#SayangiTansauPANDUAN PERATURAN DAN KESELAMATAN PADANG1. Sila beratur setiap kali hendak ke padang dan setelah selesai menjalankan aktiviti. 2. Tidak digalakkan membawa dan memakai barang kemas ataubarang berharga ke padang untuk mengelakkan sebarang kecuriandankehilangan. 3. Pakai pakaian sukan, pakaian pendidikan jasmani atau pakaianyang sesuai sahaja ketika menjalani aktiviti-aktiviti sukan, senamandan pendidikan jasmani di padang. 4. Murid dinasihatkan memakai kasut ketika menjalankan aktiviti di padang bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan. 5. Sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika menjalankanaktiviti yang lasak serta tidak memaksa diri untuk melakukan aktiviti yang di luar had kemampuan. 6. Jaga kebersihan padang. Kutip dan buang ke dalamtong sampah jika terjumpa objek-objek seperti sampah batu-batuan, kaca, paku, jarum atau sebagainya. 7. Dilarang berkeliaran di padang selain daripada waktu matapelajaran pendidikan jasmani,aktiviti sukan atau aktiviti-aktiviti yangdibenarkan oleh pihak sekolah. 8. Tidak dibenarkan berada dan bermain di padang sewaktu hujan. 9. Sila kembalikan dan susun peralatan-peralatan sukan di ‘Stor Peralatan Sukan’ sekolah setelah digunakan. 10. Pihak luar tidak dibenarkan untuk menggunakan padang selaindaripada murid, guru dan kakitangan sekolah kecuali dengan kebenaran.
#SayangiTansau11. Sila laporkan kepada guru bertugas sekiranya berlaku sebarangkecederaan atau kecemasan untuk tindakan seterusnya. 12. Tanamkan semangat kesukanan ketika berada di atas padang, sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan-peraturan yang telahditetapkan.
#SayangiTansauPANDUAN KESELAMATAN DAN PERATURAN ACARALONTARAN/ LEMPARAN /REJAMAN 1. Wajib ada pantauan guru di padang semasa melakukan acara yangmenggunakan peralatan. 2. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan. 3. Pastikan orang yang berada di keliling peserta memerhatikan apa yangsedang dilakukan dan akan dilakukan oleh perserta. 4. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, hal ini mesti dilontar serentakdanbila memunggut peluru juga dilakukan serentak. 5. Pastikan setiap peserta atau murid sudah diajar cara-cara memegangdan membawa peluru dengan cara yang betul. Beri masa yang cukupuntuk murid memegang peluru. 6. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka. 7. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang- kurang berjarak 5 meter antara satu sama lain. 8. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaranbelum lagi dibuat atau peluru mendarat. Mereka mestilah mengikutgiliran dalam membuat lontaran. 9. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakan dalamsatu kumpulan. 10. Pastikan peralatan yang digunakan selamat dan tidak rosak. 11. Jika peluru atau cakera lembab atau basah, sapu dulu dengan kain.
#SayangiTansau