The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfatiyah55, 2022-01-06 02:17:42

Manuskrip Pendekar Bujang Lapok

Manuskrip Pendekar Bujang Lapok

Pendekar Bujang Lapok

Kumpulan 4

Penghargaan

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana
dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi kod subjek falsafah pendidikan
(BBD10102) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada Dr. Nur Sofurah Binti Mohd Faiz, selaku Pensyarah Falsafah pendididkan kerana
telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam
usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya Dr. Nur Sofurah
Binti Mohd Faiz atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini
dijalankan. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini
dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama
ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah kami
hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat
dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

Isi kandungan Falsafah

01 BAB 1 02 BAB 2

JANGAN MUDAH MENILAI TIDAK MUDAH SEBARANGAN
SESEORANG DARI LUARAN TERHADAP ORANG
SEKELILING

03 BAB 3 04 BAB 4

AKSIOLOGI (ESTETIKA) IAITU JANGAN MALU BERTANYA
SENI NYANYIAN DAN MUZIK WALAUPUN TIDAK
MEMPUNYAI PENGETAHUAN

05 BAB 5 07 BAB 7
MENUNTUT ILMU SENTIASA BERSABAR DALAM
MEMBERI PENERANGAN
06 BAB 6
JANGAN TAKUT 08 BAB 8
MENUNTUT ILMU MEMANFAATKAN ILMU
YANG DIPELAJARI
DENGAN BETUL

SINOPSIS

Filem Pendekar Bujang Lapok adalah mengisahkan tiga orang anak muda iaitu Ramli, Sudin dan Aziz yang berguru secara kebetulan dengan Wak
Mustar. Kependekaran Wak Mustar sewaktu membelasah pekerja-pekerja penambang menarik minat berguru dengannya. Pada mula kemunculan
mereka tidak disenangi oleh Ros kerana menganggap mereka itu pencuri. Namun, kejujuran dan keikhlasan mereka dapat menjernihkan keadaan.
Kisah Wak Mustar membelasah orang-orang-orang penambang tidak habis di situ, tetapi Ahmad Nisfu selaku tauke mereka datang ke rumah Wak
Mustar untuk menagih gantirugi kerosakan penambang semasa berlaku kekacauan di antara orang-orang Ahmad Nisfu dengan orang ramai. Namun,
Ramli, Sudin dan Aziz bertindak (mengertak) menghalang Ahmad Nisfu dan orangorangnya menagih gantirugi daripada Wak Mustar. Ahmad Nisfu
dan orang-orangnya pulang dengan harapan untuk membalas dendam. Ramli, Sudin dan Aziz terus diajar oleh Wak Mustar ilmu pencak silat. Mereka
disuruh oleh Wak Mustar bertapa, dan Wak Mustar berpesan jika apa yang berlaku itu hanyalah cubaan. Maka terjadilah insiden lucu Ros dilarikan
oleh orang-orang Ahmad Nisfu. Wak Mustar, Isterinya dan Aini mendapatkan pertolongan Ramli, Sudin dan Aziz yang sedang bertapa di perkuburan.
Kedatangan Wak Mustar, Isterinya dan Aini tidak dihiraukan oleh mereka, kerana menganggapkan kesemuanya itu hanyalah cubaan. Setiapkali Wak
Mustar meminta pertolongan, mereka semua sebut cubaan sehingga memperlihatkan satu kelucuan. Namun, isteri Wak Mustar dapat memberi
keyakinan kepada mereka mengatakan anak gadis yang digilai mereka telah dicolek. Apabila Ramli, Sudin dan Aziz menyedari perkara itu benar-
benar terjadi tetapi bukan cubaan, maka mereka bergegas meninggalkan perkuburan tersebut. Tiba di rumah Ahmad Nifsu, mereka terus menyerang
menggunakan kepintaran masing-masing sehingga tewas samseng penambang yang ramai hanya dengan tiga orang bujang lapok. Kisah ini
memperlihatkan tiga orang bujang bermati-matian mempertahankan seorang gadis bernama Ros. Walau apapun kisahnya, namun filem ini dapat
mencuit hati audiens kerana memaparkan zaman sekolah buta huruf yang cuma ada di tahun 60 hingga 70an sahaja. Ianya sebagai menggambarkan
waktu itu masih ramai penduduk tanah air ini yang buta huruf dan kerajaan mengadakan sekolah untuk memberi kemudahan kepada rakyat sebagai
memperlihatkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat

BAB 1

Pada waktu siang, Ramli,Sudin,Aziz berjalan kaki untuk mencari rumah pendekar Mustar. Rentak kaki mereka
bergerak sekata lalu mereka mula menyanyi sambil retak kaki disusun sama. Pelbagai gaya rentak kaki dibuat
mengikut muzik yang dimainkan. Lagu yang dimainkan ialah Bujang Lapok.

“La la la la la la la…2x. Pok…Pok…Pok… Bujang Lapok… ada mancis tak ada rokok, jalan jauh tersengguk-
sengguk, tumit melecet hai… duduk teringkuk Pok…pok…pok…Bujang Lapok poket kosong hai penuh habuk, tak
ada nasi hanya cencaluk sampai sini terlupa cebok… Jalan yang mana hai tolong lah tunjuk… Jalan lurus hai…jalan
belok-belok Aku dah penat, hem…hem…terbatuk-batuk…. Ooo…oo… Bau asyam ketiak sapa busuk La la la
la…la..la… Pok…pok…pok…Bujang Lapok… kena bantai tulang rusuk, jalan senget terhangguk-hangguk jumpa
doktor tampal koyok… Bujang lapok… bujang lapok… bujang lapok… bujang lapok…”

Tidak lama kemudian, sebuah jambatan kelihatan. Kelihatan orang lalu lalang disitu. Di sudut yang agak jauh,
kelihatan seorang lelaki yang sedang menunggang basikal. Ramli, Sudin, Aziz pun muncul dari sebatang dan
menuju ke arah kampung tersebut. Ramli menoleh ke arah sekeliling kampung tersebut dan bertanya kepada rakan-
rakannya “Hei...mana punya kampung kita sudah sampai ha? ….. Ha…ha…ha…apa di tulis ni ha?” Mereka bertiga
menoleh ke arah papan lalu Sudin menjawab “Jalan Sekapur Sireh...Road...da.” Ramli agak kecewa kerana tidak
sampai ke destinasi yang dituju iaitu Kampung Pinang Sebatang namun Aziz berkata “Hei ini kali kita jumpa Sireh....
lain jalan kita jumpa Pinang barangkali…”. Ramli dan Sudin setuju dengan pendapat Aziz. Kemudian Ramli
menunjuk ke satu arah rumah yang besar. Mereka bertiga beredar dari situ untuk melihat rumah tersebut.

Mereka berjalan sambil memerhati sekeliling kawasan tersebut. Ramli menunding jarinya ke arah papan tanda rumah besar
tersebut dan menyuruh Sudin untuk membacakannya. Sudin dengan selamba menjawab “Alif, Min, Wau, Alif tendang Wau...
Sarkes”. Ramli memandang Sudin kehairanan kerana tulisan yang terpapar di papan tanda agak panjang tetapi bacaan Sudin

hanya mengatakan bahawa rumah besar itu ialah Sarkes, tiba-tiba Aziz bersuara dan menyatakan bahawa rumah besar itu ialah
sekolah. Ramli dengan penuh yakin menolah ke arah Aziz dan mengatakan “Ye la... sekolah da..”. Sudin tidak berpuas hati dengan

Aziz dengan menundingkan jarinya ke arah pelajar-pelajar di sekolah tersebut dan menegaskan bahawa rumah tersebut ialah

Sarkes kerana sekolah hanya mengajar kanak-kanak sahaja namun disitu terdapat orang tua-tua belajar pada waktu malam.

Ramle ketakutan dan menunjuk satu arah untuk duduk berteduh.

Mereka berjalan menuju ke arah pokok dan kedengaran loceng berbunyi. Ketiga-tiga mereka berdiri seketika sambil
memerhati ke arah beberapa orang yang keluar dari rumah tersebut selepas lonceng berbunyi. Ramli menunding jarinya ke arah
orang-orang tersebut dan berkata kepada Sudin “Ape da... kau bilang diaorang makan di sini, tidur di sini, mana diaorang nak pergi
ni?” lantas Sudin masih menegaskan bahawa rumah tersebut adalah Sarkes “ni Sarkes dah jinak..... dah berapa lama diaorang
Training” kata Sudin lalu tiba-tiba Aziz pun menyampuk dengan berkata bahawa rumah itu adalah sekolah. Ramli juga turut
bersetuju dengan pendapat Aziz. Aziz masih memandang ke arah beberapa orang yang keluar daripada sekolah itu sambil berkata
“Eh...dah tua-tua kerepot dah semua..”. Ramli tak kuasa melayan karenah mereka berdua lantas menegaskan kepada mereka
bahawa mereka
harus mencari rumah Pendekar Mastur. Aziz dan Sudin berteriak bahawa bukan Pendekar Mastur tetapi Pendekar Mustar.

“Cari yang muda-muda tanya ha..” kata Ramli. Aziz terus menoleh ke belakang sambil menunjuk ke arah tiga wanita yang
sedang bercakap iaitu guru besar, cikgu Ros dan cikgu Manisah. Cikgu Ros dan cikgu Manisah berjalan seiring menuju ke arah
Ramli, Sudin dan Aziz. Kemudian cikgu Manisah menuju ke satu persimpangan yang lain sambil melambai tangan ke arah cikgu
Ros, cikgu Ros berjalan melepasi mereka bertiga dan menuju ke satu arah. Ketiga-tiga mereka memandang cikgu Ros dengan
mata yang tajam malah Ramli sempat memuji cikgu Ros cantik. Mereka bertiga membuat keputusan untuk mengekori cikgu Ros
yang cantik itu sambil tersenyum.

Tidak lama selepas itu, mereka bertiga sampai ke sebuah tali air angkara mengekori cikgu Ros. Cikgu Ros berjalan kaki
sambil diekori mereka bertiga, sudah beberapa kali cikgu Ros berpusing ke belakang melihat mereka bertiga mengekorinya.
Dalam keadaan serentak, mereka juga turut terhenti kemudian cikgu Ros berjalan semula, keadaan ini berlaku sebanyak tiga kali.
Keadaan yang masih sama, cikgu Ros berjalan sambil melihat mereka bertiga yang mengekorinya, cikgu Ros masih berpusing ke
belakang sambil melihat dan berhenti seketika, malah mereka bertiga juga turut berhenti semasa cikgu Ros turut berhenti.
Keadaan ini juga berlaku sebanyak 3 kali. Selepas itu, Cikgu Ros berhenti dan menunjukan reaksi muka yang geram dan berfikir
sesuatu dan memusing ke belakang seperti melihat sesuatu. Cikgu Ros kembali memusing kehadapan dan sekali lagi
menunjukkan reaksi mukanya yang sedang berfikir sesuatu, Ramli, Aziz, dan Sudin turut berpusing ke arah hadapan,cikgu Ros
perlahan- perlahan mengangkat kaki kanan manakala mereka bertiga juga turut berbuat kemudian. Mereka terlihat nyaman
mengekori cikgu Ros. Dengan pantas cikgu Ros memusing ke belakang dan perlahan-lahan melangkah ke belakang, sekali lagi
mereka meniru aksi cikgu Ros dan kemudian dengan pantas cikgu Ros memusing ke hadapan semula dan terus berlari sekuat
hati manakala mereka juga turut berlari mengejarnya.

Cikgu Ros berlaki ke arah rumahnya. Ramli, Aziz dan Sudin terus mengejarnya daripada belakang. Kemudian, cikgu Ros
terus berlari masuk ke halaman rumah dan menghampiri ayahnya Wak Mustar yang sedang menyapu sampah. Dalam keadaan
takut dan letih, cikgu Ros meminta pertolongan ayahnya kerana berpendapatan bahawa Ramli, Aziz dan Sudin adalah pencuri
yang mengekorinya dari sekolah. Wak Mustar yang kehairanan melihat keraneh anaknya menanyakan

“Mana dia..?”. Ros yang ketakutan menundingkan jarinya ke arah Ramli, Aziz dan Sudin yang berada di luar pagar. Wak
Mustar dengan tegas menyuruh Ros untuk masuk ke dalam rumah dan terus membuang penyapu dari tangannya dan
menghempaskan ke tanah

“Ooo… Kau orang pencuri ya…ha… Masuk kalau mau kenal ini Pendekar Mustar tau” kata Wak Mustar

Wak Mustar memperlihatkan pencak silatnya sambil diperhatikan oleh mereka bertiga, Wak Mustar juga
memperlihatkan jurus-jurus silatnya yang melucukan. Ketika Wak Mustar membelakangi, mereka bertiga masuk ke
dalam rumah itu. Lagi sekali, Wak Mustar bertanya kepada anaknya “Ros ini pencuri ka..?” lantas Ros menjawab “Ya,
Pak.. Pencuri besar pak..”. Kelihatan Wak Mustar menunjukkan gaya silatnya kepada Ramli,Aziz dan Sudin sambil
menggoyangkan punggungnya lagi. Ramli memberi isyarat kepada rakan-rakannya untuk pergi ke arah Wak Mustar,
perlahan-lahan mereka bertiga menuju ke arah Wak Mustar sambil diperhatikan oleh Ros yang berada di beranda
rumah. Dengan pantas mereka bertiga mengangkat Wak Mustar. Wak Mustar menjerit kehairanan.

“Hei... Apa ni...apa ni..macam mana akau nak buka langkah...” kata Wak Mustar.

Mereka bertiga bersungguh-sungguh sambil mengangkat Wak Mustar dan menjelaskan bahawa mereka bukan
lah pencuri yang dimaksudkan oleh Ros. Mereka juga turut menyatakan hasrat mereka untuk belajar silat dengan Wak
Mustar setelah melihat kehebatan Wak Mustar melawan gangster di penambang. Namun sesaat mendengar
penjelasan mereka, Wak Mustar sangat senang hati dengan keinginan mereka untuk belajar silat dengannya dan
menyuruh mereka bertiga untuk menurunkannya. Wak Mustar turut menjemput mereka untuk masuk dan menginap ke
rumahnya. Ros yang tidak berpuas hati terus masuk ke rumah sambil menjeling ke arah mereka bertiga.

BAB 2

Ros masuk ke dalam rumah terus menuju ke biliknya dan melepasi ibunya yang sedang menjahit sambil menoleh kearah
Ros. Dengan pantas Ros merungut kepada ibunya dengan sikap ayahnya yang terlalu mempercayai orang luar. Ibunya
kehairanan sejenak.

“Eh…eh… Kenapa kau ni Ros tahu-tahu nak mengaruk sahaja” kata ibunya.

Ros yang sedang marah menjelaskan kepada ibunya bahawa terdapat 3 orang mengikutinya dari sekolah
lagi sambil meletakkan bukunya di atas meja dan menyakut selendangnya. Ibunya membuka sedikit cermin matanya dan
memandang ke arah Ros dengan reaksi muka yang tidak faham dan menanyakan “Orang yang bertiga mana?”. Ros
dengan keras menunjukkan ke arah luar. Ibunya berdiri dan kemudian keluar dari bili, berlari-lari anak menuju ke luar.
Perlahan-lahan membuka tirai dan mencari orang-orang bertiga itu. Kelihatan Wak Mustar duduk di hadapan mereka
bertiga.

Sejenak kemudian, Wak Mustar menyuruh Ramli untuk memperkenalkan dirinya. Ramli dengan memegang
seruling memperkenalkan dirinya secara ringkas iaitu “Nama saya Ramli bin nya Putih...”. Wak Mustar yang mendengar
dengan penuh minat menganggakon kepadanya dan ke arah Aziz lantas Aziz pun memperkenalkan dirinya “Nama saya
Aziz Bin Satar” serta Sudin turut memperkenalkan dirinya “Nama saya Shamsudin bin Dali”. Wak Mustar pun berpendapat
bahawa mereka adalah kawan kerana nama berlainan bin. Mereka bertiga pun mengganguk.

“Kita sahabat sudah lama... Pakcik” ujar Ramli

“Ya pakcik, sejak dari dalam perut lagi...” ujar Aziz pula

Ibu Ros yang sudah lama mendengar perbualan mereka bertiga geli hati dengan karenah mereka bertiga.
Tidak lama kemudian Wak Mustar yang penuh minat bertanya tentang pekerjaan mereka bertiga. Ramli menyatakan
bahawa pekerjaan mereka adalah pekerjaan yang berat sambil menggelangkan kepala, terdengar Sudin memontong
percakapan Ramli “Siang malam tak dapat tidur...” tiba-tiba Aziz turut menyokong perbuatan mereka dengan
mengiyakan.

“Kerja apa tu nak Ramli” kata Wak Mustar

“Kira bulu kambing....” ujur Ramli dengan selamba

Wak Mustar terkejut sambil mengelenggkan kepalanya.Tiba giliran Aziz pula untuk memberitahu pekerjaanya,
Aziz memberitahu Wak Mustar bahawa dia tidak boleh berjaga siang dan malam untuk menunggu ayam jantan bertelur.
Wak Mustar kehairanan “Ikh... ikh... ikh...Berapa lama nak tunggu”. Aziz dengan reaksi muka selamba
“Entahla…Pakcik”. Akhir sekali, gelaran Sudin pula, Sudin menegaskan bahawa pekerjaan dia paling berbahaya kerana
dia terpaksa menyambung ekor beruang.

“Ikh... ikh... ikh... Salah-salah beruang tu ngap...” kata Wak Mustar

“Kalau dia ngap...saya tinggal ngep...” ujar Sudin lagi

Isteri Wak Mustar yang masih berada di sebalik tirai terpegun mendengar cerita mereka bertiga, dia juga turut mengeleng-
geleng kepalanya. Wak Mustar mengeluh dan menyoal mereka kenapa mencari kerja-kerja yang berat. Ramli, Aziz,dan Sudin
dengan nada dan suara yang serentak mengatakan “Apa boleh buat Pakcik…. Dah....Nasib badan...”. Setelah itu, Ramli mencuba
untuk menukar topik dengan menanyakan Wak Mustar “Pakcik-pakcik... yang tadi kita kejar, yang muda-muda, yang cantik-cantik,
yang manis-manis, yang kecik-kecik tu siapa?”. Wak Mustar menjawab persoalan Ramli dengan mengatakan bahawa itu adalah
anaknya. Ramli, Aziz, Sudin menyebut secara serentak “ikh... ikh... ikh... ikh... Cantiknya...”

Isteri Wak Mustar tersenyum tersipul melihat gelagat nakal tiga bujang lapok. Aziz terkejut dan menunding jarinya ke arah
isteri Wak Mustar dan bertanya kepada Wak Mustar “Yang ini pun anak Pakcik...”. Wak Mustar dengan tegas mengatakan
bahawa itu adalah isterinya. Sekali lagi, Ramli,Aziz, dan Sudin secara serentak “Eh....eh....eh..... Apa khabar Makcik?” Isteri Wak
Mustar tersenyum dan menjawab persoalan mereka dengan ramah dan menyuruh mereka untuk berbual-bual dahulu sambil itu
dia akan menyediakan kopi untuk mereka bertiga.

Sejurus itu, isteri Wan Mustar berlalu masuk ke dalam dan berhenti di depan bilik Ros. Isteri Wan Mustar memanggil Ros
untuk keluar dan menjelaskan kepada Ros bahawa tiga bujang lapok itu merupakan orang-orang yang baik dan berbudi bahasa.
Ros yang masih marah lagi menegaskan bahawa perangai ibu dan ayahnya sama kerana mudah bersimpati terhadap orang yang
tidak dikenali. Isteri Wak Mustar berjalan masuk ke dapur dan mencari-cari Aini iaitu orang gajinya, dia mendengar suara orang
gajinya dan menuju ke arah bilik itu sambil mengeleng-geleng kepalanya. Perlahan-lahan isteri Wak Mustar mendekati orang
gajinya yang sedang membaca surat daripada tunangnya iaitu Ibrahim. Suasana yang gembira menyebabkan Aini berkali-kali
mendakap surat itu ke dadanya. Aini turut mengambil gambar di celah bantalnya beberapa kali dan mencium gambar yang
dipegangnya dan mendakap gambar Ibrahim. Isteri Wak Mustar yang memerhati Aini daripada belakang mengeleng-geleng
kepalanya dan bertanya kepada Aini “Gambar siapa tu Aini...”. Aini hanya mengatakan “Tidak cik..” sambil menyorokkan gambar
tersebut di belakangnnya dan tersenyum sumbing ke arah isteri Wak Mustar yang masih berdiri mengadap di depannya”. Isteri
Wak Mustar terus duduk di tepi katil Aini untuk melihat gambar tunang Aini dan Aini menghulurkan gambar kepada isteri Wak
Mustar.

“Namanya siapa?” tanya isteri Wak Mustar kepada Aini

Tiba-tiba Ibrahim yang di dalam gambar tersebut bercakap

“Nama saya Ibrahim Pendek, yang ini Aini Jasmin cinta hati saya. Jangan marah ya... he..he...”kata Ibrahim

Isteri Wak Mustar tidak sengaja melepaskan gambar tersebut hingga jatuh ke katil kerana terkejut. Isteri Wak Mustar
menjelaskan kepada Aini bahawa gambar Ibrahim boleh bercakap. Aini sedikit kecewan dengan perbuatan isteri Wak Mastur
yang tidak sengaja melepaskan gambar itu. Aini masih tidak percaya bahawa gambar tunangnya boleh bercakap. Isteri Wak
Mustar menuding jarinya ke depan.

“Hei... ngak percaya... si Aini... Nanti aku cari saksi siapa yang boleh jadi saksi... Aa... (Tanya itu orang-orang semua ye
tidak gambar ini bercakap? Ya..kan...dia bilang ya...orang semua bilang ya...ini gambar bercakap” kata isteri Wak Mustar.

“Ah... dia pun sama jugak” ujur Aini lagi.

Setelah itu, Isteri Wak Mustar menyuruh Aini untuk membuatkan kopi kepada tetamu mereka iaitu Ramli, Aziz dan Sudin.
Aini dengan reaksi muka yang inginkan kepastian menanyakan tetamu lelaki atau perempuan lantas isteri Wak Mustar
mengatakan bahawa lelaki dan mereka bertiga mempunyai paras rupa yang manis. Aini angkur dengan perintah majikannya
dengan tersenyum dan mengiyakan suruhan majikannya itu. Isteri Wak Mustar bangun dan keluar dari bilik Aini tetapi Aini terus
menatap gambar Ibrahim “Hem...! Manis lagi abang ku ini. Hai abang Brahim cintakah kau pada ku?” katanya sambil tersenyum
melihat gambar tunangnya tiba tiba terdengar suara dari gambar tersebut “Hai Aini....sudah berapa kali aku kasi tau sama
kau...aku cinta dengan kau. Sumpah Aini... Sumpah!” secara tiba-tiba Aini terperanjat dan membuang gambar itu dan terus

menoleh sambil tersenyum sumbing.

BAB 3

Pada waktu malam, Wak Mustar menunjukkan bilik yang akan didiami kepada Ramli, Aziz dan Sudin. Wak Mustar beredar ke bilik
Ros iaitu bersebelahan dengan bilik mereka bertiga. Tiba-tiba mereka terdengar konflik antara Ros dengan ayahnya. Ros menegaskan bahawa dia
masih kesal dengan perbuatan ayahnya yang terlalu lembut hati dengan orang luar. Mereka berasa bersalah dan mencari idea untuk meminta maaf
kepada Ros. Ros juga mengugat ayahnya “Kalau orang-orang itu tak nak pindah dari sini, esok Ros nak pergi rumah Makcik Neng Yatimah.. Tak
nak balik lagi...” namun ayahnya masih menerangkan kepada Ros bahawa Ramli,Sudin dan Aziz bukanlah pencuri yang disangkakan oleh Ros. Aziz
yang berada di bilik sebelah menghampiri dinding dan terus mengerudi dinding yang mana di sebelahnya Wak Mustar sedang menyandar. Ramli dan
Sudin juga sama-sama memerhati tindakan Aziz itu.Tiba-tiba berbunyi suara “aduh” iaitu Wak Mustar yang mengaduh kesakitan. Aziz,Sudin dan
Ramli rasa bersalah atas perbuatan tesebut dan memandang sesama sendiri. Wak Mustar terus menyuruh Aini untuk mengambil pengetuk untuk
mengetuk gerudi yang di gerudi oleh Aziz. Tidak lama selepas itu, muncul Aini yang menyerahkan tukul kepada Wak Mustar. Di situasi Aziz pula,
aziz telah mencabut gerudi iti. Wak Mustar kehairan ingin mengetuk tetapi sudah tiada besi gerudi di situ.

“Kau dah ketuk...hah… Bila yang kau ketuk...nah ambik...dah. Ros dah la...tenangkan fikiran mu tu...ha.. dah la Mak eh mari...” Ujur Wak
Mustar kepada Aini.

Tidak lama dari tu, Wak Mustar dan isterinya beredar dari situ. Dalam situasi Aziz, Sudin dan Ramli pula merasa sangat bersalah dan nekad
berhasrat ingin meminta maaf kepada Ros. Seketika itu, kedengaran telapak kaki berjalan ke arah bilik mereka. Ramli memberi isyarat supaya diam
dan mereka memandang keluar manakala Ros berjalan menoleh ke arah mereka sambil menjelirkan lidahanya serta mengejek “Pencuri...”.
Aziz,Sudin dan Ramli terus meluru ke hadapan pintu. Ramli memberi idea kepada Aziz dan Sudin untuk meminta maaf kepada Ros
tetapi mereka semua penakut. Akhir sekali mereka membuat keputusan mengundi dengan membuat laila tamplun. Ramli dan Sudin
menuding jai mereka ke arah Aziz kerana dia kalah sementara Ramli dan Sudin menyandar di dinding, Ramli berpesan kepada Aziz
untuk memohon maaf secara sopan kepada Ros. Aziz mengulung kain pelikatnya dan bersiap sedia untuk memohon maaf tiba tiba
kedengaran telapak kaki. Di tepi dinding kelihatan Ramli dan Sudin menadahkan tangan untuk memohon doa, serta merta Aziz
melompat keluar dan terserempak dengan Aini. Dia tersilap langkah dan terus memperkenalkan dirinya dan rakan-rakannya yang lain
untuk menutup malunya. Sesudah itu, Sudin mengarahkan Ramli untuk pergi meminta maaf tetapi Ramli menyuruh untuk mereka
mengundi dahulu. Sudin kalah dan ramli menunjuk ibu jarinya untuk mengarahkan Sudin pergi meminta maaf kepada Ros.

Apa aku nak cakap?” tanya Sudin kepada Ramli

“Kami bertiga minta maaf Cik… Bodoh….”jawab Ramli

Sudin mengulangi perkataan “Kami bertiga minta maaf Cik, kami bertiga minta maaf Cik”. Sudin dalam keadaan
gementar dan gelabah terus keluar dan kebetulan bunyi tapak kaki mendatang dan muncul isteri Wak Mustar. Sudin dengan
tidak sengaja “Kami bertiga minta kopi makcik” “Ha…kopi, nanti mak cik siapkan ye... nak” ujur isteri Wak Mustar lagi. Isteri
Wak Mustar terus berlalu dari situ. Ramli yang tadi berada di dinding memerhatikan Sudin yang mengaru-garu kepala
sambil melihat telatah Sudin. Sudin masuk semula ke arah bilik dan terus pergi ke arah Ramli. Ramli mengejek Sudin “Apa
da… Kopi”. “Mak dia da…” ujur Sudin lagi. Ramli terus berjalan sambil menolak Sudin. Sudin dan Aziz menunggu giliran
Ramli untuk meminta maaf kepada Ros. Tiba-tiba kedengaran lagi suara tapak kaki yang sedang berjalan menuju ke arah
mereka, Ramli tersenyum dan menyusun jarinya seperti orang yang meminta maaf sambil berkata berulang kali “Dia
datang….”. Ramli terus berjalan ke luar dari muka pintu namun tiba-tiba Wak Mustar yang muncul. Dengan pantas, Ramli

membuka langkah silatnya.

“Hai….! Bagus, Ramli….Pakcik belum ajar, macam orang bikin roti saja... kau” kata Wak mustar sambil
memandang tepat ke arah Ramli

“Dulu saya belajar silat dengan bengali roti” jawab Ramli
“Oo… ya… ya… Besok malam kita belajar ya, ha… ha….”ujur Wak Mustar sambil ketawa dan berlalu dari
situ.
Ramli terus berhenti bersilat dan masuk semula ke dalam bilik sambil ketawa. Sudin dan Aziz menghampiri Ramli dan
perli. Ramli terus berdiri di muka pintu dalam keadaan kecewa. Tiba-tiba Ros muuncul dan berjalan. Mereka bertiga dengan
reaksi muka yang kecewa mengatakan “melepas…”. Lanjutan daripada itu, Aziz memberi idea untuk memohon maaf secara
bersama-sama. Ramli dan Sudin terus bersetuju dengan pendapat Aziz itu. Akhirnya Ramli membuat keputusan untuk
menyanyi. Ketiga-tiga mereka mengambil bongo,gitar, dan seruling. Ramli terus meniup seruling itu dan mereka mula
bernyanyi.

“Maafkan kami.
Maafkan kami.
Maafkan kami.
Maafkan kami.
Maaf…kan... kami.
Ros berhenti bersolek apabila mendengar nyanyian mereka bertiga.
Wahai cik adik, jangan merajuk
Maafkan kami si Bujang Lapok
Jikalau salah tolonglah tunjuk
Kami rela hai…kena ketuk
Nandung…nandung… dayang si nandung
Wahai saudari maafkan kami
Maafkan kami…
Maafkan kami…
Maafkan kami…
Kalau Cik adik

Tak mahu maafkan

Kami nak pindah Tanjung Rambutan
Wahai…Cik adik

Tidakkah kasihan

Kami nak mati berderai badan
Nandung…nandung…dayang si nandung
Wahai saudari… maafkan kami

Maafkan kami

Maafkan kami
Maafkan kami
Maaf… kan …kami
Wahai Cik adik
Jangan marah sangat
Sedangkan nabi ampunkan umat
Kalau cik adik…mukanya kelat
Ke lubang jendela kami nak lompat

Ros menulis surat dan menoyakkan kertas daripada buku itu. Dia menuju keluar biliknya dengan waspada dan
memandang kanan dan kirinya. Dengan perlahan-lahan dia menuju ke pintu bilik bujang lapok sambil memekap
telingannya ke pintu dan tersenyum. Selari dengan itu, dia juga turut memasukan surat dari bawah pintu lantas dia
berlari menuju ke biliknya. Sementara itu, mereka bertiga masih lagi menyanyi

Nandung.-nandung dayang si nandung

Wahai saudari maafkan kami

Maafkan kami…12x”

BAB 4

Serentak dengan itu, Aziz perasan ada surat di bawah pintu dan terus mengambilnya sambil duduk bercangkung membelek surat
itu. Aziz memberitahu kepada rakan-rakanya bahawa ada surat. Ramli dan Sudin menghampiri Aziz dan terus meletakkan alat muzik
masing-masing. Sudin menyuruh Aziz untuk membacakan surat itu namun berlaku agenda yang mengelikan hati dimana Aziz membaca
syair pada surat itu, kemudian Aziz menyampuk dan membacakan “Sang kancil datang beramai-ramai menghadap ke bawah duli yang
maha mulia sultan Firaun” baca Aziz. Ramli yang tidak berpuas hati dengan bacaan mereka terus merampas surat yang berada di
tangan Aziz. Ramli mengatakan bahawa mereka membaca surat itu dengan mengarut dan menyuruh mereka untuk memerhatikan Ramli
membacakannya. Ramli masih terbelek-belek surat itu dan membuat alasan bahawa tulisan tersebut kecil. Selari dengan itu, Sudin terus
merampas surat dari tangan Ramli dan merapatkan matanya di surat itu. Sudin mengatakan bahawa surat itu menulis bahasa Arab dan
terus membaca surat itu dalam bahasa Arab dan menterjemahkannya. Dalam situasi ini, banyak berlaku agenda yang sangat
mengelikan hati. Akhir sekali, mereka putus asa dan berpendapat untu menyuruh Aini membacakan surat kepada mereka.

Mereka bertiga terus ke bilik Aini, sementara itu Aini sedang melipat baju lalu memandang ke arah pintunya setelah terdengar
pintunnya diketuk orang. Aini terus bersuara dan menanyakan siapa yang mengetuk pintunya itu. Ramli, Sudin, dan Aziz serentak
menjawab “saya”. Selepas terdengar mereka bertiga menjawab, Aini terus bangun menuju ke pintu dan terus membukakannya.
Kelihatan Aziz, Sudin, dan Ramli yang berdiri di hadapan pintu sambil melemperkan senyuman memohon pertolongan Aini untuk
membacakan surat kepada mereka. Aini dengan nada perli “Eh…eh…dalam tiga-tiga orang ni… Satupun tak pandai baca?” lantas Sudin
menjawab dengan selamba “bukan tak tau baca kak Aini…saya baca bunyi Arab, Aziz baca bunyi syair, Ramli baca tak bunyi
langsung…”. Ramli terus menghulurkan surat pada Aini dan Aini terus pergi bawah untuk membuka lampu membaca surat mereka.

“Kepada saudaraku ....bujang lapok.” kata Aini

Ramli, Aziz, dan Sudin memandang antara satu sama lain dan mengatakan bahawa “Ai… Dia tahu nama kita”.

Aini terus membacakan lagi surat itu “saya telah mendengar suara saudari yang mendayu-dayu minta maaf. Di sini saya ingin
mengatakan saya sedia memaafkan”

“itu saja…?” ujur Aziz lagi.

Aini mengatakan masih ada lagi dan terus membaca kandungan di dalam surat itu yang terkandung bahawa Ros ingin berjumpa
salah sorang daripada mereka pada pukul 1 pagi. Ketiga-tiganya tersenyum dan menunjukkan jari telunjuk seterusnya terus balik ke bilik.
Aini menjenguknya dan terus tutup bilik.

Jam di dinding menunjukkan pukul 12:15 malam. Kemudian mereka bertiga sedang berbincang untuk berjumpa dengan Ros pada
pukul 1 pagi. Pada mulanya, Ramli bersuara untuk pergi berjumpa dengan Ros kerana beranggapan dia paling tua dan paling layak untuk
berjumpa dengan Ros. Sudin dan Aziz seolah-olah kecewa dengan keputusan Ramli.

“Tua… Mua… kau asyik nak pergi… Habis aku tak nak pergi” kata Aziz kepada Ramli.

Sudin juga turut menyampuk perbualan tersebut dengan mengatakan “Kau nak kasi kita, masuk angin keluar asap ye…”. Ramli mula
kecewa dan berdiri membuat keputusan supaya semua tidak boleh keluar untuk berjumpa dengan Ros. Aziz bersetuju dengan pendapat
Ramli dan terus merebahkan badannya di perbaringan bersama Sudin. Ramli bangun dan menyalakan lampu minyak tanah yang
terletak di atas almari di sudut tepi bilik itu sambil berbisik “Apa salahnya aku pergi” dan menoleh ke arah mereka berdua. Dengan pantas,
Ramli menutup lampu bilik itu sambil berpesan kepada rakannya supaya tidur dan terus berbaring di sisi Aziz. Sejenak saja terbaring,
mereka bertiga terus berdengkur dengan gaya yang melucukan, serentak dengan itu, jam di dinding menunjukkan pukul 1 pagi.
Kedengaran dengkuran yang melucukan, Ramli perlahan-lahan bangun sambil merenung wajah rakan-rakannya dan meletakkan bantal ke
wajah mereka lalu bergerak dengan berhati-hati. Belum sempat Ramli membuka pintu, secara spontan Sudin dan Aziz menegur “Aii…”.
Ramli tiba-tiba berpatah balik ke arah mereka seolah-olah bermimpi dan terus merebahkan tubuhnya ke perbaringan.

“Oo… Mengigau mau pergi jumpa ha” kata Aziz sambil mengangkat kepalanya sedikit demi sedikit dan memandang ke arah Ramli.

Tidak lama dari tu, Sudin juga menyampuk supaya Ramli tidur. Ramli terus menarik bantal atas dada Aziz dan tidur meniarap dan

terus dengkuran berbunyi lagi. Selepas itu, Jam dinding menunjukkan pukul 2 pagi. Kelihatan mereka sedang tidur nyenyak tetapi Sudin

tiba-tiba bangun sambil menjeling ke arah sebelah rakan-rakannya. Dia menutup lampu tanah dan menuju ke arah pintu. Sudin terlanggar

pintu dan meraba-raba dinding yang disangka itu pintu. Dia terus meraba-raba dinding itu dan menoleh ke belakang. Sudin terus menuju

kea rah almari untuk mengambil mancis dan menyalakan mancis. Kelihatan Ramli dan Aziz berada di pintu itu.

“Apa khabar, saudara?” kata Aziz dengan nada perli

“Khabar baik.” Jawab Sudin dengan nada kecewa

“Saudara nak pergi bilik sebelah ya” tanya Ramli kepada Aziz sambil menundingkan jarinya.

Sudin menyatakan bahawa dia hanyalah mengingau dan berpatah balik memadamkan lilin dan menyalakan
lampu bilik sambil menoleh ke arah rakan-rakannya terus merebahkan tubuhnya dengan reaksi yang kehairanan dengan
tindakan Ramli dengan Aziz yang mengetahui bahawa dia ingin keluar untuk berjumpa dengan Ros. Sekali lagi jam di
dinding menunjukkan pukul 3 pagi. Kelihatan Ramli dan Sudin sudah tidur nyeknyak kecuali Aziz. Aziz megambil
kesempatan dan berhati-hatii bangun menuju ke arah pintu, tanpa melengahkan masa, Aziz terus membuka pintu dan
secara tiba-tiba Sudin dan Aziz menegur “Eiiii”. Aziz secara spontan bermimpi menari tango. Aziz dengan penuh gaya
menari dan merebahkan dirinya ke perbaringan.

Keesokan hari pada waktu siang di halaman rumah Wak Mustar, kelihatan tiga orang samseng penambang
berjalan di tepi pagar rumah Wak Mustar dan tercangak-cangak menoleh ke kiri dan terus menuding jarinya ke arah
rumah itu. Mereka terus memandang dan memerhati rumah itu, kelihatan di halaman rumah, Ramli sedang menyapu
sampah, Sudin menyiram pokok bunga. Tiba-tiba Sudin meluru ke pokok besar yang berhampiran dengan Aziz yang
sedang membelah pokok.

“Hei, Din, apasal kau siram pokok besar ni?” tanya Aziz kepada Sudin sambil berhenti membelah pokok

“Aii, ini pun pokok. jugak... Tak boleh siram ka?” jawab Sudin

Aziz menyampuk dengan mengejek bahawa siram pokok tak cukup, satu kapal pun belum tentu cukup. Sudin
mempertahankan dirinya dengan berkata bahawa ayahnya pernah menyiram semua pokok-pokok besar di hutan. Aziz dengan
selamba mengatkan bahawa Sudin dengan ayahnya adalah sama je lalu menyuruh Sudin untuk menyiram pokok-pokok yang
kecil. Ketika Sudin menoleh ke belakang, dia ternampak tiga orang samseng di penambang yang sedang menghampiri rumah
Wak Mustar dan menunding jari ke arah mereka sambil memekak dengan keras “Hei! Jangan lari!...” lalu dengan serentak
Ramli, Sudin dan Aziz berteriak “Hei pencuri” secara berulang kali. Hal ini menyebabkan suasana menjadi gamat dan
menyebabkan samseng itu bertempiaran lari daripada kawasan tesebut lalu Sudin terus menghampiri Wak Mustar sambil
menundingkan jari ke arah samseng-samseng tersebut.

“Pakcik! Pakcik! Pakcik tak nampak penjahat-penjahat kat penambang?” kata Sudin kepada Wak Mustar

“Nasi ambang? Nanti sekejap lagi pakcik suruh masak. Kita makan ramai-ramai, ha?” jawab Wak Mustar yang tidak
mendengar pertanyaan Sudin sambil menoleh ke arah Ramli dan Aziz.

Sudin terus mengiyakan jawapan Wak Mustar. Pada masa yang sama Sudin naik ke rumah dan menyiram pokok yang
tergantung di serambi. Kebetulan pada masa yang sama juga, Ros keluar ke serambi sambil tersenyum ke arah Sudin. Ros
beredar di situ sambil tersenyum dan melepasi Ramli dan juga Aziz yang terpolong mulut ketika memandang Ros. Ketika di
pintu pagar, Ros turut melambai tangan ke arah mereka, Ramli dan Aziz dengan gaya yang lucu memandang sesama sendiri
lantas masing-masing meneruskan pekerjaan dengan begitu pantas seolah-olah menunjukkan kerajianan mereka bekerja.
Ros terus berjalan dan di atas tangga pula, Sudin memberikan flying kiss ke arah Ros. Kebetulan di bawah pasu bunga yang
disiram oleh Sudin terdapat Wak Mustar.

“Eh...eh...eh! Hujan. Aini, angkat kain jemuran! Hujan dah turun!” kata Wak Mustar sambil mencapai dan membuka
payung.

BAB 5

Tidak lama dari itu, Ramli, Aziz dan Sudin naik ke atas serambi dan masuk ke rumah kemudiannya duduk di sisi Wak Mustar.

“Ah, mari anak-anak, duduk. Hari sejuk, hisap rokok, ya.” Kata Wak Mustar kepada mereka bertiga.

“Hujan lebat, Pakcik.” Jawab Sudin.

“Oi, lebat!” Ujur Wak Mustar lagi.

Selepas itu, Ramli, Aziz, dan Sudin menggelengkan kepala dan menjawab secara serentak “Ikh...ikh....ikh...”, namun Wak
Mustar menganggap bahawa hari hujan adalah hari yang bagus untuk mereka bertiga belajar bersilat. Ramli, Aziz, dan Sudin
menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-katanya, Wak Mustar turut menyuruh mereka untuk belajar isim dulu sebelum
belajar bersilat. Sekali lagi, secara serentak mereka bertiga menjawab “Mesti…mesti”. Dalam masa yang sama juga, Wak Mustar
berdiri untuk mengambilkan kertas dari almari dan turut menyuruh Aziz untuk menuangkan bahan dari tin yang diambil oleh Wak
Mustar. Wak Mustar menyatakan kepada mereka bahawa bahan yang di dalam tersebut adalah pensel kontot. Mereka bertiga
dengan reaksi muka yang bersungguh-sungguh untuk belajar mengatakan kepada Wak Mustar bahawa mereka sudah bersedia
untuk menulis isim. Wak Mustar dengan pantas bangun dan membacakan isim yang harus ditulis oleh mereka “Hai... mambang
tanah, mambang air, mambang api, mambang angin. Mambang berasal dari Gunung Si Mambang..”. Ramli kebingungan kerana
terlampai banyak perkataan ‘Mambang’ digunakan.

“Eh, apa banyak mambang mau tulis...da?” ujur Ramli dengan nada yang protes.

“Ai.. Jangan cakap. Tulis ha!” jawab Wak Mustar dengan menuding jarinya ke arah Ramli.

“Baik, pakcik.” Ujur Ramli lagi.

Wak Mustar terus melanjutkan perbacaan isim kepada mereka bertiga “Berdampinglah denganku wahai si mambang.
Hanya itulah pesanku...mambang.” kata Wak Mustar sambil menoleh ke arah mereka, lanjutan daripada itu Wak Mustar
menyuruh Aziz membaca sambil memegang pinggangnya. Aziz bersedia untuk membaca isim sambil tersenyum pada Wak
Mustar.

“Hai... mambang tanah. Hai... mambang tanah, mambang pokok, mambang buah, mambang panjang, mambang
pendek, mambang bujur, mambang melintang, mambang gemuk, mambang kurus, mambang tua, mambang..” baca Aziz

Wak Mustar terus duduk lalu merampas kertas dari tangan Aziz. Wak Mustar menunding jarinya ke arah Aziz dan
menanyakan apa yang dibacanya kerana Wak Mustar tidak mengajar isim yang mempunyai kandungan “mambang bujur,
mambang pendek, mambang persegi, mambang melintang. Dalam masa yang sama juga, Wak Mustar terkejut melihat
kandungan yang ditulis oleh Aziz kerana itu hanyalah contengan sahaja. Wak Mustar menanya apa yang ditulis oleh Aziz lalu
Aziz mengatakan bahawa dia menulis shorthand. Wak Mustar pelik dan kehairanan kenapa shorthand tidak boleh dibaca
namun Aziz mengatakan bahawa “Saya tulis shorthand, saya baca longhand”. Wak Mustar menggelengkan kepalanya dan
mengatakan bahawa Aziz buta huruf. Tidak lama dari itu, Wak Mustar menoleh ke arah Ramli dan menyuruh Ramli untuk
membaca kan isim yang ditulisnya. Ramli mengatakan bahawa dia perlu berdiri untuk membaca isim tersebut, Ramli berdiri dan
manoleh ke arah Aziz sambil berkata “Hem...... Bodoh! Ehh”.

“Hai.. mambang Ah... Hai... mambang kuning, mambang merah, mambang putih, mambang biru, mambang coklat,
mambang hitam, mambang biru air laut...” baca Ramli dengan nada yang melucukan.

Wak Mustar terus berdiri dan menyentap kertas daripada tangan Ramli sehingga tergaman kerana terkejut dengan
contengan Ramli. Wak Mustar juga menegaskan bahawa dia tidak mengajar mambang berwarna dan menyoal contengan

Ramli. Ramli dengan selamba berkata bahawa contengan dia merupakan tulisan Arab.

“Tulis Arab kenapa ke bawah?” tanya Wak Mustar lagi kepada Ramli kerana inginkan kepastian.

“Pasal lama dia hidup di atas.” jawab Ramli sambil mengayakan tangannya.

“Hem...bodoh! Buta kayu, duduk” tegas Wak Mustar dengan nada yang keras dan menyuruh Ramli duduk.

Sudin dan Aziz memandang ke arah Ramli yang terus duduk sambil memperlecehkannya. Sudin juga menunding jarinya ke arah Ramli
dan berkata “Kau yang tidak tau baca bodoh, kau bilang orang bodoh”. Wak Mustar serta merta menyuruh Sudin pula untuk membaca isim yang
ditulis olehnya. Sudin dengan penuh yakin membaca “Hai mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin.” Lantas Wak Mustar
dengan penuh yakin dan memuji Sudin bagus. Sudin terus membaca isim tersebut “Mambang mabuk minum Brandy...”. Setelah mendengar
perkataan tersebut Wak Mustar terus menyentap lagi di tangan kertas Sudin. Wak Mustar menunding satu jarinya ke arah Sudin dan menyoal
Sudin “negara mana ada Brandy?” Wak Mustar melihat kertas tersebut dan terkejut lalu menanyakan lagi kenapa ada orang-orang dalam
contengan kertas Sudin. Sudin menjelaskan kepada Wak mustar bahawa itu merupakan mambang.

“Mambang kepala otak kau berjambul. Hmm, rupanya kau bertiga ni semuanya buta huruf, buta kayu. Sekarang pakcik perintah, kau
mesti belajar sekolah tiga-tiga....ha?” tegas Wak Mustar dengan nada yang tinggi sambil menunding jari ke arah mereka bertiga.

Setibanya di sekolah umum buta huruf, kelihatan seseorang sedang menyapu di luar bilik darjah. Kelihatan seseoramg
sedang menyapu di luar bilik darjah. Ramli, Aziz, dan Sudin sedang berjalan menuju ke arah sekolah tersebut. Serentak dengan itu,
kedengaran juga murid-murid sedang mengeja, mereka bertiga menghampiri pintu bilik darjah sambil mengintai. Di bilik darjah,
kelihatan guru besar sedang mengajar, mereka bertiga terus mengetuk pintu bilik darjah, kemudian guru besar berhenti mengajar
kerana terdengar terdengar ketukan pintu bilik darjah dan terus menuju ke arah pintu. Di muka pintu, guru besar terus menegur
mereka dan menanyakan hajat mereka datang ke sekolah, mereka menjawab secara serentak dan mengatakan bahawa mereka
datang untuk belajar di sekolah. Guru besar juga turut menanyakan mereka pernah belajar di sekolah ataupun tidak. Sekali lagi,
secara serentak mereka menggelengkan kepala menunjukkan bahawa mereka tidak pernah belajar.

Setelah itu, guru besar menunjuk bilik darjah sambil mengatakan itu kelas tiga iaitu kelas tinggi sambil menunding jarinya ke arah
bilik darjah itu, guru besar juga memberitahu bahawa ada tempat kosong di kelas satu yang di bawah sambik mengajak mereka untuk

belajar di kelas tersebut. Setelah mendengar itu, mereka terus berjalan keluar tetapi dihalang oleh guru besar, mereka angkur dengan
perintah guru besar lalu melintasi kelas 3 (kelas peringkat tinggi) dan terus mengekori guru besar ke bilik darjah menengah, setibanya

mereka di bilik darjah, guru yang tengah mengajar iaitu cikgu manisah berjalan dan terus berhadapan di depan guru besar, Aziz, Sudin
dan Ramli. Guru besar menperkenalkan pelajar yang ingin memasuki belajar sambil menunjukkan ke arah Aziz, Sudin dan

Ramli.Kemudian, guru besar menunjukkan isyarat untuk Cikgu Manisah meneruskan pengajarannya.

Tidak lama kemudian, mereka melangkah ke bilik darjah seterusnya dimana kedengaran suara Cikgu Ros yang sedang
mengajar. Guru besar terus memanggil cikgu Ros dan menyuruh cikgu Ros untuk mengajar mereka bertiga belajar. Ramli, Sudin dan
Aziz membelakangi bilik darjah kerana malu. Guru besar berjalan dan menghampiri mereka sambil menoleh jarinya ke arah cikgu Ros
sambil berpesan kepada mereka bertiga untuk belajar bersungguh-sungguh. Mereka bertiga berjalan ke arah cikgu Ros sambil menanya
untuk duduk di mana, cikgu Ros menyuruh Pak Abu untuk duduk di belakang dan biarkan pelajar baru duduk di depan untuk belajar. Pak
Abu beredar dan Aziz, Sudin dan Ramli mengambil tempat duduk tersebut. Cikgu Ros terus meneruskan pengajaranya sambil
menunjukkan simbol Alif Ba Ta di papan hitam. Murid-murid kelihatan sangat fokus semasa cikgu Ros sedang mengajar. Tidak lama
selepas itu, cikgu Ros menoleh ke arah mereka bertiga dan menyuruh mereka untuk membacakan pengajaranya yang diajar olehnya tadi
akan tetapi mereka bertiga boleh menjawab dengan baik. Cikgu ros memuji tindakan mereka yang baru belajar sudah pandai mengenal
huruf. Lanjutan daripada itu, cikgu Ros terus melanjutkan pengajaranya ke huruf yang baru. Cikgu Ros menunjukakn huruf ‘ha’ namun
semua murid-muridnya terdiam dan menggarukan kepala masing-masing. Ramli menganggukkan kepala sambil memandang ke arah
Sudin dan Aziz, cikgu Ros memandang ke arah mereka.

“Huruf apakah ini Sekarang saya nak tanya murid-murid yang baru. Encik Ramli, huruf apakah ini?” tanya Ros kepada
Ramli

“ Jim ada tanah, ada ekor dan satu mata di tengah-tengah, Matanya satu ja... cikgu? Ada ekor? Atas tanah? Ah, huruf
mambang tanah” jawab Ramli dengan nada yang lucu sambil berdiri.

Pak Abu menunding jarinya sambil ketawa besar “hmmm…mambang tanah”kata Pak Abu. Murid-murid lain juga turut
mengetawakan Ramli yang menjadikan bilik darjah itu riah-riuh manakala Ramli menampakkan wajah yang lucu.

“Ini bukan mambang tanah encik Ramli. Ini huruf jim.” kata Ros lagi kepada Ramli.

“Jim dengan mambang bukankah tak jauh” jawab Ramli sambil menoleh kea rah Sudin.

Sekali lagi, Pak Abu mengetawakan Ramli sambil berkata “dengan mambang....ha...ha..ha.”. Murid-murid lain terus ketawa juga,
Sudin menoleh ke arah Pak Abu dan merasa kurang senang kerana diketawakan begitu. Cikgu Ros cuba menteramkan keadaan kelas
dan menyoal Aziz.

“Ah...Encik Aziz, huruf apakah huruf ini. Ah...huruf ini sama dengan huruf jim. Tetapi tak ada matanya saja” tanya Ros kepada Aziz

“Oh, dia tak ada mata, huruf sama jim? Oh, jim mata butalah, Cikgu.” Jawab Aziz dengan suara nada yang lucu.

Tidak serik lagi, Pak Abu turut mengetawakan Aziz, Semua murid lain juga turut ketawa besar kerasa terasa lucu amat manakala
Aziz, Sudin dan Ramli memandang ke arah Pak Abu dengan perasaan diperlecehkan. Cikgu Ros terus mengetuk papan hitam dengan
rotannya untuk meredakan suasana riuh-riah. Cikgu Ros menerangkan kepada Aziz bahawa itu huruf ‘ha’, Sudin juga terus mengikut
sambil menudingkan jarinya ‘haa’. Seterusnya cikgu Ros menyuruh Sudin untuk menjawab soalan berikutnya Sudin dengan reaksi yang
yakin mengatakan bahawa dia kenal huruf tersebut.

“Jim ni mata tengah-tengah, ini mata di atas, cikgu? Jim pakai tonceng” jawab Sudin sambil menunjuk papan hitam.

Pak Abu ketawa terbahak-bahak dan begitu juga dengan murid-murid lain. Sudin menoleh ke arah Pak Abu yang
mengetawakannya, begitu juga dengan Ramli dan Aziz. Ramli menoleh ke arah Aziz dan merasakan Pak Abu mempelecehkan mereka.

Cikgu Ros terus mengetuk rotannya ke arah meja dan menghala rotan ke arah Pak Abu.

“Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat…Ah… cuba sekarang Pak Abu pula” kata Ros sambil menunjuk papan hitam.

Pak Abu dengan penuh yakin mengatakan bahawa dia mengenal huruf tersebut, huruf tersebut adalah huruf M. Cikgu
Ros terus berpesan kepada Pak Abu untuk tidak selalu suka mempertawakan orang lain, cikgu Ros menerangkan bahawa huruf
tersebut adalah huruf ‘ha’. Pak Abu angkur dan terus mengulangi huruf ‘ha’. Ramli, Sudin dan Aziz ketawa besar sambil berdiri
mengelilingi Pak Abu dan masing-masing menundingkan jari ke arahnya, kelihatan Pak Abu tenggelam punca kerana

diperlecehkan oleh bujang lapok.

BAB 6

Pada waktu malam di serambi rumah, Wak Mustar meletakkan perasap kemenyan di kepala tangga depan serambi rumah. Ramli,
Aziz, dan Sudin memerhati Wak Mustar sambil bertenggung asap di wajahnya dengan asap kemenyan. Wak Mustar bersuara dan
mengatakan malam jumaat ialah malam pengasah ilmu sambil melihat anak didikannya dan menyuruh mereka untuk pergi ke
tempat yang sunyi dan menentang percubaan. Wak Mustar menyuruh Aziz untuk pergi ke perigi buta, Aziz menundukkan mukanya
sambil mengucap istighfar kerana terkejut. Wak mustar menundingkan jarinya ke arah Sudin dan menyuruh Sudin untuk pergi ke
rumah kosong iaitu rumah yang sudah ditinggal orang, tiba-tiba Sudin kelihatan gelisah dan bimbang akan tetapi Ramli kelihatan
tenang dan yakin. Wak Mustar menoleh ke arah Ramli dan menyuruh Ramli untuk bertapa di atas kubur orang yang mati dibunuh.
Tiba-tiba Ramli mula gementar. Mereka semua bersalam dengan Wak Mustar dan menuruni tangga, Wak Mustar terus melangkah
ke dalam rumah tetapi Wak Mustar berpaling ke arah mereka dan berpesan untuk jangan lari kalau apa-apa terjadi kerana itu
semua hanya lah cubaan.

Di tengah waktu malam dan tempat yang lapang, Aziz, Sudin dan Ramli jalan bersama. Apabila tiba di pintu pagar,
mereka berpecah untuk pergi ke tempat yang disuruh oleh Wak Mustar. Ramli turut berpesan supaya jangan lari kalau apa-apa
berlaku kerana itu adalah cubaan semata-mata. Setibanya Aziz di perigi, dia merenung perigi itu sambil menjerit ‘siapa dibawa’,
Aziz terus mengikat tali di sebatang pokok kelapa berhampiran dengan perigi itu dan kemudian berdoa dan menghembus ke dalam
perigi tersebut sambil berhati-hati dia masuk ke dalam perigi itu menggunakan tali. Aziz terus bersila dan mula membaca mantera.
Aziz mendengar suara orang ketawa dari atas, dua wanita sedang berbual di tepi perigi dan seorag sedang mengedung kain
besar. Mereka terus berbual sambil menjaga tepi kain makcik Ramlah dan wanita 2 sempat mengatakan bahawa makcik Ramlah
memakai susuk, mereka kelihatan keliru dan terus membuang sampah ke dalam perigi. Di dalam perigi, terdengar suara sayup
Aziz yang sedang membaca mantera. Aziz yang sedang bersila dibasahi sampah sarap yang dibuang oleh dua wanita tadi namun
Aziz masih bersabaar dengan semua itu dan mengatakan ‘mambang sampah….cobaaan’. Tidak lama dari itu, wanita 1 membuang
tong minyak ke dalam perigi. Aziz yang sedang membaca mantera terus terkejut dan menjerit secara kuat kerana hilang sabar.
“Hei….mambang” jerik Aziz. Kedua-dua wanita terkejut besar apabila mendengar suara yang menjerit dari perigi dan melepaskan
besen besar ke dalam perigi, kemudian mereka lari bertempiaran ke satu arah. Aziz terus bangun dan memegang besen sambil
berkata “Hai... kalau kena kepala bocor... mambang..”. Aziz terus memanjang tali untuk keluar dari perigi.

Seterusnya, Sudin dengan berhati-hati menuju ke arah rumah usang. Setiba di halaman rumah itu, Sudin memberi salam. Sudin
dengan berhati-hati masuk ke dalam rumah itu sambil memandang kanan dan kiri.

“Oiii... aku di dalam ooiii... Sapa diluar...” kata sudin dalam keadaan gementar.

Sudin terus melanjutkan bacaan manteranya, namun tiba-tiba tingkap buka dan tertutup sendiri. Sudin cuba berfikir
positif dan mengatakan bahawa itu hanya lah cubaan semata-mata. Sudin yang melihat keadaan tersebut yang berulang kali
memejamkan matanya dan meneruskan bacaan manteranya. Pada masa yang sama, Sudin juga turut beralih kedudukanya
dengan membelakangi tingkap rumah itu dan melanjutkan bacaan manteranya namun selepas itu, pintu pula yang tertutup dan
terbuka, Sudin yang gementar dan suara tersekat-sekat membaca mantera tersebut. Tiba-tiba kucing jatuh dari bumbung dan
Sudin terus melompat keluar daripada rumah usang tersebut dan terjatuh di pintu lalu lari terpukang-pukang.

Sehubungan dengan itu, Ramli yang sedang duduk berdepan sebuah kubur dengan membaca mantera secara
tenang. Ramli memandang ke arah satu cahaya dan muncul hantu duduk atas kubur tersebut. Ramli mengatakan itu hanya lah
cubaan dan beralih duduk lalu memejamkan matanya dan perlahan-lahan menoleh ke arah kubur balik. Hantu gigi memandang ke
arah satu arah dan bangun bergerak terhinjut-hinjut, Ramli masih bersila. Hantu gigi menghampiri Ramli dan menanyakan Ramli
sedang berbuat apa di kubur tesebut. Ramli memandangnya dan memejamkan mata dan meneruskan bacaan manteranya. Hantu
gigi memegang bahunya, Ramli berhenti membaca manteranya dan menempiskan tangan hantu tersebut yang menganggunya.

Hantu gigi terus memegang leher bajunya dan memaksanya untuk bangun.

“kalau kau tak mau pergi dari sini... aku cekik kau...” kata Hantu gigi kepada Ramli.

“Eh... Jangan main kasarlah... main kasar ke...? Eh… hantu gigi… aku nak belajar la…” tegas Ramli sambil menuju
ke arah hantu tersebut dan menuding jarinya

Hantu gigi cuba mencekik Ramli, namun dengan pantas Ramli mengelak dan terus menumbuknya kembali. Hantu gigi tidak
berpuas hati dengan Ramli kerana Ramli degil tidak mau pergi dari kawasan kubur tesebut. Tidak lama dari itu, hantu gigi
mengeluarkan trompetnya untuk memanggil geng-geng hantu jepun keluar. Ramli terkejut seketika, hantu gigi memanggil sarjan dan
menuding jarinya ke arah Ramli sambul menyuruh hantu sarjan untuk memanggil geng-gengnya yang lain. Hantu sarjan mengarah
geng-gengnya untuk menangkap Ramli. Ramli terus keluar berlari dengan gelabah.

BAB 7

Setibanya di rumah Wak Mustar, Ramli berlari dan menuju halaman rumah. Ramli masuk ke dalam rumah dan terus
menutup pintu tergesa-gesa. Wak Mustar, Sudin dan Aziz memandangnya kehairanan.

“Ai,..kenapa Ramli? Kau lari jugak...?” tanya Wak Mustar kepada Ramli.

“Ya pakcik. Saya tak tahan Pakcik. Hantu bawak geng nak pukul saya. Entah geng berapa pun saya tak tau, Saya ingat
bukan geng.” Jawab Ramli yang tersenyum sambil melepaskan lelahnya.

Tidak lama kemudian, Wak Mustar menoleh ke arah mereka bertiga dan menyuruh mereka bertiga untuk ke tempat orang
yang mati dibunuh pada petang esok.

Pada keesokannya, mereka bertiga berjalan di kawasan perkuburan dan Ramli menunjukkan ke satu pokok besar. Mereka
berjalan ke arah pokok besar itu dan terus duduk. Ramli menoleh ke arah rakan-rakannya dan berpesan supaya jangan lari untuk
kali ni walaupun apa pun yang terjadi kerana itu semua adalah cubaan semata-mata. Aziz dan Sudin menjawab serentak “cobaan”.
Mereka memulakan baca mantera masing-masing secara serentak.

Di halaman rumah Wak Mustar pula, tiba-tiba muncul sekumpulan samseng yang datang dari belakang yang menangkap
Wak Mustar menggunakan jala, dalam masa yang sama samseng-samseng tersebut juga memukul Wak Mustar sementara itu
Shariff menoleh ke atas rumah dan menuju ke atas tangga bersama samseng-samseng yang lain. Di bili, Ros yang sedang menulis
terkejut kerana Shariff menghampirinya. Shariff terus menarik tangan Ros dan memikulnya. Ros meronta-ronta meminta
pertolongan. Shariif memikul Ros melepasi rumah Wak Mustar, terdapat beberapa orang yang melihat kejaduan tersebut namun
demikian mereka tidak menolongnya.

Di kawasan perkuburan, Shariff memikul Ros melintasi mereka bertiga. Mereka bertiga menoleh tetapi tidak menolongnya
Cuma Aziz menunding jarinya ke arah Shariff. Ramli memberikan isyarat senyap dan meneruskan perguruan mereka dengan
menyebutnya “cobaan”.

Aini yang tertiarap di atas katilnya dimana kedua-dua tanganya diikat ke belakang sambil mulut tertutup, dia
meronta-ronta sehingga kain dimulutnya terlucut. Aini meminta tolong kemudian dia memandang ke arah gambar
tunangnya dan meminta tolong “Abang Brahim... Tolong Abang Brahim... Bang Brahim tolong” seru Aini kepada gambar
tunangnya yang tergantung di dinding. Tiba-tiba Ibrahim keluar dan terjun dari gambarnya untuk menolong membuka
ikatan di tangan Aini sambil tersenyum. Aini mengucapkan terima kasih kepada tunangnya dan Ibrahim membalas balik
“sama-sama” lalu terus melompat semula ke dalam frame dan Aini memberi flying kiss kepada gambar Ibrahim tanda
terima kasih. Aini terus keluar ke ruang tamu dan mencari suara yang seolah tersumbat dari kerongkong, Aini terpandang
majikannya yang terikat dan mulutnya tersumbang dengan kain. Aini terus membuka ikatan tersebut dengan pantas. Isteri
pendekar Wak Mustar menanyakan kepada Aini mana suaminya. Aini menjawab tidak tahu. Serentak dengan itu, mereka
bergegas keluar dan melihat Wak Mustar yang berikat jala di halaman rumah, dengan cepat mereka membuka ikatan jala
yang memperangkap Wak Mustar.Wak Mustar bangun sambil mengeliat dan menuju ke serambi dan menyuruh Aini untuk
membawa bajunya. Aini muncul di depan pintu berlari sambil membawa parang dan baju. Wak Mustar mengambil parang
daripada tangan Aini dan menyisip ke pinggangny sambil Aini memakaikannya baju.

Wak Mustar berlari di kawasan perkuburan dan menoleh ke arah Aziz, Ramli dan Sudin. Mereka bertiga tidak
kisah dengan kehadiran Wak Mustar kerana mengganggap itu adalah cubaan mereka. Wak Mustar menjelaskan kepada
mereka bahawa Ros diculik, mereka bertiga pandang ke arah Wak Mustar mengatakan “cobaan”. Wak Mustar mencabut
parang dan mengetuk kepala mereka bertiga dan menjelaskan bahawa itu adalah realiti. Mereka bertiga masing-masing
memegang kepala sendiri kerana kesakitan akibat ketukan parang oleh Wak Mustar.

“Hoi...percubaan kali ini dasyatlah...” keluh Sudin

Wak mustar menutup mukanya dengan sabar dan berlalu dari situ. Ramli, Aziz, dan Sudin meneruskan bacaan
mantera. Waak Mustar menoleh ke arah mereka semula dan menyakinkan sekali lagi bahawa kejadian tersebut adaalah
benar namun mereka bertiga masih yakin bahawa itu adaalah cubaan semata-mata. Wak Mustar seolah ketawa sambil
bertenggong dan menerangkan bahawa itu adalaah kejadian sebenar. Sudah beberapa kali, Wak Mustar menjelaskan hal
yang sama tetapi mereka bertiga masih menganggap itu adalah cubaan semata-mata. Tiba-tiba Aini berlari ke arah Sudin,
Aziz, dan Ramli.

“Eh... ini bukan cobaanlah. Ini betul-betul kejadian.” Tegas Aini dengan keras kepada mereka bertiga.

Mereka berhenti sejenak dan masih mengatakan ini hanya lah sebuah fantasi. Aini meradang dan mengatakan
“Cobaan kepala hotak kau...”. Sekali lagi mereka bertiga mengatakan “Hai... cobaan”. Wak Mustard an isterinya dalam
keadaan tenggelam punca.

“Hai... Tengok tu budak-budak tu.... haa... haa” keluh Wak Mustar kepada isterinya sambil merenung isterinya.

Isteri Wak Mustar berlari menuju ke arah Aziz, Sudin dan Ramli sambil menggelengkan kepala.

“Eh... eh... Dengar sini…Anak aku si Ros yang korang gila-gilakan tu, dah dibawak lari orang” jelas Isteri Wak Mustar
bersungguh-sungguh.

Aziz secara serius menanyakan kepada Isteri Wak Mustar adakah itu perkara yang benar dan bukan lah cubaan.
Isteri Wak Mustar dan Aini secara serentak menjawab “Ini bukan cobaan ini betul-betul”. Ramli menunding jarinya dan
memarahi kenapa tidak cakap dari awal lalu menoleh ke rakan-rakanya untuk lekas menyelamatkan Ros.

Aziz, Sudin dan Ramli terus berlari meninggalkan tempat itu dan Wak Mustar menghampirinya isterinya sambil ketawa
mensyukuri isterinya datang dan menjelaskan kepada mereka bertiga bahawa Ros diculik, Isterinya menjawab
“Sudah...sudah..bang…Mari kita pulang bang” sambil memegang tangan suaminya dan membawanya pulang denga penuh
kasih sayang. Isteri Wak Mustar, Wak Mustar dan Aini meninggalkan tempat itu, kemudian Wak Mustar berhenti seketika
berpaling ke belakang sambil ketawa lagi

Seterusnya, tiba di sebuah rumah, Ramli, Sudin dan Aziz tergesa-gesa menyelusup di bawah pokok buluh di sekitar
rumah Ahmad Nifsu. Ramli menunding jarinya dan mengatakan kepada rakan-rakanya itu adalah rumah Ahmad Nifsu kerana
kelihatan samseng-samseng yang mengawal rumah itu. Ramli, Aziz dan Sudin masih memerhati ke arah dua orang samseng
yang mengawal rumah tersebut.

“Sekarang begini... Kita pegi naik ke rumah sama-sama...ya” kata Ramli sambil membuka songkaknya.

“1...2....3...” Ramli, Sudin, Aziz mengira serentak dan terus merempuh masuk ke dalam rumah. Ramli, Sudin dan Aziz
menyerang dua samseng itu dari belakang, mereka berdua rebah. Ramli, Aziz dan Sudin bergegas masuk ke dalam rumah
Ahmad Nifsu menerusi pintu utama sambil dikejar samseng-samseng lain. Mereka bertiga menutup pintu dan menguncinya,
samseng-samseng tersebut cuba masuk ke dalam rumah tetapi tidak berjaya kerana pintu dikunci dari dalam. Ramli terus
menoleh ke dalam rumah dan maju ke hadapan.

Tidak lama dari tu, kelihatan Ahmad Nifsu duduk di atas katil di samping Ros manakala Shariff berdiri. Ahmad Nifsu menoleh
ke arah Syariff dan menanyakan “Apa yang bising-bising tu...Shariff”. Shariff menjelaskan bahawa budak-budak mereka
memang selalu bising. Ahmad Nifsu menghampiri Ros dan ingin memegangnya tapi ditepis oleh Ros. Tiba-tiba Ramli masuk
ke dalam bilik Ahmad Nifsu dan menuding jarinya. Sharif terus menumbuk Ramli tetapi dielak oleh Ramli. Aziz dan Sudin
muncul ke dalam bilik Ahmad Nifsu, Ramli menumbuk Sharif dan tercampak ke dinding, Ramli terus menghampiri Ahmad
Nifsu dan mengangkatnya.

“Ehh...” terdengar suara nada Ahmad Nifsu yang ketakutan.
“Sekarang aku pakai bedak banyak-banyak cantik.... tak? .” tanya Ramli sambil menunjukkan muka nya.
“Cantik...” jawab Ahmad Nifsu dengan nada suara yang perlahan.

Cantik...” jawab Ramli sambil menumbuk Ahmad Nifsu. Ahmad Nifsu terduduk di dinding kemudian Ros
menghampiri Ramli, Ros memeluk Ramli sambil menoleh ke arah Sudin dan Aziz. Aziz dan Sudin membelakangi
mereka dengan rasa cemburu. Tidak lama kemudian, Sharif tersedar dari peningnya, dia melihat Ramli ketika itu
bersama Ros terus Sharif menumbuk muka Ramli. Ramli terjatuh dan bangun semula untuk menyerang Sharif,
Ramli menumbuk belakang Sharif dan menendangnya lalu mengejarnya kemudian menumbuk Sharif namun dapat
dielak oleh Sharif. Sekali lagi Sharif menumbuk Ramli akan tetapi dapat dielak oleh ramli dan Ramli menumbuk
kembali Sharif. Dalam masa yang sama, Ramli memperdaya Sharif sehingga Ramli berjaya menumbuk perut dan
muka Sharif. Seketika itu, Sharif terundur dan menendang Ramli yang ingin menyerangnya. Ramli menumbuk muka
Sharif sekali lagi, ramli terjatuh akibat serangan Sharif. Selepas itu, Ramli menyerang Sharif bertubi-tubi.

Dalam waktu yang sama juga, terdengar pintu utama diketuk beberapa kali dengan kuat, Aziz dan Sudin
memandang ke arah pintu dan menoleh antara satu sama lain. Aziz memberitahu Sudin bahawa pintu dah nak
pecah. Tidak lama dari itu, pintu berjaya dipecah oleh samseng-samseng tersebut, Sudin mengambil kayu pada
dinding di bilik Ahmad Nifsu dan memberikan satu kepada Aziz. Sudin dan Aziz menyorok di belakang pintu bilik
Ahmad Nifsu, Ramli dan Sharif berentap iaitu mencekik leher masing-masing. Samseng-samseng terus meluru
masuk ke dalam bilik tersebut dan mereka terjatuh kerana terhalang kayu yang ditahan oleh Sudin dan Aziz, semua
samseng-samseng berjaya ditewaskan. Di penjurru dinding, kelihatan Ahmad Nifsu telah sedar setelah ditumbuk
oleh Ramli, dia memegang mukanya dan terkejut melihat orang-orangnya telah ditewaskan. Ros yang terkejut
melihat Ahmad Nifsu tersedar memukul lehernya dengan tongkat. Ahmad Nifsu seoalah-olah tersenyum dan
pengsan kembali.

Ramli dan Sharif terus berlawan, Ramli ditumbuk sehingga terjatuh berhampiran Ahmad Nifsu.

“Hei berapa besar lubang hidung ah...” keluh Ramli

“Macam teropong kapal.” Ahmad Nifsu menyampuk.

“Ai dia pengsan pun boleh bercakap...” Ramli terkejut

“Bukan pengsan... takutlah” bisik Ahmad Nifsu

Ramli terus mengelak serangan Sharif dan menyerang Sharif. Aziz dan Sudin masih melihat penjahat yang ditewaskan
oleh mereka berdua, Ramli terus menumbuk perut Sharif. Semua serangan yang dilakukan oleh Sharif berjaya dihadap oleh
Ramli.

“Hai Ramli berapa lama dah... Ha tengok ni sembilan tersuntul” keluh Aziz.

“Hei... Bila mau habis dah...” keluh Sudin pula.

Ramli masih bertarung dengan Sharif dan akhirnya Sharif tidak bermaya dan tewas. Ramli mengira dan mengangkat
tangannya. Ramli tersenyum ke arah Ros dan Ros membalas senyuman dan terus menghampiri Ramli. Ros mendakapkan
dirinya dalam pelukan Ramli. Ramli menunjukkan dengan penuh bangga sambil bersiul. Aziz dan Sudin terus memegang Ros
dan menanyakan keadaan dirinya. Tiba-tiba Sharif ingin bangun dan Ramli memukul kepalanya dengan tongkat dan memeluk

Ros sambil belajar.

BAB 8

Di rumah Wak Mustar, Aini membawa dulang kopi dan meletakkannya di hadapan Wak Mustar dan isterinya yang duduk bersila
dengan penuh kesedihan dan muram. Sejurus kemudian, muncul Ros, Ramli, Aziz dan Sudin di muka pintu tesebut. Ros terus
memanggil ibunya. Isteri Wak Mustar terkejut dan tersenyum lalu meluru ke pintu dan terus memeluk Ros. Dia juga mengucapkan
terima kasih kepada bujang lapok yang telah menyelamatkan anaknya. Ramli, Aziz dan Sudin hanya tersenyum. Isteri Wak Mustar
memandang Ros dan mengajaknya untuk menukuar baju. Kedua-duanya berjalan menuju ke bilik. Wak Mustar tersenyum dan
terus menghampiri mereka bertiga.

“ Terima kasih Sudin... Terima kasih Ramli... Terima kasih Aziz... Pakcik berasa bangga di atas kau punya
keberanian.” Ucap Wak Mustar sambil bersalaman.

“Dari mula ini hari kau bertiga....aku gelarkan kamu bertiga Pendekar Bujang Lapok..Pergi mandi ya... .” ujur Wak Mustar lagi
sambil menudingkan jarinya.

“Pendekar Bujang Lapok !Ikh... ikh... ikh... ikh... Ha...” jawab mereka bertiga sambil menunjuk ke atas.

TAMAT


Click to View FlipBook Version