The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aniquero10, 2022-05-17 23:49:42

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM

MPU23012 PENGAJIAN ISLAM

NAMA PENSYARAH: JAMALIZAMANI BIN JAMALUDDIN

TAJUK: MEMPERKASAKAN PELAKSANAAN ‘GO GREEN’ DALAM
KALANGAN PELAJAR.

NAMA AHLI KUMPULAN NO.MATRIKS

Muhammad Aniq Zikri bin Mohamad Amin 23DLS21F1075

Muhammad Amsyar bin Mohd Nazim 23DLS21F1037

Akmal Nasuha Bin Muzammil 23DLS21F1051

1

ISI KANDUNGAN

TAJUK NO. MUKA
SURAT
1.0 Penghargaan
3

2.0 Objektif kajian 4

3.0 Pengenalan 5

4.0 Isi dan keterangan 6 - 10
- Tujuan go green dilakukan

- Langkah - langkah melaksanakan go green

- Isu semasa

5.0 Kesimpulan 11 -
-Rujukan 13
-Lampiran

2

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN Pertama sekali, kami ingin berterima kasih kepada
Ustaz Jamalizamani Bin Jamaluddin kerana memberikan kami tajuk
perlaksanaan “GO GREEN” dalam kalangan pelajar yang menceritakan

tentang kempen kesedaran kepada setiap orang bertujuan untuk
memelihara dan melindungi bumi daripada bahaya “global warming”
yang semakin hari semakin membimbangkan kesan daripada perbuatan
dan tindakan manusia yang tidak terkawal. Setelah membuat kajian,
pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat kami ketahui. Contohnya Tujuan
GO GREEN dilakukan, langkah - langkah melaksanakan go green dan
isu semasa yang berkaitan. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada
Ustaz Jamalizamani bin Jamaluddin kerana memberi kami tajuk ini dan
juga tunjuk ajar serta sumbangan idea yang menjadi pendorong semasa
proses kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada
rakan seperjuangan saya yang sudi berkongsi pendapat dalam isu yang
dikaji ketika melaksanakan tugasan ini. Akhir kata dari kami, Semoga
kajian ini dapat membantu dan dapat memberikan manfaat kepada
semua yang membaca ini. Sekian, semoga kita semua akan lebih maju
dalam kehidupan dan dapat menjaga persekitaran kita sebaiknya.

3

2.0 OBJEKTIF KAJIAN
• Untuk mengurangkan pencemaran di muka bumi.
• Untuk membantu mengekalkan persekitaran yang
sihat dan selamat untuk generasi pada masa
hadapan.
• Memupuk keprihatinan yang tinggi dan menghargai
persekitaran yang indah hasil daripada amala GO
GREEN.

4

3.0 PENGENALAN

Go Green adalah tindakan penyelamatan bumi yang saat ini sudah
mengalami kerusakan dan pemanasan global akibat dari ulah diri kita
sendiri. Go Green dapat disebut pula dengan “Penghijauan Kembali”
Dengan kemajuan zaman pada saat ini banyak produk yang tidak ramah
lingkungan dan dapat merusak alam dan lingkungan karena banyak
bahan bahan yang beracun dan berpotensi merusak lingkungan. Selain
itu Life style dari kita juga berpengaruh terhadap lingkungan seperti
pemakaian, banyaknya kendaraan bermotor, penggunaan kantong plastik
dan lain-lain.

Pada masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan beg
plastik telah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita.
Sebagai contoh, setiap pembelian barang walaupun ianya sepeket gula-
gula diberikan beg plastik oleh penjual. Namun begitu, penggunaan beg
plastik yang berterusan akan menyumbang kepada pencemaran alam
sekitar kerana komposisi kimianya seperti polyethylene menyukarkannya
untuk reput dan terurai sendiri. Ini sekaligus menimbulkan implikasi buruk
kepada kesihatan kita serta alam sekitar dalam jangka masa panjang.

Mahukah anda memandang selonggok sampah yang terisi di dalam
beg plastik dibuang merata dan berada di situ selama puluhan tahun?
Atau sanggupkah anda makan makanan yang tercemar dengan bahan
kimia beg plastik, yang mungkin boleh menyebabkan anda mendapat
kanser? Tentu jawapan anda adalah tidak!

Untuk menghadapi kerusakan yang kian bertambah dibumi kita ,
manusia harus mengadakan perubahan besar, namun perubahan ini
bukan hal yang mudah. Namun alangkah baiknya kalau perubahan itu kita
mulai dari diri kita masing masing.

5

4.0 ISI DAN KETERANGAN

4.1 TUJUAN GO GREEN DILAKSANAKAN

Tujuan Go Green Dilaksanakan Pada era globalisasi 2020 ini,
warga Malaysia selalu menghadapi beberapa masalah tentang isu bumi
hijau. Oleh hal yang demikian, sebagai rasa tanggungjawab dalam
kalangan pelajar telah lahirnya pelbagai insentif-insentif yang dilakukan
untuk mngekalkan warna kehijauan di bumi. Tujuan amalan Go Green ini
dijalankan sememangnya untuk mnyedarkan warga bumi supaya dapat
menjaga dan melestarikan alam sekitar dengan sebaiknya.

Seterusnya amalan Go Green ini perrlu diperkasakan untuk
mengurangkan pemanasan global yang terjadi kerana lapisan ozon yang
semakin menipis. Seperti yang sedia maklum bumi kini semakin sarat
dengan kepanasan dunia. Jika amalan Go Green ini dapat diteruskan
dapatlah rakyat Malaysia melihat bumi kekal hijau selama-lamanya.
Intipati ini, dapat mengelakkan bumi menjadi panas, tanah mengering,
dan air sungai menjadi kering dan surut. Oleh hal yang demikian
diharapkan agar tumbuhan dapat terus menjadi subur supaya dapat
menyejukkan pemandangan bumi.

Akhir sekali, sudah terang lagi bersuluh amalan Go Green ini dapat
memberi kesedaran dalam kalangan pelajar bahawa pentingnya
tumbuhan hijau ini kepada bumi sejagat. Jika tumbuhan di bumi semakin
berkurang dan pupus serta lapisan ozon semakin menipis maka bumi
akan menjadi panas dan penduduk bumi juga boleh menghadapi pelbagai
jenis penyakit seperti batuk berdarah, pening yang melampau, dan
sebagainya. Ini sudah terang memberikan banyak masalah kepada
penduduk bumi. Oleh kerana itu sebagai pelajar yang prihatin dan
bertanggungjawab amalan go green ini perlu dijalankan agar bumi kekal
hijau dan ceria. Hal ini dapat dibuktikan melalui laman web
(http://ririnchgogreen.blogspot.com/2015/11/pengertian-tujuan-dan-
manfaat-go- green.html?m=1)

6

4.2 LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN GO GREEN

Langkah-Langkah Melaksanakan Go Green Dalam
memperkasakan amalan Go Green ini dalam kalangan pelajar, pelbagai
aktiviti dan program yang boleh dijalankan seperti menjalankan program
kurangkan penggunaan plastik iaitu membeli barangan dengan
membawa beg sendiri ke kedai. Hal ini dapat mengurangkan penggunaan
beg plastik serta mengurangkan pembuangan plastik di merata-rata
tempat. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar sering membuang beg
plastik di merata-rata tempat.

Selain itu, pelajar boleh bekerjasama dalam melakukan aktiviti
menghijaukan bumi dengan menanam pokok-pokok di tanah yang
lapang. Hal ini dapat mengurangkan pemanasan global yang berlaku di
bumi dan pokok-pokok dapat membekalkan oksigen yang segar agar
udara di bumi sentiasa segar. Pelajar juga dapat menanamkan sifat
menanam pokok agar dapat melindungi alam daripada pencemaran alam
sekitar. Perkara ini dapat dibuktikan melalui penulisan buku (Haliza Abdul
Rahman, Rohasliney Hashim).

Di samping itu, pihak yang bertanggungjawab perlu mengadakan
kempen kesedaran Go Green dalam kalangan pelajar untuk membuka
mata semua orang bahawa betapa pentingnya tumbuhan hijau kepada
bumi. Kempen ini sedikit sebanyak dapat membuatkan golongan pelajar
bertindak dengan lebih berhati-hati apabila menggunakan bahan-bahan
yang boleh menyebabkan pelupusan tumbuhan dan kepupusan haiwan.

Malaysia kini telah memperkenalkan amalan 3R (Reuse, Recycle,
Reduce). Reuse disini bermaksud menggunakan semula barang yang
terpakai seperti penggunaan tayar, botol plastik, tin dan banyak lagi.
Recyle pula bermaksud mengitar semula barang yang terpakai seperti
pihak bertanggungjawab telah menyediakan 3 jenis tong sampah
mengikut jenis-jenis sampah. Sebagai contoh, tong sampah yang
berwarna biru adalah untuk sampah yang berjenis kertas. Tong sampah
yang berwarna coklat pula untuk kaca dan Tong sampah yang berwarna
jingga adalah untuk sampah yang berjenis tin aluminium dan tin keluli.

7

Reduce bermaksud pengurangan seperti membeli apa yang diperlukan

sahaja di dalam kehidupan. Perkara ini dapat dibuktikan melalui laman

sesawang (http://farrawawa9505.blogspot.com/2016/12/amalan-

3r.html?m=1) dan juga penulisan buku (A.Razak Adam)

Justeru, perkara ini dapat menegaskan bahawa setiap pelajar perlu
menerapkan amalan ini supaya tidak membakar sampah secara terbuka.
Ini kerana, asap-asap yang terhasil daripada pembakaran tersebut dapat
menipiskan lapisan ozon di udara. Punca ini boleh mengakibatkan suhu
di bumi semakin menigkat ke paras yang sangat bahaya, tanah-tanah
menjadi kering dan hujan yang turun boleh menjadi hujan asid. Perkara-
perkara seperti ini dapat mengundang pelbagai penyakit yang berbahaya
seperti demampanas, sakit kepala yang melampau, batuk berdarah, sakit
tekak, sesak nafas dan lain-lain lagi.

Akhir sekali, dengan hadirnya teknologi yang semakin moden pada
zaman ini pelajar- pelajar seharusnya bertindak bijak dengan
mengurangkan penggunaan kertas. Seperti sedia maklum, proses
pembuatan kertas adalah daripada pokok-pokok. Jika kita dapat
mengurangkan penggunaan kertas, kita dapat mengurangkan pelupusan
pokok-pokok di bumi daripada terjadi. Besarlah harapan agar segala
langkah-langkah yang telah dikemukakan ini dapat dijalankan dengan
baik. Hal ini telah disahkan melalui laman web
(http://blogernyahansen.blogspot.com/p/ujuan-dan-misi-go-green-
tujuan.html?m=1)

8

4.3 ISU SEMASA

Pada era globalisaasi ini, penggunaan penyedut minuman plastik
sudah kurang digunakan di kedai-kedai makan di Malaysia.Mereka lebih
gemar menggunakan penyedut minuman yang diperbuat daripada kertas
untuk menggantikan penyedut minuman plastik. Terdapat juga pelanggan
yang menggunakan penyedut minuman Stainless Steel di mana mereka
membawa sendiri daripada rumah ke kedai makan. Hal ini kerana
penyedut minuman plastik mempunyai bahan kimia dan mengambil masa
yang lama untuk mereput. Selain itu, penyedut minuman plastik ini juga
boleh menjejaskan dan mengganggu hidupan akuatik.

Kehidupan akuatik boleh terganggu dengan barangan yang
berunsurkan plastik kerana plastik dibuang merata-rata di persisiran
pantai dan sungai. Hal ini boleh menyebabkan hidupan akuatik termakan
plastik-plastik yang hanyut di air kerana haiwan tersebut menganggapnya
sebagai ampai-ampai yang boleh dimakan. Perkara ini dapat dibuktikan
dengan kisah benar iaitu seekor penyu yang mati terdampar di persisiran
pantai dan apabila disiasat penyu tersebut di dalam badannya terdapat
plastik yang banyak sehingga menyebabkan ususnya bermasalah.

Pada zaman teknologi yang semakin canggih ini, penggunaan
kertas perlu dikurangkan kerana pada masa sekarang pelajar lebih gemar
menggunakan kemudahan teknologi maklumat seperti notebook, ipad,
dan komputer riba. Jika pelajar membuat apa-apa tugasan yang telah
diberikan oleh pensyarah mereka boleh menghantar tugasan tersebut
melalui qr code yang boleh dihantar ke e-mel pensyarah ataupun google
classroom. Terdapat juga alternatif lain yang boleh digunakan untuk
mengekalkan budaya tidak menggunakan kertas.

Justeru, sesetengah pelajar yang gemar membuat nota ringkas untuk
memudahkan mereka mengingati apa yang mereka belajar dan untuk
meningkatkan pengetahuan mereka. Oleh itu, mereka boleh membuat
nota-nota ringkas tersebut dengan menggunakan aplikasi one notes
ataupun note pad. Pelajar tidak perlu bimbang kerana pelajar menghiasi
nota mereka dengan kreatif seperti penggunaan peta minda dan pelbagai

9

lagi. Sudah terang lagi bersuluh penggunaan alatan yang canggih ini juga
mampu mengurangkan penggunaan kertas dan dapat menjaga
persekitaran alam sekitar. Hal ini dapat dinyatakan pada laman web
(https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/584687/11-kematian-
penyu-direkod-dalam- 6-bulan)

10

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, para pelajar perlulah selalu sedar dan peka tentang
keadaan alam sekitar yang semakin nazak dengan kerakusan manusia
yang tidak bertanggunggjawab ini. Wujudnya amalan Go Green ini serba
sedikit memberi insentif dan dapat membantu membina impak yang positif
kepada bumi seperti dapat mengekalkan pemandangan hijau dan
haiwan- haiwan juga dapat hidup dengan berterusan dan mengelakkan
berlakunya kepupusan haiwan yang terancam.

Segala langkah-langkah yang telah disediakan dan dicadangkan
diharapkan dapat dijalankan dengan sempurna dan dilakukan dengan
sebaik mungkin. Janganlah kita memandang rendah dengan apa yang
berlaku dengan persekitaran kita. Pelajar-pelajar perlulah menyedarkan
komuniti masyarakat tentang pentingnya tumbuhan hijau dan haiwan-
haiwan kepada bumi.

Sedar tidak sedar, sudah terlalu jauh negara-negara maju meninggalkan
kita dan kita perlulah bangkit dan mengubah persepsi ini untuk menjadi
lebih baik daripada mereka. Kita juga seharusnya perlu menjaga
tumbuhan-tumbuhan di negara sendiri agar kekal hijau sebelum
memandang serong terhadap negara-negara luar. Haiwan-haiwan di
Malaysia yang hampir pupus seperti Kancil, Harimau dan Orang Utan
perlulah dilindungi dengan sebaik mungkin agar haiwan-haiwan ini juga
dapat terus tinggal di dunia dan generasi di masa hadapan masih dapat
mengenal haiwan-haiwan ini. Hal ini dapat dibuktikan daripada penulisan
buku (Mashhor Mansor).

Demi kesejahteraan negara, diharapkan amalan Go Green ini benar-
benar dapat dilakukan kerana ianya memberikan 1001 kebaikan kepada
manusia dan ianya juga dapat menyelamatkan haiwan-haiwan daripada
pupus dan terancam. Sesungguhnya, kepanasan global hanya memberi
kesan buruk dan boleh menyebabkan manusia terancam dengan
pelbagai penyakit yang mana ianya boleh mengundang maut.
Akhirrulkalam, jadilah pelajar dan masyarakat yang bertanggungjawab

11

dan saying akan negara. Cintailah tumbuhan dan haiwan serta jadikanlah
bumi kekal hijau untuk keamanan sejagat.

12

RUJUKAN

A.Razak Adam (2010). Usahawan Cilik: Jutawan 3R, Selangor:
PTS Media Group Sdn. Bhd.

Haliza Abdul Rahman, Rohasliney Hashim (2011). Pemeliharaan dan
Pemuliharaan Alam Sekitar di Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia

Mashhor Mansor (2016). Orang Utan: Makhluk yang Terancam
Kepupusan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia

http://farrawawa9505.blogspot.com/2016/12/amalan-3r.html?m=1
https://m.facebook.com/permalink.php?story_fbid=298389940497894&id
=298349323835289
http://ririnch-gogreen.blogspot.com/2015/11/pengertian-tujuan-dan-
manfaat-go-green.html?m=1
http://blogernyahansen.blogspot.com/p/ujuan-dan-misi-go-green-
tujuan.html?m=1
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/584687/11-kematian-
penyu-direkod-dalam-6- bulan

13


Click to View FlipBook Version