The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by leowsofia, 2021-09-13 01:04:32

tokoh kemerdekaan tasswin

tokoh kemerdekaan (1)

BUKU SKRAP DIGITAL

(TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ)

SALAH SATU TOKOH KEMERDEKAAN YANG TERKENAL DI MALAYSIA DAN MEMPUNYAI
GELARAN SEBAGAI BAPA KEMERDEKAAN.
DI SEDIAKAN OLEH:
TASSWIN A/L K.PRAPPAGARAN

Biodata Peserta

NAMA: TASSWIN A/L K.PRAPPAGARAN
NAMA SEKOLAH: SMK TAMAN JOHOR JAYA 1, JALAN
BAKAWALI 75,TAMAN JOHOR JAYA,81100,JOHOR
UMUR: 16 TAHUN
KELAS: 4 PA
ALAMAT E-MEIL: [email protected]
AGAMA: HINDU

RUJUKAN

bBILANGAN PERKARA MUKA SURAT
1) 4
PENDAHULUAN 5
6
2) BIODATA TOKOH 7
8
3) RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH 9
10
4) KELEBIHAN TOKOH

5) BUKTI KREDIBILITI TOKOH

6) JASA DAN SUMBANGAN TOKOH

7) PENUTUP

PENDAHULUAN

Ø Tunku Abdul RAhmAn PuTRA Al-hAj ibni AlmARhum
SulTAn Abdul hAmid hAlim ShAh merupakan Ketua

Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan
menjadi Perdana Menteri pertama

sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga
1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963
merupakan salah satu daripada pencapaiannya
yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku",

beliau juga dikenang sebagai "Bapa
Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

BIODATA TOKOH

• NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah

• PARTI POLITIK: UMNO

• TARIK LAHIR: 11 MAC 1922
• TEMPAT LAHIR: PEKAN,PAHANG
• TARIKH KEMATIAN: 14 JANUARI 1976
• AGAMA: ISLAM
• ANAK : 5 ORANG

RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH

Perpaduan kaum merupakan asas utama yang mendasari perjuangan dan
pentadbiran perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, kata

anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Atas dasar itu juga, katanya ketika negara mahu menuntut kemerdekaan
daripada penjajah British, Tunku Abdul Rahman yang ketika itu presiden UMNO

telah mewujudkan kerjasama dengan MCA dan MIC kerana percaya hanya
melalui perpaduan kaum kemerdekaan negara dapat dicapai.

Beliau juga berkata inisiatif beliau dalam mewujudkan parti gabungan iaitu
Parti Perikatan yang menggunakan lambang 'Kapal Layar' pada masa itu

telah berjaya menyatukan kaum-kaum utama di negara ini iaitu Melayu, Cina
dan India.

INI LAH ANTARA SEBAB YANG SAYA MEMILIH TOKOH INI DAN SAYA RASA SEBABKAN
BELIAU LAH NEGARA KITA SEDANG MAJU SEKARANG INI.

KELEBIHAN TOKOH

Sepanjang kehidupan Tunku Abdul Rahman Putra, kepimpinan dan
sifat murni beliau telah berjaya memberikan impak dan teladan dalam

kehidupan setiap rakyat Malaysia. Antara kelebihan beliau ialah

1. Beliau seorang yang berhemah tinggi. Hal ini dikatakan oleh kerana walaupun
beliau dilahirkan dalam keluarga diraja, Tunku merupakan seorang yang
berjiwa rakyat. Semasa membesar, tunku sangat gemar bermain bola
bersama anak-anak kampung dan tidak mempunyai sifat menunjuk-nunjuk.
Dengan mempunyai sifat ini beliau sangat di sayangi oleh masyarakat .

2. Mempunyai sifat tidak berputus asa dengan cepat. Tahukah anda, Tunku
Abdul Rahman pernah gagal dalam peperiksaan undang-undang semasa
pengajiannya di London pada tahun1930? Ketika itu kakandanya, tunku
Ibrahim memberitahu beliau yang kegagalannya itu adalah sesuatu yang amat
memalukan kaum kerabat mereka. Namun begitu beliau tidak putus asa dan
pulang semula ke London untuk mengambil semula peperiksaan tersebut dan
telah berjaya lulus peperiksaan tersebut.

BUKTI KREDIBILITI TOKOH

• Tunku Abdul Rahman dikatakan telah berjaya membawa negara
kita ke ambang kemerdekaan. Oleh Kebolehan dan kebijaksanan
yang beliau miliki membolehkan negara kita mendapatkan
kemerdekaan hanya melalui perundingan tanpa menumpahkan
setitis darah pun sebagaimana yang berlaku di negara jiran.

BUKTI KREDIBILITI TOKOH

• Beliau hanya menggunakan semangat perpaduan untuk
membuktikan kepada british yang kita layak mendapatkan
kemerdekaan.

• Beliau seorang yang hebat dan bijak dalam memilih keputusan.

JASA DAN SUMBANGAN TOKOH

Sumbangan Tunku Abdul Rahman sepanjang penglibatan beliau dalam bidang
politik ialah, beliau cuba menyatupadukan rakyat Tanah Melayu yang berbilang
kaum untuk menentang kerajaan British dan menuntut kemerdekaan bagi Tanah
Melayu.

Selain itu, beliau sanggup menyuarakan bantahan terhadap Malayan union dan
menghadiri perjumpaan- perjumpaan menentang Malayan Union di Alor Setar
serta mengorbankan kerjayanya untuk mengambil alih teraju kepimpinan UMNO
demi perpaduan orang melayu.

Bukan itu sahaja, beliau sanggup menerima sebarang halangan dan cabaran demi
perpaduan negara.Sebagai contoh,pada tahun 1955,Tunku Abdul Rahman sebagai
Ketua Menteri telah mewakili kerajaan British untuk menghadiri Rundingan Baling
yang dianjurkan oleh pihak parti Komunis Malaya.Walaupun rundingan ini
gagal,tetapi telah berjaya mencipta imej beliau sebagai pencinta kedamaian.

PENUTUP

• SAYA BERHARAP BUKU SKRAP DIGITAL YANG SAYA SEDIAKAN INI
DAPAT MENANAMKAN SEMANGAT PATRIOTIK PADA SEMUA

ORANG. INGAT LAH HANYA KITA DAPAT MEMAJUKAN NEGARA
KITA. DAN SAYA JUGA BERHARAP KITA SEMUA DAPAT MENGAMBIL

CONTOH SIFAT TUNKU ABDUL RAHMAN IAITU SEMANGAT
PERPADUAN ANTARA KAUM SANGAT PENTING…

MAJU LAH MALAYSIA!!!

Sorotan tokoh


Click to View FlipBook Version