EKamus Kaunseling
By Aliff Aizad Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya siapkan tugasan kerja kursus yang diberikan pada masa yang ditetapkan di IPG Kampus Ipoh. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Encik Mohd Nizam bin Mohd Tajeri selaku pensyarah subjek PBKK 3152 yang telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat kepada saya sehingga saya berjaya siapkan tugasan ini sehingga selesai.Penghargaan serta terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak memberi dorongan serta bantuan kepada saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Akhir sekali,terima kasih kepada semua yang telah menberi kerjasama kepada saya dalam menyelesaikan tugasan ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga setiap jasa baik tersebut dibalas oleh Allah.
HURUF A HURUF B HURUF C HURUF D HURUF E HURUF F HURUF G HURUF H HURUF I HURUF J HURUF K HURUF L HURUF M HURUF N HURUF O HURUF P 1 ISI KANDUNGAN EK AMU S K A U N S E L I N G HURUF Q HURUF R HURUF S HURUF T HURUF U HURUF V HURUF W HURUF X HURUF Y HURUF Z 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 17 18 19 20 21 22 23 24 25 16 26
HURUF A Ahli Agronomi Orang yang menkaji tentang sains pertanian atau bidang ilmu pertanian yang berkaitan dengan pengurusan tanah untuk menghasilkan tanaman Arkitek Jurubina atau perancang pelan pembangunan dan juga terlibat dalam pembinaan Ahli Akrobatik Orang yang mahir dalam melakukan sebarang kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kecekapan badan seperti akrobat Ahli Ilustrasi Orang yang mahir dalam melukis gambar, diagram, dan lain-lain sama ada dalam buku, majalah atau seni. Artis Mozek Membuat seni di dinding daripada bahan keras seperti kaca, jubin dan batu Ahli Politik Orang yang mahir dan berpengetahuan mengenai cara pemerintahan, ilmu sisah dan ilmu kenegeraan.
HURUF B Buruh Pelabuhan Orang yang bekerja di tempat kapal berlabuh atau singgah seperti pelabuhan kapal Bidan Orang yang menolong orang yang akan melahirkan atau sedang bersalin
HURUF D Dermatologis Orang yang pakar dalam perubatan yang berkaitan dengan kulit dan segala penyakit yang berkaitan dengannya Doktor Gigi Orang yang pakar dalam hal berkaitan gigi dan penyakit gigi Detektif Pegawai polis yang menyiasat kejadian jenayah dan bertindak sebagai mata-mata gelap Doktor KanakKanak Orang yang pakar mengenai pengubatan penyakit kanak-kanak dan ahli pediatrik
HURUF E Editor Berita Orang yang mengedit atau menyunting sesuatu petikan berita Editor Cerita Orang yang mengedit atau menyunting sesuatu cerita Ekuestrian Orang yang menunggang kuda, penunggang kuda dalam sesuatu perlumbaan kuda. Eksekutif Jualan Orang yang mempunyai kuasa dan bertanggungjawab dalam pentadbiran atau pengurusan sesuatu jualan Eksekutif Penyelidikan Pemasaran Orang yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk menjalankan penyelidikan dalam pemasaran sesuatu organisasi.
HURUF G Guru Tarian Guru yang mengajar tarian dengan pergerakan badan yang lemah gemalai mengiringi muzik tertentu Guru Drama Guru yang membimbing sesuatu persembahan oleh pelakon di pentas, radio atau televisyen Guru Seni Guru yang mengajar mengenai ilmu kesenian seperti seni lukis dan lainlain Geologis Ahli sains tentang asalusul, sejarah, struktur dan komposisi bumi (Kaji Bumi) Guru Pendidikan Khas Guru yang memberi pendidikan yang dikhaskan kepada golongan tertentu seperti pelajar pekak, bisu atau pintar.
HURUF I Imam Orang yang menjadi ketua bagi solat yang dijalankan secara berjemaah Instruktor Latihan Jurulatih yang memberikan latihan kepada sesuatu kumpulan atau pasukan
HURUF J Juruhebah Orang yang memaklumkan atau menghebahkan sesuatu rancangan di radio, televisyen dan sebagainya Jurumesin Orang yang mengurus (membaiki dan lain-lain) mesin Jurugeospatial Orang yang mempunyai keahlian dalam hal yang berkaitan dengan lokasi geografi Jururawat Orang yang terlatih untuk membantu doktor dalam merawat pesakit di hospital atau klinik Juru X-Ray Orang yang mempunyai keahlian dalam memeriksa dengan menggunakan sinar X
HURUF K Kapten Kapal Orang yang mengendalikan operasi kapal dagang atau kapal penumpang, nahkoda dan kapal Ketua Biro Orang yang menjadi ketua dalam jabatan atau agensi terutama dalam mengendalikan sesuatu urusan Kontraktor Binaan Orang atau syarikat yang mengikat kontrak untuk membuat sesuatu binaan atau bangunan Kartunis Orang yang kerjanya melukis sebagai satu kerjaya Koreografer Pakar dalam mencipta dan mereka gerak-geri dalam tarian
HURUF M Muralist Orang yang menghasilkan karya seni yang dicat atau digunakan secara langsung pada dinding, siling atau sesuatu permukaan Motivator Orang yang memberi rangsangan dan dorongan kepada seseorang untuk berusaha bagi mencapai kejayaan