Fahaman
Sekularisme dan
Liberalisme di
Malaysia
SIDANG REDAKSI
KUMPULAN 7
NAMA PENSYARAH:
TOBRONI BIN MOHD SAHLAN
KETUA EDITOR
MUHAMMAD BADLI BIN
SHAH ALIAS KHOO
17DDT21F1025
PENOLONG EDITOR
MUHAMMAD QAYYUM BIN
NOR AZIZI
17DDT21F1054
WARTAWAN 1
MOHAMAD DANIAL IMAN BIN
MOHAMAD HISHAM
17DDT21F1072
WARTAWAN 2
MUHAMMAD ADLI HAZMIE BIN
SHAMSUL BAHRIN
17DDT21F1080
2
PENGENALAN m/s 4-5 ISI KANDUNGAN
FAHAMAN SEKULARISME DI m/s 6
MALAYSIA
CONTOH-CONTOH m/s 7-8
SEKULARISME DI MALAYSIA
FAHAMAN LIBERALISME DI m/s 9-10
MALAYSIA
CONTOH-CONTOH m/s 11
LIBERALISME DI MALAYSIA
CADANGAN DAN m/s 12-13
PENAMBAHBAIKAN
m/s 14
KESIMPULAN m/s 15
RUJUKAN
3
PENGENALAN
SEKURALISME
(1817-1906), pengarang British
yang mencipta istilah "sekularisme."
Sekular adalah konsep kerajaan atau entiti lain yang wujud secara
terasing dari agama atau kepercayaan agama.
Dalam satu segi, sekularisme dapat memberikan hak untuk menjadi bebas dari
peraturan dan ajaran agama serta kebebasan dari pengenaan agama kerajaan
terhadap rakyat dalam sebuah negara yang berkecuali pada hal ehwal agama. (Rujuk
juga: pemisahan antara agama dan negara, laïcité). Dari segi lain, ia merujuk pada
pandangan bahawa aktiviti manusia, khususnya yang berpolitik harus berasaskan pada
bukti dan fakta yang tidak berat sebelah dengan pengaruh keagamaan.
Sekularisme ini mendapatkan akar intelektualnya dari ahli falsafah Yunani
dan Rom seperti Marcus Aurelius dan Epicurus.
4
LIBERALISME
John Locke FRS ialah seorang ahli falsafah dan pakar perubatan Inggeris,
yang secara meluas dianggap sebagai salah seorang pemikir Pencerahan
yang paling berpengaruh dan biasanya dikenali sebagai "Bapa Liberalisme"
Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai
politik tertinggi.
Seseorang yang menerima fahaman liberalisme merupakan seorang liberal. Walau
bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah
negara.
Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman
liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan
yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip
berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa
kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas
dan ketelusan sistem pemerintahan.
Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang
adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah
undang-undang.
Fahaman liberalisme moden berakar umbi dari Zaman Pencerahan di dunia Barat dan kini
mengundang pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber.
Liberaslime menolak kebanyakkan tanggapan asas dalam hampir semua teori pembentukan
kerajaan awal seperti hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan, status berasaskan keturunan
dan institusi- institusi agama. Liberal menganggap sistem ekonomi pasaran bebas lebih cekap
dan menjana lebih banyak kemakmuran.
5
FAHAMAN SEKULARISME DI
MALAYSIA
Fahaman sekularisme di Malaysia sebenarnya telah datang bersama-sama penjajah
Inggeris yang menakhluk negara ini dari tangan Belanda.
Apabila Tanah Melayu merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957, dasar pemisahan di
antara agama dan negara itu diteruskan dan dikekalkan. Dasar diteruskan ekoran
pemerintahan penjajah Inggeris telah meletakkan syarat di dalam perjanjian Pangkor
1874 menyebakan Sultan kehilangan hak politik dan kuasa untuk mencegah fahaman
sekular yang dibawa oleh Inggeris.
Inggeris telah menyediakan langkah untuk meguatkan lagi fahaman sekularisme ini
dengan melahirkan segolongan pemimpin sekular di kalangan Melayu.
Islam sendiri yang telah disekularkan dengan sistem Pendidikan. Golongan itu sendiri
menjadi perancang negara, pentadbir dan pemimpin yang menjadi kesinambungan
dasar penjajah itu sendiri.
Golongan ini berjaya memesongkan akidah dan menanamkan fahaman sekularisme
dalam masyarakat.
Orang Melayu yang beragama Islam turut memuja fahaman kebendaan atau sesuatu
yang berlandaskan hawa nafsu.
Demikianlah, masyarakat
Melayu mula membenci
orang-orang yang sederhana,
orang yang tidak mencintai
dunia dan orang yang
mengamalkan sikap zuhud.
Segalanya dinilai dengan wang
ringgit.
6
COHTOH-CONTOH SEKURALISME DI
MALAYSIA
Malaysia setelah diserap dengan
ideologi sekular ini dengan pelbagai
aspek kehidupan masyarakat Islam
Melayu kelihatan telah berubah
setelah kemasukan ideologi ini,
dalam pelbagai aspek antaranya :
Aspek Pemikiran
Seperti juga di dunia lain, ia juga turut melemahkan keimanan dan
menggoyangkan akidah serta keyakinan terhadap kekuasaan Allah.
Keraguan terhadap rasul, para malaikat, hari kiamat dan Al-Quran serta
pembalasan Qadha dan Qadar menyebabkan keimanan umat Islam
semakin rapuh dan terkeliru dengan pendapat aliran-aliran Barat.
Sosial
Pengasingan diri dari beragama menyebabkan kekosongan di dalam diri
dan jiwa. Akibatnya, keruntuhan moral dan akhlak berleluasa serta gejala-
gejala seperti dadah, arak, aids, lesbian dan homoseks semakin berleluasa.
Aktiviti-aktiviti sosial kini telah dikelaskan kepada aktiviti agama dan aktiviti
bukan agama. Begitu juga dalam aspek pakaian dan pergaulan, majlis
ceramah agama, Musabaqah Tilawah Al Quran dan sebagainya. Kita lihat
seperti Islamik, tetapi dalam konsert hiburan dan pesta atau
seumpamanya, langsung tidak relevan dengan aspek keagamaan.
Politik
Aliran politik Barat tertanam di dalam jiwa umat di Islam seperti fahaman
kapitalisme, sosialisme, nasionalisme dan lain-lain. Kaedah memisahkan
aspek politik daripada tugas ulama’ ataupun mengasingkan politik daripada
masjid menjelaskan lagi bahawa pemikiran umat Islam hari ini sangat kuat
pemikiran sekularisme dalam pemikiran mereka. 7
COHTOH-COHTOH SEKURALISME DI
MALAYSIA
Ekonomi
Lahirnya dua bentuk sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sosialis yang bermatlamatkan
kekayaan dan semata-mata tanpa memikirkan halal, haram, keadilan sosial serta kebajikan
masyarakat. Negara kita sebenarnya sudah jauh melangkah ke hadapan berbanding negara-negara
lain di dunia apabila sistem perbankan Islam kita menjadi contoh bagi seluruh sistem perbankan
Islam di dunia. Namun begitu, elemen sekular yang memisahkan keduanya ataupun sifat dualisme
masih wujud apabila sistem perbankan yang berteraskan riba juga masih terus digunakan. Apatah lagi
penubuhan Bank Islam dan produk-produk Islam tidak digunakan oleh kerajaan pun, malangnya
hanya disediakan sekadar hiasan tetapi tidak dimanfaatkan.
Pendidikan
Corak sistem pendidikan yang lebih mementingkan hal-hal dunia tanpa mengambil kira kepentingan
jiwa dan iman yang diperlukan bagi membentuk akhlak dan moral yang lebih baik. Sistem pendidikan
negara disusun daripada pra-persekolahan sehingga kepada peringkat tertinggi diambil berpandukan
dasar sekular. Hal ini terjadi apabila aliran sekolah sudah ditetapkan oleh kerajaan, sama ada aliran
agama ataupun bukan aliran agama.
Perundangan
Penggantian undang-undang daripada undang-undang Islam kepada sistem perundangan Inggeris
menyebabkan umat Islam pada masa kini tanpa segan silu mempertikaikan keadilan perundangan
Islam serta mempersendakan golongan yang mengamalkannya. Sistem perundangan Malaysia
dibahagi kepada dua bentuk iaitu undang-undang Islam dan undang-undang sivil. Idea sekular telah
memisahkan kepada dua bentuk yang terasing ini. Kebanyakan aspek menggunakan undang-undang
sivil dan undang-undang Islam diperuntukkan untuk hal-hal yang kecil dan peribadi sahaja. Lebih
mendukacita, apabila undang-undang Islam seperti serpihan itupun tidak mengamalkan hukum Islam
sepenuhnya maka ia sekadar pada namanya semata-mata.
8
FAHAMAN LIBERALISME DI MALAYSIA
Liberal merupakan sesuatu yang bebas dan terbuka. Pendek kata, aliran ini bersifat condong kepada
kebebasan dan pemerintahan yang dikatakan sebagai demokratik.
Tambahan pula, aliran Islam Liberal merujuk kepada aliran yang memiliki ciri keterbukaan dan
kebebasan yang lebih daripada apa yang terkandung dalam syariat Islam.
Pada era globalisasi ini, aliran tersebut telah melancarkan serangan pemikiran dan kebudayaan
secara tidak langsung bagi meruntuhkan pegangan agama masyarakat Islam serta memberi kesan
kepada keruntuhan Islam.
Di Malaysia, golongan Islam Liberal ini telah mula memperjuangkan pelbagai isu yang bertujuan
menyebarkan idea liberalisme secara meluas. Antara agenda-agenda golongan ini ialah
memperjuangkan fahaman pluralisme agama dengan mentarafkan semua agama secara sama agar
kedudukan agama Islam sebagai agama yang paling berpengaruh dapat dihapuskan. Secara tidak
langsung kedudukan agama Islam di Malaysia dapat direndahkan sehingga boleh menyebabkan
kewujudan golongan murtad. Perkara ini selari dengan salah satu tuntutan IFC (Interfaith
Commission) atau Suruhanjaya Antara Agama supaya membenarkan orang Islam untuk murtad
tanpa dikenakan apa-apa halangan dan tindakan.
Pelbagai pendekatan, usaha dan strategik dakwah boleh dilakukan oleh agensi-agensi agama serta
pendakwah masa kini dalam menangani serta menangkis ancaman aliran pemikiran tersebut sama
ada di peringkat kawasan penempatan sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Peranan pihak
masyarakat pula, mereka perlu mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam daripada guru-guru
agama bertauliah dan berautoriti. Hal ini kerana semoga ilmu tersebut dapat menjadi benteng
daripada terpedaya dengan corak pemikiran Islam Liberal tersebut. Masyarakat juga perlu
memainkan peranan yang penting seperti bersikap akauntibiliti pada agama dan ambil tahu bukan
sekadar untuk diri sendiri malah saling mengingatkan antara satu sama lain tentang bahayanya
gerakan ini dan betapa pentingnya untuk kembali dan memahami ajaran Islam yang sebenar dalam
kehidupan seharian.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 208 bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan (dengan
mematuhi segala hukum hakamnya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya
syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
9
FAHAMAN-FAHAMAN DIDAPATI MENYELEWENG
ASPEK AKIDAH
1.Berpegang kepada konsep Pluralisme: setiap
agama mempunyai konsep, persepsi dan respon
tersendiri terhadap Realiti Yang Agung.
Di mana semua agama adalah sama tarafnya.
1.Akal manusia adalah wahyu: wahyu adalah
akal manusia yang menghidupkan teks
Al-Quran berdasarkan tujuan dalam konteks
suasana zaman.
1. Meragui kewujudan Al-Quran: Al-Quran
diresap oleh budaya Arab dan sekarang tidak
releven kerana yang tinggal adalah pesanan
budaya Arab.
ASPEK SYARIAH
1.Mempersoalkan Metodologi Pentafsiran Al-Quran dan Al-Hadis:
Mempertikaikan cara pentafsiran al-Quran yang diguna pakai kini. Menggunakan
pemikiran sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan
pegangan Ahli Sunah Wal-Jamaah.
2.Menggesa tafsiran baru konsep ibadat: "membuka dan membebaskan”
tafsiran Al-Quran sebagai alasan untuk memajukan umat Islam malah
menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.
3.Mempertikai kriteria dan akhlak kenabian: mengkritik sifat Rasullah (S.A.W).
4.Sikap-sikap terhadap ilmu Islam: ciptaan buatan manusia bukan ilham dari
Tuhan
5.Sikap terhadap hukum: mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.
10
CONTOH LIBERALISME
Penafsiran al-Quran berlandaskan akal
semata-mata
Mempertikaikan kesahihan al-Quran
Mendakwa al-Quran bukan wahyu Allah tetapi
ciptaan Nabi Muhammad
Menolak Hadis
Menekankan hak-hak peribadi dan
kesamarataan
11
CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN
INDIVIDU
Kita haruslah lebih banyak tertarik dengan kehidupan
diri sendiri dan akhirat dengan melalukan pelbagai
amalan kebaikan untuk mendapatkan syafaat daripada
Allah dan Rasullah S.A.W.
MASYARAKAT
Masyarakat juga perlu memberikan cadangan kepada
pihak yang bertanggungjawab untuk mengadakan
aktiviti yang boleh menghindarkan rakyat dari sikap
sekular dan liberal seperti mengadakan ceramah atau
majlis keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan. Dari
segi keluargaan pula, ibu bapa juga harus mendidik
anak-anak mereka dari kecil supaya tidak terikut
dengan Sekularisme dan Liberalisme.
12
CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN
NEGARA
Pihak kerajaan pula perlu menyekat beberapa akses
laman web sosial yang tidak berkepentingan kepada
rakyat supaya mereka tidak bergitu terpengaruh
dengan amalan yang tidak baik seperti Facebook,
Instagram, Twitter ,Tiktok dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, terdapat kebaikan menggunakan
laman media sosial tersebut. Oleh yang demikian,
peranan ibu bapa juga perlu memantau penggunaan
tersebut pada anak-anak mereka supaya generasi akan
datang tidak terpengaruh dengan perkara-perkara ini.
13
Kesimpulan
Terdapat pelbagai aliran pemikiran yang wujud sepanjang sejarah kemanusiaan.
Perbezaan ini berlaku kesan daripada kewujudan pelbagai bangsa, budaya, agama
dan latar belakang yang ada pada setiap manusia. Di Malaysia, sejak awal abad ke-20
lagi kita telah menghadapi cabaran pemikiran yang hebat yang datang daripada
peradaban Barat dengan kemunculan cendekiawan-cendekiawan yang berfikiran
sekular dan liberal di kalangan masyarakat tersendiri yang mengenalkan idea-idea
dan nilai-nilai Barat.
Fenomena ini didorong oleh rasa rendah diri yang mencengkam sebahagian
masyarakat akibat kemunduran negara yang telah mengalami kejatuhan peradaban
dan seterusnya penjajahan beratusan tahun. Sebahagian daripada idea-idea yang
diperkenalkan itu ada yang baik dan telah diterima umum manakala sebahagian yang
lain bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh merosakkan akidah serta jati diri
umat Islam.
14
RUJUKAN
http://azurinulin.blogspot.com/2015/12/isu-liberalisme-di-
malaysia.html
https://www.mais.gov.my/persoalan-berkaitan-liberalisme/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekularisme
https://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme
15