UNIT 5 PERMAINAN
KATEGORI MEMADANG
KRIKET
PJPK Tingkatan 2 KSSM PJ
Oleh Cikgu Nur Asyikin bt Mokhter
Smk Tinggi Perempuan Melaka
KRIKET
◦ Kriket merupakan permainan
dalam kategori memadang.
◦ Permainan kriket melibatkan
kemahiran memukul bola,
membuat larian, menahan bola,
memadang, menjaga wiket dan
melakukan kemahiran boling.
◦ Permainan ini dimainkan oleh
dua kumpulan yang bertindak
sebagai kumpulan pemukul dan
pemadang.
PERALATAN
KRIKET
KANCIL
PERALATAN
KRIKET
Kemahiran memukul
dan menahan bola
◦ Kemahiran memukul bola penting
bagi memastikan bola yang
dipukul melepasi jarak yang
mampu ditangkap oleh kumpulan
lawan.
◦ Jarak pukulan bola yang jauh
memberi peluang kepada pemain
mendapatkan larian (skor).
◦ Terdapat beberapa kemahiran
memukul bola dalam permainan
kriket seperti kemahiran menahan,
pukulan deras dan pukulan kilas.
MEMUKUL
BOLA
MENAHAN
BOLA
PUKULAN
KILAS
PUKULAN
DERAS
Kemahiran
Larian
◦ Larian dilakukan setelah pemukul
berjaya melakukan pukulan.
◦ Larian lengkap berlaku apabila
pemukul berjaya membuat larian
dari wiket ke wiket yang
bertentangan.
◦ Rakan sekumpulan akan
membuat pukulan dan melakukan
larian berulang-alik bagi
mendapatkan skor.
◦ Kesempurnaan larian antara wiket
memerlukan konsentrasi,
persefahaman dan kerjasama
antara kedua-dua pemukul.
LARIAN
Kemahiran boling
◦ Terdapat beberapa cara pegangan untuk
melakukan kemahiran boling, iaitu pegangan
asas, outswinger dan inswinger
◦ Tiga fasa ketika melakukan kemahiran boling
ialah fasa larian, pelepasan dan ikut lajak.
◦ Pelbagai kemahiran boling dilakukan dalam
situasi permainan.
◦ Aspek yang perlu ditekankan ialah ketinggian
sudut pelepasan bagi memastikan bola yang
dilepaskan tepat kepada sasaran.
KEMAHIRAN
BOLING
Kemahiran
memadang
melibatkan
membaling dan
menangkap bola
◦ Dalam permainan kriket,
pemadang perlu
menguasai kemahiran
membaling dan
menangkap bola
◦ Antara tujuan membaling
bola adalah untuk
mengembalikan bola
kepada penjaga wiket
atau menjatuhkan wiket.
Kemahiran memadang
melibatkan membaling
dan menangkap bola
◦ Pemadang perlu mahir
mengembalikan bola dengan
membuat balingan yang pantas
dan tepat untuk "mematikan"
pemukul yang membuat larian.
◦ Pemadang boleh melakukan
kemahiran memboling bola ke
pelbagai aras dan arah seperti
bahagian sisi, atas kepala dan
melantun bola.
Kemahiran
memadang
melibatkan
membaling dan
menangkap bola
◦ Pemadang turut
melakukan kemahiran
menangkap bola dari
pelbagai aras dan arah
seperti menangkap
bola pada aras buku
lali, lutut, pinggang dan
atas kepala.
MENANGKAP
BOLA
TAMAT