The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fazlina1976, 2021-08-04 01:04:09

sejarah silat cekak

sejarah-converted

SEJARAH
SILAT CEKAK

PUSAKA
HANAFI

Silat Cekak telah diasas dan dizahirkan
kembali oleh Allahyarham Ustaz Hanafi
Bin Hj. Ahmad pada tanggal 5
Ramadan 1385H bersamaan 28
Disember 1965.

Silat ini berasal dari Kedah dan
berdasarkan dari cerita guru ke guru
silat ini pernah digunakan oleh
panglima panglima kanan istana di
zaman pemerintahan Sultan Ahmad
Tajuddin II.

Pengasas / Pemimpin Agung
Silat Cekak

Allahyarham Ustaz Haji Hanafi
bin Haji Ahmad dikenali sebagai
'Pengasas' dan 'Pemimpin Agung
Silat Cekak' diatas jasanya
menzahirkan semula Silat Cekak
seterusnya menggerakkannya
dengan cara yang bersistematik
bersesuaian dengan peredaran
zaman.

Bermula dengan mengembangkan Silat Cekak
ini dengan bernaung di bawah Perkumpulan
Sari Budaya Negeri Kedah, Silat Cekak
dibawah pimpinannya kemudiannya bergerak
melalui nama-nama seperti Persatuan
Bawean Putra, Persatuan Seni Silat Kedah
Malaysia, sehinggalah ke nama Persatuan Seni
Silat Cekak Malaysia.

Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah
kembali ke Rahmatullah pada tanggal 13
Ogos 1986, di rumah beliau di Taman Seri
Keramat, Kuala Lumpur pada usia 63 tahun.
Jenazah beliau disemadikan di Tanah
Perkuburan Islam, Keramat Permai, Kuala
Lumpur. Al-Fatihah.

Pewaris Mutlak Silat Cekak

Silat Cekak Pusaka Hanafi diterajui
oleh YM Syeikh DR. Hj. Md. Radzi bin
Hj Hanafi, yang merupakan anak
keempat kepada pengasas Seni Silat
Cekak itu sendiri, iaitu Almarhum
Ustaz Hj Hanafi bin Hj Ahmad.

YM Syeikh DR. Hj. Md. Radzi bin Hj
Hanafi memperoleh mandat melalui
sanad & salasilah perguruan
(persilatan) yang sah pada 19 Mei
1993.

Dianugerahkan sebagai ‘Tokoh Penggiat Seni’ pada
tahun 2013 oleh Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negeri Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur (JKKN WPKL), dan juga anugerah Doktor
Kehormat daripada Asia Pacific Open University of
Martial Arts (APACMA) pada 2012 (juga
merupakan ahli senat APACMA), membuktikan
ketokohan beliau dalam memimpin sesebuah
masyarakat.

Antara anugerah lain yang diterimanya
adalah:

• Tahun 2015, dikurniakan Bintang Kebaktian Masyarakat
(B.K.M.) bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan
Kedah Darul Aman yang ke-89 bertempat di Istana
Anak Bukit Alor Setar, Kedah.

• Tahun 2016, dikurniakan Johan Mahkota Wilayah
(J.M.W.) oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul
Halim Mu'adzam Shah bersempena Hari Wilayah
Persekutuan bertempat di Istana Negara, Jalan Duta,
Kuala Lumpur.


Click to View FlipBook Version