The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosliza, 2020-02-20 22:58:53

AGM test

BUKU PROGRAM

ISI KANDUNGAN

1. Kata-Kata Aluan Yang Dipertua PIBG
2. Kata-Kata Aluan Guru Besar / Penasihat PIBG
3. Piagam PIBG
4. Ahli Jawatankuasa PIBG 2019/2020
5. Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali

ke-45
6. Kehadiran Ahli Dalam Mesyuarat AJK PIBG 2019 / 2020
7. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44
8. Laporan Aktiviti 2019
9. Penyata Kewangan PIBG 2019
10. Cadangan / Usul
11. Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020
12. Penghargaan

1

KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2019/2020
SEK0LAH KEBANGSAAN HULU KELANG

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah rasa syukur yang tidak terhingga kita panjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana
dengan segala nikmat yang diberi, saya berpeluang menzahirkan rasa kesyukuran dan
mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang dapat hadir ke
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Hulu kelang Kali ke-
44 pada hari ini.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada semua AJK PIBG sesi 2018/2019 yang telah sama-
sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program yang memacu
kecemerlangan murid.

Kehadiran ini membuktikan bahawa kita sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada
barisan pentadbir dan para guru sekolah ini untuk sama-sama menjayakan agenda pendidik
demi kecemerlangan anak-anak kita baik dalam bidang pendidikan mahupun sahsiah diri.

Kejayaan sekolah dan kecemerlangan pelajar tidak dapat direalisasikan tanpa usaha gigih
pelajar, ibu bapa dan guru- guru secara bersama dan istiqamah.

Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG. AJK yang telah dilantik
adalah sebagai pelaksana dan perantara. Justeru itu, sokongan moral dan material kepada
pihak sekolah amat diperlukan dalam usaha melahirkan pelajar yang berketerampilan,
berwibawa dan memiliki sahsiah terpuji serta cemerlang dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum.

Segala bentuk sumbangan yang diberi telah digunakan dengan sebaik-baiknya dalam
membantu meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak di sekolah ini.
Besar harapan saya semoga impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya
menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SK Hulu Kelang. Saya
berkeyakinan penuh dengan semua guru di sekolah ini yang mampu melahirkan generasi
yang lebih terbilang sebagai pemangkin ke arah kejayaan murid di masa depan.

Akhir kata saya amat berharap agar AJK PIBG yang akan dipilih dan dilantik kelak dapat
meneruskan usaha dengan lebih gigih serta dapat memikul tanggungjawab yang
diamanahkan sebaik mungkin. Sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar tampil
untuk menyalurkan idea-idea mahupun tenaga untuk digembeleng sebagai inspirasi kepada
PIBG supaya sentiasa bertindak atas landasan yang cemerlang.

Sekian. Terima kasih.

ABDUL HADI RISQA KANIS BIN MOHD YUSOF
Yang Dipertua PIBG
SK Hulu Kelang

2

KATA-KATA ALUAN GURU BESAR
SEK0LAH KEBANGSAAN HULU KELANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera,

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat
kita berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Majlis Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-45 Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang.

Kehadiran para Ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya kepada
pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada
pihak sekolah.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak
khususnya kepada AJK PIBG, ibu bapa dan para guru yang telah berusaha tanpa kenal erti
jemu untuk meningkatkan prestasi sekolah ini.

SK Hulu Kelang di bawah kelolaan setiap unit, baik Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan juga
Kokurikulum sentiasa berusaha merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti demi
memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga
sekolah.

Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang berterusan dari semua pihak.
Justeru itu suntikan semangat kejayaan dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita
semua. Gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting
untuk memastikan anak-anak dapat menempuh gelombang perubahan bersesuaian
dengan arus kemodenan masa kini.

Pihak sekolah sentiasa berlapang dada untuk menerima teguran, bimbingan dan juga
sokongan daripada semua pihak baik JPS, PPD, PIBG dan masyarakat setempat untuk
meningkatkan lagi sekolah ini ke tahap yang lebih membanggakan.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam usaha memajukan sekolah. Semoga segala
bakti yang telah dicurah mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Sekian. Selamat Maju Jaya

Sifly bin Saari
Guru Besar
SK Hulu Kelang

3

PIAGAM PIBG

Memberi perkhidmatan bagi kebajikan dan
kemajuan murid.

Sentiasa membantu sekolah.

Menjalinkan hubungan dua hala antara guru-guru
dan ibu bapa ke arah kecemerlangan sekolah.

Menentukan adanya proses kesinambungan
pelajaran murid-murid di sekolah dan di rumah.

Mewujudkan persekitaran sekolah yang sebaik-

baiknya untuk membolehkan murid-murid

mencapai perkembangan rohani dan jasmani ke

arah insan yang syumul.

4

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN HULU KELANG

SESI 2019/2020

Penasihat : Encik Sifly bin Saari
Yang Dipertua : Encik Abdul Hadi Risqa Kanis bin Mohd Yusof
Naib Yang Dipertua : Encik Rahinan bin Sarif
Setiausaha Kehormat : Puan Rosliza binti Nik Mustaffa
Naib Setiausaha : Puan Monaliza binti Samain
Bendahari Kehormat : Encik Mohd Razif bin Sawal
Ahli Jawatankuasa : 1. Dr. Suraya binti Ya’acob
2. Encik Cik Mohd Azizi bin Che Lah
Juru Audit : 3. Encik Saiful bin Ibrahim
4. Puan Maziana binti Mustafa
5. Dr. Shuib bin Rambat
6. Puan Rozita binti Latip
7. Encik Mohamad Lotfi Aamir bin Husin
8. Encik Muhammad Hafiz bin Ahmad
9. Puan Zainab binti Yaacob
10. Cik Naziana binti Mohd Nawawi
1. Puan Noraziah binti Abdul Karim (Ibubapa)
2. Puan Malisa binti Mohammad Ariff (guru)

5

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45
JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL. TUGAS AHLI JAWATANKUASA
1. Penyambut Tetamu Guru Besar
Semua Penolong Kanan
YDP/NYDP/AJK PIBG

2. Pengacara Majlis Malisa Mohammad Ariff
Muhammad Hafiz bin Ahmad

3. Bacaan Doa Muhammad Abdul Muzakkir Ismail

4. Pengurus Majlis Rosliza binti Nik Mustaffa

5. Pemandu Arah (Usher) Suaibatul Aslamiah binti Ishak

6. Siaraya Mohd Radzi bin Mohd Noh (K)
7. Banner dan Hebahan Oui Soon Kian
Mohd Zaidi bin Abu Bakar

8. Buku Program, Penyediaan Bahan Rosliza binti Nik Mustaffa(K)

& Edaran Anita binti Muhamad

Hartini binti A.Rahman

Zainab binti Yaacob

9. Pendaftaran Norhasima binti Abd kadir (K)
Wang Lock Hui
10. Persembahan Multimedia Naslina Nawi
11. Pegawai Statistik Ildawati binti Halil
12. Pengira Undi Rosliza binti Nik Mustaffa (borang)
Khairunnisa binti Jalil
13. Sijil & Cenderamata
Oui Soon Kian

Mohamad Lotfi Aamir Husin (K)
Abd. Muzaffar bin Babjan
Mohd Yusoff bin Ahmad Nordin
Zairudin binti Zakaria

Rohana binti Masoud (K)
Tiviyaa a/p Mutusami
Maisyarah binti Mohd Zain

6

14. Persiapan Pentas/ Backdrop Nur Balqish binti Md Fazil (K)
15. Persiapan Dewan Nurul Asyikin binti Roselan
16. Jurufoto Muhammad Abdul Muzakkir Ismail
Zaida Abdul Talib
Suzana binti Ramli
Norfadilah binti Isa

Mohd Yusoff Ahmad Nordin (K)
Mohd Mokhzani bin Mohamad Zain
Noraziah binti Ghazali
Normaizura binti Marzuki
Noor Faizura binti Masiran
Norliza binti Omar
Noorhyzarr bin Abd Hamid

17. Pencatat minit Ummu Habibah Ahmad Shatari (K)
18. Jamuan VIP, Guru dan Ibu bapa Nora binti Md Nor
Nooraini Hasan
19. Kebersihan Nur Ayuni binti Abdul Hadi
20. Keselamatan dan Tempat Parkir Norbaidatul Eda binti Ahmad Rafiee
21. Sambutan dan Kompang (K)
Nurainisah Fadzil
Wan Noor Amira binti Wan Anuar
Siti Zulaikha binti Zakaria
Semua Guru dan
AJK PIBG 2019/20

Zairudin Zakaria (K)
Abd. Muzaffar bin Babjan
Naziana binti Mohd Mohd Nawawi
Monaliza Samain (K)
Roslina Ramli

7

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN HULU KELANG

SESI 2019/2020

Penasihat : Encik Sifly bin Saari
Yang Dipertua : Encik Abdul Hadi Risqa Kanis bin Mohd Yusof
Naib Yang Dipertua : Encik Rahinan bin Sarif
Setiausaha Kehormat : Puan Rosliza binti Nik Mustaffa
Naib Setiausaha : Puan Monaliza binti Samain
Bendahari Kehormat : Encik Mohd Razif bin Sawal
Ahli Jawatankuasa : 1. Dr. Suraya binti Ya’acob
2. Encik Cik Mohd Azizi bin Che Lah
Juru Audit : 3. Encik Saiful bin Ibrahim
4. Puan Maziana binti Mustafa
5. Dr. Shuib bin Rambat
6. Puan Rozita binti Latip
7. Encik Mohamad Lotfi Aamir bin Husin
8. Encik Muhammad Hafiz bin Ahmad
9. Puan Zainab binti Yaakob
10. Cik Naziana binti Mohd Nawawi
1. Puan Noraziah binti Abdul Karim (Ibubapa)
2. Puan Malisa binti Mohammad Ariff (Guru)

8

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45
JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL. TUGAS AHLI JAWATANKUASA
1. Penyambut Tetamu Guru Besar
Semua Penolong Kanan
YDP/NYDP/AJK PIBG

2. Pengacara Majlis Malisa Mohammad Ariff
Muhammad Hafiz bin Ahmad

3. Bacaan Doa Muhammad Abdul Muzakkir Ismail

4. Pengurus Majlis Rosliza binti Nik Mustaffa

5. Pemandu Arah (Usher) Suaibatul Aslamiah binti Ishak

6. Siaraya Mohd Radzi bin Mohd Noh (K)
7. Banner dan Hebahan Oui Soon Kian
Mohd Zaidi bin Abu Bakar

8. Buku Program, Penyediaan Bahan Rosliza binti Nik Mustaffa(K)

& Edaran Anita binti Muhamad

Hartini binti A.Rahman

Zainab binti Yaacob

9. Pendaftaran Norhasima binti Abd kadir (K)
Wang Lock Hui
10. Persembahan Multimedia Naslina Nawi
11. Pegawai Statistik Ildawati binti Halil
12. Pengira Undi Rosliza binti Nik Mustaffa (borang)
13. Sijil & Cenderamata
Khairunnisa binti Jalil

Oui Soon Kian

Mohamad Lotfi Aamir Husin (K)
Abd. Muzaffar bin Babjan
Mohd Yusoff bin Ahmad Nordin
Zairudin binti Zakaria
Rohana binti Masoud (K)
Tiviyaa a/p Mutusami
Maisyarah binti Mohd Zain

9

14. Persiapan Pentas/ Backdrop Nur Balqish binti Md Fazil (K)
15. Persiapan Dewan Nurul Asyikin binti Roselan
16. Jurufoto Muhammad Abdul Muzakkir Ismail
Zaida Abdul Talib
Suzana binti Ramli
Norfadilah binti Isa

Mohd Yusoff Ahmad Nordin (K)
Mohd Mokhzani bin Mohd Zain
Noraziah binti Ghazali
Normaizura binti Marzuki
Noor Faizura binti Masiran
Norliza binti Omar

Noorhyzarr bin Abd Hamid

17. Pencatat minit Ummu Habibah Ahmad Shatari (K)
18. Jamuan VIP, Guru dan Ibu bapa Nora binti Md Nor
Nooraini Hasan
19. Kebersihan Nur Ayuni binti Abdul Hadi
20. Keselamatan dan Tempat Parkir Norbaidatul Eda binti Ahmad Rafiee
21. Sambutan dan Kompang (K)
Nurainisah Fadzil
Wan Noor Amira binti Wan Anuar
Siti Zulaikha binti Zakaria
Semua Guru dan
AJK PIBG 2019/20

Zairudin Zakaria (K)
Abd. Muzaffar bin Babjan
Naziana binti Mohd Mohd Nawawi
Monaliza Samain (K)
Roslina Ramli

10

KEHADIRAN AHLI DALAM MESYUARAT AJK PIBG 2019/2020

BIL NAMA TARIKH
16/03/19 20/04/19 24/08/19 12/11/19 18/2/20
1. ABDUL HADI RISQA
KANIS BIN MOHD / /x//
YUSOF
/ / x /x
2. ENCIK RAHINAN BIN
SARIF

3. DR SURAYA BINTI / / / x/
YA’ACOB

4. ENCIK SAIFUL BIN / / x xx

IBRAHIM

5. DR SHUIB BIN RAMBAT / / x xx

6. PUAN ROZITA BINTI // //

LATIP

7. PUAN MAZIANA BINTI / / x / /

MUSTAFA

8. ENCIK CIK MOHD AZIZI / / / xx

BIN CHE LAH

9. PUAN NORAZIAH BT / / / xx

ABDUL KARIMABDUL

10. PUAN ROSLIZA BT NIK / / / / /

MUSTAFFA

11. PUAN MONALIZA BT / /x//
SAMAIN

12. ENCIK RAZIF BIN / / x /x

SAWAL

13. ENCIK MOHAMAD LOTFI / / / / /

AAMIR BIN HUSIN

14. ENCIK MUHAMMAD / / / //
HAFIZ BIN AHMAD / / / /x

15. PUAN ZAINAB BT
YAAKOB

16. CIK NAZIANA BT MOHD / / / / /

NAWAWI

Petunjuk

/ - Hadir
X – Tidak hadir

11

SEKOLAH KEBANGSAAN HULU KELANG

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 44
2019/2020

Tarikh : 23 Februari 2019
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Astana Cendekiawan, SK Hulu Kelang
Pengerusi : Tuan Haji Ali bin Mohamad

KEHADIRAN

Ibu bapa : 117 orang
44 orang
Guru :
161 orang
Jumlah :

(Rujuk Lampiran)

Urusetia Mesyuarat :

1. Puan Rosliza binti Nik Mustaffa Setiausaha PIBG
Naib Setiausaha PIBG
2. Puan Monaliza binti Samain

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi, Tuan Hj. Ali bin Mohamad selaku Yang Dipertua PIBG
mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan ibu bapa,
penjaga dan guru.

1.2 Pengerusi berharap lebih ramai ibu bapa dapat hadir dan meluangkan
masa pada masa yang akan datang.

1.3 Beliau berharap komunikasi di antara ibu bapa dan pihak sekolah dapat
ditingkatkan demi kepentingan murid-murid di sekolah ini.

1.4 Beliau berkata faktor keselamatan menjadi isu utama kebimbangan kepada
ibu bapa. Oleh itu, kerjasama daripada ibu bapa penting bagi mengatasi
masalah ini. Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak masuk ke dalam
kawasan sekolah sewaktu menghantar mereka.

1.5 Pengerusi berharap ibu bapa dapat memainkan peranan dan membantu
sekolah dalam meningkatkan infrastruktur sekolah ke arah yang lebih baik.
Oleh itu, beliau meletakkan harapan yang besar kepada ibu bapa agar
dapat memberi cadangan dan mencalonkan ahli jawatankuasa PIBG yang
baru yang boleh menjadi penghubung di antara ibu bapa dan guru.

12

1.6 Pengerusi mempersilakan Encik Sifly bin Shaari selaku penasihat untuk
memberi ucapan kepada ibu bapa yang hadir.

2. PERUTUSAN PENASIHAT

2.1 Encik Sifly bin Shaari selaku penasihat merakamkan ucapan terima kasih
kepada ibu bapa , penjaga dan guru-guru SK Hulu Kelang yang hadir pada
mesyuarat kali ini.

2.2 Encik Sifly juga mengucapkan terima kasih kepada YDP, Naib YDP dan
AJK PIBG atas segala sumbangan kewangan dan tenaga yang telah
dicurahkan sepanjang menjalankan tugas.

2.3 Encik Sifly berharap agar AJK PIBG yang akan dilantik nanti terus
memberikan komitmen yang tinggi dan bekerjasama dalam menjayakan
semua aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah.

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Pengerusi meminta ibu bapa merujuk buku minit mesyuarat Agung PIBG
muka surat 11-21 dan meminta agar minit mesyuarat ini diterima dan
disahkan.

3.2 Encik Zainudin bin Idris mencadangkan agar minit mesyuarat Agung kali
ke-43 diterima dan disahkan.

3.3 Puan Maziana binti Mustafa membuat teguran mengenai senarai nama
guru yang hadir tidak dilampirkan dan jumlah kehadiran ahli PIBG tidak
sama dengan jumlah yang dilampirkan.

Jawapan: Pengerusi menjawab kehadiran guru tidak dilampirkan bersama
minit mesyuarat dan berkata pihak urusetia akan membuat pindaan dengan
meletakkan lampiran kehadiran guru bersama minit mesyuarat ini pada
masa akan datang.

3.4 Puan Noraziah binti Abdul Karim menyokong agar minit mesyuarat kali ke-
43 dengan pindaan disahkan.

4. PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN 2018
4.1 Encik Razif bin Sawal, selaku Bendahari Kehormat membentangkan
penyata kewangan tahun 2018. Beliau meminta ibu bapa merujuk muka
surat 26-27.

13

4.2 Sebelum Encik Razif membentangkan penyata kewangan 2018, Pengerusi
meminta ibu bapa merujuk muka surat 25 untuk laporan program dan aktiviti
yang melibatkan PIBG sepanjang tahun 2018 iaitu sebanyak 14 aktiviti.

4.3 Dr. Suraya Yaacob bertanya adakah aktiviti PIBG melibatkan aktiviti bukan
akademik sahaja.

Jawapan: Pengerusi, Tn. Hj. Ali menjawab PIBG menyumbang kepada
aktiviti yang melibatkan semua murid sama ada dalam bidang akademik
atau ko akademik. Program Bintang Harapan untuk murid tahun 6
contohnya, merupakan aktiviti akademik. Banyak aktiviti yang melibatkan
tahun 6 kerana mereka terlibat dengan peperiksaan UPSR.

4.4 Encik Razif bin Sawal membentangkan penyata kewangan dan
memaklumkan bahawa jumlah pendapatan yang diperolehi oleh PIBG
adalah sebanyak RM48,633.32. Jumlah perbelanjaan yang yang telah
digunakan sepanjang tahun 2018 adalah sebanyak RM46,299.10
manakala baki sehingga 31 Disember 2018 sebanyak RM2334.22 .

4.5 Encik Abdul Hadi mencadangkan bendahari dapat membuat perincian
tentang bilangan barang yang telah dibeli.

4.6 Puan Maziana juga mencadangkan agar setiap perbelanjaan dinyatakan
secara terperinci dari segi tarikh barang itu dibeli, nama dan jumlah
bilangan item yang dibeli.

Jawapan: Selaku Bendahari Kehormat, Encik Razif bin Sawal menerima
baik cadangan Encik Abdul Hadi dan Puan Maziana dan memaklumkan
akan memperbaiki penyata kewangan itu nanti.

4.7 Pengerusi, Tn. Hj. Ali memaklumkan bahawa SK Hulu Kelang mempunyai
kekuatan dari segi sukan dan olahraga. Oleh sebab itu, PIBG banyak
menyumbang kewangan dari segi sukan contohnya membeli kasut “spike”
yang baru kepada pasukan olahraga yang akan mewakili sekolah pada
peringkat yang tinggi seperti peringkat daerah Gombak dan peringkat
negeri Selangor. Hal ini kerana, PIBG mahukan yang terbaik daripada
pasukan olahraga selain memberi penghargaan buat mereka yang telah
mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah atau negeri.

4.8 Encik Mat Saad bertanya kenapa perbelanjaan kewangan PIBG banyak
dialirkan kepada penyelenggaraan sekolah. Beliau menyatakan yang
sepatutnya pihak sekolah memohon daripada Kementerian Pendidikan
untuk baik pulih dan penyelenggaraan sekolah.

Jawapan: Tuan Hj. Ali menjawab penyelenggaraan yang kecil-kecil banyak
ditanggung oleh PIBG kerana proses permohonan kepada Kementerian

14

Pendidikan memerlukan masa yang agak lama sedangkan baik pulih
penyelenggaraan contohnya paip pecah perlu diatasi dengan secepat yang
mungkin.

4.9 Encik Mohd Azizi bin Che Lah mencadangkan penyata kewangan 2018 ini
diterima dan disahkan.

4.9.1 Majlis sebulat suara menyokong cadangan tersebut dan menerima
penyata kewangan tersebut.

5. PERKARA BERBANGKIT
5.1 Tiada perkara berbangkit.

6. PEMBENTANGAN USUL
6.1 Ibu bapa diminta merujuk buku minit mesyuarat Agung PIBG muka surat
28.
6.1.1 Usul No. 1
Puan Rila Amalin memohon agar waktu balik (sesi petang)
pada hari Jumaat dipercepatkan seperti tahun lepas.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan bahawa mata pelajaran
TASMIK telah dimasukkan ke dalam jadual waktu pada tahun ini.
Oleh sebab itu, murid akan balik lewat setengah jam berbanding
tahun lepas.

6.1.2 Usul No. 2
Encik Mohd Zafer bin Musa mencadangkan agar sekolah
mengadakan program mentor mentee di mana pelajar pintar
membantu pelajar lemah di bawah seliaan guru.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan bahawa program
mentor mentee hanya diadakan untuk murid tahun 6 sahaja. Murid
tahun 1 hingga 3 tidak lagi menduduki peperiksaan mulai tahun 2019
dan akan dinilai dalam penilaian bilik darjah(PBD). Oleh sebab itu,
program mentor mentee tidak perlu diadakan. Namun begitu, ibu
bapa boleh berjumpa guru-guru untuk mengetahui prestasi anak-
anak mereka.

6.1.3 Usul No. 3
Encik Abdul Hadi Risqa Kanis mencadangkan agar pihak
sekolah mengadakan sekolah satu sesi sahaja dan

15

menambah masa persekolahan sehingga jam 3 petang.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah
sememangnya berhasrat untuk mengadakan sekolah satu
sesi. Namun begitu, ada beberapa kekangan yang perlu
diatasi sebelum menjadikan sekolah satu sesi. Antaranya ialah
kemudahan bilik darjah yang tidak mencukupi. Kelas di tingkat atas
pula mengalami keadaan bumbung yang rosak dan perlu dibaik
pulih. Hal yang demikian, proses baik pulih bumbung memerlukan
kos yang tinggi. Tambahan pula, bilangan perabot juga tidak
mencukupi iaitu dianggarkan sebanyak 200 buah kerusi dan 200
buah meja. Kos meja dan kerusi untuk sebuah kelas dianggarkan
sebanyak RM5000 dan pihak sekolah memerlukan bilangan kerusi
dan meja untuk tiga buah kelas iaitu jumlah kos sebanyak lebih
kurang RM15000. Oleh itu, Guru Besar memaklumkan bahawa
Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang akan menjadi sekolah satu sesi
selewat-lewatnya pada tahun 2021. Mengenai pertambahan dari
segi masa pula, Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah terikat
kepada pekeliling di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia,
Justeru itu, pihak sekolah perlu mengikut dasar yang ditetapkan dan
tidak boleh mengubah waktu persekolahan dengan sewenang-
wenangnya.

6.1.4 Usul No. 4
Puan Suzana binti Ramli mengusulkan agar sumbangan PIBG
berjumlah RM60 untuk satu keluarga dikekalkan bagi tempoh 2
tahun lagi.

Jawapan: Yang Dipertua PIBG, Tuan Hj. Ali meminta diadakan
undian untuk bayaran sumbangan PIBG pada tahun ini sama ada
dikekalkan atau dinaikkan. Encik Abdul Hadi mencadangkan
bayaran sumbangan PIBG dinaikkan kepada RM120 setahun untuk
sebuah keluarga dan boleh dibayar secara beransur-ansur. Encik
Abdul Hadi berharap cadangan beliau mendapat persetujuan dan
kerjasama daripada ibu bapa.
Encik Cik Mohd Azizi pula mencadangkan agar pihak sekolah
mengadakan program Bacathon setiap tahun untuk menambah
dana PIBG. Namun begitu, Tuan Hj. Ali memaklumkan bahawa
permit Bacathon hanya boleh diperolehi selepas 3 tahun. Undian
dibuat menunjukkan majoriti ibu bapa bersetuju untuk menaikkan

16

bayaran sumbangan PIBG daripada RM60 kepada RM80 setahun
untuk sebuah keluarga.

7. PEMBUBARAN AJK 2018/2019 DAN PEMILIHAN / PELANTIKAN AJK
2019/2020

7.1 AJK lama dibubarkan terlebih dahulu.

7.2 Tuan Hj. Ali bin Mohamad dan AJK 2018/2019 memohon mengundur diri
dan memohon maaf sekiranya ada beberapa perkara yang tidak dapat
dilaksanakan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
dan AJK PIBG 2018/2019 yang telah banyak membantu dan menyumbang
idea juga tenaga untuk menjayakan semua program yang telah dirancang.
Beliau meminta ibu bapa mencadangkan dan melantik pengerusi
sementara untuk menjalankan proses pemilihan dan pelantikan AJK PIBG
sesi 2019/2020.

7.2.1 Encik Zainudin bin Idris mencadangkan agar Guru Besar, Encik Sifly
bin Shaari menjadi pengerusi sementara PIBG .
Sebulat suara menyokong cadangan tersebut.

7.3 Encik Sifly bin Shaari menerangkan peraturan pelantikan AJK PIBG sesi
2019/2020 kepada semua ibu bapa. Undian setiap calon hanya boleh
dilakukan sebanyak 3 kali untuk seorang. Semua calon yang dicadangkan
perlu memperkenalkan diri masing-masing.

7.4 Encik Muhammad Hafiz bin Ahmad mencadangkan Encik Abdul Hadi Risqa
Kanis dicalonkan sebagai Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2019/2020.

7.4.1 Sebulat suara mencadangkan agar cadangan Encik Muhammad
Hafiz ditutup.

7.5 Encik Abdul Hadi Risqa Kanis telah dipilih sebagai Yang Dipertua PIBG
bagi sesi 2019/2020.

7.6 Encik Mohamad Lotfi Amir mencadangkan Encik Shuib bin Rambat sebagai
Naib Yang Dipertua PIBG.

7.6.1 Cadangan dan pencalonan mendapat sokongan majoriti.

17

7.7 Puan Eulista Fairuz binti Mohd Tauhid mencadangkan Dr. Suraya Yaacob
sebagai Naib Yang Dipertua PIBG.

7.7.1 Cadangan dan pencalonan mendapat sokongan majoriti.

7.8 Encik Abdul Hadi Risqa Kanis mencadangkan Encik Rahinan bin Sarif
sebagai Yang Dipertua PIBG.

7.8.1 Cadangan dan pencalonan mendapat sokongan majoriti.

7.9 Proses undian dilakukan dan keputusan undian adalah seperti berikut:

Encik Shuib bin Rambat - 62 undian

Dr. Suraya Yaacob - 50 undian

Encik Rahinan bin Sarif - 70 undian

7.10 Encik Rahinan bin Sarif telah dipilih menjadi Yang Dipertua PIBG sekali lagi
bagi sesi 2019/2020.

7.11 Encik Saiful bin Ibrahim mencadangkan agar Dr. Suraya Yaacob dan Encik
Shuib bin Rambat dimasukkan ke dalam senarai ahli jawatankuasa PIBG
sesi 2019/2020.

7.11.1 Cadangan dan pencalonan mendapat sokongan majoriti.

7.12 Encik Mohd Zaidi bin Abu Bakar mencadangkan Encik Saiful bin Ibrahim
sebagai Ahli Jawatankuasa.

7.12.1 Cadangan dan pencalonan mendapat sokongan majoriti.

7.13 Encik Muhamad Hafiz bin Ahmad mencadangkan Puan Rozita binti Latip
sebagai Ahli Jawatankuasa.

7.13.1 Cadangan dan pencalonan mendapat sokongan majoriti.

7.14 Puan Norazila mencadangkan Puan Noraziah binti Abdul Karim sebagai
Ahli Jawatankuasa.

18

7.14.1 Cadangan dan pencalonan mendapat sokongan majoriti.

7.15 Puan Noraziah mencadangkan Puan Maziana binti Mustafa sebagai Ahli
Jawatankuasa.

7.15.1 Cadangan dan pencalonan mendapat sokongan majoriti.

7.16 Encik Muhamad Hafiz bin Ahmad mencadangkan Encik Cik Mohd Azizi bin
Che Lah sebagai Ahli jawatankuasa.

7.16.1 Cadangan dan pencalonan mendapat sokongan majoriti.

7.17 Puan Wan Norizah mencadangkan Puan Fauziah binti Nordin sebagai Ahli
Jawatankuasa.

7.17.1 Cadangan dan pencalonan mendapat sokongan majoriti.

7.18 Proses undian dijalankan dan keputusan undian adalah seperti berikut:

Encik Saiful bin Ibrahim - 81 undian

Puan Rozita binti Latip - 53 undian

Puan Noraziah binti Abdul Karim - 52 undian

Puan Maziana binti Mustafa - 78 undian

Encik Mohd Azizi bin Che Lah - 75 undian

Puan Fauziah binti Nordin - 43 undian

7.18.1 Keputusan undian menunjukkan Encik Saiful, Puan Maziana, Encik
Mohd Azizi dan Puan Rozita dilantik menjadi AJK PIBG manakala
Puan Noraziah dilantik menjadi juruaudit.

19

7.19 Berikut adalah senarai akhir AJK PIBG bagi sesi 2019/2020 setelah undian
dijalankan dan mendapat sokongan majoriti ibu bapa yang hadir.

Yang Dipertua PIBG : Encik Abdul Hadi Risqa Kanis

Naib Yang Dipertua PIBG : Encik Rahinan bin Sarif

AJK PIBG : 1. Encik Shuib bin Rambat
2. Dr. Suraya binti Yaacob
3. Encik Saiful bin Ibrahim
4. Puan Maziana binti Mustafa
5. Encik Cik Mohd Azizi bin Che Lah
6. Puan Rozita binti Latip

Juruaudit : Puan Noraziah binti Abdul Karim

7.20 AJK Guru yang telah dilantik sebelum ini dikekalkan bagi sesi 2019/2020

a) Puan Rosliza binti Nik Mustaffa - Setiausaha Kehormat

b) Puan Monaliza binti Samain - Naib Setiausaha

c) Encik Mohd Razif bin Sawal - Bendahari Kehormat

d) Encik Mohd. Hafiz bin Ahmad - AJK

e) Encik Mohamad Lotfi Aamir bin Husin - AJK

f) Puan Zainab binti Yaakob - AJK

g) Cik Naziana binti Nawawi - AJK .

h) Puan Malisa binti Mohammad Ariff - Juruaudit

7.21 Mewakili Encik Sifly bin Shaari, Guru Besar sebagai EX-OFFICIO
i. Puan Bebe Zarjan binti Mirbas Khan
ii. Puan Khairah binti Duru Laman
iii. Puan Rodziah binti Abdul Hamid
iv. Puan Norazah binti Badarudin

7.22 Encik Abdul Hadi Risqa Kanis sebagai Yang Dipertua PIBG yang baru
dilantik mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada AJK baharu di atas
perlantikan sebagai Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2019/2020. Beliau
berharap semua AJK yang dilantik akan bekerjasama dalam
melaksanakan semua program PIBG yang telah dirancang. Beliau juga
telah memberi laluan kepada Tuan Guru Besar untuk menjawab
pertanyaan dan cadangan daripada ibu bapa dalam agenda hal-hal lain.

20

8. HAL-HAL LAIN

8.1 Haji Ahmad bin Awang mencadangkan pihak sekolah menjemput ibu bapa
menghadiri majlis bacaan yaasin yang diadakan pada setiap pagi Jumaat.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan bahawa bacaan yaasin diadakan
pada setiap pagi Jumaat untuk murid tahun 6 sahaja. Namun begitu ,
sekiranya ibu bapa yang berkelapangan boleh turut serta dalam majlis ini.

8.2 Encik Musa bin Walat mencadangkan agar murid dapat memilih sendiri unit
uniform yang mereka minati dan bukannya ditentukan oleh pihak sekolah.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan penetapan murid dalam unit
beruniform perlu dibuat agar bilangan murid dapat diagihkan secara sama
rata ke dalam setiap unit beruniform. Jika penetapan tidak dibuat,
kemungkinan ada unit beruniform yang akan mengalami lebihan ahli
manakala unit beruniform yang tidak mendapat sambutan murid mengalami
kekurangan ahli.

Encik Musa bin Walat juga mencadangkan agar harga makanan di kantin
sekolah dikaji semula.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah pun
berunding dengan pihak pengusaha kantin agar dapat menjual makanan
pada harga yang berpatutan. Di samping itu, pihak sekolah juga telah
mewujudkan ahli jawatankuasa kantin yang tugasnya memantau harga
makanan dan kebersihan kantin pada setiap bulan.

8.3 Puan Nor Azean Kadirun mencadangkan agar sekolah menambah baik
tempat menurun dan mengambil murid kerana keadaan sekarang terlalu
bahaya. Jalan keluar dan masuk kenderaan harus disediakan secepat
mungkin.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan keadaan lalu lintas akan pulih seperti
sedia kala sekiranya kerja-kerja pembangunan siap sepenuhnya. Pihak
sekolah memohon agar semua ibu bapa menghantar dan mengambil anak
di pintu pagar B

8.4 Puan Aminatuzzahriye binti Arif mencadangkan latihan untuk murid-murid
diperbanyakkan dan sekolah mengadakan kelas tambahan bagi pelajar
yang lemah.

21

Jawapan: Guru Besar memaklumkan bahawa kelas tambahan akan lebih
difokuskan kepada murid tahun 6 sahaja kerana murid-murid tahun 1
hingga 3 tiada peperiksaan.

8.5 Encik Saiful bin Ibrahim mencadangkan tiada mata pelajaran Pendidikan
Jasmani pada hari Isnin kerana menyusahkan pelajar untuk menukar
pakaian.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan yang mata pelajaran Pendidikan
Jasmani pada hari Isnin telah dipinda ke hari yang lain.

Encik Saiful bin Ibrahim juga mencadangkan pihak sekolah mengambil
tempahan tanda nama pelajar.

Jawapan: Penolong Kanan HEM memaklumkan bahawa ibu bapa boleh
membuat tempahan tanda nama terus di kedai buku sekolah mengikut
warna yang telah ditetapkan dan siap dalam tempoh 2 minggu.

8.6 Encik Zuaxmaal Mohamad mencadangkan pihak sekolah mengaktifkan
dan mempelbagaikan lagi aktiviti persatuan dan kelab.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan guru-guru akan melaksanakan aktiviti
kokurikulum pada setiap hari Rabu mengikut sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan.

8.7 Puan Rila Amalin berharap agar pihak sekolah memperbaiki tandas untuk
keselesaan murid.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan penambahbaikan tandas sentiasa
dibuat oleh pihak sekolah dan berharap murid-murid dapat menjaga
kebersihan tandas dengan sebaik-baiknya.

8.8 Puan Nur Puspawati Aminudin mencadangkan guru dapat memberi latihan
tambahan untuk subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains semasa cuti
sekolah dan menyediakan modul supaya ibu bapa dapat memberi tunjuk
ajar kepada anak-anak.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan bahawa guru-guru sentiasa
memberikan latihan dan diharapkan ibu bapa memantau latihan yang
diberikan oleh guru terutama di rumah.

22

Puan Nur Puspawati Aminudin juga mencadangkan pihak sekolah
mengadakan ceramah atau kempen anti-buli untuk memberi kesedaran
kepada murid-murid.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan kempen anti buli dan ceramah
keselamatan telah diadakan bersama pihak polis bagi mengatasi masalah
ini.

8.9 Encik Mohd Zafer bin Musa mencadangkan agar pihak sekolah
mengadakan program galakan membaca dan memperkasakan peranan
perpustakaan.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan Jawatankuasa Pusat Sumber
Sekolah telah menjalankan program NILAM untuk menggalakkan murid-
murid membaca dan membuat catatan. Pusat Sumber Sekolah juga turut
menyediakan sijil dan hadiah bagi pembaca yang terbanyak.

Encik Mohd Zafer juga mencadangkan pihak sekolah mengadakan
perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah yang berdekatan.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan perlawanan persahabatan di antara
sekolah-sekolah telah diadakan secara berkala.

Encik Mohd Zafer juga mencadangkan sekolah mengadakan gotong-
royong secara berkala bagi keceriaan dan kebersihan sekolah.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan aktiviti gotong-royong menceriakan
kawasan sekolah akan diadakan bersama-sama AJK PIBG yang baharu
dilantik.

8.10 Puan Nini Nor Shaharani binti Hamzah mencadangkan pihak sekolah
memaklumkan aktiviti yang melibatkan ibu bapa lebih awal sekurang-
kurangnya seminggu sebelum program.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan edaran surat akan dibuat 2 atau 3 hari
sebelum bagi mengelakkan surat tersebut hilang.

8.11 Puan Maziana binti Mustafa mencadangkan pihak sekolah membuat
pemantauan terhadap penjualan barang-barang di kedai buku serta
memantau penjualan makanan tidak berkhasiat yang dijual sewaktu balik
sekolah iaitu penjaja di luar pagar sekolah.

23

Jawapan: Guru Besar memaklumkan pihak sekolah telah mewujudkan
Jawatankuasa Kedai Buku Sekolah di bawah unit HEM. Jawatankuasa ini
ditugaskan untuk memantau penjualan barang-barang di kedai buku.
Mengenai penjualan makanan yang tidak berkhasiat di luar, pihak sekolah
telah memberi nasihat kepada murid agar tidak membeli makanan yang
tidak berkhasiat. Ibu bapa boleh melaporkan kepada pihak MPAJ supaya
mengambil tindakan terhadap penjual yang menjual di luar pagar sekolah.

Puan Maziana juga mencadangkan pihak sekolah mewujudkan ruangan
“lost and found” untuk barangan pelajar yang dijumpai.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan bahawa guru bertugas akan
menyimpan barang-barang yang hilang sekiranya murid tidak menuntut
barang tersebut.

8.12 Encik Abdul Hadi Risqa Kanis mencadangkan penggunaan Bahasa
Inggeris dalam satu hari dan mengadakan program praktikal solat.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan bahawa Panitia Bahasa Inggeris telah
melaksanakan penggunaan Bahasa Inggeris dalam satu hari dan praktikal
solat dijalankan dalam program Kem Bestari Solat.

Encik Abdul Hadi Risqa Kanis juga mencadangkan sekolah mewajibkan
pemakaian seragam pada hari tertentu dan memantau penjualan makanan
sihat di kantin.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan pemakaian seragam Badan Unit
Beruniform telah diadakan pada perhimpunan hari Isnin minggu ketiga
setiap bulan. Mengenai pemantauan penjualan makanan sihat di kantin
akan dijalankan oleh Unit kantin pada setiap bulan.

Encik Abdul Hadi Risqa Kanis juga mencadangkan sekolah satu sesi
sajaha.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan cadangan tersebut telah dijawab
semasa agenda pembentangan usul.

24

Encik Abdul Hadi turut mencadangkan agar pihak sekolah dapat menggilap
bakat terpendam murid seperti berpidato, penulisan kreatif dan kemahiran
diri.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan bilik pidato telah diwujudkan
bersebelahan bilik guru bagi mencungkil bakat murid untuk dihantar
bertanding ke peringkat yang lebih tinggi.

Encik Abdul Hadi juga mencadangkan pihak sekolah menitik beratkan isu
keselamatan semasa menghantar dan mengambil murid.

Jawapan: Guru Besar menjawab bahawa isu keselamatan murid adalah
perkara yang sentiasa dititik beratkan.Keselamatan murid sentiasa
dipantau bagi memastikan murid selamat. Murid selalu diingatkan agar
menjaga keselamatan diri terutama di luar sekolah.

Encik Abdul Hadi mencadangkan pihak sekolah menyediakan kemudahan
tempat menyimpan topi keledar.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan bahawa tempat penyimpanan topi
keledar tidak dapat disediakan kerana tiada murid yang membawa topi
keledar semasa datang ke sekolah.

Encik Abdul Hadi juga mencadangkan agar usaha membaik pulih
persekitaran dan bangunan sekolah dipergiatkan.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah sedang
memohon bantuan untuk menaik taraf dan menceriakan kawasan sekolah.
Guru Besar berharap agar PIBG dapat memberikan sumbangan untuk
membaik pulih sekolah ini.

8.13 Puan Malisa binti Mohammad Ariff selaku guru perpustakaan dan media
mencadangkan agar ibu bapa dapat bekerjasama dengan pihak sekolah
untuk menaik taraf prasarana Pusat Sumber Sekolah (PSS). Keperluan
utama PSS buat masa sekarang ialah kerusi dan meja yang selesa untuk
murid-murid membaca dan menjalankan aktiviti. PSS juga memerlukan dua
buah komputer sebagai utiliti penting untuk ruang akses.

Jawapan: Guru Besar memohon ibu bapa dapat memberikan sumbangan
untuk menaik taraf prasarana Pusat Sumber Sekolah. Guru Besar juga

25

menyarankan mana-mana ibu bapa yang mempunyai kenalan yang dapat
membantu untuk menyumbang kerusi dan meja serta 2 buah komputer.

8.14 Encik Muhammad Shahril Mahizan mencadangkan penyediaan “locker”
untuk setiap kelas.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan ibu bapa yang berminat dengan
penggunaan “locker” di kelas, boleh mengisi borang untuk menyewa
“locker” tersebut. Penyewaan “locker” tersebut dijalankan oleh pihak
syarikat swasta yang mengenakan sewa lebih kurang seratus lebih
setahun. Tiada paksaan dari pihak sekolah dan hanya ditawarkan kepada
ibu bapa yang berminat sahaja.

8.15 Encik Harith bin Ridzuan mencadangkan ibu bapa dan guru menggiatkan
aktiviti untuk menambah dana PIBG sekolah (fund-raising).

Jawapan: Guru Besar memaklumkan yang pihak sekolah akan berbincang
bersama jawatankuasa PIBG yang baru tentang program yang dapat
meningkatkan dana PIBG.

Encik Harith juga mencadangkan pihak sekolah menganjurkan program
“sekolah hijau mesra alam”.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan program sekolah hijau mesra alam
akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG nanti. Guru Besar berkata
dari segi “landskap”, pihak sekolah akan berurusan dengan MPAJ.

Encik Harith memohon ibu bapa bersama-sama pihak sekolah
mengadakan aktiviti pembuatan perabot daripada kayu terpakai untuk
kegunaan sekolah.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan aktiviti pembuatan perabot daripada
kayu terpakai akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG yang akan
datang.

Encik Harith juga memohon bantuan ibu bapa untuk bertukang dan
membaik pulih keadaan sekolah.

Jawapan: Guru Besar memohon ibu bapa yang mempunyai kepakaran
dalam bertukang boleh memaklumkan pihak sekolah selepas ini.

26

Encik Harith mencadangkan sekolah merealisasikan projek “taman herba”.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan pihak sekolah sebelum ini memang
berminat untuk merealisasikan projek “taman herba”. Namun, pihak
sekolah masih menanti wang sumbangan bagi menjalankan projek “taman
herba” ini.

8.16 Encik Azlan Nizam bin Amir Hazarullah mencadangkan AJK PIBG yang
dilantik mengadakan lawatan atau pemantauan di sekeliling kawasan
sekolah selepas mesyuarat agung tahunan.

Jawapan: Guru Besar berharap AJK PIBG yang baru dilantik dapat
memantau di sekeliling kawasan sekolah selepas mesyuarat agung
tahunan.

8.17 Guru Besar membentangkan perancangan aktiviti sekolah yang melibatkan
peruntukan kewangan yang dimohon daripada PIBG sekolah dan juga
bayaran yang perlu dibuat oleh ibu bapa itu sendiri sepanjang tahun 2019.
Guru Besar juga memohon persetujuan ibu bapa untuk program yang bakal
dijalankan.

8.17.1 Program Kenali Kami (Disleksia, ADHD dan Autisme) yang akan
dijalankan pada bulan April bagi mengenali murid pra sekolah, tahun
1 hingga 6 memerlukan anggaran RM20 untuk setiap ibu bapa yang
berminat.
Jawapan: Ibu bapa sebulat suara bersetuju dengan program yang
akan dijalankan oleh pihak sekolah.

8.17.2 Bayaran duit raya untuk setiap murid pada bulan Mei dinaikkan dari
RM3 kepada RM5 dan telah mendapat persetujuan YDP PIBG yang
baru.
Jawapan: Ibu bapa sebulat suara bersetuju dengan kenaikan duit
raya murid.

8.17.3 Bahan latih tubi iaitu Modul Sains dan Bahasa Inggeris memerlukan
bayaran RM15 bagi seorang murid (hanya melibatkan murid kelas 5
Prestij dan 5 Intelek sahaja). Manakala surat akhbar didik RM35
setahun untuk setiap murid. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar
oleh setiap murid dari kelas 5P dan 5I ialah RM50 seorang. Bahan

27

latih tubi ini dapat digunakan sepanjang tempoh bulan Mac hingga
Oktober.
Jawapan: Ibu bapa bersetuju dengan program peningkatan
akademik yang pihak sekolah laksanakan.
8.17.4 Sambutan Hari Kanak-Kanak yang akan diadakan pada bulan
November nanti memerlukan peruntukan kewangan dari PIBG untuk
jamuan dan cenderahati murid sebanyak RM5 seorang, anugerah
kedatangan penuh anggaran untuk 10 orang murid sebanyak RM15
seorang, anugerah tokoh murid anggaran untuk 2 orang murid
sebanyak RM50 seorang dan hadiah pertandingan untuk setiap
aliran sebanyak RM60 bagi setiap aliran.
Jawapan: Ibu bapa bersetuju dengan majlis sambutan hari kanak-
kanak yang pihak sekolah laksanakan untuk menghargai murid-
murid yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang
tahun.
8.17.5 Jamuan atau lawatan pemimpin muda yang terdiri daripada barisan
pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas SPBT dan
pembimbing rakan sebaya yang akan dilaksanakan pada bulan
November memerlukan bayaran dari ibu bapa sebanyak anggaran
RM65 seorang.
Jawapan: Ibu bapa bersetuju dengan program yang akan
dilaksanakan oleh pihak sekolah.

9. UCAPAN PENANGGUHAN
9.1 Encik Abdul Hadi berharap ibu bapa memberikan yang terbaik untuk
pendidikan anak-anak. Beliau mengatakan bahawa kerajaan telah
menyediakan kemudahan dari segi pendidikan kepada anak-anak dan juga
para pendidik yang berdedikasi. Maka, dengan itu ibu bapa perlu sama-
sama menjaga, menasihati dan mendidik anak-anak dengan sebaik
mungkin kerana beliau percaya didikan anak-anak bermula dari rumah dan
disambut oleh guru-guru di sekolah. Di samping itu, anak-anak juga perlu
mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Oleh sebab
itu, PIBG dan pihak sekolah perlu sama-sama berganding bahu dan
bekerjasama dalam usaha melahirkan anak-anak yang cemerlang dari
semua aspek. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.50 pagi.

Urusetia
Setiausaha PIBG
SK Hulu Kelang

Tarikh : 3 Mac 2019

28

LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) TAHUN 2019

BIL PROGRAM / AKTIVITI TARIKH

1 Hari Sukan Tahun 2019 27 Jan 2019

2 Mesyuarat Agung PIBG ke 44 23 Feb 2019

3 Lawatan Rasmi AJK PIBG Meninjau Kawasan 1 Mac 2019

Sekolah

4 Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid 7 Mac 2019 (Zon Hulu Kelang)

2019 19 Mac 2019 (Daerah

Gombak)

5 Catur Piala YB Saari bin Sungib 23 Mac 2019

6 Perkhemahan Unit Beruniform 12 dan 13 April 2019

7 Program 1 Murid 1 Rim Kertas A4 Sepanjang tahun 2019

8 Ceramah Disleksia, Autisme, ADHD dan 27 April 2019

Masalah Pembelajaran

9 Majlis Persaraan PK Kurikulum, Puan Bebe 29 April 2019

Zarjan binti Mirbas Khan dan Sambutan Hari

Guru

10 Program Setulus Kasih Ramadan Sepanjang bulan Ramadhan

1440H

11 Majlis Khatam Al Quran / Jamuan Raya 24 Mei 2019

12 Projek Taman Herba SKHK Sepanjang tahun 2019

29

13 Program Teknik Menjawab Soalan UPSR Jun 2019
Tahun 6 27 Julai 2019
29 Ogos 2019
14 Gotong- Royong Perdana 29 Sept 2019
15 Solat Hajat Perdana 11 Okt 2019
16 Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan SK 17 Okt 2019
1 Nov 2019
Hulu Kelang Mac – Okt 2019
17 Sambutan Bulan Sukan Negara
18 Kejohanan Bola Baling Daerah Gombak 6 Nov 2019
19 Hari Kanak-Kanak
20 Highly Immersive Programme (HIP) 19 Nov 2019

Kerjasama dengan RIMBUN Foundation Sdn.
Bhd.
(Kelas Sabtu untuk Pelajar Tahun 5)
21 PUTRA RIMBA RIMBUN PROGRAMME
(HIP Out-Reach Programme)
Kerjasama dengan RIMBUN Foundation Sdn.
Bhd. dan Universiti Putra Malaysia
22 Hari Anugerah Kecemerlangan dan Majlis
Apresiasi Tahun 6 SK Hulu Kelang

30

31

32

(Berakhir 31 Disember 2019)
33

34

35

36

USUL / CADANGAN

1. Nur Amirawati binti Amilludin
Nama Anak dan Kelas: Umar Aziz bin Mohd Azrun (3 Prestij)
1.1 Memohon pihak sekolah menggunakan lebih banyak buku kerja dan kerja
rumah untuk tujuan ulangkaji.
1.2 Memberi peluang kepada murid memilih kelab/persatuan sendiri.
1.3 Memperbanyakkan jenis makanan berkhasiat yang dijual di kantin
sekolah.

2. Mohd Zafer bin Musa
Nama Anak dan Kelas: Ahmad Raid Aufa (2 Prestij)
2.1 Mencadangkan sekolah mewujudkan tabung pelajar asnaf untuk
kebajikan pelajar yang betul-betul tidak berkemampuan (perlu siasatan).
2.2 Sekolah mengadakan sukan tahunan di padang SKHK sendiri kerana
lebih meriah dan menjimatkan kos.
2.3 Sekolah menyediakan satu bilik khas untuk PIBG yang boleh digunakan
untuk menyimpan peralatan bagi persiapan program dan majlis yang
dianjurkan bersama PIBG sepanjang tahun.

3. Muhammad Sufi bin Mohd Nor
Nama Anak dan Kelas: Nur Shakeela Batrisyia (1 Intelek)
3.1 Mencadangkan sekolah memberi penumpuan kepada pelajar lemah dan
miskin.
3.2 Terapkan sunnah nabi dalam diri para pelajar.
3.3 Sekolah memberi tumpuan kepada sukan berpotensi sahaja.
3.4 Berpendapat bahawa kecantikan selas terletak pada kreativiti guru kelas.

37

4. Al-Faries dan Nurul Aina
Nama Anak dan Kelas: Al-Faris Darwisy (1 Prestij)
4.1 Mencadangkan pihak sekolah menjalankan langkah-langkah pro-aktif
untuk membendung penjualan makanan tidak berkhasiat di luar pagar
sekolah seperti yang digariskan Kementerian Kesihatan.
4.2 Menanyakan tentang kaedah pihak sekolah guna pakai untuk mengenal
pasti kecenderungan pelajar dalam bidang/perkara tertentu.

5. Noraidatul Eda binti Ahmad Rafiee
Nama Anak dan Kelas: Meor Muhammad Rayyan bin Meor Zamzuri (4 Efisien)
5.1 Memohon pihak sekolah membuat laluan dari Pusat Sumber Sekolah ke
Bangunan Kelas Tahun 4.
5.2 Mencadangkan program 1 murid 1 rim kertas A4 diteruskan untuk
membantu guru-guru menyediakan bahan edaran dan keperluan pdpc.

6. Hartini binti A.Rahman (Naib Setiausaha Kokurikulum SKHK)
6.1 Memohon persatuan ibu bapa untuk mengadakan aktiviti kokurikulum
sewaktu masa pdpc iaitu waktu pagi.

38

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN HULU KELANG
SESI 2020/2021

______________________________________________________________

Penasihat : Encik Sifly bin Saari
Yang Dipertua : ............................................................................
Naib Yang Dipertua : ............................................................................
Setiausaha Kehormat : ............................................................................
Bendahari Kehormat : .............................................................................

Ahli Jawatankuasa : 1. .................................................................
2 ..................................................................
3 ..................................................................
4 ..................................................................
5 ..................................................................
6. .................................................................
7. .................................................................
8. ................................................................
9. ................................................................
10. …………………………………………….

Juru Audit : 1. .............................................................
2. .............................................................

39


Click to View FlipBook Version