SKRIP PENGACARAAN MAJLIS HARI GURU IPG 2022
BIL TEKS CATATAN
1. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Dr Gerturude Jock Pengarah EZMAL
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya diiringi oleh Dif-Dif Kehormat. (Pelajar berdiri
semasa Dr
Majlis pada hari ini, dimulakan dengan taklimat khas oleh pihak pengurusan Pengarah masuk).
Encik Daud, merangkap Pembantu Jurutera Institut Pendidikan Guru
Kampus Gaya.
Majlis mengucapkan terima kasih di atas taklimat yang telah diberikan
sebentar tadi.
2. PERSEMBAHAN TARIAN ERLY
Majlis kita pada hari ini akan diteruskan dengan persembahan tarian sambut
tamu dari Kelab Tarian Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Majlis
mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih di atas kesudian Kelab Tarian Institut
Pendidikan Guru Kampus Gaya bagi memeriahkan majlis pada hari ini.
3. SALUTASI AHMAD
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan Salam Keluarga Malaysia.
Yang Berbahagia, Dr Gerturude Jock,
Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya,
Yang Dihormati, Puan Sharifah Mazni Syed Mokhtar,
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Yang Dikasihi, Saudara Muhammad Azuwan Bin Reji,
Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Gaya Sesi
2022/2023, merangkap
Pengerusi Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat IPG Kampus Gaya,
Seterusnya,
Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, barisan para pensyarah, staf
pengurusan, barisan jawatankuasa perwakilan pelajar IPG Kampus Gaya
sesi 22/23 serta warga Gaya yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinnya kita dapat bersama-sama
berkumpul di dewan yang mulia ini untuk meraikan “Majlis Sambutan Hari
Guru Peringkat IPG Kampus Gaya Tahun 2022” dengan tema “Guru,
Tunjang Sekolah Sejahtera”.
Untuk pengetahuan semua, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat IPG ALVIN
Kampus Gaya ini merupakan anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPG Kampus Gaya Sesi 2022/2023.
4. LAGU ALVIN
Hadirin dan hadirat diminta untuk sama-sama berdiri bagi menyanyikan 3
buah lagu iaitu lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu Institut
Pendidikan Guru.
Hadirin dipersilakan duduk. EZMAL
DOA
5. Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada pagi berbahagia ini, marilah
sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
saudara Tuan Muhammad Taqiuddin Bin Tuan Ibrahim, Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Terima kasih diucapkan kepada saudara AHMAD
Tuan Muhammad Taqiuddin Bin Tuan Ibrahim atas bacaan doa itu tadi.
6. UCAPAN YDP JPP
Emas tempawan buatmu puteri,
Busana Indah buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
Untuk itu, majlis mempersilakan Saudara Mohammad Azuwan Bin Reji,
Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Gaya Sesi
22/23 merangkap Pengerusi Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat IPG
Kampus Gaya tahun 2022 untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas ucapan Saudara ERLY
Mohammad Azuwan Bin Reji, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar IPG Kampus Gaya Sesi 22/23 atas ucapan itu tadi.
7. PERSEMBAHAN SAJAK, POEM & TEATER
Seterusnya, majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan Deklamasi
Sajak dan Poem Recitation hasil nukilan pelajar IPG Kampus Gaya sendiri
sebagai tanda penghargaan hari guru kepada semua warga Gaya yang
berada di dewan pada hari ini.
Majlis dengan itu mempersilakan, Saudara Ridzshahzehan Bin Riduan
guitarist instrumen, dan deklamator Saudara Muhammad Nur As-Maqrof
Bin Mohd Alias serta Saudari Nurul Sharini Binti Samadin@ Lamdin dari
Opsyen BM SK Semester 3, Ambilan Jun 2020 untuk mendeklamasikan
sajak yang bertajuk “Kasih Seorang Guru” nukilan Saudari Nurul Sharini
BInti Samadin@ Lamdin. Majlis dengan segala hormatnya, menjemput dan
mempersilakan.
Seterusnya, kita beralih pula kepada persembahan Poem Recitation ALVIN
daripada Saudara Muhammad Faiq Bin Mohd Kamarudin dan Saudara
Muhammad Safwan Simon Bin Norali dari PISMP TESL SK2 Semester 5
yang bertajuk “The Builders Of Nation”. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan yang begitu menarik
dan bermakna sebentar tadi.
Majlis akan diteruskan dengan Persembahan Sketsa Hari Guru yang
bertajuk “Guru, Tunjang Sekolah Sejahtera” yang akan dipersembahkan
oleh Gabungan Pelajar IPG Kampus Gaya. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan yang begitu menarik
sebentar tadi.
8. UCAPAN AMANAT KPM SEMPENA HARI GURU AHMAD
Jika ke sawah tidak berteman,
Pulangnya sendiri jangan di nanti,
Jika hidup tidak beriman,
Bagaikan padi tidak berisi.
Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Dr Gerturude Jock,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, bagi menyampaikan
ucapan dan amanat KPM sekaligus merasmikan “Majlis Sambutan Hari
Guru Peringkat IPG Kampus Gaya Tahun 2022” dengan tema Guru
Tunjang Sekolah Sejahtera. Dengan segala hormatnya, Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Dr Gerturude Jock, EZMAL
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya atas kesudian
menyampaikan ucapan dan amanat sebentar tadi. Mohon kepada Yang
Berbahagia, Dr Gerturude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya untuk terus
berada di atas pentas.
9. GIMIK PERASMIAN
Seterusnya, majlis mempersilakan, Yang Dihormati, Puan Sharifah Mazni
Syed Mokhtar, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar diiringi oleh Yang
Dikasihi, Saudara Muhammad Azuwan Bin Reji, Yang Dipertua JPP IPG
Kampus Gaya Sesi 2022/2023 untuk naik ke atas pentas bagi sama-sama
menyempurnakan gimik perasmian Majlis Sambutan Hari Guru tahun
2022. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan. Seterusnya, marilah
kita sama sama menyaksikan tayangan video dari Biro Teknologi Maklumat
dan Komunikasi.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Dr Pengarah dan ALVIN
Puan Sharifah Mazni di atas kesudian menyempurnakan gimik perasmian
Majlis Sambutan Hari Guru tahun 2022. Diharapkan agar tetamu VIP
untuk terus berada di atas pentas bagi penyampaian cenderamata kepada
perasmi dan sumbangan daripada Yayasan Guru Tun Hussein Onn kepada
10 orang wakil pelajar.
10. PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PERASMI ERLY
Majlis akan diteruskan dengan penyampaian cenderamata. Dijemput Yang
Dikasihi, Saudara Muhammad Azuwan Bin Reji, Yang Dipertua JPP IPG
Kampus Gaya untuk menyampaikan cenderamata kepada perasmi majlis
kita Yang Berbahagia, Dr Gerturude Jock, Pengarah IPG Kampus Gaya
Dipersilakan.
PENYAMPAIAN SUMBANGAN DARIPADA YAYASAN GURU TUN EZMAL
HUSSEIN ONN
Majlis kita akan diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan daripada
Yayasan Guru Tun Hussein Onn. Dijemput Yang Berbahagia, Dr Gerturude
Jock untuk menyampaikan sumbangan kepada 10 orang wakil pelajar yang
layak menerima sumbangan tersebut. Dipersilakan. (Pengarah dan 10 pljr
wakil)
Untuk pengetahuan semua, pemilihan sumbangan daripada Yayasan Guru
Tun Hussein Onn ini dipilih melalui sistem MYSMP pelajar, dimana seramai
125 orang pelajar B40 yang layak untuk menerima sumbangan ini. Majlis
mengucapkan terima kasih.
11. PERSEMBAHAN OPSYEN MUZIK ERLY
Para hadirin sekalian, marilah kita bersama-sama menyaksikan
Persembahan Koir dan Band dari PPISMP Pendidikan Muzik Ambilan Jun
2021. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada PPISMP Pendidikan Muzik di atas
persembahan itu sebentar tadi.
12. NYANYIAN LAGU ALVIN
Seterusnya, kita akan menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia & Lagu Demi
Ilmu dan Dharma.
SESI FOTOGRAFI AHMAD
Diminta semua hadirin untuk berdiri bagi sesi fotografi kita pada hari ini.
SEKALUNG PENGHARGAAN EZMAL
Bunga mawar bunga melati,
Harum wangi di ruang tamu,
Usahamu gigih setiap hari,
Mendidik kami tanpa jemu.
Daun selasih sebesar kuku, ERLY
Dibuat jamu untuk si bonda,
Terima kasih wahai mentorku,
Jasa-jasamu takkan kulupa.
Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Terima kasih
diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa, ALVIN
Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.
Sekian sahaja daripada kami. Kami akhiri dengan Salam Demi Ilmu dan AHMAD
Dharma, Wabillahitaufiqwalhidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi
Wa Barakatuh.
13. SESI SEKALUNG PENGHARGAAN EZMAL
Majlis kita akan diteruskan pula dengan sesi sekalung penghargaan kepada
mentor masing-masing sebagai tanda penghargaan kepada mentor yang
telah mengajar siswa dan siswi di IPG Kampus Gaya.
Isu-isu Kesantunan Berbahasa Dalam Pengacaraan Majlis
1. Penggunaan kata sapaan yang tidak tepat semasa memulakan majlis.
2. Intonasi suara yang mendatar dan tiada penekanan terhadap skrip tertentu.
3. Penggunaan kosa kata yang tidak meluas serta ragam ayat yang tidak tepat.
4. Panggilan hormat yang salah sehingga menyinggung perasaan atau merendahkan martabat
orang penting atau orang kenamaan yang diundang itu.