The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ALISSA NATASYA, 2021-06-04 02:10:11

FENOMENA ALAM SEMESTA SEBAGAI BUKTI KEAGUNGAN CIPTAAN ALLAH SWT

MPU 23052 (1) NEW

MPU 23052 – SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
SESI:DESEMBER 2020

TAJUK

FENOMENA ALAM SEMESTA SEBAGAI BUKTI KEAGUNGAN CIPTAAN ALLAH
SWT

NAMA PENSYARAH
FARHA BINTI MOHAMAD
NAMA AHLI KUMPULAN

1. MOHAMMAD SYAZRIESYAM BIN SYAMSUDDIN 33DCE20F1001
2. AHMAD FIRDAUS BIN MOHD AFFANDI 33DCE20F1005
3. LUQMANNUL HAKIM BIN AFANDY 33DCE20F1014
4. NUR AININ SOFIA BINTI AHMAD FISOL 33DCE20F1010
5. NUR ALISSA NATASYA BINTI NOR HALIM 33DCE20F1004

1

ISI KANDUNGAN M/S 3-4

1. PENDAHULUAN M/S 5
2. FENOMENA ALAM SEMESTA SEBAGAI BUKTI KEAGUNGAN CIPTAAN ALLAH M/S 6
M/S 7
S.W.T: M/S 8
(i) FENOMENA GERHANA BULAN M/S 9
(ii) FENOMENA LOHONG HITAM M/S 10
(iii) FENOMENA AIR LAUT TIDAK BERSATU M/S 11
(iv) FENOMENA BULAN BERDARAH M/S 12
(v) FENOMENA BULAN TERBELAH M/S 13
(vi) FENOMENA TSUNAMI M/S 14
(vii) FENOMENA HUJAN
(viii) FENOMENA SUNGAI DI BAWAH LAUT
3. LAMPIRAN DAN RUJUKAN
4. KESIMPULAN

2

PENDAHULUAN

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami
di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi
mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa
sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” [QS. Al-
Fushshilat].

Alam semesta merupakan sumber ilmu pengetahuan yang paling berharga di
jagad ini, hampir segala ilmu pengetahuan bermula dari alam semesta. melalui
berbagai kajian dan penelitian maka muncul berbagai macam interpretasi yang
kemudian menjadi teori-teori yang tentu sangat di perlukan dalam kehidupan
manusia. walaupun banyak di antara mereka yang telah melakukan penelitian
dan telah menghasilkan berbagai teori, tapi penelitian terhadap alam semesta
ini tidak pernah lengkap, kerana alam ini tidak henti-henti memberikan ilmu
pengetahuan pada manusia, sehingga bagi peneliti selalu mendapatkan
tambahan ilmu baru dalam setiap melakukan penelitian, hal ini senada dengan
apa yang telah dinyatakan dalam al-Qur’an dalam surat al-kahfi ayat 109 yang
artinya adalah : Katakanlah: sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis)
kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis)
kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu
(pula).Seterusnya,Manusia kadang-kadang gagal menggunakan akal fikiran
mereka sepenuhnya dan hampir tidak menyedari bahawa di sekitar dan
sekeliling mereka terdapat berbagai-bagai tanda kebesaran Allah s.w.t.
Contohnya seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, fenomena-fenomena alam
seperti gempa bumi, taufan, banjir, kilat, hujan, gerhana, gunung berapi dan
sebagainya adalah tanda-tanda kebesaran Allah yang perlu difikirkan oleh
manusia.Allah s.w.t. memberikan kelebihan kepada manusia iaitu akal dan
fikiran agar manusia mampu untuk berfikir tentang rahsia-rahsia yang terdapat
di langit dan di bumi untuk membawa mereka menuju kearah pemikiran yang
benar. Dalam ayat al-Quran juga banyak terdapat perbincangan-perbincangan

3

mengenai aspek-aspek alam dan segala hal yang berkaitan dengannya sebagai
bukti tentang kekuasaan Allah s.w.t dan tanda-tanda kebesarannya.Namun
begitu, fungsi akal untuk memahami hakikat kebesaran dan kekuasan Allah
s.w.t sangat terhad kerana kita sebagai manusia biasa hanya mampu
menafsirkan apa yang dilihat dalam pengertian yang sempit sehingga manusia
tidak tahu bagaimanakah cara-caranya untuk mengakui tentang kekuasaan
Allah s.w.t . tersebut.Oleh itu, marilah kita sama-sama menyingkap pengertian
sebenar mengenai tanda-tanda kebesaran Allah dan menghayati dengan
sedalam-dalamnya hikmah seluruh penciptaannya.

4

FENOMENA ALAM SEMESTA SEBAGAI BUKTI
KEAGUNGAN CIPTAAN ALLAH S.W.T

1. FENOMENA GERHANA BULAN:

Fenomena gerhana bulan pula telah didefinisikan kejadiannya ketika bumi berada di
tengah-tengah di antara matahari dan bulan. Fenomena ini akan berlaku ketika
bulan purnama. Ketika gerhana bulan berlaku, cahaya bulan akan berubah menjadi
kemerahan secara perlahan sehingga bulan telah melepasi bumi. Dan peredaran ini
hanya berlaku pada sesuatu masa yang tertentu. Allah Taala berfirman di dalam Al-
Quran:

‫َوا ْلقَ َم َر َق َّد ْر َناهُ َم َنا ِز َل َحتَّ ٰى َعا َد َكا ْلعُ ْر ُجو ِن ا ْل َق ِدي ِم‬

Maksudnya : “Dan Bulan pula kami takdirkan Dia beredar melalui beberapa
peringkat, sehingga diakhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat
awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.”

Peristiwa gerhana adalah antara peristiwa-peristiwa yang berlaku bukan secara
kebetulan tetapi ia merupakan suatu “Sunnatullah” yang telah diaturkan oleh Allah
Taala. Firman Allah Taala di dalam surah Al-Fath:

٢٣﴿ ‫﴾ ُس َّنةَ ال َلّـ ِه ا ّلَتِي قَ ْد َخ َل ْت ِمن َق ْب ُل ۖ َو َلن تَ ِج َد ِل ُس َنّ ِة ال َّلـ ِه تَ ْب ِدي اًل‬

Maksudnya : “Sebagai suatu Sunnatullah yang berlaku dahulu kamu sekali-kali tiada
akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu.”(Surah Al-Fath : ayat 23)

Kekuasaan Allah Taala tidak dapat diukur oleh kemampuan manusia secara
khususnya dan pada makhluk secara umumnya. Peristiwa-peristiwa alam yang
begitu banyak dan mengagumkan, tiada yang lain hanya merupakan sebagian dari
bukti-bukti kekuasaan Allah yang diperlihatkan kepada makhluk-makhluknya. Oleh
hal yang demikian salah satu tanda kekuasaan Allah Taala dalam peredaran bulan,
matahari dan b umi adalah kejadian Gerhana Bulan.

Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW telah bersabda :

‫إِ َّن ال َّش ْم َس َوا ْل َق َم َر آ َيتَا ِن ِم ْن آيَا ِت الل ِه ََل َي ْخ ِس َفا ِن ِل َم ْو ِت أَ َح ٍد َوََل ِل َح َيا ِت ِه فَإِذَا َرأَ ْيتُ ُمو َها فَا ْف َز ُعوا ِلل َّص ًَلةِ َو َقا َل أَ ْي اضا فَ َص ّلُوا‬
‫َحتَّى يُ َف ِر َج اللهُ َع ْن ُك ْم‬

Maksudnya: “Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala
tanda-tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan Allah Taala, tiada gerhana
keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan
demikian itu, maka hendaklah kamu sembahyang”, dan baginda bersabda: “maka
sembahyanglah kamu hingga disingkap kembali oleh Allah kepada kamu semua
(bulan dan matahari)”Riwayat al-Bukhari (1058) dan Muslim (901). Hadis dengan
lafaz Muslim.

5

2. FENOMENA LOHONG HITAM:

Lohong hitam atau lubang gelap adalah tumpuan jisim dengan medan graviti yang sungguh
kuat hinggakan halaju lepasan berhampiran dengan lohong hitam melebihi kelajuan cahaya.
Ini membayangkan bahawa tiada sesuatu bendapun, termasuk cahaya, mampu melepasi
gravitinya, dengan itu istilah "hitam/gelap". Istilah "lubang gelap" digunakan secara meluas,
walaupun teori itu tidak merujuk kepada sebarang lubang dalam bentuk biasa.

Berdasarkan teori, waktu akan berjalan lebih lambat ketika berada di berhampiran medan
graviti, kerana graviti memiliki cangkang-cangkang waktu yang tertentu. Walau
bagaimanapun, ketika kita menaiki dengan roket ke angkasa pada beberapa kecepatan yang
berbeza, maka akan memiliki beberapa dilatasi waktu yang berbeza.

Kesimpulannya, ketika kita memecut lurus pada satu kelajuan, sebenarnya kita berada pada
satu cangkang dari medan gravitasi. Beberapa Cendikiawan Muslim, mengidentifikasikan
adanya Wormhole-Ma’aarij, yakni tempat-tempat naik para malaikat.

Sebagaimana Firman ALLAH s.w.t :

" Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik - "

" Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima
dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah
tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak
hitungan hisab dan berat soal jawabnya). "

(QS. Al-Ma'arijj, ayat 3-4)

Kepada Allah s.w.t kita kembali melalui laluan-laluan yang tetentu naik ke atas, naiknya para
malaikat dan roh kepadaNya di dalam satu hari bersamaan dengan lima puluh ribu tahun di
dunia.

Ada yang mengatakan bahawa lohong hitam ini merupakan satu laluan khusus yang telah
dicipta oleh Allah s.w.t bagi hamba-hamba yang dikehendakiNya. Ada yang meyakini
bahawa kisah-kisah di dalam al-Quran, seperti Pemuda Kahfi dan Peristiwa Isra', ada
mempunyai kaitan dengan fenomena ini.

Lubang hitam ini juga diyakini akan menemui semua insan yang bernyawa, yakni ketika ajal
menjelang, terbukalah satu pintu lohong hitam kepada kita. Alam semesta ini akan terhubung
ke Alam Barzakh, dimana Malaikat Maut akan menemani kita dalam meniti di laluan ini,
yang satu harinya berbanding secara relative 50 ribu tahun di bumi.

6

3. FENOMENA AIR LAUT TIDAK BERSATU:
Fenomena dua jenis air laut iaitu laut air masin dan air tawar tidak bercampur yang unik ini
berada di Laut Mediterian dan Laut Atlantik di Selat Gibraltar. Fenomena ini telah dijelaskan
di dalam al-Quran terlebih dahulu.

" Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula
bertemu; "

" Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui
sempadannya; "
(QS. Surah Ar-Rahman, ayat:19-20)
Menurut para ilmuan moden, penghalang antara air laut masin dan air laut tawar membuatan
kedua jebis air laut mempuyai salinitas, kerapatan dan suhu berbeza. Meskipun begitu, air
laut tawar yang memasuki air laut masin akann kehilangan ciri khasnya dan menjadi
homogen, begitu pula sebaliknya.

Menurut para pakar, yang membezakan antara air tawar dan air masin dipanggil zona
pynocline. Zona tersebut memiliki kepadatan yang memisahkan dua lapisan seperti yang
disebut di dalam ayat yang berikut:

" Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi
memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-
dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya. "
(QS. Surah Al-Furqan, ayat:53)

7

4. FENOMENA BULAN BERDARAH:

Fenomena alam yang cukup jarang terjadi iaitu fenomena gerhana bulan berdarah. Bulan
berdarah atau blood moon sebenarnya adalah sebuah gerhana. Gerhana, matahari, bumi, dan
bulan berada pada satu garis lurus. Posisi ini membuat bumi menutupi cahaya matahari yang
seharusnya sampai ke bulan. Dengan posisi tersebut, dari sudut pandang manusia di bumi
seharusnya bulan tidak akan terlihat.
Namun ternyata semasa gerhana penuh terjadi bulan kerap kali berubah warna menjadi merah
sehingga disebut dengan bulan darah atau blood moon. Ini disebabkan karena cahaya
matahari yang mengenai bulan memang tertutup oleh bumi namun atmosfera bumi masih
membiaskan cahaya merah dari matahari sehingga bulan tidak gelap sepenuhnya. Fenomena
ini terjadi juga di bulan september 2015. Fenomena ini akan terjadi lagi di tahun 2033
mendatang.

8

5. FENOMENA BULAN TERBELAH:

Sebelum Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, tokoh-tokoh kafir Quraisy berkumpul seperti Abu
Jahal, Walid bin Mughirah dan lain lainnya. Mereka berkumpul meminta kepada Nabi saw hal yang
mustahil bisa terjadi menurut keyakinan mereka bisa melemahkan kedudukan beliau sebagai Nabi.
Mereka meminta kepada Nabi saw untuk membelah bulan. Hal yang tidak masuk akal bukan?
Mereka berkata, “Ya Muhammad, seandainya kamu benar benar seorang nabi, maka belahlah bulan
menjadi dua”. Rasulullah saw berkata kepada mereka, “Apakah kalian akan masuk Islam jika aku
sanggup melakukannya?” Mereka menjawab, “Ya.”.
Lalu Rasulullah saw berdoa kepada Allah agar bulan terbelah menjadi dua. Rasulullah saw memberi
isyarat dengan jarinya, maka bulanpun terbelah menjadi dua. Subahanallah. Selanjutnya sambil
menyebut nama setiap orang kafir yang hadir, Rasulullah saw berkata, “Hai Fulan, bersaksilah kamu.
Hai Fulan, bersaksilah kamu.” .
Demikian jarak belahan bulan itu cukup jauh sehingga gunung Hira nampak berada diantara
keduanya. Menurut sebagain riwayat bulan terbelah menjadi dua belahan, belahan pertama berada
di jabal Abi Qubais *(1) dan sebelah lagi berjalan ke arah jabal Qauqu’an *(2). Kemudian kedua belah
bulan itu kembali bersatu. Akan tetapi orang2 kafir yang hadir berkata, “Ini sihir!” padahal semua
orang yang hadir menyaksikan pembelahan bulan tersebut dengan mata mereka sendiri.
Atas peristiwa ini Allah menurunkan ayat Al Qur’an:
‫ا ْقتَ َر َب ِت ال َّسا َع ِة َوان َش َِّق ا ْلقَ َم ِر َوإن يَ َر ْوا آيَ ِة ي ْعرضوا َويَقولوا س ْح ِر ُّم ْستَم ِر‬
” Telah dekat saat itu (datangnya kiamat) dan bulan telah terbelah. Dan jika orang2 (kafir)
menyaksikan suatu tanda (mukjizat), mereka mengingkarinya dan mengatakan bahwa itu adalah
sihir.”
(QS. Surah Al-Qamar, ayat:1-2)

9

6. FENOMENA TSUNAMI:
Istilah tsunami berasal dari bahasa Jepun. Tsu berarti "pelabuhan", dan nami bererti "gelombang",
sehingga tsunami dapat diertikan sebagai "gelombang pelabuhan".
Jadi, Tsunami adalah gelombang air yang sangat besar yang dibangkitkan oleh pelbagai gangguan di
dasar laut.
Gangguan ini dapat berupa gempa bumi, pergeseran lempeng, atau gunung meletus. Tsunami tidak
kelihatan saat masih berada jauh di tengah lautan, namun begitu mencapai wilayah dangkal,
gelombangnya yang bergerak pantas ini akan semakin membesar.
Antara ayat al-Quran yang membangkitan hal tetang tsunami:

" Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur; "
(QS. Surah At-Takwiir, ayat:6)

" Dan apabila lautan pecah bercampur-baur; "
(QS. Surah Al-Infitaar, ayat:3)
Kedua ayat tersebut menjadi rujukan, jika tsunami memang ada di dalam Al Qur’an.

" Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan
kamu, dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintahNya? Dan Ia pula
menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah Amat
melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia. "
(QS. Surah Al-Hajj, ayat:65)

" Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur; "
( QS. Surah Al-Takwiir, ayat:6)

10

7. FENOMENA HUJAN:

Apakah kamu tidak memperhatikan bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka
diatur-Nya menjadi sumber-sumber di bumi kemudian ditumbuhkannya-Nya dengan air itu
tanaman-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu ia menjadi kering lalu Kami melihatnya
kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal. (QS.Az-Zumar,39:21).
Hujan merupakan anugerah yang diberikan Allah SWT bagi semua makhluk di alam semesta. Tetesan
air yang turun dari langit menjadi sumber kehidupan bagi semua makhluk hidup. Berkat kekuasaan
Sang Khalik, setiap saat miliaran liter air berpindah dari lautan menuju atmosfer lalu kembali lagi
menuju daratan. Kehidupan pun bergantung pada daur air ini.
Untuk itulah Alquran mengajak manusia untuk mensyukuri hujan sebagai karunia yang diberikan
Allah kepada makhluk-Nya. Dalam Alquran surat Al Waaqi’ah ayat 68-70 Sang Khalik
berfirman,”Maka terangkanlah kepada-Ku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang
menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkannya? Kalau Kami kehendaki, nisaya Kami
jadikan dia asin, maka mengapa kamu tidak bersyukur.”

11

8. FENOMENA SUNGAI DI BAWAH LAUT:

Allah SWT berfirman :
“Dan Dia-lah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan);yang ini tawar lagi segar dan
yang asin lagi pahit;dan Dia jadikan Antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi”.
(QS.Al Furqan:53)
Subhanallah , Maha Suci Allah…..Pertemuan Antara air tawar segar dan air asin pahit yang
diberitakan oleh Al Qur’an ini- dengan takdir-Nya-ditemukan oleh Mr.Jacques Yves
Costeau.Fenomena alam ini terjadi di Mexico , tempatnya di Cenote Angelita .
Mr.Jacques menemukan aliran sungai di bawah laut yang anehnya airnya tersebut tidak bercampur
dengan air laut . Padahal jika secara fisika, harusnya aliran sungai tersebut tidak akan terasa tawar
lagi sebab konsentrasi garam yang lebih tinggi di air laut akan berpindah ke air sungai sehingga
konsentrasinya merata.

12

LAMPIRAN:

RUJUKAN:
1. https://babyshark-doodoo.blogspot.com/2019/01/dua1012-sains-teknologi-dan.html
2. http://pmba5.blogspot.com/2018/01/fenomena-alam-semesta-sebagai-bukti.html

13

KESIMPULAN

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya,kejadian atau fenomena
yang berlaku di langit mahupun dibumi telahpun diberitahu secara terperinci di

dalam al-quran,termasuklah semua aspek yang berkaitan dengan sains dan
teknologi dalam kejuruteraan.

" Allah SWT di dalam al-Qur’an berfirman, ‘Kami akan memperlihatkan kepada
mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka
sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur'an itu adalah benar. Dan

apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia
menyaksikan segala sesuatu?’ (Fushshilat: 53)

Sesungguhnya, Keagungannya tiada tandingan. Begitu banyak tanda-tanda
tentang kebesarannya tanpa kita sendiri sedari. Kadang-kadang benda itu kita
sendiri tak jangka. Ya Allah lemahnya hambamu ini. Ingin saya masukan satu
kata-kata iaitu, “Apabila doa kita dimakbulkanNya, itu tandanya Allah sayang
pada kita. Apabila doa kita lambat dimakbulkanNya, itu tandanya Allah sedang
menguji kita. Dan apabila doa kita tidak dimakbulkanNya itu bermakna Allah
telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.” Ingatlah sesungguhnya

kasih sayang Allah s.w.t melampaui kemurkaanNya pada kita. Bertapa
hebatnya kebesaran Allah. Subhanallah Maha Suci Allah

14


Click to View FlipBook Version