The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nanie, 2020-12-23 19:02:25

BEDENA 2020

BEDENA 2020

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Murid, guru, ibu bapa, warga sekolah dan saudara saudari yang dikasihi,
Tahun 2020 akan tersemat erat dalam memori kita sebagai satu tempoh yang amat mencabar khususnya bagi sektor
pendidikan. Kita semua cukup terkesan dengan pandemik COVID-19. Pada bulan Mac 2020, semua sekolah terpaksa
ditutup kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Sejumlah lebih 5 juta orang murid
tidak dapat ke sekolah untuk mengikuti pembelajaran secara bersemuka. Selain itu, lebih 500,000 orang guru perlu
menggunakan pelbagai pendekatan bagi memastikan murid tidak ketinggalan dan dapat terus mengikuti pembelajaran
dengan selamat di rumah.
Sekolah telah dibuka semula secara berperingkat mulai 24 Jun 2020. Sudah tentu murid gembira dapat kembali
ke sekolah untuk mengikuti pembelajaran secara bersemuka dengan guru. Namun, situasi ini tidak berpanjangan.
Kemunculan gelombang ketiga pandemik COVID-19 membawa satu cabaran yang jauh lebih besar. Keadaan ini
menyebabkan kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan yang berat untuk menutup semula
sekolah pada 9 November 2020 sehingga tamat sesi persekolahan tahun 2020. Langkah ini adalah sebagai usaha
untuk membantu Kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19, terutamanya dalam kalangan warga sekolah.
Walaupun sekolah ditutup, sesi pengajaran dan pembelajaran masih diteruskan melalui kaedah Home-based Learning
mengikut kesesuaian guru dan murid.
Segala usaha yang dilaksanakan dalam tempoh yang mencabar ini jelas menunjukkan bahawa semua pihak begitu
komited dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan murid dapat terus mengikuti
pembelajaran. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada murid, guru, ibu bapa dan
seluruh warga sekolah atas kesabaran, sokongan dang dokongan demi pendidikan untuk anak-anak kita.
Dalam mendepani situasi yang sukar ini, saya yakin bahawa segala cabaran yang dihadapi tidak akan melunturkan
semangat murid untuk terus berguru demi menuntut ilmu dalam apa jua keadaan. Rasa kecintaan kepada penerokaan
ilmu yang bermanfaat akan membentuk insan dan generasi baharu yang bijaksana serta mampu bersaing di persada
dunia. Murid yang mendalami ilmu dengan penuh keikhlasan akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap
ilmu tersebut dan juga meneroka bidang ilmu baharu. Dengan ini, lahirlah ilmuwan yang mampu mencipta dan
mereka produk serta perkhidmatan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Haluan kecemerlangan masa depan
negara bergantung kepada tahap penguasaan ilmu oleh generasi muda yang ada pada hari ini. Ketinggian ilmu yang
digabungkan dengan kemuliaan akhlak adalah resepi kegemilangan sebuah negara.

Banir tanjung selisih jati
Jati berbalam disinggahi helang

Ilmu dijunjung setulus hati
Akhlak menyulam pertiwi gemilang
Dalam aspek penerbitan majalah sekolah, tentunya edisi penerbitan untuk tahun ini mempunyai makna yang begitu
mendalam dan berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Selain memaparkan latar belakang, aktiviti dan
pencapaian sekolah serta memahat memori persekolahan, majalah tahun ini memanifestasikan cabaran besar yang
dihadapi oleh sektor pendidikan dalam mendepani pandemik COVID-19. Apa yang berlaku pada masa ini adalah
sesuatu yang di luar daripada kebiasaan.
Bagi penerbitan majalah sekolah yang berkualiti, pastinya ia terhasil daripada penggabungan idea, inovasi, kreativiti
serta kerjasama antara guru dan murid. Proses penerbitan majalah ini telah berjaya meningkatkan kemahiran dan
menggilap bakat serta potensi murid ke arah yang lebih cemerlang. Oleh hal yang demikian, setinggi-tinggi tahniah dan
syabas saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah di atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah bagi tahun 2020.
Akhir kata, diharap kejayaan yang dikongsikan dalam majalah ini akan menjadi aspirasi dan dorongan untuk pencapaian
yang lebih baik pada masa akan datang.
Selamat maju jaya.
“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”

DR. MOHD RADZI MD JIDIN # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena
Menteri Kanan Pendidikan Malaysia
BEDENA 2020

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Terima kasih kepada warga sekolah kerana sudi memberikan ruang kepada saya
untuk menyampaikan kata alu-aluan dalam majalah sekolah pada kali ini. Tahniah dan
syabas diucapkan kepada warga sekolah khususnya Sidang Redaksi Majalah atas
kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang sungguh bermakna ini. Semoga majalah
sekolah ini dijadikan sebagai panduan bagi meningkatkan semangat cinta terhadap
sekolah serta meneruskan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah.

Saya yakin, aspirasi sistem dan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025 akan sentiasa menjadi
fokus utama semua pihak. Fokus dan gerak kerja KPM untuk tahun 2020 akan
tertumpu kepada kualiti pembelajaran murid dan kualiti guru serta pemimpin sekolah.
Pembelajaran murid di sekolah akan lebih berkesan apabila ia dipacu dengan
pengajaran yang berkualiti oleh guru serta disokong oleh kepimpinan Pengetua atau
Guru Besar. Justeru, akauntabiliti adalah seperti pelekat yang dapat mengikat dan
menyatukan komitmen kita ke arah keberhasilan.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah serta terus
bersama-sama menjayakan agenda pendidikan negara demi melahirkan generasi
masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang.

BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH !

DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan
rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung Portal
Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada
jawatankuasa portal JPNS kerana sentiasa berusaha untuk menambah baik portal rasmi ini.
Adalah diharapkan portal ini dapat dijadikan sebagai pintu utama kepada sistem penyampaian
maklumat jabatan yang menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan bagi seluruh warga
pendidikan serta dapat dilayari sebaik mungkin.

Pelbagai inisiatif dalam bidang ICT telah diperkenalkan dan diamalkan untuk memantapkan integriti
serta kecekapan pengurusan awam dan tadbir urus yang baik bagi sektor awam. Antaranya ialah
penggubalan undang-undang komunikasi/multimedia/siber, menguatkuasa kawal selia pelesenan
yang telus dan pembangunan infrastruktur yang akan menggalakkan penggunaan teknologi baru
yang sesuai. Usaha-usaha kerajaan seperti menggalakkan perkhidmatan secara atas talian telah
mengubah gaya hidup generasi baru serta cara kerja agensi-agensi kerajaan.

Penghasilan portal yang menarik dan dikemaskini secara berterusan, pastinya akan dapat
memupuk kefahaman, keyakinan, kebolehpercayaan masyarakat dan pelanggan terhadap mutu
perkhidmatan yang ditawarkan serta membolehkan setiap tindak ikut dapat dilakukan dengan
pantas serta menjimatkan kos.

Adalah menjadi harapan saya agar Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang
dibangunkan ini dapat dikawal dan diselaraskan supaya integriti dan kecekapan dalam pengurusan
awam tidak terjejas disebabkan oleh pembaziran, pertindihan tugas dan kerja-kerja berulang.
Melalui portal ini, fungsi jabatan ini boleh diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat pada
era teknologi maklumat dan segala maklumat penting boleh dicapai dengan tepat dan cepat.
Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak portal ini akan dikemaskini secara berterusan dan
diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan warga pendidikan dan orang awam.

Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pihak yang terlibat dalam
menjayakan pembinaan Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor ini. Sebarang
cadangan dan komen untuk menambahbaik kandungan portal ini dari semasa ke semasa.amat
dialu-alukan.

“JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR TERBILANG”

HAJI IZMI BIN HAJI ISMAIL, A.M.P., P.J.K # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena
Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

BEDENA 2020

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah hidayah-NYA, majalah BEDENA ini dapat
diterbitkan untuk kali ke 44. Terima kasih saya ucapkan kerana pihak kami telah diberi
peluang untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini sebagai satu pengetahuan
akan paradigma semua warga SSB. Kemunculan majalah ini amat dinantikan dan
merupakan satu catatan atau memori disamping itu, majalah ini juga merupakan satu
lapangan atau landasan kepada para pelajar untuk memaparkan idea-idea bernas dan
menarik. Satu kenyataan yang jelas terpapar ialah semangat kerjasama dan komitmen
warga sekolah untuk menterjemahkan hasrat dan bukti pendidikan selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malysia ( PPPM ), setiap pendidik tidak dapat lari daripada
menghadapi pelbagai kemelut dan arahan perubahan dalam dunia pendidikan.

Justeru, semua guru hendaklah melakukan transfomasi dan penambahbaikan kepada
kemahiran dan potensi diri yang sedia ada bagi menghadapi cabaran pendidikan
pada masa ini yang merangkumi aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa dan etika sejajar dengan falsafah Pendidikan
Kebangsaan agar setiap mereka berupaya untuk bersaing di peringkat global.

Akhir kata , saya yakin dan percaya bahawa penrbitan majalah BEDENA ini akan menjadi
perangsang kepada pelajar untuk terus mempamerkan bakat dan ketrampilan diri masing-
masing. Saya berharap agar warga SSB akan terus mara ke hadapan serta berjiwa kental
dalam menghadapai transfomasi pendidikan yang semakin kompleks dan mencabar.

Sekian, terima kasih.

MOHD JAJULI BIN HJ YAHAYA
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

FARIDAH BT A. RAHMAN # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena
Pengetua
SMK Seri Bedena

BEDENA 2020

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

Sebelum meneruskan bicara, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan majalah sekolah pada
kali ini. Terima kasih juga kerana memberikan kesempatan untuk saya melakarkan kata
alu-aluan. Tahniah diucapkan kepada AJK Sidang Redaksi BEDENA 2020.

Kejayaan ini merupakan kesinambungan tradisi yang berlangsung selama ini dan
memberikan pengertian yang besar kerana menerusi BEDENA, kita dapat merakamkan
peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai pengalaman kita. Saya pasti
semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang
dalam aspek akademik mahupun sahsiah.

Permuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting melahirkan
kejayaan anak-anak. Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing akan menyediakan
landasan yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka sebelum mereka melakar
kejayaan. Kejayaan dan komitmen yang jitu ini akan mampu membuahkan hasil yang
optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam kurikulum mahupun
kokurikulum. Jelaslah di sini, komitmen semua pihak mampu menjayakan wawasan
negara yang berfalsafah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Justeru, saya menyeru agar para pelajar sentiasa berusaha memperbaiki pencapaian diri
dan berpegang teguh pada aku janji yang dilafazkan, Kegigihan serta ketabahan pelajar
mampu membentuk modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

Akhir kata, saya mendoakan SMK Seri Bedena sentiasa beroleh kejayaan dan segala
usaha akan diberkati Allah SWT. Semoga terus berjaya dalam segala bidang.
Sekian, terima kasih.

Wassalam.

TUAN JUMASRI BIN JUMIN # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena
Yang Dipertua PIBG
SMK Seri Bedena

BEDENA 2020

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya, saya diberikan kesempatan
untuk memberi sepatah dua kata dalam Majalah Bedena 2020.Sebelum meneruskan
bicara, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat
dalam menjayakan dan menerbitkan majalah sekolah pada kali ini.Tahniah diucapkan
atas hasil usaha keras AJK Sidang Redaksi Bedena dalam menjayakan majalah yang
memberi kenangan manis kepada semua guru dan pelajar SMK Seri Bedena.

Pejam celik pejam celik, saya sudah mencapai usia 17 tahun. Walaupun saya bersekolah
selama 2 tahun di sini, tetapi banyak kenangan manis yang saya telah lalui sepanjang
bersekolah di SMK Seri Bedena. Pada tahun ini saya diberi amanah oleh warga SSB
untuk menjawat jawatan tertinggi iaitu sebagai ketua pelajar SMK Seri Bedena.
Tugas sebagai ketua pelajar pada tahun ini kurang mencabar kerana wabak Covid-19
yang semakin menular dari hari ke hari. Sekolah terpaksa ditutup dalam jangka masa
yang panjang bagi mengawal penularan wabak. Banyak perkara yang ingin saya lakukan
sebagai ketua pelajar, tetapi apakan daya keselamatan dan kesihatan semua guru dan
pelajar perlu diutamakan.

Kepada guru-guru SMK Seri Bedena, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih kerana sentiasa berusaha menjaga S.O.P yang diberikan oleh kerajaan.
Jasa guru amatlah saya hargai kerana sanggup berkorban masa dan tenaga demi
memastikan kejayaan, keselamatan dan kesihatan kami semua kekal terjamin. Setinggi-
tinggi penghargaan buat semua guru di SMK Seri Bedena.

Kepada para pelajar SMK Seri Bedena, jadilah pelajar yang dapat membanggakan nama
ibu bapa,guru-guru dan sekolah. Belajarlah bersungguh-sungguh kerana setiap usaha
pasti ada ganjarannya.

Akhir kata daripada saya, hormatilah guru kerana guru ibarat nur yang menjadi cahaya
petunjuk kepada arah kejayaan. Saya mengambil kesempatan memohon kemaafan atas
salah silap atau terkasar bahasa sama ada secara sedar atau tidak sedar. Doakan saya.

Sekian, terima kasih,

MUHAMMAD ZAMIR HARITH BIN GHADZALI
Ketua Pelajar
SMK Seri Bedena

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat sekali lagi kita
menghasilkan sebuah penerbitan majalah kebanggaan warga SMK SERI BEDENA,
iaitu Majalah BEDENA edisi ke-44. Tahniah dan Terima kasih kepada guru penasihat
dan kumpulan Sidang Redaksi 2020 atas berkat usaha dan perkhidmatan yang tidak
mengenal erti jemu dan penat dalam melaksanakan wadah yang cukup istimewa bagi
seluruh warga SMK SERI BEDENA. Majalah BEDENA 2020 ini turut menjadi medium
bagi para pelajar menyerlahkan dan mengasah bakat terpendam dalam diri mereka. Di
majalah ini jugalah diisi dengan segala peristiwa suka duka para guru dan para pelajar
untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan terutamanya bagi para pelajar Tingkatan 5
yang akan meninggalkan SMK SERI BEDENA yang dicintai.

Penghasilan Majalah BEDENA 2020 ini bukan sahaja merekodkan hari-hari yang penting
di SMK SERI BEDENA malah merakamkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai
sudut, baik kurikulum mahupun kokurikulum. Oleh itu,kejayaan yang telah dicapai oleh
para pelajar SMK SERI BEDENA turut dimuatkan untuk tatapan semua sebagai inspirasi
kepada pelajar menengah rendah untuk menjadi seorang murid yang cemerlang dalam
pendidikan.

Sebagai ketua editor Majalah BEDENA 2020, saya mewakili kumpulan Sidang Redaksi
2020 ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan
majalah ini. Sesungguhnya segala yang baik datangnya daripada yang Maha Esa dan
yang sebaliknya datang dari kelemahan diri saya sendiri. Sesungguhnya, kami telah
mencuba sedaya upaya agar penghasilan majalah ini, semua kenangan dan memori
indah bersama SMK SERI BEDENA dapat di potret untuk tatapan masa yang akan
datang.

Sekian, terima kasih.

NURALIYA NATASHA BT HADRI
Ketua Editor
SMK Seri Bedena

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

VISI

“ PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”

MISI

“MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA”

PIAGAM PELANGGAN

KAMI WARGA GURU DAN KAKITANGAN SMK SERI BEDENA, SG BESAR
DENGAN PENUH ILTIZAM AKAN;

1. Mendidik pelajar supaya berperibadi mulia, bijaksana dan berkebolehan di bidang
kurikulum dan kokurikulum.

2. Memberi kasih sayang seadilnya kepada semua pelajar dengan mengutamakan
keselamatan dan kebajikan pelajar.

3. Menjalin hubungan mesra dengan ibu bapa.

4. Memupuk permuafakatan dengan masyarakat sekeliling dengan mengambil kira
pelbagai budaya dan agama.

5. Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pihak.

6. Menjayakan pengurusan persekitaran yang mesra alam dan hijau.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

DI SEBALIK NAMA SMK SERI BEDENA

SERI:
Bermaksud cahaya

BEDENA:
Ditakrifkan sebagai tempayan berisi harta karun

SERI BEDENA:
Bererti harta karun yang bercahaya. Ilmu yang dipelajari diharapkan dapat memberi

sinar dan menjadi harta kepada kehidupan seseorang pada masa hadapan.

KUNING BIRU
Patuh kepada agama Berusaha

PUTIH MERAH
Bersih serta suci Berani

DESKRIPSI LOGO SEKOLAH

BULAT : Simbol buah kelapa yang menjadi tanaman utama
penduduk tempatan.

BUNGA PADI : Sumber utama penduduk tempatan.

BUKU : Melambangkan ilmu pengetahuan.

SPOKET : Melambangkan teknologi.

MIKROSKOP DAN : Melambangkan Sains. Kelas Sains yang pertama dibuka di
JANGKA LUKIS Sungai Besar. Sebelum 1973, pelajar terpaksa ke STARP

untuk mengambil aliran Sains.

OBOR : Penyuluh kepada ilmu pengetahuan.

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

LAGU SEKOLAH

MARILAH KITA BERSAMA,
MENCAPAI CITA MULIA,

TANAMKAN ILMU KE DALAM DADA,
SEMOGA KITA BERJAYA...

MAJULAH MAJU SSB,
BERSAMA TUJU WAWASAN,
AMALKAN ILMU SIAP SEDIA,
BERJASA UNTUK NEGARA...

MARILAH KITA PADU TENAGA,
BERUSAHA BERSAMA-SAMA,

ITU AMALAN KITA SEMUA,
SSB KEBANGAAN KITA...

HIDUP BIARLAH BERJASA,
DEMI BANGSA DAN NEGARA,
GANDINGKAN BAHU BERSAMA-SAMA,

SSB TERUS BERJAYA...

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

SEJARAH SEKOLAH

Pada tahun-tahun sebelum 1965, penduduk Sungai Besar yang melanjutkan pelajaran ke
peringkat menengah terpaksa ke Sekolah Inggeris Sabak Bernam yang terletak sejauh
12km. Ada pula yang terpaksa pergi ke Teluk Anson (Teluk Intan), Klang atau Kuala
Lumpur untuk melanjutkan pelajaran.

Oleh yang demikian, sebuah “Darjah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris” ditubuhkan
di Sungai Besar pada tahun 1965. Sesuatu yang menggembirakan semua pihak apabila
sekolah ini mempunyai bangunan sendiri.

Tanggal 24 Julai 1974, YAB Dato’ Haji Harun bin Haji Idris (DPMS, SMS, JPK) selaku
Menteri Besar Selangor ketika itu telah merasmikan sekolah ini. Bermula 1 Julai 1974,
sekolah ini dengan rasminya dikenali sebagai Sekolah Menengah Seri Bedena. Nama
ini diambil sempena nama Mukim Panchang Bedena. Pada waktu itu, sekolah ini
menggunakan aliran Inggeris sebagai bahasa pengantar. Nama sekolah ini ditukar kepada
‘ Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena’ mulai tahun 1998 berdasarkan pekeliling
Kementerian Pendidikan yang mengarahkan semua sekolah menengah menggunakan
nama ‘Sekolah Menengah Kebangsaan’.

Semasa mula beroperasi pada tahun 1965, sekolah ini mempunyai 62 orang murid dan
4 orang guru yang mengajar kelas Peralihan dan Tingkatan 1. Murid-murid tersebut
mengambil LCE pada tahun 1967. Jurusan Sains dan Sastera untuk pelajar tingkatan 4
bermula pada tahun 1972. Bilangan pelajar yang kian bertambah menyebabkan 2 sesi
persekolahan (sesi pagi dan sesi petang) diadakan sejak tahun 1993/1994.

Pada tahun 2004 bermula pengambilan pelajar Tingkatan 6 rendah seramai 54 orang.
Bermula tahun 2015, semua pelajar Tingkatan 6 dipindahkan ke STARP. Sehingga
November 2020, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena mempunyai 11 bangunan
termasuk sebuah dewan terbuka yang tersergam indah dan megah. Terdapat seramai
811 pelajar, 73 guru dan 14 kakitangan yang membentuk warga Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Bedena. Semoga mereka akan terus berbakti dan mengharumkan nama
sekolah dari segi akademik mahupun kokurikulum. Mudah-mudahan, Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Bedena terus melahirkan generasi berwawasan dan berketerampilan,
di bawah pimpinan Pn. Faridah binti A. Rahman.

Insya-Allah.

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

TUNJANG KEPIMPINAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BEDENA
DARI TAHUN 1963 HINGGA 2020

En. Yograt 01.01.1963 - 31.05.1967
En. A. Devadas 01.06.1967 - 31.12.1972
En. K. Palaniapan 01.01.1973 - 30.09.1973
En. Lim Boon Hooi 01.10.1973 - 31.12.1974
En. Baskaran 01.01.1975 - 30.06.1976
Tn. Hj Ahmad Ubaidah 01.07.1976 - 31.12.1979
En. Wan Mohamed bin Hj Abdullah 01.01.1980 - 16.01.1982
Tn. Hj Bekri bin Salikin 01.02.1982 - 31.12.1984
Tn. Hj Mohd Bajuri Makrom 01.02.1985 - 30.04.1987
En. Amran bin Hassan 01.05.1987 - 09.04.1988
Tn. Hj Abdul Aziz bin Manaf 01.07.1988 - 30.10.1990
Tn. Hj Zainal Abidin bin Ismail 17.12.1990 - 15.10.1992
En. Shahrudin bin Mokhri 16.10.1992 - 15.11.1995
Tn. Hj Ayob bin Sumeri 01.12.1995 - 07.02.1998
Tn. Hj Abdul Jalil bin Amzah 01.04.1998 - 20.01.2003
Pn. Hjh Noor Hayati bt Hj Bakri 01.02.2003 - 16.06.2006
Tn. Hj Wahid bin Rais 16.06.2006 - 01.03.2007
Pn. Hjh Salehar binti Yaakop 01.03.2007 - 01.03.2009
En. Arrapan A/L Kholentai 01.03.2009 - 01.04.2010
En. Abd Hamid bin Hassan 01.01.2011 - 04.10.2015
Pn. Wan Shamsiah bt Wan Yusoff 02.11.2015 - 07.09.2018
Pn. Faridah bt A. Rahman 01.11.2018 - Sehingga kini

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

BEDENA 2020

PPPSPeeeeennntnaigag.seueiShrsreuauatsstihia:i IaIP:uI::EnsPPan.nn.hF..aAaSSrd:aiidtPniraniRan.honaNhhbboatibrnnAirtidM.MbaRutoawdNhhaaadmtpiAabiarntshhSaabdangi Ahli Jawatankuasa :
 Pn. Norzaiti Ihtar bt Zazuli
 En. Ahmad Badri bin Wahid
 En. Chong Kok Loong
 Cik Nur Ifizah bt Mohd Saidi
 Pn. Chitra a/p Pavadai
 Pn. Chong Yun Kim
 Pn. Nor Hamidah bt Musa
 En. Mohamad Sahidul Ikhwan bt Mohd Zain

# Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena Ketua Editor : Nuraliya Natasha bt Hadri (5UITM) AJK Penyunting :
Pen. Ketua Editor : Adlina bt Nordin (5UITM)  Cheah Nicole (5UIAM)
Setiausaha : Annurul Asyikin bt Ayuza Azmi (5UITM)  Kok Xze Ching (5UIAM)
Ketua Fotografi : Muhammad Hariz Danial bin Mohd Redzuan (4UITM)  Tan Zhen Ying (5UIAM)
Pen. Ketua Fotografi :  Wafa Izzati bt Mohd Kassim (5UITM)
 Isma Safira (1UITM)
- Amirul Aqeel bin Irwan (4UITM)
- Aleef Azham bin Irwan (2UITM)
- Muhammad Fahim bin Amran (2UITM)

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

Depan dari kiri: En. Mohd Ishak, Pn. Faridah, Tn. Jumasri, En. Zulkippley, En. Siew Chan Hoong
Belakang dari kiri: Pn. Tan Wah Ben, Pn. Chitra, Pn. Noraizah, Pn. Susila, Pn. Nur Ezlin Teoh,
En. Muhamad Murizal, En. Md Rashid, En. Ahmad Zaki, En. Raja Sahrul Nizam, En. Muhammad

Rashdan

Depan dari kiri: En. Mohd Ishak, Pn. Sharina, Pn. Norasyikin, Pn. Tan Wah Ben, Pn. Masreha,
Pn. Nor Khasnah, En. Adnan, Pn. Nor Alawiyah, Pn. Nur Asiyah, Pn. Faridah

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

SENARAI NAMA GURU

SMK SERI BEDENA TAHUN 2020

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

SENARAI NAMA GURU

SMK SERI BEDENA TAHUN 2020

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

SENARAI NAMA KAKITANGAN

SMK SERI BEDENA TAHUN 2020

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

SENARAI NAMA GURU BERSARA TAHUN 2020
SENARAI NAMA GURU BARU TAHUN 2020

SENARAI NAMA GURU BERPINDAH TAHUN 2020

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

ANALISIS PT3 2019

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

ANALISIS SPM 2019

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

PELAJAR CEMERLANG PT3 2019

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

PELAJAR CEMERLANG SPM 2019

KEE WEI RU CHIA XIN ER DEW KHAI YEK CHIA EN KEE

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

CHIA WEN WEI KEE WEI HAN TEOH JIAN WEI CHEAH CAI FEN

CHIA KAI LING CHEW KHAI BING MUHAMMAD HAZIQ TAN KAH JIET

NURUL HIKMAH KEE YONG HIANG ARIFAH AUNI LEE ZI XUAN

EKHATHAARANE SUHAILA NUR AINA MUHAMAD SHARUL
#
BEDENA 2020 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

PN. NASORTON BT MUKRI
PN. NURZILA BT MOHD RAMLI
PN. WAN RAFIDAH BT ABDUL RAHIM
PN. NOR ASYIKIN BT AB. HALIM
EN. MUHAMMAD ZULHAZRI BIN MAHMUD
PN. SITI RULIZAH BT NOR HATIM

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

BIODATA PENCAPAIAN

Tarikh lahir: 23/9/2004 1. Keputusan PT3
Tempat lahir: Johor Bahasa Melayu– A
Bil adik beradik : 3 Bahasa Melayu (Lisan) – A
Anak ke: 1 Bahasa Inggeris – A
Nama ibu : Tan Bee Hong Sejarah – B
Nama bapa: Liyu Kim Wong Geografi – A
Nama sek rendah : SJK(C) Sin Min Bahasa Cina –A
UPSR: 4A 3B 1C Matematik – A
PT3: 7A 2B Sains – B
Asas Sains Komputer - A

2. Menyertai kejohanan merentas desa
peringkat daerah Sabak Bernam bagi
tahun 2018 dan 2019.

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

BIODATA PENCAPAIAN

Tarikh lahir: 18/12/2002 1. Menyertai sambutan Hari Peringatan
Tempat lahir: Teluk Intan Sedunia 2019 Pandu Puteri peringkat
Bil adik beradik : 2 orang kebangsaan.
Anak ke:1
Nama ibu : Jeanny Sim 2. Tempat ketiga - Pertandingan Choral
Nama bapa: Kee Siew Bon Speaking Pandu Puteri remaja sempena
Nama sek rendah : SJK(C) Sin Min sambutan Hari Peringatan Sedunia 2018
UPSR: 7A peringkat negeri Selangor
PT3: 9A1B
SPM: 10 A 3. Naib johan - Pertandingan Bahas
Bahasa Inggeris sekolah menengah
peringkat daerah Sabak Bernam 2019

4. Naib johan - Pertandingan Tarian
Tradisional Cina peringkat sekolah tahun
2019

5. Naib johan - Pertandingan Seni
Pertuturan Bahasa Cina ke-3 peringkat
sekolah 2017

6. Tahap jauhari gangsa - Program Nilam
2015

7. Tahap jauhari perak - Program Nilam
2017

8. Tempat kedua - Larian sukan 4x100
peringkat sekolah 2019

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

SELOKA 5 UITM Kecil-kecil cili padi,
Menguntum senyuman manis berseri,
Oleh: Izzati, Farah & Atul ;) Farah dan Adlina teman sejati,
Nak tinggi minumlah susu ‘ Dutch Ladyy’ !
Assalamualaikum pembuka bicara,
Dari 5 Uitm pelbagai telatah, Dalam kelas asyik menyepi,
Seloka kami untuk suka-suka, Suaranya rendah jarang berbunyi,
Sebagai hiburan hilangkan gundah. Yeng Tieng, Aik Peng, Chin Lin dan Hendy,
Raja pendiam kelas kami
Cikgu Mazlan guru kelas kami,
Orangnya sporting dan garang sekali, Gemar tidur dalam kelas,
Bila mengajar sepenuh hati, Nabil dan Aiman itulah gerangan,
Itulah dia Ayahanda kami! Waktu PJPK sentiasa cergas,
Belajar Sejarah dalam awangan,
Mamat nie pendek poyo sekali,
Rambutnya sentiasa disikat rapi, Aina, Sha Sha, Anis dan Dina,
Suka ketawa dan lawak menjadi, Kawan karib sehati sejiwa,
Muhd Hazmi ketua kelas kami! Bila berkumpul ada saja cerita,
Tapi semuanya ayu sentiasa.
Nur Izzati lain cerita,
Ada lesung pipit bertanda dipipi, Dalam kelas berdisiplin sekali,
Hantar kedatangan, itu tugasnya Menjadi contoh ikutan kami,
Itulah dia assistan monitor kami. Ketua pengawas tugas diberi,
Itulah Zamir empunya diri.
Orangnya kreatif menghias negeri,
Kemas dan pendek itulah identity, Baju Pinafore berkulit putih,
Jawatan kecerian kelas sesuai sekali, Otak yang bijaksana tiada tandingan,
Itulah dia asyikin nama diberi. Senring mendapat juara dalam peperiksaan,
Jing Suan ratu kepandaian kelas kami!
Mereka ini selalu berdua,
Tiap waktu dan juga ketika, Orangnya tegap tinggi sekali,
Duduk pun nak dekat sentiasa, Itulah Farhan jejaka di kelas kami,
Atul dan Sahrinna gelaran nama. Imran Wahab nama diberi,
Suruh bersyair malu sekali.
Dalam kelas bising budaknya,
Banyak mulut banyaklah bunyi, Ketawa sana ketawa sini,
Kalau tiada dia sunyilah kami, Hampir bergegar satu SSB,
Itulah Aliya empunya diri. Jangan taktahu siapa lagi,
Itulah dia Mui Suan dan Yee Kee,

Bermata sepet bila ketawa,
Kadangkala focus la juga,
Kerja sekolah sentiasa dibuatnya,
Iris, Xzi Chuing dan Yah Jie itula orangnya.

Habis la sudah al-kisah kami,
Kini tiba kata-kata terakhir,
Maaf andai tersalah kata,
Moga straight A milik kami semua.

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

SELOKA 5 UKM Nama diberi hampir sama,
Memakai kaca mata memang bergaya,
By: Aiman Fahmi Makan dan bersembang menjadi hobi,
Itulah dia Shazwan dan Rizwan.
Salam dihulur pembuka kata,
Awal bismillah pembuka kata, Duduk barisan paling hadapan,
Seloka dikarang hanya suka-suka, Susah berada di dalam kelas,
Agar terhibur dan juga tertawa. Giat Chiek, Jin Xuan, Pei Zhir,
Itulah nama yang diberi,
5 UKM nama diberi,
Pelbagai gelagat di kelas kami, Kalau berjalan pasti berteman,
22 sahabat menyeri hari, Bersembang gempak rutin harian,
Aneka ragam penghibur hati. Segala rahsia di dalam tangan,
Itulah dia Fareen dan Aiman,
Pn. Masreha guru kelas kami,
Patuhi masa seperti yang dijanji, Dah macam adik beradik mereka ini,
Orangnya juga cantik berseri, Apabila membawang lupa diri,
Sentiasa senyum comel sekali, Syafiqah dan Irene sehidup semati,
Berkongsi cerita setiap hari,
Fariz dan Syamil pengubat sunyi,
Assistan monitor jawatan diberi, Kalau senyum manis orangnya,
Kalau membahan tiada henti, Kalua bergosip rambang telinga,
Itulah mereka penghibur kami. Balqis dan aimi pintar orangnya,
Pelajaran tetap yang pertama.
Jejaka macho kelas kami,
Sedap suara indah didengari, Susah lekang dari kerusi,
Sentiasa bernyanyi menjadi hobi, Suka tertawa jarang sekali,
Nazhan dan Amir nama diberi, Kemas dan pendiam itulah identiti,
Itulah Faridah nama diberi.
Kecil-kecil cili padi,
Menjadi pengawas berdedikasi, Jiayi dan Wei Ying otak geliga,
Walaupun pendiam rajin sekali, Apa juga kurangnya Xin Ying,
Mohd Rohaizad nama diberi, Subjek Math power gila,
Menjadi kebanggaan kami semua.
Sekali pandang macam artis Hindustan,
Dua kali pandang macam Shah Rukhan, Tinggi lampai segak orangnya,
Kalau berbicara petah sekali, Bila berjalan memang bergaya,
Itulah Hamizan pintar orangnya Muhd Shahril itulah orangnya,
Kalau bersembang memang hobinya.

Cukup sudah seloka saya,
Salah silap harap dimaafi,
Semoga 5 UKM terpahat dihati,
Peperikaan SPM jangan dilupai.

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

TAJUK : LISANMU, HATIKU

KARYA : CIKGU SUHANA BT MOHAMMED ROYANI

SINOPSIS SAJAK

Lisanmu, Hatiku adalah sajak yang menerapkan nilai murni dalam hubungan sesama insan.
Santun dalam komunikasi dan berbicara dengan baik akan membina kasih sayang. Namun
andai sebaliknya, ia akan memecahkan perpaduan dan keharmonian hidup. Pertelagahan
akan berlaku dan memudarkan kasih sayang sesama insan. Hormatilah hak dan utamakan
perasaan insan lain dalam setiap bicara dan tutur kata agar kegembiraan hidup terukir
bersama.

LISANMU, HATIKU

Aku,
Kau,
Mereka,
Kita……
Siapakah Kita…
Kita manusia yang sama.
Punya rasa dan hati yang berbeza.
Punya detak, getar yang tidak akan sama.

Namun..
Lisan itu berbisa
Menusuk, memaku hati dan jiwa
Memecah harmoni damai insani
Menghapus cinta dan rasa di hati

Insan…
Awasi lisanmu, jagalah hatiku

Biarlah cinta kita menyatu
Membentuk harmoni bersulam pelangi

GURU

Hasil nukilan :
Nur Amirah bt Sahibol Bahari (4 UKM)

Bintang tujuh sinar berseri, Parang tajam tidak berhulu,
Bulan purnama datang menerpa, Buat menetak si pokok ru,
Ajaran guru hendak ditaati, Bila belajar tekun selalyu,
Mana yang dapat jangan dilupa. Jangan ingkar nasihat guru.

Ramai orang membeli jamu, Pakai baju warna biru,
Dibawah pokok cuaca redup, Pergi ke sekolah pukul satu,
Bersunguh-sungguh mencari ilmu, Murid sentiasa hormatkan guru,
Ilmu dicari penyuluh hidup. Kerana guru pembekal ilmu.

Dayung perahu tuju haluan,
Membawa rokok berama rempah,
Kalau ilmu tidak diramalkan,
Ibarat pokok tidak berbuah.

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

TAJUK : POKOK

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

TAJUK : PENYAJAK

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

Hasil karya: Nur An’nisa Mardiha bt Mohd Hafeez (4 UKM)

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

Hasil karya: Nur An’nisa Mardiha bt Mohd Hafeez (4 UKM)

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

Lukisan : Nurul Farhana Natrah bt Faisal (4 UIAM)

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

BEDENA 2020 Lukisan: Nuraliya Natasha bt Hadri (5 UITM)

# Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

BEDENA 2020 Lukisan: Nuraliya Natasha bt Hadri (5 UITM)

# Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

BEDENA 2020 # Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena


Click to View FlipBook Version