The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fazlina1976, 2021-10-12 05:52:53

persilatan-converted

persilatan-converted

PERSILATAN

Silat Cekak telah diasas dan dizahirkan kembali oleh Allahyarham Ustaz
Hanafi Bin Hj. Ahmad pada tanggal 5 Ramadan 1385H bersamaan 28
Disember 1965.

Silat ini berasal dari Kedah dan berdasarkan dari cerita guru ke guru silat
ini pernah digunakan oleh panglima panglima kanan istana di zaman
pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II.

Bermula dengan bernaung di bawah Perkumpulan Sari Budaya Negeri
Kedah, Silat Cekak kemudiannya bergerak di bawah nama-nama seperti
Persatuan Bawean Putra, Persatuan Seni Silat Kedah Malaysia, Persatuan
Seni Silat Cekak Malaysia dan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi
Malaysia.

MATLAMAT

• Memupuk serta menanamkan semangat cinta
terhadap Seni Silat Melayu sebagai seni kebudayaan
bangsa Melayu.

• Menyediakan asas serta kemudahan bagi
pembelajaran ilmu seni mempertahankan diri yang
tidak bercanggah dengan aqidah Islam.

• Membentuk peribadi serta jati diri yang bersesuaian
dengan gaya kehidupan semasa.

MAKAN CEKAK

Peribahasa Melayu Kedah yang
membawa pengertian kesanggupan,
keupayaan dan rasa tanggungjawab
dalam menjalankan tugas. Tegasnya silat
ini adalah seni silat yang bertanggung
jawab untuk menjaga keselamatan diri.

CEKAK

Dalam bahasa Minangkabau bermaksud
gaduh. Jadi silat ini adalah silat gaduh.
Tetapi bukan tujuan utama silat ini untuk
bergaduh tetapi ia boleh digunakan untuk

menjaga keselamatan diri di dalam
pergaduhan.

SECEKAK

bermaksud segenggam. Bermakna silat
ini mengajar yang segenggam bukannya
segantang. Ini bermakna pelajaran silat

ini merupakan intisari pelajaran silat
sahaja (segenggam) bukannya cabang

silat yang banyak (segantang).

CEKAK

dalam bahasa Jawa bererti ringkas. Silat ini
mudah dipelajari melalui sistem pelajaran

yang teratur dan ringkas. Tidak perlu
mengelak ke kiri dan ke kanan, hanya
berdiri lurus ketika menunggu serangan
dan bergerak di dalam gerak yang satu.

CEKAK

bererti pegangan, iaitu silat ini
mempunyai pendirian, pegangan dan
tujuannya yang tersendiri. Mempelajari
silat bukan untuk bermegah-megah,
sombong, menceroboh, mengikut nafsu
tetapi sebenarnya untuk menjaga diri,

bangsa dan agama.

SENJATA RASMI

PARANG LADING

• biasanya digunakan secara meluas oleh para penduduk
terutamanya petani di negeri Kedah dalam melakukan kerja-kerja
harian.

• Disebabkan kaitan Parang Lading ini dengan penduduk Kedah
amat kuat, maka boleh dikatakan bahawa penggunaan Parang
Lading didalam Silat Cekak Pusaka Hanafi ini secara tidak langsung
menjadi bukti bahawa silat ini berasal dari negeri Kedah.

• Parang Lading yang ada dalam Silat Cekak Pusaka Hanafi ini
mempunyai ukuran yang tertentu bagi membolehkan ianya sesuai
digunakan oleh si pemakainya.

• Di dalam Silat Cekak Pusaka Hanafi, Parang Lading dianugerahkan
oleh Guru Utama kepada ahli-ahli yang berjasa dalam membantu
memperkembangkan pergerakan Silat Cekak Pusaka Hanafi.


Click to View FlipBook Version