The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Aktiviti Fizikal kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun lebih

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d096703, 2022-07-22 05:20:32

Modul Aktiviti Fizikal

Modul Aktiviti Fizikal kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun lebih

Modul

Aktiviti Fizikal

Nama: Julia Zulaikha Ashikin
Ibrahim

No Matrik: D20202096703
Program: ISMP Awal Kanak-

kanak

Pendahuluan

Aktiviti Fizikal

Apa itu aktiviti fizikal? Aktiviti fizikal merujuk kepada sebarang
aktiviti yang merangkumi pergerakan badan yang melibatkan
otot besar dan otot kecil. Hal ini adalah untuk menjana kepada
kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik. Ia juga dilakukan

untuk pelbagai sebab, termasuklah meningkatkan
pertumbuhan dan pembesaran, mengekalkan dan
meningkatkan berat badan, mencegah penuaan, menguatkan
otot dan sistem jantung, mengasah kemahiran olahraga,
menurunkan berat badan atau ketahanan, dan untuk

keseronokan.

Faedah melakukan aktiviti fizikal :
Meningkatkan kecergasan kardiorespiratori

dan otot.
Meningkatkan kualiti tidur
Meningkatkan ketumpatan tulang
mengekalkan berat badan ideal
Mengurangkan risiko obesiti
Mengurangkan kemurungan
Mengurangkan risiko kanser paru-paru

Contoh aktiviti fizikal
kanak-kanak

1) Intensiti Rendah

Jenis senaman: Kardio 2) Intensiti Sederhana
berjalan, berbasikal,
Jenis senaman: Kardio
menari, menyapu melompat atas trampolin,
sampah
berjalan pantas
3) Intensiti Tinggi Jenis senaman: Bebanan
tekan tubi, panjat dinding,

bangkit tubi

Jenis senaman: Kardio
bermain kejar-kejar,
berlari, lompat tali,

bermain bola

Fokus Modul

Topik: Kemahiran Motor Halus.
Aktiviti: Lukisan Cat Air

Apa itu kemahiran motor?
Kemahiran Motor” atau “Motor Skills” ialah aktiviti yang melibatkan
pergerakan otot-otot dalam badan. Kemahiran motor terbahagi kepada
dua iaitu Kemahiran Motor Halus dan Kemahiran Motor Kasar. Kemahiran
Motor Halus atau dalam Bahasa Inggerisnya “Fine Motor Skills” ialah
aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot-otot kecil dimana
kebiasaannya ia melibatkan otot dan jari serta koordinasi mata dan juga
tangan. Antara pergerakan yang melibatkan otot kecil merujuk kepada
kebolehupayaan koordinasi jari tangan, pergelangan tangan, pergelangan
kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Kemahiran motor ini sangat penting untuk
pertumbuhan dan perkembangan anak kecil. Oleh itu, dalam modul ini,
fokus utama adalah Kemahiran Motor Halus dalam kalangan kanak-kanak

yang berusia 2+ hingga 3+ tahun.

Jenis-jenis aktiviti motor halus
1.Aktiviti memegang (grasping / holding) - alat mainan masak-masak

(sudip, senduk, sudu, garfu), guli, pom-pom kecil, bola ping-pong, bola
tenis, bola getah (pelbagai saiz, paling besar saiz bola tenis. Beri peluang
kanak-kanak kutip guli dan / atau pom-pom dan masukkan ke dalam
botol atau bekas telur. Perbanyakkan aktiviti memegang yang memberi
peluang kanak-kanak menggunakan 3 jari (ibu jari, jari telunjuk dan jari
tengah).
2.Aktiviti meramas (squeezing) - ramas dan uli playdoh, ramas pasir, ramas
perca kain, ramas mainan picit (squeeze toys).
3. Aktiviti meronyok (scrunching) - pelbagai jenis kertas
4.Aktiviti mengoyak - beri kanak-kanak jaluran kertas (paper stripes)
selebar 2 cm. Galakkan mereka mengoyak kertas tadi menjadi cebisan
kecil.




Kelebihan Kemahiran Motor Halus:
Dapat meningkatkan keupayaan membina otot-otot tangan

dan jari.
Membina koordinasi mata, kaki dan tangan.
Membina koordinasi otot-otot pada keseluruhan anggota

badan
Menggunakan otot-otot untuk menguasai kemahiran yang

boleh digunakan dalam kehidupan harian
Dapat menggunakan peralatan menulis, mewarna dan

melukis dengan betul dan baik.

Kurikulum

Hasil pembelajaran yang akan diperolehi oleh kanak-kanak
berdasarkan Kurikulum PERMATA ialah

Membina emosi, akhlak dan spiritual kanak-kanak untuk
melahirkan individu-individu yang bersahsiah mulia, tenang,
ceria, bersopan santun, penyayang, berempati dan adil
Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran motor
kasar dan motor halus serta perkembangan fizikal yang mapan.
Membimbing kanak-kanak memahami dunia persekitaran
melalui aktiviti bermain, meneroka, mencuba idea baru,
mengeksperimen dan mencipta, sama ada di dalam atau di luar
kelas, menggunakan pelbagai bahan yang terdapat dalam
persekitaran mereka.
Meningkatkan kesedaran awam terhadap keperluan
memberikan pendidikan awal kanak-kanak dari lahir hingga ke 4
tahun sebagai asas utama pembangunan holistik mereka
sebelum memasuki alam persekolahan formal.

Fokus utama dalam
Kurikulum PERMATA

1. Perkembangan Sahsiah,

Sosioemosi dan Kerohanian

Menerusi aktiviti lukisan cat air kanak-

kanak dapat menunjukkan keyakinan

diri dengan membuat contengan di

kertas lukisan tanpa rasa takut. Hal ini

secara langsung dapat memberi

peluang untuk kanak-kanak

meneroka dan melakukan kesilapan 2. Pekembangan Bahasa,

supaya mereka dapat cara pemikiran Komunikasi dan Literasi Awal

baru sekaligus meningkatkan Perkembangan bahasa dan literasi

keyakinan diri. Contohnya, ibu bapa awal sangat penting kepada

membiarkan sahaja kanak-kanak tumbesaran kanak-kanak. Menerusi

mencampurkan warna supaya aktiviti lukisan cat air, literasi awal

mereka bebas membuat pilihan. boleh dilakukan dengan mengejar

Dengan ini, aktiviti melukis cat air nama-nama warna, nama peralatan

membantu mengembangkan aspek yang digunakan supaya membantu

mental, emosi dan sosial kanak- kanak-kanak menguasai kemahiran

kanak. bahasa. Contohnya, sebelum


melakukan aktiviti melukis, ibu bapa

digalakkan untuk membaca bersama

anak-anak supaya mereka mempelajari

bahasa yang baru setiap hari. Dengan

ini, kanak-kanak dapat

mengembangkan pemahaman mereka

terhadap bahasa serta meningkatkan

kemampuan mereka untuk membaca.

3. Perkembangan Fizikal dan 4. Perkembangan Awal
Psikomotor Matematik dan Pemikiran Logik
Awal matematik dapat dipelajari
Kanak-kanak akan menguasai kemahiran menerusi konsep nombor, warna,
motor kasar dan kemahiran motor halus bentuk, berat nilai dan juga konsep
mengikut tahap perkembangan masing- jual beli. Apabila kanak-kanak
masing. Contohnya aktiviti melukis membesar, mereka akan memahami
kanak-kanak akan menguasai kemahiran konsep urutan, banyak dan sedikit.
motor halus melalui pergerakan jari Contohnya aktiviti lukisan cat air, ibu
jemari, pergelangan tangan menerusi bapa boleh mengajar kanak-kanak
pengangan berus manakala untuk mengira bilangan warna supaya
kemahiran motor kasar kanak-kanak kanak-kanak dapat menguasai
melompat atu bertepuk tangan kemahiran pra matematik. Oleh itu,
keriangan setelah melihat hasil seni kanak-kanak dapat mengenali
mereka. Dengan ini, kemahiran motor konsep nombor dan juga memahami
halus membantu kanak-kanak menulis operasi tambah dan tolak.
dengan baik menerusi genggaman,
cengkaman, pegangan peralatan menulis
dengan baik dan betul.

5. Perkembangan Deria dan 6. Perkembangan Kreativiti dan
Pemahaman Dunia Sekitar
Perkembangan deria ini merujuk
kepada aktiviti yang melibatkan lima
deria kanak-kanak iaitu penglihatan,
pendengaran, sentuhan, bau dan rasa
serta melibatkan pergerakan dan
imbangan. Contohnya, kanak-kanak
memegang cat air dan merasakan
teksturnya yang lembut menggunakan
deria sentuhan dan penglihatan. Hal
ini secara langsung membantu
perkembangan kognitif kanak-kanak
serta meningkatkan hubungan saraf-
saraf di dalam otak. Tegasnya, melalui
deria kanak-kanak dapat meneroka
alam sekelilingnya dengan lebih
bermakna.




Estetika

Menerusi aktiviti lukisan cat air, kanak-kanak

dapat meningkatkan daya imaginatif serta

mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan

sebagai proses pembelajaran kepada

kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam

sekeliling lalu dipermudahkan menjadi

penghasilan simbol abstrak seterusnya

membentuk satu hasil karya. Contohnya,

kanak-kanak melakar gambar pokok, awan

serta contengan mengikut imaginasi mereka

menggunakan cat air. Hal ini secara tidak

langsung menjadikan kanak-kanak

menghayati keindahan, menghargai

keunikan hasil rekacipta mereka serta

berupaya untuk mempunyai rasa kagum

terhadap hasil seni yang cantik. Tegasnya,

aktiviti melukis merupakan pembelajaran

awal kanak-kanak dalam meingkatkan

proses kreativiti seni tampak dalam

kalangan kanak-kanak.

Aplikasi Teori

Teori yang boleh dikaitkan dengan kemahiran motor halus menerusi aktiviti
lukisan cat air ialah Teori Perkembangan Kognitif oleh Jean Piaget. Menerusi
teori ini, perkembangan intelek kanak-kanak berlaku melalui proses
pembinaan (construction) di mana ilmu pengetahuan atau kemahiran serta
nilai baru yang dipelajari dapat ditambah kepada ilmu pengetahuan atau
kemahiran dan nilai sedia ada dalam minda kanak-kanak. Hal ini kerana
lebih banyak pengalaman pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak,
maka lebih cepat perkembangan inteleknya berlaku. Teori ini dikenali juga
sebagai Teori Konstruktivisme. Maklumat, fakta, perbendaharaan kata,
bahasa dan konsep daripada pengalaman pembelajaran yang baru, sama
ada diserap terus (atau diasimilasikan) atau disesuaikan (atau
diakamodasikan) ke dalam minda kanak-kanak untuk membina struktur
intelek yang dinamakan skemata. Skemata akan menyimpan semua
maklumat yang dipelajari dan membolehkan minda menggunakan
maklumat tersebut untuk berfikir, menaakul dan menyelesaikan masalah.
Seperti yang sedia maklum, kemahiran motor halus ini tergolong dalam
peringkat pra-operasi (Pre-operational). Pra-operasi tergolong dalam
lingkungan usia 2 hingga 7 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak sudah
mahir menggunakan simbol-simbol bahasa dan nombor. Jadi, kanak-kanak
yang berada di tahap ini akan mula menggunakan simbol di dalam
permainan. Contohnya, mengadaikan kotak cat air dijadikan sebagai kereta
di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih
lagi di tahap yang rendah berbanding orang dewasa. Justeru kanak-kanak
pada peringkat ini masih belum mahir dalam operasi yang melibatkan
proses mental.
Secara rumusnya, Teori Piaget atau Teori Perkembangan Kognitif ini
mempunyai logik akal dalam pembelajaran kanak-kanak yang bermula dari
bayi hingga dewasa. Teori Perkembangan Kognitif ini juga menjadi rujukan
kepada tenaga pengajar dalam menyediakan aktiviti pembelajaran
mengikut semasa kepada kanak-kanak. Oleh itu, Teori Perkembangan
Kognitif ini membina pengetahuan kepada kanak-kanak, dapat merangsang
daya ingatan serta mempunyai perubahan dalam tingkah laku kanak-kanak
dari masa ke semasa.

Panduan Aktiviti

Aktiviti: Lukisan Cat Air



Bahan-Bahan
Kertas lukisan
Cat air (watercolour)
Berus cat
Palet
Air dalam cawan







Cara-Cara
1. Sediakan bahan-bahan di atas meja kanak-kanak
seperti cat air, kertas lukisan, berus cat, palet dan
juga air dalam cawan.
2. Mulakan dengan beberapa warna sahaja dulu
seperti warna primer merah, biru, hijau dan kuning
3. Picitkan sedikit cat air ke atas palet.
4. Tunjukkan pada kanak-kanak cara-cara untuk
mengambil cat air menggunakan berus.
5. Buat lukisan secara rawak seperti pokok, buah-
buahan ataupun sediakan lukisan yang sudah
bergambar dan kanak-kanak hanya perlu
mewarnakan gambar tersebut menggunakan cat
air sahaja.

Penilaian

Kemahiran motor halus merupakan elemen yang
sangat penting dalam perkembangan kanak-kanak
dalam aspek akademik, sosial, tingkahlaku dan juga
emosi. Seni dalam perkembangan kanak-kanak
memainkan peranan yang lebih penting selain
dianggap sebagai disiplin asas bagi pendidikan yang
terkecil. Lukisan dapat mengembangkan kemahiran
motor kanak-kanak iaitu menggunakan tangan dan
jari untuk membentuk dan belajar untuk memegang
alat lukisan dengan betul. Pendedahan kanak-kanak
terhadap pelbagai alat lukisan yang berbeza dapat
meningkatkan kemahiran lukisan kanak-kanak
seperti pensel, krayon, penanda warna atau cat air.
Tambahan pula, alat lukisan digital kini yang lebih
moden sudah pasti dapat menyeronokkan kanak-
kanak.

Selain itu, lukisan dan mewarna dapat meningkatkan
kreativiti kanak-kanak dalam merealisasikan pelbagai
imaginasi dalam otak mereka di atas kertas. Dalam
pada itu, kanak-kanak juga boleh belajar membentuk
garis, mengenali corak, dan juga memilih warna.
Apabila kanak-kanak minat dan tertarik dengan teknik
meniru, terdapat koordinasi di antara mata, otak, dan
tangan yang kanak-kanak dapat diasah.

Di samping itu, lukisan juga boleh merangsang
perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak.
Kanak-kanak akan menjadi lebih yakin dalam
menunjukkan hasil gambar mereka kepada orang
lain, belajar untuk menyatakan apa yang mereka
fikirkan dan rasakan, memberikan tumpuan
sepenuhnya, dan meningkatkan interaksi kanak-
kanak dengan rakan sebaya atau orang di
sekelilingnya.

Akhir sekali, aktiviti seni seperti lukisan atau
mewarna digunakan sebagai medium untuk
menyatakan diri dan membantu seseorang
berkomunikasi. Proses kreatif yang dibina semasa
lukisan dan mewarna dapat mengurangkan tekanan,
mengurus tingkah laku, dan membantu seseorang
mendapatkan penyelesaian kepada masalah.

Secara rumusnya, ahli psikologi berpendapat
bahawa alam seni adalah suatu perkara yang positif
kepada setiap individu tidak mengira umur. Oleh itu,
kanak-kanak yang berusia 2 hingga 3 tahun adalah
tempoh yang ideal untuk mengajar kanak-kanak
tentang disiplin seni yang berbeza yang wujud
kerana keupayaan mereka untuk menyerap, dengan
mudah melalui apa-apa jenis pembelajaran.

Kekuatan

1.Mengasah kemahiran motor halus kanak-
kanak melalui latihan seni seperti melukis
mahupun menulis.

2.Memupuk minat dalam aspek seni dan
kreatif menerusi ekspresi dalam kesenian
dan kreativiti mereka kepada umum.

3.Meluahkan perasaan mereka melalui seni.
4.Membina ikatan kekeluargaan dengan

meluangkan masa bersama anak-anak.
5.Seni boleh dijadikan sebagai alat untuk

mengajar kerana tidak semua kanak-kanak
boleh belajar secara formal.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kemahiran motor halus
dipengaruhi oleh tiga elemen utama iaitu
kekuatan jari untuk memegang objek,
koordinasi mengawal jari untuk bergerak
dan sensori untuk mengesan jika kanak-
kanak tersebut mempunyai masalah untuk
memegang sesuatu objek ataupun tidak.
Perkembangan motor halus berperanan
penting dalam proses pembelajaran dan
rutin harian mereka. Hal ini demikian
kerana kemahiran motor halus dapat
membantu kanak-kanak untuk melakukan
aktiviti-aktiviti seperti melukis, mewarna,
menulis, makan, membutangkan baju dan
sebagainya.


Click to View FlipBook Version