The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TV PSS SJKT Taman Sentosa, 2024-02-04 01:00:10

Pameran Bertema Tahun Baru Cina

PAMERAN BERTEMA TAHUN BAHARU CINA

தேசிய வகை ோமான் செந்தோொ ேமிழ்ப்பள்ளி SJKT TAMAN SENTOSA, KLANG.


சீனப்புே்ோண் டு 2024 ( சமய்நிைர்ைண் ைாட்சி)


TAHUN BAHARU CINA Tahun Baharu Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ini menandakan kelahiran tahun baharu mengikut kalendar lunar.


TAHUN BAHARU CINA Perayaan Tahun Baharu Cina melambangkan permulaan dalam nasib dan kehidupan. Tahun Baharu Cina terbahagi kepada kiraan 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiac Cina ( nama haiwan)


TAHUN BAHARU CINA 12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus, lembu, harimau, Arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir. Setiap haiwan membawa signifikasi yang tersendiri.


SEJARAH TAHUN BAHARU CINA Sejarah Tahun Baharu Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu. Seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.


SEJARAH TAHUN BAHARU CINA Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya, mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.


ANG PAU Ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang Tahun Baharu Cina oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada pemuda-pemudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.


MALAM TAHUN BAHARU CINA Pada malam Tahun Baharu Cina, kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni.


YEE SANG Merupakan menu wajib setiap kali meraikan sambutan Tahun Baharu Cina. Menu ini biasanya disajikan sebagai hidangan pembuka dan dianggap sebagai Simbol Penyatuan dan Lambang Kemurahan Rezeki yang akan diperoleh sepanjang tahun tersebut.


PAKAIAN Mereka percaya warna merah membawa tuah dan kecemerlangan dalam hidup mereka. Nasib mereka akan ditimpa malang sekiranya memakai pakaian yang berwarna hitam dan warna-warna yang gelap.


TARIAN SINGA Tarian Singa adalah sebahagian dalam masyarakat Cina. Penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa.


TARIAN SINGA Masyarakat Cina mempercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi sambal yang memekakkan telinga serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat


LIMAU MANDARIN ATAU LOKAM Ia merupakan kewajipan setiap Tahun Baharu Cina kerana ia melambangkan limbahan kekayaan kepada masyarakat Tiong Hua.


KUIH BAKUL Dikenali juga sebagai Nian Gao. Kuih bakul diperbuat daripada tepung pulut dan berbentuk seperti dodol. Nain Gao merujuk kepada frasa ‘semakin tinggi tahun demi tahun’.


KUIH BAKUL Hidangan Nian Gao semasa jamuan makan malam adalah cukup penting kerana hidangan ini menandakan peningkatan dalam kehidupan mereka


TANGLUNG Tanglung merupakan sejenis alat pelindung yang melindungi lilin dari tiupan angin ketika berjalan pada waktu malam. Ia merupakan salah satu benda penting dalam kebudayaan Cina


TANGLUNG Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglungtanglung yang digunakan pada hari ke 15 Tahun Baharu Cina untuk Pesta Tanglung dinyalakan terang-terang, berwarna-warni dan berbagai saiz serta bentuknya.


CHAP GOH MEI Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Implek China. Hari itu juga disebut “Pesta Lampu’ kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.


SEKIAN, TERIMA KASIH SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2024 UNTUK SEMUA YANG MERAYAKANNYA. DARI: UNIT PUSAT SUMBER SEKOLAH SJKT TAMAN SENTOSA


Click to View FlipBook Version