PETUA SAYUR KEKAL SEGAR 3 5 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN Tips Sayur Kekal Segar 1. Satukan semua sayur dalam satu bekas yang besar dan rendam bersama air yang ditambah sedikit garam selama 10 minit. 2. Keluarkan sayur dari air rendaman dan toskan selama beberapa minit. 3. Rendamkan balik sayur dalam air sahaja tanpa garam selama 5 minit sahaja. 4. Toskan lagi sampai air kering dari sayur. Lepas itu, masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais. Dah siap. Walaupun sudah cuba macam-macam cara tapi sayur tetap rosak bila disimpan dalam peti ais. Bungkus dan simpan elok dalam bekas pun tak menjadi. Sebenarnya, sebelum anda simpan dalam bekas, ada beberapa tips yang anda perlu amalkan untuk sayur kekal segar. Jom ikuti perkongsian tips sayur kekal segar ini. Simpan selama 10 hari pun masih elok. Jom baca tips ini untuk ketahui caranya.
3 6 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN Sangat senang, mudah dan jimat untuk kekalkan kesegaran sayur. Tak perlu risau tentang sayur yang baru dibeli akan rosak. Sekarang dah tak perlu bazirkan minyak kereta untuk ke kedai hari-hari nak beli sayur. Simpan lama-lama pun masih elok dengan mengamalkan tips ini. 10 hari pun sayur anda dijamin masih segar.
AIR MINERAL Barangan yang anda boleh dapatkan di Annisa Halal Mart CUKA
TIPS SIMPAN TAUHU AGAR TAHAN LAMA 3 7 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN Cara Simpan Tauhu Supaya Tahan Lama 1. Cuci tauhu sehingga bersih. Kemudian rebus tauhu sehingga terapung atau timbul biji-biji kecil. 2. Tos tauhu dan sejukkan sebelum disimpan 3. Letak tauhu yang sudah sejuk di dalam bekas tertutup. Simpan di bahagian chiller. 4. Tauhu mampu bertahan selama lebih 2 minggu dan tidak akan cepat rosak dan masak. Selamat mencuba! Peminat tauhu wajib ada stok di dalam peti ais. Senang jika ingin masak mi goreng atau juadah lain. Namun begitu, ramai yang tak tahu cara simpan tauhu supaya tahan lama. Jika salah cara menyimpannya, tauhu akan cepat rosak dan menjadi masam selepas beberapa hari. Akhirnya, tauhu terbuang begitu sahaja. Oleh itu, mari kita praktikkan tips simpan tauhu yang dikongsikan.
TIPS MASAKAN LEBIH SEDAP 3 8 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN Tips Masakan Lebih Sedap Guna 7 Bahan Ini 1. Gula Kelapa Membuatkan masakan jenis sambal menjadi lebih sedap. Penggunaan gula kelapa juga mampu membangkitkan rasa 2. Garam Elakkan masuk garam ketika memasak. Lebih-lebih lagi masakan berdaging, biar empuk dahulu baru letak garam. 3. Santan Elakkan menggunakan api yang besar ketika masak menggunakan santan. Rupa-rupanya ada tips masakan lebih sedap selain mengunakan garam untuk pelengkap hidangan. Memasak dengan lebih baik memerlukan gabungan kemahiran, pengetahuan dan kreativiti. Berikut ialah beberapa petua yang boleh membantu anda memasak dengan hasil yang lebih sedap.
4. Asam Jawa Pelengkap rasa masin, masam, manis dan masakan. 5. Timun Timun sebagai penyelamat jika masakan anda terlebih pedas atau masin. Jenis masakan yang sesuai masukkan timun seperti asam pedas, atau masak lemak. 6. Bawang Putih Bahan wajib ketika memasak, ia memberikan aroma dan selain rasa, ia mampu membuka selera dengan bau wangi bawang putih ini. 7. Perencah Sebagai pelengkap rasa dalam masakan selain masak lemak. Boleh juga digunakan sebagai pengganti garam. Dengan mengamalkan tip ini, anda boleh meningkatkan rasa masakan anda secara semulajadi tanpa bergantung kepada bahan perisa tambahan. Ini akan memberikan hasil yang lebih enak dan sihat untuk anda dan keluarga anda. Semoga bermanfaat. 3 9 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN
Gunakan bahan ini untuk elak bahan masakan melekat pada kuali BAWANG PUTIH GULA KELAPA SANTAN PERENCAH GARAM ASAM JAWA Barangan yang anda boleh dapatkan di Annisa Halal Mart
PETUA HILANGKAN PAHIT PADA PERIA 4 0 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN Menggunakan Dua Bahan Yang Mudah Bagi anda yang ingin menghilangkan pahit peria, antara bahan yang boleh digunakan untuk menghilangkan pahit ini adalah menggunakan garam dan air. Garam mempunyai sifat yang dapat meresap kelembapan dan cecair di dalam sayur. Sayur peria mempunyai pelbagai khasiat. Ada yang mengatakan dengan memakan sayur peria, ianya dapat mengatasi masalah tekanan darah tinggi dan mengurangkan kandungan gula dalam darah. Ramai yang tidak mahu memakan peria kerana rasanya yang pahit dan menggangu selera makan. Berikut adalah cara untuk hilangkan pahit peria bagi yang ingin mencuba memakannya.
2. Merendam Peria Di Dalam Air Berisi Garam Halus 4 1 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN 1. Basuh Dan Potong Mengikut Saiz Masakan Sebelum memasak, basuh terlebih dahulu peria dengan bersih untuk menghilangkan kotoran yang melekat di permukaan peria. Setelah itu, potong mengikut saiz yang dikehendaki. Setelah selesai memotong, sediakan air di dalam bekas dan letakkan beberapa sudu garam halus. Masukkan peria yang dipotong dan rendam untuk sekurang-kuranya 30 minit. Pastikan semua peria tenggelam di dalam air rendaman tersebut. Langkah-langkah untuk menghilangkan pahit pada peria ialah :
4 2 TIPS PENGENDALIAN MAKANAN DAN BAHAN MASAKAN 3. Bilas Menggunakan Air Bersih Setelah selesai merendam, bilas sekali lagi peria dengan menggunakan air bersih untuk menghilangkan rasa masin garam. Sejat dan toskan peria dan kemudian anda boleh memasak mengukit resepi anda. Jadi untuk anda yang ingin mencuba memasak peria, anda boleh amalkan cara di atas. Rasa pahit peria pasti berkurangan.
AIR MINERAL Barangan yang anda boleh dapatkan di Annisa Halal Mart GARAM
TIPS MEMASAK EBOOK By NURUL AZIZAH 19 TIPS www.annisahalalmart.com.my TERIMA KASIH