BAIK BUDI INDAH BAHASA
Tajuk:Pantun Alam Remaja
Tema:Kegembiraan anak-anak sewaktu
menyambut kedatangan ibu bapa mereka pulang
ke rumah
Sipnosis 3.Ayam kinantan terbang mengekas,
Hinggap di ranting bilang-bilang,
1.Elok rupanya kumbang jati, Melihat bonda pulang lekas,
Dibawa itik pulang petang, Hatiku besar bukan kepalang.
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.
2. Dibawa itik pulang petang, 4. Kita menari keluar bilik,
Dapat di rumput bilang-bilang, Sebarang tari kita tarikan,
Melihat ibu sudah pulang, Kita menyanyi adik-beradik,
Hati cemas menjadi hilang. Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
5.Hanyut batang berlilit kumpai, 7.Mahulah kami hendak melapun,
Terdampar di ujung Tanjung Jati, Lapun dibawa orangmenjaja,
Bonda pulang bapa pun sampai, Jangan marah kami berpantun,
Kita semua berbesar hati. Budak kecil biasa manja.
6. Ramai orang bersorak-sorak,
Menepuk gendang dengan rebana,
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.
Bentuk:
• Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap
• Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Setiap rangkap
terdiri daripada 4 baris.
• Setiap baris terdiri daripada tiga hinnga empat patah kata.
• Suku kata dalam pantun ini antara sembilan hingga sepuluh suku kata.
• Ada pembayang dan maksudnya.
• Pantun ini berbentuk terikat.
Persoalan
• Tanggungjawab ibu bapa adalah memberikan kasih sayang dan
kebahagiaan kepada anak-anak.
• Anak-anak akan berasa risau dan cemas sewaktu ketidaan ibu bapa di
rumah.
• Kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu menyambut kepulangan
ibu bapa mereka pulang bekerja.
• Pemberian hadiah daripada ibu bapa dapat menggembirakan hati
anak-anak
Gaya Bahasa • Inversi
• Kata ganda Contohnya:Elok rupanya kumbang
Contohnya:Adik-beradik jati
Berbilang-bilang Sebarang tari kita tarikan
• Penggunaan unsur alam
Contohnya:Kumbang jati
Itik
• Peribahasa
Contohnya:Besar hati
Nilai
• Kasih sayang
Contohnya:Kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak menjamin
kebahagiaan keluarga.
• Bertanggungjawab
Contohnya:Ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan
anak anak.
• Hormat
Contohnya:Sikap hormat-menghormati perlu diamalkan dalam
kalangan anggota keluarga.
Pengajaran
• Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk mendapat kebahagiaan
keluarga.
• Kita haruslah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.
• Kita haruslah bersikap pemurah untuk mengukuhkan ikatan antara
anggota keluarga.
• Janganlah kita mengambil hati, sebaliknya perlu saling memaafkan
jika berlaku kesilapan sewaktu bergurau senda.
• Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah
menjaga kita hingga kita dewasa