-pihak berkepentingan adalah seperti berikut:
1. Pembekal
• Pembekal menyediakan sumber modal yang cepat dan murah kepada perniagaan melalui
jualan kredit.
• Pembekal perlu meneliti rp sebelum bersetuju untuk menandatangani perjanjian untuk
membekalkan barang mentah, separuh siap atau bahan siap perniagaan terbabit.
• Penelitian ini bertujuan untuk melihat kemampuan usahawan membuat bayaran terhadap
barangan yang dibekalkan.
• Pembekal akan hanya memberikan jualan kredit jika kedudukan kewangan dan
perniagaan
• Usahawan mempunyai potensi untuk berjaya.
2. Pelanggan
• Pelanggan merujuk kepada syarikat atau organisasi yang akan menggunakan produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan.
• Oleh itu mereka perlu meneliti terlebih dahulu keupayaan dan kemampuan syarikat yang
menawarkan perkhidmatan yang diperlukan supaya tidak menghadapi masalah bekalan
pada masa hadapan.
3. Pembiaya/Pemberi Pinjaman
• Pihak bank atau institusi kewanfgan perlu memastikan perniagaan yang bakal dijalankan
itu berdaya maju. Penelitian dan penganalisisan dilakukan untuk mengenalpasti
kemampuan bayar balik pinjaman sebelum permohonan pinjaman diluluskan atau
sebaliknya.
4. Pelabur
• Bagi pelabur khususnya pemodal perniagaan (venture capitalist) mereka juga perlu menilai
dan memperhalusi rp
• Penilaian yang terperinci dibuat bertujuan untuk memastikan keputusan dapat dilakuakan
dengan tepat dan menguntungkan pelabur.
d. Meyediakan Rancangan Perniagaan berdasarkan format berikut:
Format RP adalah seperti berikut:
1. Rumusan Eksekutif
Mengandungi maklumat, di antaranya:
• Tujuan RP di sediakan
• Kos projek dan cara pembiayaan. Jika ingin memohon pembiayaan nyatakan jumlah dan
tempoh pembiayaan .
• Butiran ringkas tentang usahawan dan kakitangan utama dalam perniagaan.
• Ringkasan pemasaran yang member fokus kepada sasaran pasaran, pesaing-pesaing utama
dan strategi pemasaran
• Rekod-rekod kewangan yang lalu jika ada atau ramalan kewangan bagi sesuatu perniagaan
baru.
PENGAJIAN PERNIAGAAN 3 BAB 2 LEEHWATAN
2. Pengenalan
Mengandungi maklumat diantaranya:
• Menyatakan jenis perniagaan yang diceburi dan maklumat penting berkenaan perniagaan
• Tempat ataupun liputan perniagaan dijalankan
• Tarikh perniagaan ini dimulakan atau hendak dimulakan
• Cara-cara perniagaan ini diuruskan atau dilaksanakan
• Menyatakan sama ada re ini kali pertama atau yang ditambahbaikan dariapada yang lepas
• Strategi-strategi utama yang mapan dan berkesan sebagaio penyokong pelaksanaan
perniagaan ataupun projek.
3. Objektif
Mengandungi maklumat diantarnya:
• Visi, misi syarikat atau perniagaan
• Matlamat jangka panjang, matlamat jangka pendek.
• Kekuatan syarikat yang boleh menjadi strategi perniagaan bagi mencapai matlamat tersebut,
jika terdapat kelemahan atau masalah, tunjukkan strategi mengatasi masalah tersebut.
4. Latar Belakang Syarikat
Mengandungi maklumat-maklumat di antara:
• Mmenyetakan matlumat-matlumat di antara:
• Menjelaskan sebab asalnya produk disediakan dan rasional keperluhan atau kesesuaian
dengan pasaran atau keadaan
• Menyatakan bentuk/entity perniagaan
• Latarbelakang atau biodata syarikat pemilik syarikat
• Tarikh syarikat dan lokasi syarikat
• Modal asal syarikat
• Menjelaskan tahap kejayaan yang dicapai
• Masalah-masalah tertentu yang di hadapi oleh syarikat serta penyelesaiannya dan kesan
terhadap perniagaan
5. Latarbelakang Pemilik/Ahli Kongsi
Perlu mengandungi matlumat diantaranya:
• Nama pemilik/rakan kongsi,alamat,nombor telefon,faks
• Umur,kelulusan,pengalaman pemilik dan rakan kongsi
• Kemahiran pemilik dan rakan kongsi
• Syer pemilikan modal/saham
6. Latar Belakang Projek
Perlu mengandungi elemen-elemen berikut:
• Menjalaskan lokasi tapak projek hendak dijalankan. Sertakan pelan lokasi
• Kelebihan lokasi
• Menjelaskan jenis dan struktur bangunan. Pelan bangunan perlu diserta.
• Menjelaskan kemudahan asas yang ada (contoh,talian tel, elektrik,air,jalanraya)
7. Rancangan Organisasi
Mengandungi elemen-elemen di anataranya adalah seperti berikut;
• Senarai jawatan dan bilangan pekerja
• Carta organisasi
• Tanggungjawab dan tugas pekerja
• Imbuhan gaji pekerja
• Keperluan pejabat
PENGAJIAN PERNIAGAAN 3 BAB 2 LEEHWATAN
8. Rancangan Pemasaran
Perlu mengandungi maklumat diantaranya:
• Pelanggan
• Trend pasaran
• Saiz pasaran
• Ciri-ciri pasaran
• Sasaran pasaran
• Pesaing-pesaing
• Strategi pemasaran
• Ramalan jualan
• Kos pemasaran
• Kaedah promsi
9. Rancangan Pengeluaran/Operasi
Dalam bahagian ini, perlu mengandungi pelbagai elemen. Di antaranya adalah seperti berikut;
• Huraikan tapak projek,kesesuaian ,dan pelan lokasi kilang
• Susun atur ruang opersai
• Mesin dan peralatan yang digunakan
• Proses pengeluaran (langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk dan
perkhidmatan
• Carta aliran operasi
• Penggunaan bulanan atau tahunan
• Jadual pelaksaa projek
• Premis perniagaan (dibeli,disewa atau dipajak)
10. Rancangan Kewangan
mengandungi elemen-elemen berikut;
• kos pelasanan projek
• peruntuka modal pusingan
• perbelanjaan-perbelanjaan lain seperti perbelanjaan praoperasi dan peruntukan luar jangka
• sumber pembiayaan
• penyata-penyata kewangan
• analisis titik pulangan modal
11. Kesimpulan
bahagian ini menekankan keunikan dan kelebihan perniagaan.
12. Lampiran
• bahagian ini menyertakan maklumat tambahan seperti pelbagai
ilustrasi,senarai,data,boring,carta,laporan dan lain-lain maklumat yang menyokong dan
berkaitan dengan perniagaan dan syarikat.
• Contoh-contoh lampiran ialah sijil pendaftaran perniagaan,perjanjian perkongsian,gambar
atau contoh brosur produk yang dikeluarkan,statistic atau maklumat kajian paaran,pelan
lokasi tapak kilang atau perniagaan,sebut harga daripada kontraktor pembelian aset dan
lain-lain
PENGAJIAN PERNIAGAAN 3 BAB 2 LEEHWATAN
Soalan Bab 2
1. Huraikan kepentingan rancangan perniagaan kepada pihak berkepentingan seperti
yang berikut:
a) Pembiaya
(2)
b) Pelabur
(2)
2. Senaraikan enam elemen yang diperlukan dalam rancangan pengeluaran bagi
sesebuah rancangan perniagaan. (6)
3. Huraikan tiga kepentingan rancangan perniagaan.
(6)
4. Nyatakan format penyediaan rancangan perniagaan bagi sebuah organisasi
perniagaan bermula dengan Rumusan Eksekutif.
(6)
5. Nyatakan lima maklumat rancangan pemasaran dalam Rancangan Perniagaan.
(5)
6. Encik Raihan ingin memulakan perniagaan perabot di Bandar Kuantan. Sebelum
memulakan perniagaan beliau perlu menyediakan rancangan perniagaan. Huraikan
tiga tujuan Encik Raihan menyediakan rancangan perniagaan. (6)
7. Jelaskan konsep Rancangan Perniagaan dan berikan kepentingannya kepada pihak
pengurusan syarikat. (6)
8. Berikan empat sasaran atau pengguna rancangan perniagaan.
(4)
9. Huraikan bagaimana seseorang usahawan merancang peletakan harga produk
dalam rancangan pemasaran yang disediakan bagi memastikan rancangan perniagaan
itu dapat menarik minat bakal pelanggan. (4)
10. Terangkan perkara-perkara yang perlu ada dalam Latar Belakang Syarikat untuk
sebuah rancangan perniagaan. (4)
11. Huraikan Latar Belakang Projek dalam rancangan perniagaan.
(4)
PENGAJIAN PERNIAGAAN 3 BAB 2 LEEHWATAN
12. Huraikan Rancangan Organisasi dalam rancangan perniagaan.
(4)
13. Huraikan kandungan Rancangan Kewangan dalam rancangan perniagaan.
(4)
14. Senaraikan maklumat yang terdapat dalam Rancangan Pemasaran untuk sebuah
rancangan perniagaan. (4)
15. Terangkan butiran yang perlu dimasukkan dalam Latar Belakang Pemilik untuk
sebuah rancangan perniagaan. (4)
16. Terangkan lanngkah-langkah yang perlu diambil oleh seseorang usahawan
sebelum menyediakan rancangan perniagaan.
(4)
17. Nyatakan sebab sebuah rancangan perniagaan gagal meyakinkan pihak
berkepentingan. (4)