BMMB 1074
SEJARAH
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
AZAM ISKANDAR BIN ZUBIR
BM2 PPISMP
PENSYARAH:
EN MOHAMED SHAHREN BIN ABDULLAH
1.0 Pengenalan:
Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai
alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan
perasaan dan fikiran. Setiap bangsa dan negara ada bahasanya tersendiri.
Malaysia mempunyai beberapa Bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa
Tamil, bahasa Cina dan sebagainya. Bahasa Melayu merupakan bahasa
rasmi dan kebangsaan untuk negara kita. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dimantapkan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967.
Bagaimanapun, rakyat di negara ini bebas untuk menggunakan Bahasa lain
untuk berkomunikasi tetapi perlu menggunakan bahasa Melayu ketika majlis
rasmi seperti Sambutan Hari Malaysia, majlis rasmi di sekolah, majlis
perasmian bulan kemerdekaan dan sebagainya. Namun, tidak dinafikan
kebanyakkan rakyat Malaysia menggunakan Bahasa Melayu dalam
kehidupan seharian. Bahasa Melayu terbhagi kepada dua zaman iaitu zaman
pramerdeka dan pascamerdeka. Merdeka bermaksud bebas (daripada
penjajahan, kurungan, naungan, dan lain-lain), lepas (daripada tebusan,
tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain. Pramerdeka
bermaksud sebelum merdeka manakala pascamerdeka membawa maksud
setelah merdeka.
2.0 Pramerdeka
2.1 Pejabat Karang mengarang
Pejabat Karang Mengarang merupakan sebuah badan
terjemahan yang ditubuhkan pada tahun 1923 di Maktab
Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Pejabat ini
ditubuhkan oleh hasil cadangan Zainal Abidi bin Ahmad
serta O.T Dussek. Peranan pejabat ini seperti Balai Pustaka
di Indonesia. Pejabat ini telah menimbulkan minat dalam
lapangan penulisan di kalangan guru serta pelatih di MPSI.
PENGHARGAAN
Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi
kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan tugasan subjek Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu (BMMB1074) ini dengan jayanya.
Dengan kesemoatan ini, saya berbesar hati ingin mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga kepada En. Mohamed Shahren bin Abdullah,
pensyarah subjek Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu kerana telah
meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada saya untuk
menyempurnakan tugasan yang diberi.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang membantu saya menyempurnakan tugasan ini
terutamanya kepada pensyarah saya , En. Mohamed Shahren bin
Abdullah atas budi beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang
tugasan ini dijalankan.Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada
rakan-rakan saya yang banyak membantu dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha meyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak sama ada
yang terilbat dalam menjayakan tugasan ini. Segala bantuan yang
telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat diselesaikan
dengan baik.
Membuka peluang kepada Menghasilkan penerbitan ilmiah
warga Akademik untuk dalam Bahasa Melayu dan
menyebarkan kesemua Bahasa Inggeris serta
memperbanyakkan bahan
kepakaran yang mereka ada
dalam bidang masing-masing rujukan kepada semua golongan
untuk meningkatkan budaya masyarakat
penulisan dalam kalangan
masyarakat di university
Tujuan ditubuhkan
Menganjurkan bengkel-bengkel Menerbitkan hasil penyelidikan
penulisan serta khusus warga akademik dalam bentuk
penterjemahan kepada buku, jurnal dan sebagainya.
masyarakat
2.2 Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa
Pakatan ini merupakan sebuah badan pembinaan dan pengembangan
Bahasa Melayu sebelum merdeka. Pakatan ini ditubuhkan pada tahun
1888 di Johor Bahru. Pakatan ini pada awalnya tidak begitu menjadi.
Namun dihidupkan semula kerana mendapat sokongan penuh
daripada sultan dan kerajaan Johor. Dikurniakan gelaran diraja oleh
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu
Bakar. Namun Pakatan ini ditukar Namanya kepada Pakatan Bahasa
Melayu Persuratan Buku Diraja Johor.
Mengkaji dan mempelajari
Bahasa Melayu agar
pengetahuan Bahasa Melayu
dapat disebarkan kepada
masyarakat secara meluas
Mengadakan perpustakaan Peranan Mempermodenkan Bahasa
Melayu
Memperjuangkan kedaulatan
Bahasa Melayu
Memelihara tulisan jawi
Menguruskan perbincangan Peranan Memperingkaskan ejaan dan
tentang Bahasa Melayu perkataan Bahasa Melayu
Mengembangkan ilmu
pengetahuan masyarakat
melalui ceramah
2.3 ASAS 50:
Tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos 1950 hingga kepada kemerdekaan
1957) tanda bermulanya zaman Bahasa Melayu pramerdeka.
Persatuan ini diasaskan oleh beberapa orang penulis Melayu
Singapura dan sebahagian besarnya merupakan penulis-penulis
dan pengarang-pengarang Tanah Melayu yang berhijrah ke
Singapura akibat tekanan penjajah Inggeris terhadap kegiatan
politik dan kreativiti mereka.
Tujuan ASAS 50 ditubuhkan:
a) memperluas dan mempertinggikan mutu sastera Melayu
b) melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para
pengarang
c) mengadakan pembaharuan dalam sastera
Persatuan ini bercita-cita untuk memajukan Bahasa dan sastera
Melayu sebagai alat untuk menuju kea rah kemerdekaan, keadilan
sosial dan kemajuan fikiran selari dengan konsep perjuangannya,
‘Seni Untuk Masyarakat’ atau ‘Seni Untuk Rakyat’.
2.4 Bahasa Melayu dalam sistem Pendidikan:
Bahasa Melayu dalam sistem Pendidikan terbahagi kepada empat
iaitu laporan Barnes(1951), laporan Fenn-Wu(1951), Ordinan
Pelajaran(1952) dan Laporan Razak(1956).
2.4.1 Laporan Barnes(1951):
Laporan Barnes ditentang hebat oleh kaum Cina dan India dan
terbentuklah laporan Fenn-Wu 1951. Laporan ini disediakan oleh
L.J.Barnes pengarah Latihan sosial di University Oxford. Tujuan
laporan ini adalah untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki
Pendidikan orang Melayu. Laporan ini juga mencadangkan
penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar. Sekolah
Melayu bertujuan untuk memupuk perkembangan individu ke
arah kecemerlagan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan
kemahiran serta membolehkan komuniti Melayu mencapai
kedudukannya dalam perhubungan kaum.
2.4.2 Laporan Fenn-Wu(1951):
Tujuan laporan ini adalah untuk mengkaji dan menilai semula
kewajaran Laporan Barnes 1950. Laporan ini diadakan sebagai
reaksi tidak puas hati masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes.
Masyarakat Cina pada ketika itu menganggap laporan tersebut
bertujuan menghapuskan Bahasa Cina dan kebudayaan Cina.
Pendangan dan kajian laporan ini kemudian diserap dalam
Ordinan Pelajaran 1952. Laporan ini mencadangkan agar usaha
merapatkan jurang perbezaan dilakukan dengan menggantikan
sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada Pendidikan
yang tidak bercorak perkauman. Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu digunakan sebagai Bahasa pengantar manakala Bahasa
lain sebagai pilihan.
2.4.3 Ordinan Pelajaran(1952)
Ordinan Pelajaran 1952 juga dikenali sebagai penyata pelajaran 1952.
Ordinan Pelajaran 1952 merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang
telah ditubuhkan oleh kerajaan British di tanah Melayu untuk mengkaji
Laporan Barnes (1950) dan Fenn-Wu (1951). Pada 21 November 1962,
Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh majlis perundangan
persekutuan dengan sebulat suara.
2.4.4 Laporan Razak(1956)
Laporan Razak mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem
Pendidikan dan laporan ini dikenalio sebagai salah satu usaha bagi
membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Tujuan laaporan ini adalah
untuk membentuk semula sistem [endidikan di Malaya. Laporan Razak
ini merupakan tolak ansur di antara Laporan Barnes dengan Laporan
Fenn-Wu. Perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua
jenis sekolah rendah iaitu sekolah kebangsaan SRK dan sekolah rendah
jenis kebangsaan serta menggunakana Bahasa Melayu sebagai Bahasa
pengantar bagi SRK.
3.0 Pascamerdeka:
3.1 Pengenalan Bahasa Melayu Moden
3.1.1 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)
Antara peranan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) ialah:
a) Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua
bidang termasuk sains dan teknologi.
b) Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa
kebangsaan.
c) Mencetak, menerbitkan dan membantu usaha percetakan atau
penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk
persuratan dalam bahasa kebangsaan.
d) Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah
yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
e) Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
f) Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan
digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-
undang yang sedang berkuat kuasa.
g) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap
dan berkesan dalam semua bidang
3.1.2 Kerjasama serantau dan pengantarabangsaan
Terdapat 129 buah pusat pengajian tinggi dari luar negara
sehingga 2008 yang menawarkan kursus Bahasa Melayu
bermula dari benua amerika ke Asia Timur, Australia dan New
Zealand. Usaha ini perlu diteruskan ke beberapa buah pusat
pengajian tinggi yang lain. Antara usahanya ialah:
a) Peringkat serantau dan antarabangsa yang dikongsi wawasan
pelaksanaannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)
Malaysia semasa pimpinan Dato’ Haji A.Aziz Deraman, DBP
Brunei di bawah piumpinan Dato Paduka Haji Alidin bin Haji
Othman dan Pusat Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Dr
Hassan Alwi.
b) Pusat Pengajian Melayu yang pertama telah ditubuhkan di
Leiden, Belanda pada tahun 1876, dan sehingga kini pusat itu
telah diiktiraf sebagai pusat utama bagi kajian budaya Melayu
di peringkat antarabangsa.
c) Malaysia telah memulakan Langkah penubuhan kursi
pengajian Melayu di eropah dengan ditempatkan seseorang
yang bertaraf professor di university Lesiden. Penubuhan kursi
itu bukan sahaja diharap akan mempertingkatkan kajian sastera
Melayu di eropah bahkan turut mengembangkan Bahasa,
budaya Melayu dan mempromosikan pengetahuan pelbagai
bidang tentang Malaysia khasnya dan dunia Melayu atau rantau
itu amnya.
d) Pada tahun 1995, Kursi Pengajian Bahasa Melayu telah
ditubuhkan di university Victoria, Wellington, New Zealand.
e) Malaysia telah menubuhkan Kursi Pengajian Melayu di
Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU), China. Seorang
professor telah ditempatkan di sana pada awal tahun 2008
yang lalu.
4.0 Cabaran dan masa depan Bahasa Melayu
4.1 Pendidikan:
Cabaran:
4.1.1 Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
a) Guru bergantung dengan penggunaan buku teks
b) Pengetahuan asas murid yang berbeza-beza
c) Jumlah masa pengajaran di SK, SJKC dan SJKT yang berbeza
4.1.2 Penjenamaan Bahasa Melayu
Berlaku krisis identity antar istilah Bahasa Melayu dan Bahasa
Malaysia. Proses penjenamaan semula kepada Bahasa Malaysia
telah mengikis kewibaan dan mencabar kredibiliti Bahasa itu
sendiri.
4.1.3 Bahasa Melayu dalam Akta Pendidkan Tinggi Swasta
Bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga iaitu
apabila Akta Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 diluluskan,
maka semua IPTS dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris
sebagai Bahasa pengantar.
Masa depan:
a) Memperkasakan Bahasa Melayu
-Memperkasakan kurikulum Bahasa Melayu standard di semua
jenis sekolah dan aliran
-Memantapkan program LINUS Bahasa Melayu 3
b) Memperkasakan Pentaksiran Bahasa Melayu
-Memperkasakan ujian lisan Bahasa Melayu sekolah rendah dan
menengah
-Melaksanakan komponen lisan komunikatif di tingkatan 6
c) Meningkatkan ketrampilan berbahasa guru Bahasa Melayu
-menambahbaikan proses pemilihan guru Bahasa Melayu
4.2 Ekonomi:
Cabaran:
4.2.1 Bahasa Melayu dalam urusan perniagaan
a) Dokumen perniagaan swasta menggunakan Bahasa Inggeris
b) Bahasa Inggeris mendominasi sepenuhnya industry
perhotelan, syarikat jualan kereta dan lain-lain.
4.2.2 Bahasa Melayu dalam peluang kerjaya
a) Graduan Bahasa Melayu boleh memilih bidang penulisan
kreatif, pengacaraan, editor dan penterjemah.
b) Graduan boleh memilih kerjaya dalam bidang perguruan
sebagai guru Bahasa Melayu dengan mengikuti kursus-kursus
iktisas.
Masa depan:
a) Teknologi
-Kerajaan perlu mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu
sebaik mungkin termasuk dalam media sosial dan sebagainya.
4.3 Pentadbiran kerajaan:
Cabaran:
4.3.1 Urusan rasmi dalam negara
-Surat rasmi, dokumen perjanjian, urusan mesyuarat
melibatkan kehadiran warganegara Malaysia dan
penganjuran majlis rasmi melibatkan kehadiran warganegara
Malaysia perlu dalam Bahasa kebangsaan.
4.3.2 Urusan rasmi Antarabangsa
-Surat rasmi antarabangsa, dokumen perjanjian
antarabangsa, penganjuran majlis rasmi melibatkan
kehadiran bukan warganegara Malaysia dan urusan
mesyuarat melibatkan kehadiran bukan warganegara
Malaysia perlu dalam Bahasa Melayu serta lampiran Bahasa
Inggeris.
4.3.3 Perkhidmatan kaunter
-Menggunakan Bahasa kebangsaan
-Boleh menggunakan Bahasa lain yang difahami pelanggan
Masa depan:
-Bahasa Melayu telah dimaktubkan sebagai Bahasa
kebangsaan dan Bahasa rasmi negara Malaysia sejal 1957
setelah dilumpuhkan secara sistematik semasa penjajahan
Inggeris pada tahun 1785 hingg 1957.
4.4 Kerancuan Bahasa di media sosial:
Cabaran:
a) Penggunaan kata singkatan berleluasa menjadikan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa yang rancu.
b) Bahasa rancu menghalang memperkasa dan memartabatkan bahsa
Melayu sebagai Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu dan budaya tinggi
di Malaysia.
Masa depan:
a) Martabat Bahasa Melayu tergugat
b) Berlakunya kerosakan tatabahasa
4.5 Percampuran kod:
Cabaran:
a) Menyebabkan kekeliruan Bahasa yang boleh menjejaskan perolehan
Bahasa seseorang individu.
b) Percampuran kod berlaku tanpa sedar atau spontan
Masa Depan:
a) Bahasa Melayu akan semakin dilupakan
b) Berlakunya kerosakan tatabahasa
4.6 Sanga:
Cabaran:
a) Selalu digunakan oleh remaja
b) Biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi
Masa depan:
a) Lenyap Bahasa Melayu yang gramatis
b) Kedaulatan Bahasa lenyap
c) Istilah baharu akan wujud
Penutup:
Kesimpulannya, Bahasa Melayu perlulah dijaga agar
tidak ditelan zaman. Orang tua-tua ada berkata tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas. Saya berharap agar rakyat Malaysia
menggunakan Bahasa Melayu sebetulnya dan memilih Bahasa
Melayu ketika di majlis-majlis rasmi.
Bibiliografi
1) anyflip.com. (2021, October 20). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka
dan Pascamerdeka - Membalik Buku Halaman 1-11 | AnyFlip. Retrieved September 24,
2022, from https://anyflip.com/icaqh/uuky/basic
https://anyflip.com/icaqh/uuky/basic
2) Kamus Dewan Edisi Kempat(TT)
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=merdeka
3) Amalia, N. (n.d.). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka & Pascamerdeka.
prezi.com. Retrieved September 24, 2022, from https://prezi.com/p/z4a3logjflqa/sejarah-
perkembangan-bahasa-melayu-pramerdeka-pascamerdeka/
https://prezi.com/p/z4a3logjflqa/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu-pramerdeka-
pascamerdeka/
4) Hussin, M. A. A. B. A. (2018, May 1). Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
Memartabatkan Bahasa Melayu. Retrieved September 24, 2022, from
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-pustaka.html
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-pustaka.html
5) anyflip.com. (2021b, December 29). KERJASAMA SERANTAU DAN
PENGANTARABANGSAAN - Nisa Nordin | Membalik PDF Dalam talian | AnyFlip. Retrieved
September 24, 2022, from https://anyflip.com/dugcv/xtjn
https://anyflip.com/dugcv/xtjn
6) Zaitul Azmal Zainol Hamzah(2008), Halaman 5
7) anyflip.com. (2021b, November 21). Cabaran & masa depan bahasa melayu - Membalik
Buku Halaman 1-28 | AnyFlip. Retrieved September 24, 2022, from
https://anyflip.com/zhveb/llfa/basic
https://anyflip.com/zhveb/llfa/basic
8) BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA. (n.d.). Retrieved September 10,
2022, from http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/bahasa-melayu-
sebelum-dan-selepas.html
9) BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA. (n.d.). Retrieved September 10, 2022, from
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/bahasa-melayu-selepas-
merdeka.html
10) Just a moment. . . (n.d.). Retrieved September 24, 2022, from
https://www.researchgate.net/publication/304471121_KERANCUAN_BAHASA_CABARAN_
DALAM_PENDIDIKAN_NEGARA_DAN_PEMBINAAN_NEGARA_BANGSA
https://www.researchgate.net/publication/304471121_KERANCUAN_BAHASA_CABARAN_
DALAM_PENDIDIKAN_NEGARA_DAN_PEMBINAAN_NEGARA_BANGSA