ALUMNI B U L E T I N B I L . J A N - J U N BULETIN PUSAT ALUMNI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI
Sidang Editorial PENAUNG Prof Dr. Norkhalid Bin Salimin KETUA EDITOR Dr. Siti Hartini Binti Azmi EDITOR En. Anizan Md Noor En. Muhammad Zafir Bin Mohd Saman Nor Azlina Aladdin JURU FOTO En. Muhammad Zafir Bin Mohd Saman SUSUN ATUR & REKA LETAK Muhamad Haikal Bin Musa (SKIM Pelajar Bekerja) Kakitangan Pusat Alumni Dr. Siti Hartini Binti Azmi Pengarah Pusat Alumni [email protected] En. Rasyidi Bin Johan Timbalan. Pengarah [email protected] En. Anizan Md Noor Pen. Pendaftar [email protected] En. Muhammad Zafir Bin Mohd Saman Skim Perkhidmatan Khas Universiti 41 [email protected] Cik Nur Fatonah Bt Kamsani SPKU 29 [email protected] Pn. Nor Azlina Aladdin Pembantu Tadbir N22 [email protected] Cik Hanis Shuhada Bt. Saiful Azli SPKU 19 [email protected]
BULETIN KALI INI Pusat Alumni Kerah Bantuan Pada Alumni Yang Terjejas Akibat Banjir Pusat Alumni UPSI Sampaikan Bantuan : Alumni Terkesan Banjir Ubati Rindu Pada Alma Mater Dengan Kembara Ibu Kandung Suluh Budiman Negeri Kelantan UPSI : Ziarah Bekas Pelajar AKSB Era Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Reunion Perdana Rusa' 22 Syarikat Korporat Avenys Malaysia Taja 100 Bungkus Makanan Iftar Pelajar UPSI Setiap Hari Meraikan Penerima Anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby Sempena Istiadat Konvokesyen UPSI Kali ke-23 Kenali Tokoh Alumni
KKEETTUUAA EEDDIITTOORR Assalamualaikum dan salam sejahtera Keluaran kali ini merupakan keluaran bulan Januari sehingga Jun 2022. Dalam tahun yang baharu ini, saya ingin mengucapkan selamat tahun baharu kepada seluruh warga UPSI Anak Kandung Suluh Budiman (AKSB) semoga semuanya diberikan kesihatan dan rezeki yang baik. Pusat Alumni begitu komited dalam menjejaki alumni-alumni yang ada dari era MPSI, IPSI, SITC dan juga UPSI sekaligus mengadakan programprogram bersama alumni-alumni yang ada melalui program ziarah alumni, tautan kasih dan sebagainya untuk menjaga hubungan antara universiti dan juga alumni bak kata pepatah air yang dicincang tidak akan putus. Hal ini dapat membantu universiti untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama universiti-universiti yang ada. Saya juga menyeru kepada alumni yang berada di luar sana untuk bersama-sama membantu dan menyalurkan data-data terutamanya hal berkaitan kebolehpasaran graduan selepas menamatkan pengajian. Akhir kata, saya akhiri dengan serangkap pantun Negeri Perak aman Sentosa, Pendidikan Gemilang Misi Utama, Jemputlah datang saudari dan saudara, Pintu Alumni terbuka untuk semua. Selamat membaca dan berjumpa lagi di keluaran yang akan datang. Sekian wasalam. Dr. Siti Hartini binti Azmi Pengarah Pusat Alumni dan juga merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan 4
Pengarah Pusat Alumni Dr Siti Hartini berkata, "Ziarah sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang kerana tugas utama Pusat Alumni untuk membantu dan menjaga kebajikan para Alumni". Berharap dengan sedikit bantuan yang dihulurkan ini dapat merasakan diri mereka dihargai walaupun sudah bergelar Alumni. BULETIN ALUMNI Oleh Muhammad Zafir Mohd Saman TANJONG MALIM - "Dah berpuluh tahun saya tinggal di sini, ini pertama kali jadi banjir, tak sangka air boleh naik tinggi macam ni, jadi persiapan untuk banjir tu memang tiada," Itu la kata-kata salah seorang mangsa banjir Alumni UPSI. Atas dasar itu, Pusat Alumni telah menghantar staf bagi memenuhi keperluan dalam misi kemanusiaan yang terjejas di Selangor. Antara bentuk sumbangan lain termasuk sumbangan berbentuk kewangan. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) "Keprihatinan pihak universiti melalui Pusat Alumni kepada Anak Kandung Suluh Budiman akan diingati walaupun sudah bergelar Alumni. Pusat Alumni Kerah Bantuan Pada Alumni Yang Terjejas Akibat Banjir 5
BULETIN ALUMNI Seterusnya selepas negeri Selangor, Pusat Alumni bergerak ke negeri Pahang serta Negeri Sembilan bagi meneruskan misi bantuan banjir kepada Alumni-alumni yang turut terkesan dalam kejadian yang tak diingini. Semoga segala urusan dan perjalanan pasukan Pusat Alumni, UPSI dilindungi dan dirahmati selalu. 6
. BULETIN ALUMNI Oleh Anizan Md Noor Pahang 22 Januari - Pusat Alumni UPSI yang diketuai oleh En. Muhammad Zafir melaksanakan program Ziarah Alumni Pahang yang terkesan banjir pada 22 Januari sehinga 23 Januari 2022 yang lalu. Bersama pasukan kecil Pusat Alumni, kembara ke seluruh pelusuk negeri Pahang ini telah membuka mata bahawa bencana banjir yang melanda kali ini benar-benar memberi kesan yang besar kepada mangsa-mangsa khususnya alumni UPSI. Banjir yang segenap menutupi bumbung rumah itu merugikan mereka kerana banyak barangbarang yang telah rosak dan tidak dapat diperbaiki semula. Pusat Alumni UPSI Sampaikan Bantuan : Alumni Terkesan Banjir Walaupun sudah lebih sebulan bencana melanda, masih ada lagi rumah yang belum selesai dibersih dan diselenggara kerana ianya memerlukan kos yang tinggi. 7
Antara pengalaman tidak boleh dilupakan apabila berada di Chenor, hampir kesemua rumah dan tanaman penduduk kampung musnah akibat banjir teruk yang melanda. Halaman rumah dan jalan raya juga masih dipenuhi lumpur sehingga kini. Ibu kepada Wan Husna Hafizan, iaitu alumni era UPSI yang tinggal disekitar Chenor menyatakan bahawa mereka sudah muak untuk membeli perabot baru kerana tempat tersebut acap kali terkena musibah banjir. "Setiap tahun kami membeli perabut baru seperti meja makan dan almari tetapi mesti akan rosak dan tidak boleh dipakai dek kerana banjir yang selalu melanda kampung ini setiap tahun,". Ujar Ibu Wan Husna. Sebelum sampai ke Chenor kami sebenarnya sudah melawat alumni yang terkesan banjir di Bentong iaitu Cikgu Mohd Hafiz. BULETIN ALUMNI Begitu juga yang terjadi kepada rumah Nurul Asyiqin iaitu alumni era UPSI yang terpaksa menangung kos yang tinggi untuk proses penyelenggraan rumah dan kereta yang dinaiki air akibat banjir yang melanda. Seterusnya, kami terus ke ibu kota Pahang dan melawat beberapa orang alumni iaitu Wan Norhalimatun, Haji Mohamed Bukhari, Daeme Abd Bakar dan Dato' Haji Abdul Rahim. Kuantan juga mengalami banjir yang cukup dahsyat disegenap tempat dan memberi kesan kepada alumni-alumni yang berada di sana. Pusat Alumni UPSI datang untuk melawat dan memberi sedikit sebanyak bantuan makanan dan kewangan. Walaupun tidak banyak nilainya tetapi cukup sekadar untuk menyampai salam Ibu Kandung Suluh Budiman dan tanda ingatan yang berpanjangan. Bentong juga mengalami banjir yang cukup dahsyat sehingga menyebabkan keluarga Cikgu Mohd Hafiz mengambil masa yang agak lama untuk melakukan pembersihan rumah mereka. Setelah itu, kami terus bergerak ke Karak dan melawat tiga orang alumni yang juga terkesan banjir dengan teruk. Rumah Norini binti Yusof iaitu alumni era UPSi. 8
Menurut Pengarah Pusat Alumni, Dr Siti Hartini, "Program kembara ini merupakan program dimana alumni Ibu Kandung Suluh Budiman dapat menghilangkan rasa rindu akan Ibu Kandung Suluh Budiman. Menerusi kembara ini, alumni yang hadir dapat menzahirkan rasa rindu terhadap Ibu Kandung Suluh Budiman dengan menghayati apabila lagu keramat UPSI iaitu Lagu Ibu Kandung Suluh Budiman dimainkan. Ibu Kandung Suluh Budiman lah tempat mereka menimba ilmu sehingga mendapat segulung ijazah. bak kata pepatah melayu tempat yang jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain." BULETIN ALUMNI Oleh Nor Azlina Aladdin KELANTAN 25 MAC 2022 - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Alumni telah menjelajah ke negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Negeri Kelantan bagi menjalankan program kembara ibu kandung suluh budiman dan bertemu dengan Alumni yang telah sekian lama tidak berjumpa. Program ini julung kali diadakan setelah sekian lama kita menghadapi wabak penyakit covid-19. Program kembara Ibu kandung suluh budiman ini adalah bertujuan bagi merapatkan hubungan serta bertanya khabar kepada para alumni yang berada di negeri tersebut. Program ini disambut baik oleh 54 orang alumni yang hadir bagi memeriahkan program ini. Kembara ini diserikan lagi dengan kehadiran dua orang bekas guru zaman IPSI iaitu Tuan Hj Omar bin Hamat (Ketua Jabatan Matematik dan Sains IPSI) serta Idris bin Samat (Pensyarah Jabatan Bahasa IPSI). "Sudah berpuluh tahun saya mengajar, dan sudah melahirkan ribuan orang guru. Ada yang sudah nak pencen pun ada. Rasa bangga dan terharu bila melihat anak didik saya hari ini semua telah menjadi insan yang hebat dalam mendidik kemenjadian anak bangsa,” ujar Tuan Hj Omar. UBATI RINDU PADA ALMA MATER DENGAN KEMBARA IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN NEGERI KELANTAN 9
Dalam pada itu turut diraikan Cikgu Zapri Mat Zain diatas pelantikan semula sebagai Presiden Anak Kandung Suluh Budiman Kelantan. Cikgu Zapri menzahirkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepadanya. “Saya berjanji, akan sentiasa bersama dengan Pusat Alumni untuk menjalankan kerjasama dan aktiviti selepas ini, Selagi Hayat Dikandung Badan Kami Tetap Berbakti,” ujarnya. Kembara Ibu Kandung ini akan dijalankan diseluruh negara dan berharap lebih ramai penyertaan dari Alumni pada masa akan datang. BULETIN ALUMNI 10
Turut bersama dalam program ini ialah Timbalan Pengerusi AKSB Kelantan iaitu Cikgu Shukri. “Kami di AKSB Kelantan sangat terharu akan keprihatinan pihak Universiti yang terus menerus menyantuni kami bekas pelajar walaupun kami dah meninggalkan Tanjung Malim hampir 30 tahun,” ujarnya. Kelantan – Pusat Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah pun melaksanakan program Ziarah Kasih Alumni yang sedang sakit dan uzur di Kelantan. Pusat Alumni UPSI dengan Kerjasama Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat, dan Sedekah (WEZAS) UPSI telah mengunjungi dan melawat dua orang alumni Anak Kandung Suluh Budiman era Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI) di Kelantan iaitu Cikgu Rokaid dan Cikgu Azman. Kunjungan ini bukan sahaja untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, akan tetapi Pusat Alumni dan WEZAS telah menyalurkan sedikit sebanyak sumbangan kepada Cikgu Rokaid dan Cikgu Azman, walaupun tidak banyak nilainya, tetapi cukup sekadar untuk menyampai salam Ibu Kandung Suluh Budiman dan tanda ingatan yang berpanjangan. Cikgu Azman menyatakan bahawa beliau sangat teruja dikunjungi oleh Pusat Alumni kerana kunjungan ini sekurang-kurangnya dapat melepaskan kerinduan yang tidak terhingga terhadap institut ini. Cikgu Rokaid yang juga seorang guru dan wartawan sambilan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan yang diberikan kerana ianya dapat sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan harian dan dapat bertemu mata dengan wakil dari Ibu Kandung Suluh Budiman. BULETIN ALUMNI Oleh Muhammad Zafir Mohd Saman 11
BULETIN ALUMNI Pengarah Pusat Alumni, Dr. Siti Hartini dalam amanatnya berkata, “Pusat Alumni UPSI akan terus menyantuni alumninya walaupun mereka telah meninggalkan institut ini puluhan tahun yang lepas.” Selepas selama 2 tahun pandemik Covid-19 melanda negara, program kembara dan ziarah alumni tidak dapat dilaksanakan secara fizikal. Oleh itu, Dr. Hartini berharap agar program-program murni seperti ini dapat dilaksanakan bagi terus menanam baja kerinduan pada Ibu Kandung Suluh Budiman yang akan menyambut Sambutan 100 Tahun nya pada 22 November tahun ini. 12
BULETIN ALUMNI Oleh Siti Hartini Azmi Shah Alam, 27 Mei- Anak Kandung Suluh Budiman (AKSB) Selangor dengan jalinan kerjasama Pusat Alumni UPSI telah mengadakan Program Reunion Perdana Rusa'22 yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam itu bermula 27 Mei sehingga 29 Mei yang lalu dan bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam. Program ini telah dihadiri lebih daripada 100 orang alumni UPSI daripada pelbagai era. Program ini dianjurkan sempena menyambut 100 tahun SITC, MPSI, IPSI dan UPSI. Hari pertama reunion iaitu pada hari jumaat berlangsung majlis Hi-Tea sekaligus merupakan majlis suai kenal peserta RUSA'22 bersama Pusat Alumni. Bermula jam 8 malam program diteruskan diteruskan dengan majlis perasmian RUSA'22 dan Jamuan Makan Malam Perdana. Hari Pertama merupakan hari keterujaan peserta kerana mereka berpeluang bertemu dengan kenalan yang mana sudah lama tidak bersua. Sabtu 28 Mei merupakan hari yang dinantinantikan oleh semua peserta kerana mereka akan dibawa ke Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI untuk sambutan Hari Raya yang diadakan di dewan SITC. Jelas riak wajah setiap peserta yang teruja dan gembira kerana diberi peluang untuk kembali semula ke Ibu Kandung Suluh Budiman tempat di mana mereka dibesarkan dengan ilmu. Setibanya mereka di sana, mereka disambut dengan pukulan kompang yang meriah dan diiringi menuju ke dewan SITC. Juadah jamuan hari raya yang disediakan memang enak-enak belaka dan disantuni dengan persembahan yang memukau. Sewaktu majlis itu berlangsung, montaj dan serahan buku Antologi oleh Presiden Majlis AKSB Kebangsaan, En Ariff Hairoman kepada Timbalan Naib Canselor UPSI iaitu Prof Dr. Norkhalid Salimin dan diiringi oleh Pengarah Pusat Alumni, Dr Siti Hartini Azmi. Setelah selesai Majlis Sambutan Hari Raya, peserta dibawa ke Masjid Kampus Sultan Azlan Shah untuk menunaikan solat zohor sebelum bergerak pulang ke Hotel Concorde Shah Alam. Sebelum pulang mereka sempat bergambar di hadapan Bangunan Suluh Budiman sebagai tanda kenang-kenangan. 13
BULETIN ALUMNI Malam Sanjungan Budi Sejambak Kasih Ikon AKSB telah diadakan pada sebelah malam sekaligus penyerahan Anugerah Wira dan Srikandi RUSA'22 sebelum majlis bersurai tepat jam 11 malam. Pada hari terakhir tersebut telah berlangsungnya Catatan Deklarasi Shah Alam iaitu MoU kolaborasi antara Dunia Melayu Dunia Islam Malaysia (DMDI) dan AKSB Selangor sebelum bersurai sepenuhnya pada jam 12 petang. Jelas program Reunion Perdana Rusa' 22 ini memberi banyak impak positif sama ada secara langsung mahupun tidak langsung disamping mengeratkan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara alumni-alumni tersebut. Mereka ini umpama permata UPSI kerana tanpa mereka yang terdahulu, mana mungkin nama Universiti Pendidikan Sultan Idris yang sekarang ini mampu berdiri teguh dengan institusi pendidikan yang lain. Harapannya semoga program seperti ini menjadi program tahunan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Pusat Alumni dengan AKSB negeri. 14
BULETIN ALUMNI 15
Tanjong Malim – Menyedari kepentingan tanggungjawab sosial korporat mampu membantu melestarikan hubungan universiti dan masyarakat, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengalu-alukan sebarang kerjasama melibatkan syarikat korporat yang sudi menaja juadah berbuka kepada warga kampus. Pusat Alumni UPSI misalnya, menerima tajaan makanan berbuka puasa daripada syarikat kosmetik Avenys Malaysia Sdn. Bhd. dengan memperuntukkan sebanyak 100 bungkus makanan setiap hari bermula 6 April hingga 30 April 2022 kepada seluruh warga pelajar UPSI. Menurut Pengarah Pusat Alumni UPSI, Dr Siti Hartini Azmi, Pusat Alumni amat berbesar hati menerima tajaan juadah berbuka puasa untuk para mahasiswa UPSI dan menyifatkan kerjasama strategik sebegini sedikit sebanyak membantu kelompok pelajar yang rata-ratanya terdiri daripada golongan keluarga B40. BULETIN ALUMNI Oleh Muhammad Zafir Mohd Saman 16
BULETIN ALUMNI Pusat Alumni UPSI mengalu-alukan sebarang kerjasama sosial korporat dan boleh menghubungi Pegawai Pusat Alumni UPSI Encik Muhammad Zafir di talian 013-7899337. Pengasas syarikat Avenys Malaysia Sdn Bhd Aleeya Zailan berkata, "Sumbangan makanan yang diserahkan kepada para pelajar kolej merupakan hasil dana jualan terkumpul daripada produk jualan syarikatnya serta hasil sumbangan daripada pengikut akaun media sosial yang terdiri daripada ejen serta stokis produk keluarannya yang sudi memberi sumbangan makanan berbuka puasa kepada pelajar UPSI sepanjang bulan Ramadan. Pusat Alumni amat mengalu-alukan sebarang kerjasama yang boleh memberikan manfaat buat para pelajar dan juga alumni pusat pengajian bertuah ini,” jelasnya semasa sesi serahan makanan di Kampus Sultan Azlan Shah, di sini. 17
Tanjong Malim – Pusat Alumni dan Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah meraikan seorang graduan pemegang Anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby. BULETIN ALUMNI Oleh Nor Azlina Aladdin Penganugerahan ini bertujuan untuk meraikan dan menghargai kejayaan graduan yang telah bergiat aktif dalam bidang kesukarelawanan, kepimpinan dan mempunyai sahsiah yang cemerlang. Majlis penyerahan pemegang anugerah Khas kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby ini, Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin (Timbalan Naib Canselor UPSI), Dr Siti Hartini Azmi (Pengarah Pusat Alumni), Prof. Madya Dr Abdul Talib Mohamed Hashim (Dekan Fakulti Pembangunan Manusia), dan Muhammad Nur Naim Abdul Rehman (Penerima Anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby). Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin dalam ucapannya, menasihati kepada Muhammad Nur Naim bin Abdul Rehman untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD kerana pada era ini, pelbagai peluang yang terbentang luas dan pelbagai cara untuk kita memohon bantuan bagi melanjutkan pelajaran jika kita tidak mempunyai wang yang mencukupi malah beliau jika berkongsi pengalaman beliau ketika usia remaja bahawa beliau tidak pernah jemu untuk meneruskan belajar sehingga ke peringkat ini. Muhammad Nur Naim Abdul Rehman (Penerima Anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby). 18
BULETIN ALUMNI Muhammad Nur Naim perlu melanjutkan pelajaran dan menjadikan Anugerah Khas Kepimpinan Alumni Dr. Ahmad Sani Araby sebagai dorongan dan semangat untuk menjadi insan yang berguna kepada orang sekeliling. Malah, TNC HEPA juga menyatakan bahawa Pusat Alumni UPSI telah bekerjasama dengan Bank Islam, Proton dan MySutera. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan Majlis ini dengan jayanya. Muhammad Nur Naim Abdul merupakan graduan sempena Istiadat Konvokesyen kali ke-23 yang menerima anugerah khas kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1000 berserta hadiah iringan yang lain. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dan mantan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sidang 2019/2020 dan sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana di UPSI. Muhammad Nur Naim mendapat sokongan penuh daripada Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan Dekan Fakulti Pembangunan Manusia yang turut hadir untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Doktor Falsafah apabila bergraduat kelak dalam pengajian Sarjana beliau dan kembali berbakti di Ibu Kandung Suluh Budiman suatu hari nanti. Diharapkan melalui Majlis Penyerahan Anugerah Khas Kepimpinan Dr Ahmad Sani Araby ini, memberikan inspirasi kepada bakal graduan sekaligus menjadi titi kejayaan yang lebih gemilang kepada pemegang anugerah pada masa hadapan. Kejayaan tidak akan hadir tanpa usaha yang gigih 19
PENCAPAIAN Anugerah Khas Tawan Puncak Kinabalu Ppd Besut (2019) Pembina Modul Renang Gen-T Jpn Terengganu (2019) Penceramah / Penyelam / Sukarelawan Konservasi Marin Taman Taman Laut Malaysia (2000-2019) Jurulatih Penghayatan Taman Laut Pusat Kokurikulum Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (2005-2018) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jpn Terengganu (2018) Juara Dunia Program International Atomic Energy Agency (Iaea) International Student Competition Korea Guru Penasihat Kubest Smart Invention Team (2018) Johan Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar Pengurusan Kokurikulum Terbaik Peringkat Kebangsaan (Guru Penasihat Kokurikulum) (2018) Projek Inovasi Coral Restoration Smk Kuala Besut (2015 hingga 2017) Penyelam Largest Simulataneous Coral Planting Event (Malaysia Book Of Record) (2017) Peti Pos Diraja &Tunku Laksamana Coral Garden Di Pulau Mensirip, Johor (Malaysia Book Of Record)Dymm Sultan Johor (2016) Pakar Rujuk Pembimbing Pendidikan Luar Universiti Putra Malaysia (2015) Penyelam Meletakkan Peti Pos Paling Dalam Dasar Laut (40 Meter) Pulau Layang Layang , Kepulauan Spartly,Sabah. (Malaysia Book Of Record) (2015) Aznan bin Abas atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Nan merupakan anak kelahiran Negeri Terengganu dan di lahirkan pada 22hb Ogos 1965. Beliau merupakan alumni AKSB yang sangat aktif dalam bidang kokurikulum dan banyak memberikan sumbangan di peringkat negeri sehinggalah antarabangsa. Pencapaian demi pencapaian beliau banyak menerima pelbagai anugerah dan penghargaan khas dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia/ Pos Malaysia sehinggalah Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan penceramah, penyelam dan sukarelawan Konservasi Marin Taman Laut Malaysia. Aznan bin Abas
TANDATANGAN "Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti"
Pusat Alumni UPSI Rakan Strategik: ALUMNI B U L E T I N PUSAT ALUMNI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI Aras Bawah, Bangunan Pusat Pelajar Kampus Sultan Azlan Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan Tel : 015-4879 7052