The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by malytan, 2021-07-14 23:37:05

Modul PP SEM3 BAB4

Modul PP SEM3 BAB4

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN

Disediakan oleh
Tan Lee Hwa

Guru Pengajian Perniagaan

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN

4.0 ETIKAH PERNIAGAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

4.1.1 Pendekatan tindakan keretika
a) Mentakrikan etika kerja

Maksud etika
• Pengurusan individu terhadap nilai-nilai moral berkenaan dengan mana baik dan tidak baik,satu piawai yang

mengawal moral tingkah laku

Maksud etika perniagaan
• Kajian ke atas perlakuan atau tingkah laku moral yang menghasilkan peraturan dan prinsip dala situasi

perniagaan.
• Menentukan sesuatu kelakuan itu betul laku dan moral salah perniagaan

Maksud etika kerja
Tindakan etika pegawai-pegawaiorganisasi yang berkaitan dengan budaya organisasi itu sendiri yang
telahditerapkan oleh pihak pengurus atasan.
a) Menjelaskan maksud ‘dilema etika’ dan menguraikan pendekatan tindakan beretika yang merangkumi

utilitarian, individualisme,hak moral, dan keadilan

Dilemma etika timbulan dalam keadaan yang memaksa seseorang untuk mengenalpasti tindakan mana yang
betul atau salah apabila nilai-nilai moral bercanggah. Etika selalunya melibatkan seseorang individu untuk
membuat keputusan dan terdapat dan terdapat pelbagai isu yang sukarv diselesaikan .

Berikut adalah situasi apabila perlu membuat pilihan atau berada dalam etika

• Syarikat anda berhasrat untuk membina sebuah kilang pembuatan baru di luar Negara. Anda boleh
menyimpan dalam $5 juta dengan tidak memasang peralatan kawalan percemaran standard yang digunakan
di amerika syarikat. Kilang itu akan mengambil ramai pekerja tempatan di sebuah Negara miskin di mana
peluang pekerjaannya adalah terhad. Hasil penyelidikan anda mendapati bahawa isa buangan dari kilang itu
boleh menjejaskan industrri perikanan tempatan berkenaan. Akan tetapi, memasang peralatan kawalan
pencemaran besar kemungkinan akan menaikkan kos pembinaan kilang tersebut.

• Anda adalah pengurus perakaunan bahagian yang menghasilkan$15.000 pendapatan di bawah sasaran
keuntungan. Lebih kurang $20.000 perkakasan pejabat telah dihantar pada 21 disember. Peraturan
perakaunan menetapkan bahawa ia wajib untuk membayar perbelanjaan apabila ditanggung.pengurus besar
bahagian anda menimta anda untuk tidak merekodkan invois sehingga bulan februari

PENDEKATAN UTILITARIAN

• Model ini menilai kesan gelagat dan keputusan seseorang individu terhadap pihak lain.
• Tindakan yang dipilih mesti memberi kebaikan atau feadah kepada majorit individu dalam masyarikat sesuatu

keputusan yang dibuat bergantung kepada faedah yang diperolehi untuk kepentingan mojoriti

• Sesuatu keputusan yang dibuat bergantung kepada hasil yang diperoleh daripada pelaksanaannya .
• Contoh: suatu pembangunan projek empangan di suatu daerah boleh dilaksanakan walaupun terpaksa

memindahkan 100 penghuni kawasan berkenaan kerana menberi faedah kepada 10 juta penduduk yang lain,
kerana 100 orang mangsa pemindahan tidak memberi makna besar kepada kebaikan yang diberi kepada 10
juta orang lain.

PENDEKATAN INDIVIDUALISME

• Keputusan yang menberi kebaikan jangka panjang kepada seseorang individu itu dianggap tindakan yang
betul.

• Kepentingan individu perlu diutamakan dan menjadi kayu pengukur dalam membuat sesuatu keputusan
• Apabila semua individu berlumba-lumba untuk menjaga kepentingan masing-masing, kebaikan bersama

akhirnya dapat dihasilkan kerana semua individu akan menjaga untuk bertoleransi dengan yang lain untuk
menjaga kepentingan jangka panjang mereka

• Kesen pendekatan individualisme boleh membawa kepada kejujuran dan integrity untuk diaplikasikan dalam
jangka masa panjang

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN

• Contoh jika seseorang usahawan membuat penipuan untuk kepentingan diri jangka pendek boleh

mempengaruhi rakan-rakan perniagaan meraka juga membuat penipuan .jadi tindakan seseorang memberi

impak kepada individu-individu lain.

PENDEKATAN HAK MORAL
• Menggariskan bahawa setiap individu mempunyai hak-hak asasi dan kebebasan yang tidak boleh dicabuli

oleh keputusan yang dibuat seseorang individu.

• Keputusan beretika adalah langkah yang terbaik diambil untuk mengekalkan hak-hak setiap individu yang
terlibat.

• Enam hak-hak moral harus diteliki semasa membuat keputusan;
o Hak memberi persetujuan. Setiap individu berhak memberi persetujuannya sebelum diambil apa-apa
tindakan.
o Hak privasi. Kehidupan peribadi setiap individu berhak dihormati apabila di luar bidang pekerjaannya
dan dia berhak mengawal kehidupanperibadinya.
o Hakj kebebasan suara hati. Setiap individu berhak mencegah daripada melakukan apa-apa yang boleh
melanggari moral atau norma-norma agamanya
o Hak kebebasan bersuara. Setiap individu berhak menyuarakan pendapat berkanaan etika individu lain
terhadapnya atau kesan-kesan dari tindakan mereka mengikut tatatertib undang-undang.
o Hak untuk dibicarakan.setiap individu berhak untuk hidup tanpa gagguan atau pencabulan kesihatan dan
keselamatannya

• Contonyan seseorang majikan perlu menghormati hak pekerja walaupun ini bertentangan dengan keperluan
majikan untuk melihat pekerja-pekerja lebih cemerlang dan lebih produktif

PENDEKATAN KEADILAN
• Keputusan moral yang hendak dibuat berdasarkan piawaian ekuiti keadilan dan kesaksamaan.
• Keputusan dan gelagat beretika dinilai dari segi keadilan semasa mengagihkan kos dan feadah di kalangan

individu dan kumpulan.
• Tiga jenis keadilan yang dititikberatkan oleh setiap pengurus:
• Pengagihan keadilan

o Setiap individu perlu dilayan sama rata tanpa diskriminasi.
o Individu tidak boleh dilayan dengan cara yang berbeza berdasarkan warna kulit, bangsa, agama,dan

sebagainya
o Contohnya pekerja lelaki dan wanita tidak harus menerima gaji yang berlainan jika mereka melakukan

kerja yang sama.

• Keadilan berprosedur
o Semua peraturan ditadbir dengan saksama
o Peraturan-peraturan tersebut haruslah dinyatakan dengan jelas dan dikuatkuasakan secara konsisten.

• Keadilan pampasan
o Setiap individu harus diberi pampasan sekiranya mendapat kecederaan oleh pihak yang bertanggujawab.
o Individu tidak seharusnya dipertanggungjawabkan untuk perkara-perkara di luar bidang kuasa meraka

4. 1.2 Faktor dalam pilihan pendekatan
a) menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan pendekatan tindakan beretika oleh pengurus dan
organisasi;
1. Pengurus
• Pengurus akan dipengaruhi oleh kehendak dalam kehidupan, latar belakang kehidupan,pegangan
agama,pengaruh keluarga serta sikap pengurus itu sendiri.
• Sikap pengurus yang sentiasa beretika ,mempunyai keyakinan yang tinggi akan mempengaruhi
pembuatan keputusan yang beretika
• Kekuatan ego adalah satu ciri personality yang mengukur kekuatan keyakinan seseorang.

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN

• Tahap pembangunan moral juga mempengaruhi individu yang mana tahap kepatuhan bergantung

kepada hukuman dan ganjaran yang akan diterima.

o Tahap prakonvensional

 Pengurus lebih mementingkan imbuhan,mematuhi peraturan dan mengelakkan daripada hukuman.

 Pengurus lebih bersifat autokratik.

 Matlamat utama ialah semua pekerjah mesti menyelesaikan semua tugasan yang diberikan

o Tahap konvensional

 Pengurus lebih mementingkan kerjasama kumpulan dan menggalakkan semua pekerja mengambil

bahagian.

 Pengurus akan membuat keputusanberdasarkan kehendakdan jangkaan pekerja, keluarga dan

masyarakat

 Pengurus cenderung menjalinkan hubungan yang bauk dengan organisasi

o Tahap prinsip

 Pengurus berpegang kepada tahap moral dan etika yang sangat tinggi.

 Pengurus tidak akan melenggar peraturan kerana nilai moral dalamnnya lebih penting daripada

luaran

 Pengurus akan melatih pekerja membuat keputusan tanpa ada dilemma etika atau kepentingan

peribadi

 Pengurus akan menurunkan kuasa kepada pekerja membuat keputusan dan walaupun tanpa

pengawasn,pekerja akan melakukan semua pekerjaan dengan bertika.

2. Organisasi

• Budaya kerja organisasi yang beretika tinggi dapat mengambarkan bahawa organisasi tersebut
sentiasa menekankan nilai etika dan akan dipandang tinggi oleh masyarakat.

• Organisasi, kerja melaksanakan aktiviti dengan beretika akan menerima pulangan yang positif dalam
jangka masa panjang

• Pengaruh etika akan sentiasa memberi kesan dalam perundangan dan polisi organisasi, peranturan
bertulis, kerja berpasukan, ganjaran, keprihatinan organisasi kepada masyarakat, kepimpinan dan
prosespemb

4.1.3 Jenayah Kolar Putih
a) Mentakrifkan maksud jenayah kolarputih(jenayah perdagangan)

Takrif Jenayah Kolar
perbuatan salah yang dilakukan oleh golongan pertengahan atau atasan bersangktan dengan bidang tugas
atau yang mempunya untuk membuat keputusan dalam organisasi

b) menjelaskan jenis-jenis jenaya kolar putih seperti rasuah,penyelewengan,pecah amanah, kontlik
kepentingan,dan penyalahgnaan kuasa (contoh : Akta Pencegahan Rasuah1997)
Jenis-Jenis Jenayah Kolar Putih

Rasuah
• Dengan niat salah menerima daripada sseorang atau memberi seseorang apa-apa suapan sebagai

dorongan atau upah untuk melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan urusan rasmi atau
urusan principal berkenaan

Suapan ditakrifkan sebagai
o Wang derma, alang pinjaman fi hadiah cagaran harta atau apa-apa jenis harta sama ada alih atau tidak

alih atau apa-apa manfaat seumpannya
o Apa-apa jawatan ,kebesaran pekerjaan kontrak pekerjaan atau perkhidmatan.dan apa-apa perjanjian

untuk memberikan pekerjaan atau memberi perkhidmatan atas apa-apa sifat
o Apa-apa bayaran, pelepasan kontrak pekerjaan atau perkhidmatan ,obligasi, atau liability lain sama ada

keselurunnya atau sebahagian daripadanya
o Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaum, repat,bonus potongan atau peraturan

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN

o Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalty atau

ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau proiding yang

bersifat tatatertib,sivil, atau jenayah sama ada sudah atau belum di mulakan, dan termasuk penggunaan

atau menahan diri daripada mengguanakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasm.

o Apa-apa tawaran atau akujanji, sama ada bersyarikat atau tidak bersyarikat untuk memberikan suapan

mengikut pengertian mana-mana sebelum ini.

Penyelewengan

• Tindakan seseorang atau sesuatu pihak menyelahgunakan harta dengan curang atau menggunakan
harta orang lain atau pihak lain yang telah diamanahkan hak penjagaan demi kepentingan diri sendiri

• Antara contoh penyelewengan:
o Menggelapkanharta dan wang syarikat
 Menggunakan wang syarikat dalam amaun yang banyak untuk membuat pelaburan sendiri
dengan hasrat untuk mengaut keuntungan yang besar.
 Memalsukan rekod-rekod kewangan syarikat agar tindakan mereka tidak dikesan
o Memberikan harta yang bukan miliknya atau milik syarikat kepda orng lain

• Harta syarikat disalahgunakan seperti mesin fotostat, telefon alat tulis dan sebagainya
o Melakukan penipuan yang boleh mendatangkan kerugian kepada pihak yang bertanggujawab

• Menjual maklumat syarikat seperti seperti rasia perdangangan yang meliputi
formula,paten,program dan produk baru.tindakan ini mengambarkan ketidak setiaan kepada
syarikat

Pecah Amanah

• Seseorang yang diberi kuasa untuk menjalankan tanggungjawab telah meletakkan kepentingan peribadi
atau kepentingan lain melebihi kepentingan amanah yang diberikan

• Antara contoh pecah amanah ialah;
o Pengurus menipu atau meniru tandatangan mana-mana pegawai
o Tidak menjaga sesuata senarai hasil,penyata,buku akaun,anggaran,daftar,recit catatan
menyeta ,buku akaum,anggaran,daftar,resit cacatan mensyuarat atau senarai perdermaan atau
mengeluarkan sesuatu surat atau sijil
o Penyalahgunaan duit/harta/wang syarikat untuk diri sendiri
o Menggunakan kepakaran atau maklumat yang dimiliki untuk membeli saham atau aset untuk diri
sendiri

Konflik Kepentingan

• Berlaku apabila seseorang yang mempunyai kuasa dan autoriti tertentu dalam organisasi dan
tindakannya menunjukkan tanda-tanda percanggahan antara kepentingan peribadi dengan kepentingan
tugasanya

• Antara contoh percanggahan yang mungkin wujud ialah:
o Pengarah yang dilantik oleh lembaga pembaga pengarah mewakili kepentingan esuatu kumpulan
tertentu
o Pengarah syarikat mungkin merupakan pengarah syarikat lain yang bersaing antara satu sama lain.
o Mengambil atau menyimpan sebarang untuk rahsia iaitu ganjaran yang diterimah bagi pihak syarikat

Penyalahgunaan kuasa

• Berlaku apabila seseorang diberi kuasa untuk menjalankan tanggujawab berdasarkan bidang tugas yang
diamanahkan,mengambil tindakan atau membuat keputusan melanggar peraturan,prosedur dan
undang-undang yang ditetapkan

• Antara contoh penyalahgunaan kuasa ialah:
o Mempunyai kuasa yang luas atau mengetahui matlumat dalaman sesebuah syarikat dan
disalahgunakan
o Menggunakan wang dan harta syarikat bukan untuk kepentingan syarikat
o Meluluskan tender untuk kepentingan syarikat sendiri

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN

b) menjelaskan hukuman terhadap kesalahan jenayah kolar putih

hukuman terhadap kesalahan jenayah kolar putih

Rasuah

• Penjara untuk tempoh tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada

lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang tinggi.

Penyelewengan
• Hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih enam tahun, sebatan dan denda.

Pecah Amanah
• Hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun, serta sebatan.
• Bagi penjawat awam, jurubank, saudagar dan ejen – hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun

dan tidak lebih 20 tahun, sebatan dan denda

Konflik Kepentingan
• Hukuman pembatalan kontrak sekirannya wujud kontrak yang mengikat kedua belah pihak.

Penyalahgunaan Kuasa
• Contoh kesalahan dan hukuman mengikut akta syarikat 1965

o Menjadi pengarah syarikat tanpa izin mahkamqah setelah hilang kelayakan : hukuman penjara lima
tahun atau denda RM100 000 atau keduanya

o Gagal menzahirkan kepentingan dalam kontrak, harta jawatan dll : hukuman penjara tujuh tahun
atau denda RM150 000.

4.2 tanggungjawab social
13.2 pihak berkepentingan (pemilik tanah)

13.3 a) mentakrifkan maksud tanggungjawab social

Maksud Tanggungjawab Sosial

• Satu kewajipan atau tanggungjawab pihak pengurusan organisasi dalam membuat keputusan dan
mengambil tindakan yang perlu demi menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat serta organisasi.

• Satu kepercayaan bahawa fungsi organisasi dan pengurus itu sebagai pembuat keputusan mestilah
berasaskan kepentingan sosial dan ekonomi.

b) menjelaskan pihak berkepntingan dalam tanggungjawab social teramsuk
I. Primer (pekerja, pemegang saham, pembiaya, pembekal, pelanggan, peruncit, dan pemborong)
II. Sekunder (kerajaan, media, masyarakat, dan kumpulan pendesak)

Pihak-Pihak Berkepentingan Dalam Tanggungjawab Sosial Primer

1. Pekerja
• Menentukan bahawa dasar upah dan gaji adalah mengikut daya pengeluaran dan kecekapan
• Mengamalkan dasar pengambilan pekerja yang adil
• Menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat dimana dapat menjamin kebajikan pekerja
• Memberi jaminan kerja dang anti rugi yang mencukupi apabila pekerja berhenti

2. Pemegang saham
• Menentukan kadar pulangan yang mencukupi dan memastikan pelaburan terjamin.
• Menggunakan sumber kewangan dengan penuh tanggungjawab dan cekap
• Memberi maklumat yang perlu dengan syarat tidak menjejaskan keselamatan dan kecekapan

perniagaan.
• Memastikan objektif tercapai selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip dalam etika.

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN

3. Pembiayaa

• Membayar balik pinjaman tepat pada masa dan jumlah seperti dalam perjanjian.

• Memberikan maklumat perniagaan yang lengkap dan jujur.

• Menggunakan sumber kewangan dengan sewajarnya untuk menghasilakan keuntungan.

4. Pembekal

• Memastikan supaya semua kontrak dinyatakan dengan jelas dan tidak meragukan, dan diterima
sepenuhnya kecuali ditamatkan atau diubah ats persetujuan bersama.

• Memasikan bahawa penyalahgunaan kuasa ekonomi dalam perhubungan urusniaga dengan pembekal
kecil dielakkan dan bagi setiap urusan syarat-syarat pembayaran dipatuhi sepenuhnya seperti
pembayaran dibuat dengan segera seperti dijanjikan.

• Memastikan supaya pembekal tidak menggunakan sumbernya untuk menerima pesanan jangka panjang
kecuali terdapat jaminan yang munasabah bahawa pesanan-pesanan yang diterima daripada
perusahaan perniagaan tidak akan dibatalkan sewenang-wenangnya.

5. Pelanggan

• Menjaga mutu barang-barang dan perkhidmatan supaya terjamin penggunaannya yang cekap.
• Tidak menghasilakan atau menjual barang-barang palsu atau bermutu lebih rendah daripada yang

ditetapkan atau barang-barang seludup atau apa-apa barang yang membahayakan kesihatan dan
keselamatan pengguna.

• Memastikan ejen atau wakil yang dilantik tidak mengenakan harga yang lebih tinggi daripada harga yang
disyorkan.

• Menentukan dan memelihara ketetapan timbangan dan sukatan bagi barang-barang yang dijual.

6. Peruncit

• Membekalkan barang yang diperlukan tepat pada masa, kuantiti dan kualiti yang ditetapkan
• Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat
• Mendapatkan maklum bals dari peruncit
• Memberi ganjaran kepada peruncit untuk menigkatkan motivasi

7. Pemborong

• Membekalkan barang yang diperlukan oleh pemborong
• Mengadakan perjanjian yang adil dan sesuai
• Memberikan maklumat yang lengkap dan cukup
Sekunder

1. Kerajaan

• Mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai undang-undang yang dicadangkan
• Memberikan sumbangan yang positif kea rah penggunaan sumber tenaga manusia dan bahan-bahan

mentah negara yang lebih baik.

• Menyokong program-program yang dianjurkan oelh pihak kerajaan.

2. Media

• Membekalkan maklumat yang benar kepada media untuk disebarkan
• Mengunakan media dengan jujur dan bukan untuk kepentingan peribadi
• Memberikan kerjasama dan hubungan yang baik dan dengan pihak media
• Sentiasa membekalkan maklumat yang dikehendaki media tepat pada masanya.

3. Masyarakat

• Memberikan sumbangan kepada masyarakat seperti biasiswa, pinjaman kepada pelajar tempatan.
• Mengenalpasi keperluan masyarakat dan dapat membekalkan mengikut permintaan
• Membiayai projek-prijek sosial seperti taman permintaan, pondok bas dan tempat rekreasi.
• Memastikan aktiviti perniagaan tidak memudaratkan alam sekitar.

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN

4. Kumpulan pendesak

• Memberikan maklumat yang benar kepada kumpulan pendesak tentang satu-satu isu yang tepat.

• Memberikan kerjasama yang diperlukan oleh kumpulan pendesak

• Menyediakan ruang dan kemudahan kepada kumpulan pendesak untuk menyuarakan pendapat tentang

produk atau perkhidmatan syarikat.

c)menjelaskan tanggungjawab sosial terhadap pihak berkepentingan tersebut
13.2.2 kebaikan dan kelemahan

d) membincangkan kebaikan dan kelemahan terhadap organisasi yang menjalankan tanggungjawab sosial
Kebaikan Perlaksanaan Tanggungjawab Sosial Terhadap Organisasi

• Meningkat imej atau jenama organisasi yang mana sebuah syarikat mempunyai imej atau jenama yang
baik dari perlaksanaan tanggungjawab sosial dan akan dipendang tinggi berbanding pesaing. Firma akan
dilabelkan sebagai organisasi baik dan bersih. Ini sangat diperluakan untuk meningkat jualan dan
sokongan orang ramai.

• Menikmati keuntungan jangka masa panjang. Ini disebabkan oleh sokongan masyarakat ke atas
organisasi terbabit di atas imej baik yang ditunjukkan. Jadi tidak menjadi masalah syarikat mengeluarkan
kos untuk menjalankan tanggungjawab sosial.

• Memberi keyakinan kepada pelabur dalam negeri dan pelabur asing bahawa syarikat bertanggungjawab,
beretika dan telus dalam operasinya.

• Syarikat berupaya membetulkan maslaah sosial dan persekitaran disebabkan operasinya. Antaranya
masalah pencemaran diatasi supaya dapat mencipta hidup dan persekitaran yang lebih baik.

• Pelaksanaan tanggungjawab sosial dengan baik akan menyebabkan harga saham perniagaannya
meningkat dalam jangkamasa panjang. Ini disebabkan organisasi dilihat sebagai kurang berisiko dan
menghasilkan pulangan yang tinggi kepada pemegang-pemegang saham.

• Mempunyai kaitan positif dengan harga saham syarikat di bursa saham. Harga saham akan meningkat
dalam jangka panjang kerana pada pandangan awam, syarikat kurang terdedah kepada kritikan awam
dan risiko imej terjejas.

Kelemahan Perlaksanaan Tanggungjawab Sosial Terhadap Organisasi

• Organisasi merasakan kurang bertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap masyarakat awam kerana
tiada saluran dan masa untuk berbuat demikian. Ini kerana segala keputusan dilaksanakan dalam
syarikat datangnya daripada para pengurus, bukan oleh syarikat. Jadi segala kesilapan akan ditanggung
oleh individu bukan firma.

• Tanggungjawab sosial melibatkan kos yang tinggi ini akan menjejaskan keuntungan syarikat.
Kebiasaannya organisasi akan menyerap kos ini kepada pengguna dengan cara meletakkan harga yang
tinggi. Permintaan akan berkurang dan ini akan menjejaskan keuntungan syarikat.

• Pelanggaran matlamat mencapai keuntungan maksimum kerana tanggungjawab sosial bukan antara
matlamat syarikat kerana tidak termasuk dalam agenda aktivii yang diutamakan. Pelaksanaan
tanggungjawab sosial melemahkan matlamat utama perniagaan.

• Setiap organisasi mempunyai kepakaran dalam bidang perniagaan atau ekonomi sahaja tetapi
kepakaran mengani isu-isu sosial. Jika mereka dipaksa melakukan tangungjawab sosial ini akan
meningkatkan kos sahaja.

• Faedah daripada tanggungjawab sosial hanya dinikmati oleh masyarakat luar dan tidak memberi faedah
kepada perniagaan tersebut.

• Syarikat telah pun membayar cukai korporat kepada kerajaan jadi kerajaan patut gunakan cukai tersebut
untuk menyediakan kemudahan untuk masyarakat.

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN
13.2.3 warga korporat

e) menjelaskan maksud warga korporat
a) menaytakan peranan warga korporat

takrif warga korporat
• Peringkat pengurusan atasan yang terlibat dalam aktiviti perniagaan korporat.
• Golongan warga korporat ialah
o Pemegang saham iaitu pelabur yang menyumbangkan modal untuk membiayai aktiviti-aktiviti
perniagaan
o Lembaga pengarah iaitu mereka yang dilantik oleh pemegang saham dan bertanggungjawab
menentukan dasar dan hala tuju syarikat tersebut.
o Oihak pengurusan syarikat / pengurus syarikat iaitu golongan professional yang bertanggungjawab
untuk menjalankan fungsi pengurusan dalam usaha untuk mencapai matlamat perniagaan yang
telah ditetapkan.

Peranan warga korporat

1. Gelagat beretika dalam perniagaan.
• Melibatkan diri dalam perhubungan dengan pihak pelbagai kepentingan secara adil dan jujur
• Menetapkan piawaian gelagat yang tinggi antara semua pekerja
• Melaksanakan pemantauan etika terhadap eksekutif atasan dan para pengarah

2. Komited terhadap pihak berkepntingan

Masyarakat

• Mengukuhkan hubungan dua hala antara firma dengan masyarakat
• Melabur untuk kepentingan masyarakat di mana firma beroperasi
• Menggunakan sumber untuk memberikan faedah optimum kepada masyarakat tanpa wujud

percanggahan seperti pembaziran sumber dan pencemaran.

Pelanggan

• Menawarkan keluaran dan perkhidmatan yang berkualiti
• Menyediakan maklumat yang berguna dan benar
• Menghormati pelanggan sebagai pengguna yang sentiasa berhak menuntut haknya.
Pekerja

• Menyediakan persekitaran kerja yang mesra keluarga
• Melaksanakan pengurusan sumber manusia yang bertanggungjawab
• Menyediakan ganjaran dan sistem upah yang adil
• Menyediakan suasana komunikasi yang terbuka dan fleksibel
• Melabur untuk pembangunan kerjaya para pekerja
Pelabur

• Berusaha untuk mendapatkan pulangan ke atas pelaburan yang berdaya saing
• Menggunakan sumber kewangan dengan cekap dabn penuh tanggungjawab
• Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada.
Pembekal

• Melaksanakan amalan perniagaan yang adil dimana sentiasa mematuhi perjanjian yang telah
• Dipersetujui
• Memastikan pembekal akan membekalkan keperluan tepat pada masanya
• Memastikan bayaran yang dibuat kepada pembekal menepati masa.

3. Komited Terhadap Persekitaran Dalam Jangka Masa Panjang .

• Menjamin kelestarian persekitaran dalam jangka panjang iaitu sentiasa kekal lama dan tidak pupus.
• Memastiikan persekitaran bebas dari sebarang masalah pencemaran
• Menggunakan bahan mentah atau bahan semulajadi secara optimum bagi mengelakkan pembaziran
• Mengelakkan masalah terhadap persekitaran seperti banjir, tanah runtuh dan lain-lain.

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN
13.3 Kepenggunaan

a) menjelaskan hak-hak pengguna
takrif kepenggunaan
• Kepenggunaan ialah satu pergerakan yang bersifat sosial, ekonomi dan politik bertujuan melindungi
keselamatan dan hak pengguna keseluruhannya.

Hak-hak pengguna:

1. Hak untuk mendapat keperluan asas

• Pengguna berhak mendapatkan keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan.
• Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan

kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

2. Hak untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang selamat

• Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan perkhidmatan yang
boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.

3. Hak untuk mendapatkan maklumat

• Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat
pilihan tepat.

• Pengguna dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.

4. Hak untuk membuat pilihan

• Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada
harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.

5. Hak untuk menyuarakan pendapat

• Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan
yang sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam pembangunan
barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.

6. Hak untuk mendapat ganti rugi.
• Pengguna berhak mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang

mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak
memuaskan.

7. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
• Pengguna berhak mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka

membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan
tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

8. Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
• Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak berbahaya

kepada generasi masa kini dan akan datang.

b) menjelaskan peranan agensi berkaitan iaitu:
Empat Agensi Berkaitan Kepenggunaan
1. Persatuan pengguna

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca)
• Sebuah pertubuhan sukarela, tidak mementingkan keuntungan, bukan politik dan pertubuhan sivik.

Menjadi paying bagi persatuan pengguna gabungannya seperti persatuan pengguna Selangor, persatuan
pengguna pulau pinang, persatuan pengguna negeri Sembilan dan lain-lain yang sentiasa berusaha
memperjuangkan hak pengguna di Malaysia.

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN

• FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan kerajaan di peringkat kebangsaaan dan antarabangsa
dalam memberi maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna.

• Antara peranannya ialah:

I. Memberi dan menyebarkan maklumat

II. Memberi pendidikan kepada semua pengguna.

III. Melindungi pengguna

IV. Menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
• Sebuah pertubuhan yang bertujuan menjaga dan membela hak dan mengembalikan maruah para

pengguna islam melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang proaktif dan berstrategi.
• Melalui penyebaran maklumat dan pendidikan yang terancang bagi mengembalikan maruah yang kian

tercemar.
Objektif penubuhan

I. Memberikan kesedaran kepada setiap pengguna isalam akan bertanggungjawab diri sendiri bagi
memperjuangkan hak kepenggunaan islam

II. Memberi kesedaran kepada pihak pembekal akan tanggungjawab mereka tentang tuntutan
islam dari segi kepenggunaan.

III. Menjadi pemangkin kepada permasalahan ekonomi umat islam, khasnya dan ekonomi Malaysia
amnya.

IV. Mencari penyelesaian kepada permasalahan kepenggunaan islam melalui aktiviti-aktiviti
terancang dan proaktif.

V. Menjadi sebuah organisasi yang berpengaruh dan menyertai arus pembanguanan negara secara
positif

2. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan

• Matlamat penubuhan untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan
melindungi kepentingan pengguna

• Menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan
perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan.

• Peranan kemnetrian perdagangan dalam negeri:

1. Menentukan dan memantau harga barang-barang kawalan
2. Melesenkan penjualan dan pengedaran barang-barang kawalan
3. Melesenkan penjualan dan pengeluaran barangan petroleum dan petrokimia
4. Menyelaraskan dasar, peraturan dan aktiviti berkaitan keselamatan industry petroleum, petrokimia

dan gas
5. Melesenkan urusniaga jualan langsung
6. Melaksanakan peraturan timbang dan sukat
7. Menyelaraskan perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan
8. Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik
9. Mentadbir dan membangunkan sistem perlindungan harta intelek
10. Membangunkan kedudukan sosio – ekonomi rakyat melalui koperasi
11. Mengembangkan peluang perniagaan baharu berasaskan konsep francais
12. Membangunkan penjaja dan peniaga kecil
13. Menggubal dasar-dasar sektor koperasi
14. Mengawal selia sektor koperasi (Akta Koperasi 1993)
15. Melaksanakan projek dan program pembangunan koperasi
16. Melaksanakan latihan sektor koperasi
17. Melaksanakan program pendidikan pengguna
18. Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan pelindungan pengguna
19. Menggalakan dan membantu gerakan kepenggunaan.

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN

3. better business buresai

• Persatuan/persatuha yang ditubuhkan oleh para perniaga bagi membentuk pengguna mengelak atau

mengambil tindakan ke atas firma yang menjalankan perniagaan secara tidak beretika.

• Peranan:

1. Membekalkan maklumat syarikat kepada pengguna

2. Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada pengguna supaya pengguna boleh membuat

keputusan pembelian yang tepat

3. Membekal maklumat kepenggunaan kepada media massa

4. Memaklumkan kepada pengguna supaya berjaga-jaga tentang amalan perniagaan dan pengiklanan

yang tidak sihat.

5. Membantu menyelesaikan sesuatu aduan pengguna tanpa bayaran dan khidrnat timbang tara

6. Menyiasat tempat perniagaan yang menjalankan aktiviti tidak beretika.

4. tribulan pengguna

• Merupakan satu badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh
pengguna di bawah akta perlindungan pengguna1999.

• Menyediakan satu saluran atau kemudahan alternative kepada seorang pengguna untuk menuntut
gantirugi dengan cara mudah, murah dan cepat.

Bidang kuasa:

• Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar:
1. Apa-apa tuntutan mengenai apa-apa ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti
diperuntukkan di bawah akta:
2. Di mana amaun yang ditutut tidak melebihi RM25.000.00
3. Apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh mahkamah oleh mahkamah melalui perintah yang
disiarkan dalam warta
4. Bidang kuasa tribunal hendaklah dilaksanakan leh pengerusi, pengerusi dan mana-mana anggota
yang

• Jenis-jenis tuntutan
• Mana-mana pengguna boleh menfailkan tuntutan di TTPM menuntut gantirugio bagi kerugian yang

ditanggung berhubung apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan pengguna iaitu
o Perlakuan mengelirugi dan memperdaya berkaitan dengan jenis, proses pengilangan,

kesesuaian,kualiti dan kuantiti
o Keselamatan barang dan perkhidmatan yang digunakan
o Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat dengan pembekalan barang-barang

seperti mematuhi perihal, mematuhi sampel dan harga munasabah
o Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekal perkhidmatan

seperti keteliti dan kemahiran menasabah, masa siap yang munasabah, harga ang munasabah.
o Hak terhadap pengilang terkenaan dengan geentikan nyata berkaitan dengan bembekalan barang-

barangseperti kualiti nprestasi atau ciri-ciri barang, pemberian perkhidmatan yang diperlukan dan
pemulangan wang atau balasan sekiranya barang memenui apa-apa akujanji.

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN
Bab 4 Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial
4.1 Etika Perniagaan
4.1.1 Pendekatan Tindakan Beretika

Etika Perniagaan Etika Kerja

2

Dilema
Etika

Pendekatan Utilitalian
Pendekatan Individualisme
Pendekatan Hak Modal
Pendekatan Keadilan

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN
4.1.2 Faktor dalam pemilihan pendekatan

Pengurus Organisasi

4.1.3 Jenayah Kolar Putih

Definisi

Jenayah Kolar Putih Hukuman

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN
4.2 Tanggungjawab Sosial
4.2.1 Pihak Berkepentingan (pemilik taruh)

a) Definisi

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

b) Pihak berkepentingan dalam tanggungjawab sosial Sekunder

Primer

c) Tanggungjawab sosial terhadap pihak berkepentingan

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN

4.2.2 Kebaikan dan kelemahan tanggungjawab social terhadap organisasi

Kebaikan

Kelemahan

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN

BAB 4 : ETIKA PERNIAGAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

BIL KONSEP MAKSUD

1. Etika Perniagaan Satu set dan peraturan yang menerangkan perlakuan
betul atau salah seseorang peniaga dalam
menjalankan aktiviti perniagaan.

2. Etika Kerja Satu set peraturan kerja yang menjelaskan

tanggungjawab dan tingkah laku yang sepatutnya ada

pada seseorang pekerja dalam bidang pekerjaannya.

3. Dilema Etika Masalah yang timbul sekirannya dua atau lebih pilihan

tindakan dalam situasi etika yang boleh diaplikasikan

tetapi bertentangan antara satu sama lain.

4. Pendekatan Pendekatan yang mengutamakan kepentingan

Individualisme individu sebagai asas untuk membuat keputusan.

5. Pendekatan hak Pendekatan ini mencadangkan bahawa setiap

moral keputusan yang dibuat oleh pengurus harus

mengambil kira hak moral yang dimiliki oleh seseorang

individu atau hak-hak asasi.

6. Pendekatan Keadilan Kesamaan dan keadilan yang diperoleh oleh setiap
individu dalam pelbagai aspek kehidupan seperti
ekonomi dan perundangan.

7. Keadilan Legal Tindakan atau hukuman yang sama terhadap semua
orang.

8. Keadilan Komutatif Pertukaran yang adil antara pihak yang terlibat.

9. Keadilan Distributif Pembahagian ekonomi yang sama atau yang
dianggap adil bagi semua pihak.

10. Jenayah Kolar Putih Sebarang perbuatan salah yang dilakukan oleh
golongan pertengahan atau atasan yang
bersangkutan dengan bidang tugas atau yang
mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam
sesebuah organisasi atau agensi kerajaan.

11. Rasuah Menerima atau memberi suapan sebagai upah atau

dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan

atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang

berkaitan dengan tugas rasmi.

12. Penyelewengan Tindakan seseorang atau sesuatu pihak yang
menyalahgunakan harta dengan curang atau
menggunakan harta orang atau pihak lain yang telah
diamanahkan hak penjagaan kepadanya demi
kepentingan diri sendiri.

13. Pecah Amanah Berlaku apabila seseorang yang diberi tanggungjawab
atau amanah telah mengutamakan kepentingan
peribadi dan kepentingan lain melebihi kepentingan
amanah yang telah diberikan.

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN

14. Konflik Kepentingan Tindakan seseorang yang mempunyai kuasa dan

autoriti tertentu, memegang apa-apa jawatan,atau

memiliki apa-apa harta, atau mempunyai kepentingan

tertentu yang mungkin bercanggah dengan jawatan

dan tugas rasminya dalam sesebuah organisasi.

15. Penyalahgunaan Berlaku apabila seseorang yang memegang jawatan

kuasa penting dan mempunyai kuasa yang dominan dalam

sesebuah organisasi menjalankan tanggungjawab

berdasarkan bidang tugas yang diamanahkan, telah

menjalankan dan membuat keputusan bukan

berdasarkan peraturan, prosedur dan undang-undang

yang telah ditetapkan.

16. Denda Hukuman berbentuk pembayaran wang yang

dikenakan terhadap pihak tertuduh yang telah

disabitkan kesalahan.

17. Penjara Hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah terhadap

pihak tertuduh yang telah disabitkan kesalahan

dengan menahan pesalah dalam penjara dan

kebebasan pesalah untuk bergerak disekat.

18. Tanggungjawab Merupakan kewajipan dan tanggungjawab perniagaan

Sosial untuk mewujudkan sesuatu yang berfaedah kepada

masyarakat sekeliling termasuklah pekerja,

pelanggan, masyarakat dan alam sekitar di samping

meningkatkan keuntungan syarikat.

19. Pihak Pihak yang mempunyai saham atau hak secara

Berkepentingan langsung terhadap sesuatu perkara dan mempunyai

keperluan yang tinggi untuk mendapatkan sesuatu

matlamat.

20. Pihak Pihak berkepentingan yang memberikan kesan secara

Berkepentingan langsung kepada perniagaan.

Primer

21. Pekerja Individu yang memberikan sumbangan dalam bentuk

kepakaran fizikal, kemahiran dan mental kepada

perniagaan.

22. Pemegang Saham Pihak yang menyumbangkan wang pelaburan dalam
bentuk modal saham untuk membiayai operasi
perniagaan.

23. Pembiaya Pihak yang memberikan pinjaman dalam bentuk

kewangan untuk membiayai operasi perniagaan.

24. Pembekal Pihak yang membekalkan bahan mentah yang

diperlukan kepada perniagaan.

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN

25. Pelanggan Pihak yang membeli barangan atau perkhidmatan

yang dikeluarkan oleh perniagaan.

26. Peruncit Pihak yang menjual pelbagai jenis barang dalam

kuantiti yang kecil kepada pengguna akhir.

27. Pemborong Pihak yang membeli produk secara pukal daripada

pengeluar dan menjual semula kepada peruncit dalam

kuantiti yang kecil.

28. Pihak Pihak berkepentingan yang memberikan kesan secara

Berkepentingan tidak langsung kepada perniagaan.

Sekunder

29. Mentadbir sesebuah negara untuk memastikan

Kerajaan perjalanan operasi perniagaan yang sistematik dan

teratur.

30. Media Mendapatkan maklumat ,mengurus maklumat,dan

menyebarkannya kepada pihak awam.

31. Masyarakat Pihak berkepentingan yang berada dalam

persekitaran operasi perniagaan.

32. Kumpulan pendesak Satu kumpulan yang mempunyai kepentingan yang
sama dan berperanan mendesak kerajaan secara aktif
dan langsung ke arah matlamat kumpulan mereka.

33. Warga korporat Golongan yang terlibat dalam sesuatu aktiviti
perniagaan korporat.

34. Kepenggunaan Satu pergerakan bersifat sosial ,ekonomi dan politik
yang bertujuan untuk melindungi keselamatan dan hak
pengguna secara keseluruhan.

35. Better Business Merupakan satu persatuan yang ditubuhkan oleh

Bureau peniaga-peniaga dengan tujuan untuk membantu

pengguna daripada tindakan peniaga-peniaga yang

tidak beretika serta mengambil tindakan peniaga yang

tidak beretika.

36. Tribunal Pengguna Satu badan kehakiman bebas yang ditubuhkan di
bawah seksyen 85,Bahagian XII Akta Perlindungan
Pengguna 1999 dan mula dikuatkuasakan pada
November 1999.

Bab 4 : Etika Perniagaan Dan tanggungjawab Sosial

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN
4.1 Etika Perniagaan

1. Huraikan dua amalan beretika seseorang pengusaha restoran kepada pelanggan. [4]

2. Huraikan tiga pendekatan tindakan beretika. [6]

3. Berikan empat sebab kenapa etika perniagaan adalah penting bagi sesebuah organisasi perniagaan.
[4]

4. Berikan Tiga Jenis kesalahan rasuah mengikut seksyen dalam akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) 2009. [6]

5. Huraikan jenis-jenis jenayah kolar putih yang lazim berlaku di negara Malaysia. [10]

6. Jelaskan tiga jenis jenayah kolar putih yang mungkin berlaku di kalangan pengurus pembelian dengan

memberikan satu contoh bagi setiap jenis jenayah tersebut. [6]

7.Jelaskan maksud etika perniagaan dan etika kerja. (4)

8. Terangkan lima contoh etika kerja yang dilaksanakan oleh seseorang doktor ke atas pesakit. (5)

9. Berikan maksud dilema etika dan huraikan empat pendekatan tindakan beretika. (5)

10. Berikan maksud dilema etika dan huraikan dua contoh dilema etika (5)

11. Terangkan tiga faktor yang boleh mempengaruhi pilihan pendekatan tindakan beretika oleh pengurus

organisasi sebuah pasar raya menjual kain di Kuala Lumpur. (6)

12. Huraikan secara ringkas empat ciri utama di dalam kegiatan rasuah. (4)

13. Jelaskan tiga jenis jenayah kolar putih yang lazim berlaku di negara Malaysia. (6)

14. Berikan maksud jenayah kolar putih dan nyatakan lima elemen yang terdapat dalam jenayah kolar

putih. (6)

15. Huraikan tiga kesan komitmen warga korporat terhadap persekitaran dalam jangka panjang. [6]

16. Huraikan dua jenis penyelewengan dalam jenayah kolar putih. [6]

17. Terangkan dua faktor yang mempengaruhi pilihan pendekatan tindakan beretika oleh sesebuah

organisasi. [6]

18. Berikan maksud dilema etika dan huraikan dua contoh dilema etika. [5]

19. Berikan maksud penyelewengan dalam jenayah kolar putih dan jelaskan satu jenis penyelewengan.
[4]

20. Terangkan tiga pendekatan tindakan beretika sesebuah organisasi perniagaan. [6]

21. Huraikan strategi yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membanteras

jenayah kolar putih secara berterusan. [6]

4.2 Tanggungjawab Sosial

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN

1. Huraikan tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan oleh pengusaha restoran terhadap lima pihak

yang berkepentingan secara langsung. [4]

2. Berikan empat faedah kepada sesebuah perniagaan yang melaksanakan tanggungjawab sosial.
[4]

Jelaskan peranan warga korporat yang komited terhadap masyarakat. [4]

3. Jelaskan dua pihak yang dikatakan sebagai warga korporat bagi syarikat pengeluaran kereta tempatan.
(6)

4. Jelaskan peranan warga korporat dalam peranan pelaksanaan tanggungjawab sosial. (6)

5. Berikan maksud tanggungjawab sosial dalam perniagaan dan huraikan empat pihak berkepentingan di

peringkat primer yang dihadapi oleh sesebuah perniagaan. (5)

6. Huraikan tiga kesan negatif pengabaian tanggungjawab sosial oleh syarikat membina lebuh raya

terhadap penduduk tempatan. (6)

7. Berikan empat manfaat kepada organisasi yang melaksanakan tanggungjawab sosial. [4]

8. 2. Huraikan tiga tanggungjawab sosial syarikat automotif terhadap pekerjanya. [6]

9. 3. Huraikan dua kebaikan yang diperoleh oleh sesebuah organisasi perniagaan yang menjalankan

tanggungjawab sosial. [4]

10. 4. Nyatakan tiga pihak berkepentingan sekunder dalam tanggungjawab sosial. [3]

11. 5. Nyatakan empat tanggungjawab sosial pihak pengurusan perniagaan terhadap kumpulan pendesak.
[4]

12. 6. Huraikan tiga peranan warga korporat dari aspek komited terhadap persekitaran dalam jangka

panjang. [6]

13. 7. Senaraikan empat kebaikan melaksanakan tanggungjawab sosial kepada sesebuah perniagaan. [4]

14. (a) Berikan maksud warga korporat. [1]

(b) Nyatakan tiga peranan warga korporat [3]

4.3 Kepenggunaan

1. Nyatakan empat peranan Better Business Bureau. [4]

2. Jelaskan lima hak yang diperjuangkan oleh pengguna daripada perkhidmatan perbankan.
[20]

3. Terangkan tiga hak pengguna untuk mendapatkan maklumat ketika membeli barangan elektrik.
[6]

4. Senaraikan empat perkara yang di bawah bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia untuk

menyelesaikan masalah kepenggunaan. [4]

5. Nyatakan lima hak pengguna dan terangkan peranan Persatuan Pengguna untuk menjaga hak tersebut.
[10]

6. Huraikan tiga faktor yang menyebabkan berlaku pencabulan oleh firma guaman terhadap hak pengguna.
(6)

7. Huraikan tiga peranan yang dimainkan oleh persatuan pengguna dalam menjaga kebajikan pengguna

dalam aspek kenaikan harga barangan makanan. (6)

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3 BAB 4 LEEHWATAN

8. Nyatakan tiga bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan tiga batasan bidang kuasa

tersebut. (6)

9. Terangkan tiga hak pengguna sebagai pelajar yang berdaftar di pusat tuisyen. (6)

10. Jelaskan lima hak pengguna yang perlu diperakui oleh pihak hospital swasta apabila berurus niaga

dengan pengguna. (5)

11. Terangkan lima peranan yang dijalankan oleh Better Business Bureau dalam tanggungjawab pihak

perniagaan yang mementingkan kebajikan pengguna. (5)

12. Jelaskan hak pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam aspek:

Hak mendapat keperluan asas dan pilihan

Hak mendapat alam sekitar yang bersih (4)

13. Terangkan dua peranan persatuan pengguna dalam usaha untuk menangani isu sijil halal di premis

menjual makanan. [6]

14. Huraikan dua hak pengguna yang menggunakan perkhidmatan perhotelan. [4]

15. Nyatakan tiga bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan tiga batasan bidang kuasa

tersebut. [6]

16. Berikan empat peranan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). [4]

17. Jelaskan hak pengguna berikut:

(a) Hak mendapat maklumat.

(b) Hak mendapat ganti rugi. [5]

18. Huraikan dua hak pengguna untuk mendapatkan maklumat ketika menggunakan perkhidmatan

pengangkutan awam. [4]


Click to View FlipBook Version