The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by malytan, 2021-06-06 09:22:35

PP module Sem 2 Bab 4

PP module Sem 2 Bab 4

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

Bab 4 : Pembuatan
Keputusan

Disediakan oleh
Tan Lee Hwa

Guru Pengajian Perniagaan

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

Bab 4 : Pembuatan keputusan

1. Jenis keputusan

1. Rutin - keputusan yang berkaitan dengan masalah yang berulang/kerap berlaku

- keputusan untuk menyelesaikan masalah yang biasa berlaku /boleh dijangka

- keputusan yang dibuat menggunakan kaedah yang telah distrukturkan/telah

diprogramkan

- keputusan yang kurang berisiko

2. Tak Rutin - keputusan yang berkaitan dengan masalah yang jarang berlaku

- keputusan untuk menyelesaikan masalah baru / tidak dijangka berlaku

- keputusan yang dibuat menggunakan kaedah baru yang tidak distrukturkan/tidak

diprogramkan

- keputusan yang berisiko

2. Proses pembuatan keputusan

1. Mengenalpasti - Pengurus perlu kenalpasti masalah, punca samada daripada faktor dalaman

masalah atau luaran

- Pengurus mendefinisikan masalah secara ringkas, jelas, tepat dan khusus

serta mengkategorikannya kepada masalah utama atau masalah

sampingan

2. Mengutip data - cthnya: masalah kemerosotan jualan kereta, pengurus perlu kenalpasti
punca kemerosotan samada di sebabkan oleh perubahan citarasa
pengguna, jurujual yang kurang mahir, kualiti kereta yang rendah

- Pengurus perlu mendapatkan/mengumpul maklumat yang relevan dengan
masalah sebanyak mungkin

- samada daripada sumber dalaman @ luaran organisasi
- kaedah mengutip data: soal selidik, temubual, pemerhatian

3. Menganalisis data - cthnya: kadar kemerosotan jualan, jenis model kereta, bilangan dan
keupayaan jurujual

- Pengurus menilai/mentafsir data yang diperolehi
- Analisis dibuat menggunakan statistik deskriptif, carta

4. Menjana alternatif - Cthnya: pengurus mengira min, mod untuk menunjukkan kemerosotan
jualan ikan

- Pengurus membentuk pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah
- Idea diperoleh melalui kaedah sumbang saran, teknik Delphi, Kumpulan

Fokus

- Cth : Pengurus mengadakan sesi sumbang saran dengan pasukan jualan
dengan mencadangkan tiga idea iaitu meningkatkan promosi jualan,
meningkatkan kemahiran jurujual dan mengubahsuai rekabentuk
kereta bagi menyelesaikan masalah kemerosotan jualan kereta

5. Menilai alternatif PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4
6. Memilih alternatif
Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

- Pengurus menganalisis kelebihan dan kelemahan setiap alternatif yang
disenaraikan

- Penggunaan analisis SWOT, Rajah Tulang Ikan, Pokok Keputusan untuk
menganalisa data

- cthnya : Pengurus menggunakan pokok keputusan untuk menghitung nilai
jangkaan kewangan terbaik daripada alternatif yang ada bagi
mengatasi masalah kemerosotan jualan kereta

- Pengurus memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik iaitu yang
memberikan pulangan tertinggi

- cthnya : pengurus memilih untuk meningkatkan promosi jualan kerana
memberikan pulangan yang tertinggi pada kos yang terendah

3. Alat pembuatan keputusan kuantitatif

1. Statistik - maklumat dalam bentuk angka dikumpul,disusun, ditafsir menggunakan model

deskriptif statistik untuk bantu pengurus buat keputusan / kesimpulan

- Min : purata set data iaitu jum semua nilai/data dibahagikan dengan bilangan data

- Mod : nilai/data yang kerap berulang

- Median : nilai/data yang terletak ditengah-tengah dalam susunan menaik

- Julat : perbezaan antara nilai terbesar dengan nilai terkecil dalam satu set data

- sisihan piawai : purata jarak/sisihan setiap nombor daripada nilai purata

2. Carta dan - dilukis untuk memaparkan maklumat berangka dlm bentuk grafik yang menarik dan

Graf mudah difahami

- kebaikan :

i. lebih cepat kerana dapat menjelaskan banyak perkara

ii. lebih objektif dan tepat untuk membuat keputusan yang tepat dan ada bukti

iii. menjimatkan kos, masa dan tenaga

iv. mudah difahami kerana persembahan dalam bentuk grafik yang lebih jelas

3. Pokok - satu gambarajah yang merujuk kepada pembentukan alternatif pilihan yang dapat

keputusan membantu pembuatan keputusan untuk memilih keputusan yang terbaik

- kebaikan :

i. keputusan dibuat dalam bentuk objektif kerana menggunakan data-data berangka

yang lebih tepat

ii. memudahkan proses menbuat analisis dan perbandingan

iii. proses pembuatan keputusan menjadi lebih cepat kerana menggunakan

teknologi serta boleh diprogramkan bagi jenis keputusan rutin

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

4. Alat pembuatan keputusan kualitatif

1. Analisis Tulang Ikan - digunakan untuk menganlpasti masalah sebenar melalui percambahan

fikiran

- 4 langkah utama :

1. mengenalpasti masalah yg berlaku

2. mengenalpasti punca-punca utama yg menyebabkan masalah itu berlaku

3. mengenalpasti punca-punca sampingan bagi setiap punca utama

4. mengenalpasti punca sebenar yang menyebabkan masalah itu berlaku

2. Sumbang saran - kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah

- melalui pencambahan fikiran, semua ahli dalam kumpulan boleh

menyumbangkan fikiran/pendapat tentang topik yang dibincangkan secara

bebas

- ciri – ciri :

• Semua idea perlu diterima tidak kira samada munasabah/tidak relevan

• Ahli bebas menyumbang seberapa banyak idea, semakin banyak idea

semakin baik keputusan dapat dibuat

• Tidak dibenarkan mengkritik/menilai idea

• Beberapa idea boleh digabung untuk menjadikan ia lebih bernas

3. Kumpulan Fokus - individu daripada pelbagai latar belakang pengetahuan, kemahiran dan

pengalaman dikumpulkan untuk menyumbangkan maklumat dalam format

berstruktur

- seorang moderator/fasilitator dilantik untuk membantu kumpulan membuat

perbincangan

- kumpulan terdiri daripada 8 – 14 orang ahli

- ahli akanmeneri pendapat dan ahli lain boleh memberi komen supaya idea

menjadi lebih kreatif

- satu keputusan akan dicapai berdasarkan persetujuan semua ahli

4. Teknik Delphi - kaedah pembuatan keputusan yang kreatif dan memerlukan masa yang

lama

- ahli kumpulan akan memberi idea melalui beberapa pusingan

- jenis keputusan yang dibuat adalah berisiko tinggi

- ahli kumpulan tidak akan bersemuka dan identiti ahli dirahsiakan

- kebaikan :

• Idea yang banyak daripada pelbagai pihak diperolehi

• Amat sesuai untuk menyelesaikan isu yang sensitive

• Idea dapat dijana dengan baik kerana pemberi idea diberi beberapa

pusingan untuk menyumbang idea

5. Kumpulan Nominal - digunakan untuk mendapatkan idea yang terhad

- keputusan dibuat melalui persetujuan majoriti dalam masa yang singkat

- ahli kumpulan akan bertukar idea dan ahli panel ditubuhkan bagi membuat

keputusan

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

5. Faktor kedapatan maklumat dalam pembuatan keputusan

1. Kaedah mendapat - kaedah mendapatkan maklumat yang jelas dan daripada sumber yang sahih,

maklumat maka keputusan yang dibuat adalah lebih baik

- maklumat boleh diperolehi daripada sumber primer dan sekunder, dimana

maklumat daripada sumber primer lebih tepat berbanding sumber sekunder

2. Kuantiti maklumat - Cth : maklumat daripada soal selidik terhadap pengguna adalah lebih tepat
- sekiranya jumlah maklumat yang diperolehi adalah banyak dan daripada

pelbagai sumber, maka pembuatan keputusan yang lebih baik dapat dibuat

3. Jangka masa - cth : maklumat yang lengkap tentang bahan membuat pakaian seperti kos,
mendapatkan jenis kain, pembekal, kualiti
maklumat
- sekiranya masa yang diberikan untuk mendapatkan maklumat panjang,
maklumat yang lebih banyak dan berkualiti akan diperolehi dan keputusan
yang dibuat akan lebih tepat

4. Kualiti maklumat/ - cth : Pengurus akan memperolehi lebih banyak maklumat tentang punca
kesesuaian yang menyebabkan masalah kemerosotan jualan pakaian jika masa
maklumat yang lebih panjang diberikan

- sekiranya maklumat yang bersesuaian / relevan /terkini dengan isu yang
diperolehi daripada sumber yang sahih, maka keputusan yang baik dapat
dibuat

5. Ketepatan - cth : maklumat yg bersesuaian dgn syarikat pakaian seperti citarasa
maklumat pengguna, fesyen terkini, jenis material

- sekiranya maklumat yang diperolehi tepat dan memberikan gambaran yang
sebenar daripada sumber yang sah dan boleh dipercayai, maka keputusan
yang dibuat adalah lebih baik

- cth : maklumat tentang umur dan jantina penduduk diperolehi daripada
Jabatan Pendaftaran Negara membantu syarikat dalam membuat
segmentasi pasaran pakaian

6. Faktor kecekapan pembuat keputusan dlm pembuatan keputusan

1. Kebijaksanaan - Pengurus yang memiliki pendidikan yang tinggi, pengetahuan &

pengalaman yang luas mampu buat keputusan yang tepat

2. Kreativiti - Pengurus yang kreatif mampu menjana idea baru dalam membuat

keputusan

3. Personaliti - Pengurus yang konservatif sangat teliti/ berhati-hati dalam membuat

keputusan

4. Nilai yg diamalkan - Pandangan pengurus terhadap sesuatu perkara seperti nilai agama,

oleh pembuat politik, ekonomi, sosial, teoritikal mempengaruhi pembuatan keputusan

keputusan

5. Intuisi - Pengurus membuat keputusan berdasarkan gerak hatinya yang terbentuk

daripada pengalaman/pengetahuan lampau

6. Kemahiran - Pengurus yang pakar/mahir dalam sesuatu bidang pekerjaan berupaya

membuat keputusan yang tepat

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

7. Faktor situasi dalam pembuatan keputusan

1. Kepastian - Pembuat keputusan mempunyai maklumat yang banyak, lengkap, tepat tentang

punca masalah & alternatif penyelesaian

- Keputusan yang dibuat diyakini mencapai matlamat yang ditetapkan

- Keputusan yang dibuat untuk menyelesaikan masalah yang sering berlaku

2. Ketidakpastian - cth : Keputusan membeli bahan mentah, pengambilan pekerja

- Pembuat keputusan tidak mempunyai maklumat yang banyak, lengkap, tepat
tentang punca masalah & alternatif penyelesaian

- Keputusan yang dibuat diyakini mencapai matlamat yang ditetapkan
- Pembuat keputusan menggunakan pengalaman, kreativiti untuk membuat

ramalan ke atas situasi yang berlaku

3. Risiko - cth : Keputusan menghadapi kemasukan pesaing baru yang tidak dijangka
- Keputusan dibuat dalam keadaan persekitaran yang sentiasa berubah dan sukar

dijangka
- maklumat yang diperolehi tidak lengkap/ kurang tepat

4. Kesamaran - cth : menjual produk di pasaran baru
- Keputusan dibuat dalam keadaan persekitaran yang paling sukar
- Pembuat keputusan langsung tidak mempunyai maklumat yang tepat/lengkap

untuk menjana alternatif
- hasil daripada keputusan yang dibuat tidak jelas/tidak mungkin dicapai
- Pengurus perlu berimaginatif dan bersikap analitikal dalam pemerhatian dalam

menyelesaikan masalah

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

SMK METHODIST SIBU
PengajianPerniagaanPenggal 2

ModulPembelajaran

Bab 4 PembuatanKeputusan

4.1 Proses PembuatanKeputusan
4.1.1 Jenis Keputusan

a) Maksud pembuatan keputusan

b) Jeniskeputusan Tak
rutin
Rutin

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

4.1.2 Proses PembuatanKeputusan

4.2 AlatPembuatanKeputusan K

Alat
Pembuatan
Keputusan
K

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

4.2.1 AlatPembuatanKeputusanKuantitatif

Keputusan
Kuantitatif

SD PK
() ()

min Mod Median Sisihan Varians Julat
Piawai

a) StatistikDeskriptif

Kaedah Formula Soalan Penyelesaian

1. Min

2. Mod
3. Median
4. SisihanPiawai

5. Varians

6. Julat

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

b) Pokok Keputusan Rajah Soalan Penyelesaia
Langkah Pembentukan

4.2.2 Alat Pembuatan keputusan kualitatif

Analisis Tulang
Ikan

Sumbang Saran
Kumpulan
Fokus

Teknik Delphine
Kumpulan
Nominal

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

Latihan pembentukan Tulang Ikan
Langkah 1 : Mengenal pasti masalah utama
Langkah 2: Mengenal pasti punca-punca utama
Langkah 3: Mengenal pasti punca sampingan
Langkah 4: Mengenal pasti punca sebenar
Langkah 5: Mengambil Tindakan susulan/pembetulan

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan
4.3 Faktor Mempengaruhi Pembuatan Keputusan
4.3.1 Faktor Kedapatan Maklumat

a) Pengaruh faktor kedapatan maklumat

Faktor pengaruh

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan
4.3.2 Faktor Kecekapan Pembuatan Keputusan

Faktor
kecekapan

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

4.3.3 Faktor Situasi Pembuatan Keputusan

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

BAB 4 PEMBUATAN KEPUTUSAN

4.1.1 TAKRIFAN PEMBUATAN KEPUTUSAN
1) Berikan maksud pembuatan keputusan serta jelaskan kaedah pembuatan keputusan yang rasional.

[6]
2) Berikan maksud pembuatan keputusan dan jelaskan jenis-jenis pembuatan keputusan. [4]

4.1.2 JENIS KEPUTUSAN
1) Jelaskan dua jenis keputusan dalam pengurusan organisasi pengeluaran produk tekstil. [6]
2) Jelaskan maksud keputusan tak rutin dan huraikan kepentingan keputusan tersebut kepada

pengurusan peringkat atasan. [5]
3) Jelaskan keputusan rutin dan keputusan tak rutin dalam pembuatan keputusan oleh seseorang

pengurus. [4]
4) Keputusan tidak rutin boleh dibahagikan kepada dua sifat. Terangkan kedua-dua sifat tersebut. [4]

5) Huraikan keputusan rutin yang perlu dilakukan oleh seorang pengurus perniagaan. [5]

6) Cik June adalah penyelia pemasaran kepada sebuah syarikat yang memasarkan barangan keperluan
hospital.Superior Cik June adalah pengurus pemasaran, Encik Singh. Ketua Pegawai Eksekutif
syarikat ialah Encik Takashi.

Huraikan jenis-jenis keputusan yang perlu dibuat oleh ketiga-tiga mereka semasa menjalankan
tugasan seharian masing-masing.

(a) Cik June (2)
(b) Encik Singh (2)
(c) Encik Takashi (2)

7) Jelaskan tentang keputusan bersifat adaptif dan keputusan bersifat inovatif dengan memberi satu
contoh untuk setiap satunya. (6)

8) Jelaskan jenis-jenis keputusan yang sering dilakukan oleh pengurus pengeluaran dalam sesebuah
organisasi. [6]

9) Huraikan keputusan rutin yang perlu dilakukan oleh seorang pengurus perniagaan. [5]
10) Jelaskan dua kaedah pembuatan keputusan serta nyatakan contoh untuk setiap satunya.[4]

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

4.1.4 PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN

1) Huraikan dua langkah pertama dalam proses membuat keputusan. [4]
2) Nyatakan jenis-jenis data dan maklumat dalaman organisasi yang perlu diambil kira dalam proses

pembuatan keputusan yang rasional. [4]
3) Terangkan dua kaedah penilaian alternatif bagi data kualitatif dalam proses pembuatan keputusan

yang rasional. [4]
4) Senaraikan jenis data dan maklumat luaran organisasi yang biasanya dikutip semasa proses

pembuatan keputusan. [5]
5) Jelaskan pertimbangan yang perlu dibuat oleh pembuat keputusan semasa membuat pemilihan

sesuatu alternatif. [6]
6) Encik Rosdi, pengurus jabatan pengeluaran Syarikat Mayang Sari telah ditugaskan untuk

menghasilkan makanan segera berperisa baharu untuk memenuhi kehendak pelanggan. Jelaskan
maklumat-maklumat yang perlu dikumpul oleh Encik Rosdi dalam proses membuat keputusan
menghasilkan makanan segera berperisa baharu. [6]
7) Nyatakan langkah-langkah dalam proses pembuatan keputusan rasional. [6]
8) Huraikan bagaimana pengurus mengenal pasti masalah dalam organisasi ketika membuat
keputusan. [5]
9) Seorang peniaga yang sedang membuat perancangan untuk perniagaannya perlu membuat
keputusan tentang pelbagai masalah atau isu yang dia hadapi dan peluang yang wujud pada ketika
itu. Jelaskan cara peniaga boleh membuat keputusan. (6)
10) Seorang usahawan ditawarkan peluang untuk menyertai francais untuk membuka kios penjualan
minuman campuran teh dan jus buah-buahan (bubble tea). Francaisor terscbut adalah dari
Taiwan.

Jelaskan kriteria kecukupan dan kebolehlaksanaan yang digunakan untuk menilai tindakan
alternatif dalam proses pembuatan keputusan. (6)

11) Berikan enam halangan dalam proses pembuatan keputusan yang berkesan. [6]

12) Huraikan langkah-langkah dalam membuat keputusan yang rasional. [6]

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

4.2 ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN

1) Dengan memberikan contoh, jelaskan maksud pembuatan keputusan secara kualitatif dan
pembuatan keputusan secara kuantitatif. [4]

2) Dengan menggunakan contoh yang sesuai, huraikan maksud pembuatan keputusan secara kualitatif
dan pembuatan keputusan secara kuantitatif. (6)

3) Nyatakan alat membuat keputusan kualitatif dan kuantitatif. [4]

4.2.1 ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN KUANTITATIF
Berikut adalah rekod pinjaman buku di Perpustakaan Awam Bandar Ulu Tiram [6]

Bulan Jan Feb March April Mei

Jumlah pinjaman buku 94 100 113 108 122

1) Hitung min dan sisihan piawai bagi pinjaman buku tersebut.

2) Berikut ialah maklumat yang diperoleh daripada Syarikat Teksi Ramli sepanjang minggu pertama
operasinya.

Hari Bilangan penumpang (orang)

Isnin 31

Selasa 38

Rabu 42

Khamis 38

Jumaat 42

Sabtu 40

Ahad 42

Hitung min, median dan mod penumpang syarikat teksi itu bagi minggu tersebut. [6]

3) Huraikan penggunaan statistik dalam perniagaan bagi bidang berikut:
(i) Bidang pengeluaran [2]
(ii) Bidang pemasaran [2]

(iii) Bidang kewangan [2]

4) Jelaskan maksud min, median, mod, julat dan sisihan piawai dalam pengiraan statistik deskriptif.
[5]

5) Jelaskan alat membuat keputusan menggunakan kaedah rajah pokok keputusan. [4]
6) Terangkan dua kelebihan Alat Keputusan Kuantitatif. [4]
7) Huraikan maksud pokok keputusan dan ciri-ciri yang perlu dalam membina pokok keputusan. [5]
8 ) Berikan maksud statistik deskriptif dan huraikan dua contoh alat statistik deskriptif. [5]
9) Jelaskan empat kebaikan penggunaan alat pembuatan keputusan dalam bentuk data dan graf. [4]

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

10) Berikut ialah maklumat yang diperoleh daripada Syarikat Teksi Akid sepanjang minggu pertama
operasinya.

Hari Bilangan penumpang (orang)
Isnin 32
Selasa 39
Rabu 43
Khamis 39
Jumaat 43
Sabtu 41
Ahad 43

Hitung min, median, dan mod penumpang syarikat teksi itu bagi minggu tersebut. [6]

11) Syarikat Unibina terlibat dalam perniagaan pemasangan komponen elektronik. Berikut adalah prestasi
pengeluaran 5 kumpulan pekerjanya dalam sebulan:

Kumpulan Pekerja Pengeluaran (unit)

A 330

B 270

C 310

D 295

E 282

(a) Hitungkan min, median dan julat.
(b) Berdasarkan (a) buat tiga kesimpulan tentang prestasi pengeluaran kumpulan pekerja tersebut.
(c) Cadangkan satu cara yang syarikat boleh ambil untuk meningkatkan prestasi pengeluaran
kumpulan pekerjanya.

12) (a) Terangkan tentang pokok keputusan.
(b) Syarikat Biba ingin meningkatkan jualannya. Syarikat boleh melaksanakan tiga langkah
seperti yang berikut:

Langkah Pasaran Untung (RM) Pasaran Rugi (RM)
Melancarkan promosi 70000 -20 000
Meningkatkan kualiti dan bilangan
jurujual 80 000 -30 000
Tidak membuat apa-apa
Kebarangkalian 0 0
0.57 0.43

Lukis pokok keputusan berdasarkan maklumat di atas dan jelaskan langkah terbaik yang
boleh dilaksanakan oleh syarikat. (6) .

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

13) Berikan sebab-sebab pokok keputusan merupakan suatu teknik pembuatan keputusan yang
efektif. (4)

14) Berikut adalah data penjualan minuman ringan berkarbonat (dalam ribu botol) oleh Syarikat Z
dan Syarikat M untuk Julai-Disember 2012.

Syarikat Jun Jul Ogos Sept Oct Nov. Dis.
Syarikat Z 89 82 84
Syarikat M 90 87 88 83 86 80 86

85 87 78 94

Hitung min jualan dan sisihan piawai jualan bagi kedua-dua syarikat. Komen dan nyatakan
syarikat yang manakali yang lebih tekal. (6)

15) Sebuah kerajaan bercadang untuk menggunakan tenaga nuklear bagi memenuhi keperluan elektrik
negara untuk 20 tahun yang akan datang. Namakan dan jelaskan alat membuat keputusan
kualitatif yang sesuai digunakan untuk tujuan ini. (6)

16) Huraikan alat membuat keputusan kuantitatif. [4]

17) Lukiskan gambar rajah pokok keputusan dan terangkan penggunaannya. [6]

18) Huraikan maksud pokok keputusan dan ciri-ciri yang perlu dalam membina pokok keputusan. [6]

19) Berikan maksud statistik deskriptif dan huraikan dua contoh alat statistik deskriptif. [5]

20) Huraikan penggunaan pokok keputusan sebagai alat pembuatan keputusan. [6]

21) Perihalkan dua kebaikan alat pembuatan keputusan kuantitatif. [4]

22) Jelaskan dua kebaikan penggunaan alat pembuatan keputusan dalam bentuk data dan graf. [4]

23) Terangkan dua kelemahan Alat Keputusan Kuantitatif. [4]

24) Berikut ialah markah ujian bulanan pelajar tingkatan 6 Aktif bagi mata pelajaran Pengajian
Perniagaan penggal 2.

72, 50, 67, 60, 36,15, 21,19, 22, 48, 72, 89, 74, 91,16

Berdasarkan data di atas, kirakan:

(i) Min [2]

(ii) Mod [2]

(iii) Median [2]

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

25) Data yang berikut ialah markah yang diperoleh lima orang pelajar dari dua buah kelas yang
mengambil peperiksaan bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan.

Pelajar 6AA 6 AB
1 78 80
2 64 57
3 70 90
4 60 44
5 58 84

(i) Hitung min markah dan sisihan piawai markah bagi kedua-dua kelas tersebut.
(ii) Berdasarkan kiraan yang diperoleh, kelas manakah yang lebih baik dari segi pencapaian bagi mata

pelajaran Pengajian Perniagaan? [5]

26) Berikut merupakan maklumat tentang peminjaman buku dalam seminggu di perpustakaan awam
di Bandaraya Ipoh. Perak.

Hari Bilangan Peminjam

Isnin 31

Selasa 38

Rabu 42

Khamis 38

Jumaat 42

Sabtu 40

Ahad 42

Hitung min, median, mod. dan sisihan piawai peminjam buku pada minggu berkenaan. [5]

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

4.2.2 ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN KUALITATIF

1) Lukis gambarajah analisis tulang ikan yang menggambarkan sebab kemerosotan pengeluaran
produk. [5]

2) Berikan empat kelemahan menggunakan Teknik Delphi dalam kutipan maklumat. [4]
3) Jelaskan lima kelemahan pembuatan keputusan secara berkumpulan. [5]
4) Senaraikan lima asas utama Teknik Delphi seperti yang diperkenalkan oleh Linstone dan gg Turoff.

[5]
5) Sebuah syarikat pengeluar kain mulai mengalami kerugian sejak kebelakangan ini. Huraikan

punca-punca kecil bagi masalah tersebut melalui kaedah analisis tulang ikan. [5]
6) Nyatakan lima ciri pemikiran kreatif. [5]
7) Senaraikan enam ciri pemikiran kreatif yang perlu ada pada seorang pengurus. [6]
8) Terangkan kaedah Teknik Delphi sebagai alat membuat keputusan ketika organisasi menghadapi

masalah kekurangan pekerja untuk tahap pengeluaran yang diperlukan. [4]

9) Terangkan kreativiti dan inovasi sebagai alat membuat keputusan kuantitatif. [6]
10) Lakarkan gambar rajah tulang ikan dalam proses membuat keputusan. [6]
11) Jelaskan dua kebaikan penggunaan teknik Delphi dalam pembuatan keputusan. [4]

12) Perniagaan pada zaman kini sering menghadapi persaingan yang hebat. Mereka perlu membuat
keputusan bersifat inovatif supaya dapat mengekalkan daya saing masing-masing.

Berikan dua contoh keputusan yang diambil oleh perniagaan yang anda anggap bersifat
inovatif. (4)

13) Encik Azmir dan Encik Izmir masing-masing memegang jawatan pengurus projek di sebuah
syarikat kejuruteraan. Encik Azmir mempunyai pengalaman bekerja sebagai pengurus projek
selama 20 tahun manakala Encik Izmir pula selama lima tahun.

Huraikan perbezaan antara mereka berdua daripada aspek pembuatan keputusan secara
kualitatif. (4)

14) Analisis SWOT adalah satu alat yang boleh digunakan untuk membantu membuat keputusan.
Terangkan kegunaan analisis SWOT. (4)

15) Jualan Syarikat Alpha telah merosot kebelakangan ini. Pihak pengurusan syarikat mengadakan
beberapa perjumpaan untuk membincangkan masalah ini serta berusaha untuk mencari cara
mengembalikan prestasi jualan syarikat.

Huraikan langkah yang diambil oleh pengurusan syarikat untuk meningkatkan prestasi jualan
Syarikat. (6)

16) Huraikan maksud teknik pembuatan keputusan kumpulanfokus berserta dengan satu contoh yang
sesuai. (6)

17) Jelaskan tentang sumbang saran sebagai alat pembuatan keputusan kualitatif. (6)

18) Sebuah syarikat ingin menjalankan projek tanggung jawab korporat untuk lima tahun akan datang.
Jelaskan cara mereka projek tanggungjawab korporat melalui teknik kumpulan nominal. (4)

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

19) Seorang pengurus kilang koko mendapati kualiti keluaran serbuk kokonya telah menurun.
Galurkan langkah-langkah yang diambil untuk menghasilkan gambar rajah tulang ikan untuk
menunjukkan sebab dan kesan penurunan kualiti serbuk kokonya. (4)

20) Mutu keluaran biskut Syarikat Biskoti telah merosot, menyebabkan jualannya menurun. Lukis
gambar rajah analisis tulang ikan untuk menunjukkan empat sebab yang mungkin menyebabkan
penurunan mutu keluaran biskut syarikat tersebut. (6)

21) Jelaskan tentang teknik Delphi dan kelemahan teknik tersebut. (4)

22) Pembuatan keputusan secara berkumpulan adalah lebih baik berbanding pembuatan keputusan
secara persendirian. Huraikan kelebihan pembuatan keputusan secara berkumpulan dan
kelemahan pembuatan keputusan secara persendirian. (4)

23) Senaraikan lima tahap kreativiti yang perlu ada pada seorang pengurus. [5]

24) Nyatakan langkah-langkah dalam proses inovasi. [4]

25) Senaraikan lima kelemahan penggunaan teknik Delphi. [5]

26) Nyatakan empat syarat yang perlu dipatuhi dalam aktiviti sumbangsaran. [4]

27) Encik Ahmad mengusahakan gerai burger di hadapan rumahnya. Gerainva beroperasi pada setiap
jam 7.00 hingga jam 1.00 pagi. Beliau menggunakan bahan mentah yang diperoleh dari kedai
yang berhampiran dengan harga murah. Baru-baru ini terdapat rungutan daripada pelanggannya
yang menyatakan bahawa burgernya mempunyai rasa yang kurang sedap serta masa menunggu
yang lama untuk mendapatkan burger yang ditempah. Hal ini menyebabkan perniagaannya mula
mengalami kemerosotan dan pelanggannya beralih kepada pesaing yang berhampiran.

Dengan menggunakan gambar rajah tulang ikan. terangkan kaedah terbaik yang boleh digunakan
oleh Encik Ahmad untuk mengenal pasti masalah yang menyebabkan kemerosotan dalam jualan
burgernya. [5]

28) Terangkan kaedah teknik Delphi sebagai alat membuat keputusan. [4]

29) Terangkan langkah-langkah dalam pembinaan gambar rajah tulang ikan. [4]

4.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBUATAN KEPUTUSAN

1) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan. [6]

2) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan sesuatu keputusan. [6]

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

4.3.1 FAKTOR KEDAPATAN MAKLUMAT

1) Huraikan dua faktor kedapatan maklumat yang mempengaruhi pembuatan keputusan. [4]

2) Jelaskan kepentingan kedapatan maklumat dalam pembuatan keputusan oleh pengurus dan berikan
dua sumber maklumat. (4)

3) Faktor kedapatan maklumat dalam pembuatan keputusan sesebuah organisasi boleh diperoleh dari
dalam dan luar organisasi. Jelaskan. [4]

4.3.2 FAKTOR KECEKAPAN PEMBUAT KEPUTUSAN
1) Jelaskan tiga faktor kecekapan pembuat keputusan yang mempengaruhi proses pembuatan

keputusan secara keseluruhan. [6]

2) Jelaskan faktor luar berikut yang boleh mempengaruhi kecekapan pembuat keputusan.
(a) Faktor masa (2)
(b) Tekanan dan pengaruh pihak luar (2)
(c) Pelaburan yang telah ditanamkan (2)

3) Huraikan tiga faktor kecekapan pembuatan keputusan. [6]

4.3.3 FAKTOR SITUASI PEMBUATAN KEPUTUSAN
1) Jelaskan faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan berdasarkan situasi berikut:

i) Kepastian [2]
ii) Ketidakpastian [2]

2) Terangkan tiga maklumat relevan yang diambil kira semasa membuat keputusan tentang pembelian
sebuah kenderaan untuk kegunaan pengangkutan bagi sebuah perniagaan pembekal barang runcit.
[6]

3) Jelaskan tiga maklumat yang relevan untuk membuat keputusan dalam pembelian sebuah rumah
untuk kegunaan keluarga. [6]

4) Nyatakan empat faktor situasi dalam membuat keputusan berisiko. [4]
5) Berdasarkan dua keadaan rang berikut, nyatakan dan terangkan tentang situasi pembuatan

keputusan.
(a) Keadaan 1- wabak penyakit selesema. (2)
(b) Keadaan 2- pejabat perlu menggaji seorang kerani akaun. (2)

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan

6) Jelaskan kesan terhadap keputusan yang dibuat dalam keadaan kepastian, berisiko dan
ketidakpastian. (6)

7) Seorang pengurus ditugaskan untuk merancang strategi pemasaran untuk suatu produk baharu.
Beliau kurang yakin kerana tidak begitu jelas tentang pasaran produk berkaitan.

Jelaskan situasi pembuatan keputusan yang dihadapi oleh beliau dan kaedah yang boleh
digunakannya untuk menangani masalah tersebut. (6)

8) Huraikan dua faktor situasi pembuatan keputusan. [4]

9) Jelaskan pengaruh situasi terhadap pembuatan keputusan berisiko, ketidakpastian, dan kesamaran.
[6 ]

PENGAJIAN PERNIAGAAN P2B4

Pengajian Perniagaan P2B4 | LeeHwa Tan


Click to View FlipBook Version