The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by isyqijnnah, 2021-07-07 12:23:42

CERPEN SEKEPING TANAH

group 6

CERPEN
SEKEPING
TANAH

group 6

ISYQI NUR JANNAH
NAJWA SHAHIRAH
NURUL ADANI
TAREINI

SINOPSIS

Cerpen ini dimulakan dengan tindakan
Hisyam yang pergi menemui abangnya, Harun
untuk berbincang mengenai sebidang tanah
pusaka peninggalan arwah ayah mereka di
bandar. Menurut Hisyam, dia bercadang untuk
membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah
ayahnya di bandar itu kerana kakaknya, Halimah
juga bersetuju dengan cadangannya. Hal ini
demikian kerana Halimah sudah berasa tidak
selesa menetap di rumah pusaka itu dengan
keluarganya kerana bimbang akan menimbulkan
masalah apabila dia meninggal dunia.

Hisyam menyatakan cadangan kepada abangnya
tentang hasratnya untuk menubuhkan sebuah
syarikat keluarga yang boleh membangunkan
tanah pusaka itu dengan membina kondo. Harun
mempersoalkan cadangan adiknya itu atas
faktor kewangan dan faktor tahap pendidikan
yang dicapai oleh adiknya itu. Hisyam
menegaskan bahawa mereka bolehmembuat
pinjaman bank dan urusan pinjaman wang
tersebut boleh diuruskan oleh kakaknya,
Halimah yang merupakan seorang pengurus bank.

Selepas Hisyam gagal memujuk abangnya untuk
mengekalkan tanah pusaka itu, pada malamnya,
dia telah ke rumah pusaka untuk menemui
kakaknya, Halimah. Hisyam memberitahu tentang
kedegilan abangnya yang mendesaknya supaya
menjualkan tanah pusaka peninggalan arwah
ayah mereka itu. Selepas perbincangan
diadakan, Hisyam dan Halimah bersepakat untuk
membangunkan tanah yang terletak di bandar
itu tetapi mereka merahsiakan hal itu
daripada pengetahuan abangnya, Harun. Bagi
melicinkan proses untuk membangunkan tanah
pusaka itu, mereka telah menubuhkan sebuah
syarikat atas nama Binajaya Sdn. Bhd. dan
melantik seorang peguam untuk membeli tanah
pusaka mereka yang telah dijual itu sebelum
dibangunkan semula.

Sebulan kemudian, Harun, Hisyam dan
Halimah menurunkan tandatangan menjual
tanah pusaka dengan harga RM 6 625 000.00
kepada Binajaya Sdn. Bhd. di hadapan
pegawai pentadbiran tanah dan seorang
peguam. Harun gembira menerima cek
bernilai RM 2 650 000.00. Begitu juga
dengan Hisyam yang menerima jumlah yang
sama dan Halimah pula menerima RM 1 325
000.00. Rumah pusaka bapa mereka telah
didermakan kepada sebuah keluarga di
Sungai Pencala.

Pada minggu itu juga tertegak papan tanda
bahawa di atas tapak tanah itu akan dibina
sebuah kondo mewah setinggi 25 tingkat. Hati
Harun terdetik apabila melihat nama adiknya,
Hisyam bin Sulaiman tertera pada papan
kenyataan tapak kondo itu sebagai pengurus
Binajaya Sdn. Bhd. Namun begitu, dia tidak
membuat apa-apa tindakan kerana ingin
melihat dahulu perkembangannya dan berfikir
mungkin nama itu bukan adiknya.

Setelah tiga tahun setengah projek kondo
mewah itu dibina, sebahagian besar pembeli
kondo mewah itu mengambil kunci rumah
masing-masing. Harun tergamam apabila
melihat adiknya, Hisyam dan Halimah yang
sebenarnya menguruskan projek pembinaan
Kondo Jaya itu. Mereka menyerahkan kunci
rumah kediaman mewah itu kepada para
pembeli. Harun berasa dirinya ditipu dan
dipermainkan oleh adik-adiknya.

Pada malamnya, Harun telah menelefon
Hisyam untuk meluahkan rasa kecewanya
kerana ditipu dan dipermainkan oleh adik-
adiknya. Hisyam menjelaskan perkara yang
sebenar kepada abangnya, berhubung
pembinaan Kondo Jaya di atas tapak tanah
pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu.
Harun berasa terpukul dengan tindakannya
tiga tahun setengah yang lalu.

Hisyam menyerahkan jawatan Pengurus
Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. kepada Halimah
memandangkan kakaknya berpendidikan tinggi
dan telah meletakkan jawatannya di bank.
Hisyam pula bercadang untuk memandu teksi
kerana kerjaya itu sudah sebati dengan
kehidupannya.

TEMA

KONFLIK ADIK-BERADIK DALAAM
MEMPERTAHANKAN HARTA

PUSAKA WARISAN KELUARGA

PERSOALAN

a.Keberanian mengambil
risiko untuk kesejahteraan
masa depan

b.Kerjasama dan kolaboratif
dalam menjayakan projek

c.Kebijaksanaan merancang
masa depan

d.Keutuhan intergriti dalam
memikul tanggungjawab

BAGAHYAASA

1)KATA GANDA
2)SINKOPE
3)REPITISI
4)PERSONIFKASI
5)METAFORA

PLOT

(A)PERMULAAN – CERPEN INI DIMULAKAN DENGAN HASRAT HISYAM
YANG INGIN MEMBANGUNKAN SEBIDANG TANAH PUSAKA
PENINGGALAN ARWAH AYAHNYA DI BANDAR KERANA MEMIKIRKAN
POTENSI TANAH PUSAKA ITU.

(B) PERKEMBANGAN – HISYAM BERBINCANG DENGAN ABANGNYA,

HARUN DAN KAKAKNYA, HALIMAH BERHUBUNG CADANGANNYA

UNTUK MEMBANGUNKAN TANAH PUSAKA PENINGGALAN ARWAH

AYAH MEREKA DI BANDAR. NAMUN BEGITU, HARUN TIDAK

BERSETUJU DENGAN CADANGAN HISYAM YANG DIANGGAP

MENYUSAHKAN DAN RUMIT. HARUN BERTEGAS MEMINTA HISYAM

MENJUAL TANAH PUSAKA ITU. SEMENTARA ITU, HISYAM DAN

HALIMAH BERSEPAKAT MENJUAL TANAH PUSAKA ITU TETAPI

KEMUDIANNYA MEMBELI TANAH ITU SEMULA UNTUK DIBANGUNKAN.

(C) KLIMAKS – HARUN TERGAMAM MELIHAT ADIKNYA, HISYAM

DAN HALIMAH YANG SEBENARNYA MENGURUSKAN PROJEK

PEMBINAAN KONDO JAYA ITU. MEREKA MENYERAHKAN KUNCI

RUMAH KEDIAMAN KEPADA PARA PEMBELI. HARUN BERASA DIRINYA

DITIPU DAN DIPERMAINKAN OLEH ADIK-ADIKNYA.

(D) PELERAIAN – HISYAM MENJELASKAN PERKARA YANG SEBENAR

KEPADA ABANGNYA, HARUN BERHUBUNG PEMBINAAN KONDO JAYA

DI ATAS TAPAK TANAH PUSAKA PENINGGALAN ARWAH AYAH MEREKA

ITU. HISYAM MENYERAHKAN JAWATAN PENGURUS SYARIKAT

BINAJAYA SDN. BHD. KEPADA HALIMAH. HALIMAH BERSETUJU UNTUK

MENERIMA JAWATAN TERSEBUT. HISYAM PULA BERCADANG UNTUK

MEMANDU TEKSI KERANA KERJAYA ITU SUDAH SEBATI DENGAN

KEHIDUPANNYA.

LATAR

LATAR MASA

(a) Waktu petang.
(b) Waktu tengah hari.
(c) Waktu malam.
(d) Sebulan selepas urusan pinjaman bank
diluluskan.
(e) Setelah tiga tahun setengah.

LATAR TEMPAT

(A) RUMAH HARUN.
(B) RUMAH HALIMAH.
(C) RUMAH HISYAM.
(D) PEJABAT TANAH.
(E) SEBIDANG TANAH PUSAKA DI
BANDAR.
(F) KONDO JAYA.

LATAR
MASYARAKAT

(a) Masyarakat yang bijak merancang masa depan.

(b) Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarganya
.
(c) Masyarakat yang berani mengambil risiko untuk kesejahteraan
masa depan.

(d) Masyarakat yang bersatu hati dalam menjayakan projek
usahasama.

(e) Masyarakat yang berpendidikan tinggi.

(f) Masyarakat kota yang gigih mencari rezeki.

(g) Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua.

(h) Masyarakat yang terlibat dalam gejala negatif.

NILAI

(a)   Amanah.

(b) Baik hati.

(c) Hormat-

menghormati.

(d) Kebijaksanaan.

(e) Kasih sayang.

(f) Keberanian.

(g) Kegigihan.

(h) Hemah tinggi.

PENGAJARAN

(A) KITA HENDAKLAH BIJAK MERANCANG

MASA DEPAN DEMI KESENANGAN HIDUP

DAN KELUARGA.

(B) KITA MESTILAH MENGAMALKAN SIKAP

AMANAH DAN JUJUR DALAM MENJALANKAN

TUGAS.

(C) KITA PERLULAH MENJAGA HAK

KELUARGA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

(D) KITA JANGANLAH MUDAH

TERPENGARUH DENGAN GEJALA NEGATIF

YANG BOLEH MEROSAKKAN MARUAH DAN

DIRI.

(E) KITA PERLULAH MENGHORMATI

ORANG YANG LEBIH TUA DARIPADA KITA.

(F) KITA HENDAKLAH MENYAYANGI AHLI

KELUARGA DENGAN SEPENUH HATI.


Click to View FlipBook Version