The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cyrildido12, 2023-11-15 22:53:16

TUGASAN 3 STSK3013 E-PORTFOLIO

E-PORTFOLIO STSK3013

ISI KANDUNGAN Penghargaan • Pendahuluan • Konsep dan Prinsip Tatatsusila Awal Kanak-kanak • Kurikulum Pendidikan Awal Kanak - Kanak • Aktiviti-aktiviti Seni dalam Penerapan Tatasusila Awal Kanak-kanak • Pemerhatian dan Penilaian • Hasil dan Kesan • Kesimpulan • Lampiran


PENGHARGAA Dengan rasa syukur yang mendalam N kepada Tuhan, saya ingin menyuarakan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bimbingan yang luar biasa sepanjang perjalanan saya menyiapkan kursus STSK 3013 Pemupukan Tatasusila Melalui Seni dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini. Pertama-tama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang telah memberikan panduan dan penjelasan yang sangat berharga sejak awal tugas ini diberikan kepada kami. Bantuan ini telah sangat membantu kami dalam menghasilkan tugas ini tanpa sebarang rintangan. Saya juga ingin menyatakan penghargaan yang sebesar-besarnya kepada pensyarah saya, Dr. Jaslinah Makantal, dan Puan Dayang Kalsum Bahrin, yang telah dengan sabar memberikan bimbingan dan tunjuk ajar tanpa mengira waktu, sehingga tugas ini dapat diselesaikan dengan sempurna. Tidak lupa kepada ibu bapa saya yang telah memberikan sokongan kewangan yang sangat besar dalam menyelesaikan tugas ini. Tanpa sokongan dan dorongan mereka, saya tidak akan mampu menyelesaikan tugas ini seperti yang telah saya lakukan. Terima kasih juga kepada rakan-rakan sejawat yang telah berkerja keras dan berkongsi ilmu bersama saya sepanjang proses penyediaan tugas ini. Akhirnya, saya berharap agar tugas yang saya hasilkan dapat memperkaya pengetahuan saya dan membantu saya menjadi seorang guru yang bertanggungjawab, memimpin generasi muda dengan baik, dan memberikan manfaat kepada diri saya sendiri, masyarakat, dan dunia Pendidikan


PENDAHULUAN


LATAR Kursus STSK3013 iniBELAKANG bertujuan untuk melatih bakal guru dalam menggunakan seni sebagai cara untuk membentuk tatasusila kanak-kanak dengan nilai-nilai murni. Ini penting kerana membentuk akhlak kanak-kanak pada peringkat awal amatlah kritikal, dan pendekatan ini mengiktiraf keberkesanan seni sebagai alat utama. Dengan menitikberatkan nilai-nilai murni, kursus ini bertujuan untuk memperkukuhkan perkembangan moral dan etika kanak-kanak melalui kreativiti seni, memupuk kesedaran tentang kebaikan, kejujuran,kebertanggungjawaban dan nilai-nilai positif lainnya. Dalam zaman globalisasi ini, pentingnya memupuk nilai-nilai tatasusila dalam membentuk personaliti dan watak kanakkanak amatlah ketara. Ini kerana terdapat banyak pengaruh buruk yang boleh mengganggu perkembangan moral dan etika mereka. Contohnya, pengaruh budaya Barat yang tersebar melalui televisyen dan pelbagai platform dalam talian. Budaya ini boleh memberi kesan negatif kepada tatasusila kanakkanak, seperti merosakkan harta awam, gaya hidup yang tidak terkawal, dan pergaduhan antara individu. Penggunaan peranti elektronik secara berlebihan tanpa pengawasan turut mempercepatkan penyebaran budaya buruk ini kepada kanakkanak.


TUJUAN PORTFOLIO Portfolio ini dicipta dengan tujuan merancang serta mengelola aktiviti seni yang berkualiti, memberikan sumbangan penting dalam pembentukan sikap dan tingkah laku positif kanak-kanak. Portfolio ini bertujuan membantu kanak-kanak memahami dan menerapkan nilainilai tatasusila pada peringkat awal secara lebih aktif dan efektif. Portfolio ini dibina untuk memaparkan bahan-bahan serta pendekatan yang berguna dalam merekod dan menunjukkan perkembangan sahsiah dan tingkah laku moral kanak-kanak melalui aktiviti seni. Ini bertujuan membantu dalam pemantauan perkembangan kanak-kanak dari segi aspek moral dan sikap melalui penggunaan seni sebagai medium utama


KONSEP DAN PRINSIP TATASUSILA AWAL KANAKKANAK


PENGERTIAN TATASUSILA AWAL KANAK - KANAK Tatasusila • Menurut Kamus Dewa Edisi Keempat, tatasusila merujuk kepada adat, sopan santun dan budi pekerti yang baik Kanak-Kanak • Kanak-kanak adalah budak lelaki atau perempuan yang masih kecil iaitu yang berumur tidak lebih daripada 7 atau 8 tahun. Tatasusila kanak-kanak merujuk kepada kesopanan dan budi pekerti yang baik pada kanak-kanak di bawah usia 8 tahun. Di sini, elemen-elemen seperti nilai, prinsip moral, etika, pembentukan identiti diri, empati, dan lain-lain dijadikan landasan dan panduan untuk membentuk tatasusila dalam kalangan kanak-kanak.


Nilai-nilai etika menjadi landasan moral yang penting dalam membentuk tatasusila kanak-kanak. Nilai-nilai seperti kejujuran, kebaikan, keadilan, dan empati ditanamkan sebagai asas utama. Dalam konteks ini, pembentukan nilai-nilai etika pada kanak-kanak melibatkan pengenalan konsep-konsep tersebut melalui pengalaman langsung dan interaksi. Maka, kanak-kanak perlu diajar dan diberi pemahaman yang mendalam mengenai nilai-nilai tersebut agar dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan sehari-hari. Nilai - nilai Etika


Norma Norma merupakan tingkah laku yang diterima dan diikuti oleh individu dalam masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak, penting bagi mereka untuk diajar dan dipandu mengenai norma-norma masyarakat agar dapat mengembangkan keterampilan sosial yang sesuai dengan norma-norma tersebut. Kanak-kanak perlu diperkenalkan dengan nilai dan prinsip moral untuk membentuk tatasusila mereka. Mereka perlu diberi pengajaran tentang pemahaman nilai-nilai moral dan cara mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari. Pemupukan konsep moral ini dapat dilakukan melalui aktiviti yang mereka lakukan sendiri. Moral


Kreativiti Ekspresi Kerjasama Penghargaan & Penerimaan Aktiviti seni merangsang kreativiti kanakkanak dalam menghasilkan karya. Dalam konteks tatasusila, kreativiti membantu kanak-kanak untuk menggambarkan nilainilai moral melalui proses dan hasil karya mereka Aktiviti seni, membantu kanak-kanak untuk mengekspresikan diri mereka secara bebas. Dalam hal ini, aktivitiaktiviti seni yang dijalankan membantu kanak-kanak untuk menerapkan nilai keadilan, bertanggungjawab dan kerajinan Aktiviti-aktiviti seni yang dijalankan kepada kanak-kanak secara berkumpulan menggalakkan kerjasama antara mereka. Di dalam proses menjalankan aktiviti, nilai-nilai toleransi, hormat-menghormati, menhargai pendapat dapat dipupuk oleh kanakkanak. Aktiviti-aktiviti seni yang dijalankan adalah meliputi proses dan hasil. Di dalam konteks pemupukan tatasusila, kanak-kanak akan lebih menghargai dan menghayati proses di dalam suatu aktiviti seni. Di dalam konteks ini juga akan memupuk sikap saling menghargai, menghormati dan penerimaan terhadap perbezaan di antara mereka.


Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Perkembangan fizikal melibatkan kemahiran motor halus, motor kasar, kemahiran manipulatif, dan koordinasi gerakan yang penting untuk pergerakan yang lebih kompleks. Melalui aktiviti seni seperti melukis, bermain teater, dan menari, kanakkanak dapat mengembangkan aspek fizikal mereka semasa terlibat dalam aktiviti tersebut. Fizikal Sosioemosi Perkembangan sosioemosi merupakan keupayaan kanakkanak untuk berinteraksi dan bertindak balas terhadap sesuatu. Perkembangan sosioemosi di dalam pembentukkan tatasusila awal kanak-kanak adalah lebih memfokuskan pemupukan tingkah laku positif mereka seperti sikap berdikari, tanggungjawab dan kerajinan Kognitif Aspek kognitif adalah melipuiti kebolehan dan keupayaan kanak-kanak untuk berfikir. Melalui aktivti seni yang meransang kebolehan menyelesaikan masalah, mencipta dan berimaginasi, kebolehan kognitif murid akan dapat ditingkatkan. Melalui aktiviti seni yang dijalankan, kreativiti dan estetika memberi ruang kepada murid untuk memberikan respons. Aktiviti seni ini membolehkan murid melakukan pelbagai penerokaan dan dalam proses itu, mereka dapat berkongsi idea, pandangan, serta mendorong toleransi di kalangan kanakkanak yang lain. Seni


Aktiviti seni seperti muzik, drama, dan seni visual mempunyai pendekatan yang berbeza. Seni muzik menitikberatkan muzik, irama, dan pergerakan, manakala drama memberi tumpuan kepada ekspresi diri dan imaginasi kanak-kanak dalam berperanan. Sementara itu, seni visual lebih menekankan pada hasil karya kreatif dan proses menghargai karya yang dihasilkan. Walaupun berbeza fokus, ketiga-tiga aktiviti seni ini mampu merangsang perkembangan sifat empati, kerjasama, penghargaan, dan saling menghormati semasa kanak-kanak terlibat dalam proses dan pelaksanaan aktiviti seni. 03 02 Melalui aktivti seni, kanak-kanak melalui pengalaman berharga dan mendalam untuk mereka mengekspresi, mengembangkan emosi dan mempelajari nilai-nilai sosial dan etika. Nilai-nilai ini dipupuk kerana melalui seni, mereka dapat bersosial secara bebas, meneroka minat dan kemahiran serta mengasah kemahiran penyelesaian masalah mereka. 01 KSPK dibina berasaskan enam tunjang dan diterapkan di dalam pengajaran kepada kanak-kanak untuk melahirkan insan yang cemerlang secara menyeluruh daripada aspek keterampilan, keagamaan, pengetahuan dan banyak lagi.


Aktiviti-aktiviti seni dalam penerapan tatasusila awal kanakkanak


TUJUAN MANFAAT Menekankan penghasilan karya kreatif dan menghargai hasil seni hasil seni yang berasaskan empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Kesepaduan empat bidang seni akan memberi peluang kepada murid untuk memupuk minat mereka terhadap seni dan mereka dapat mengekspresikan kreativiti serta diri mereka melalui seni kreatif. Melalui seni kreatif juga murid dapat mengasah kemahiran penyelesaian masalah mereka semasa proses seni kreatif berjalan.


Aktiviti Binaan Kreatif Menggunakan Bahan Terpakai Standard Kandungan: KE 3.3 Menzahirkan Idea Kreatif Dalam Penghasilan Karya Seni Standard Pembelajaran: KE 3.3.6 Menghasilkan Karya Kreatif menggunakan bahan kitar semula Hasil Pembelajaran: -Dapat mencipta binaan kreatif menggunakan bahan-bahan terpakai. Bahan Bantu Mengajar: -Bahan bahan terpakai -Gam -Gunting -Contoh contoh binaan kreatif Langkah-Langkah Pengajaran: • Murid meneliti dan mengamati contoh binaan kreatif daripada bahan-bahan terpakai yang ditunjukkan oleh guru mereka. • Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. • Murid menjana idea dan kreativiti mereka untuk menghasilkan binaan kreatif mereka sendiri. • Murid memulakan proses penghasilan binaan kreatif dengan bimbingan dan penjagaan daripada guru. • Murid membuat apresiasi terhadap binaan kreatif mereka. • Murid bersoal jawab bersama guru untuk mengimbas kembali pelajaran mereka pada hari tersebut.


Di dalam proses penghasilan binaan kreatif menggunakan bahan terpakai, memerlukan kreativiti kanak-kanak untuk menggunakan bahan terpakai dalam menghasilkan karya. Penerapan tatasusila yang berlaku adalah semasa proses penghasilan binaan kreatif dan sesi apresiasi dibuat oleh kanak-kanak. Semasa proses penghasilan, penerapan tatasusila seperti kerajinan, tanggungjawab, kemahiran penyelesaian masalah dan kesabaran dilatih dalam diri kanakkanak. Proses apresiasi binaan kreatif juga dapat memupuk tatasusila kanak-kanak melalui penghargaan terhadap bahan-bahan terpakai serta hasil kary daripada kawan-kawan mereka.


TUJUAN MANFAAT Mengembangkan asas pendidikan Muzik iaitu muzik, irama dan gerakan terhadap kanakkanak melalui pelbagai aktiviti yang kreatif, menyeronokkan dan menghiburkan Murid diberikan peluang secara bebas mengasah minat dan bakat mereka di dalam dunia muzik. Proses nyanyian, penghayatan lagu dan aktivitiaktiviti lain akan meningkatkan kepekaan kanakkanak terhadap bunyi di samping melatih sifat kerjasama antara mereka semasa aktivit dijalankan. Selain itu, melalui muzik murid akan lebih mudah untuk mengekspresi emosi mereka.


Tarian Senam Pagi 'Didi And Friends' Standard Kandungan: KE 1.3 Membuat Pergerakkan Mengikut Muzik Standard Pembelajaran: KE 1.3.3 Melakukan pergerakan kreatif mengikut muzik Hasil Pembelajaran: -Murid melakukan pergerakan tarian dengan tepat mengikut lirik lagu dan muzik. -Murid mencipta gerakkan sendiri mengikut lirik lagu dan muzik. Bahan Bantu Mengajar: -Pembesar Suara -Slaid Projektor -Laptop -Video Senaman Pagi 'Didi and Friends' Langkah-Langkah Pengajaran: • Murid mendengar dan meneliti video senaman pagi yang dipaparkan oleh guru. • Murid-murid mempelajari langkah-langkah pergerakan tarian melalui latihan dan bimbingan daripada guru. • Murid menambah gerakkan sendiri secara kreatif di dalam tarian senaman pagi berdasarkan arahan daripada guru. • .Murid menggabungkan tarian yang dipelajari dengan tarian kreatif mereka di dalam senaman pagi. • Murid bersoal jawab bersama guru berkenaan tarian-tarian yang dipelajari berdasarkan video senaman pagi.


Di dalam proses permainan muzikal, kanak-kanak menjalankan aktiviti tarian senaman pagi dengan berdasarkan contoh video yang dipaparkan. Penerapan tatasusila berlaku di dalam proses kanak-kanak untuk berlatih dan mengembangkan kreativiti mereka melalui pergerakan mengikut muzik. Semasa proses latihan, penerapan tatasusila seperti sifat ketekunan, kreativiti dan kesabaran mereka dipupuk melalui tarian yang dibuat. Aktiviti tarian senaman pagi juga menggalakkan murid menggunakan kreativiti mereka dalam melakukan gerakan baru. Melalui itu, pemupukan sifat jati diri dan berdikari kanak-kanak.


TUJUAN MANFAAT Teater yang dijalankan merupakan asas untuk kanak-kanak meniru kehidupan yang terbina daripada tiga perkara iaitu aksi, tempat dan masa. Aktiviti teater memberi peluang kepada kanakkanak untuk mengekspresi watak mereka yang seterusnya dapat memupuk sifat empati, kerjasama dan kreativiti mereka dalam perlaksanaan terater. Selain itu, ianya turut melatih kanak-kanak untuk saling menghargai perbezaan antara setiap individu


Lakonan Teater 'Arnah dan Kura-Kura' Standard Kandungan: KE 2.1 Melakonkan pelbagai watak Standard Pembelajaran: KE 2.1.2 Melakonkan watak berdasarkan cerita Hasil Pembelajaran: -Murid dapat melakonkan watak-watak teater mengikut plot dan perwatakan yang tepat. Bahan Bantu Mengajar: -Pembesar Suara -Slaid Projektor -Skrip -Laptop -Prop Pentas Langkah-Langkah Pengajaran: • Murid mengamati dan meneliti video 'Arnab dan Kura-Kura' yang dipaparkan oleh guru. • Murid-murid dibahagikan watak untuk lakonan teater 'Arnab dan Kura-kura' oleh guru. • Murid mendalami watak yang diperolehi berdasarkan video dan dengan bantuan daripada guru. • Murid membuat latihan persembahan teater bersama rakanrakan. • Murid-murid membuat persembahan teater 'Arnab dan Kura-Kura'.


Di dalam proses perlaksanaan teater kanak-kanak, mereka akan melalui perlbagai proses untuk menjayakan teater persembahan bermula dengan pembahagian watak, latihan dan persembahan. Penerapan tatasusila yang berlaku adalah pada keseluruhan proses teater kanak-kanak dijalankan. Misalnya, semasa pembahagian watak, sifat kejujuran dan budi bahasa kanakkanak dipupuk melalui perbincangan bersama. Semasa proses latihan, penerapan tatasusila seperti kerajinan, daya tahan, kerjasama dan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak dipupuk melalui latihan secara beramai-ramai dengan rakan-rakan. Semasa persembahan teater pula, sifat keyakinan diri, budi bahasa, keberanian dan kemahiran komunikasi murid dipupuk melalui penghayatan kanakkanak terhadap watakwatak yang dipegang.


Pemerhatian dan Penilaian


Instrumen senarai semak adalah insstrumen yang paling sesuai digunakan untuk mengamati dan menilai perkembangan tatasusila kanak-kanak. Senarai semak adalah teknik mudah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang relevan berkenaan aktiviti yang dijalankan. Unsur-unsur yang dinilai di dalam aktiviti seni berpandukan senarai semak adalah: • Pencapaian objektif pembelajaran. • Pemupukan tatasusila baik • Pengamalan tatasusila baik Untuk mengamati dan menilai perkembangan tatasusila kanak-kanak di dalam aktiviti seni , senarai semak digunakan untuk melihat sama ada murid mencapai objektif yang telah ditetapkan.


Di dalam aktiviti seni, penilaian terhadap pembentukan tatasusila kanak-kanak boleh dibuat semasa dan selepas proses perlaksanaan aktiviti seni dibuat Di dalam proses penilaian, unsur terpenting yang perlu dinilai adalah pencapaian objektif pembelajaran. Jika kanak-kanak tidak mencapai objektif pembelajaran, pemupukan tatasusila juga sukar untuk dicapai • Kaedah pengumpulan data secara pemerhatian menggunakan senarai semak kemudiannya perlu dianalisis untuk menilai pembentukan tatasusila kanak-kanak melalui aktiviti seni. Analisis yang dibuat bertujuan untuk penambahbaikan dan sebagai rekod pencapaian murid. Seterusnya, penilaian boleh dibuat melalui pemerhatian terhadap tingkah laku murid semasa dan selepas proses aktiviti seni berjalan. Dalam hal ini, aspek perubahan personaliti kanak-kanak perlu diamati


Pencapaian matlamat pelajaran yang berkaitan dengan tatasusila dinilai berpandukan tingkah laku kanakkanak semasa aktiviti seni berjalan. Melalui aktiviti seni, kanak-kanak melakukan banyak interaksi sesama mereka. Hal ini membantu di dalam penilaian kerana dapat menilai secara langsung tehadap tingkah laku kanak-kanak Hasil penilaian terhadap perkembangan tatasusila kanak-kanak perlu dianalisis dan ditafsir. Selepas itu, penyediaan maklum balas kepada kanak-kanak perlu dibuat. Contohnya, membuat tindakan susulan dan memberikan keputusan penilaian kepada ibu bapa. Penilaian yang dibuat dalam pengamatan pembentukan tatasusila adalah secara individu. Melalui senarai semak, nama semua murid akan disenaraikan dan dinilai berdasarkan aspek tatasusila mengikut borang instrumen.


Pemerhatian dan Penilaian


Binaan Kreatif Melalui aktiviti binaan kreatif, tatasusila kanakkanak yang dipupuk dapat dilihat melalui personaliti mereka. Contohnya, selepas aktiviti, kanak-kanak menjadi lebih cakna terhadap kepentingan alam sekitar dan menjadi lebih matang dan bersabar menghadapi masalah Melalui tarian senaman pagi, perkembangan tatasusila kanak-kanak dilihat apabila mereka menjadi lebih kreatif dan tekun dalam perbuatan yang dilakukan oleh mereka. Sifat jati diri dan beridikari yang dipupuk semasa aktiviti juga dapat dilihat apabila kanak-kanak menjadi lebih kreatif dan tidak bergantung kepada orang lain Tarian Senaman Pagi Teater yang dilaksanakan menunjukkan kesan terhadap perkembangan tatasusila kanak-kanak di mana kemahiran bersosial dan berbudi bahasa kanak-kanak akan meningkat. Selain itu, mereka menjadi lebih yakin dan mempunyai empati yang tinggi hasil terhadap penghayatan mereka semasa teater. Teater Arnab dan Kura-Kura


Binaan Kreatif Di dalam aspek pembelajaran dan kreativiti kanak-kanak, aktiviti binaan kreatif yang memerlukan kreativiti serta kesabaran merangsang kesan terhadap pembelajaran mereka. Sebagai contoh, kemahiran penyelesaian dan kreativiti mereka semakin meningkat di dalam proses pembelajaran Melalui tarian senaman pagi, kesan terhadap pembelajaran dan kreativiti kanak-kanak dilihat melalui peningkatan kebolehan kanakkanak untuk mengingat dan belajar. Selain itu, kanak-kanak juga dapat berikari secara kreatif semasa proses pembelajara Tarian Senaman Pagi Teater yang dipersembahkan mempengaruhi pembelajaran dan kreativiti kanak-kanak melalui penyertaan mereka di dalam pembelajaran. Kanakkanak akan menjadi lebih aktif dengan soalansoalan semasa proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, mereka menjadi lebih kreatif dalam hal-hal yang melibatkan penghayatan dan lakonan. Teater Arnab dan Kura-Kura


Binaan Kreatif Melalui aktiviti binaan kreatif iaitu dalam proses apresiasi, kesan terhadap perkembangan sosial kanak dapat dilihat melalui kebolehan mereka di dalam berinteraksi. Contohnya, kanak-kanak mejadi lebih menghargai pendapat dan menerima pandangan rakan-rakan mereka. Tarian senaman pagi menguji kepekaan kanakkanak terhadap muzik. Di dalam perkembangan sosial mereka, kanak-kanak akan menjadi lebih peka terhadap interaksi mereka kepada rakan mereka. Hal ini membolehkan mereka untuk bertindak mengikut norma yang sesuai pada situasi yang berbeza. Tarian Senaman Pagi Teater yang dilaksanakan membolehkan murid untuk tampil di hadapan dan merangsang empati mereka. Kesan kepada perkembangan sosial mereka adalah mereka menjadi lebih aktif dan yakin di dalam berinteraksi. Mereka turut mempunyai empati yang kuat di mana mereka lebih memahami perasaan yang dialami oleh rakan mereka. Teater Arnab dan Kura-Kura


Kesimpulan


Kesimpulannya, kanak-kanak perlu dididik sejak awal untuk membentuk tatasusila mereka. Oleh itu, aktiviti seni dilihat sebagai medium terbaik dalam proses pembentukan tatasusila kanakkanak berdasarkan konteks pendidikan awal kanak-kanak Secara keseluruhannya, pembentukan tatasusila melalui aktiviti seni menunjukkan hasil yang positif di dalam pembentukan tatasusila kanak-kanak. Ringkasnya, matlamat untuk menggunakan seni sebagai alat memupuk tatasusila kanakkanak adalah tercapai.Setiap perkara sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk ditambahbaik. Di dalam proses pembentukkan dan penerapan tatasusila kanak-kanak melalui aktiviti seni, cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat adalah integrasi aktiviti-aktiviti seni. Misalnya, aktiviti permainan muzikal digabungkan dengan teater untuk mempelbagaikan lagi suasana dan proses pembentukkan tatasusila oleh kanak-kanak. KESIMPULAN


Click to View FlipBook Version