The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DSK Pendidikan Seni Kreatif KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Tahun 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arepih123, 2022-02-06 21:08:11

DSK Pendidikan Seni Kreatif KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Tahun 2

DSK Pendidikan Seni Kreatif KSSR PKhas Masalah Pembelajaran Tahun 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS

(MASALAH PEMBELAJARAN)

PENDIDIKAN SENI KREATIF

TAHUN DUA



DOKUMEN STANDARD

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS

MASALAH PEMBELAJARAN

SENI KREATIF

TAHUN DUA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan
buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

KANDUNGAN MUKA SURAT

RUKUN NEGARA v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
KATA PENGANTAR vi
PENDAHULUAN
MATLAMAT vii
OBJEKTIF viii
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD viii
FOKUS MATA PELAJARAN viii
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ix
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU x
PENTAKSIRAN x
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KOMPONEN PENDIDIKAN SENI VISUAL xiI
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KOMPONEN PENDIDIKAN MUZIK xiiI
xiiI
2

7

iii



RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-
cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu
cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang
adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin
satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

vi

KATA PENGANTAR ini, selaras dengan tahap kebolehan murid dan keadaan
persekitaran.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Dalam proses penyediaan dokumen KSSR Pendidikan Khas,
mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan semangat banyak pihak yang turut sama terlibat. Kepada semua pihak yang
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan telah memberi sumbangan kepakaran, masa dan tenaga hingga
Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta terhasilnya dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi
berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan mata pelajaran Pendidikan Khas ini, Kementerian Pelajaran
jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke- terima kasih.
21.
Pengarah
Dokumen KSSR Pendidikan Khas disediakan bagi merealisasikan Bahagian Pembangunan Kurikulum
tuntutan dan hasrat KSSR melalui pendidikan khas. Keberkesanan Kementerian Pelajaran Malaysia
pelaksanaan KSSR memerlukan guru menghayati kehendak dan
semangat pendidikan khas seperti mana yang tersurat dalam
dokumen KSSR. Pelaksanaan kurikulum ini diharap dapat
menyediakan murid yang lebih berdaya saing, membentuk insan
yang seimbang dan dapat menyumbang kepada keharmonian serta
kesejahteraan negara.

Dokumen ini menyatakan aras penguasaan yang paling minima
yang perlu murid kuasai di akhir pembelajaran. Oleh itu, guru
haruslah merancang aktiviti dan pedagogi yang sesuai bagi tujuan

vii

PENDAHULUAN diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga
menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang,
(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan
bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang MATLAMAT
pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas
Pembelajaran) lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk
memenuhi keperluan individu, tidak terlalu menekankan akademik mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan
dan tidak membebankan murid. Ini selaras dengan teras kedua bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan berakhlak mulia.
pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan OBJEKTIF
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang
menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bertujuan
pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan membimbing murid agar berupaya;
aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai
tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”. i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina dengan serta menjadi warganegara yang berguna
hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
berdikari dalam kehidupan seharian

viii

iii. memperoleh kemahiran dan keterampilan ke arah Domain bagi setiap tunjang adalah:
kehidupan berkerjaya i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri iii. Kemanusiaan
dengan sempurna iv. Sains dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila vi. Keterampilan Diri
masyarakat majmuk

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
bagi yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya

x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama
yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

ix

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD FOKUS MATA PELAJARAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas 6.1 Mata Pelajaran :Pendidikan Seni Kreatif
(Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu 6.1.1 Komponen :Pendidikan Seni Visual
dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Komponen Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada
Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai. potensi murid supaya dapat mengamalkan kemahiran
yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang
5.1 Standard Kandungan berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan serta
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut bersikap positif dalam kehidupan.
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor
dan nilai. halus, motor kasar, kemahiran menggambar, mencorak dan
membentuk. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti-
5.2 Standard Pembelajaran aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk melukis dan
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran menggambar, membuat rekaan dan corak, mereka dan
dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard membuat binaan, kraf berdasarkan kebolehan dan kreativiti
Kandungan. murid.
Komponen Pendidikan Seni Visual membolehkan murid :

i. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan
sosial

ii. mengembangkan bakat dan kreativiti
iii. menghayati keindahan alam dan warisan budaya

x

iv. menghasilkan karya seni yang kreatif iii. mahir menggunakan alatan muzik
v. menimba ilmu sebagai persediaan ke arah iv. melakukan gerakan mengikut rentak lagu
v. mengenal lagu berdasarkan melodinya
kerjaya vi. mengawal koordinasi anggota badan
vii. melakon dan menghayati pelbagai watak
6.1.2 Komponen :Pendidikan Muzik viii. membaca dialog dengan baik

Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha 6.2 Pelaksanaan Modul Pendidikan Seni Kreatif
mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid
supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari 6.2.1 Modul Pengajaran Pendidikan Seni Kreatif
seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard
berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam Kurikulum Pendidikan Seni Kreatif bagi membantu guru
kehidupan. melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru
Aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran nyanyian, boleh mengubahsuai atau membina perancangan
bermain alat-alat muzik, pergerakan dan lakonan. Proses ini pengajaran yang sesuai mengikut keperluan. Penglibatan
memberi keutamaan kepada aktiviti bagi memenuhi murid secara aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi
kehendak tajuk persepsi muzik, pengalaman nyanyian, murid.
pengalaman perkusi, apresiasi dan estetika seni serta seni
lakon berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid. 6.2.2 Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif
Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif disediakan
Komponen Pendidikan Muzik membolehkan murid : untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran
i. mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, kerja untuk tujuan latihan, menguji kefahaman dan
penguasaan murid tentang pengetahuan, kemahiran dan
tarian dan lakonan nilai yang dikenal pasti.
ii. mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam

kumpulan

xi

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Definisi Rancangan Pendidikan Individu:
Seni Kreatif , guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi
mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen
Pembelajaran. Antaranya adalah: bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang
dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan
Inkuiri panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Analisis Tugasan dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.
Belajar Melalui Bermain (Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid
Pengajaran Bertema Berkeperluan Khas, 2000)
Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)
Konstruktivisme RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai
Multi Sensori disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid
Pembelajaran Kontekstual pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan
Pembelajaran Interaktif dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan
Pembelajaran Koperatif penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang
Simulasi disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah
Pembelajaran Masteri tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan
Pembelajaran Pengalamian (experiential learning) tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,
perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,
dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan
peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat
sokongan lain.

xii

RPI memperincikan antara lain: kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan
i. Tahap prestasi sedia ada murid termasuk:
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid i. Pemerhatian : Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur aspek kemahiran, sikap dan nilai murni. Pentaksiran secara
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak.
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid ii. Ujian/ Kuiz : Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas
pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu dalam bentuk soalan objektif atau subjektif manakala kuiz
perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan boleh dijalankan dalam bentuk lisan.

viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan iii. Persembahan secara lisan : Persembahan secara lisan
membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur,
mereka. keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang konten yang
dipelajari.
PENTAKSIRAN
iv. Senarai semak : Senarai semak merupakan laporan
Pentaksiran di bilik darjah penting bagi mengetahui tahap individu tentang penguasaan pengetahuan, kemahiran
penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah serta sikap dan nilai murni.
dipelajari. Pentaksiran boleh dijalankan secara formatif dan
sumatif. Maklumat yang diperoleh akan membantu guru untuk v. Folio : Folio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
menambah baik kaedah pengajaran dan hasil pentaksiran dibilik individu atau kumpulan. Contoh folio adalah buku skrap
darjah juga dapat memberi maklum balas awal kepada guru untuk dan laporan.
merancang tindakan susulan dan penyediaan RPI bagi
meningkatkan lagi penguasaan dan pemahaman murid. Antara

xiii

vi. Esei : Esei mempamerkan tentang kemahiran murid
untuk menyampaikan maklumat secara saintifik.

xiv

PENDIDIKAN
SENI VISUAL

KOMPONEN PENDIDIKAN SENI VISUAL

BIDANG/TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1. Menggambar 1.1 Melukis secara bebas 1.1.1 Melakukan lukisan bebas pada permukaan pasir
Tema: 1.1.2 Melakukan lukisan bebas pada permukaan kertas
Alam Semulajadi/ 1.2 Mengenal media dan peralatan
Alam Benda melukis 1.2.1 Menamakan peralatan melukis
1.2.2 Menggunakan peralatan melukis

1.3 Menghasilkan lukisan bebas 1.3.1 Melakukan lukisan bebas pada permukaan kertas
menggunakan media seni lukis dengan menggunakan
i. Media kering
ii. Media basah

1.3.2 Melakukan lukisan bebas pada permukaan kertas
dengan menggunakan unsur-unsur seni
i. Garisan
ii. Rupa
iii. Bentuk

2

BIDANG/TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.4 Mewarna
1.4.1 Mengenal warna asas
1.4.2 Mewarna bentuk geometri menggunakan warna asas
1.4.3 Mengenal warna sekunder
1.4.4 Mewarna bentuk organik menggunakan warna sekunder

2. Corak dan Rekaan 2.1 Menghasilkan corak tidak 2.1.1 Mencorak secara bebas menggunakan teknik
Tema: terancang i tiupan
Alam Semulajadi/ ii renjisan
Alam Benda iii titisan
iv.pualaman (marbling)
v capan

2.1 Menghasilkan corak terancang 2.2.1 Mencorak menggunakan
i tapak tangan
ii tapak kaki
iii keratan batang
iv tumbuh-tumbuhan semulajadi

2.2 Menghasilkan projek 2.2.1 Menghasilkan projek menggunakan hasil rekaan dan
corak yang dipelajari

3

BIDANG/TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3. Membentuk dan 3.1 Menghasilkan binaan mudah 3.1.1 Membentuk pelbagai rupa dengan teknik
Membuat Binaan i menggunting
Tema: ii memotong
Alam Semulajadi/ iii menampal
Alam Benda iv mencantum

3.1.2 Membuat model dengan menggunakan teknik
i. mengoyak
ii. menggunting
iii. menebuk
iv. melekat
v. mengikat

4. Kraf Tradisional 4.1 Mengenal kraf tradisional 4.1.1 Menyebut jenis-jenis kraf tradisional
Tema: 4.1.2 Mengenal bahan dan alatan kraf tradisional
AlamSemulajadi/ 4.1.3 Menyatakan kegunaan kraf tradiosional
Alam Benda

4

BIDANG/TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.2 Menghasilkan kraf
4.2.1 Mengenal jenis bahan untuk anyaman
4.2.2 Mengenal pasti teknik dan proses penghasilan anyaman
4.2.3 Menghasilkan anyaman mudah dengan menggunakan

bahan gantian

5

PENDIDIKAN
MUZIK

KOMPONEN PENDIDIKAN MUZIK

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1. Persepsi Muzik 1.1 Mengenal irama dalam muzik 1.1.1 Menepuk detik lagu yang didengar
1.1.2 Membezakan tempo lagu yang didengar

i. tempo cepat
ii. tempo lambat
1.1.3 Menyatakan corak irama lagu yang didengar
i. rentak mac
ii. rentak masri
1.1.4 Mengecam bunyi yang didengar
i. bunyi lanjut
ii. bunyi tidak lanjut

7

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.2 Mengenal melodi dalam muzik
1.2.1 Mengecam pic yang didengar
1.3 Mengenal ekspresi dalam muzik i. pic rendah
ii. pic tinggi

1.2.2 Membezakan pic
i. pic rendah
ii. pic tinggi

1.3.1 Mengecam dinamik pada lagu yang didengar
i. dinamik lembut ( p )
ii. dinamik kuat ( f )

1.3.2 Menyatakan mud lagu yang didengar
i. mud riang
ii. mud sedih

iii. mud bersemangat

8

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Menyanyi mengikut muzik
2. Pengalaman 2.1.1 Menyanyi dengan postur badan yang betul
Nyanyian i. duduk
ii. berdiri

2.1.2 Menyanyi dengan teknik pernafasan yang betul
2.1.3 Menyanyi dengan sebutan yang jelas
2.1.4 Menyanyi dengan ekspresi yang sesuai

i. mud riang
ii. mud sedih

2.1.5 Menyanyi lagu mengikut
i. pic
ii. tempo

iii. dinamik

9

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Meneroka bunyi
3. Pengalaman 3.1.1 Mengecam bunyi didengar
Muzikal 10 i. haiwan
ii. manusia

iii. kenderaan
iv. alam sekitar
v. alat muzik

3.1.2 Meniru bunyi didengar
i. haiwan
ii. manusia
iii. kenderaan
iv. alam sekitar
v. alat muzik

3.1.3 Menghasilkan bunyi
i. haiwan
ii. manusia

iii. kenderaan

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.2 Mengenal alat perkusi iv. alam sekitar
v. alat muzik

3.2.1 Menamakan alat perkusi daripada bahan
persekitaran
i. peralatan bilik darjah
ii. peralatan dapur
iii. tumbuh-tumbuhan

3.2.2 Mengenal alat muzik tradisional
i. kompang

3.2.3 Menamakan alat perkusi
i. loceng
ii. kastanet

11

TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4. Apresiasi dan 3.3 Memainkan alat perkusi 3.3.1 Memegang alat perkusi dengan teknik yang betul
Estetika 3.3.2 Memainkan alat perkusi dengan teknik yang
Seni Muzik
betul

3.3.3 Memainkan alat perkusi mengikut corak irama

4.1 Menghayati muzik 4.1.1 Menyatakan perasaan terhadap lagu yang
didengar

4.2 Membuat pergerakan mengikut lagu 4.2.1 Melakukan gerakan mengikut
i. lirik lagu
ii. irama

4.3 Menghargai kesenian dan kebudayaan 4.3.1 Mengenali muzik tradisional Malaysia
i. dikir barat.

12

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Terbitan:

Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahagian Pembangunan Kurikulum
Aras 4-8, Blok E9

Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03- 8888 9917


Click to View FlipBook Version