The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aminnorudin, 2021-11-02 03:42:05

Buku asas penjilidan bahan Perpustakaan

Perpustakaan Tun Dr. Ismail

Keywords: PTDI

h) Selepas bahan dijahit pita jilidan (binding tape) digunakan untuk menguatkan
lagi tulang belakang bahan dengan membahagikan sama rata permukaan
depan dan belakang bahan dilekatkan dengan pita penjilidan (binding tape).
i) Bagi proses pemampatan, bahan dimasukan ke dalam mesin standing press
bertujuan meratakan tanpa meninggalkan kantong udara.
j) Bahan direpang (trim) di ketiga bahagian bermula dari bahagian dada, kaki
dan diakhiri dengan kepala.

6.12 JENIS JAHITAN

Jahitan tusuk tepi (side stitch) – helaian
Jika perlu tulang belakang hendaklah dipotong & sapu gam. Jika terdapat pin
hendaklah dikeluarkan dahulu sebelum dipotong. Buku ditebuk mengikut
kesesuaian panjang buku. Ketebalan buku tidak melebihi 10mm. Jika lebih buku
itu sesuai di jahit overcasting.

Jahitan tebar (overcasting) – helaian
Teknik ini tulang belakang hendaklah dipotong. Selepas potong sapu gam pada
tulang belakang. Bila sudah kering ia hendaklah ditebuk bersesuaian panjang
buku. Bila hendak menjahit tulang belakang hendaklah dijadikan kuras (dalam
20 helaian) & kuras-kuras tersebut hendaklah bersesuaian ketebalannya.

Jahitan lintang (cross stitching) – helaian
Teknik ini tulang belakang hendaklah dipotong. Selepas potong sapu gam pada
tulang belakang. Bila sudah kering ia hendaklah ditebu k bersesuaian panjang
buku. Bila hendak menjahit tulang belakang hendaklah dijadikan kuras (dalam
20 helaian) & kuras-kuras tersebut hendaklah bersesuaian ketebalannya. Semasa
menjahit benang bermula dari atas ke bawa apabila siap benang berlintang
(cross x).

Jahitan atas tape (sewing with tape) – berkuras
Jika terdapat pin pada kuras hendaklah dikeluarkan. Setelah pin dikeluarkan (jika
ada) buku hendaklah dihimpit (press) utk mengeluarkan angin & memudahkan
menjahit. Kuras-kuras hendaklah lurus semasa menjahit. Setelah selesai menjahit
ketuk pada tulang belakang yg membengkak dan masukkan ke pemampat utk
mengeluarkan angin.

Jahitan tiada ‘tape’- berkuras
jahitan ini berkait dengan sesama benang. Caranya sama seperti jahitan atas
tape cuma ia tiada tape.

Jahitan atas ‘cord’ – berkuras
Jahitan ini sama seperti jahitan atas tape cuma ia dijahit di atas cord.

Jahitan ‘saddle’ (mempunyai satu kuras sahaja)
Jika terdapat pin hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu. Kuras hendaklah
dihimpit utk membuang angin. Buku ditebuk mengikut kesesuaian panjang buku.

45

Wire spareel
Menggunakan mesin dan menggunakan dawai istimewa.
Comb-binding
Menggunakan mesin untuk membuatnya & plastik ring digunakan.

46

Contoh Jahitan

Jahitan Tusuk Tepi Jahitan Tebar
Side Stitch Overcasting

Jahitan Saddle Jahitan Kait
France Sewing

Jahitan Atas Tape Jahitan Tiada Tape
Sewing On-Tape

Jahitan Atas “Cord” Comb-Binding
47

Jenis-jenis Cover Buku

Full Bound Half Bound

Quarter Bound with Corner Cut Flush

Loose Leaf Cover Soft Binding
48

6.13 Senarai Borang Yang Digunapakai
1. Borang Senarai Buku Baru Lama Proses Penjilidan
2. Borang Senarai Jurnal/Majalah Proses Penjilidan
3. Borang Semakan Kualiti
4. Borang Semakan Kualiti Bahan Bermasalah
5. Borang Semak Proses Jilid
6. Borang Proses Penjilidan Buku Rosak
7. Borang Senarai Buku Siap
8. Borang Jilid Volume Hilang
9. Borang Surat khabar Jilid
10. Borang Senarai Jurnal/Majalah Siap Dijilid
11. Borang Permohonan Untuk Penjilidan

49

7 AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN
Penerangan asas penjilidan kepada pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat

Pelajar pratikal menjalankan kerja-kerja asas penjilidan di Unit Pemuliharaan
50

8 RUJUKAN
Ahmad Anwal Ali. (2009). Nota kursus penjilidan: asas. Universiti Teknologi MARA, Shah

Alam.
Ahmad Anwal Ali. (2009). Nota kursus penjilidan: lanjutan. Universiti Teknologi MARA,

Shah Alam.
Arkib Negara Malaysia. (2010). Nota-nota untuk kursus/bengkel mengawet dan

menjilid dokumen dan buku. Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Harith Faruqi Sidek. (2012). Pengenalan kepada pemeliharaan bahan perpustakaan.

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Ruzita Kamis & Fathiah Naain. (2012). Buku panduan penjilidan. Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi.
Rosnah Yusof. (2012). Inovasi dalam penjilidan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

51

BAHAN PERPUSTAKAAN

Nurul Amin Norudin, Pembantu Pemuliharaan Kanan,
di Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Cawangan
Johor Kampus Segamat memulakan perkhidmatan
pada tahun 2007 dan berpengalaman selama 13
tahun di Unit Pemuliharaan. Beliau banyak terlibat
dalam taklimat dan bengkel Asas Penjilidan kepada
pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat.
Pernah bekerja dalam bidang rekaan grafik dan
rekaan perabot, beliau kini aktif merekaletak
penerbitan Universiti dalam bulliten Wahana
Lestari, majalah Paradigma dan i-Prestige. Nurul Amin telah
dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2010, 2019 dan
menerima pengiktirafan sebagai Staf Dedikasi UiTM Johor pada tahun
2014. Beliau juga banyak menyumbang idea dan tenaga sebagai ahli
Kumpulan Kreatif & Inovatif, Ekosistem Kondusif Sektor Awam,
Persatuan Sukan & Kebajikan Kakitangan terutama dalam pasukan
catur UiTM Cawangan Johor.

e ISBN 978-967-0479-88-0

johor.library.uitm.edu.my PtdiUitm 9789670479880

ptdijohor ptdijohor JohorPTDI


Click to View FlipBook Version