BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022 / 2023 3 2. Atur Cara Majlis 4 3. Agenda Mesyuarat 5 4. Notis Mesyuarat Agung Kali ke – 56 6 – 7 5. Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 56 8 – 10 6. Minit Mesyuarat Agung Kali ke – 55 11 – 18 7. Laporan Kewangan PIBG 19 – 22 8. Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG 2022 / 2023 23 9. Senarai Aktiviti PIBG Sesi 2022 / 2023 24 – 25 10. Perlembagaan PIBG 26 – 42 11. Senarai AJK PIBG Sesi 2023 / 2024 43 12. Usul - Usul 44 – 46 13. Sekalung Budi 47
Penasihat : En. Nik Azman bin Kundor (Guru Besar) Yang Dipertua PIBG : Prof Zamri Zainal Abidin Naib YDP PIBG : Pn. Kavitha Gunasegaran Setiausaha : Pn. Suzilawati binti Mohammed Bendahari : Pn. Kalyani a/p Thagarajah AJK Ibubapa : Pn. Kasthury Sellappan En. Kaiser Thomas Pn. Noor Jehan Begum Pn. Zanazwana binti Ibrahim En. TS. Finlayson Ludan AJK Guru : Pn. Atieqah binti Khairudin En. Anbalagan a/l Velu En. Ahmad Muhaimin bin Abdu Rahim Cik Rita Selvamalar a/p J. S Henry Pn. Chua Kar Ling Juruaudit : En. TS. Finlayson Ludan (Ibubapa) En. Othman bin Omar (Sekolah)
8:30 pagi : Ketibaan para tetamu dan pendaftaran di Google Meets. 9:00 pagi : Nyanyian lagu Negaraku Bacaan Doa 9:15 pagi : Ucapan Guru Besar SK Methodist, Petaling Jaya - En. Nik Azman bin Kundor 9:30 pagi : Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-56 - Prof Zamri Zainal Abidin (YDP PIBG, SK Methodist , Petaling Jaya) 10:00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Perlantikan AJK PIBG Bagi Sesi 2023 / 2024 12:00 tenghari : Bersurai
1. Perutusan Pengerusi PIBG 2. Membentang dan Meluluskan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 55 3. Membentangkan dan Meluluskan Laporan Kewangan 4. Pembubaran AJK PIBG 2022 / 2023 5. Perlantikan Pergerusi Sementara 6. Pemilihan dan Perlantikan AJK 2023 / 2024 7. Perbincangan Usul 8. Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung PIBG ke – 56
“MPS TERBILANG” Tel : 03-79565015 E_-m_a_il_:_m_ps_8_30_7_.p_j@_g_m_a_il._co_m Rujukan Tuan : Rujukan Kami : SKMPJ-800-2/5/1 ( 2 ) Tarikh : 10 Mei 2023 Ibu bapa / Penjaga, SK Methodist Petaling Jaya Tuan, JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-56 Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG sekolah akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Methodist Petaling Jaya Kali Ke-56 seperti butiran dibawah Tarikh : 13 Mei 2023 Hari : Sabtu Masa : 9.00 pagi Tempat : Google Meet ( Pautan akan diberikan sehari sebelum mesyuarat) 3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir ke mesyuarat tersebut bagi membantu menentukan dan memastikan peranan tuan/puan dalam kejayaan anak-anak serta merealisasikan visi sekolah ke arah kecemerlangan. Sokongan dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian. ”MALAYSIA MADANI” ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah ............................................... (NIK AZMAN BIN KUNDOR) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Methodist Petaling Jaya
Penasihat : En. Nik Azman bin Kundor (Guru Besar) Pengerusi : En. Mohd Fahmi bin Ibrahim (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 : Pn. Harsharanjit Kaur a/p Tejinder Singh (PK HEM) Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Razil bin Md Atan (PK Kokurikulum) Yang Dipertua PIBG : Prof Zamri Zainal Abidin Naib Yang Dipertua PIBG : Pn. Kavitha Gunasegaran AJK Ibubapa : En. TS. Finlayson Ludan En. Kaiser Thomas Pn. Zanazwana binti Ibrahim Pn. Noor Jehan binti Begum Pn. Kasthury Sellappan En. Nor Edren Syah bin Mohammad
Pengerusi Sementara : En. Mohd Fahmi bin Ibrahim (PK Pentadbiran) Bacaan Doa : En. Ahmad Faiz bin Osman Pengacara Majlis : En. Samaru bin Daud Penyediaan Sijil / Cenderahati : Cik Rita Selvamalar J.S. Henry Pn. Tai See Nee E-Banner & ICT : En. Ahmad Muhaimin bin Abdu Rahim En. Muhammad Farhan bin Ahamad Kamal Buku Program : Cik Nik Nur A’liyah binti Mohd Kamarolzaman Pendaftaran Ibubapa : Pn. Nazhatulnajihah binti Hashim
Juru Kira Undi : En. Ahmad Muhaimin bin Abdu Rahim Pencatat Papan Putih : En. Anbalagan a/l Velu Jurugambar : En. Hafzan Safuan bin Shamsuddin Dokumentasi dan Laporan : Pn. Siti Khadijah binti Muhammad Pencatat Minit : Pn. Chua Kar Ling Cik Nik Nur Kamilia binti Nik Mawardi Cik Chong Foong Ling
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-55 SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST, PETALING JAYA, SELANGOR TARIKH HARI MASA TEMPAT : 28 MEI 2022 : SABTU : 8.00 PAGI : DEWAN SEMARAK ILMU SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA 1. MUHD. ZUL' AMIN BIN MD ISA 16. SITI NUR SYAHIDAH BT MOHD 2. NOOR JEHAN BEGUM SALLEH 3. PETER GOU 17. KASTHURY 4. NURA HARUN 18. NURAZLINA BINTI NORDIN 5. KAVITHA MUNTHRY 19. DURGA DEVI 6. ZAMRI ZAINAL ABIDIN 20. SITI NOR HASLINDA 7. SHASHI REHKA DEVI MUNIANDY 21. SHAHRUL HADI BIN ABDUL 8. MUHD FAIZAL BIN ABDUL RASHID 22. KAISER THOMAS KARIM 9. MUHD DANIAL BIN MOHD GHAZALI 23. KAVITHA GUNA SEGARAN 10. SHANMUGANATHAN ARUMUGAM 24. MAGESWARY LATCHIMANAN 11. JAYAGANESH 25. FINLAYSON LUDAN 12. JANANANDH VYITHELINGAM 26. JEYAKUMAR A/L SABAVATHY 13. MUHD TARMIMI BIN MAT JUSOH 27. SAIFUL BAHARI 14. MOHD KHAIRULNIZAM B ABDUL TALIB 28. REMA PANICKAR 15. AHARIZAL AHMAD SENARAI KEHADIRAN GURU-GURU 1. EN NIK AZMAN BIN KUNDOR 12. PN TAI SEE NEE 2. EN MOHD FAHMI BIN IBRAHIM 13. CIK RITA S HENRY 3. PN HARSHARANJIT KAUR 14. EN ANBALAGAN VELU 4. PN SITI MALINDA BT OTHMAN 15. CIK CHONG FOONG LING 5. PN CHUA KAR LING 16. PN KALYANI A/P TAGARAJAH 6. EN MOHD OTHMAN OMAR 17. PN SUZILAWATI BT MOHD 7. EN SAMARU B DAUD 18. AHMAD MUHAIMIN BIN ABDU RAHIM 8. EN MOHD ZUL’ AMIN B MD ISA 19. CIK NAZHATULNAJIHAH BT HASHIM 9. PN NOR SUMAIYAH BT MD YUSUF 20. EN HAFZAN SAFUAN B SHAMSUDDIN 10. PN SITI KHADIJAH BT MUHD 21. PRIYA M. A/P T. PALANISAMY 22. SITI AZLIN BT MOHD 11. EN MUHD FARHAN B AHAMAD KAMAL
Tidak hadir (Bersebab) Pn Atieqah Bt Khairudin Pn Wong Ai Wee Cik Nik Nur Aliyah Bt Mohd Kamarolzaman Cik Norfazila Bt Abdul Hamid 1. Kata-kata Aluan 2. Ucapan Alu-Aluan Pengacara Majlis Pengacara majlis mengucapkan selamat sejahtera dan selamat datang kepada ibu bapa, penjaga dan guru ke Mesyuarat Agung PIBG SK Methodist, Petaling Jaya Kali ke 55. 2. Ucapan Guru Besar 1.Guru Besar mengucapkan selamat sejahtera dan terima kasih kepada AJK PIBG dan guru yang hadir dan membantu menjayakan mesyuarat. 2. Sokongan Ibu Bapa 1.Guru Besar mengucapkan terima kasih atas sokongan AJK PIBG yang berusaha memastikan permuafatakan antara sekolah dan golongan ibu bapa atas sokongan yang berterusan. 2.Guru Besar berpuas hati sebab dalam tempoh lima tahun tiada pembangkitan isu yang besar atas sokongan PIBG. 3. Cabaran Pandemik 1. Keadaan sekolah dalam tempoh dua tahun agak mencabarkan disebabkan pandemic. 2.Guru Besar juga prihatin terhadap kekangan guru dari segi mendapatkan data dan juga kekangan ibu bapa dari segi penyediaan gajet dan fasilitas. 4. Penambahbaikan Infrastruktur Sekolah 1. Guru Besar telah berusaha atas penambahbaikan infrastruktur sekolah dengan tujuan menjadikan sekolah suasana ceria supaya sekolah Methodist dikenali ramai dan urusan pengubahsuaian sekolah telah dikendalikan oleh Lembaga Sekolah. 5. Urusan Kebajikan Murid 1.Guru Besar memaklumkan bahawa urusan kebajikan murid telah diberi perhatian oleh PIBG. 6. Penilaian Pembelajaran 1. Penilaian pembelajaran dibuat seperti yang tertakluk kepada pekeliling. 2. Cikgu membuat penilaian berdasarkan pencapaian dan penglibatan murid. 7. Penilaiain Kokurikulum 1.Kokurikulum pula dinilai berlandaskan kepada PAJSK yang merangkumi tiga perkara iaitu Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan dan Unit Beruniform.
1.2.7.2 Ibu bapa perlu memastikan kehadiran murid dan jika mereka menyertai acara luar, acara tersebut mesti didaftar dengan KPM dan penyertaan murid perlu dilaporkan kepada guru untuk memperoleh markah. 8. Ujian Psikometrik 1.Guru kaunseling akan menjalankan Ujian Psikometrik setiap tahun untuk menentukan kecenderungan setiap murid. 2.Ibu bapa digalakkan untuk hadir ke sekolah untuk membincangkan perkembangan sahsiah anak mereka. 9. Program-Program Sekolah 1.Program-program tahun ini seperti sukaneka dibuat tanpa penglibatan ibu bapa secara ramai disebabkan sekolah perlu mematuhi SOP pandemik dan arahan daripada KPM. 10. Ucapan Terima Kasih Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada AJK yang sedia ada dan yang bakal dilantik semoga menjalankan tugas dengan sebaiknya. 3.Ucapan Encik Muhammad Faizal Bin Abdul Rashid (YDP PIBG 2020/2021) dan Perasmian Mesyuarat Agung Kali Ke-55. 1.YDP mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa dan penjaga murid dan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-55. 2.Beliau mengucapkan terima kasih kepada Puan Kavitha yang telah bertungkus lumus menjaga kebajikan murid-murid. 3.Beliau juga amat berpuas hati dan gembira dengan perubahan ketara di sekolah Methodist. 4. YDP telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Methodist Kali Ke-55. 4. Penyampaian sijil kepada AJK PIBG Sesi 2020/2021 1.AJK PIBG sesi 2020/2021 telah menerima sijil penghargaan atas khidmat sepanjang tempoh 2020/2021. Tindakan: Makluman bakti 1. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu 2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung tahun 2020/2021 Dicadang oleh : Pn. Kavitha Munthry Disokong oleh : Pn. Nurazlina Bt Nordin 2.2 Mengesahkan Laporan Tahunan. Dicadangkan oleh : En Jayaganesh Disokong oleh : En Aharizal Ahmad
1. Perkara-perkara berbangkit 2. Tiada perkara –perkara berbangkit 1. Pembubaran AJK PIBG sesi 2020/2021 dan Pelantikan AJK PIBG 2022/2023 2.Semua ahli telah bersetuju untuk membubarkan AJK PIBG sesi 2020/2021 setelah berpuas hati dengan segala pembentangan. En Mohd Fahmi B Ibrahim sebagai pengerusi sementara mesyuarat membubarkan AJK PIBG 2020/2021. 3. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2022/2023 En. Mohd Fahmi B Ibrahim telah dilantik untuk menjadi pengerusi sementara mesyuarat. Berikut adalah AJK PIBG sesi 2022/2023 yang dilantik. JAWATAN NAMA DICADANGKA N OLEH DISOKON G OLEH Penasihat En Nik Azman B Kundor Penasihat (GB) Yang Dipertua PIBG Prof Zamri Zainal Abidin Pn Kavitha Guna Segaran Pn Norjihan Naib YDP PIBG Puan Kavitha Guna Segaran En. Finlayson Pn. Durga Setiausaha Pn. Suzilawati binti Mohammed Dilantik oleh sekolah Bendahari Pn. Kalyani a/p Thagarajah Dilantik oleh sekolah AJK Ibu Bapa Pn. Kasthury Pn Noor Jehan Pn Zana AJK Ibu Bapa En Kaiser En Danial En Nor Edren AJK Ibu Bapa Pn. Noor Jehan Pn Kasthury Pn Nurazlina AJK Ibu Bapa Pn. Zana Pn Kasthury Pn Noor Jehan AJK Ibu Bapa En. Finlayson Pn Kavitha Pn Durga AJK Guru Pn. Atieqah binti Khairudin Dilantik oleh sekolah
AJK Guru En. Anbalagan a/l Velu Dilantik oleh sekolah AJK Guru En. Ahmad Muhaimin bin Abdu Rahim Dilantik oleh sekolah AJK Guru Cik Rita Selvamalar a/P J.S Henry Dilantik oleh sekolah AJK Guru Pn. Chua Kar Ling Dilantik oleh sekolah Juruaudit Ibu Bapa En. Finlayson Pn Kavitha Pn Durga Juruaudit Sekolah En. Othman bin Omar Dilantik oleh sekolah 4. Perlantikan ahli jawatankuasa ibubapa 2022/2023 telah dilantik dengan cara kiraan undi. Manakala ahli jawatankuasa guru telah dilantik oleh pihak sekolah. 5. YDP PIBG Sesi 2022/2023 mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua AJK PIBG yang baru dilantik. Beliau akan memberi komitmen dan kerjasama serta berharap semua AJK PIBG 2022/2023 melaksanakan tugas sebaik mungkin untuk kepentingan murid-murid dan sekolah. Tindakan: Makluman 1. Pembincangan usul-usul yang diterima 2. Usul pertama: Dicadangkan oleh Nama anak : En Thiru Ganesan : Vidthesh A/L Thiru Ganesan (2J) 1. Membantu pihak sekolah untuk berstruktur. 2.Mencergaskan fizikal pelajar. Jawapan Guru Besar : Usul tidak dibincang kerana pengusul tidak hadir. 5.2 Usul kedua: Dicadangkan oleh Nama anak : Pn.Kavitha Murthy : Nikhil Declan Singh (5H) 1. Perancangan pentaksiran murid dalam tahun 2021 / 2022. 2. Jadual koko perlu dikongsikan lebih awal. Jawapan Guru Besar : Berkenaan pentaksiran telah dijelaskan semasa ucapan tadi. Takwim koko akan dikongsi bersama ibu bapa. Tindakan: PK Kokurikulum
5.3 Usul ketiga: Dicadangkan oleh Nama anak : Pn.Prema Panicker : Aiden Ajay Xavier (3H) 1. Memberikan takwim perancangan sekolah (cuti, acara, ujian) kepada ibu bapa pada awal tahun persekolahan. Jawapan Guru Besar : Takwim Perancangan tidak dapat ditentukan. Pihak sekolah perlu tunggu pekeliling daripada PPD untuk menjalankan aktiviti atau peperiksaan. Pihak sekolah akan usahakan untuk pengedaran kepada para ibu bapa. 5.4 Usul keempat: Dicadangkan oleh Nama anak : Pn.Mageswary Latchiman : Dheevengkatesh Rao A/L Kanagarajan (2H) 1. Kerja sekolah murid. Jawapan Guru Besar : Pemakluman dan perkongsian kerja sekolah murid akan diuruskan oleh pihak sekolah. 5.5 Usul kelima: Dicadangkan oleh Nama anak : Pn.Nadiawati Khaeruddin : Muhd Harith Jafni B Shahrul Hadi (6J) 1. Penyediaan kelas tambahan untuk tahun 6 2. Penekanan bab solat fardu ain 3.Pengaktifan semula pasukan sekolah Jawapan Guru Besar : Tidak dibincang kerana pengusul tidak hadir. 5.6 Usul keenam: Dicadangkan oleh : En. Saiful Bahari Nama anak : Qaseh Nur Damia Delisha Bt Saiful Bahari (5J) 1. Penambahan baju Jawapan Guru Besar : Dua baju iaitu baju sukan tahunan dan baju untuk aktiviti kokurikulum dan pendidkan Jasmani akan ditempah dalam masa terdekat. En. Safuan akan menguruskan data ukuran saiz baju murid.
5.7 Usul ketujuh: Dicadangkan oleh Nama anak : Pn. Nor Suhaila binti Sahul Hamid : Imran Musthafa B. Maheen Abubacker (1H) 1. Pembelajaran komputer Jawapan Guru Besar : Sekolah menghadapi kekangan bilangan computer. Komputer yang sedia ada adalah netbook yang kebanyakan tidak berfungsi dengan baik. Tidak ada tempat yang kondusif dan juga kekangan kewangan untuk menjalankan kelas tambahan. 1. Hal lain-lain 2. Yuran PIBG ditetapkan sebanyak RM 50.00 bagi setiap keluarga 3. EN. Jayaganesh mencadangkan AJK guru ditambah Jawapan Guru Besar : Penambahan ajk tidak dibenarkan kerana tertakluk kepada perlembagaan 1. Penutup Ucapan penangguhan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-55 - YDP berharap agar kalian bekerjasama demi kejayaan anak-anak kita. Beliau juga berharap pelantikan sebagai AJK PIBG tidak dipandang sebagai kerja berlebihan, tetapi merupakan tanggungjawab bersama untuk menjayakan aktiviti sekolah. Beliau memohon ahli jawatankuasa yang baru menerima pelantikan ini dengan senang hati dan ikhlas. - Pengacara majlis memohon maaf dan berterima kasih. Pengacara menangguhkan Mesyuarat Agung PIBG kali k-55. Mesyuarat berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Disediakan oleh, AJK Pencatat: Disemak oleh, Pn Chua Kar Ling Pn Siti Khaijah Bt Muhd Pn Tai See Nee (Zamri Zainal Abidin) Yang DiPertua PIBG, SK Methodist, Petaling Jaya. Disahkan oleh, (Nik Azman B Kundor) Guru Besar, SK Methodist, Petaling Jaya.
SEK. KEB. METHODIST PETALING JAYA. PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN AKAUN PIBG BAGI TAHUN BERAKHIR APRIL 2023 Penerimaan RM RM Baki pada 01.04.2022 Akaun semasa 19,312.40 Akaun Simpanan Tetap 22,708.44 42,020.84 Penerimaan Akaun Semasa Yuran transisi 305.00 Cek Tendang (Program Transisi Tahun 1) 2,530.00 Cek ditendang (Cenderahati PIBG) 162.00 T-shirt sukan 2022 12,025.00 Yuran PIBG 8,950.00 Kutipan Perkhemahan Perdana 5,460.00 Sumbangan cek deposit(977048) 1,000.00 Sumbangan 1,160.00 Graduasi Tahun 6 3,550.00 Sumbangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2,000.00 Derma (Ummi Solehah) 800.00 Sumbangan Merentas desa 300.00 Yuran PSKPP 135.00 Penerimaan Akaun Simpanan Tetap Faedah simpanan(27/12/2022) 301.66 Faedah simpanan(30/12/2022) 118.45 Jumlah 38,797.11 80,817.95 Pembayaran Nota Perbelanjaan Bidang Akademik 1 7,675.00 Perbelanjaan Bidang Hal Ehwal Murid (HEM) 2 6,492.70 Perbelanjaan Bidang Kokurikulum 3 26,785.90 Perbelanjaan Lain-lain 4 5,304.68 46,258.28 Baki pada 30.04.2023 Akaun Semasa 11,851.23 Akaun Simpanan Tetap 22,708.44 Jumlah 34,559.67 80,817.95
LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR PADA 30.04.2023 Nota 1 Perbelanjaan Bidang Akademik RM (RM) Program Transisi Tahun 1 2530.00 Program Transisi Tahun 1 2530.00 Program Transisi Tahun 1 305.00 Sumbangan Projek PAK-21 2310.00 7675.00 Nota 2 Perbelanjaan Bidang Hal Ehwal Murid (HEM) Sumbangan Hari kanak-kanak 594.70 Graduasi Tahun 6(Ashlynn) 3550.00 Sumbangan projek tandas sekolah 1482.00 Sumbangan Projek laluan PPDa 866.00 6492.70 Nota 3 Perbelanjaan Bidang Kokurikulum T-shirt sukan guru dan ahli PIBG 1600.00 T-Shirt Sukan Murid 12000.00 Sumbangan Sukan Tahunan dan Yuran Kokurikulum 6670.00 Sumbangan yuran penyertaan KATMO Ragbi 355.00 Perkhemahan perdana 5460.00 Hadiah Perkhemahan 700.90 26785.90 Nota 4 Perbelanjaan Lain-lain Majlis Guru Besar PPDPU (Sumbangan Beli Meja Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri) 1500.00 Jamuan AGM PIBG dan Sambutan Hari Raya 1500.00 Sumbangan Banjir 500.00 Hadiah Hari Guru 1000.00 Cenderahati PIBG 162.00 Caj pertukaran tandatangan 10.00 Hadiah perpisahan dan lain-lain 621.68 Caj pemprosesan cek 11.00 5304.68
LAPORAN KEWANGAN PIBG 01.04.2022 – 31.3.2023 Tertakluk kepada perkara-perkara yang dibentangkan pada helaian berikut, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun kewangan 1.4.2022 hingga 31.3.2023 telah disediakan dengan betul serta telah diaudit untuk memberikan gambaran yang sebenar kedudukan kewangan persatuan dalam tempoh tersebut. Berikut diturunkan tandatangan bagi mengesahkan laporan adalah betul. Disediakan oleh, ………………………………………. (KALYANI A/P TAGARAJAH) Bendahari Disemak oleh, ………………………………………. (TS. Finlayson Ludan) Juruaudit Dalaman 1 Disemak oleh, ………………………………………. (En Othman bin Omar) Juruaudit Dalaman 2 Disahkan oleh, ………………………………………. (Prof Zamri Zainal Abidin) Yang Dipertua PIBG
BIL NAMA AHLI 25/6 29/4 3/12 15/4 1. En. Nik Azman bin Kundor / / / 2. En. Mohd Fahmi bin Ibrahim / / 3. Pn. Harsharanjit Kaur a\p Tejinder Singh / / 4. En. Mohd Razil bin Md Atan / 5. Pn. Siti Malinda binti Othman / 6. Prof Zamri Zainal Abidin / / / / 7. Pn. Kavitha Guna Segaran / / 8. En. TS. Finlayson Ludan / / / 9. En. Kaiser Thomas / / / 10. Pn. Zanazwana binti Ibrahim / / / 11. Pn. Noor Jehan Binti Begum / / / 12. Pn. Kasthury Sellappan / / 13. En. Noor Edren Syah bin Mohammad / / 14. Pn. Chua Kar Ling / / / 15. Cik Rita Selvamalar J.S. Henry / / / 16. En. Ahmad Muhaimin bin Abdu Rahim / / 17. En. Anbalagan a/l Velu / / / 18. En. Mohd Othman bin Omar 19. Pn. Kalyani a/p Thagarajah / / / / 20. Pn. Suzilawati binti Mohammed / / /
BIL AKTIVITI TARIKH 1. Sesi Perkongsian Pembangunan Kandungan Media Sosial – Persembahan Skuad K-9 PDRM 3/1/2022 2. Merentas Desa 16/6/2022 3. Sesi Perkongsian Pembangunan Kandungan Media Sosial Bersama RTM – Kursus Pembikinan Video Pendek 14/7/2022 4. Hari Sukan Tahunan Sekolah 23/7/2022 5. Program Kesihatan Mata 13/8/2022 6. Program Kesihatan Bersama Hospital Columbia Asia 7/10/2022 7. Projek Laluan PPDa November 2022 8. Tinjauan Laluan Sehala Waktu Datang dan Balik Persekolahan (Cone) Ogos 2022 9. Hari Kanak-Kanak 4/11/2022
BIL AKTIVITI TARIKH 10. Tajaan Pasukan Ragbi Sekolah Oktober 2022 11. Hari Guru 16/5/2022 12. Majlis Perpisahan Guru : Pn. Siti Malinda Pn. Atieqah 8 Orang Guru Pelatih En. Othman 29/7/2022 14/9/2022 28/10/2022 3/1/2023 13. Projek PAK-21 Januari 2023 14. Hari Graduasi 17/2/2023
AKTA PENDIDIKAN 1996 PERATURAN-PERATURANPENDIDIKAN ( PERSATUAN IBUBAPA-GURU ) 1998 [ Sub peraturan 7(2) ] PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU ( PIBG ) SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST, PETALING JAYA Nama dan Alamat 1. Persatuan ini adalah dikenal dengan nama : Persatuan Ibu Bapa-Guru Sekolah Kebangsaan Methodist, PJ 2. Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah : Sekolah Kebangsaan Methodist, Jalan 5/37, 46000, Petaling Jaya, Selangor. Tujuan-tujuan Persatuan 3. Tujuan-tujuan Persatuan ialah – (a) Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah. (b) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka. (c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar- tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan. (d) Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
(e) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Fungsi Persatuan 4. Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan Persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, sepertia) Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajkan murid; b) Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah; c) Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat; d) Meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan. Keanggotaan Persatuan 5. Anggota Persatuan terdiri daripada : (a) Semua guru di Sekolah; (b) Ibu bapa kepada murid yang belajar dalam sekolah; dan (c) Warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan ( seperti di Lampiran A ); dan
6. Guru Besar atau Pengetua sekolah hendaklah menjadi anggota ex officio dan Penasihat Persatuan. Jawatankuasa Persatuan 7. Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “ Jawatankuasa PIBG ”. Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan. 8. Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia sahaja. 9. Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut : (a) Seorang Yang Di Pertua (b) Seorang Naib Yang Di Pertua (c) Seorang Setiausaha (d)Seorang Bendahari; dan (e) ............... orang Ahli. 10. Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah seboleh-bolehnya seimbang. 11. Guru Besar atau Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat Persatuan. 12. Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9(e) hendaklah antara 1 hingga 10 orang. 13. Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG dikalangan anggota Persatuan ( bukan anggota guru di sekolah tersebut ) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan.
14. Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan subperaturan 6(4) hingga (6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa- Guru) 1998, Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang berkenaan) boleh melantik tidak daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar. 15. Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh Pendaftar. 16. Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklah melantik mana-mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu. 17. Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan. Fungsi Jawatankuasa PIBG 18. Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturanperaturan yang dibuat di bawahnya. (a) Yang Di Pertua i) Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Agung Tahunan dan kesempurnaan perjalanan PIBG dan Mesyuarat bertanggungjawab atas mesyuarat.
ii) Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. iii) Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Persatuan serta memastikan bahawa peruntukan Perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota Persatuan. iv) Sentiasa mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai Yang Di Pertua. v) Boleh memanggil Mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada bila- bila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar atau Pengetua. vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan. vii) Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan sempurna dan teratur. viii) Mendapat nasihat mengenai Pengurusan Persatuan dari semasa ke semasa daripada Guru Besar atau Pengetua selaku Penasihat Persatuan. (b) Naib Yang Di Pertua i) Bertanggungjawab membantu Yang Di menjalankan fungsi-fungsi Yang Di Pertua. Pertua dalam ii) Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di Pertua semasa ketiadaan Yang Di Pertua.
(c) Setiausah a i) Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan. ii) Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG. iii) Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan. iv) Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya. v) Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekodrekod Persatuan. vi) Menghantar segala laporan dan aktiviti Persatuan dan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, selepas Mesyuarat Agung Tahunan. vii) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu. (d) Bendahar i i) Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira-kira kewangan yang kemaskini. Penyata kira-kira setiap tahun kewangan (1 Januari hingga 31 Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuarat berkenaan. ii) Menguruskan perbelanjaan wang Persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
iii) Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persatuan pada sesuatu masa. iv) Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari yang sama. v) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan. vi) Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun Persatuan dan akaun sentiasa berbaki kredit. Lain-lain jawatan 18. Penasihat Persatuan a) Guru Besar atau Pengetu a sekolah Persatuan dan bertindak sebagai adalah ex-officio Penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan Persatuan. Antara tanggungjawab dan fungsi Guru Besar atau Pengetua adalah seperti berikut : i) Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar tetapi tidak boleh mengundi. ii) Mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, program, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar Negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah.
iii) Berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan. iv) Meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan. v) Memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam mesyuarat Persatuan. vi) Memastikan mesyuarat Persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi Persatuan. vii) Memastikan sumbangan anggota Persatuan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan membebankan dan tidak mengandungi sebarang paksaan; dan yang tidak unsur viii) Menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri sebarang majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian. b) Juru Audit Dalaman i) Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota Persatuan yang tidak menjadi anggota Jawatankuasa PIBG pada Mesyuarat Agung Tahunan. ii) Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut : aa) Mengaudit akaun Persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan ab) Menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Tempat bermesyuarat (jika berlainan dari alamat berdaftar ) 19. Mesyuarat Persatuan dan Mesyuarat Agung Tahunan diadakan di SK Methodist,Petaling Jaya Korum 20. Korum mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan adalah seperti berikut : (a) Mesyuarat Agung TahunanHendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG; dan (b) Mesyuarat Jawatankuasa PIBGHendaklah tidak kurang 2/3 daripada jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG. Mesyuarat Agung Tahunan 21. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum akhir bulan Mac. 22. Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan Mac, Jawatankuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh yang dicadangkan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua sebelum 31 Mac. 23. Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat. 24. Sekiranya korum untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencukupi Mesyuarat dalam tempoh 1 jam dari masa yang ditetapkan, tersebut hendaklah dibatalkan dan Jawatankuasa PIBG hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada anggota Persatuan memaklumkan tarikh baru Mesyuarat Agung Tahunan dalam masa 30 hari dari tarikh asal tersebut.
25. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara- perkara berikut : (a) ucapan Pengerusi (b) membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu; (c) membentang dan menerima Laporan Tahunan; (d) membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya; (e) Membahaskan usul, jika ada; (f) Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan; (g) Pemilihan Juru Audit Dalaman; (h) Ucapan Penangguhan; dan (i) Lain-lain hal. 26. Apa-apa usul bertulis hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk menapis usul-usul yang dikemukakan sebelum diluluskan untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 27. Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegangpemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain- lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan. Pemilihan pemegang jawatan hendaklah dibuat seperti berikut : (a) Anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG hendaklah hadir dalam Mesyuarat. (b) Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan (c) Pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang mendapat undi terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.
Mesyuarat Agung Tegempar 28. Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaankeadaan berikut : (a) apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa PIBG; (b) atas permintaan bertulis sekurang-kurangnyaa 1/5 daripada jumlah anggota Persatuan; atau (c) atas arahan Pendaftar. 29. Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan Jawatankuasa PIBG atau tarikh penerimaan permintaan anggota Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan. Notis bertulis mengenai Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dikemukakan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh Mesyuarat hendak diadakan. 30. Urusan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan kepada tujuan Mesyuarat itu diadakan. Laporan Mesyuarat 31. Laporan Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata KiraKira Kewangan Persatuan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh mesyuarat. 32. Laporan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah dan Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 33. Jawatankuasa PIBG hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh satu tahun persekolahan. 34. Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. 35. Yang Di Pertua, atau sekurang-kurangnya 3 orang anggota Jawatankuasa PIBG, boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG apabila difikirkan perlu dengan Persetujuan Penasihat. 36. Setiap anggota Jawatankuasa PIBG yang tidak hadir mesyuarat sebanyak 2 kali tanpa sebab hendaklah digugurkan keanggotaanya dalam Jawatankuasa PIBG secara automatik dan Yang Di Pertua hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada anggota berkenaan sebaik sahaja keputusan itu dibuat. Punca-Punca Pendapatan Persatuan 37. Punca-punca pendapatan Persatuan adalah daripada- (a) sumbangan anggota Persatuan (anggota Persatuan tidak boleh dipaksa memberi apa-apa sumbangan) (b) derma dan sumbangan daripada individu, organisasi dan badan- badan lain; dan (c) pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti dan program anjuran Persatuan yang telah mendapat kelulusan Pendaftar. 38. Jawatankuasa hendaklah membuka suatu akaun di mana-mana bank tempatan yang berdaftar atas nama Persatuan. 39. Apa-apa wang yang diterima atau diperolehi oleh Persatuan hendaklah dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari wang diterima atau diperolehi. Walau apa pun peruntukan ini, Bendahari boleh menyimpan wang tunai yang tidak melebihi RM ............ pada satu-satu masa.
Perbelanjaan wang Persatuan 40. Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk membelanjakan wang Persatuan bagi perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid-murid sekolah yang tidak bercanggah dengan tujuan-tujuan Persatuan. 41. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Persatuan hendaklah ditandatangan oleh Bendahari dan Yang Di Pertua atau Setiausaha, semasa ketiadaan Yang Di Pertua. 42. Bendahari dan Yang Di pertua hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dan akaun Persatuan sentiasa berbaki kredit. 43. Tahun kewangan Persatuan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember tahun semasa. Penyimpanan akaun pendapatan dan perbelanjaan 44. Penyata Kira-Kira Kewangan Persatuan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan untuk diterima dan diluluskan oleh anggota Persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 45. Satu salinan Penyata Kira-Kira Kewangan yang telah diaudit serta diterima dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian mengikut mana yang berkenaan. 46. Pendaftar, Pegawai Pendidikan Daerah Pegawai Pendidikan Bahagian, Pengetua atau Guru Besar adalah dibenarkan memeriksa akaun Persatuan pada bila-bila masa. Harta amanah Persatuan 47. Persatuan tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, atas namanya sendiri. Apa-apa harta yang, sebelum dari tarikh Perlembagaan ini berkuatkuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh sekolah, sebagai harta yang diamanahkan oleh Persatuan untuk digunakan bagi faedah murid-murid Sekolah itu sahaja atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PIBG dari semasa ke semasa.
48. Apa-apa harta yang diamanahkan kepada sekolah tidak boleh dipindah milik atau dilupuskan dengan apa cara sekali pun, melainkan dengan persetujuan anggota Persatuan yang diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Pindaan Perlembagaan Persatuan 49. Apa-apa cadangan untuk meminda Perlembagaan Persatuan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar atau Pengetua, untuk kelulusan terlebih dahulu. 50. Cadangan pindaan yang hendak dikemukakan kepada Pendaftar hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 2/3 daripada anggota Persatuan yang hadir. 51. Pindaan kepada Perlembagaan hanya berkuat kuasa mulai daripada tarikh pindaan diluluskan oleh Pendaftar. 52. Pendaftar berhak meluluskan atau tidak meluluskan sebarang pindaan yang dicadangkan oleh Persatuan. Larangan 53. Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru, kakitangan dan pekerja sekolah dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan sekolah. 54. Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan juridical untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum persefahaman, atas namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oleh Persatuan yang memerlukan apa- apa suratcara yang mengikat dari segi undangundang hendaklah dirujuk kepada pendaftar melalui Guru Besar atau Pengetua untuk kelulusan panduan.
55. Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang pertikaian antara persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan. 56. Persatuan tidak boleh bergabung dengan persatuan ibu bapa- guru di sekolah-sekolah lain, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang- undang bertulis atau tidak. Tafsiran 57. Sebarang kekeliruan atau pertikaian yang timbul daripada perlembagaan ini hendaklah dirujuk kepada Pendaftar melalui Guru Besar atau Pengetua. Pembubaran 57. Persatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut : (a) atas arahan bertulis daripada Pendaftar; atau (b) Sekolah berhenti beroperasi. 58. Apa-apa wang dalam akaun Persatuan hendaklah digunakan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar dan kegunaannya hendaklah bagi memanfaatkan pendidikan kanak-kanak di kawasan di mana sekolah itu berada. Apa-apa harta alih dan tak alih yang telah diamanahkan kepada sekolah hendaklah dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan oleh Pendaftar. 59. Guru Besar atau Pengetua hendaklah memulangkan Sijil Pendaftaran Persatuan kepada Pendaftar apabila Persatuan dibubarkan.
Perlembagaan Sekolah........................................................................... Alamat Sekolah..................................................................................... ........................................................................................................... Tandatangan Guru Besar/Pengetua : ....................................................... Nama Guru Besar/Pengetua : ................................................................. Tarikh : .............................................................................................. Diluluskan oleh : Pendaftar Sekolah dan Guru Cop : Tandatangan : Nama : Tarikh :
Penasihat : En. Nik Azman bin Kundor (Guru Besar) Yang Dipertua PIBG : Naib YDP PIBG : Setiausaha : Pn. Siti Khadijah binti Muhammad Bendahari : Cik Siti Azlin binti Mohammad AJK Ibubapa : : : : : AJK Guru : Cik Nik Nur Kamilia binti Nik Mawardi : Cik Nik Nur A’liyah binti Mohd Kamarolzaman : En. Ahmad Faiz bin Osman : Pn. Nurul Izzah binti Mohd Johari : En. Hafzan Safuan bin Shamsuddin Juruaudit (Ibubapa) : Juruaudit (Sekolah) : Pn. Nazhatulnajihah binti Hashim
USUL-USUL PIBG 2023 BIL USUL NAMA PENULIS USUL 1. a) What the PIBG action for the student weak in all the subject as parents we all need to know for next step...because until now no have any action or communicate with parents also my kids already going student 5. she very weakness all the subject. No any complaint from school teacher about my kids. I hope PIBG will take immediate action regarding school issue going on. Thank u. Puan Vijaya A/P Kanagaiah Pavathaarani A/P Lingeswaren (5 Jasmine) 2. a) Mutu matapelajaran harus tingkatkan. Puan P.Shanbagavalli Maahin Logasvaran (6 Hibiscus) 3. a) Please finish up the workbooks at school. Parents spend a lot to buy those books. Please teach the kids and guide them. Puan Durga Devi Ayeshaane (4Hibiscus) 4. a) Give past year questions and let student to experience the other state past year questions and let the teachers to discuss in class the answers. Have more extra class for UPSR students. Must to have mentor mentee program to see the progress of the student score in the subject. School needs to arrange motivational programs for students. Thank u. En. Lingeswaren A/L Muniandy L.Ruben Raj (6 Hibiscus) 5. a) Hari Sukan Terbuka dibuka untuk ibubapa/penjaga untuk turut hadir sekali b) Pelantikan pengawas jangan hadkan kepada setahun kerana baju pengawas telah dibeli. Puan Siti Nor Haslinda Qaseh Nur Damia Delisha (6 Jasmine) 6. a) Adakah mungkin kita ada peruntukan untuk pasang cctv di pintu pagar A dan B utk pantau murid-murid keluar dan masuk sekolah? b) Cadangan utk adakan aktiviti martial arts utk murid-murid . Contoh seperti taekwondo, karate, silat. Supaya murid lebih disiplin, berani, dan membentuk keyakinan dalam diri murid-murid. c) Adakah sekolah ada menyertai program pusat genius@pintar negara? Puan Nor Mashita Abd Sukor Aisyah Binti Muhamad Shafiq Zarawi (1 Hibiscus )
BIL USUL NAMA PENULIS USUL 7. a) Subjek bahasa melayu semua buku jumlah nya 9 bijik dan perlu dibawa semua stiap hari sedang kan pembelajaran hanya menyentuh 1@2 buku sahaja. Ini Menyebabkan beban beg yang dibawa menjadi Berat bila bercampur dengan buku Subjek2 yg lain. Dicadangkan kepada guru untuk memberitahu secara awal buku mana perlu dibawa pada hari tersebut. En.Muhamad danial Mohd Ghazali Noor dalili Ramadhani (6 hibiscus) 8. a) Kekerapan Guru Tidak Masuk Ke Kelas b) Kesukaran Untuk Berhubung Dengan Guru Kerana Guru Selalu Tidak Menjawab Mesej Dari Ibubapa c) Mohon Maklumkan Buku Apa Yang Akan Digunakan Untuk Satu-Satu Subjek Kerana Satu Subjek Mempunyai Buku Yang Banyak ( Buku Teks, Buku Tulis, Buku Aktiviti) Puan Nor Aishah Binti Ismail Qaireel Qayyum (1 Hibiscus) 9. a) Makanan yang tidak sesuai Puan Mathankhee Laksmen A/L Vengadeswaran (6 Hibiscus) 10. a) Diadakan kelas komputer sebagai asas pengenalan penggunaan komputer kepada pelajar Kevin Anak Kemarau Keagan Bugick (1Jasmine) 11. a) Pembelajaran dalam kelas patut tidak terganggu dengan aktiviti lain yang dianjurkan oleh pihak sekolah. b) Pemakluman awal kepada ibu bapa/penjaga mengenai aktiviti-aktiviti dan program- program yang akan dilaksankan oleh pihak sekolah. Kalendar aktiviti sekolah Shaharmilah Tharsini Baniface Japheth Sanjay (4 Hibiscus)
Yang Dipertua PIBG dan AJK PIBG Sesi 2023/ 2024 serta seluruh warga SK Methodist Petaling Jaya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : AJK PIBG SK METHODIST PETALING JAYA SESI 2022 / 2023 Ibu bapa, guru-guru dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberi sumbangan dan bantuan kepada PIBG dan sekolah sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.