The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Aktiviti dan Pembelajaran 3 Tahun (Autosaved)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shaaqish873, 2024-01-10 01:28:44

Modul Aktiviti dan Pembelajaran 3 Tahun (Autosaved)

Modul Aktiviti dan Pembelajaran 3 Tahun (Autosaved)

1


BIDANG PEMBELAJARAN 1 PERKEMBANGAN EMOSI, ROHANI DAN SOSIAL CIRI-CIRI KANAK-KANAK: Pada umur 3-4 tahun, kanak-kanak • Mula menyedari diri sebagai seseorang individu dan sebahagian daripada masyarakat. • Mula mempelajari cara untuk mengawal diri (disiplin) dengan bantuan dan bimbingan guru atau penjaga. • Mula mempengaruhi rakan sebaya dari segi sikap dan imej diri (baik atau buruk) bergantung kepada imej dan contoh yang ada disekeliling. • Mula menunjukkan nilai-nilai diri dan keperibadian yang ditiru dari orang lain. • Mula menunjukkan kemampuan menilai keindahan alam dengan kekuasaanTuhan. • Mula memahami adanya kuasa yang lebih besar dan agung (Tuhan). • Boleh melakukan beberapa amalan agama yang mudah dan asas. FOKUS MODUL: Fokus modul ialah untuk meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak, kebolehan berfikir dan menyelesaikan masalah mudah, sahsiah dan akhlak yang mulia, penghayatan alam sekitar dan kecekapan berbahasa yang baik, sekurangkurangnya dalam dua bahasa. Intervensi yang dijalankan adalah untuk: 1. Meningkatkan keyakinan diri, kebolehan kanak-kanak mengawal perasaan/ diri, dan mematuhi arahan serta menghayati nilai-nilai yang murni dalam pergaulan. 2. Memupuk kebolehan cintakan alam semulajadi serta menikmati kebesaran Tuhan dan menanam perasaan kesyukuran. 3. Membina kebolehan memahami perasaan yang berbeza sewaktu menghadapi situasi yang berlainan serta menangani emosi takut, kecewa, marah, cemburu dan lain-lain. 4. Meningkatkan kemahiran asas berinteraksi sosial, mengambil bahagian serta menanam perasaan persahabatan dan kesedaran mengenai perasaan orang lain. UMUR 3-4 TAHUN


OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN / CONTOH AKTIVITI 1. Meningkatkan keyakinan diri, kebolehan mengawal diri, mematuhi arahan dan menanamkan nilai-nilai yang murni. • Menjadikan sebahagian daripada rutin walaupun tidak memahami maksud disebalik perlakuan. • Membiasakan memulakan sesuatu dengan berdoa. • Meniru perlakuan yang baik. • Menggalakkan tingkahlaku bertanggungjawab setelah menggunakan sesuatu. 1. Menurut arahan yang mudah difahami seperti meminta kanak-kanak mengangkat tangan,berlari atau berhenti. 2. Mendengar cerita serta menonton rancangan tv, persembahan boneka yang mempunyai unsur nilai-nilai murni dan etika peradaban. 3. Menyimpan barang-barang permainan setelah bermain. 2. Memupuk kebolehan cintakan alam semulajadi serta menikmati kebesaran Tuhan dan menanam perasaan kesyukuran. • Mendedahkan bayi kepada alam sekitar. • Menggalakkan kerjasama di antara kanak-kanak untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti menanam, menyiram, mencangkul dan menjaga kebersihan. • Amalan berdoa dalam kehidupan seharian. 1. Melakukan aktiviti indoor atau outdoor seperti menanam, menyiram dan menjaga pokok bunga. 2. Memperkenalkan haiwan kesayangan seperti kucing atau arnab. (berhati-hati jika kanak-kanak mempunyai alahan terhadap bulu dan awasi jangan sampai kanakkanak dicakar kuku kucing atau arnab). 3. Memperdengarkan lagulagu yang menyebut keindahan alam dan memuji kebesaran Tuhan. 4. Menyanyikan lagu yang mempunyai lirik tentang keindahan alam dan memuji kebesaran Tuhan.


3. Membina kebolehan memahami perasaan yang berbeza sewaktu menghadapi situasi yang berlainan serta menangani emosi takut, kecewa, marah, cemburu dan lain-lain. 4. Meningkatkan kemahiran asas berinteraksi sosial, mengambil bahagian serta menanam perasaan persahabatan dan kesedaran mengenai perasaan orang lain. • Bercerita pengalaman tertentu dan perasaan yang dialami ketika itu. • Membacakan buku cerita untukmkanak-kanak yang menggambarkan interaksi seharian. • Menggalakkan bermain bersama-sama, berkongsi, berkomunikasi, ikut giliran semasa mengambil barang mainan dan bertolak ansur dengan rakan sebaya. • Menonton rancangan televisyen yang memberi tauladan yang baik (cerita kartun Walts Disney). • Memahami kebudayaan dan adat resam kaum lain. • Mewujudkan perbualan yang santai ketika makan bersama di meja makan. Tunjukkan adabadab yang baik sewaktu makan. 1. Bercerita dan berkongsi pengalaman / perasaan. 2. Membaca buku cerita dan menerangkan perasaan watak-watak dalam ceritakegembiraan, keseronokan, kesedihan dan kesusahan. 1. Bermain bersama rakan sebaya. 2. Makan bersama kanakKanak. 3.Bermain barang permainan seperti blok, patung mainan, pakaian, patung binatang dan lain-lain.


OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN / CONTOH AKTIVITI 1. Meningkatkan keyakinan diri dan nilainilai yang murni. • Bacakan cerita yang mengandungi pengajaran: galakkan kanak-kanak berfikir betapa pentingnya mempunyai nilai diri dan tingkahlaku yang baik dengan meneladani sifatsifat terpuji seperti karektor yang terdapat dalam buku cerita yang dibaca. 1. Membaca dan melihat gambar buku cerita tentang pahlawan-pahlawan negara atau tentang Nabi (bagi muslim). 2. Mengaitkan sifat-sifat baik dalam cerita dengan sikapsikap yang pernah dilakukan oleh kanak-kanak di masamasa yang tertentu. 3. Mengembalikan barang permainan yang telah dipinjam. 2. Memupuk kebolehan cintakan alam semulajadi serta menikmati kebesaran Tuhan dan menanam perasaan kesyukuran. • Mengajak kanak - kanak memerhati setiap inci batang, akar, daun, dahan dan pokok. • Menggalakkan kanakkanak melihat dan menikmati apa yang ada di sekeliling Pokok Ajaib (semut, anai-anai, daun, batang, tekstur daun, dan sebagainya). 1. Memerhati dan mengelilingi 'POKOK AJAIB." 2. Bercerita tentang keindahan alam semulajadi iaitu tumbuhan. 3. Membenarkan mereka baring di bawah pohon tersebut sambil memerhati ke atas langit. 4. Mengajak mereka berbual tentang indahnya ciptaan ini dan mengaitkannya dengan kewujudan Tuhan. 5. Menyanyi lagu-lagu yang mempunyai unsur-unsur tentang amalan-amalan yang baik, sifat yang mulia, contoh teladan, nilai murni dan ketuhanan. 3.Meningkatkan kemahiran asas berinteraksi sosial, mengambil bahagian • Menggalakkan kanakkanak berkomunikasi, bermain bersama-sama, serta saling bantu 1. Bermain bersama. 2. Membantu guru dan rakan sebaya.


serta menanam perasaan persahabatan dan kesedaran mengenai perasaan orang lain. membantu ketika bermain dengan rakan sebaya. • Menonton rancangan yang menunjukkan tauladan yang baik. • Menggalakkan perbualan ketika sambil makan bersama di meja 3. Mendengar dan menonton cerita moral dan cerita rakyat. 4. Makan bersama.


2


BIDANG PEMBELAJARAN 2 PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI DAN LITERASI AWAL CIRI-CIRI KANAK-KANAK: Kanak-kanak pada tahap ini sudah mempunyai antara 600-1000 patah perkataan. Meraka mula menggunakan kata ganti nama dan kata sifat yang membentuk ayat menggunakan 3-4 patah perkataan. Kanak-kanak pada tahap ini juga sudah boleh menceritakan apa yang berlaku dan boleh membuat cerita. Mereka juga sudah boleh meminta, memberi cadangan dan menunjuk cara. Kanak-kanak pada tahap ini sudah boleh membuat bentuk bulatan, empat segi dan meniru gaya orang dewasa menulis FOKUS MODUL: Fokus modul ialah untuk memberi rangsangan yang banyak supaya kanak-kanak mempunyai kebolehan untuk menggunakan bhasa dengan betul dan dapat meluahkan idea dan pengalaman melalui Bahasa.Intervensi yang dijalankan adalah untuk 1. Meningkatkan kemahiran berbahasa dan kemahiran intelektual 2. Meningkatkan kebolehan mengaitkan penggunaan perkataan dengan objek yang betul 3. Meningkatkan minat dan keseronokan membaca 4. Meningkatkan kemahiran penggunaan perkataan dalam bentuk ayat serta meningkatkan kemahiran meluahkan idea, keperluan dan perasaan dengan lebih tepat 5. Meningkatkan kemahiran mengecam perkataan dan bentuk ayat serta memahami cerita 6. Meningkatkan keseronokan dan kemahiran menulis UMUR 3-4 TAHUN


OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN/CONTOH AKTIVITI 1. Meningkatkan kemahiran berbahasa dan kemahiran intelektual 2. Meningkatkan minat dan keseronokan membaca dan mengukuhkan kemahiran mengenal perkataan bertulis (sight-word recognition) • Mendedahkan kepada pengalaman baru dan memperkenalkan perkataan baru • Menggunakan perkataan sendiri dan menanyakan soalan ketika bermain • Menggunakan peluang yang ada untuk melibatkan kanakkanak dalam aktiviti berfikir • Mewujudkan persekitaran yang kaya dengan bahan literasi • Membimbing perbualan kanak-kanak dengan membuat ayat, bertanya dan menjawab soalan • Menggalakkan kanak-kanak membaca perkataan yang terdapat dalam persekitaran • Memperkenalkan pelbagai jenis buku yang menumpu kepada ritma, literasi secara berulangan 1. Lawatan ke taman, zoo, pantai 2. Bercakap dan bersoal jawab ketikan aktiviti ‘role play’ atau boneka 1. Membaca poster abjad dan lagu serta buku konsep, buku bergambar, buki yang mengandungi perkataan mudah, perkataan berulangan, perkataan beritma, jalan cerita berasaskan pengalaman seharian kanak-kanak dan lain-lain 2. Berpura-pura membaca 3. Menyanyi 4. Bermain dengan bahasa lisan melalui teka teki 5. Membaca tanda di persekitaran seperti perkataan di menu, kad ,tin, botol, duit, pintu, jalan, majalah dan katalog


3. Meningkatkan minat dan keseronokan menulis • Menyediakan pelbagai peralatan yang menggalakkan kanak-kanak menulis • Memberi peluang untuk belajar memegang krayon besar dan menggerakkan jari untuk menulis • Menggalakkan kanak-kanak bercerita melalui contengan dan lukisan mind • Menunjukkan cara menulis dan mengeja 1. Mengenal huruf dalam persekitaran dan alat mainan seperti blok 2. Menulis senarai objek yang disebut oleh kanak-kanak seperti nama mereka bermula dengan huruf A dan membacanya bersama dengan kanak-kanak 3. Membaca berbagai jenis buku cerita untuk mereka dan galakkan mereka bertanya soalan 4. Memadan gambar dengan perkataan serta perkataan dengan perkataan 5. Melihat seni hasil contengan, lukisan dan tulisan kanak-kanak 6. Menconteng dan melukis ( crayon besar, marker, water colour) 7. Melabel dan menulis cerita berkenaan contengan dan lukisan kanak-kanak (seperti yang dinyatakan oleh kanak-kanak)


OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN / CONTOH AKTIVITI 1. Meningkatkan kebolehan mengaitkan penggunaan perkataan dengan objek yang betul • Kaitkan perkataan semasa aktiviti dijalankan 1. Selalu mengaitkan objek dengan perkataan semasa menjalankan aktiviti dengan memberi ruang kepada kanak-kanak menyentuh, merasa dan melihat dan kemudiannya meneka nama objek tersebut. Contohnya ; sesi memasak 2. Meningkatkan kemahiran penggunaan perkataan dalam bentuk ayat serta meningkatkan kemahiran meluahkan idea, keperluan dan perasaan dengan lebih tepat. • Menggalakkan kanak-kanak menceritakan pengalaman mereka • Galakkan kanak-kanak meneka cerita selanjutnya dengan membantu mereka menggunakan perkataan/penulisan yang lain dengan memberi komen secara positif dan membina • Memberi peluang melatih penggunaan bahasa 1. Menceritakan pengalaman setelah kembali dari lawatan seperti zoo atau taman. 2. Ulang perkataan yang disebut kanak-kanak dan menambah perkataan lain yang sesuai dengan peringkat kanak-kanak. 3. Membaca perkataan dalam bangunan serta luar bangunan seperti logo, menu, tajuk dalam buku dan lain-lain 3. Meningkatkan kemahiran mengecam perkataan dan bentuk ayat serta memahami cerita • Membenarkan kanak-kanak memilih buku/bahan bacaan dan mendengar ketika kanakkanak membaca • Menyokong tindakbalas pada cerita yang didengari dengan berbagai cara (merumus, mencerita semula, bersoal jawab dan lain-lain) • Menggalakkan kanak-kanak mengecam perkataan 1. Membaca buku cerita pilihan sendiri 2. Melawat perpustakaan kanak-kanak atau sudut bacaan 3. Berkongsi membaca buku dengan guru/kanak-kanak lain 4. Mengulang bacaan buku cerita yang disukai 5. Aktiviti “ Sambung Cerita “


4. Meningkatkan keseronokan dan kemahiran menulis • Memberi peluang untuk belajar memegang pensil dan menulis • Memberi peluang mengaitkan perkataan bertulis dengan bunyi • Menggalakkan kanak-kanak melibatkan diri secara aktif ketika membaca buku • Memperkenalkan kepada elemen cerita seperti watak dalam cerita, jalan cerita dan lain-lain • Mendedahkan peraturan membaca dan menulis seperti kiri – kanan, tanda-tanda, ruang antara perkataan dan maksud perkataan. • Mewujudkan persekitaran yang kaya dengan bahan tulis • Menyediakan pengalaman membezakan bunyi perkataan dan membentukkan peta bunyi secara lisan dan bertulis • Membenarkan kanak-kanak melukis pengalaman mereka dan menggunakan ejaan rekaan ( ejaan sementara ) ketika menulis cerita 6. Melengkapkan ayat dengan menggunakan perkataan atau frasa 7. Menggunakan ‘big book’, ajak kanak-kanak meniru tulisan dan bercerita dengan menggunakan perkataan yang ditulis 8. Memadam perkataan 9. Membaca pantun yang berpola mudah, beritma dan berulang-ulang 10. Menyanyi lagu dan melakukan pergerakan ketika menyanyi (Fingerplay) 11. Mainan perkataan seperti melengkapkan ayat, mencari perkataan yang bermula dengan huruf yang sama. 12. Membaca jadual harian 13. Bermain dengan pelbagai jenis mainan huruf seperti puzzle,huruf magnetic, kad huruf dan perkataan, papan putih dan marker, dan lain-lain 1. Melukis,menulis dan membaca cerita yang dibuat oleh kanak-kanak 2. Dibantu mengeja ketika menulis cerita 3. Menulis senarai seperti senarai membeli barang


3


BIDANG PEMBELAJARAN 3 PERKEMBANGAN PRA-MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK CIRI-CIRI KANAK-KANAK: Pada umur 3 hingga 4 tahun, kanak-kanak • Mula menyedari diri sebagai seorang individu dan sebahagian daripada masyarakat • Mula mempelajari cara untuk mengawal diri (disiplin) dengan bantuan dan bimbingan guru atau penjaga • Mula mempengaruhi rakan sebaya dari segi sikap dan imej diri (baik atau buruk bergantung kepada imej dan contoh yang ada di sekeliling • Mula menunjukkan nilai-nilai diri dan keperibadian yang ditiru dari orang lain • Mula menunjukkan kemampuan menilai keindahan alam dengan kekuasaan Tuhan • Mula memahami adanya kuasa yang lebih besar dana gung (Tuhan) • Boleh melakukan beberapa amalan agama yang mudah dan asas FOKUS MODUL: Fokus modul ialah untuk memberi rangsangan yang banyak supaya kanak-kanak mempunyai kebolehan untuk menggunakan bhasa dengan betul dan dapat meluahkan idea dan pengalaman melalui Bahasa.Intervensi yang dijalankan adalah untuk 1. Meningkatkan kemahiran mengenali dan menggunakan nombor, bilangan dan kuantiti dengan baik dalam dua Bahasa 2. Meningkatkan kebolehan pra-matematik kanak-kanak dalam pemahaman nombor 3. Meningkatkan kebolehan mengenali corak-corak mudah dalam alam sekitar 4. Mengenali computer 5. Mengembangkan kemahiran berfikir, memberi sebab/alasan, menerangkan sebab dan akibat dan kreatif dalam menggunakan ayat dan perkataan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris 6. Meningkatkan kebolehan kanak-kanak memahami tentang sains dan alam sekitar 7. Meningkatkan kemahiran prasains 8. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah mudah UMUR 3-4 TAHUN


OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN/CONTOH AKTIVITI 1. Meningkatkan kemahiran mengenali nombor, simbol nombor, bilangan dan kuantiti dengan baik dalam B. Melayu dan B. Inggeris • Ajar kanak-kanak mengira nombor 1-10 dalam B. Melayu dan B. Inggeris ( Teach children to recognize 1-5, then 1-10. Say and use the numbers in order, and in familiar contexts) 2. Membaca simbol nombor 1 hingga 10 dari buku dan tulisan • Menyanyi lagu mengenai nombor • Bermain sambil mengira • Main lompat tangga (hopscotch) 1. Count up to 10 through songs, play, daily activites in various contexts. Repeating counting many times 2. Mengira barang, bendabenda yang terdapat di sekeliling seperti nombornombor pada jam, kalendar, buku dan sebagainya 3. Assemble segments of ‘worm’ or ‘caterpillar’ in correct order using number cards 4. Assemble numbered petals in a flower in correct order 1. Membaca/mengira urutan nombor dari 1 hingga 10 beramai- ramai 2. Melukis nombor 1 hingga 10 dalam buku/di atas kertas ( tidak perlu paksa kanak-kanak jika mereka masih belum berminat mengenali nombor) 1. Menyanyikan bersama guru, lagu-lagu berkaitan ‘nombor’ sambil mengira 1. Kanak-kanak diajar bermain ‘hopscoth’ sambil melompat,menyanyi dan mengira 2. Bermain batu simban sambil mengira


• Bercerita untuk berkomunikasi kepada kanak-kanak mengenai nombor, jumlah/bilangan adik beradik dalam sebuah keluarga dan sebagainya untuk membiasakan kanak-kanak dengan nombor, bilangan dan kuantiti • Menerokai nombor dan angka melalui latihan memadan dan bermain jigsaw puzzle 3. Bermain ular dan tangga ( versi mudah yang dilukis atas kadbod atau lantai 1. Guru bercerita kepada kanak-kanak tentang: - Bilangan ahli keluarga - Mengira setiap ahli keluarga dengan jari - Menggambarkan ahli keluarga yang tinggi, rendah, besar, kecil dan sebagaimya , lebih tua dan muda, lebih besar dan lebih kecil 1. Kanak-kanak menjalankan aktiviti memadankan nombor dengan nombor atau abjad dengan abjad 2. Kanak-kanak bermain jigsaw puzzle : memadankan 3 or 4 pieces of jigsaw puzzle 3. Kanak-kanak bermain dan menyusun objek/blok dalam bentuk urutan atau mengikut jenis dan sebagainya 4. Kanak-kanak bermain dan memadankan objek dengan bentuknya pada gambar 5. Kanak-kanak memadankan kepala orang lelaki/orang perempuan dengan badan/pakaian yang sesuai. Kanak-kanak berdiri di belakang gambar lelaki atau perempuan mengikut jantina masingmasing


2. Meningkatkan kebolehan pramatematik kanakkanak (mengira dan memadankan bilangan nombor) • Latihan mengira 1-10 dalam B. Melayu dan B. Inggeris 1. Mengira sambil menyanyi bersama kanak-kanak mengenai nombor 2. Mengira sambil bermain - Bermain bola - Melambung bola - Bermain hide and seek - Melompat dan sebagainya 3. Meningkatkan kebolehan kanakkanak mengenali nombor, mengira dan menghubungkan bilangan dengan nombor • Bermain dengan nombornombor kecil dan nombor besar 1. Menulis nombor - Kanak-kanak diberi kertas dan pensil/ckrayon untuk menulis atau melakar nombor-nombor yang ditunjukkan oleh guru • Bermain dengan komputer - Ajar kanak-kanak menaip nombor pada komputer 1. Type numbers on the computer, use very big font and print out for the children to see 2. Shows video about number 4. Mengembangkan kemahiran berfikir, memberi sebab/alasan, menerangkan sebab dan akibat • Berinteraksi dalam kumpulan : kanak-kanak diminta melabelkan gambar 1. Kanak-kanak disuruh melabelkan objek atau situasi tertentu yang ditunjukkan secara bergambar. Contoh , telinga, kaki, ekor, gigi, haiwan, cermin mata, kasut, baju dan sebagainya • Kuiz dan bersoal jawab 1. Adakan seumpama pertandingan kuiz untuk kanak-kanak. Sediakan suasana seperti dalam satu pertandingan kuiz yang kerap dilihat dalam tv. Tanya kepada kanak-kanak soalan, adakan penjaga masa dan penonton yang akan bertepuk tangan kepada peserta kuiz.


Peserta boleh digilirkan dalam kalangan kanakkanak Soalan : - Mengapa kita perlu pakai kasut? - Mengapa haiwan tidak perlu pakai kasut - Jika adik sakit, apakah ibu perlu buat - Jika tiada air, apakah yang akan berlaku kepada kita? - Jika kamu boleh terbang, ke manakah kamu ingin pergi dan sebagainya 5. Mengembangkan kebolehan prasains dan kesedaran alam sekitar • Membaca nama-nama haiwan dan bermain safari dengan haiwan-haiwan seperti yang terdapat dalam zoo 1. Kanak-kanak mengenal dan mengingat namanama haiwan pada gambar-gambar haiwan yang disediakan 2. Sediakan replika haiwan atau gambar-gambar haiwan yang dilaminasikan yang biasa ditemui seperti ayam, itik, kucing, anjing, lembu, gajah, kuda, zebra, ular, buaya, harimau, zirafah, semut, monyet, arnab dan lain-lain. Bina satu kawasan di atas lantai atau di luar kelas yang menyerupai hutan sebagai kawasan safari. Suruh kanak-kanak mengatur haiwan-haiwan tersebut pada tempat-tempat tertentu untuk menjadi ‘Padang Safari’ 3. Kanak-kanak boleh membuat bunyi haiwanhaiwan tersebut, menerangkan persekitaran haiwan itu patut berada, apa yang dimakan oleh haiwan itu dan sebagainya


4. Lebih menarik jika disediakan papan imaginasi bertemakan safari • Mengasingkan/mengelaskan haiwan ke dalam kumpulan 1. Minta kanak-kanak asingkan replika binatang mengikut kumpulan : - Binatang buas dalam hutan - Ikan dalam sungai/laut - Burung atas pokok 2. Berbual dengan kanakkanak untuk menggalakkan penggunaan bahasa dan perkataan yang sesuai semasa aktiviti dijalankan • Melukis gambar-gambar haiwan, pokok dan alam sekitar 1. Kanak-kanak melukis gambar-gambar haiwan pada kertas 5. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah mudah • Belajar menggunakan bahan yang ada untuk menerokai dan menyelesaikan masalah 1. Berikan kepada kanakkanak beberapa jenis kotak, blok, bentujk-bentuk, plastersin/palydoh dan kertas. Suruh mereka buat bentuk haiwan atau sejenis alat daripada mana-mana benda tersebut 2. Berikan beberapa lego atau blok kiub, suruh kanak-kanak bina rumah. Suruh mereka kira berapa biji blok atau lego yang diperlukan untuk membina rumah tersebut


OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN AKTIVITI 1. Meningkatkan kebolehan pramatematik dan pemahaman nombor 2. Memahami nombor yang kecil dan nombor lebih besar, bilangan dan isipadu • Bermain dengan nombornombor kecil dan nombor besar 1. Kanak-kanak diajar bermain dengan nombor ‘banyak’ seperti 5,6,7,8 dan lain-lain dan nombor ‘sedikit’ seperti 1,2,3 2. Mengira dan menyebut nombor secara berulang • Bermain dengan nombor untuk mengenali nombor dan bilangan yang lebih besar ; 5- 9, 10-20 1. Menyusun nombor mengikut urutan yang betul dari 1 hingga 20 2. Memadankan nombor dengan objek 3. Menyusun objek/mainan mengikut bilangan • Memerhati perbezaan kuantiti 1. Kanak-kanak dirangsang untuk memerhati dan berfikir - Langit tinggi, bukit rendah - Pokok kelapa lebih tinggi, pokok bunga raya lebih rendah - Burung terbang tinggi, lalat terbang rendah - Ayah tinggi, adik rendah - Gajah sangat besar, semut sangat kecil - Gajah tidak boleh masuk dalam kotak, sebab kotak kecil - Air laut banyak , air dalam besen sedikit


2. Meningkatkan kebolehan mengenali corakcorak mudah • Bermain air 1. Kanak-kanak membandingkan paras air dalam sebuah botol dengan paras air dalam botol lain, paras air dalam gelas atau cawan, straw dan sebagainya. 2. Kanak-kanak menuang dan mengisi bekas dan melihat paras air • Meneroka dan mengeksperimen 1. Melihat corak daun, buah, duit, pensil, kentang, betik dan sebagainya - Kanak-kanak mewarnakan bahan, contoh ; daun dan dicapkan ke atas kertas - Melihat tapak kaki haiwan dari gambar dan membuat cap tapak kaki dan jari sendiri di atas kertas 2. Membuat kad pengenalan sendiri di atas sekeping kad yang ada gambar diri (dilukis sendiri oleh kanakkanak), cap jari dan nombor dalam kelas • Membaca buku bergambar yang menerangkan perbandingan bentuk Guru membaca buku bersama kanak-kanak mengenai perbezaan bentuk, misalnya bentuk sudu, bola (bulat), bukit (kon), kipas (daun) dan sebagainya. 3. Meningkatkan kebolehan prasains iaitu kebolehan memahami konsepkonsep pra sains. Misalnya ; alam, matahari, bulan, bintang, langit, haiwan, benda hidup, • Bermain pasir 1. Kanak-kanak bermian di sand-pit menggunakan sudu, spade, cawan, timba dan sebagainya untuk membina ‘lokasi rumah dari sekolah’. Mereka membina struktur yang ada di sepanjang jalan dari rumah ke sekolah dan jarak rumah mereka dari


tumbuhan, pokok, masa, jarak, bilangan dan masa sekolah mengikut imaginasi masing-masing. Kanak-kanak akan diberi kereta/basikal kecil( mainan ) untuk menunjukkan laluan ia datang ke sekolah setiap hari • Bermain dengan objek : Mengasingkan/mengelaskan haiwan ke dalam kumpulan 1. Kanak-kanak diberi replika beberapa ekor haiwan untuk diasingkan mengikut kumpulan, dengan meletakkan haiwan-haiwan itu di atas papan imaginasi safari. Contoh ; binatang liar dalam hutan, ikan dalam sungai/kolam, burung atas pokok dan sebagainya • Eksperimen dengan air : Untuk mengenali ciri-ciri air 2. Kanak-kanak menguji objek yang boleh timbul dan objek yang tenggelam bila dimasukkan ke dalam air. Mereka diberikan objek seperti bola, ping pong, bulu ayam, span, tali, botol, plastik, sudu, batu, kecil, kertas, straw dan lain-lain. Kanak- kanak akan merasa teruja melihat objek yan tenggelam dan timbul. 4. Meningkatkan kebolehan kanakkanak berfikir dan memberi sebab/alasan yang berasaskan logik melalui soalan mengapa? Bagaimana? • Bersoal jawab untuk merangsang pemikiran kanakkanak dan menggalakkan mereka memberi alasan dan sebab kepada kejadiankejadian yang diperhati 1. Kanak-kanak duduk dalam kumpulan sambil berbincang dengan guru. Soalan-soalan untuk perbincangan : • Jika hujan sangat lebat, apakah yang akan berlaku? • Jika guru lupa datang ke sekolah, apa akan berlaku? • Jika kamu ada banyak buku cerita, siapakah kawan kamu yang kamu ingin pinjamkan.


• Main peranan – lakonan sebagai tiga orang sahabat yang terjumpa seekor anak kucing di tepi jalan 1. Kanak-kanak diajar untuk berlakon dan memainkan peranan-peranan tertentu untuk meningkatkan daya imaginasi mereka 5. Meningkatkan kebolehan menyelesaikan masalah • Membuka dan memasang alat tertentu/membina alat baru dari bahan terbuang 1. Kanak-kanak diberi tugasan untuk memasang sebuah alat mainan yang telah dibuka atau membuat satu alat baru dari bahan terpakai • Bercerita kepada kanakkanak 1. Ceritakan Kisah Singapura dilanggar Todak – bagaimana seorang kanakkanak memberi idea untuk menggunakan batang pisang bagi menahan serangan ikan todak. Kanak-kanak juga boleh berfikir untuk membantu rajanya menyelesaikan masalah


4


BIDANG PEMBELAJARAN 4 PERKEMBANGAN DERIA/SENSORI DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN (PRA-SAINS) CIRI-CIRI KANAK-KANAK: Pada umur 3 hingga 4 tahun, kanak-kanak telah berkeinginan mempunyai kuasa membuat keputusan yang berkaitan dengan aktiviti seharian. Mereka berusaha menunjukkan dan membuktikan mereka boleh membuat sesuatu yang diingini dengan kebolehan dan daya usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang lain. Pada masa yang sama kanak-kanak dalam linkungan umur ini akan berasa malu apabila tidak diberi kuasa yang perlu ada pada mereka. Mereka tidak sahaja malu pada diri sendiri tetapi juga malu kepada individu yang berada di sekeliling mereka. Mereka juga bimbang dan malu apabila mereka melakukan kesalahan di depan orang lain. Pada tahap ini kanak-kanak mula menggunakan Bahasa untuk menyatakan sesuatu. Perkembangan daya ingatan dan imaginasi semakin meningkat. Mereka mula faham konsep masa lepas dan masa sekarang dan masa hadapan. Buat bentuk bulatan, empat segi dan meniru gaya orang dewasa menulis. Kenali dan sekurangkurangnya enam warna, susun angka mudah ikut turutan dan tahu nama, umur dan nama anggota badan. FOKUS MODUL: Fokus modul ialah untuk memberi rangsangan yang banyak supaya kanak-kanak mempunyai kebolehan untuk menggunakan bhasa dengan betul dan dapat meluahkan idea dan pengalaman melalui Bahasa.Intervensi yang dijalankan adalah untuk 1. Meningkatkan kemahiran meneliti sesuatu benda menggunakan deria - Meningkatkan deria sentuhan, dengar dan bau serta memantapkan perkembangan Bahasa - Merasai perbezaan melalui sentuhan dan merangsang perkembangan afektif dan emosi 2. Menguasai Bahasa dan menggalakkan penguasaan ilmu 3. UMUR 3-4 TAHUN


OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN AKTIVITI 1. Peningkatan kemahiran meneliti sesuatu benda menggunakan deria • Meningkatkan deria sentuhan, dengar dan bau serta memantapkan perkembangan bahasa • Merasai perbezaan melalui sentuhan dan merangsang perkembangan afektif dan emosi • Menyediakan aktiviti merangsang penggunaan deria untuk mengenali sesuatu benda 1. Letakkan objek yang berlainan di dalam kotak, suruh mereka mencari objek yang dikehendaki tanpa melihat kedalam kotak 2. Menutup mata kanakkanak dan biarkan mereka merasa dan menamakan objek denhan mata yang tertutup 3. Pelbagaikan jenis objek yang digunakan yang boleh dikenali berdasarkan bunyi, bau, bentuk dan tekstur 4. Sediakan permukaan objek yang berbeza tekstur seperti kasar, licin, lembut dan lain-lain sambil memperkenalkan perkataan-perkataan baru tersebut 5. Berjalan di atas permukaan yang berbeza seperti rata dan tidak rata 2. Menguasai bahasa dan menggalakkan penguasaan ilmu • Mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai cara untuk menguasai bahasa dan menambahkan ilmu. 1. Bercerita bersama kanakkanak 2. Menyanyi 3. Berlakon 3. Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahira intelektual • Gunakan peluang yang ada untuk melibatkan kanakkanak dalam aktiviti berfikir 1. Memerhati benda-benda hidup di sekitar. Contoh ; mengenalkan buah tomato dan berbual mengenai ‘ pokok tomato kita ni berbuah sangat lebat dan pokoknya tinggi juga. Agaknya apa yang


boleh kita lakukan untuk mengekalkan kelebatan buah pokok ini 4. Menyedari dan mula memahami tentang kegunaan teknologi dalam kehidupan seharian disamping meningkatkan daya kreativiti dan menguatkan otototot tangan • Mendedahkan kepada kanakkanak barangan berteknologi yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti gunting, peti ais, basikal dan sebagainya 1. Sediakan gunting kanakkanak dan suruh mereka menggunting kertas untuk menghasilkan bentuk tetapi mesti dengan pengawasan orang dewasa. Biar mereka gunting bentuk yang diingini 2. Membuka peti ais, mengenalkan barangan di dalamnya sambil menerangkan fungsi ‘menyejukkan’, 3. Beri peluang kepada kanak-kanak bermain dengan basikal atau trisikal sambil guru menerangkan fungsi ‘kayuh’


OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN AKTIVITI 1. Meningkatkan deria rasa, sentuhan, bau dari pelbagai objek yang berbeza bentuk dan menamakannya • Memperdengar dan memperkenal pelbagai objek yang berbeza 1. Letakkan di dalam karung kecil objek-objek yang berbeza rupa dan bentuk seperti kunci, sikat, tin dan lain-lain 2. Minta kanak-kanak memasukkan tangan ke dalam karung tersebut kemudian meneka dan menamakan objek berdasarkan tekstur, bentuk, bau tanpa melihat 2. Mempertingkatkan kemahiran deria, menumpukan perhatian dan pengamatan • Memberi perluang kanakkanak menerokai melalui pengalaman langsung 1. Ajak kanak-kanak meneroka dan mendengan setiap bunyi yang dihasilkan. Agar lebih menarik, dalam keadaan mata tertutup teka bunyi apa yang dihasilkan atau bunyi yang tidak didengar 3. mempertingkatkan kemahiran deria rasa dari pelbagai tekstur dan suhu yang berlainan • Bermain pasir/air • Sediakan bekas diisi dengan air atau pasir yang berlainan warna/tekstur • Biarkan kanak-kanak bermain dengan selesa mengikut kehendak mereka. Boleh sediakan bekas yang berbagai bentuk untuk memberikan peluang kepada kanakkanak menerokainya 4. Mengawal neuorologi jari dan daya focus koordinasi tangan dan mata • Menjahit • Sediakan tali sederhana halu dan objek yang berlubang ditengahnya untuk dimasukkan tali


• Ajar kanak-kanak memasukkan tali ke dalam lubang objek dengan perlahan, jelas dan berulang-ulang 5. Meningkatkan kemahiran mengimbangi tangan dan jari dan meningkatkan kemahiran gabungan pelbagai rasa, bentuk dan warna • Mendedahkan kanakkanak dengan pengalaman langsung Memasak dan merasa • Ajar dan ajak kanakkanak memasak dan menyediakan masakan ringkas atau minuman yang pelbagai rasa • Ajak mereka merasa makanan/minuman yang mereka sediakan • Berbual dengan kanakkanak tentang perbezaan rasa, tekstur, bentuk dan warna bahan masakan/minuman 6. Meningkatkan kemahiran berfikir secara analogi dan deduktif, membuat pengamatan dan analisis • Menyediakan persekitaran yang menggalakkan pemikiran analogi, deduktif dan membuat pengamatan dan analisis sifat bahan • Mengasingkan replika binatang/benda mengikut kumpulan • Belajar menggunakan bahan yang ada untuk menyelesaikan masalah dan belajar mencuba dengan menggunakan strategi yang sedia ada • Bermain puzzle, lego, tanah liat • Bereksperimen dengan air • Sediakan replika/permainan binatang yang menarik di hadapan kanak-kanak ( Mini World Play Materials ) • Lebih menarik jika disediakan papan imaginasi bertemakan safari • Minta kanak-kanak asingkan replika binatang mengikut kumpulan. • Berbual dengan kanakkanak untuk menggalakkan penggunaan Bahasa dan perkataan yang sesuai semasa pengasingan dibuat • Ajar kanak-kanak menggunakan alat permainan


• Tunjuk contoh hasil kerja diikuti dengan galakkan dan pujian yang selari dengan pencapaian hasil kerja • Galakkan pembinaan daya kreatif dengan memberikan satu permasaalahan • Sediakan permainan pelbagai jenis tekstur dan material yang boleh direndamkan dalam bekas yang berisi air. Anak patung, kain, span, tali, bekas plastic dan lain-lain • Ajak kanak-kanak cuba merendam objek-objek tadi ke dalam air dan berbual dengan mereka tentang hasil eksperimen. Beri peluang kepada mereka untuk bertanya dan meneroka aktiviti tersebut 7. Memahami kemahiran penggunaan, makna dan kaitan objek/situasi dengan rutin harian • Melabel objek/situasi • Ajar kanak-kanak membantu melabel objek atau situasi tertentu di dalam kelas atau sekitar sekolah, contohnya ; tinggi, rendah, besar, kecil, meja, kerusi, bunga, bulat, panjang dan lain-lain • Sambil melabel, ajak mereka berbual tentang objek atau situasi tersebut, reka cerita fantasi untuk lebih menarik


5


BIDANG PEMBELAJARAN 5 PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOORDINASI MOTOR DAN PENGURUSAN DIRI CIRI-CIRI KANAK-KANAK: Pada umur 3-4 tahun, kanak-kanak • Mula menyedari diri sebagai seseorang individu dan sebahagian daripada masyarakat. • Mula mempelajari cara untuk mengawal diri (disiplin) dengan bantuan dan bimbingan guru atau penjaga. • Mula mempengaruhi rakan sebaya dari segi sikap dan imej diri (baik atau buruk) bergantung kepada imej dan contoh yang ada disekeliling. • Mula menunjukkan nilai-nilai diri dan keperibadian yang ditiru dari orang lain. • Mula menunjukkan kemampuan menilai keindahan alam dengan kekuasaanTuhan. • Mula memahami adanya kuasa yang lebih besar dan agung (Tuhan). • Boleh melakukan beberapa amalan agama yang mudah dan asas. FOKUS MODUL: Fokus modul ialah untuk meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak, kebolehan berfikir dan menyelesaikan masalah mudah, sahsiah dan akhlak yang mulia, penghayatan alam sekitar dan kecekapan berbahasa yang baik, sekurangkurangnya dalam dua bahasa. Intervensi yang dijalankan adalah untuk: 5. Meningkatkan keyakinan diri, kebolehan kanak-kanak mengawal perasaan/ diri, dan mematuhi arahan serta menghayati nilai-nilai yang murni dalam pergaulan. 6. Memupuk kebolehan cintakan alam semulajadi serta menikmati kebesaran Tuhan dan menanam perasaan kesyukuran. 7. Membina kebolehan memahami perasaan yang berbeza sewaktu menghadapi situasi yang berlainan serta menangani emosi takut, kecewa, marah, cemburu dan lain-lain. 8. Meningkatkan kemahiran asas berinteraksi sosial, mengambil bahagian serta menanam perasaan persahabatan dan kesedaran mengenai perasaan orang lain. UMUR 3-4 TAHUN


OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN/CONTOH AKTIVITI 1. Meningkatkan kemahiran motor kasar seperti : • Menendang bola • Memanjat perabot • Berjalan naik dan turun tangga dengan yakin • Duduk dan mengayuh basikal roda tiga dengan dibantu • Berlari tetapi kadang-kadang terjatuh 2. Meningkatkan kemahiran motor halus menggunakan tangan untuk melaksanakan tugas • Menyediakan persekitaran yang merangsang kanakkanak menggunakan tangan dan kaki untuk bermain • Menyediakan persekitaran yang merangsang kanakkanak untuk mempertingkatkan kekuatan pergelangan tangan dan kekuatan jari • Memberi peluang kepada kanak-kanak bermain di luar taska ( Outdoor Play ) • Menyediakan permainan yang membolehkan kanakkanak menggunakan anggota tubuh badan seperti tangan dan kaki • Membimbing kanak-kanak memanjat seperti memanjat tangga, memanjat web labah-labah • Berenang • Membimbing kanak-kanak berdikari dengan melakukan aktiviti sendiri seperti menggunakan sudu untuk menyuap makanan, memasang dan membuka zip, menggunakan pinggan, gelas, cawan dan piring semasa makan, memberus gigi • Membimbing kanak-kanak menggunakan tangan untuk melakukan aktiviti dan bermain seperti melukis, bermain degan tanah liat, menyusun blok dan menggunting


OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN/CONTOH AKTIVITI 1. Meningkatkan daya penerokaan dan ingin tahu 2. Meningkatkan kemahiran motor halus : • Membuka muka surat buku dari satu muka ke satu muka yang lain • Memegang krayon dan melukis muka • Menggunakan sudu tanpa menumpahkan benda • Membasuh dan mengeringkan tangan dengan bantuan • Memakai dan membuka baju • Membutang baju • Menggunting bentuk-bentuk mudah • Melukis orang dengan kepala, badan dan kaki • Mencantum puzzle yang terdiri dari 12 keping • Menyediakan persekitaran yang merangsang kanakkanak untuk meneroka aktiviti yang lebih mencabar • Menyediakan persekitaran yang membolehkan kanakkanak melatih penggunaan kaki dan tangan dengan lebih yakin • Sediakan aktiviti yang membolehkan kanakkanak memanjat, melompat, memusing dan mengalami perasaan takut dan cemas seperti jangkang jongket,papan gelongsor, buaian, palang panjat, palang seimbang, jaring labah-labah dan lainlain • Menyediakan aktiviti seperti - Membaca buku cerita - Melukis dengan menggunakan krayon - Mencantum puzzle - Mewarna gambar - Mengikat tali kasut - Menanggalkan baju - Membutang baju


4. memberi pengetahuan mengenai kepentingan menjaga keselamatan dan membuat sesuatu dengan betul dan selamat • Menyediakan ruang untuk kanak-kanak memahami tentang aspek keselamatan • Mengawasi keselamatan peralatan yang disediakan • Mendedahkan kepada kanak-kanak tentang cara menggunakan peralatan dengan betul • Berbincang dengan kanakkanak tentang bahaya sesuatu aktiviti seperti bertolak-tolakan semasa memanjat dan menuruni papan gelongsor serta berenang di kawasan kolam yang dalam


6


BIDANG PEMBELAJARAN 6 PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA CIRI-CIRI KANAK-KANAK: Pada umur 3-4 tahun, kanak-kanak • Mula menyedari diri sebagai seseorang individu dan sebahagian daripada masyarakat. • Mula mempelajari cara untuk mengawal diri (disiplin) dengan bantuan dan bimbingan guru atau penjaga. • Mula mempengaruhi rakan sebaya dari segi sikap dan imej diri (baik atau buruk) bergantung kepada imej dan contoh yang ada disekeliling. • Mula menunjukkan nilai-nilai diri dan keperibadian yang ditiru dari orang lain. • Mula menunjukkan kemampuan menilai keindahan alam dengan kekuasaanTuhan. • Mula memahami adanya kuasa yang lebih besar dan agung (Tuhan). • Boleh melakukan beberapa amalan agama yang mudah dan asas. FOKUS MODUL: Fokus modul ialah untuk meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak, kebolehan berfikir dan menyelesaikan masalah mudah, sahsiah dan akhlak yang mulia, penghayatan alam sekitar dan kecekapan berbahasa yang baik, sekurangkurangnya dalam dua bahasa. Intervensi yang dijalankan adalah untuk: 9. Meningkatkan keyakinan diri, kebolehan kanak-kanak mengawal perasaan/ diri, dan mematuhi arahan serta menghayati nilai-nilai yang murni dalam pergaulan. 10.Memupuk kebolehan cintakan alam semulajadi serta menikmati kebesaran Tuhan dan menanam perasaan kesyukuran. 11.Membina kebolehan memahami perasaan yang berbeza sewaktu menghadapi situasi yang berlainan serta menangani emosi takut, kecewa, marah, cemburu dan lain-lain. 12.Meningkatkan kemahiran asas berinteraksi sosial, mengambil bahagian serta menanam perasaan persahabatan dan kesedaran mengenai perasaan orang lain. UMUR 3-4 TAHUN


OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN/CONTOH AKTIVITI 1. Meningkatkan kebolehan membandingkan warna, tekstur, bentuk dan ruang yang berbeza 2. Membina kebolehan kanakkanak mencampurkan warna untuk menghasilkan warna baru • Menyediakan pengalaman kepada kanak-kanak untuk meneroka pelbagai bahan yang mempunyai warna, tekstur, bentuk dan ruang yang berbeza • Menggalakkan kanak-kanak meneroka dan mencampur pelbagai warna untuk menghasilkan warna baru • Menyusun warna mengikut urutan dari warna gelap kepada yang lebih terang. Contoh ; menyusun pensel warna, belon dari pelbagai warna, daun, bunga dan lain-lain • Membanding tekstur buah, kain, daun, kulit pokok, ranting kering dan hidup dan lain-lain • Membandingkan pelbagai bentuk buah, belon dan lain-lain • Memasukkan objek yang perbagai saiz dan bentuk ke dalam lubangnya • Mencampurkan warna dalam air untuk menghasilkan warna baru. Contohnya air sirap campur air oren • Menabur ‘ Glitter’ ke atas gambar/lukisan • Mencampur pelbagai bunga berwarna warni untuk menghasilkan warna lain • Meletakkan bunga ‘balsam’ dalam air berwarna 3. Membina kemahiran memilih alat, bahan dan teknik yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu • Menggabungkan baris-baris dan bentuk-bentuk • Bermain dengan lego, blok, daun kelapa, daun palas, anyaman daripada kertas berwarna dan lain-lain 4. Meningkatkan kebolehan melahirkan idea dalam bentuk gambar. • Menghasilkan contengan yang mewakil sesuatu • Menconteng untuk menghasilkan gambar seperti muka, benda atau binatang


5. Membina keyakinan dan keseronokan dalam mencipta model dan gambar • Menggalakkan kanak-kanak mencipta pelbagai model dari pelbagai bahan • Mencipta model daripada tanah liat, pasir, doh dan lain-lain 6. Membina kebolehan mengecam hasil kerja orang-orang terkenal • Mendedahkan kepada kanakkanak hasil karya yang berbentuk lukisan, buku, muzik dan lain-lain • Mendengar lagu-lagu 7. Meningkat kebolehan memilih prop yang sesuai untuk memain peranan • Menyediakan pelbagai prop yang sesuai dengan cerita dan peranan • Menggalakkan kanak-kanak mencipta hasil untuk dijadikan bahan lakonan • Sediakan prop daripada pelbagai bahan seperti baju, beg, bahan kitar semula seperti kotak, bekas telur dan lain-lain • Galakkan kanak-kanak memilih prop yang sesuai dengan peranan yang akan dilakonkan • Mencipta bahan yang boleh dijadikan prop untuk lakonan 8. Meningkatkan kebolehan melakonkan peranan-peranan tertentu seperti guru, kanak-kanak, doktor dan pesakit dan membina kebolehan menggunakan bahasa yang sesuai untuk melakonkan peranan-peranan tertentu • Menyediakan pengalaman kepada kanak-kanak supaya mereka dapat melakonkan peranan-peranan yang menunjukkan pekerjaan tertentu • Dedahkan kanak-kanak dengan pelbagai profesion • Bincang dengan kanakkanak tugas dan peranan setiap pekerjaan - Pilih pekerjaan yang disukai dana lakonkan peranan tersebut - Pandu kanak-kanak menggunakan bahasa yang sesuai 9. Mengukuhkan kemahiran mendengar dan menghasilkan bunyi • Menyediakan persekitaran yang mendedahkan kanakkanak dengan pelbagai alat muzik • Memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dan menghasilkan bunyi muzik mengikut tahap kesediaan mereka • Sediakan - Pelbagai alat muzik - Video , tv • Memilih alat muzik yang digemari • Mendengar alunan zikir, nursery rhymes • Menghasilkan bunyi dengan alat yang dipilih


10. Membina kemahiran membeza pola melodi • Membiasakan kanak-kanak dengan pelbagai pola melodi • Mendengar muzik yang perbagai pola seperti do re mi • Berbincang dengan kanakkanak perbagai pola melodi dalam sesebuah nyanyian • Meneka dan menghasilkan pola melodi tertentu 11. Membina kemahiran melahirkan idea dan perasaan melalui muzik • Menggalakkan kanak-kanak meluahkan perasaan dan idea mereka melalui muzik • Meluahkan perlbagai perasaan melalui: - Nyanyian - Bermain alat muzik


OBJEKTIF PEMBELAJARAN KAEDAH CADANGAN/CONTOH AKTIVITI 1. Meningkatkan kemahiran membandingkan warna, tekstur, bentuk dan ruang dalam dua dan tiga dimensi 2. Meningkatkan kebolehan kanakkanak mencampurkan warna untuk menghasilkan warna baru • Menyediakan pelbagai bahan untuk dibandingkan oleh kanak-kanak • Memberi ruang yang cukup untuk kanak-kanak menghabiskan masa meneroka dan membuat eksperimen dengan idea, bahan dan aktiviti yang pelbagai • Menyediakan persekitaran yang selamat dan memberangsangkan • Melibatkan kanak-kanak dengan aktiviti yang merangsang penggunaan kelima-lima deria • Menggalakkan kanak-kanak mencampur warna daripada pelbagai bahan untuk menghasilkan warna baru • Sediakan pelbagai jenis buah-buahan, blok, daun, pasir, kacang, biji • Lakukan aktiviti mengasingkan bendabenda mengikut saiz, warna, tekstur dan bentuk • Menyusun mengikut urutan dari besar ke kecil, gelap ke terang, kasar ke licin, panjang ke pendek, tinggi ke rendah atau sebaliknya • Sediakan : - Pelbagai water colour, pensel warna, krayon, cat - Pelbagai jus berwarna - Pelbagai warna marker - Pelbagai warna bunga - Daun lemon • Mencampurkan warna dengan menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan warna baru. Contohnya, warna bunga merah dengan warna bunga kuning 3. Meningkatkan kemahiran memilih alat, bahan dan teknik yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu • Memberi peluang untuk memilih alat, bahan dan teknik untuk menghasilkan sesuatu • Sediakan pelbagai alat dan bahan untuk digunakan oleh kanak-kanak : - Bahan lukisan untuk melukis - Bahan untuk menghasilkan model seperti tanah liat - Bahan semula jadi dan kitar semula untuk menggubah kraf tangan. Contonya, kulit


kerang, daun getah, tempurung, buluh dan lainlain 4. Mengukuhkan kebolehan melahirkan idea dalam bentuk gambar dan meningkatkan keyakinan dan keseronokan dalam mencipta model dan gambar • Menyediakan persekitaran yang menggalakkan kanakkanak melahirkan idea dalam bentuk gambar dan model • Berbual dan berinteraksi dengan kanak-kanak mengenai keunikan idea dan hasil kerja mereka • Melukis atau menghasilkan imej/model yang baru seperti melukis gambar dan membentuk model binatang, orang menari dan sebagainya • Bercerita mengenai gambar yang dilukis 5. Mempertingkatkan kemahiran menghasilkan tempo, ritma dan urutan dan melakukan gerakan mengikut muzik • Menggalakkan kanak-kanak menghasilkan bunyi tempo, ritma dan urutan tertentu dan melakukan gerakan mengikut muzik • Sediakan : - Alat muzik - Menyanyi - Bermain dengan alat muzik untuk menghasilkan bunyi tempo, ritma dan urutan tertentu - Bergerak secara kreatif mengikut muzik tempo perlahan dan cepat, pergerakan berat seperti gergasi atau dinosaur 6. Membina kemahiran menggunakan bahasa yang sesuai untuk menceritakan tentang muzik • Menyediakan persekitaran yang membolehkan kanakkanak mendengar pelbagai jenis muzik dan memberi peluang kepada kanak-kanak menceritakan tentang muzik • Mendengar pelbagai jenis muzik • Bercerita tentang muzik yang didengar 7. Membina kemahiran memilih dan menggunakan alat muzik dengan cara yang betul • Menyediakan peluang untuk kanak-kanak memilih dan bermain dengan pelbagai alat muzik dengan cara yang betul • Bermain dengan alat muzik seperti - Piano - Gendang - Gong - Angklung - Tomborin - Marakas Berbincang dengan kanakkanak cara bermain alat-alat muzik dengan betul


Click to View FlipBook Version