The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fatihahtajuddin5, 2023-07-20 08:42:13

MAJALAH (1)

MAJALAH (1)

KEBUDAYAAN Galeri Busana Pengiklanan Ruangan Kreatif GALERI KEBUDAYAAN BUSANA TRADISIONAL MELAYU SBLS3043 KARYA DAN MEDIA BAHARU JULAI 2023 Busana Anggun Tradisional Melayu ANGGUN KEBUDAYAAN Busana Anggun Tradisional Melayu Galeri Busana Pengiklanan Ruangan Kreatif


SIDANG EDITOR NORFAT IHAH BINT I MOHAMED TAJUDDIN 2 8 741 3 ALYA NABI LA BINT I ABU BAKAR 2 8 597 2 S I T I NUR ANE E SA BINT I AHMAD SHAHRI L SHAM 2 862 70 2 ART INA BINT I ZULKAMI LAN 2 8 592 1


TINTA EDITOR Si r ih ber lipat s i r ih pinang, Si r ih dar i Pulau Mut iara; Pemani s kalam selamat datang, Awal bi smillah pembuka bicara. As salamualaikum w.b. t dan Salam sejahtera, Dikesempatan ini, saya dan rakan- rakan edi tor merakamkan set inggi - t inggi kesyukuran ke hadrat I lahi dengan limpah kurnianya, kami ber jaya menghas ilkan E-majalah dengan tema kebudayaan. Ribuan ter ima kas ih dan sekalung tahniah bagi mereka yang ter libat dalam penghas ilan majalah ini. Malays ia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan didiami oleh t iga bangsa utama iai tu Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan kaum dominan di Malays ia. Tidak hanya dibezakan melalui dialek, koleks i busana Melayu juga didapat i perbezaan keunikannya melalui pemecahan neger i. Oleh i tu, edi s i majalah kali ini kami memper sembahkan koleks i busana Melayu yang terdapat di Malays ia. 3


BERITA UTAMA Baju kurung bagi negeri Perak dikenali sebagai Baju Puteri Perak kerana pakaian ini merupakan pakaian rasmi yang dipakai oleh Puteri Kesultanan Perak. Potongan Kurung Cekak Musang dipadadankan dengan seluar rencong Acheh yang boleh dipakaikan sedondon atau berlainan warna. Busanan ini dilengkapi dengan ikatan samping 'ombak beralun bersusun sireh' dan dikemaskan dengan lilitan bengkung di pinggang. Selendang panjang Kak Limar disendengkan ke bahu kanan dan dibiarkan berjuntai ke belakang hingga paras lutut. Selain itu, busana tradisional ini juga diserikan dengan perhiasan tetapan dahi, rambut berjurai kanan, pacak ketar tujuh, rantai leher, anting-antin, gelang tangan dan kaki serta berkasut tekat benang emas. Dato' Sri Siti Nurhaliza tampak anggun dan menyerlah mengenakan busana Puteri Perak Kuning yang direka oleh pereka fesyen terkenal tanah air Rizman Ruzaini semasa konsert Siti Nurhaliza On Tour di Singapura Baju kurung merupakan pakaian wanita dan pakaian rasmi bagi negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Baju kurung sesuai dipakai oleh semua peringkat umur dan kebiasaanya dipakai di majlis rasmi, perkahwinan dan majlis agama. Baju kurung juga merupakan pakaian tradisional bagi wanita Melayu dan reka bentuk bagi pakaian ini adalah berbeza mengikut negeri. Pasangan Diraja Tunku Tun Aminah dan Dennish Muhammad Abdullah kelihatan anggun dan tampan mengenakan busana tradisional negeri Johor Baju Kurung Telok Belanga dan Baju Melayu Telok Belanga yang serba putih BUSANA TRADISIONAL MELAYU BAJU KURUNG BAGI SETIAP NEGERI OLEH ALYA NABI LA Baju Kurung Johor (Te lok Be langa) Baju kurung Telok Belanga merupakan pakaian tradisi wanita Johor yang masih dipakai hingga ke hari ini. Potongan baju mengandungi badan, lengan, pesak dan kekek adalah longgar dan selesa dipakai serta dikemaskan dengan sebutir butang di leher. Baju ini dilengkapi dengan kocek di bawah dada kiri dan juga kocek dipasang di sisi bahagian dalam baju. Selain itu, baju dan kain juga dipakai sedondon atau bajunya dari fabrik kosong dan dipadankan dengan kain songket atau kain batik. Pada zaman dahulu, sehelai kain sarung dipakai sebagai kain kelubung dan kerabat diraja Johor menghiasi bahu dengan selendang mantul dari sulaman corak kelingan. Baju Kurung Pe rak (Baju Put e r i Pe rak) Rujukan dari https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/529 Rujukan dari https://gempak.com/berita-terkini/koleksi-busana-pentas-datukseri-siti-nurhaliza-paling-cantik-pilihan-gempak-16142 https://says.com/my/seismik/baju-kurung-tunku-tun-aminah 4


Kurung Pahang mempunyai pesak yang kembang yang dicipta pada era 1880-an oleh Tengku Mariam, puteri kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah Pemerintah Pahang ketika itu. Busana ini sinonim dengan kolar Cekak Musang dan berkancing enam. Busana ini asalnya dipakai oleh puteri diraja dan golongan bangsawan kerana bersifat eklusif atau mewah di mana fabrik yang digunakan ialah kain tenun Pahang sepasang serta dipadankan dengan kain songket yang dilipat pinjung sbelah kanan. Busana ini juga berbeza dengan baju kurung lain kerana tidak mempunyai kekek tetapi diganti dengan Pesak Gantung. Selain itu, bagi menyerlahkan lagi busana ini turut dikenakan dengan perhiasan cucuk sanggul dan bunga di kepala bersama dokoh dada dan kerikam (selendang pendek) di atas baju. BERITA UTAMA Baju Kebaya Perlis merupakan baju seni warisan budaya masyarakat Perlis sebelum tahun 1930 dan terkenal pada zaman pemerintahan Raja Syed Alwi iaitu Raja Perlis ke-4. Busana ini kebiasaanya dipakai oleh golongan istana dan bangsawan di majlis keraian. Baju kebaya Perlis jika dilihat dari hadapan menyerupai bentuk baju kebaya, dan jika dilihat dari belakang menyerupai baju kurung dan tidak bertulang di atas bahu. Busana ini turut diletakkan kerongsang hiasan di hadapan bahagian lipatan baju bagi menambahkan lagi seri si pemakai yang diselitkan secara menyerong. Selain itu, Kebaya Perlis diperbuat dari kain kapas atau Kasarubia yang dahulu amat berbeza dengan kain sekarang. Penghasilan busana ini memerlukan kain yang lembut supaya si pemakai akan merasa kebaya yang dikenakannya nampak begitu 'terletak' di atas badan si pemakai. BUSANA TRADISIONAL MELAYU BAJU KURUNG BAGI SETIAP NEGERI OLEH ALYA NABI LA Baju Kurung Pe r li s (Kebaya Pe r li s ) Baju Kurung Pahang (Kurung Pahang ) ''Kerajaan negeri akan menmengenengahkan semula pemakaian kebaya Perlis dalam usaha memartabatkan busana tersebut sebagai identiti dan seni warisan budaya di negeri ini" Keindahan persalinan Mira Filzah yang tampak mewah dan jelita mengenakan busana Kurung Pahang pada majlis akad nikad beliau yang direka oleh pereka fesyen terkenal tanah air Rizman Ruzaini menjadi bualan ramai Rujukan dari https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/508 Rujukan dari https://www.utusan.com.my/berita/2020/12/martabatkan-semula-kebayaperlis/ Rujukan dari https://www.utusan.com.my/gaya/2020/09/gayamewah-persalinan-kurung-pahang/ 5 Rujukan dari https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis


BERITA UTAMA Baju Kurung Kedah Baju kurung Kedah telah mula wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1803) yang merupakan nenenda kepada Sultan Abdul Halim Muadzam Syah dan Wan Hajar Wan Ismail. Busana ini menunjukkan keunikannya kerana dijahit menggunakan kain kasa atau kain kapas bunga tabur. Kain ini kemudiannya dikeraskan menggunakan kanji. Keunikan baju kurung kedah juga dapat dilihat pada bahagian lengan tiga suku dan kelebaran pada bahagian tangan. Seterusnya kelabuhan baju hingga paras pinggul juga menonjolkan perbezaan busana Kedah berbanding busana lain. Walau bagaimanapun, baju kurung Kedah dihasilkan dengan ukuran yang longgar dan dikenakan dengan kain sarung batik. BUSANA TRADISIONAL MELAYU BAJU KURUNG BAGI SETIAP NEGERI OLEH SI T I NUR ANEESA Baju Kurung Kedah Rujukan dari https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/ 6 Rujukan dari https://maruwiah.com/2012/06/24/pakaian-tradisi-kaumsemenanjung-malaysia/ Baju Kurung Pulau Pinang Baju Kurung tradisi Pulau Pinang memiliki asal usul yang sama dengan baju kurung tradisi Melayu di wilayah lain di Malaysia. Baju kurung adalah salah satu pakaian tradisional Melayu yang telah ada sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Baju kurung tradisi Pulau Pinang umumnya memiliki ciri-ciri yang mirip dengan baju kurung tradisional dari daerah lain di Malaysia, seperti baju berbentuk longgar dengan lengan panjang, rok panjang hingga betis, dan dipadankan dengan selendang. Namun, seperti halnya baju kurung tradisi daerah lain, baju kurung Pulau Pinang juga mungkin memiliki sentuhan khas atau motif yang membedakannya dari baju kurung tradisi daerah lain. Seiring dengan perkembangan zaman, gaya dan desain baju kurung tradisi Pulau Pinang juga telah mengalami perubahan dan adaptasi sesuai dengan tren dan preferensi masyarakat setempat. Namun, pentingnya baju kurung sebagai pakaian tradisional yang mewakili identitas budaya Melayu tetap dijaga dan dihargai oleh masyarakat di Pulau Pinang dan seluruh Malaysia.


BERITA UTAMA Baju tradisional di Sabah, Malaysia, merupakan hasil daripada warisan budaya kumpulan etnik Kadazandusun yang merupakan sebahagian daripada penduduk asli Borneo Utara. Kumpulan etnik ini terdiri daripada orang Kadazan, Dusun, Rungus, Melayu dan beberapa sub-etnik lain yang mendiami wilayah pedalaman dan kawasan luar Sabah. Baju tradisional atau baju kurung ini mempunyai ciri-ciri unik dan berbeza untuk setiap sub-etnik. Namun, terdapat beberapa elemen umum yang boleh dikenal pasti dalam baju tradisional mereka, seperti kain songket, hiasan sulaman, dan warna-warna cerah yang mencerminkan keindahan alam semula jadi dan keunikan budaya mereka. BUSANA TRADISIONAL MELAYU BAJU KURUNG BAGI SETIAP NEGERI OLEH ART INA ZUL KAML IAN Baju Kurung Sabah Rujukan dari http://teysiewhoon.blogspot.com/2012/11/pakaian-tradisionalkaum-kadazan.html 7 Rujukan dari https://images.app.goo.gl/TMgSMCwNfuxDiEz47 Baju tradisional adalah simbol identiti budaya dan kesatuan masyarakat di Sabah. Penggunaan baju tradisional ini turut diteruskan dalam pelbagai acara dan perayaan kebudayaan untuk mengekalkan dan memperkasakan budaya dan warisan mereka. Baju ini seringkali diperagakan dalam majlis-majlis tertentu untuk menunjukkan simbolik yang terdapat pada pakaian tersebut. Dalam adat perkahwinan atau mana-mana keramaian, baju tradisional ini senantiasa menjadi pilihan utama masyarakat di Sabah kerana keunikan pada baju tersebut sangatlah unik. Baju ini juga kebiasaannya jarang di pakai pada hari-hari biasa namun walau sudah ketinggalan zaman tetapi ia tetap menjadi pilihan utama untuk diperagakan di majlismajlis tertentu.


BERITA UTAMA Baju kurung Sarawak adalah pakaian tradisional yang dipakai oleh wanita di negeri Sarawak, Malaysia Timur. Sarawak memiliki kepelbagaian etnik yang kaya, termasuk Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu, dan Melayu, serta etnik lainnya, dan setiap etnik memiliki pakaian tradisional mereka sendiri. Baju kurung Sarawak adalah salah satu daripada pakaian tradisional Melayu yang dipakai oleh komuniti Melayu di Sarawak. Baju kurung Sarawak memiliki beberapa ciri khas yang membezakannya dari baju kurung yang dipakai di wilayah lain di Malaysia. Beberapa ciri khas ini termasuk sulaman, warna, jenis kain yang digunakan dan motif untuk menunjukkan keunikan pada baju tersebut. Baju kurung Sarawak digunakan dalam pelbagai acara, termasuk majlis perayaan, kenduri, majlis perkahwinan, dan acara sosial lainnya. Penggunaan baju kurung Sarawak membantu memperkukuhkan identiti budaya Melayu di Sarawak dan mempertahankan warisan budaya mereka yang kaya dan beragam. BUSANA TRADISIONAL MELAYU BAJU KURUNG BAGI SETIAP NEGERI Baju Kurung Sarawak Rujukan dari https://melayusarawak.org.my/busana/ 8 OLEH ART INA ZUL KAML IAN Rujukan dari https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/712 Baju Kurung Me laka Baju Kurung Teluk Belanga adalah variasi khas dari pakaian tradisional Baju Kurung yang dikenal di Malaysia, dan nama "Teluk Belanga" merujuk pada wilayah di Melaka yang terkenal dengan gaya khusus ini. Meskipun saya telah menyebutkan bahwa Baju Kurung secara keseluruhan berasal dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, namun ada cerita unik di balik asal usul Baju Kurung Teluk Belanga di wilayah Melaka. Baju Kurung Teluk Belanga diciptakan oleh Raja Noora sebagai bentuk perpaduan antara gaya baju kurung tradisional dan unsur-unsur yang unik dan khas dari wilayah Teluk Belanga. Baju kurung ini kemudian menjadi populer dan dikenakan oleh banyak wanita di wilayah tersebut. Ciri khas dari Baju Kurung Teluk Belanga adalah pada sulaman yang rumit dan indah yang dihiasi di sekitar leher, lengan, dan hingga bagian bawah baju kurung. Motif-motif yang digunakan biasanya menggambarkan elemen alam, bunga, dan daun yang elegan.


BERITA UTAMA Baju kurung di Negeri Sembilan berhubungan erat dengan sejarah dan budaya masyarakat Melayu di wilayah tersebut. Baju Kurung berasal dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, yang mana pakaian ini telah menjadi pakaian lazim bagi wanita Melayu pada masa itu. Namun, seiring dengan perjalanan waktu, bentuk dan gaya baju kurung berubah sesuai dengan perkembangan budaya dan fesyen setempat. Negeri Sembilan, sebuah negeri di Malaysia, memiliki adat istiadat dan budaya yang kaya. Baju kurung tradisi Negeri Sembilan mempunyai ciri khas tersendiri, biasanya ditandai dengan warna-warna cerah, sulam-sulaman yang rumit, serta corak dan rekaan yang unik. Baju kurung tradisi Negeri Sembilan sering kali dihiasi dengan manik-manik, sulaman emas, atau kain tenun yang indah. BUSANA TRADISIONAL MELAYU BAJU KURUNG BAGI SETIAP NEGERI Baju Kurung Ne g e r i Sembilan Rujukan dari https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/504 8 OLEH ART INA ZUL KAML IAN Pakaian tradisional ini tetap menjadi salah satu pilihan pakaian formal dan pesta yang populer di Negeri Sembilan dan juga di seluruh Malaysia. Ia dipakai dalam berbagai acara seperti pernikahan, upacara keagamaan, festival, dan acara budaya lainnya. Meskipun baju kurung telah mengalami evolusi dalam gaya dan desainnya dari masa ke masa, nilai dan pentingannya sebagai pakaian tradisional yang mewakili warisan budaya Melayu tetap dihargai dan dijaga oleh masyarakat di Negeri Sembilan maupun di seluruh Malaysia. Rujukan dari https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/504


Garang banyak suara garang, Sampai terasa dalam berbisa; Orang banyak perkara orang, Berbagai bangsa bermacam bahasa. Kera merebut cemara remuk, Capai kedangsa kelat dan masam; Negara disebut negara majmuk, Berampai bangsa beradat resam. Kari bilis rampai ditambah, Rempah biasa dijerang sekata; Dari Perlis sampailah ke Sabah, Melimpah bangsa si orang kita. Terang danau si kayu cendana, Kayu jati teramat berat; Orang Melanau Melayu dan Cina, Bersatu hati muafakat erat. Padat bersulam berkain satin, Sulam cemara berbunga garang; Beradat resam orang kelmarin, Resam dipelihara hingga sekarang. Terang pelita pelitanya antik, Pangkin di dapur tegak berbayang; Orang kita rupanya cantik, Berkahwin campur segak dan sayang. RUANGAN KREATIF 9


The 1st Journal By Estelle Darcy 24 September, 2014 Kemunculan fesyen kontemporari pelajar menganjurkan Karnival Nogorihood yang mengetengahkan busana tradisional. - NSTP/Mohd Amin Jalil BUSANA tradisional yang melambangkan peradaban sesuatu bangsa terutama masyarakat Melayu terus dihayati generasi muda, sekali gus menggambarkan nilai tradisi unggul itu masih mendapat tempat di hati mereka. Meskipun perubahan globalisasi yang pantas dengan kemunculan pelbagai fesyen kontemporari, minat dan kecenderungan golongan muda menggayakan busana tradisional dalam sebarang aktiviti, turut memartabatkan budaya tradisi dan peradaban bangsa Melayu agar tidak pupus. Kesinambungan itu diserlahkan pelajar semester akhir Diploma Komunikasi dan Media dari Pusat Pengajian Komunikasi dan Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Rembau mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Busana Tradisional Negeri Sembilan sempena Karnival Nogorihood, baru-baru ini juga wajar dipuji. Pengurus pertandingan, Ashikin Ednirwan, berkata idea pertandingan busana tradisional itu bertujuan menerap pakaian tradisional Negeri Sembilan dalam kalangan pelajar UiTM. Katanya, ia sekali gus memberi peluang mengasah bakat terpendam kalangan pelajar dan orang awam yang menyertai pertandingan ini. Karnival Nogorihood adalah aktiviti akhir pelajar UiTM khususnya pelajar semester akhir Diploma Komunikasi dan Media, sebagai sebahagian daripada program untuk merapatkan hubungan antara mereka dengan komuniti setempat. Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Kolej Vokasional Dato' Undang Muhamad Sharip, Sekolah Kebangsaan (SK) Pilin, SK Undang, SK Kundor dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pedas, antara yang menyertai pertandingan itu. BERITA SAMPINGAN 8 Februari 2023 10


RUANGAN IKLAN 11


Jelaslah bahawa terdapat pelbagai busana anggun yang boleh didapati dibawah busana anggun tradisional kaum Melayu. Setiap busana mengikut negeri ini menonjolkan keindahan dan keunikan yang tersendiri. Pakaian tradisional Melayu yang asal, sememangnya direka dan digaya mengikut tatacara pakaian Melayu yang berteraskan hukum Islam. Pakaian tersebut, baik lelaki mahupun perempuan, direka untuk menjaga aurat dan melindungi maruah yang memakai pakaian tersebut.. Perkara ini dibuktikan daripada potongannya yang longgar dan berlengan panjang. Walaubagaimanapun, disebabkan ilmu yang sedikit tentang asal-usul dan adabmengenakan Baju Kurung, maka rekaan Baju Kurung pada zaman kini tidak lagiseperti yang dahulu dan mengikut selera pakaian moden. Sebagai masyarakat Melayu, kita perlulah mengekalkan tradisi budaya kita yang telah ditinggalkan olehnenek-moyang kita supaya generasi yang akan datang dapat menggayakan pakaiantradisional kita mengikut rekaan yang asal. 12


K E B U D A Y A A N B U S A N A A N G G U N


Click to View FlipBook Version